The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM040824 Wan Auni Umayrah Binti Wan Mohd Asri, 2023-09-09 22:18:43

KertaskerjaNP21Nurmaizatul

KertaskerjaNP21Nurmaizatul

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/360723497 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI Conference Paper · May 2022 CITATION 1 READS 19,419 1 author: Nurm Mustaffa International Islamic University College Selangor 2 PUBLICATIONS   3 CITATIONS    SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Nurm Mustaffa on 20 May 2022. The user has requested enhancement of the downloaded file.


NPreUS 2021 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI Nurmaizatul Hazirah Mustaf a Jabatan Pengurusan Dan Informasi, Pusat Matrikulasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) [email protected] ABSTRAK Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 berdasarkankonsep Wawasan 2020. Teknologi informasi dan komunikasi juga semakin canggihseiringdengan perubahan globalisasi ke arah Revolusi Industri 4.0. Namun, dunia dikejutkandenganpandemik novel koronavirus (2019-nCov) bermula pada akhir tahun 2019 sehingga kini. Diamtak diam telah hampir 2 tahun dunia berperang melawan pandemik ini. Disebabkan itu, carakehidupan manusia di Malaysia dan seluruh dunia telah mengalami perubahan mendadak. Kitatidak boleh lagi melakukan aktiviti sosial seperti melancong, kenduri-kendara, sambutanperayaan, aktiviti keagamaan dan sebagainya seperti biasa. Maka aktiviti sosial yang dilakukanmelalui alam maya seperti facebook,instagram,whatsapp,zoom dan sebagainya semakin popular. Namun kebanyakan rakyat tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini mungkinakanmenyebabkan generasi akan datang tidak mengetahui penggunaan bahasa Melayu yang sebenar. Kertas kerja ini cuba meneliti faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahasa Melayudi eraglobalisasi. Dapatan kajian artikel mendapati antara faktornya ialah kurangnya penguasaanBahasa Melayu, masalah bahasa rojak, dasar pendidikan, dan penggunaan Bahasa Melayuyangsalah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu supaya generasi akan datang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan seterusnya meningkatkanjati diri sebagai rakyat Malaysia. Kata kunci: pandemik, aktiviti sosial, Bahasa Melayu, globalisasi.


NPreUS 2021 1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan salah satu alat untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi antarasatu sama lain. Manusia boleh memahami maklumat yang disampaikan dengan penggunaanbahasa. Ia juga berfungsi untuk menyampaikan konsep, gambaran perbuatan di sampingmenyampaikan kehendak mental emosi, perasaan dan gerak hati. Menurut Sapir (1921) definisi bahasa bersifat naluri dengan tujuan untuk menyampaikan idea, perasaan dan emosi melalui lambang atau simbol tertentu. Manakala menurut Nik Safiah, Farid, Hashimdan Abdul Hamid(1996) sependapat menyatakan bahawa bahasa merupakan milik masyarakat yangmenuturkannya.Dalam erti kata lain, setiap masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri danapabila semakin berkembang sesebuah masyarakat, maka jumlah penutur bahasa tersebut akansemakin ramai. Konsep ini diperluaskan lagi oleh Asmah Hj. Omar (1988) dengan menyatakanbahasa merupakan petunjuk terhadap sesuatu kebudayaan sesebuah masyarakat. Dalamaktiviti berbahasa, penutur perlu menggunakan tatabahasa yang betul supaya mudah difahami olehoranglain. Di Malaysia, bahasa pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu. Globalisasi merupakan perkataan yag diambil daripada perkataan ‘global’ yangbermaksud universal. Globalisasi merupakan istilah yang popular untuk mengaitkanekonomi,sosiologi, budaya, teknologi dan maklumat yang mampu tersebar ke seluruhduniadengan cepat. UNESCO mendefinisikan globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi, sosial, teknologi, politik, dan budaya terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalampengeluaran, penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi asas kepada politikantarabangsa. Menurut kamus dewan, globalisasi merupakan fenomena yang menjadikanduniamengecil dari segi perhubungan manusia disebakan kepantasan teknologi maklumat. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satutempat ke tempat lain. Menurut Mittleman (1996) globalisasi ialah transformasi sejarahyangmengembang dan mempercepat interaksi merentasi masa dan ruang dengan implikasi yangbesardari segi perhubungan pertukaran kuasa selain menambah kemampuan komuniti untukmenentukan nasib sendiri.Namun hakikatnya sebelum istilah globalisasi itu diperkenalkan, globalisasi ini telah wujud. Ia juga boleh dikiaskan sebagai gelombang besar yangsedangmelanda dunia pada masa kini.


