Isi Kandungan MUKA SURAT
2-3
BIL PERKARA 4
1 Sekapur Sirih Pengetua 5-6
2 Amanat Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
3 Pelantikan Rasmi Tugas Khas Guru dan AKP 7
8
Perakuan Penerimaan Tugas 9-13
4 Carta Organisasi Pentadbiran 14-15
5 Visi dan Misi KPM 16
6 Dasar- Dasar Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 17-18
7 Prinsip Budaya Kerja Pengetua SMK Bandar T6 19
8 Professional Learning Community ( PLC ) 20
9 Pembelajaran Abad Ke-21 21-22
10 Pembelajaran Pasca Covid-19 23
11 Etika Perkhidmatan Awam 24
12 Tatasusila Keguruaan Malaysia 25
13 Hala Tuju Sekolah 26-28
14 Piagam Pelanggan 29
15 Nilai Sekolah
16 Logo / Lencana / Bendera 30-63
17 Lagu Sekolah
18 Peraturan Sekolah 64
65-67
- Peraturan Sekolah 68-69
- Peraturan Kukurikulum 70-73
- Peraturan Hal Ehwal Murid
- Peraturan Kokurikulum 74
19 Lokasi Kelas 75
20 Pelan Sekolah & Laluan Kecemasan dan Kebakaran 76-77
21 Pakej Kelas 78
22 Senarai Nama Guru 79-81
23 Senarai Nama AKP 82
24 Panduan AKTA Pekeliling 83
25 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2007 84
26 Takwim Persekolahan 2022 85-89
27 Jadual Pemantauan Guru 90
28 Jadual Semakan Hasil Kerja Murid 91-101
29 Program Sekolah Tahun 2022 102-114
30 Takwim Penilaian & Peperiksaan 2022 115-122
31 Senarai Guru Bertugas Mingguan 2022 123-132
32 Jadual Pemantauan Sekolah 133-148
33 Takwim Sekolah
34 Jawantakuasa Majlis Pentadbiran 1
35 Jawantakuasa Majlis Kurikulum
36 Jawantakuasa Hal Ehwal Murid
37 Jawantakuasa Majlis Kokurikulum
Sekapur Sirih Pengetua
Semua guru dan staf sokongan,
SMK Bandar T6, Kluang
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam SEMEKEP.
Alhamdulillah dan setinggi–tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada Ahli Jawatankuasa
Sekolah Tahun 2021 atas kesempurnaan dan komitmen yang tinggi bagi menzahirkan eBuku Panduan Tadbir Urus
sesi 2022 sejajar dengan perubahan arus ledakan teknologi maklumat yang berkonsepkan paperless. eBuku
panduan ini merupakan tunjang pedoman guru-guru dalam melaksanakan tugas dan obligasi masing-masing
sepanjang tahun 2022 bagi memastikan misi dan visi sekolah khasnya tercapai.
Sehubungan dengan itu, peranan e-buku ini telah menggariskan fungsi empat bahagian
penting yang menjadi nadi utama sekolah iaitu Pengurusan Sekolah, Kurikulum, Hal Ehwal
Murid dan Kokurikulum yang telah disusun dengan pelbagai program dan aktiviti disertai
dengan senaraian guru yang dipertanggungjawapkan bagi setiap program tersebut agar
aspirasi kecemerlangan SMK Bandar T6 dapat direalisasikan. Pembahagian dan
agihan tugas untuk para guru telah dilakukan oleh Majlis Pengurusan Tertinggi
dengan seikhlas dan seadilnya agar guru-guru dapat melaksanakan tugas-tugas
tersebut dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Dalam dua tahun ini, negara kita telah terkesan dengan pandemik
COVID19 menyebabkan guru- guru perlu mengamalkan banyak norma
baharu dalam kehidupan. Sektor pendidikan merupakan sektor yang terjejas
dengan kronik sehingga merubah banyak norma pengajaran dan pembelajaran
yang sebelum ini menggunakan kaedah pembelajaran hybrid bertukar kepada
pengajaran dan pembelajaran berasaskan home-base learning iaitu kaedah
pembelajaran dalam talian. Sudah tentu hal ini sangat mengejutkan semua pihak
termasuk guru, murid dan ibu bapa. Namun, pendidikan dan cabaran global
senada dan seirama yang menuntut guru-guru sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi
membolehkan guru-guru merealisasikan dasar kerajaan tanpa mengira apa-apa jua keadaaan. Pelbagai kekangan
yang terpaksa guru-guru hadapi bagi memastikan murid-murid tidak tercicir dalam pembelajaran di samping mampu
menunaikan amanah dan tanggungjawab dalam pelbagai kondisi.
