CABARAN PENDIDIKAN DAN ISUISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN FALSAFAH MPU3132 Falsafah dan Isu Semasa Tugasan 3: Penganjuran
AHLI KARYAWAN Donita Moncigil Siti Syahira Irviany
APA ITU ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN? Definisi isu dalam Dewan Bahasa dan Pustaka ialah perkara utama atau persoalan yang dibincangkan. Manakala, cabaran pula ialah suatu faktor yang menguji kebolehan suatu organisasi. OLeh itu, isu dan cabaran pendidikan ialah suatu perkara yang dibincangkan dalam bidang pendidikan dan apakah faktor yang menguji suatu organisasi itu untuk mewujudkan pendidikan yang berkualiti.
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN Globalisasi dalam Pendidikan Integrasi Nasional Pendemokrasian Pendidikan Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Gejala Sosial Kepelbagaian Budaya
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DEFINISI GLOBALISASI: Globalisasi boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mensosialisasikan corak atau sistem sebuah negara atau kumpulan, supaya ia tersebar ke seluruh dunia. Dari perspektif yang lain, golongan intelektual Barat mengtakrifkan globalisasi sebagai proses kehidupan yang meliputi semua aspek kehidupan, yang juga sering dikenali sebagai 'dunia tanpa sempadan ' (borderless world). (Pengenalan Globalisasi Pendidikan, n.d.)
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN: Suatu fenomena yang melibatkan penyebaran, pertukaran dan integrasi idea, nilai, kurikulum, teknologi, dan pengalaman pendidikan di seluruh dunia. Ia mencerminkan peningkatan keterhubungan antara sistem pendidikan, pelajar, pendidik, dan institusi pendidikan di peringkat global.
ISU-ISU SEMASA GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Persoalan mengenai kebolehcapaian (accessibility) dan keadilan dalam pendidikan. Boleh mewujudkan jurang dalam masyarakat: Golongan yang tidak/kurang mahir dalam Bahasa Inggeris berkemungkinan untuk dipinggirkan dalam sistem pendidikan. Pengintegrasian Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu/bahasa antarabangsa. Bertujuan untuk memastikan kebolehpasaran graduan Malaysia setaraf dengan graduan global (pasaran kerja yang kompetitif) Timbul pendapat bahawa Bahasa Inggeris berpotensi untuk menurunkan kualiti pendidikan. (Cth: Masalah pemahaman dalam kalangan pelajar dan guru) Bimbang terhadap pengabaian identiti budaya negara. ISU-ISU SEMASA GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Memfokuskan pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ISU-ISU SEMASA GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Penggunaan komputer, perisian & platform. pembelajaran dalam talian Isu aksesibiliti kepada teknologi, golongan serba kekurangan yang tidak mampu memiliki alatan elektronik & keselamatan siber. Melatih diri untuk menggunakan TMK dengan lebih efektif dan selamat. Guru perlu arif dalam pengintegrasian pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi. Internet sebagai Sumber Maklumat dan Komunikasi Isu kredibiliti maklumat dalam talian. Penekanan terhadap melatih para pelajar untuk menilai/menyaring maklumat dari Internet dengan lebih bijak (Membezakan sumber yang sahih & boleh dipercayai) Guru berperanan besar dalam menyumbang bimbingan dengan menggalakkan pengimplementasian kemahiran berfikir kritis dalam proses mencari maklumat. Peranan Guru-Guru Sebagai Pemudah Cara Perubahan peranan guru dalam era globalisasi. Guru berperanan untuk menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan kemahiran komunikasi dalam pelajar. Memahami keperluan pembelajaran setiap individu dan merancang aktivitiaktiviti pembelajaran selaras dengan keperluan mereka. Menekankan pembelajaran yang berpusatkan pelajar (Student-centered learning)
CABARAN-CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Sistem pendidikan menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan semasa & keperluan pasaran global Penyediaan infrastruktur TMK & latihan yang mencukupi untuk para pendidik Menghargai nilai kepelbagaian budaya & memahami perspektif global Memupuk kesedaran multibudaya/multikulturalisme Penyediaan program pembangunan profesional yang relevan 1. Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan 2. Penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi 3. Pembangunan identiti pelajar 4. Kualiti Guru
INTEGRASI NASIONAL Definisi: Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah hidup bersama selamalamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai (Vyas, 1993).
