Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN
BANDAR UTAMA
DAMANSARA
LEBUH BANDAR UTAMA
47800 PETALING JAYA
EN GUNALAN A/L ARUMUGAM 23 OKTOBER 2021 / SABTU
10:00 PAGI
(GURU BESAR SK BANDAR UTAMA DAMANSARA)
KEDIAMAN MASING-MASING
http://meet.google.com/czt-
fdnj-chm
SK BUDi
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
VISI, MISI DAN MATLAMAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MATLAMAT
MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA
YANG TAAT SETIA DAN BERSATU PADU,
MELAHIRKAN INSAN YANG BERIMAN, BERAKHLAK MULIA,
BERILMU, BERKETRAMPILAN DAN SEJAHTERA,
MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA MANUSIA
UNTUK KEPERLUAN KEMAJUAN NEGARA,
MEMBERIKAN PELUANG-PELUANG PENDIDIKAN
KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
ISI KANDUNGAN
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 24 / 2021
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 24 / 2021
SENARAI AHLI JAWATAN PIBG SESI 2020/2021
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 24 /
2021
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE –
24 / 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 23 /
2020
LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SKBUD
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2020 / 2021
SENARAI USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 24 / 2021
SEKALUNG PENGHARGAAN
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
ATURCARA
MAJLIS
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
ATURCARA MAJLIS
Pendaftaran kehadiran ibu bapa dan guru
Bacaan doa
Perutusan Penasihat PIBG (Guru Besar)
Perutusan dan Perasmian Yang Di-Pertua PIBG
Pembentangan dan Pengesahan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun 2020
Pembentangan dan Pengesahan Penyata
Kewangan
Perbahasan Usul dan Cadangan
Pembubaran dan pelantikan Ahli Jawatankuasa
sesi 2021/2022
Ucapan Penangguhan
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
AHLI
JAWATANKUASA
PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE - 24
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT
AGUNG PIBG SKBUD KALI KE 24 / 2021
Penasihat : En. Gunalan A/L Arumugam (Guru Besar / Penasihat)
Pengerusi : En. Mohd Yusrizal Amri bin Mohd Yusoff (Yang Dipertua
Timb. PIBG)
Pengerusi : En. Rumlan bin Abd Rahman (Naib Yang Dipertua PIBG)
: En. Rosli bin Husain (Penolong Kanan Pentadbiran)
Setiausaha : En. Khairur Rizal bin Mohamed Jukiri (Penolong Kanan Hal
Bendahari Ehwal Murid)
: Cik Faizah binti Md Rawi (Penolong Kanan Kokurikulum)
: Pn. Syamimi binti Mohd Hamdi
: Pn. Nurul Alliya binti Mazlan
AJK PELAKSANA
Pengacara majlis : Pn. Shanty binti Sai’en
Pendaftaran : Pn. Wan Nor’aini binti Mohd Nor
Bacaan doa : Ustaz Khairur Rizal bin Mohamed Jukiri
Buku Program & : Cik Theva Sangiri A/P Tanabalam
Multimedia : Pn. Syamilia binti Hj Ahmad
Pencatat Minit : Pn. Syamimi binti Mohd Hamdi
: Pn. Huzaifah binti Aiass@Esa
Penyediaan Sijil AJK / : Pn. Rohani binti Abdul Ghani @ Mahmod
Cenderahati perasmi : Pn. Suziana binti Razali
PA Sistem / Montaj : En. Amirul Arfi bin Zulkifli
Video / Backdrop : En. Ahmad Fahmi bin Mohd Razali
Video : En. Ahmad Azri bin Yusoff
: Pn. Nurul Alliya binti Mazlan
Jurugambar : Pn. Asma’ binti Abdullah
Jurugambar : Encik Rano Iswardy Cik Satnam Kaur
: Cik Satnam Kaur A/P Harwan Singh
Laporan & : Cik Nur Izzati binti Jasni
dokumentasi : Pn. Asma’ binti Abdullah
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
SENARAI AHLI
JAWATANKUASA
PIBG SESI
2020 / 2021
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
JAWATANKUASA PIBG SESI
2020 / 2021
YDP PIBG : En. Mohd Yusrizal Amri b. Mohd Yusoff
NYDP PIBG : Tn. Hj Rumlan bin Abd Rahman
Setiausaha : Pn. Syamimi binti Mohd Hamdi
Bendahari : Pn. Nururl Alliya binti Mazlan
AJK Ibu Bapa : Pn. Halijah binti Abu Bakar
: Pn. Noor Maziana binti Mohd Idris