Malah sehingga ke hari ini guru-guru perlu mengamalkan amalan norma baharu dalam kehidupan seperti
sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak apabila berada di kawasan sesak bak kata pujangga bahasa
Melayu mencegah lebih baik daripada mengubati. Norma baharu ini juga perlu diamalkan di sekolah. Guru-guru
perlu memastikan murid-murid juga mengamalkan norma baharu ini ketika berada di sekolah. Hal yang demikian
menyebabkan guru-guru bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai pendidik tetapi juga sebagai frontliner
bersama-sama kerajaan memastikan rangkaian COVID 19 diputuskan. Perjuangan yang tiada penghujungnya
menjadikan tugas dan peranan guru semakin rencam. Oleh itu, pengimplimentasian tugas-tugas guru hendaklah
dirancang dengan penuh ketelitian bersandarkan kesesuaian keadaan semasa. Diharapkan tugas-tugas yang
dilaksanakan bersama-sama gagasan kebijaksanaan dan kerasionalan yang tinggi tanpa menongkah arus
kedaulatan undang-undang di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
2
Meskipun pelbagai pendekatan dan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan digunakan dalam era
cabaran pandemik COVID-19 namun pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21 tetap diteruskan malah dimantapkan
dan dikendalikan dalam bentuk pembelajaran secara talian. Begitu juga dengan program STEM dan MBMBM
dimartabatkan dalam system online dan menjadikan guru-guru lebih berkebolehan, kreatif, inovasi dan berdaya maju
serta cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang pendidik. Murid-murid pula dapat menggunakan
pelbagai platform pembelajaran atas talian bagi mendapatkan pembelajaran secara maksimum. Jelaslah bahawa
usaha-usaha guru memberikan pendidikan semaksimum yang boleh dengan menyediakan pelbagai platform
pembelajaran atas talian merupakan usaha yang sungguh murni, penuh kesungguhan dan keikhlasan agar
membuahkan modal insan yang dicitakan. Secara tidak langsung, ledakan revolusi IR 4.0 terjana lebih drastik
daripada jangkaan.
Sesungguhnya saya amat yakin akan semua warga SMK Bandar T6 mampu melaksanakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) gelombang ketiga yang menggariskan dua sasaran mikro iaitu dari
aspek meningkatkan kualiti sekolah dan memaksimumkan kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan
melalui Pelan Tranformasi Sekolah (TS25). Melalui kerjasama dan kejelekitan hubungan warga kerja SMK Bandar
T6, saya percaya kita dapat menggalas obligasi yang diamanahkan, menjadi pendidik yang dedikasi, dinamik,
inovasi, dan kreatif dalam mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan yang cemerlang dan gemilang dalam
ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah yang terpuji.
Konklusinya, sebagai warga pendidik, marilah kita bersama-sama bergerak sederap dan seirama untuk
meningkatkan kecemerlangan murid dari aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan rohani seiring dengan wawasan
SEMEKEP SMK Bandar T6 dalam suasana amalan norma baharu pandemik COVID-19. Oleh itu, bekerjalah
dengan sistematik, terancang dan berwawasan demi agama, bangsa dan negara mulai 1 Januari 2022. Semoga
Allah sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik kepada kita untuk terus menabur bakti seterusnya merahmati dan
memberkati segala usaha kita sebagai seorang pendidik serta memutuskan pandemik COVID -19 ke era endemik,
amin.
Sekian terima kasih.
Wassalam.
“ WE ARE THE BEST ”
Saya yang menjalankan amanah,
HAJAH ZALILA BINTI MOHD TAHIR
Pengetua
SMK Bandar T6
3
4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6,
JALAN AZAM 15,TAMAN SRI LAMBAK,
86000 KLUANG,JOHOR DARUL TA’ZIM
Tel : 07-7892611
Fax : 07-7892807
__________________________________________________________________E_m_a_i_l:_j_e_a_2_0_3_9@__m__o_e_.e_d_u_._m_y___
Rujukan Kami : JEA2039/500-7/2/1
Semua Guru dan Staf Sokongan, Tarikh : 21 Februari 2022
SMK Bandar T6, Kluang
Tuan,
PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN STAF SOKONGAN TAHUN PERSEKOLAHAN 2022
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita saya melantik tuan/puan sebagai guru khas dalam bidang tertentu, guru kelas dan menganggotai
jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Pentadbiran, Majlis Kurikulum, Majlis Hal Ehwal Murid dan Majlis Kokurikulum
sekolah ini bagi sesi persekolahan 2022 seperti yang disenaraikan dalam Buku Tadbir Urus 2022 ini. Tugas
tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan dalam
perjawatan dan perkhidmatan sepanjang tahun 2022.
