The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Panglima Tarmizi, 2023-10-10 12:58:22

BUKU PENGOPERASIAN PRASEKOLAH 2023

BUKU PENGOPERASIAN PRASEKOLAH 2023

AKU TERIMA TUGAS , MAKLUMAT DAN ARAHAN PEMATUHAN TABIR URUS Saya MOHD TARMIZI BIN ROHANI , GURU AKEDEMIK Sekolah Kebangsaan Bohor mengaku bahawa saya telah menerima tugas , maklumat dan arahan tentang pentadbiran dan pengurusan prasekolah serta pengurusan pentadbiran sekolah daripada Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bohor pada 21 mac 2022. Saya memahami segala maklumat yang disampaikan dan dinyatakan dalam buku Panduan Pengurusan Prasekolah dan takwim 2022/2023 selaras dengan arahan yang tertakluk dalam Buku Pengurusan Sekolah Bohor Dan Buku Panduan Perlaksanaan Program Prasekolah Kebangsaan . Saya berjanji akan berusaha dengan gigih dalam memastikan amanah , kepercayaan dan bertanggungjawab dalam memastikan Program Prasekolah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ini diurus takbiir dengan baik serta menjaga nama baik instisusi pendidikan dan nama sekolah. Tanda tangan :………………….………………….. Jawatan :………PPPS………………………….….. Tarikh :……19 Mac 2023………………………………… Disahkan Oleh :…………Zainab Bt Mustapa……………………. Nama dengan huruf besar Jawatan : Guru Besar SK Bohor Tarikh : Cop sekolah :


AKU TERIMA TUGAS , MAKLUMAT DAN ARAHAN PEMATUHAN TABIR URUS Saya MAZLINA BINTI SAID , PEMBANTU PENGURUSAN MURID Sekolah Kebangsaan Bohor mengaku bahawa saya telah menerima tugas , maklumat dan arahan tentang pentadbiran dan pengurusan prasekolah serta pengurusan pentadbiran sekolah daripada Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bohor pada 21 mac 2022. Saya memahami segala maklumat yang disampaikan dan dinyatakan dalam buku Panduan Pengurusan Prasekolah dan takwim 2022/2023 selaras dengan arahan yang tertakluk dalam Buku Pengurusan Sekolah Bohor Dan Buku Panduan Perlaksanaan Program Prasekolah Kebangsaan . Saya berjanji akan berusaha dengan gigih dalam memastikan amanah , kepercayaan dan bertanggungjawab dalam memastikan Program Prasekolah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ini diurus takbiir dengan baik serta menjaga nama baik instisusi pendidikan dan nama sekolah. Tanda tangan :………………….………………….. Jawatan :………Pembantu Pengurusan Murid….. Tarikh :………19 Mac 2023……………………… Disahkan Oleh :……………… Zainab Bt Mustapa ………. Nama dengan huruf besar Jawatan : guru Besar SK Bohor Tarikh : Cop sekolah :


PENDAHULUAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH MENINGKATKAN KELINCINAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN PRESTASI AKEDEMIK , SAHSIAH DAN KOKURIKULUM MURID PRASEKOLAH PENDIDIKAN INI KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID MENERAPKAN NILAI NILAI MURN SECARA BERTERUSAN KEPADA MURID-MURID MELALUI PROGRAM –PROGRAM YANG DIRANCANG MEMBERI SSUMBANGAN PENINGKATAN MUTU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PELBAGAI SUMBER YANG TERDAPAT DI SEKOLAH OBJEKTIF SEBAGAI BAHAN RUJUKAN UNTUK MEMBANTU PIHAK PENTADBIR, GURU DAN PPM MEMAHAMI PENGOPERASIAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH BOHOR SERTA DAPAT MENGURUS TADBIR PERJALANAN PENGOPERASIAN PROGRAM INI SEPANJANG TAHUN .


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


FALSAFAH SEKOLAH Pendidikan di sekolah kebangsaan bohor adalah untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insane yang baik serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi , jasmani dan social serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan Negara. MOTO SEKOLAH “Ilmu Suluh Hidup” SLOGAN SEKOLAH “Seiring Cemerlang Standing Gemilang” VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


PIAGAM SEKOLAH Kami warga sekolah kebangsaan bohor dengan penuh tekad dan iltizam berirkar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: • Menguruskan kerja dengan cekap dan bijaksana • Menyediakan staf yang mencukupi dan berdikari, komited, bertanggungjawab , produktif, berdaya saing dan bertaqwa • Menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian yang ditetapkan selaras dengan hasrat menghasilkan masyarakat penyayang • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsive kepada kehendak pelanggan • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangann, syor dan teguran yang membina dari semua pihak, mempertingkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan kurikulum , ko-kurikulum dan ko-akedemik • Berusaha menjadikan sekolah sebagai yang selesa dan selamat untuk semua warga pendidik • Memastikan semua murid mendapat kemudahan belajar yang sewajarnya • Memastikan sistem pendidikan di sekolah berjalan dengan lancar dan berkesan serta dapat memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara • Menentukan sekolah dapat melahirkan pelajar yang berpendidikan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek setelah tamat persekolahan BUDAYA KERJA SEKOLAH • Memahami dan menghayati falsafah pendidikan kebangssaan falsafah, matlamat & objektif sekolah • Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah kebangsaan bohor, pejabat pendidikan daerah kota setar, Jabatan pendidikan negeri kedah dan kementerian pendiddikan Malaysia pada setiap masa • Meningkatkan mutu dan kesan pendidikan • Menentukan objektif setiap tugas • Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan • Sentiasa bekerja dengan bersih ,cekap dan amanah • Mengamalkan sikap perkhidmatan penayang • Kepimpinan melalui teladdan • Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri • Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran • Kerja kita sebagai ibadah


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas bermula sejak sebelum merdeka bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Penglibatan kerajaan dalam pendidikan murid berkeperluan khas masalah penglihatan bermula dengan penubuhan Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948. Manakala penglibatan kerajaan bagi pendidikan murid bermasalah pendengaran pula bermula dengan pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1954. Selepas merdeka, kerajaan telah memperluaskan program pendidikan khas ke sekolahsekolah biasa melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (dahulu dikenali sebagai Program Percantuman). Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Dengan adanya Jabatan ini di peringkat KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri) telah mewujudkan Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula KPM, Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas VISI Pendidikan Berkualiti menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan MISI Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan: • Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik; • Perkembangan potensi diri ke tahap optimum; • Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran; • Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan • Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PERANCANGAN PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar yang memokaskan :- • PERKEMBANGAN MENTAL • KESTABILAN EMOSI • INTEGRASI SOSIAL KANAK-KANAK KHAS Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran. “……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan - perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”. Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993 ……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan perkhidmatan sekolah biasa. PROGRAM PENDIDIKAN KHAS Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:- • Sekolah Khas • Program Prasekolah Pendidikan Khas (Sekolah Khas) • Program Prasekolah Pendidikan Khas Integrasi • Progam Pendidikan Khas Integrasi (Pengasingan/Inklusif) • Pemulihan Khas • Program Disleksia • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(Teknik/Vokasional)