: En. Nurzamin bin Mustaffa
: En. Wan Fairulnizam bin Wan Ismail
: En. Nor Azan bin Baba
AJK Guru : En. Ahmad Azri bin Yusoff
: Pn. Asma’ binti Abdullah
: Pn. Huzaifah binti Aiass@Esa
: Pn. Shanty binti Sai’en
: Pn. Rohani binti Abdul Ghani
Juru Audit (Guru) : En. Jeffrin bin Lontong
Juru Audit (Ibu : En. Norhazan bin Samidi
bapa)
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
NOTIS
MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI
KE – 24 / 2021
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
AGENDA
MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI
KE – 24 / 2021
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
TARIKH : 23 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 10:00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
PLATFORM : GOOGLE MEET
(http://meet.google.com/czt-fdnj-chm)
AGENDA :
1. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG
kali ke 23 / 2021
2. Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan
PIBG
3. Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti PIBG 2020
/ 2021
4. Membahaskan usul
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Bandar Utama
Damansara Sesi 2021 / 2022
6. Hal – hal lain
7. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI
KE – 23 / 2020
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
UCAPTAMA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 23
1. UCAPTAMA YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019 (EN. MOHD YUSRIZAL
AMRI B. MOHD YUSOFF)
1.1 En. Mohd Yusrizal Amri bin Mohd Yusoff selaku Yang Dipertua PIBG sesi
2019 mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Bandar
Utama Damansara dan semua ibu bapa serta jemputan kerana dapat
menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23.
1.2 YDP PIBG menyatakan peranan dan tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa
dan Guru sangat penting sebagai penyumbang dan peneraju kepada
kecemerlangan sekolah.
1.3 YDP PIBG berharap agar pihak sekolah dapat meneruskan aktiviti yang
dirancang oleh PIBG sesi 2019/2020.
1.4 YDP PIBG berharap agar kerjasama ibu bapa dan sekolah dapat
memberi impak positif kepada murid dan sekolah seterusnya kepada
agama dan Negara.
1.5 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG
sesi 2019/2020 di atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah dan
barisan pentadbir yang mentadbir sekolah dengan jayanya
2. UCAPTAMA PENASIHAT PIBG -( PN NOOR SOFIAH BINTI MOHAMED
ISMAIL )
2.1 Puan Noor Sofiah selaku Penasihat PIBG SK Bandar Utama Damansara
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa serta
jemputan kerana dapat menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-23.
2.2 Beliau menyatakan peranan dan tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa
dan Guru sangat penting untuk akademik dan sahsiah murid. Sokongan
ibu bapa yang memberangsangkan sangat penting untuk pembangunan
murid dan sekolah. Pihak sekolah sedia membantu jika ibu bapa
menghadapi kesulitan.
2.3 Beberapa penambahbaikan oleh pihak sekolah telah dilaksanakan
untuk kemajuan murid. Antara program yang telah dilaksanakan ialah:
1) Sistem merit, 95% kehadiran penuh murid digabung dengan
penglibatan ibu bapa di dalam program-program sekolah. Pada
akhir tahun, peratus kehadiran tertinggi akan dibawa
mengikuti rombongan.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
2018- Pusat Sains Negara
2019- Shah Alam
2020- sedang dalam perancangan utk ke tempat yang lebih
jauh
2.4 Selain itu, sebagai galakan kepada murid dan ibu bapa untuk hadir ke
program sekolah, pihak sekolah berbesar hati dengan memberikan
penghargaan seperti cawan dan payung.
2.5 Beliau juga memaklumkan pihak sekolah telah menyediakan papan
kenyataan sudut maklumat dan info untuk ibu bapa di kantin sekolah.
Sebarang info boleh dilihat di papan kenyataan tersebut.