NPreUS 2021 2.0 BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBAL Walaupun terdapat pelbagai cara untuk manusia berinteraksi tetapi tanpa bahasa sebarangkomunikasi akan menjadi terbantut dan tidak sempurna. Sejarah telah mengatakan bahawaBahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa atau ‘lingua franca’ ketika zamankesultanan melayu Melaka. Pada ketika itu, semua pedagang yang datang ke Melakaakanberinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu. Namun lama-kelamaan penggunaanBahasaMelayu semakin hilang. Tambahan pula, selepas Malaysia dijajah oleh British, Bahasa Inggeristelah digunakan sebagai bahasa rasmi negara. Namun kini, kesedaran untuk memartabatkankembali Bahasa Melayu khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia mula dikaji dandibahaskan oleh pelbagai pihak. Pada mulanya, Laporan Razak 1956 menyarankan agar BahasaMelayu digunakan sebagai pengantar ilmu dan kemudiannya disokong oleh LaporanAbdul Rahman Talib 1960. Penerapan penggunaan Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu usaha yangsangat mencabar.Ianya kerana ia berkait rapat tentang soal jati diri, semangat patriotik dan masalahbudaya yang rumit. Mempelajari lebih daripada satu bahasa merupakan satu pelaburanyangsangat berguna pada era globalisasi ini. Namun dalam membentuk jati diri, seseorangkanak-kanak perlulah mempelajari dan menguasai bahasa ibunda terlebih dahulu sebelumdiajar bahasakedua yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya. Di Malaysia, bahasaantarabangsa ialah bahasa Inggeris. Kemajuan sains dan teknologi maklumat yang sangat pantaspada abad ke-21 meyebabkan bahasa Melayu terpinggir tanpa disedari. Tambahan pula terdapat suara sumbang yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu tidak mampu untuk bersaing menjadi bahasa ilmu. Dikatakan bahasa yang canggih ialah bahasa ilmu, bahasa bagi budaya tinggi, dansesuai dengan sains dan teknologi. Seharusnya kepentingan bahasa Inggeris dalamglobalisasi tidak menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangsaantetapi digunakan sebagai bahasa ilmu dan bukan untuk menggantikan Bahasa Melayu. Apabila berlakunya peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang, ianyaharuslah seiring dengan peningkatan keterampilan bahasa itu sendiri. Persepsi kebanyakanorangmengatakan bahawa bahasa itu di tempat kedua dan ilmu itu adalah di tempat pertama. Yangsebenarnya bahasa itu sendiri ialah satu ilmu dan sejarah juga telah membuktikan hal ini. Ramai ahli cendekiawan telah melahirkan pemikiran dan ciptaan baru menguasai ilmu danbahasasebagai satu entiti yang padu. Awang Sariyan(2010) berpendapat bahasa memainkan perananyang penting dalam kejayaan sesebuah tamadun. Contohnya seperti tamadun Arab serta zamankegemilangan Islam menggunakan bahasa Arab dalam ilmu perubatan, sains, seni dansebagainya. Selain itu, tamadun Yunani dan Greek juga terhasil daripada keampuhanbahasamereka sendiri. Tidak dilupakan alam Melayu juga pernah menjadi tamadun yang gemilangketika zaman kesultanan Melayu Melaka yang bermula sejak zaman kerajaan Majapahit. Banyakpedagang luar seperti daripada Cina, India,Arab dan lain-lain datang ke pelabuhan Melaka ketikaitu. Baba dan Nyonya merupakan kesannya yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dan berlakunyaasimilasi budaya dalam kedua-dua peranakan ini seperti dalam makanan, pakaian dan sebagainya. Bahasa dan budaya ini masih diteruskan secara turun temurun walaupun generasi pertamaini telah tiada.