KATEGORI PENDIDIKAN KHAS Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat SPK ,PPKI dan PPI yang ditawarkan : • Masalah Pembelajaran • Masalah Pendengaran • Masalah Penglihatan • Masalah kurang upaya pelbagai • Masalah kurang upaya pertuturan • Masalah kurang upaya fizikal


PRASEKOLAH LATAR BELAKANG Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10. DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya. Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs). Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi PeraturanPeraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996. KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik, • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua, • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama, • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah, • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial, • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. PEMILIHAN MURID • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan. • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti. JENIS-JENIS BANTUAN • Bantuan makan murid (RM2.00 sehari bagi Semenanjung / RM2.50 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid) • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun) • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun) • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BOHOR SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP) SK BOHOR mula beroperasi pada 3 januari 2010.Memulakan sesi persekolahan dengan murid pendidkan khas bermasalah pembelajaran seramai 9 orang murid, 2 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM).Pada disember 2012 PPKIBP mempunyai seramai 13 orang murid , 3 orang guru dan seorang pembantu.Pada 2014 , murid PPKIBP bertambah menjadi 15 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 12 orang murid lelaki serta pernambahan seorang guru tambahan pendidikan islam (GTPI).Pada tahun 2015, program ini mendapat pernambahan satu kelas dan 2 orang guru. Bilangan murid berkeperluan khas yang sedang mengikuti program ini seramai 18 orang murid dan 5 orang guru.Kleas program pendidikan khass ini berikan nama dengan pertama 1, permata 2 dan permata 3. Pembahagian murid berdasarkan tahap penguasaan murid melalui rancangan pengajaran individu yang dijalankan ke atas mereka. Bagi murid yang mengikuti kelas pertama 1 terdiri daripada murid yang berada tahap pembelajaran rendah, pertama 2 adalah murid sederhana dan permata 3 terdiri daripada murid-murid tahap tinggi. Program ini di terajui oleh Pn Wan Nor Huda Bt Wan Ibrahim selaku penyelaras program PKIBP dan di bantu oleh 4 orang guru biasa dan 1 guru pendidikan Agama. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Bohor turut mempunyai Program Prasekolah Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang bermula sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2013. MISI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BOHOR Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insane yang berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepda masyarakat dan negra. VISI PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BOHOR Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan berkeperluan khas kea rah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan


PROGRAM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BOHOR SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PRASEKOLAH PKPI BP SK BOHOR Program Pendidikan Khas Integrasi Pendidikan Khas Prasekolah di sekolah Kebangsaan Bohor dibina pada tahun 2013. Iia merupakan program perluasan prasekolah di negeri kedah. Bagunan ini dibina pada tahun 2012 dan mula menerima murid-muird pada tahun 2013. Permulaan program ini menerima murid – murid berkeperluan khas berumur 5 dan 6 tahun yang terdiri daripada masalah autism dan down syndrome . Iaiitu 3 orang murid lelaki : 1 ADHD dan 2 Austime. Program ini dikendalikan oleh En Mohd Tarmizi b Rohani merupakan guru kelas dan dibantu oleh Pn Sharifah Fazlinah Bt Syed Zainal Abidin sebagai Pembantu Pengurusan Murid . Proses PdP murid berdasaarkan Kurikulum Standard Prasekolah Bermasalah Pembelajaran DSKP Semakan MISI PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Menyuburkan potensi kanak-kanak berumur 4+ hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan tingkah laku positif serta menyesuaikan diri dengan alam persekolahan sebagai persediaan ke sekolah rendah VISI PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah pemupukan semangat jati diri dan terampilan dalam hidup. SLOGAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PERMATA PKBP “ Dihormati, Dihargai dan Disayangi“


OBJEKTIF PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Di akhir persekolahan murid dapat: 1. Menguasai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian 2. Menguasai kemahiran motor kasar dan halus 3. Menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi 4. Menguasai kemahiran kognitif 5. Mengamalkan adap dan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian 6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian 7. Menguasai daya kreativti dan estetika mengikut kebolehan individu 8. Menguasai kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi 9. Mengamalkan tingkah laku yang positif dan di terima masyarakat sekeliling KATEGORI MURID-MURID PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS : Seseorang yang telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai kanak-kanak dalam kategori: Sindorm down Austisme Grow delay developmental Cerebral palsy Terencat akal Hiperaktif Hipoaktif Masalah tingkah laku Masalah emosi Slow learner Attention deficit disorder Lain-lain masalah pembelajaran ringan PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak - kanak dengan menekankan kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema , belajar melalui bermain, pembelajaran berasaskan projek dan inkuiri penemuaan. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN DOKUMEN STANDARD DSKP kurikulum pendidikan khas prasekolah berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan bertrampilan.tunjang merupakan domain-domian utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insane yang seimbang dari aspek jasmani , emosi , rohani, dan intelek. Elemen –elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu : • TUNJANG KOMUNIKASI • TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI • TUNJANG KEMANUSIAAN • TUNJANG LITERASI SAINS DAN TEKNOLOGI • TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA • TUNJANG KETRAMPILAN DIRI PERUNTUKAN MASA UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS : Tempoh pengajaran dan pembelajaran adalah pada kadar tidak kurang daripada 4 jam sehari dalam tempoh lima hari persekolahan. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran merangkumi Aktiviti rutin : • 50 minit rutin pagi ( pengurusan diri,rekod kedatangan,bacaan doa,nyanyian lagu dan berbaris) • 100 minit Perbulan pagi • 150 minit Rehat ( doa,makan,gosok gigi, bermain bebas) • 50 minit Refleksi sebelum balik Modul teras asas : • 90 Minit Bahasa Melayu • 60 Minit Bahasa Inggeris • 120 Minit Pendidikan Islam • 90 Minit Permainan Luar/ Perkembangan Fizikal • 40 Minit Matematik Awal Modul teras tema AP : • 800 minit merangkumi element-element dalam 6 tunjang dan unsur kreatif , kritis dan inovatif • Jumlah keseluruhan tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam 1200 minit seminggu persama 4 jam setiap hari


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM PRASEKOLAH PPKI Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) Prasekolah KPM menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Mulai 1 Januari 2017, KPM mewajibkan penggunaan Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017) yang sebelum ini dikenalisebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan seperti yang berikut: i. Prasekolah termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah dijalankan sekurangkurangnya 240 minit sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu untuk murid-murid yang berumur 5+ tahun; ii. Prasekolah termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah dijalankan sekurangkurangnya 210 minit sehari (termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu untuk murid-murid yang berumur 4+ tahun; iii. Prasekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah melaksanakan 50 peratus (600 minit) PdP dalam Bahasa Melayu dan 50 peratus (600 minit) PdP dalam Bahasa Inggeris seminggu; iv. Prasekolah yang menggunakan selain bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah melaksanakan 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam Bahasa Melayu, 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam Bahasa Inggeris dan 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam bahasa pengantar seminggu; Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam dalam sesebuah prasekolah, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah, sekurangkurangnya 120 minit seminggu; dan vi. Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama Islam dalam sesebuah prasekolah, maka murid-murid itu hendaklah diberikanpengajaran Pendidikan Moral sekurangkurangnya 120 minit seminggu.