3. Saya percaya tuan/puan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan
kebolehan, keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan kecemerlangan
sekolah kita bersama.
Sekian, terima kasih.
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(HAJAH ZALILA BINTI MOHD TAHIR)
PENGETUA,
SMK BANDAR T6, KLUANG
5
Hajah Zalila binti Mohd Tahir
Pengetua,
SMK Bandar T6, Kluang
Tuan,
Perakuan Penerimaan Tugas Dan Tanggungjawab 2022
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ___________________________________________________
No K.P ______________________________________ dengan ini menerima tugas,amanah dan
tanggungjawab yang tersenarai di bawah seperti dalam Buku Tadbir Urus tahun 2022.
Bil Tugas
1
2
3
4
5
6
7
8
2. Saya juga berjanji akan menunaikan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan
penuh dedikasi seperti yang telah ditetapkan dalam piagam pelanggan sekolah serta etika perguruan.
Sekian, Terima Kasih. Disahkan oleh,
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
...................................................... ......................................................
() ()
Tarikh :____________________ Tarikh :____________________
6
Carta Organi
PENGETUA (D
PN.HAJAH ZALILA BINTI
PEN. KANAN KOKO (DG 48) PEN. KATNN. HAJ.NABDPULERNAHTMAANDBB. M
EN.ROSLI BIN MAMAT EN.YAAKOB BIN SA
BIMBINGAN DAN GURU MEDIA (DG 44) GKMP TEK. & VOK.
KAUNSELING (DG 48) EN. WAN MOHD SAIFUDDIN BIN (DG 52)
TN. HJ. ABD RAHIM WAN HASSAN PN.SUPIAH BINTI
BIN BADRON TAHIRAN
PN. AZMAH BT. MD.
LASIM ( DG 41 )
JURUTEKNIK KOMPUTER (FA29) KETUA PEMBANTU TA
PN.NURUL AIN BINTI AZIZ PN.ROZITA BINTI OTHMAN
PT KEWANGAN& PERKHIDMATAN (N22)
PN. AZILAH BINTI HASHIM
PEMBANTU OPERASI (N11)
EN.MOHAMAD NOR FARIS BIN ISMAIL
PEMBANTU OPERASI (N11)
CIK. NUR ATIKAH BINTI JAAM’AT
isasi Pentadbiran
DG 54) PIBG
I MOHD TAHIR
PEN. KANAN HEM (DG 52)
BMIORHAD NNOR(DG 48) PN. NATIFAH BINTI OMAR
AMINGON
GKMP SAINS GKMP BAHASA GKMP KEMANUSIAAN
MATEMATIK (DG 48) (DG 54) (DG 44)
PN.RASHIDAH BINTI
PN.SHADZRENA BINTI PN.SITI JULIYAH BINTI
IDERUS MOHD SHARIFF JALIL
ADBIR (N22) PEMBANTU PENGURUSAN MURID (N22)
N @ ABU BAKAR PN. HAFIZAH BINTI MUSA
PEMBANTU MAKMAL (C22)
PN. ROMLAH BINTI AWANG JOHARI
KONTRAK PEMBERSIHAN BANGUNAN
SWASTA
PERKHIDMATAN KAWALAN
KESELAMATAN SWASTA
7
VISI & MISI KPM
8
Dasar-Dasar Baharu KPM
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
9
10
11
12
13
14
10 BUDAYA KERJA PENYAYANG
SMK BANDAR T6
15
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY(PLC)
16
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
17
18
PEMBELAJARAN PASCA COVID-19
19
ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Etika kerja Perkhidmatan Awam hendaklah dilaksanakan berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
Menjalankan tugas dengan memanifestasikan kejujuran, keyakinan , adil dan saksama
Berkhidmat berasaskan keimanan
Sentiasa menghayati dan memelihara martabat pekerja
Menepati masa, larangan dan arahan
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan
Mematuhi prosedur mesyuarat dan prinsip muafakat
ETIKA KERJA PERGURUAN
Amanah Bijaksana Dedikasi Penyayang
a
Benar Bersyukur Ikhlas
OBJEKTIF ETIKA KERJA PRINSIP ETIKA KERJA
Panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap Niat yang betul
warga Kementerian Pendidikan Malaysia Perlakuan yang baik
berdasarkan nilai- nilai akhlak mulia Penggerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap Disiplin dan beradab
negatif dalam melaksanakan tugas- tugas yang Menghargai dan bertanggungjawab
diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja
terhadap hasil usaha organisasi
Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
dan organisasi
Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada
negara.