INTEGRASI NASIONAL Tragedi 13 Mei 1969 menunjukkan kewujudan konflik perkauman di Malaysia. Tindakan kerajaan mengutamakan kaum bumiputera dilihat sebagai diskriminasi. Pengenalan aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). ISU-ISU SEMASA DALAM INTEGRASI NASIONAL
INTEGRASI NASIONAL Tindakan kerajaan mengutamakan kaum bumiputera dilihat sebagai diskriminasi. ISU-ISU SEMASA DALAM INTEGRASI NASIONAL Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan terus dipertahankan sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia wujud. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya membenarkan pelarian Rohingya yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dipilih berdasarkan kelayakan dengan kuota terhad. *Menimbulkan sikap ketidakpuasan hati dari pelajar yang berlainan kaum.
INTEGRASI NASIONAL Pengenalan aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). ISU-ISU SEMASA DALAM INTEGRASI NASIONAL RIMUP gagal memberi impak kepada agenda perpaduan kaum secara holistik (Astro Awani, 2023). Pengurusan pelaksanaan RIMUP ini tidak cekap, tidak berkesan dan dilaksanakan secara tidak bersungguh. Kurang daripada 3% penglibatan murid-murid di sekolah. Tempoh pelaksanaan yang singkat. 1. 2. 3. Tiga faktor kegagalan RIMUP
INTEGRASI NASIONAL Perbezaan dari segi agama dan budaya CABARAN DALAM INTEGRASI NASIONAL Penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti di sekolah yang kurang Contoh: Murid yang berbeza budaya cenderung untuk disisihkan dari kaum yang majoriti. Contoh: Aktiviti yang telah diperkenalkan oleh satu kaum tidak menarik perhatian bagi kaum lain untuk mencuba. (Sumpit, Gusti Tangan, Tarian Kipas)
Satu transformasi yang bertujuan untuk memberikan akses dan hak yang sama kepada setiap individu kepada pendidikan, memastikan tiada sesiapa pun yang ketinggalan dalam pendidikan (Aisah Ahmad ,2015). PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DEFINISI
TUMPUAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Pendidikan wajib dan percuma diberikan untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah agar membolehkan mereka mendapat peluang untuk mendapatkan belajar. Pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil) untuk membolehkan semua kaum dan budaya di Malaysia mendapat hak pendidikan yang sama. Sekolah kurang murid (SKM) diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk meimba ilmu pengetahuan. Basmi buta huruf Penyediaan infrastruktur Pra-sekolah untuk semua ISU BERKAITAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Program Intensif 3M (membaca, menulis,mengira) dilaksanakan bagi membantu murid-murid yang belum menguasai 3M. Gelombang Kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2016-2020, kelengkapan sekolah perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan penyampaian kurikulum dan pedagogi di sekolah. “Setiap kanak-kanak yang berwarganegara Malaysia berhak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan agar mereka dapat mengembangkan potensi diri, ” - Bekas Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching
ISU BERKAITAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN ISU BERKAITAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) juga diperkenalkan di sekolah bagi membolehkan muridmurid dapat belajar dengan lebih baik menggunakan buku teks iaitu rujukan yang paling penting di sekolah. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan kepada murid-murid yang berkelayakan agar murid-murid yang kurang berkemampuan dapat mempertingkatkan kesihatan tubuh badan, dan secara tidak langsung membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik.
CABARAN DALAM PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Kemudahan infrastruktur Murid di sekolah luar bandar haruslah diberikan peluang untuk belajar menggunakan kemudahan infrastruktur yang sama seperti sekolah-sekolah di bandar agar jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. Tenaga pengajar Faktor geografi di bahagian pedalaman menyebabkan kurang guru yang mampu dihantar ke kawasan tertentu. Akibatnya, jumlah guru tidak mencukupi untuk mengajar murid-murid di sekolah luar bandar menyebabkan mereka tidak mendapat pendidikan yang sama seperti murid di sekolah bandar.
PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi impak yang mendalam kepada masyarakat masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Penyepaduan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah membawa kepada perubahan transformatif dalam pendekatan pedagogi untuk pendidik. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi, guru telah dapat merevolusikan kaedah pengajaran mereka, meningkatkan strategi pembelajaran pelajar, dan secara berkesan menyesuaikan pendidikan masa kini (Aisah Ahmad, 2015).
ISU - ISU SEMASA Penglibatan teknologi seperti Internet di dalam sesi pembelajaran sebagai medium untuk memperoleh maklumat tambahan. Kemampuan murid untuk memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan. Kebolehan guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kurang infrastruktur untuk murid-murid di sekolah luar bandar.