Jadual 7: Peruntukan masa minimum PdP mengikut minit seminggu dalam kelas Prasekolah AKTIVITI LUAR MERANGKUMI AKTIVITI FIZIKAL DAN MAIN BEBAS. i. Aktiviti Luar hendaklah dijalankan di luar kelas dan perlu dilaksanakan setiap hari. ii. Aktiviti Fizikal dijalankan 30 minit, dua kali seminggu dan Main Bebas dijalankan 20 minit, tiga kali seminggu. iii. Aktiviti Fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan memerlukan tenaga untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan diri. iv. Main Bebas merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas untuk bermain. v. Pembelajaran Bersepadu terdiri daripada aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti Pembelajaran. Walau bagaimanapun, Pembelajaran Bersepadu di kelas prasekolah Pendidikan Khas adalah seperti berikut (Jadual 8): vii. Guru hendaklah mewujudkan pusat pembelajaran di prasekolah. Pusat pembelajaran merupakan ruang yang dilengkapi dengan bahan dan peralatan pembelajaran untuk murid melaksanakan aktiviti sama ada secara berstruktur atau bebas. Pusat pembelajaran memberi peluang kepada murid membina pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Oleh itu, guru perlu mengoptimumkan penggunaan pusat pembelajaran.


PERATURAN AM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PERMATA : 1. Kehadiran murid adalah WAJIB pada setiap hari (kecuali cuti umum). 2. Semua murid WAJIB menghadiri perhimpunan pagi. 3. Ketidakhadiran murid perlulah dimaklumkan kepada guru atau disertakan dengan sijil sakit atau rawatan doktor. 4. Murid-murid mestilah berpakaian mengikut jadual yang ditetapkan: t-shirt putih / seluar biru 5. Berkasut sekolah dan BERSTOKING 6. Berpakaian kemas bagi murid lelaki dan perempuan. 7. Bertudung amat digalakkan.Hanya tudung berwarna putih sahaja dibenarkan. 8. Ibubapa/ penjaga / waris WAJIB mengambil anak pada atau sebelum jam 12.00 tengahari setiap hari persekolahan. 9. Tiada khidmat penjagaan anak selepas waktu kelas. 10. Maklumat ibubapa/penjaga/waris perlulah lengkap dan benar. 11. Sebarang masalah perlulah berhubung terus kepada penyelaras prasekolah 12. Segala peraturan WAJIB dipatuhi.


Kepada; Guru Besar, SK Bohor , Jln Hutan Kampong, 05350 Alor Setar Kedah. SURAT AKU JANJI Saya ……………………………………………………………………………………… Kad pengenalan bernombor ……………………………………………………………………. Beralamat ………………………………………………………………………………………… dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan; 1. Mengambil anak di bawah jagaan saya bernama………………………………………….pada jam 12.00 tengahari pada setiap hari persekolahan. 2. Tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anak/murid dibawah jagaan saya jika ianya berlaku diluar waktu diatas. Saya sesungguhnya faham bahawa saya perlu mematuhi peraturan diatas. Yang benar; ……………………………………… Nama : Tarikh : CONTOH SURAT AKU JANJI


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Carta Organisasi Carta organisasi pentadbiran kelas prasekolah adalah seperti berikut; Sekolah Harian yang mempunyai PK Pendidikan Khas dan tidak mempunyai PK Pendidikan Khas:


PERANAN DAN TUGAS PENTADBIR: Pengarah/Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab kepada perkara yang berikut : i. Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara menyeluruh meliputi bidang pentadbiran, kebajikan, keselamatan, kewangan, kurikulum dan Kokurikulum. ii. Memastikan guru opsyen prasekolah mengajar di kelas prasekolah atau guru terlatih sekiranya tiada guru opsyen prasekolah. iii. Memastikan guru prasekolah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. iv. Memastikan kelas prasekolah mempunyai guru relief sekiranya guru prasekolah tidak hadir bertugas/menghadiri tugasan rasmi. v. Memastikan setiap kelas prasekolah mempunyai seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) atau Pekerja Sambilan Harian sekiranya tiada pengisian PPM (tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa). vi. Mengawal selia pengurusan kewangan prasekolah. vii. Memastikan tatacara pengurusan perolehan di kelas prasekolah dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa. viii. Memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan sepenuhnya dan pencerapan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun. ix. Melaksanakan pemantauan pengurusan ke kelas prasekolah secara berkala. x. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prasekolah luar premis di bawah seliaannya. xi. Memastikan PPM Prasekolah melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. xii. Mengeluarkan surat arahan penetapan waktu bekerja kepada PPM Prasekolah (rujuk Jadual Cadangan Waktu Bekerja PPM). xiii. Melaksanakan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan murid prasekolah. xiv. Memastikan guru bukan opsyen yang mengajar di kelas prasekolah pendidikan khas dan integrasi menghadiri Kursus Asas Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh KPM. xv. Melaksanakan tugas sebagai Pengerusi Panel Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid berkeperluan khas.


PERANAN DAN TUGAS TIMBALAN PENGARAH/PENOLONG KANAN: 1. Membantu Pengarah/Pengetua/Guru Besar dalam semua bidang pengurusan dan pentadbiran serta melaksanakan bidang tugas hakikinya sebagai Timbalan Pengarah/Penolong Kanan. 2. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Membantu Guru Besar dalam semua bidang pengurusan dan pentadbiran serta melaksanakan bidang tugas hakikinya PERANAN DAN TUGAS GURU PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI : Tugas dan Tanggungjawab guru. Bilangan guru prasekolah adalah berdasarkan bilangan kelas prasekolah,iaitu seorang guru bagi sebuah kelas. Guru prasekolah bertanggungjawab kepada perkara berikut: 1. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH 2. PENGURUSAN KOKURIKULUM 3. PENGURUSAN MURID 4. PENGURUSAN PRASARANA 5. PENGURUSAN KEWANGAN 6. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID 7. PENINGKATAN PROFESIONALISME 1. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH 1.1 MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN • Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema • Melaksanakan penarafan kendiri menggunakan instrumen Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK). • Melaksanakan PdPc dan pentaksiran mengikut KPK. • Merancang cadangan aktiviti berdasarkan HP dan Tema • Cetak dan bukukan - 1 salinan dihantar kepada PPD dan 1 salinan kepada Guru Besar 1.2 MENYEDIAKAN RANCANGAN HARIAN • Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu • Merancang aktiviti dan teknik P&P berdasarkan HP dan tema • Membina BBM yang sesuai • Menyediakan lembaran kerja • Mencetak dan hantar kepada Guru Besar untuk semakan dan pengesahan