NPreUS 2021 3.0 ISU DAN CABARAN Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa yangterdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia juga merupakansebuahnegara yang multibahasa di mana terdapat individu yang boleh memahami dua bahasa ataulebihseperti Melayu-Inggeris-Cina, Cina-Melayu-Inggeris atau India-Melayu-Inggeris dan sebagainya. Kadang-kadang individu tersebut hanya boleh memahami sahaja bahasa tersebut tetapi tidakboleh bertutur dan menulis dengan baik. Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmukyangmempunyai pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Penjajahanjugamenyebabkan budaya baru dan bahasa asing dimasukkan ke dalam negara asal. Rakyat pribumi Tanah Melayu dipaksa untuk menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan walaupunsecara paksaan. Penggunaan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di negara Perancis jugamenyebabkan wujudnya kedwibahasaan. Di Malaysia juga, dialek Melayu-Johor digunakansebagai bahasa rasmi tetapi masing-masing menggunakan dialek sendiri di rumah antaranyadialek Negeri Sembilan, Kedah, Penang, Kelantan dan sebagainya. Perkahwinan campur jugamerupakan salah satu unsur yang mewujudkan kedwibahasaan. Apabila kedua ibubapamenggunakan bahasa ibunda mereka dalam aktiviti harian, kanak-kanak ini mendapat dua bahasasecara serentak. Akibat kedwibahasaan ini, maka berlakunya pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Ianya adalah berlaku pertukaran daripada satu bahasa kepadasatubahasa yang lain apabila tajuk berubah atau pertukaran orang. Fenomena ini berlaku meluasdi Malaysia. Contohnya pelajar Cina berbahasa Melayu dengan kawan berbangsa Melayutetapi menukar kodnya semula ke dalam bahasa Cina apabila bercakap dengan ibunya di rumah. Kesan kemajuan global telah mengubah cara hidup yang lama.Manusia menghantar email dan pesanan dengan pantas melalui pelbagai aplikasi seperti whatsapp dan google. Erasibermembuatkan dunia kelihatan tanpa sempadan. Kita boleh mengetahui tentang negaralainwalaupun tidak pernah mengunjungi ke negara tersebut. Dengan adanya teknologi, duniasemakin mengecil walaupun jarak beribu batu. Pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer, telekomunikasi multimedia terhasil disebabkan oleh kemajuan yang pesat dalambidang mikroelektrik. Teknologi juga sudah mampu berdiri teguh membentuk satu revolusi yangbaru di negara ini. Fungsinya sebagai medan rangkaian maklumat yang merangkumi semuadimensi kehidupan manusia. Malah,sistem perhubungan komunikasi semakin canggih. Kini, boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon mudah alih tanpa mengira had umur. Kitadapat berhubung dengan seluruh dunia menggunakan telefon mudah alih. Fenomena ini kitapanggil sebagai maklumat di hujung jari sahaja. Malah aktiviti perniagaan juga dilakukansecaraonline melalui internet. Ini bertepatan dengan matlamat teknologi maklumat agar mayarakat boleh bersaing di peringkat global. Sementalah apabila berlakunya pandemik Covid-19 manusiatidak lagi bebas untuk keluar dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Maka kita telahmenggunakan internet dan media sosial sebagai aktiviti harian kita. Dalam keghairahan kita mengejar teknologi yang semakin canggih, kita terlupa kesannyaterhadap penggunaan Bahasa Melayu. Dianggarkan bahawa 80% tapak jejaring yangwujudadalah dalam bahasa Inggeris (Noriah Mohamed,2005). Awang Sariyan,2005 pula meramalkanperatusan ini akan menurun dengan perkembangan bahasa lain seperti bahasa Cina, LatindanSepanyol. Ini menunjukkan betapa kurangnya aktiviti yang melibatkan yang menggunakanBahasa Melayu di alam siber. Malah kebanyakan laman web di Malaysia juga menggunakan