2.6 Penubuhan aplikasi Whatss App kelas bagi sesi 2020. Kumpulan Whats
App ini ditubuhkan dalam bentuk sehala sahaja. Sekiranya mempunyai
sebarang masalah, ibu bapa boleh menghubungi guru kelas atau terus
menghubungi pejabat sekolah.
2.7 Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah memandang berat
tentang keselamatan murid. Pihak sekolah memohon kerjasama ibu
bapa agar murid dapat pulang pada waktu yang telah ditetapkan.
Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa orang murid masih ada
di sekolah pada jam 6 petang. Sekolah telah menetapkan murid akan
menunggu di pondok pengawal selepas habis sesi persekolahan. Pihak
sekolah mengharapkan agar ibu bapa tidak meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada pengawal keselamatan.
2.8 Pihak sekolah ingin mengingatkan ibu bapa tentang pemakaian topi
keledar ketika menghantar dan mengambil anak di sekolah untuk
keselamatan murid.
2.9 Satu program telah dilaksanakan untuk memastikan kehadiran murid ke
sekolah. Program Ziarah Cakna merupakan kolaboratif pihak sekolah
dengan pihak polis. Antara intipati program seperti membuat lawatan
ke rumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Selain itu, lawatan
ke hospital sekiranya murid dimasukkan ke wad dan jemputan ke majlis-
majlis juga pihak sekolah telah menghantar wakil untuk menghadirinya
2.10 Berdasarkan prestasi akademik, terdapat peningkatan
pencapaian peratus murid. Bagi tahun 2018, bilangan calon UPSR
seramai 29 orang. Peratus lulus bagi tahun 2018 ialah 68.9%. Bagi tahun
2019, bilangan calon UPSR seramai 15 orang. Peratus lulus bagi tahun
2019 ialah 66.7%. Gred purata sekolah meningkat pada tahun 2019
berbanding tahun 2018. Pada tahun 2020, bilangan calon UPSR seramai
22 orang. Pihak sekolah akan mencuba sedaya upaya untuk
meningkatkan lagi gred purata sekolah.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
2.11 Bagi pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah, 90% murid mencapai
tahap penguasaan 3. Untuk pengetahuan ibu bapa, aktiviti yang
dijalankan di dalam program PBD seperti soal jawab, kuiz dan projek.
Penilaian akan diberikan melalui rekod transit yang dinilai oleh guru
setiap mata pelajaran.
2.12 Bagi pencapaian ko akademik pula, antara pencapaian murid SK
Bandar Utama Damansara ialah:
2019 : Nyanyian Duet – Tempat ketiga
: Nyanyian Solo – Emas
2020 : Olahraga larian – Calon Peringkat Negeri
: Lontar Peluru – Tempat Ketiga
: Bola Sepak – Calon Peringkat Negeri
2.13 Pihak sekolah juga berbesar hati apabila 15 orang murid
mendapat sumbangan untuk Prasarana Sekolah. Selain itu, pihak
sekolah juga telah mendapat sumbangan RM50000 daripada Yang
Berhormat Tony Pua untuk membaikpulih pagar CSR dan pemasangan
mozek pentas di tapak perhimpunan. Selain itu, sekolah juga telah
mendapat pengiktirafan 5 bintang untuk semua tandas daripada pihak
MBPJ.
2.14 Beliau berhasrat agar semua ibu bapa dan warga SK Bandar
Utama Damansara dapat meningkatkan visi dan misi SKBUD Terbaik.
Beliau berharap agar ibu bapa boleh memberi sumbangan kepada pihak
sekolah. Sumbangan tenaga sukarelawan daripada ibu bapa juga amat
diperlukan untuk membantu sekolah seperti menceriakan sekolah,
kantin dan laluan untuk Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Ibu bapa
yang mempunyai kepakaran diminta untuk bekerjasama memberikan
bantuan kepada sekolah.
3. UCAPTAMA PERASMI-( MOHD KAMAL AZIZI BIN ABDUL AZIZ )
3.1 Encik Mohd kamal Azizi Bin Abdul Aziz mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah dan pihak PIBG kerana menjemputnya untuk
merasmikan majlis.
3.2 Beliau mengharapkan kehadiran beliau dapat memberi input kepada ibu
bapa dan guru-guru dalam mendidik anak-anak.