1.3 PELAKSANAAN P&P PRASEKOLAH • Menjalankan set induksi • Melaksanakan langkah-langkah P&P yang telah dirancang • Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar • Menilai keberkesanan sesi P&P terhadap murid • Merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. • Menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan • Mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah dalam kalangan murid prasekolah. • Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan • Membuat refleksi 1.4 MEMBUAT RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU MURID • Mengenalpasti murid yang hendak dinilai • Memerhati perlakuan/ tingkahlaku murid • Menentukan jenis pendekatan/peneguhan kepada murid • Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. • Membuat catatan dan melengkapkan RPI Menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Kemaskini RPI • Simpan dalam fail peribadi murid • Melaksanakan pentaksiran murid secara berterusan 2. PENGURUSAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH 2.1 MERANCANG TAKWIM TAHUNAN • Membina takwim tahunan Prasekolah selaras dengan takwim sekolah, daerah dan negeri. • Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas • Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN • Melaksanakan aktiviti yang dirancang • Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD 2.2 PENGURUSAN SUKAN DAN MOTIVASI MURID • Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD • serta perlantikan jawatankuasa pelaksana • Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan • Melaksanakan aktiviti yang dirancang • Mesyuarat penambahbaikan


2.3 MERANCANG DAN MELAKSANA AKTIVITI REKREASI • Merancang tempat dan tarikh lawatan. • Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD • Memberi taklimat kepada ibu bapa • Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga • Menghantar surat makluman ke tempat lawatan • Menguruskan pengangkutan • Menyediakan laporan dan dokumentasi • Menyediakan dokumentasi lengkap bagi setiap program yang dijalankan. 3. PENGURUSAN MURID • Menjaga Hal Ehwal Murid Prasekolah Pendidikan Khas • Memastikan murid berada dalam keadaan sihat dan bersih • Menyambut kedatangan murid dengan mesra. • Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari. • Memastikan pergerakan keluar masuk murid semasa sesi persekolahan direkodkan. • Memastikan murid pulang dalam keadaan selamat. • Memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin. • Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital. • Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid. Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah. • Membantu menguruskan murid • Mengurus permohonan kemasukan dan pendaftaran murid prasekolah. • Mengemas kini data dan maklumat dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). • Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah. • .4. PENGURUSAN PRASARANA 4.1 MEWUJUDKAN SUASANA KELAS YANG KONDUSIF • Menyenaraikan pusat pengajaran dan pembelajaran yang perlu diwujudkan • Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah • Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat pembelajaran • Melabelkan pusat-pusat pembelajaran • Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran • Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran • Membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.


4.2 MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH YANG SELAMAT • Menyenaraikan pusat pengajaran dan pembelajaran di luar kelas Prasekolah • Menetapkan lokasi setiap kawasan PdP yang dirancang • Memastikan semua peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dan selamat digunakan • Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir • Melabelkan semua peralatan • Melaksanakan pengurusan kewangan prasekolah 5. PENGURUSAN KEWANGAN( ABM Kew) MEMBUAT ANGGARAN BELANJA MENGURUS ( ABM PERUNTUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH) • Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah • Berbincang dengan Guru Besar mengenai perbelanjaan dan peruntukan kewangan • Membuat pembentangan ABM dalam Mesyuarat Pengurusan Prasekolah di peringkat sekolah • Menyimpan salinan ABM , satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah • Membantu mengurus Elaun Murid Khas (EMK). 6. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID • Peranan pembantu pengurusan murid • Pelaksanaan tugasan ppm • Memastikan penyediaan makanan oleh PPM mengikut menu yang ditetapkan. • Memastikan bahan keperluan untuk penyediaan makanan dibekalkan ke kelas prasekolah mengikut pesanan yang diluluskan • Memastikan perkakasan dan ruang yang digunakan untuk penyediaan makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan. • Membantu pentadbir memastikan PPM melaksanakan tugas mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2003. • Memastikan PPM mengurus surat-menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. • Melaksanakan pengurusan fail secara sistematik 7 . PENGURUSAN PROFESIONALISME RUJUK FAIL MEJA GURU ( MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS YANG DIARAHKAN OLEH KETUA JABATAN DARI SEMASA KE SEMASA)


PEMBANTU PENGURUSAN MURID ( PPM) WAKTU BEKERJA PPM a. Pentadbir sekolah perlu mematuhi garis panduan waktu bekerja bagi pegawai dan anggota kumpulan pelaksana iaitu selama sembilan jam sehari termasuk satu jam waktu rehat sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017. b. Ketua jabatan boleh mengeluarkan arahan secara bertulis kepada manamana pegawai sekiranya terdapat tugas-tugas yang perlu dilaksanakan selain daripada waktu bekerja tersebut atas dasar kepentingan perkhidmatan. c. Ketua Jabatan perlu menggunakan budi bicara dalam menentukan waktu bekerja dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan dan kebajikan pegawai secara bersama berdasarkan pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Tugas dan Tanggungjawab PPM PPM bertanggungjawab kepada perkara berikut: 1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran i. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. ii. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan. iii. Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu dan minat untuk meneroka dalam kalangan murid prasekolah. iv. Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. v. Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah. vi. Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid berkenaan di bawah jagaannya. vii. Memberi bantuan kepada murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktivitiaktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. viii. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran.


2. Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah i. Membantu guru mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari. ii. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah. iii. Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. iv. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. v. Mengemas kini data dan maklumat murid prasekolah. vi. Membantu menguruskan permohonan kemasukan dan pendaftaran murid prasekolah. vii. Membantu menghubungi agensi-agensi luar atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah. viii. Membantu guru prasekolah membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid yang bermasalah sekiranya perlu. ix. Membantu guru prasekolah dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah. x. Membantu guru merekodkan perbelanjaan dan sumbangan* yang diterima untuk prasekolah. *Tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998-Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam 3. Pengurusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih i. Menyedia (memasak atau mendapatkan bekalan tersebut daripada pembekal) dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid prasekolah berdasarkan cadangan menu standard prasekolah. ii. Mengemas dan membersihkan perkakasan seperti pinggan, piring,cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya. iii. Menyedia dan mengemaskan kelas dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas PdP termasuk menyapu, mengunci pintu kelas dan menjaga kebersihan kelas dan ruang-ruang lain. iv. Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. v. PPM tidak diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid berdasarkan surat makluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia nombor Bil(3)dlm KKM-171/BKP/11/54/0803 JLD2 bertarikh 24 Disember 2013 – Permohonan Nasihat dan Penjelasan Berkenaan Suntikan Tifoid Bagi Penyediaan Makanan Oleh Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.