NPreUS 2021 bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar manakala Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasaalternatif. Malah mungkin ada sesetengah pihak mengangap Bahasa Melayu sebagai bahasayang‘low class’ dan menyebabkan mereka tidak mahu menuturkannya di tempat awam. Ini adalahsangat mengecewakan apabila masyarakat Malaysia sendiri tidak bangga terhadap bahasa ibundamereka sendiri. Masalah ini telah menular daripada masyarakat sehingga ke golonganpemimpian. Contohnya golongan pelajar mempelajari Bahasa Melayu semata-mata untuklulusdalam peperiksaan.Malah ada juga yang menzahirkan persepsi bahawa Bahasa Melayutidakdiperlukan untuk mencari kerja. Mereka mengatakan graduan yang belajar Bahasa Inggeris atauMandarin lebih laku dan cepat mendapat kerja berbanding graduan bahasa Melayu. Kewujudan android dan ios sebagai penghubung komunikasi menyebabkan penggunaanbahasa yang digunakan berbentuk ringkas, pendek, dan bersifat ikonik. Perkembanganarusteknologi ini menyebabkan masyarakat kurang mengamalkan kekayaan bahasa sebaliknyapenggunaan bahasa segera semakin popular. Kadangkala perkataan baharu sering memasuki perbendaharaan kata Bahasa Melayu tanpa perlu ditapis. Masyarakat mula mengamalkanpertuturan Bahasa Melayu separuh dan Bahasa Inggeris separuh. Dalam sektor swasta bahasaInggeris digunakan sebanyak lebih kurang 70% dan 30% lagi bahasa Melayu digunakandalampertuturan. Namun bahasa Inggeris digunakan dalam urusan pentadbiran secara penuh. Penggunaan bahasa ‘rojak’ telah menjadi kebiasaan. Sebenarnya mencedok perkataanasinguntuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa melayu tidak dihalang. Malah terdapat banyakperkataan Bahasa Melayu yang diambil dari bahasa lain seperti bahasa Sankrit, Parsi, Belanda, Arab, Inggeris dan sebagainya. Bahasa harian yang digunakan juga berubah seperti berikut: ‘ Hi, wasap bro?’ ‘Aku ok je’ ‘Hari ni besday I lah’ ‘I nak yang ni sis’ ‘You tengah buat apa tu?’ Kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya memberikankesankepada Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam dunia pendidikan menurut RohaidahMashudi dan J. Sham Wahid (2005). Bahasa Melayu banyak diubah suai apabila merekamenggunakan sistem mesej singkat(sms), Whatsapp, Wechat, Line dan sebagainya. Perkaraini dilihat sebagai ancaman dan telah mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Ada yangberpendapat fenomena pencemaran bahasa ini samaada melalui aplikasi perhubunganinternet seperti instagram, facebook, twitter dan lain-lain adalah bersifat sementara dan akan berakhirapabila teknologi semakin canggih dan berkembang. Sebab itu dasar sesebuah negara haruslahdigubal dan dikuatkuasakan.Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipeganguntukdigunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Prinsip asas pembuatan keputusan dasar adalahberfokus kepada perkembangan pembinaan bangsa. Dasar ini seharusnya menekankanpenggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang dan semua peringkat seperti bidangpentadbiran,komunikasi,media massa,undang-undang dan bidang profesional lain. Cabaranpersaingan bahasa ini terbukti apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematikdilaksanakan dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.Ini dibuat atas sebabuntukmempercepatkan kemajuan dalam sains dan teknologi negara. Keadaan ini seolah-olahmenggambarkan Bahasa Melayu tidak mampu untuk menjadi bahasa pengantar dalamsubjektersebut.