3.3 Menurut beliau pada zaman kini, terdapat banyak isu dan nilai yang
berlaku pada zaman sekarang seperti isu gejala sosial yang semakin
meningkat terutama dalam kalangan murid sekolah rendah.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
3.4 Komitmen mendidik dan membentuk nilai anak-anak tidak hanya
terletak pada semua guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga perlu
membantu pihak sekolah dalam suasana yang positif.
3.5 Beliau berharap sebarang masalah perlu diselesaikan secara
berhemah dan profesional. Segala isu dan masalah yang berlaku tidak
perlulah diperbesarkan.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 23
2020
TARIKH : 22 FEBRUARI 2020 ( SABTU )
MASA : 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SRI INAI, SK BANDAR UTAMA DAMANSARA
KEHADIRAN :
AGENDA :
1. Perutusan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan
4. Perkara Berbangkit
5. Perkara baharu
6. Hal-hal lain
7. Penangguhan Mesyuarat
AGENDA MESYUARAT
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan alu-aluan daripada En Mohd Yusrizal Amri Bin Mohd Yusoff selaku
Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2019/2020.
1.2 Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa, guru dan semua yang telah bertungkus-lumus dalam
melaksanakan aktiviti yang dirancang sepanjang sesi 2019/2020.
1.3 Beliau mengharap agar ahli jawatankuasa yang akan dilantik dapat
meneruskan usaha bagi meningkatkan pembangunan dan pencapaian
sekolah.
Makluman
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 22
2.1 Yang Dipertua PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat untuk diterima
dan disahkan.
Makluman
2.2 Tn. Hj Rumlan Bin Abd Rahman mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung
Kali ke – 22 diterima dan disahkan dengan sebulat suara dengan beberapa
pindaan. En Nor Azan Bin Baba menyokong cadangan tersebut dengan
beberapa pindaan.
Makluman
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN
3.1 Bendahari PIBG bagi sesi 2019 telah membentangkan Laporan Kewangan
bagi tahun 2019 yang berakhir pada 31 Disember 2019.
Makluman
3.2 Puan Nur Hafizah mencadangkan agar Laporan Kewangan Tahun 2019
diterima dan disahkan dengan sebulat suara dengan beberapa pindaan. Pn
Wan Noraini menyokong cadangan tersebut.
Makluman
4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5. PERKARA BAHARU
5.1 MEMBINCANGKAN DAN MELULUSKAN USUL-USUL DAN CADANGAN
5.1.1 Meminta pihak sekolah menganjurkan kem atau kelas motivasi untuk
meningkatkan keyakinan serta jati diri pelajar.
Maklum Balas Guru Besar
Guru Besar memaklumkan pihak sekolah sudah merancang dan
telah melaksanakan aktiviti terseput pada setiap tahun. Antara
aktiviti yang dilaksanakan seperti Program Penetapan Target. Selain
itu, kita juga telah melaksanakan perkhemahan unit uniform.
Perkhemahan ini dijalankan dalam masa satu hari sahaja kerana
sekolah kita mempunyai masalah prasarana. Kem motivasi dan kem
kepimpinan akan dijalankan pada tahun ini.
5.1.2 Meminta pihak sekolah menyediakan makanan berkhasiat di kantin
seperti menjual buah-buahan seminggu 2 kali.
Maklum Balas Guru Besar
Guru Besar telah berbincang dengan pihak kantin dan meminta
untuk pihak kantin menjual satu jenis buah dahulu . Tindakan ini
akan diingatkan kepada pengusaha kantin dengan harga yang
berpatutan.
5.1.3 Menceriakan kawasan sekolah dan kelas murid-murid, cat bangunan
sekolah dan membaiki tandas untuk keselesaan murid.
Maklum Balas Guru Besar
Guru Besar menjelaskan keceriaan kelas telah mendapat
peruntukan daripada PIBG namun sekolah kita mempunyai
kekangan daripada tenaga kerja . Sumbangan yang kita terima perlu
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
mengikut keutamaan seperti pintu kelas dan sebagainya. Sekiranya
ada ibu bapa yang mempunyai kemahiran, amatlah dialu-alukan
untuk turut sama membantu pihak sekolah. Guru Besar
memaklumkan sekolah kita terlalu besar dan semua kos perlu
ditanggung oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga telah meminta
sumbangan daripada LRT 3 tetapi semua perlu dibuat mengikut
kemampuan. Pihak sekolah juga akan cuba sedaya upaya untuk
meningkatkan keceriaan dan keselesaan kawasan sekolah.
