The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NATASHA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnatasharahimi, 2022-09-18 01:14:05

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NATASHA

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NATASHA

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
SEMESTER 1 2022/2023


KURSUS :

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



KOD KURSUS ;
AAK2183




TAJUK :

PENDEKATAN DAN AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN OLEH
IBU BAPA



DISEDIAKAN OLEH :
NUR NATASAH BINTI RAHIMI (PID20282)



PENSYARAH :
CIK NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF



TARIKH PENGHANTARAN:

MINGGU 8

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:
NUR NATASHA BINTI RAHIMI (PID20282)

Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik



jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan
Fakulti Pengajian Islam

Pahala ibu bapa
mendidik kebaikan






sekiranya ibu bapa mendidik anak dengan perkara kebaikan,dan anak tersebut
mengamalkannya,maka pahala amalan anak tersebut mengalir juga kepada ibu bapanya.

Sabda Rasulullah;



‫َم ْن َدَّل َع ىَل َخْيٍ
ر َفَلُه ِم ْثُل َأْجِر َفاِع ِلِه‬



“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan
mendapat pahala sepertimana pahala orang yang
mengerjakannya.”

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pengenalan

2 jenis pendekatan dan aktiviti yang sesuai

3 kesimpulan

PENGENALAN


Penglibatan ibu bapa dan komuniti

Penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan kanak-kanak bermaksud adalah Ibu bapa mengambil inisiatif untuk melibatkan diri
dalam hal perkembangan kanak-kanak, terlibat dalam memahami program yang diadakan di sekolah atau pusat-pusat asuhan

dan turut terlibat dalam aktiviti yang dijalankan di pusat-pusat asuhan dan juga apabila ibubapa hadir ke majlis-masjlis
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam hal ini ibu bapa akan sanggup bekerjasama dengan pihak sekolah/pusat-pusat

jagaan untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan.
Penglibatan ibubapa juga dikatakan berlaku apabila ibubapa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, memberi
sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk belajar, menyediakan masa dan tempat belajar yang sesuai dan selesa untuk
anak-anak, menunjukkan tingkahlaku yang baik pada anak-anak atau menjadi role model pada anak-anak dan sentiasa

memperuntukan masa untuk anak-anak.
Seterusnya penglibatan ibubapa juga dikatakan berlaku apabila ibubapa sering berhubung dengan pihak sekolah atau pusat-

pusat asuhan melalui panggilan telefon, email atau melalui urusan surat menyurat untuk mengetahui tentang
perkembangan anak-anak mereka.



kajian yang dilakukan oleh Chris dan Rosemary(2004) menunjukkan,penyeertaan sokongan ibu bapa dan penyediaan bahan
pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan kemampuan belajar sendiri dalam kalangan murid. Bahkan kajian terdahuu
mendapati bahawa keluarga yang mengamalkan komunikasi yang sihat di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan

kekeluargaan malahan membantu anak-anak meningkatkan perkembangan diri,emosi dan pencapaian mereka dalam
pembelajaran (Cooper,Robinso & Patall, 2006)



Jesteru itu,bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak di prasekolah,pendekatan aktiviti
yang pelbagai perlu diperkenalkan kepada ibu bapa bagi memebri pendedahan kepada mereka berkenaan pendidikan awal
kanak-kanak.Guru juga perlu bijak merancang pelbagai aktiviti menarik serta menyeronokkan agar dapat mengalakkan ibu

bapa untuk hadir ke prasekolah seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

1. Pendekatan belajar
sambil bermain

Pembelajaran melalui bermain adalah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak, kerana ini akan

mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang

hendak disampaikan.

Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan

penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan
peraturan tatabahasa.

Pendekatan bersepadu



Pendekatan pengajaran ini adalah mengabungjalinkan diantara dua

atau tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam satu
masa. Pendekatan ini akan dapat membantu murid untuk
memahami hakikat kehidupan sebenar.

Selain itu, ibu bapa hendaklah menggunakan pengalaman seharian
kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, guru mengajar adab semasa bertemu dengan orang tua
atau yang lebih dewasa.

Ibu bapa juga hendaklah memastikan aktiviti yang dilakukan adalah
melibatkan semua deria kanak-kanak secara langsung bagi
meransang pembelajaran di dalam atau luar kelas.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menggabungjalinkan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Pendekatan bertema




pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu
konsep atau tema.

memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait
matapelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.
Penggabungjalinan beberapa mata pelajarandalam sesuatu
pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
meneroka, mengalamidan mencari peluang mengekspresikan

sesuatu tema yang telah dirancangkan.
Dalam pemilihandan penentuan tema banyak perkara yang ibu

bapa perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaranyang
dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-tema
yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman

serta pengetahuan sedia ada murid

Pendekatan
nyanyian,muzik dan
pergerakan kreatif

Pendekatan ini akan membantu
memperkembangkan kognitif,fizikal dan
kreativiti kanak-kanak.Melalui pendekatan
ini,kanak-kanak berasa seronok kerana dapat
meluahkan perasaan mereka melalui aktiviti

yang dijalanlankan.