4. Pengurusan Hal Ehwal Murid i. Melayani kerenah murid prasekolah dan menolong memastikan mereka sentiasa berkeadaan bersih. ii. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. iii. Menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan mereka keluar kelas dalam keadaan selamat. iv. Membantu murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. v. Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas. vi. Membantu mengawasi murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah. vii. Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah. e. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari semasa ke semasa*. Nota : 1. *Sebarang tugas yang diarahkan tidak boleh bersifat harian dan mengganggu tugas hakiki PPM Prasekolah GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GURU GANTI Pihak pentadbir perlu memastikan terdapat guru ganti di kelas prasekolah jika guru prasekolah tidak hadir bertugas atas sebab yang berikut : a. Cuti bersalin b. Cuti sakit berpanjangan yang disahkan oleh doktor kerajaan c. Cuti Haji d. Cuti tanpa gaji yang diluluskan e. Menghadiri kursus jangka panjang Guru ganti di kelas prasekolah pendidikan khas dan integrasi, guru pendidikan khas terlatih boleh diarah untuk mengajar kelas prasekolah pendidikan khas. PEMBANTU PENGURUSAN MURID GANTI (PEKERJA SAMBILAN HARIAN) Pihak pentadbir boleh memohon Pekerja Sambilan Harian sekiranya:


a. PPM tidak hadir bertugas atas sebab : i. Cuti bersalin ii. Cuti sakit berpanjangan yang disahkan oleh doktor kerajaan iii. Cuti tanpa gaji yang diluluskan iv. Cuti Haji v. Cuti belajar b. Perjawatan yang belum diisi Nota: Tertakluk kepada pekeliling yang sedang berkuatkuasa


PERLAKSANAAN TUGASAN PPM Berikut adalah tugasan yang perlu dilaksanakan oleh PPM dalam memastikan keceriaan dan kebersihan kelas . DISEDIAKAN OLEH : MOHD TARMIZI B ROHANI …………………………………… DI SEMAK OLEH : PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS …………………………………… DILULUSKAN OLEH : GURU BESAR …………………………………… DILAKSANAKAN OLEH : PN MAZLINA BT SAID ………………………………….. 8.00 -8.15 Menyediakan persiapan minum pagi 8.15 – 9.00 Membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran 9.00 – 10.30 Menyediakan makanan ( makan pagi) untuk murid dan membantu dalam pengurusan diri murid 10.30 -12.00 Membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran 12.00 – 12.30 Menyusun perabot dan kelengkapan di dalam kelas dan Mengemas peralatan BBM 12.30 -2.00 Pengurusan diri PPM 2.00 – 4.15 URUSAN MENGEMAS DAN MEMBERSIH KAWASAN KELAS AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS Membersihkan tandas Membersihkan tandas Membersihkan tandas Membersihkan tandas Membersihkan tandas Menyapu sampah Menyapu sampah Menyapu sampah Menyapu sampah Menyapu sampah Mengemop lantai Mengemop lantai Mengemop lantai Mencuci tingkap Mencuci tingkap Mencuci tingkap Membuang sawang tingkap Membuang sawang dinding/ siling Membuang sawang tingkap Membuang sawang dinding/ siling Membuang sawang tingkap Mengemas dan membersihkan perkakas dapur Mengemas dan membersihkan perkakas dapur Mengemas dan membersih ruangan basuh tangan Mengemas dan membersih ruangan basuh tangan Mencuci kipas angin Mencuci tempat ambil wuduk Mencuci tempat ambil wuduk Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian Mengemaskini stok bahan basah dan kering Mengemaskini sistem fail Mengemaskini sistem fail Mengemaskini sistem fail Menyediakan peralatan alat tulis murid Menyediakan peralatan alat tulis murid Menyediakan peralatan alat tulis murid Menyediakan peralatan alat tulis murid Menyediakan peralatan alat tulis murid 4.15 -4.30 Mengunci kelas


PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN a. PPM dikehendaki menghadiri kursus dan latihan berkaitan pengendalian makanan. b. PPM mesti mematuhi kod etika pemakaian ketika menyediakan sajian dengan memakai apron, sarung tangan dan penutup kepala seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. c. Sajian makanan murid prasekolah mesti berdasarkan panduan menu yang disyorkan. d. PPM tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan yang tidak sihat yang mengandungi monosodium glutamat (MSG), serbuk perasa tambahan, makanan dalam tin, makanan yang diproses, minuman berkarbonat dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. e. Melupuskan bahan mentah dan bahan masakan yang telah tamat tempoh. f. Stok bahan mentah dan bahan masakan hendaklah disimpan di tempat yang bersesuaian dan selamat. PROSEDUR PENYEDIAAN MAKANAN Amalan penyediaan makanan untuk murid prasekolah disediakan oleh PPM di kelas prasekolah yang merupakan salah satu bidang tugas utama. Penyediaan makanan bagi murid prasekolah perlu mengikut prosedur berikut: a. PPM perlu memasak bagi kelas prasekolah yang telah dibekalkan dengan kelengkapan dan peralatan memasak. b. Bagi situasi berikut, pesanan makanan boleh dibuat: i. Kelas prasekolah tiada PPM disebabkan oleh: - kelas tidak dibekalkan dengan PPM; - ketiadaan PPM kerana cuti bersalin, cuti rehat, cuti tanpa gaji, cuti sakit dan menghadiri kursus; dan - tiada PPM ganti. ii. Tiada ruang penyediaan makanan sekiranya kelas prasekolah menumpang di bilik darjah/bilik khas. iii. Ruang penyediaan makanan disita oleh Jabatan Kesihatan/Pihak Berkuasa Tempatan. iv. Peralatan memasak mengalami kerosakan, kehilangan, atau tidak berfungsi dengan baik. c. Sekiranya berlaku situasi seperti perkara 7.3.5(b), pihak pentadbir perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:


i. Mendapatkan makanan bermasak daripada pembekal yang dilantik. ii. Memastikan pembekal mematuhi syarat-syarat yang berikut: - garis panduan makanan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib dipatuhi; - penyediaan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan oleh pihak institusi; - harga makanan mengikut kadar peruntukan bantuan makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; iii. memastikan tatacara perolehan mengikut Surat Pekeliling yang sedang berkuatkuasa PENGURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN DI BULAN RAMADAN a. Penyediaan makanan hendaklah dibuat setiap hari. b. Dibenarkan menyedia makanan secara berbungkus kepada murid. c. Makanan yang dimasak/disediakan hendaklah tahan lama dan tidak mudah rosak. d. Makanan yang dibekalkan mestilah bersih, berzat dan seimbang. KESELAMATAN SEMASA PENYEDIAAN MAKANAN a. Ruang pengudaraan hendaklah mencukupi dan sesuai. b. Penggunaan dapur elektrik adalah digalakkan. c. Jika menggunakan dapur gas, ruang memasak hendaklah diasingkan menggunakan dinding batu bata dan pintu rintangan api dengan ketahanan api tidak kurang dua jam. d. Jika tidak mematuhi kriteria di atas, pihak pentadbir hendaklah memastikan: i. Aktiviti memasak hendaklah dilakukan di luar bangunan prasekolah. ii. Peralatan dan bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan berjauhan dari tempat aktiviti memasak. iii. Semua peralatan memasak hendaklah disimpan kembali di tempat yang selamat selepas digunakan.