5.1.4 Pihak sekolah perlu berkomunikasi lebih baik dengan ibu bapa demi
memajukan sekolah dan kebaikan murid-murid.
Maklum Balas Guru Besar
Guru Besar akan mengingatkan guru-guru untuk memperbaiki
komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru.
5.1.4 Meminta pihak sekolah menambah bump (bonggol) di depan sekolah
untuk menyekat kenderaan dipandu laju yang boleh membahayakan
pelajar-pelajar yang melintas jalan.
Maklum Balas YDP PIBG
YDP PIBG telah menghantar borang kepada MBPJ pada 11 Februari
2020 dan telah dipanjangkan pada 13 Februari 2020.
5.1.5 Mementingkan keselamatan pelajar ketika pergi dan balik sekolah.
Maklum Balas Guru Besar
Guru Besar memaklumkan pihak sekolah amat menitikberaitkan
keadaan murid ketika datang dan balik dari sekolah. Pihak sekolah
juga sentiasa prihatin dengan keselamatan murid walaupun untuk
ke padang. Pihak sekolah meminta kerjasama daripada ibu bapa
untuk membantu pihak sekolah dalam soal keselamatan murid.
5.1.6 Menitikberatkan pembelajaran murid yang lemah dalam akademik
seperti membaca.
Maklum Balas Guru Besar
Pihak sekolah berharap agar ada sokongan daripada ibu bapa di
rumah. Guru Besar memaklumkan di sekolah sememangnya
disediakan kelas pemulihan. Pihak sekolah juga sentiasa memantau
dan melihat perkembangan murid daripada Rekod Pentaksiran Bilik
Darjah.
5.1.7 Memohon kelas murid tahap 1 di tingkat bawah kerana terdapat
murid yang mempunyai masalah untuk mengangkat beg ke tingkat
3.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
Maklum Balas Guru Besar
Guru Besar memaklumkan kedudukan kelas tahun 1 sebelum ini di
tingkat 2. Pada tahun ini kelas ditukarkan ke tingkat 3 kerana kelas
sebelum ini mempunyai masalah pintu yang rosak. Selain itu,
masalah nyamuk dan terdapat binatang yang sering masuk ke kelas
tersebut. Guru Besar menyarankan ibu bapa untuk memastikan
anak membawa buku mengikut jadual yang ditetapkan.
5.1.8 Sesi persekolahan Tahap 1
Isnin dan Khamis -12.30 tengah hari
Selasa dan Rabu - 1.30 petang
Jumaat - 12.00 tengah hari
Sesi persekolahan Tahap 2
Isnin hingga Khamis -1.30 tengah hari
Jumaat - 12.00 tengah hari
Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah selepas
waktu persekolahan tanpa kehadiran guru. Ibu bapa perlu
menguruskan pengangkutan murid. Terdapat beberapa orang
murid yang tidak pulang hingga jam 2.30 petang dan 6.00 petang.
Selepas 30 minit waktu persekolahan tamat, murid perlu tunggu di
luar kawasan sekolah.
5.2 PERMOHONAN KUTIPAN SUMBANGAN BAGI AKTIVITI MURID YANG
DIRANCANG OLEH
PIHAK SEKOLAH KEPADA IBUBAPA.
5.2.1 Pn Noor Maziana mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM
50.00 bagi setiap keluarga. Disokong oleh Puan Halijah binti Abu
Bakar dan semua ahli yang hadir sebulat suara bersetuju dengan
cadangan tersebut.