20
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA
Tanggungjawab Huraian
Terhadap pelajar
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal- hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada
mereka yang berhak.
4. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam bilik darjah tanpa bayaran.
5. Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi
contoh baik kepada murid.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui kajian penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran mencapai mutu tinggi.
Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama antara institusi pendidikan
dan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan ibu bapa mengenai keadaan rumah
tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit kecuali mereka yang berhak.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak- anak mereka.
Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa murid.
Terhadap Masyarakat 1. Mengelakkan diri dan menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
dan Negara kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,
institusi Pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendikiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
21
Terhadap Rakan 1.Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
Sejawat dan Profesion mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Keguruan
2.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan (kami)
sebagai guru.
3.Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
4.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya mereka yang baru
dalam profesion keguruan.
5.Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
6.Menjadi ahli (sesebuah) pertubuhan Pendidikan.
22
HALA TUJU SEKOLAH
AKADEMIK
Mencapai GPS 4.25 bagi Peperiksaan SPM
Mendapat 7 orang calon mencapai semua A dalam SPM
Mencapai Kelulusan 97% dalam Peperiksaan SPM
Sekurang-kurangnya 15 peratus murid Tingkatan tiga mencapai band 6
Setiap murid Membaca sekurang-kurangnya 10 Buku Setahun
HAL EHWAL MURID
Meningkatkan pengurusan pentadbiran Hal Ehwal Murid yang berkesan
Mengurangkan Salah Laku Disiplin sederhana dan berat kepada 0%
Meningkatkan kehadiran Murid ke Sekolah 90%
Meningkatkan Kemahiran Insaniah
Mencapai 100% pelajar diberi pendedahan tentang program peningkatan sahsiah
Mengurangkan kelewatan murid untuk hadir ke sekolah kepada 0%
KOKURIKULUM
Gred Purata Sekolah dalam Kelab/Persatuan sekurang-kurangnya 2.65
Gred Purata Sekolah dalam Badan Beruniform sekurang-kurangnya 2.5
Gred Purata Sekolah dalam Sukan/Permainan sekurang-kurangnya 2.45
Gred Purata Sekolah Keseluruhan dalam Kokurikulum sekurang-kurangnya 2.0
PENGURUSAN
Pengurusan kewangan sekolah sekurang-kurangnya pada tahap BAIK
100% guru mendapat penyeliaan pdpc dan kursus peningkatan kompetensi
Mengintegrasi penggunaan ICT dalam semua aspek pengurusan pembelajaran
Mewujudkan aspek pengurusan fizikal yang berkesan untuk kebajikan dan keselesaan murid
belajar melalui :
Penyediaan kemudahan asas yang mencukupi
Penyediaan segala sumber dan bantuan pembelajaran yang sempurna
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang ceria dan bersih
Mengamalkan polisi sekolah selamat
Menjalinkan perhubungan luar sekolah yang baik melalui :
Program Permuafakatan Masyarakat
Jalinan hubungan akrab dengan pertubuhan NGO
Pemantapan PIBG sekolah
23
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6 komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik
kepada semua pelanggan kami:
KEPADA MURID
1. Memberikan pendidikan berkualiti kepada semua murid
2. Memahami dan menghormati perbezaan kemampuan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Melaksanakan keadilan dan kesaksamaan dalam proses pembentukan modal insan
4. Membentuk Kemahiran Memimpin, Berfikir, Pengetahuan, Identiti Nasional, Etika dan Kerohanian serta
Dwibahasa
KEPADA GURU DAN KAKITANGAN
1. Membentuk persekitaran kerja yang kondusif
2. Adil dan saksama dalam segala keputusan
3. Menjaga kebajikan dan peningkatan kerjaya semua warga kerja
4. Meningkatkan Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan
KEPADA WARIS
1. Menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak di sekolah
2. Bersedia menerima cadangan dan teguran yang dapat membina kecemerlangan
3. Menyediakan jalinan dan jaringan hubungan antara sekolah dan masyarakat
4. Adil dan saksama kepada semua
24
NILAI SEKOLAH
TAKWA Huraian berkaitan nilai:
TULUS
TEKAL MODAL INSAN YANG DIDIDIK DI SMK BANDAR T6 AKAN LAHIR SEBAGAI GENERASI
TEKUN YANG MELETAKAN AGAMA PALING UTAMA. SEKOLAH KOMITED MELAHIRKAN ANAK
TABAH BANGSA YANG BERIMAN DAN BERTAKWA.