CADANGAN MENU SARAPAN PAGI DAN KUDAPAN MURID PRSEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SEPANJANG TAHUN : Nota ; menu goreng akan di tukarkan kepada menu berkuah. Menu akan bertukar mengikut keperluan murid berkeperluan khas HARI MENU PAGI MENU KUDAPAN AHAD 1. Bijirin Sarapan Pagi (1 cawan/60gm) - Susu Segar UHT (100ml) 2. Minuman Bersusu (200ml) - Teh (1 sm/12gm)) - Susu tepung rendah lemak (2 sm/16gm) 1. Soto - Nasi himpit (100gm) - Ayam (40gm) - Minyak menumis (1 st) - Sambal cili kicap (5gm) - Daun sup + taugeh - Bawang goreng 2. Minuman Teh Bersusu - Teh - Susu tepung rendah lemak (2 sm/16gm) 3. Betik (211gm) ISNIN 1. Nugget Ayam (3 ketul/54gm) 2. Minuman Bersusu (200ml) - Teh (1 sm/12gm)) - Susu tepung rendah lemak (2 sm/16gm) 1. Bihun Goreng - Bihun (1 cawan/60gm) - Isi ayam (40gm) - Taugeh (20gm) - Sayur sawi (40gm) - Minyak (10gm) 2. Minuman The Bersusu (200ml) - Teh - Susu tepung rendah lemak (2sm/16gm) 3. Pisang Emas (2 biji/77gm) SELASA 1. Bijirin ‘Corn Flakes’ (1 cawan/60gm) 2. Susu Segar UHT (100ml) 1. Mi Goreng - Mi basah (1 cwn/80gm) - Isi ayam (40gm) - Sawi (40gm) - Minyak (2st/10gm) 2. Minuman The Bersusu (200ml) - Teh (1sm/6.3gm) - Susu tepung skim (2sm/16gm) 3. Betik (1 potong/211gm)


RABU 1. Sandwich Telur - Telur hancur (54gm) - Roti putih (58gm) (2 keping) - Sayur salad - Sos cili 2. Minuman Susu Bercoklat (200ml) - Teh (1 sm/12gm) - Susu tepung rendah lemak (2 sm/16gm) 1. Kuey Teow Goreng - Kuey teow (1 cawan) - Udang (30gm) - Sawi (20gm) - Taugeh (20gm) - Fishcake (10gm) 2. Minuman Susu (200ml) - Susu tepung rendah lemak (2 sm/16gm) 3. Betik (211gm) KHAMIS 1. Roti Putih (2 keping/60gm) 2. Kaya / Jem (1 sm/26gm) 3. Teh O / Kopi O - Gula (2 st/10gm) 1. Bubur Nasi (166gm) - Isi ayam (30gm) - Lobak merah (20gm) - Ikan bilis (12gm) 2. Minuman Teh Bersusu (200ml) - Teh (- Susu tepung rendah lemak (2 sm/16gm) 3. Pisang Rastali (170gm)


TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN 1.Pakaian Murid Prasekolah KPM Adalah Seperti Berikut: a. kemeja-T putih berkolar; b. tudung putih (bagi yang bertudung); c. lencana sekolah/institusi bertampal/berjahit; d. track bottom biru gelap; dan e. kasut kanvas* (warna kasut adalah berdasarkan pekeliling semasa yang telah ditetapkan oleh KPM). 2. Etika Pakaian Guru Dan Ppm Adalah Tertakluk Kepada Perkara 6 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang memperuntukkan: a. Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. b. Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah perpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut. Berikut adalah pekeliling-pekeliling dan panduan berhubung etika berpakaian bagi penjawat awam: a. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-Pegawai Awam). b. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi). c. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis). d. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun 2013 (Pemakaian Two/Three – Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita).Hiasan atau eksesori hendaklah ringkas dan bersesuaian dengan bidang tugas PROGRAM LUAR a. Sebarang program/aktiviti hendaklah mendapat kebenaran daripada pentadbir dan ibu bapa/penjaga. b. Bagi program/aktiviti yang dijalankan perlu mengikut peraturan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.


KESIHATAN a. Pihak sekolah perlu peka terhadap aspek kesihatan murid. Sekiranya didapati murid mempunyai masalah kesihatan pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dan mengambil tindakan yang sewajarnya. b. Pihak pentadbir perlu membuat laporan kepada PPD atau JPN dan Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri sekiranya terdapat sebarang kes penyakit berjangkit. KESELAMATAN MURID a. Ibu bapa/penjaga perlu memastikan murid dihantar dan dijemput pulang seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. b. Ibu bapa/penjaga sahaja diberikan kebenaran untuk mengambil murid semasa sesi persekolahan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pihak sekolah perlu mendapat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga sekiranya mewakilkan kepada orang lain. c. Guru sentiasa peka dengan perubahan fizikal murid berkaitan dengan penyakit berjangkit, penderaan, kecederaan dan perubahan tingkah laku serta arahan tahap perkembangan kesihatan semasa. d. Murid prasekolah dilindungi Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (STPSM). FIZIKAL Mengamalkan dan membudayakan konsep 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) yang dapat membantu aspek pembelajaran dan pengajaran. a. Memastikan bangunan prasekolah berada dalam keadaan selamat. b. Pintu keluar hendaklah tidak dihalang atau dikunci sewaktu sesi persekolahan. c. Memastikan alat pepasangan keselamatan kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi. d. Memantau, memeriksa, menyelia serta mendapatkan kerjasama daripada agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Pihak Berkuasa Tempatan/Jabatan Kerja Raya/Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan. e. Pemantauan berkala perlu dilakukan oleh pihak sekolah/institusi. Nota: Rujuk SPIBil. 6/2000 dan Bil. 4/2002


RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a. Peralatan/perabot hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sesuai. b. Memastikan peralatan tajam dan berbahaya disimpan di tempat selamat selepas aktiviti PdP. c. Memastikan semua sambungan peralatan elektrik tidak melebihi kapasiti yang dibenarkan, berada di tempat yang sesuai dan sukar dicapai oleh murid. d. Peti pertolongan cemas yang lengkap tidak boleh mengandungi ubat yang dipreskripsi serta tidak melebihi tarikh luput dan berada di tempat yang sesuai. e. Memastikan keadaan fizikal, pengudaraan dan pencahayaan adalah baik untuk murid. TAMAN PERMAINAN a. Memastikan semua alat permainan luar selamat dan berfungsi. b. Memastikan alatan yang rosak dibuat pelupusan dan memohon penggantian. c. Memastikan kawasan taman permainan bebas daripada bahaya termasuk tiada tumbuhan yang memudaratkan. d. Pembersihan berkala perlu dilakukan. RUANG PENYEDIAAN MAKANAN a. Susunan peralatan hendaklah sentiasa kemas, bersesuaian dengan ruang dan tidak menghalang laluan. b. Ruang pengaliran udara seperti tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa memasak. c. Peralatan yang tajam disimpan di tempat yang selamat selepas aktiviti memasak. d. Kepala penutup tong gas dan salur getah gas hendaklah sentiasa diperiksa bagi mengesan kebocoran. e. Kepala penutup tong gas hendaklah ditanggalkan selepas digunakan. f. Peralatan elektrik hendaklah berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. g. Alat pemadam api hendaklah bersesuaian, berfungsi dan diselenggara secara berkala (sekurang-kurangnya satu kali setahun).