ISU - ISU SEMASA Penglibatan teknologi seperti Internet di dalam sesi pembelajaran sebagai medium untuk memperoleh maklumat tambahan. Untuk meningkatkan prestasi murid dalam bilik darjah, kebanyakkan sekolah telah menubuhkan makmal komputer untuk memudahkan mereka mencari maklumat tambahan. Tiga dasar berkaitan penggunaan TMK dalam pendidikan : i. TMK adalah kegunaan untuk semua murid dan sebagai medium untuk mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar. ii. TMK adalah alat yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, samada sebagai subjek TMK mahupun sebahagian daripada subjek tertentu. iii. TMK digunakan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan suatu pengurusan organisasi. (Salihin et al., n.d.)
ISU - ISU SEMASA Kemampuan murid untuk memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan juga merupakan salah satu isu yang sering diketengahkan dalam penggunaan TMK di sekolah. Penggunaan teknologi seperti Internet di sekolah dikhuatiri akan disalahgunakan oleh murid-murid. Contohnya, mengambil kesempatan untuk melayari laman sesawang yang tidak baik ataupun tidak ingin mengikuti aktiviti yang sedang dijalankan oleh guru kerana leka bermain komputer.
ISU - ISU SEMASA Kesedaran dalam kalangan guru untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa masih ramai dalam kalangan pendidik yang tidak memanfaatkan penggunaan TMK untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid, walaupun mereka secara jelas cakna akan potensi tersebut seperti yang dinyatakan oleh Smeets (yang dipetik dari (Salihin et al., n.d.). Guru - guru masih kekal dengan kaedah tradisional yang mana menjadikan sesi pembelajaran itu bosan dan kurang menarik.
ISU - ISU SEMASA Disebabkan oleh kemudahan infrastruktur yang terbatas di kawasan luar bandar atau pedalaman, sekolah-sekolah di kawasan tersebut mempunyai akses yang kurang terhadap penggunaan teknologi di sekolah mereka. Ini mewujudkan jurang pendidikan yang lebih besar di antara murid-murid di sekolah bandar dan luar bandar kerana mereka tidak mempunyai akses terhadap teknologi dan sumber maklumat yang lain. Oleh yang demikian, bagi memperkasakan TMK dalam pendidikan, KPM telah memperkenalkan tiga dasar utama. Salah satu dasar tersebut termasuklah: “TPM hendaklah dilaksanakan untuk semua pelajar agar jurang digital dapat dikurangkan”.
CABARAN Penggunaan TMK akan mengganggu fokus murid semasa sesi pembelajaran sedang dijalankan. Guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan alat teknologi kerana kurangnya pengalaman. Fasiliti atau kemudahan tidak mencukupi untuk membolehkan semua murid belajar menggunakan alat digital.
DEFINISI UMUM: GEJALA SOSIAL Merujuk kepada tindakan, sikap atau situasi yang tidak menunjukkan kepatuhan terhadap norma sosial yang telah ditetapkan. Lazimnya, terma ini dilibatkan dengan tingkah laku yang melanggar nilai-nilai, norma, atau etika sosial yang diiktirafkan oleh masyarakat sekeliling. Contoh-contoh gejala sosial: Penyalahgunaan dadah, merokok, maksiat, ketidakpatuhan undang-undang, membuli, vandalisme, dll. DEFINISI GEJALA SOSIAL DARI PERSPEKTIF FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (Gejala Sosial Dari Perspektif Falsafah Pendidikan Negara, n.d.): Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab (menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara) Pendidikan Malaysia memastikan silibus tidak terpisah dengan ilmu aqli dan naqli (kesepaduan antara kemanusiaan dan bimbingan wahyu)
ISU-ISU GEJALA SOSIAL Kurang pengawasan & penyeliaan yang cekap Persekitaran sekolah yang tidak kondusif atau terlalu kompetitif Keluarga yang tidak bersatu padu/kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak Kurang interaksi dengan anak-anak Tekanan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti/kumpulan Media sosial & hiburan (entertainment) Kemudahan untuk mengakses media massa (=buli siber, ketagihan, dll.) Faktor ekologi sekolah Faktor keluarga Faktor rakan sebaya Faktor media massa:
CABARAN-CABARAN GEJALA SOSIAL 1. Cabaran membangunkan kesedaran serta kepekaan dalam kalangan masyarakat mengenai gejala sosial serta kesan negatifnya. 2. Cabaran membentuk persekitaran yang selesa dan selamat untuk individu membincangkan/berkongsi masalah tanpa berasa takut dipandang rendah/dipersalahkan. CABARAN-CABARAN GEJALA SOSIAL 3. Cabaran menguatkuasakan peraturan sekolah untuk mencegah gejala sosial seperti ponteng, buli & pergaulan tidak sihat di kalangan pelajar.