TEGUH
TEGAS CIRI-CIRI PENDIDIK DI SMK BANDAR T6 YANG IKHLAS DALAM MEMBENTUK ANAK
BANGSA AKAN MENYEMAIKAN NILAI TULUS KE DALAM SANUBARI ANAK DIDIK MEREKA.
SMK BANDAR T6 KONSISTEN DAN MENGUTAMAKAN KESAMARATAAN DALAM
MEMBERIKAN PENDIDIKAN TANPA MENGIRA PERBEZAAN TAHAP PENCAPAIAN MURID.
SETIAP MURID BERHAK MENDAPAT PENDIDIKAN YANG BERKUALITI.
NILAI KESUNGGUHAN DAN TEKUN DIAMALKAN OLEH WARGA PENDIDIK DAN MURID
SEKOLAH SMK BANDAR T6 KE ARAH MENCAPAI VISI DAN MISI SEKOLAH.
WARGA PENDIDIK DAN MURID SMK BANDAR T6 TABAH DAN CEKAL MENGHADAPI APA
JUA MASALAH, RINTANGAN DAN KESUKARAN DEMI MENCAPAI KEJAYAAN.
KERJASAMA WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI MEMBENTUK PEMUAFAKATAN
MENJADIKAN KAMI KUAT DAN TEGUH UNTUK BERKOLABORATIF DALAM MEMAJUKAN
SEKOLAH.
MURID SMK BANDAR T6 MEMPUNYAI PENDIRIAN YANG TEGAS DALAM MEMBUAT
SESUATU KEPUTUSAN SUPAYA MENJADI PEMIMPIN YANG DISEGANI.
25
LOGO/LENCANA SEKOLAH
MAKSUD BENTUK, SIMBOL, WARNA DAN MOTTO
BENTUK
Rangka luar lencana berbentuk kudup mawar yang menanti waktu untuk mekar dan menyebarkan
haruman.
Bermaksud : Pelajar yang masih mentah dan akan dewasa. Mereka akan terus membesar dengan
membawa kejayaan yang akan mengharumkan nama keluarga, sekolah, bangsa, agama dan negara.
Berbentuk cabang-cabang ranting.Bermaksud :
- Cabang – cabang bidang kerjaya yang sangat luas.
- Ibarat tangga atau peringkat atau urutan perjalanan hidup seseorang pelajar bermula dari bawah,
berusaha melangkah setapak demi setapak untuk menuju kejayaan.
SIMBOL
Lambang Multimedia Super Corridor.
Bermaksud : Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, seluruh warga sekolah
turut tidak ketinggalan malah berani, mampu dan sentiasa menguasai/meneroka bidang IT untuk
kemajuan diri dan negara.
Simbol mata pena.
Bermaksud : Lambang ilmu dan kepintaran menunjukkan kesediaan belajar menggunakan segala
sumber yang ada untuk terus berusaha melengkapkan diri dengan ilmu untuk kejayaan yang cemerlang
dan membanggakan.
Simbol roda bergerigi 5.Bermaksud :
- Lambang bidang-bidang kemahiran yang lazim iaitu bahasa, sains sosial, sains matematik, teknik &
vokasional dan juga bidang baru iaitu bidang IT.
- Menunjukkan kepatuhan dan kesetiaan pelajar dengan menjunjung 5 prinsip Rukun Negara.
Simbol pecahan 3 bentuk/bahagian kelopak.
Bermaksud : Kesatuan dan kesepaduan hidup 3 bangsa atau kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
di bawah satu bumbung dengan mengamalkan budaya hidup yang aman dan harmonis dalam
merealisasikan aspirasi kerajaan.
Simbol burung yang sedang melebarkan sayapnya.Bermaksud :
- Pelajar-pelajar yang telah berjaya dan kejayaan yang dikecapi itu asasnya adalah bermula di
bangku sekolah.
- Guru-guru turut berbangga dengan kejayaan pelajar, kerana turut melambangkan kejayaan dan
penghargaan buat guru.
WARNA
Lambang Perpaduan, Ketenangan, Keceriaan dan Kecintaan.