KEBERSIHAN DAN KECERIAAN a. Kelas prasekolah hendaklah sentiasa bersih, kemas, ceria dan selamat. b. Longkang sentiasa dicuci dan dibersihkan. c. Rumput sentiasa dipotong secara berkala. d. Kawasan persekitaran hendaklah bebas daripada pembiakan nyamuk, makhluk perosak dan haiwan berbisa. RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a. Mewujudkan pusat pembelajaran berdasarkan KPK b. Ruang PdP serta peralatan perlu dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan. c. Setiap ruang di dalam kelas prasekolah hendaklah dalam keadaan ceria dan kondusif d. Susun atur peralatan hendaklah sentiasa kemas, menarik dan selamat. e. Lantai hendaklah sentiasa bersih dan selamat. RUANG PENYEDIAAN MAKANAN a. Peralatan memasak, pinggan mangkuk dan cawan/gelas murid dibersih dan dikeringkan sebelum disimpan. b. Lantai dan tingkap sentiasa dicuci/dilap dengan menggunakan cecair pencuci. c. Tong sampah sentiasa beralas, bertutup dan bersih. d. Penyimpanan bahan kering dan basah secara berasingan di tempat yang sesuai. e. Peralatan di ruang penyediaan makanan mesti dalam keadaan bersih, selamat dan berfungsi. f. Sisa pada bekas atau botol perlu dibersihkan dan ditutup rapi sebelum disimpan. g. Rak penyimpanan makanan mesti dalam keadaan bersih dan dilabelkan. TANDAS a. Tandas sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan berfungsi. b. Tandas dipam selepas digunakan. c. Pintu tandas sentiasa ditutup dan mudah dibuka. d. Lantai sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. e. Pili air ditutup selepas digunakan. f. Bahan pencuci tangan disediakan. g. Alat dan bahan pencuci perlu disimpan di tempat yang sesuai.


SISTEM PENGURUSAN FAIL PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BIL TAJUK FAIL KANDUNGAN FAIL CATATAN 1. Fail Pengurusan Am • Sejarah penubuhan prasekolah • Visi, Misi, Moto, Piagam Pelanggan, peraturan dan pelan lantai luar dan • dalam sekolah • Carta Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah • Takwim tahunan • Brosur prasekolah • Surat jemputan dari/ke agensi luar dan berkaitan • Surat panggilan ibu bapa/penjaga • Aduan dan cadangan • Keselamatan • x. Lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan am 2 Fail Pekeliling/Surat Siaran Semua surat siaran atau perkeliling yang berkaitan • SPI Penggunaan KSPK • SPI Bantuan Persekolahan Murid • Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2009 • Pekeliling Perjawatan PPM • SPI Bil.5/2007: Garis Panduan Lawatan • SPI Bil.6/2000 dan Bil.4/2002 • Surat Siaran KPM Bil.2/2012 : Penerimaan Murid Prasekolah & lain-lain 3 Fail Mesyuarat/Takli mat/Kursus/Ben gkel • Surat panggilan yang diminitkan • Bahan sokongan yang diterima semasa menghadiri mesyuarat/taklimat/ • kursus/bengkel/seminar • Minit mesyuarat/minit curai/laporan • iv. Lain-lain yang berkaitan mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/seminar 4 Fail Pengurusan Kewangan Anggaran Perbelanjaan Mengurus; • Makan Murid • LPBT • Kokurikulum - Salinan Penyata Peruntukan Kewangan Sekolah. - Salinan Dokumen (Nota Minta/Invois) - KEW-4/Pembeliaan Bahan Basah/Kering Kad petak (Tatacara pengurusan stor 53) - Salinan Dokumen


• Bahan Basah • Bahan Kering 5 Fail Pengurusan Prasekolah - Struktur Organisasi Prasekolah • JPN • PPD • Sekolah - Mesyuarat Prasekolah: • Surat Panggilan Mesyuarat • Minit Mesyuarat • Hand-out - Salinan surat keluar dari pihak sekolah. - Salinan surat masuk dari PPD/JPN/KPM/ Agensi luar ( yang tidak berkaitan dgn. Fail 7&8) - Salinan laporan pemantauan pengurusan prasekolah oleh pihak PPD,JPN,KPM - Maklumat asas sekolah / kelas (SMPK) - Maklumat asas Guru Dan PPM terkini (SMPK) - Salinan Sijil Guru / PPM (jika ada) Senarai nama Murid .6 Fail Pengurusan Kurikulum - Sukatan/Huraian Sukatan Pelajaran • Jadual Waktu • Sukatan dan huraian • Rancangan Tahunan • Takwim • Menu • Tugasan guru - Penguasaan Murid 4M • senarai Semak • Rekod Anekdot • Rekod Berterusan • Analisis Kajian/ Pentaksiran 4M • Junior Kids Programme • Analisis Peratusan Penguasaan Murid Mengikut Tunjang Pembelajaran - Pencerapan /Penyeliaan • Jadual Pencerapan Guru • Jadual Penyeliaan PPM ( jika ada) • Salinan Laporan Pencerapan Pihak sekolah / Pemantauan (akademik) oleh pihak Nazir,PPD,JPN dan KPM * hanya laporan keseluruhan kelas ( Untuk individu disimpan dlm fail peribadi/ portfolio murid) 7 Fail Hal-Ehwal Murid (HEM) - Pemilihan Murid • Jawatankuasa pemilihan Murid • Salinan surat panggilan mesyuarat JK Pemilihan murid.