Antara contoh ialah seperti
berlakon,bercerita,meyanyi dan sebagainya.

AKTIVITI-AKTIVITI
MENINGKATKAN POTENSI

KANAK-KANAK

PENDEKATAN
BELAJAR SAMBIL

BERMAIN

FIZIKAL & SOSIAL
Aktiviti balance beam ini adalah salah satu aktiviti vestibular yang
melibatkan hampir kesemua anggota badan seperti
tangan,bahu,tengah badan dan kaki. Ibu bapa mempraktikkan anak-
anak dengan mengimbangkan tubuh badan mereka agar tidak
terjatuh daripada laluan yang disediakan. Hal demikian,dapat
meningkatkan kemahiran motor kasar serta memudahkan
pergerakan otot dan saraf kanak-kanak. Melalui aktiviti belajar
sambil bermain kanak-kanak dapat memperkemaskan kemahiran
fizikal mereka iaitu motor kasar secara optimum. Apabila kanak-
kanak bermain mereka perlu melibatkan diri secara aktif, oleh
itu,mereka perlu dibimbing oleh ibu bapa supaya mereka dapat
mempraktikkan kemahiran sosial dan diberi peluang untuk
perkembangan selanjutnya.

PENDEKATAN
BERSEPADU

BAHASA

Pembacaan buku cerita dapat memberikan kesan terhadap perbendaharaan
kata kanak-kanak terutamanya perbendaharaan kata ekspresif. Ini kerana
bacaan berdialog menggalakkan kanak-kanak bercakap bagi menyuarakan

pendapat dan idea mereka semasa sesi pembacaan buku cerita. Semasa
membaca buku, ibu bapa digalakkan untuk memanjangkan dan melanjutkan

ayat ataupun idea anak-anak bagi meningkatkan potensi kemahiran
komunikasi anak-anak seperti memberi pendapat atau bertindak balas,
menunggu giliran untuk bercakap, mendengar pendapat orang lain dan
bertolak ansur dengan pendapat orang lain yang berbeza dengan pendapat
mereka sendiri. Jelaslah, penglibatan kanak-kanak yang aktif dalam bacaan
berdialog dapat memberi manfaat untuk meningkatkan penggunaan bahasa
serta dapat memperkembangkan proses penguasaan kosa kata bahasa
khsususnya terhadap bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pertama.

PENDEKATAN
BETEMA

EMOSI

Perkembangan pembelajaran terhadap emosi kanak-kanak adalah
perasaan bersifat positif .Emosi ini terjadi apabila kanak-kanak

dapat menonton filem-filem bersejarah juga boleh dilakukan
seperti cerita Leftenan Adnan dan Bukit Kepong. Aktiviti

seperti ini boleh membangkitkan semangat patriotik dan
sayangkan negara dalam kalangan kanak-kanak ini. Mesej
daripada filem yang ditonton ini perlulah disampaikan oleh guru
secara santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak cilik ini.

PENDEKATAN
NYAYIAN,MUZIK DAN

PERGERAKAN
KREATIF

KOGNITIF

Pedekatan nyayian,muzik dan pergerakan kreatif yang
bersesuaian dengan perkembangan kognitif adalah permainan
mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-
bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan
nada lagu dengan baik, pandai menggunakann kosa kata muzikal
dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara

dalam sebuah komposisi muzik.

penutup

Kesimpulannya,konsep pembelajaran menggunakan pendekatan-pendekatan
yang ada dalam meningkatkan potensi kanak-kanak serta memberi makna
kepada kanak kanak dalam meneroka dan menjelajah persekitarannya untuk
mendapatkan keseronokan yang diingini. Selain itu, hubungan antara ibu bapa
dan anak-anak terjalin apabila ibu bapa menjadi sumber kekuatan bagi anak-
anak mereka dengan memberikan sokongan yang padu serta membimbing

mereka.Oleh itu,peranan ibu bapa mahupun guru sangat penting bagi
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa.Akhir sekali
aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan manfaat dan boleh dilakukan lebih kerap

bagi menarik minat kanak-kanak.

RUJUKAN

Asiah Abdul Rahim. (2001). Design of building for early childhood
education. International Islamic University Malaysia Press. Kuala Lumpur



https://www.scribd.com/document/356204068/Rumusan-Penglibatan-

Ibu-Bapa.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (2), 2021

(27-34) (ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

terima kasih


Click to View FlipBook Version