Diharapkan pelajar-pelajar sekolah ini dan seluruh warga SMK T6 bersatupadu, bekerjasama untuk
memastikan ketenangan dan keceriaan terus berkekalan. Dengan suasana begini kejayaan pasti
Biru mudah digapai.
Mewujudkan rasa kasih terhadap sekolah dengan memelihara harta benda sekolah dan keindahan
sekolah ini.
26
Merah Lambang Keupayaan, Berani, Semangat dan Keriangan.
Kuning Berupaya mengejar cita-cita.
Putih Berani menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.
Semangat yang kuat dan teguh untuk meraih kejayaan.
Keriangan pasti akan muncul apabila kejayaan telah tercapai.
Lambang kedaulatan, Kebanggaan, Kekayaan.
Kepatuhan kepada negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan
berpelembagaan.
Pelajar dan sekolah yang mampu membanggakan masyarakat setempat malah mungkin ke
peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar-pelajar yang kaya dengan budi bahasa, bersahsiah tinggi dan kaya ilmu.
Lambang Kesucian dan Kemurnian.
Diharapkan warga SMK T6 berjiwa suci dan murni tanpa sebarang prasangka atau sesuatu
fahaman yang bertentangan dengan etika kesejahteraan dan perpaduan rakyat Malaysia.
Kreatif MOTTO
Dinamik Diharapkan pelajar sekolah ini dapat atau berkemampuan mencipta, menghasilkan dan memperkembangkan
Optimis sesuatu yang baru samada di dalam atau di luar proses Pengajaran & Pembelajaran.
Slogan Akan lahir pelajar-pelajar yang bertenaga, bergerak maju ke hadapan dan berkeupayaan serta mampu
membuat penyesuaian atau menerbitkan pembaharuan dan kemajuan dari semasa ke semasa.
Seluruh warga SMK T6 adalah orang yang sentiasa bersangka baik atau menaruh harapan yang baik
terhadap sesuatu perkembangan, masalah atau sebarang kemungkinan dengan pendirian yang teguh.
‘We Are The Best’
27
BENDERA SEKOLAH
Biru Laut KUPASAN MAKSUD SIMBOL DAN WARNA
(Terdapat pada
anak panah.) SIMBOL
Kuning Anak panah yang mengarah ke atas
Bermaksud : Warga SMKBT6 yang sentiasa ingin mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
(Terdapat pada
Para pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran hingga mampu melanjutkan pelajaran ke
tanah atau peringkat yang lebih tinggi
sebagai warna
latar belakang Warga pendidik pula sentiasa meningkatkan prestasi kerja untuk melahirkan pelajar yang
berkualiti
bendera)
Anak panah yang dibahagikan kepada 5 bahagian
Bermaksud :
Pelajar SMKBT6 terdiri daripada 5 kumpulan pelajar mengikut tingkatan iaitu Tingkatan 1, 2, 3,
4 dan 5.
Saiznya yang semakin melebar ke arah kanan melambangkan tahap kematangan dan
ketinggian ilmu yang kian bertambah dalam kalangan pelajar.
Rangka atau rupa anak panah
Bermaksud :
Jika diamati rupa anak panah ini menyerupai bangunan sekolah iaitu bahagian kepala anak
panah merupakan bahagian bumbung manakala bahagian badannya ialah dinding bangunan
sekolah.
WARNA
Lambang Perpaduan, Ketenangan, Keceriaan dan Kecintaan
Warna ini menyerupai salah satu warna yang terdapat pada pakaian rasmi atau uniform pelajar
iaitu kain yang dipakai oleh pelajar perempuan.
Sebagai lambang perpaduan yang diharapkan wujud di kalangan warga SMKBT6 kerana
dengan adanya semangat perpaduan, sesuatu impian bersama akan mudah untuk dikecapi.
Tergolong dalam kumpulan warna sejuk yang menggambarkan ketenangan dan keceriaan
pada suasana persekitaran yang indah yang mampu menyuntik semangat untuk terus berjaya.
Mewujudkan rasa kasih terhadap sekolah dengan memelihara harta benda dan keindahan
sekolah.
Lambang Kedaulatan, Kebanggaan, Kekayaan.
Kepatuhan kepada negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan
berperlembagaan
Pelajar dan sekolah yang mampu membanggakan masyarakat setempat malah mungkin ke
peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar-pelajar yang kaya dengan budi bahasa, bersahsiah tinggi dan kaya ilmu.