5.2.2 Puan Shanty mewakili Penolong Kanan Kurikulum membentangkan
kutipan sumbangan sebanyak RM150.00 bagi aktiviti
kecemerlangan murid tahun 6 iaitu :
i. Kelas intensif setiap Sabtu minggu kedua dan keempat RM 40.00
(setahun)
ii. Motivasi dan Bengkel Teknik Menjawab RM 40.00
iii. Set soalan latih tubi RM 40.00
iv. Program Gerak Gempur RM 30.00
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
Kutipan sumbangan RM80 bagi aktiviti kecemerlangan murid tahun
5 iaitu :
i. Kelas intensif setiap Sabtu minggu kedua dan keempat RM 40.00
(setahun)
ii. Motivasi dan Bengkel Teknik Menjawab RM 20.00
iii. Set soalan latih tubi RM 20.00
5.2.3 Bagi perkara 5.2.2 telah dibincangkan dan dipersetujui oeh ibubapa
murid tahun 5 dan tahun 6 dalam Program Penetapan Target UPSR
2020 pada 26.01.2020 yang lalu.
5.2.4 En Khairur Rizal Jukiri selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
memohon sumbangan ikhlas untuk:
i. Infrastruktur dan keceriaan sekolah
ii. Kebajikan murid
iii Ihya’ Ramadan dan sumbangan untuk murid miskin serta anak
yatim.
Makluman
5.2.5 Cik Faizah binti Md Rawi memohon kutipan bayaran sebanyak RM10
setiap murid merangkumi :
i. Bayaran pendaftaran yuran keahlian unit beruniform setiap unit
diantara RM3 hingga RM8 mengikut ketetapan unit di peringkat
daerah.
ii. Aktiviti perjumpaan mingguan murid, anggaran RM1 hingga RM3
Makluman
5.2.6 Semua ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG pada hari
ini menerima dan bersetuju dengan semua kutipan sumbangan yang
telah dibentangkan oleh pihak sekolah.
Makluman
6. HAL – HAL LAIN
6.1 SENARAI NAMA JAWATANKUASA PIBG
6.1.1 YDP PIBG : EN. MOHD YUSRIZAL AMRI B. MOHD YUSOFF
6.1.2 NYDP PIBG : TN. HJ RUMLAN BIN ABD RAHMAN
6.1.3 SETIAUSAHA : PN FOUZIAH BINTI ABDUL AZIZ
6.1.4 BENDAHARI : PN NURUL ALLIYA BINTI MAZLAN
6.1.5 AJK IBU BAPA :
1. PN HALIJAH BINTI ABU BAKAR
2. PN NOOR MAZIANA BINTI MOHD IDRIS
3. EN NURZAMIN BIN MUSTAFFA
4. EN WAN FAIRULNIZAM BIN WAN ISMAIL
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
5. EN NOR AZAN BIN BABA
6.2.6 AJK GURU :
1. EN AHMAD AZRI BIN YUSOFF
2. PN ASMA’ BINTI ABDULLAH
3. PN HUZAIFAH BINTI AIASS
4. PN SHANTY BINTI SAIEN
5. PN ROHANI BINTI ABDUL GHANI
6.2.7 JURU AUDIT (GURU) : EN JEFFRIN BIN LONTONG
6.2.8 JURU AUDIT (IBU BAPA) : EN NORHAZAN BIN SAMIDI
6.2 Yang Dipertua PIBG memohon kerjasama semua AJK PIBG sesi 2020
agar dapat bergabung tenaga untuk memastikan aktiviti yang dirancang
berjalan lancar.
Makluman
7 PENANGGUHAN MESYUARAT
7.1 YDP PIBG sesi 2020 mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
kerana
meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -23 ini.
7.2 Beliau berharap segala aktiviti dan perancangan berjalan lancar.
7.3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 23 ditangguhkan pada pukul 12.00
tengah hari.