• Minit mesyuarat JK Pemilihan Murid. - Pendaftaran Murid • Senarai Nama & maklumat murid dan Maklumat ibubapa / penjaga. - Borang Permohonan Kemasukan murid - Borang / surat pengakuan ibubapa(jika ada) - Surat doktor/ sijil sakit murid (jika ada) - Salinan pengesahan murid OKU (JKM)** 8. Fail Harta Modal & Inventori - Salinan Daftar Harta Modal (KEW.PA 2) - Salinan Daftar Inventori (KEW.PA 3) - Salinan senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA 8) - Salinan surat punca kuasa/ Arahan pelupusan. - Senarai aset penyelenggaraan (KEW.PA 13) - Surat Permohonan / laporan kerosakkan / perlupusan / penggantiaan peralatan dan penyelenggaraan bangunan prasekolah - Rekod Penyelenggaraan (KEW.PA 14) - Salinan Perakuan pelupusan (KEW.PA 16) - Salinan dokumen berkaitan 9. Fail Profil Murid - Portfolio • Butiran Perbadi Murid • Salinan Sijil Lahir • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/ Penjaga • Rekod Kesihatan Murid • Rekod Kemajuan Dan Perkembangan Murid 10. Rancangan Pengajaran Individu (Prasekolah Pendidikan Integrasi/Khas) - Carta aliran RPI** - Jawatankuasa RPI** - Salinan surat persetujuan pelaksanaan RPI kepada ibu bapa** - Salinan surat mesyuarat RPI** - Rancangan Pengajaran Individu SK/SJKC/SJK T –tidak berkenaan


PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKKAN YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM PENGOPERASIAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS A. Peruntukan Pembekalan makanan B. Peruntukan Geran Perkapita Murid (PCG) C. Bantuan KOKurikulum (BKKP)


A. BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP) 1.1 LATAR BELAKANG • Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) telah ditangguhkan pemberiannya kepada sekolah pada tahun 2010 kerana tiada peruntukan. • Pada tahun 2011, pemberiannya disambung semula tetapi dengan kadar dan maksud belanja yang tetap bagi memudahkan pengurusan dan perbelanjaan oleh pihak sekolah. 1.2 MAKSUD BELANJA i. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti: • Sukan/sukaneka; • Karnival Pendidikan Prasekolah; • Konvokesyen; dan • Lawatan. ii. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanan aktiviti di para B adalah seperti berikut: • Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring prasekolah/ pembantu pengurusan murid; • Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; • Pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum dan sukan prasekolah; • Pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan murid; dan • Pembelian hadiah aktiviti. 1.3 KELAYAKAN MURID DAN KADAR • Tuntutan BKKP layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. • Kadar BKKP yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid prasekolah adalah sebanyak RM25.00 seorang murid setahun. 1.4 JUMLAH PERUNTUKAN DI TERIMA : • Peruntukan seorang murid : RM 25.00 Jumlah kelayakan ( Seorang Murid) X Bilangan semasa murid


B. PERUNTUKAN PERBELANJAAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) 1. PERUNTUKAN PERBELANJAAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) 1.1 Bantuan Per Kapita Pra Sekolah PCG PRASEKOLAH i. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. ii. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. iii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. iv. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. v.Perolehan Harta Modal adalah tidak dibenarkan 1.2 KADAR PEMBERIAN PER KAPITA BAGI PRA SEKOLAH Pengiraaan Peruntukan PCG Murid dalam setahun Bilangan murid semasa x PCG (RM100) setahun BANTUAN PER KAPITA PRASEKOLAH Prasekolah RM100.00 seorang murid setahun


C. BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP) BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP) 3.1. Latar Belakang • Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi membiayai perbelanjaan penyediaan makanan murid di kelas prasekolah KPM. • Sehingga bulan Julai tahun 2010, kadar BMP ialah RM1.50 sehari untuk seorang murid selama 200 hari. • Di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)-Pendidikan, kadar BMP bagi seorang murid prasekolah telah dinaikkan sebanyak RM0.30 (Semenanjung) dan RM0.55 (Sabah, Sarawak dan WP Labuan) berkuat kuasa mulai 1 Ogos tahun 2010. 3.2 Maksud Belanja Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMP adalah bagi tujuan berikut: a. Perolehan bahan mentah memasak; b. Gas/bahan api memasak; c. Makanan tambahan; dan d. Lain-lain perkara yang melibatkan penyediaan/pemberian makanan berkhasiat kepada murid di kelas prasekolah. 3.3 Kelayakan Murid Dan Kadar • Tuntutan BMP hanya layak dituntut bagi murid prasekolah warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. • Kadar BMP yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah untuk tempoh 200 hari setahun adalah seperti berikut: Negeri Kadar Seorang Murid Sehari Semenanjung RM1.80 , Sabah, Sarawak dan WP Labuan RM2.05 3.4 Jumlah Penerimaan Bantuan Makan 1 Orang Murid Untuk Sehari :RM 2.00 • Keseluruhan hari persekolah seorang murid : ( 200) hari persekolah x (RM 2.00)peruntukan x (1 )bilangan orang : RM 400.00 ( Anggaran perbelajaan bulanan mengikut bilangan hari hari persekolah tidak termasuk cuti umum )


D. INSURAN TAKAFUL Tuntutan Insurans Takaful hanya layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja; ii. Kadar kelayakan Insurans Takaful untuk seorang murid ialah RM1.50; dan iii. Perlindungan Insurans Takaful meliputi: a. Setiap murid warganegara Malaysia yang berdaftar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan mulai 1 Januari tahun semasa hingga 31 Disember tahun yang sama akan dilindungi secara automatik bagi sepanjang tempoh tersebut. b. Perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia. *Tertakluk kepada pekeliling yang sedang berkuatkuasa E.Elaun Murid Khas (EMK) i. EMK dibayar sebanyak RM150.00 setiap bulan bagi seorang murid yang layak. (Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil. 3 Tahun 2009 – Kadar Elaun para 3) ii. EMK dibayar melalui akaun bank murid iii. Pembayaran dibuat sekali setahun iv. Peruntukan disalurkan terus oleh Bahagian Kewangan, KPM kepada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). v. Sekiranya berlaku lebihan peruntukan EMK, BPKhas dan JPN dikehendaki memulangkan lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama ‘Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia’ sebelum atau pada 30 November tahun semasa. PROSEDUR TUNTUTAN/PELARASAN i. Tuntutan awal bantuan persekolahan bagi tahun semasa hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. ii. Pihak sekolah WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan tahun semasa untuk mengenalpasti peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun tersebut. iii. Pelarasan peruntukan tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan perbezaan murid pada 1 Oktober tahun sebelum (tuntutan awal) dengan enrolmen murid pada 1 Jun tahun semasa.


PENTAKSIRAN Pentaksiran di prasekolah adalah satu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk pendapatkan maklumat tentang perkembangan dan pembelajaran murid. Pentaksiran merupakan perkara asas dan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan secara berterusan. CIRI-CIRI PENTAKSIRAN Pentaksiran yang dijalankan di prasekolah merangkumi ciri-ciri berikut: a. Mementingkan proses b. Secara tidak formal c. Suasana semula jadi d. Bersifat diagnostik e. Berterusan TUJUAN PENTAKSIRAN Tujuan pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut: a. Mengesan pertumbuhan dan perkembangan murid bersesuaian dengan peringkat umur; b. Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan secara menyeluruh; c. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa; d. Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/penjaga dan pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran murid dalam semua aspek yang terkandung dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan; e. Mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang pembelajaran dan persekitaran yang disediakan; f. Membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk: i. Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum. ii. Membantu pembelajaran murid. iii. Memperbaiki pengajaran guru.


Click to View FlipBook Version