28
LAGU SEKOLAH & CHEER SONG
LAGU SEKOLAH CHEER SONG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6
CLAP 2, 3, 4
Sekolah yang mencipta sejarah Every where we go
Ku genggam janji harumkan namamu People want to know
Kutekad terus menimba ilmu Who we are
So we tell them
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 We are the T6
Menjadikan kami dewasa Mighty, mighty T6
Kecemerlanganmu kan kami bina Ooo… yeah…
Demi masa depan gemilang When T6 (Clap 3x)
Kreatif, optimis dan dinamik Are marching in
Budi bahasa amalan kami We want to show
Kami pertahan dan kami amalkan
Dari zaman hingga ke zaman All our power
When T6… are marching in (clap 3x)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6
Sekolah yang kami banggakan Bila T6 (tepuk 3x)
Masuk padang (tepuk 3x)
Ku genggam janji harumkan namamu Bila T6 masuk padang….
Kupasti hidup penuh berilmu Hajat kita hendak menang
Bila T6 masuk padang (tepuk 3x)
Who are the champion?
T6
Who are the champion?
T6
Who are the champion?
T6
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Who are the best?
We are the best..
Who are the best?
We are the best…
Who are the best?
We are the Best!
Best! Best! Best!
29
PERATURAN
SEKOLAH
SMK BANDAR T6
30
PERATURAN SEKOLAH
Bil Perkara / Aktiviti
PERATURAN 1. WAKTU HADIR BEKERJA DI SEKOLAH
1.1 WAJIB datang awal, selewat- lewatnya 10 minit sebelum loceng pertama.
1.2 Jika terlewat, perlu terus berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran untuk memaklumkan
sebab.
1.3 Guru/ Staf akan diberi Nota Teguran 1 dan Teguran 2, sebelum tindakan selanjutnya sekiranya kehadiran
sentiasa lewat.
1.4 Imbas kehadiran segera sebaik tiba di sekolah (Qr-code) Pepatih MySchool dan Mysejahtera lakukan sendiri.
1.5 .Sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dan sebagainya,
guru berkenaan hendaklah segera memberitahu Pengetua dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari
sehari, Buku Persediaan Mengajar (ERPH), buku rujukan, anak kunci dan surat akuan doktor hendaklah
diserahkan kepada Pengetua.
PERATURAN 2. WAKTU PULANG DARI SEKOLAH
2.1 Digalakkan balik selepas 15 minit murid selesai menunaikan fardu Zohor berjemaah dan bergerak balik.
2.2 Biar murid pulang dahulu untuk elakkan kesesakan.
2.3 Guru/ staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
2.4 Masa yang ada boleh digunakan untuk melakukan kerja- kerja menyemak latihan murid, membaca,
menyediakan rekod mengajar, BBM atau mengemas meja supaya teratur.
2.5 Pastikan mengimbas (Qr-Code) Pepatih MySchool sebelum pulang, lakukan sendiri.
2.6 Guru dibenarkan pulang pada pukul 2.00 petang.
PERATURAN 3.KEWAJIBAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
3.1 Berada di sekolah seawal jam 6.45 pagi.
3.2 Berada di tempat- tempat berikut semasa pagi, waktu rehat dan selepas loceng
akhir berbunyi.
a. Pintu pagar sekolah di hadapan atau belakang
b. Tapak perhimpunan
c. Kantin / Blok-blok / Surau
3.3 Menguruskan perhimpunan dengan bantuan pengawas.
3.4 Merekodkan perjalanan perhimpunan dan perkara yang disampaikan semasa perhimpunan.
3.5 Mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat perkara atau peristiwa yang memerlukan tindakan segera.
3.6 Memastikan keadaan sekolah terkawal.
3.7 Menyampaikan pengumuman (sekiranya ada).
3.8 Pulang 15 minit lewat selepas murid bersurai.
3.9 Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid - murid dan pastikan mematuhi peraturan sekolah.
3.10Menulis catatan ke dalam "Buku Laporan Guru Bertugas" segala yang berlaku pada hari berkenaan termasuk topik-
topik lain yang perlu perhatian seperti perhimpunan,kebersihan, kantin, tandas dan sebagainya.
3.11Keadaan norma baharu guru bertugas perlu mengikut ketetapan, arahan daripada pihak pentadbir sekolah dari
semasa ke semasa mengikut keperluan dan arahan MKN, KKM dan KPM.