Makluman
Disediakan oleh :
Fouziah binti Abdul Aziz
Setiausaha PIBG
SK Bandar Utama Damansara
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
LAPORAN
PENYATA
KEWANGAN PIBG
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
LAPORAN
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN
PIBG SK BANDAR UTAMA DAMANSARA
1 MAC 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020
TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
28.2.2019 Baki 2019 Dibawa Kehadapan 656.09 21.5.2020 Akaun Tumpang PIBG 3000.00
3000.00 150.00
1.5.2020 Akaun Tumpang PIBG 2100.00 21.5.2020 Bayaran Upah Potong Dahan 1.00
Pokok
21.5.2020 Proses Cek
9.10.2020 Sumbangan PIBG 2020
42 Keluarga X RM50
JUMLAH 5756.09 JUMLAH 3151.00
BAKI DIBAWA KEHADAPAN 2605.09
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, Disahkan Oleh,
--------------------------------- ----------------------------- -----------------------------
( PN NURUL ALLIYA MAZLAN ) (EN MOHD YUSRIZAL AMRI BIN ( EN. NORHAZAN BIN SAMIDI)
MOHD YUSOFF)
Bendahari , Juruaudit ,
PIBG SK Bandar Utama YDP, PIBG Sk Bandar Utama
Damansara PIBG SK Bandar Utama Damansara
Damansara
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
LAPORAN
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN
PIBG SK BANDAR UTAMA DAMANSARA
1 Januari 2021 HINGGA 30 SEPTEMBER 2021
TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
31.12.2020 Baki 31.12. 2020 Dibawa 2605.09 13.1.2021 KECERIAAN KELAS 1000.00
Kehadapan 9.2.2021 KECERIAAN KELAS 180.00
50.00
Sumbangan PIBG 2020 30.4.2021 FINCO (PANITIA BI) 224.55
11.1.2021 1 Keluarga X RM50 224.55 30.4.2021 SUMBANGAN KECERIAAN 1000.00
1000.00
19.4.2021 FINCO (PANITIA BI) 30.4.2021 Proses Cek 1.50
23.4.2021 SUMBANGAN KECERIAAN
JUMLAH 3879.64 JUMLAH 2406.05
BAKI DIBAWA KEHADAPAN
1473.59
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, Disahkan Oleh,
--------------------------------- ----------------------------- -----------------------------
( PN NURUL ALLIYA MAZLAN ) (EN MOHD YUSRIZAL AMRI BIN ( EN. NORHAZAN BIN SAMIDI)
MOHD YUSOFF)
Bendahari , Juruaudit ,
PIBG SK Bandar Utama YDP, PIBG Sk Bandar Utama
Damansara PIBG SK Bandar Utama Damansara
Damansara
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
LAPORAN
AKTIVITI PIBG
2020 / 2021
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
LAPORAN AKTIVITI PIBG
Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak
sekolah dengan kerjasama PIBG sesi 2020 / 2021:
1. Program Pengcegahan Covid-19 bersama NGO
Rakan Damansara
2. Program Sinar Pagi
3. Sumbangan Bakul Rahmah Ramadan
4. Program BUDIBantu Covid-19
5. Program Keceriaan Kelas
6. Projek Menaik Taraf Bilik-bilik Khas - Bilik
Kurikulum, Bilik Sains, Bilik RBT, Surau, Pusat
Sumber Sekolah
7. Penggantian Tangki Air
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
SENARAI USUL
MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI
KE – 24 / 2021
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
PERBINCANGAN USUL DAN CADANGAN
USUL 1
1) “Sy mencadangkan agar pihak sekolah berbincang dengan pihak berkenaan
mengenai jalan utk kami lalu utk menghantar dan mengambil anak sekolah. ia
merungsingkan kerana jalan yg biasa dilalui sudah ditutup. Ibu-ibu terpaksa
mengambil anak sekolah melalui jalan dimana anjing terlampau banyak.ia
membimbangkan utk ibu2 dan anak2.Sy ada 3 orang anak.Isteri terpaksa mengambil
anak prasekolah pd jam 12pm.Dan darjah 2 serta darjah 4 pada waktu yg tidak
sama.Sy harap pihak sekolah faham situasi sy kerana sy bekerja.tugas mengambil
anak balik sekolah ada isteri sy.dan Isteri sy tidak pandai memandu kereta. Harap
pihak sekolah dapat membantu.Terima kasih.”
(Mohammad Ariff bin Shamsuddin)
Maklumbalas
Pihak PIBG akan bekerjasama dengan barisan pentadbir untuk menguruskan hal ini
dengan segera untuk berhubung dengan pihak berkuasa seperti MBPJ, Ketua
Kampung dan Wakil Rakyat.
USUL 2
2) ”Saya harap semua guru menerima vaksin untuk kebaikkan kita semua.”