KEPELBAGAIAN BUDAYA Kepelbagaian didefinisikan sebagai perihal berbagai-bagai jenis. Budaya ialah tamadun, peradaban atau pun kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (n.d.): Kepelbagaian budaya merupakan pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman dalam kalangan masyarakat (Stavenhagen, 1986).
KEPELBAGAIAN BUDAYA ISU-ISU SEMASA DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA Masalah Komunikasi dan Bahasa di sekolah kebangsaan (SK) Murid kurang pendedahan dengan bahasa Melayu, mengakibatkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Mereka cenderung untuk berasa rendah diri dan tersisih apabila berkomunikasi dengan murid yang lain. Kemudian memilih untuk berkomunikasi dengan murid sebangsanya sahaja.
KEPELBAGAIAN BUDAYA Pemansuhan Sekolah Vernakular ISU-ISU SEMASA DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA Isu pemansuhan sekolah vernakular telah dibangkitkan semula agar dapat mengurangkan jurang perkauman. Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan bahawa “etnik pendatang itu tidak hendak bercampur gaul dengan murid Melayu dan ingin mengekalkan adat budaya termasuk bahasa ibunda mereka seperti situasi negara asal. " Pendidikan vernakular menyebabkan murid kurang bergaul dan sukar mewujudkan persefahaman dengan murid bangsa lain.
KEPELBAGAIAN BUDAYA CABARAN DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA Konflik budaya berlaku dalam kalangan warga sekolah akibat kurang ilmu pengetahuan tentang budaya orang lain Maklumat yang disebarkan melalui media sosial berkenaan budaya tidak ditapis dan boleh mempengaruhi persepsi masyrakat khususnya para murid Contoh : Seorang individu mungkin menyebarkan klip video pendek yang menggambarkan satu budaya secara salah atau menyinggung kemudiannya video tersebut tukar di media sosial. Perkara ini akan membangkitkan kemarahan dan pertikaian dalam kalangan penganut budaya yang berbeza. Contoh: Gaya pakaian, loghat cara bertutur
RUJUKAN Abdul Halim Abdullah. (2023, October 17). Infrastruktur sekolah berkualiti bantu tingkat pencapaian pelajar. Berita Harian;. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/10/1166095/infrastruktur-sekolah-berkualiti-bantu-tingkat-pencapaian-pelajar Abdul Razak Idris. (2023, July 2). UiTM untuk Bumiputera Selagi Artikel 153 wujud. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/07/02/uitm-untukbumiputera-selagi-artikel-153-wujud/ Aisah Ahmad. (2015, September 25). Guru dan cabaran semasa. Blogspot. https://cikguaisahahmad.blogspot.com/2015/09/15-pendemokrasianpendidikan.html#:~:text=Pendemokrasian%20Pendidikan%20merupakan%20suatu%20proses,pendidikan%20serta%20kemudahan%20yang%20disediakan. Amree Ahmad. (2023, August 30). Terima Konsep Ini Negara Melayu, hapuskan Sekolah Vernakular - Dr. Mahathir. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/terima-konsep-ini-negara-melayu-hapuskan-sekolah-vernakular-dr-mahathir/#google_vignette Ashraf, A., Shaharudin, A., Khoo, D., Yang, W., & Alamat. (n.d.). https://www.krinstitute.org/assets/contentMS/img/template/editor/Tutor%20Views%20FINAL%2020210719.pd Faida Rahim. (2023, July 23). RIMUP gagal tepati tujuan asal. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rimup-gagal-tepati-tujuanasal-dr-anuar-425793 Gejala Sosial dari perspektif falsafah pendidikan negara. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/doc/50863074/Gejala-Sosial-dari-perspektif-falsafahpendidikan-negara
RUJUKAN Isu. (n.d.) Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=isu Mohd Asri Yusof Md Azhari. (2020, August 26). Surat: Wajarkah Sekolah Vernakular Dihapuskan?. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/letters/540184 Pengenalan globalisasi pendidikan. (n.d.). PDF. https://www.slideshare.net/ashhwinny/pengenalan-globalisasi-pendidikan Salihin, M., Fauzi, H., Faeez Ilias, M., Amin, M., Noh, M., Izzuddin, M., Pisol, M., & Madzalan, J. (n.d.). Penggunaan TMK dalam sistem pendidikan: satu analisis . http://conference.kuis.edu.my/isot/wp-content/uploads/2021/11/BC_08.pdf Sofian Baharom. (2022, April 6). Kembangkan pendidikan prasekolah di semua sekolah rendah. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/kembangkan-pendidikan-prasekolah-di-semua-sekolah-rendah/
TERIMA KASIH