NPreUS 2021 Pada zaman globalisasi ini, masalah bahasa lucah juga menjadi isu yang menyumbangkepada pencemaran Bahasa Melayu. Kebanyakan remaja malah orang dewasa sekarangmenggunakan perkataan lucah di alam maya. Perkara ini adalah sangat memalukan keranaiamembuatkan seseorang berasa malu untuk membaca setiap posting di laman sosial. Malahiaboleh menjejaskan kualiti Bahasa Melayu di kalangan masyarakat khasnya para pelajar. Parapelajar akan terpengaruh dan cenderung untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakandalam perbualan seharian. Ini menunjukkan bahasa dalam media sosial juga bolehmempengaruhi pelajar. Pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pelbagai aktivi boleh dilakukan untuk mempromosikan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan mahupunantarabangsa. Selain itu, tanggungjawab tersebut haruslah dikongsi bersama oleh ibubapadanmasyarakat. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkannya. Selaindaripada bertutur menggunakan dialek negeri masing-masing, ibu bapa perlu memastikananak-anak menggunakan bahasa baku dengan betul. Ibu bapa perlu menegur dan membetulkankesalahan mereka. Maka anak-anak akan dapat membiasakan penggunaan bahasa Melayuyangbetul dalam komunikasi. Selain itu, kita juga boleh menambah perbendaharaan kata-kata denganmenyediakan bahan bacaan berbentuk ilmiah di rumah. Selain itu, guru juga memainkanperananpenting dalam mendidik anak-anak. Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kesalahanyang wujud dari segi pertuturan dan penulisan oleh guru Bahasa Melayu. Galakan dari paraguruuntuk pelajar menyertai aktiviti dan pertandingan syarahan, bersajak, syair, pantundansebagainya juga akan membantu pelajar untuk mempraktikkan penggunaan bahasa bakudenganbetul. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) juga boleh membantu dalampengembangandanpeningkatan kualiti bahasa Melayu dengan menghasilkan pelbagai istilah baru. Hal ini dapat mengelakkan pengaruh bahasa Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. 4.0 KESIMPULAN Kini terbukti bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar ilmuapabiladigunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Namun era globalisasi yang semakin pesat menunjukkan cabaran untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasautama di institut pengajian tinggi, IPTA dan IPTS semakin sukar berbanding Bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Melayu menduduki tempat ke-enam dalam senarai jumlah penutur palingramai di dunia, namun dalam bidang sosial, ekonomi dan perundangan Bahasa Melayutidaktersenarai dalam 10 bahasa yang meluas penggunaannya.Suatu ketika dahulu Bahasa Melayumerupakan bahasa yang kaya dari segi rangkaian dan bunga bahasanya dan digunakanuntukmenyampaikan maksud secara halus dan tertib. Malah Bahasa Melayu juga menggambarkanpencapaian kebolehan daya intelek pemikiran penutur melalui pantun, peribahasa, bahasa kiasandan sebagainya. Menurut James T.Collins bahasa Melayu merupakan sebuah bahasaantarabangsa kerana memperlihatkan ciri antarabangsa sejak zaman prasasti lagi(AzharSalleh,2005). Masyarakat Melayu perlu mengambil iktibar daripada sejarah ketamadunanJepun, Korea dan China yang mencipta kemajuan sains dan teknolgi dalam bahasa ibunda merekasendiri. Oleh yang demikian, semua pihak perlu berganding bahu untuk kembali memartabatkanBahasa Melayu. Langkah ini perlu dilakukan agar generasi akan datang dapat mengetahui keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka


NPreUS 2021 RUJUKAN Asmah Haji Omar.(2007). Teori Linguistik dan Aplikasinya dalam MemartabatkanKajianDialek Melayu. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA) Anjuran ProgramPengajianMelayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang Sariyan.(2010). Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa. Syarahan bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah timur dan IPGTengku AmpuanAfazan: Kuala Lipis. Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad. (2014). PelestarianBahasaMelayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau ini. International Journal of the Malay World & Civilization (Iman). Jilid 2 (2): 3-19. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: Peranan PendidikanSejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. JEBAT (36):90-106 Rozita Che Hodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa Malaysia.Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 1(2), 257-272 UNESCO 2003 Education in a Multilingual World Position. Paris : UNESCO Zaliza Zubir,Noor asliza(2012), Bahasa Melayu dalam arus globalisasi : Keutuhan Jati Diri danKetakatan Budaya Melayu. Journal of Human Developemnt and Communication Volume1,(129-135) View publication stats


Click to View FlipBook Version