(Tengku Mohd Faizal bin Kumat)
Maklumbalas
Guru besar menjelaskan bahawa semua guru SKBUD telah lengkap 2 dos dan telah
melebihi 14 hari tempoh selepas vaksin. Guru-guru SKBUD seramai 20 orang
kesemunya telah divaksin begitu juga dengan staf sekolah, Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP), pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
USUL 3
3) “Guru besar dan Guru Kelas di cadangkan bertemu setiap Ibu bapa/Penjaga.
Sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan atau sekali sepenggal persekolahan.
Objektif ini untuk memperbaiki prestasi guru-guru dan pelajar berkenaan. Terima
Kasih”
(Dato Samsudin Bin Abu Hassan)
Maklumbalas
Guru besar menyatakan program ini pasti akan diadakan pada masa akan datang.
Untuk pengetahuan semua, program begini telahpun dijalankan pada tahun
sebelumnya. Namun, disebabkan oleh pandemik yang melanda program tersebut
terpaksa ditunda buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, guru besar
menyambut baik cadangan ini dan pertemuan antara ibu bapa, guru dan murid akan
dilaksanakan 2 kali dalam setahun.
USUL 4
4) “Mengadakan kelas tambahan”.
(Mustakim bin Mustafa)
Maklumbalas
Guru besar menjelaskan bahawa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk
mengadakan kelas tambahan disebabkan oleh covid-19. Pada awal tahun lalu, kelas
tambahan telahpun diadakan bagi murid-murid tahun 5 dan tahun 6 namun terhenti
kerana pandemik dan PKP. Selain itu, Tuisyen Rakyat yang berpusat di SK Tropicana
juga pernah dilaksanakan melibatkan guru-guru dan murid-murid SKBUD.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
USUL 5
5) “Penghantaran kerja sekolah murid secara menyeluruh melalui google classroom
semasa PDPR dan bukan melalui whatsapp”
(Elminah Amilhaja)
Maklumbalas
Satu google form atau bancian telahpun dilaksanakan sebelum ini untuk melihat
kecenderungan pilihan ibu bapa dalam urusan menghantar kerja sekolah anak sama
ada melalui google classroom atau whatsapp. Keputusan daripada bancian tersebut
mendapati majoriti ibu bapa memilih aplikasi whatsapp sebagai medium utama. Pihak
sekolah prihatin atas kemudahan dan kesediaan ibu bapa dalam hal ini. Oleh yang
demikian, whatsapp digunakan sebagai wasilah utama sepanjang PdPR.
USUL 6
6) (a) “Sekiranya ank2 sudah boleh ke sekolah semula, mohon pihak kantin dapat
menyediakan menu makanan yang tidak sama setiap minggu.”
(b) “Apakah pelan guru2 untuk anak2 yang keciciran dalam PDPR? Saya amat
berharap guru2 dapat membantu ank2 dalam hal ini. Ucapan terima kasih saya
dahulukan.”
Maklumbalas
(a) Guru besar memaklumkan bahawa pengusaha kantin yang sekarang adalah
pengusaha yang baru dan beliau akan memastikan menu makanan akan berubah
setiap 2 minggu. Beliau yakin perubahan lebih baik akan berlaku di bawah pengusaha
kantin yang baru ini.
(b) Guru besar sentiasa berfikir tentang keciciran yang berlaku terhadap anak-anak
SKBUD. Beliau menjelaskan bahawa di peringkat panitia dalam setiap mata pelajaran
akan merancang beberapa intervensi yang sesuai untuk menghadapi murid-murid
keciciran. Malah setiap program yang dilaksanakan, akan diadakan dialog prestasi
atau posmortem bagi melihat keberhasilan program tersebut. Guru-guru SKBUD juga
akan menyertai satu program dinamakan Program Perkasaku yang mendedahkan
ilmu kepada guru-guru tentang bagaimana cara ‘tackle’ murid murid yang keciciran.
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke - 24 2021
SEKALUNG PENGHARGAAN
Semua Ahli Jawatankuasa Induk
PIBG SKBUD sesi 2020 / 2021
&
Guru-guru, staf sokongan, kakitangan swasta
&
Semua ahli PIBG
orang perseorangan,
dan badan-badan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 / 2021
TERIMA KASIH
SHE SHE’
NANDRE
SYUKRAN
ARIGATO