31
PERATURAN 4.TIDAK HADIR BERTUGAS
4.1 WAJIB maklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan pada awal pagi untuk tujuan pentadbiran
4.2 Serahkan sijil cuti sakit kepada Pengetua keesokannya untuk dicatatkan dalam rekod
4.3 Cuti sakit swasta lebih daripada 15 hari perlu dapatkan pengesahan doktor kerajaan
4.4 Setiap cuti sakit yang diambil akan menjejaskan kiraan ganjaran apabila pencen nanti
4.5 Serahkan surat kuarantin (HSO) dan surat pelepasan kuarantin (RO) jika kuarantin covid-19, mengikut
peraturan semasa (KKM)
PERATURAN 5.CUTI REHAT KHAS
5.1.1 Guru diperuntukkan 10 hari cuti rehat dan AKP diperuntukan 20 hingga 30 hari cuti rehat bergantung pada
gred yang disandang.
5.1.2 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Pengetua.
5.1.3 Mesti dipohon daripada Pengetua dengan berjumpa secara peribadi BUKAN isi borang dan tinggalkan
kepada Pembantu Tadbir.
5.1.4 Isi borang dan setelah mendapat kelulusan guru hendaklah juga memohon secara online melalui HRMIS.
5.1.5 Pertimbangkan meluluskan permohonan dengan syarat tidak menjejaskan tugas dan perjalanan sekolah.
5.1.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang- kurangnya tiga hari sebelum kecuali kes- kes
kecemasan seperti kemalangan, kematian atau musibah yang tidak dijangka (maklum melalui telefon).
5.1.7 Seandainya permohonan banyak pada sesuatu masa pertimbangan akan dibuat mengikut kewajaran.
CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB.
PENGETUA BERHAK MEMBATALKAN CUTI YANG TELAH DILULUSKAN
ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA PERLU.
5.2 Cuti Rehat/ Cuti Penggal.
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP ) 004.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua
tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas - tugas seharian
daripada tugas mengajar.
5.3 Cuti sakit
5.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut
- turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus - putus akan dilaporkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
5.4 Cuti Tanpa Gaji.
5.4.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab – sebab persendirian yang mustahak.
5.4.2 Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
5.4.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap - tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
5.4.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
5.4.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah
dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
5.5 Cuti Keluar Negara
5.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan. Sila isikan borang permohonan
yang ada di pejabat selewat - lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
32
PERATURAN 6.GAJI
6.1 Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal.
6.2 Potongan yang diuruskan melibatkan hal seperti cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP dan Tabung
Haji.
6.3 Potongan pinjaman bank/ koperasi atau lain- lain melalui ANGKASA dibuat terus ke Akauntan Negara jika ada
masalah hubungi terus pihak berkenaan.
6.4 Bagi guru yang baru bertukar masuk, gaji akan diproses apabila sekolah menerima Sijil Gaji Akhir (LPC)
daripada sekolah asal. Kew 8 diluluskan. Selagi belum lulus, gaji diurus oleh sekolah asal.
6.5 Sebarang masalah bincangkan dengan pihak sekolah dahulu sebelum ke pihak lain.
PERATURAN 7.URUSAN DENGAN PPD, JABATAN PELAJARAN NEGERI DAN KPM
7.1 Dapatkan kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan.
7.2 Sentiasa berpakaian kemas, sopan dan jaga imej guru dan sekolah.
7.3 Sebaiknya semua masalah dibincangkan di peringkat sekolah terlebih dahulu.
PERATURAN 8.PENGISYTIHARAN HARTA
8.1 Semua penjawat awam perlu membuat pengistiharan harta setiap lima tahun.
8.2 Buat pengisytiharan harta melalui HRMIS.
8.3 Serah sesalinan kelulusan isytihar harta kepada pejabat dan maklumkan kepada PT untuk tindakan
kemas kini maklumat guru di E-operasi.
8.4 Urusan isytihar harta adalah pada awal tahun.
8.5 Kegagalan isytihar harta boleh mengganggu/ menjejaskan urusan perkhidmatan.
PERATURAN 9.PINJAMAN PERUMAHAN DAN KOMPUTER
9.1 Urusan dibuat di sekolah, dapatkan borang urus dengan Ketua Pembantu Tadbir.
9.2 Sediakan dokumen yang relevan dan perlu hantar permohonan melalui sekolah.
PERATURAN 10.KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
10.1 Guru/ staf TIDAK BOLEH keluar/ meninggalkan kawasan sekolah untuk urusan peribadi contohnya ke Bank,
sekolah anak atau sebagainya.
10.2 Kebenaran perlu diperolehi dan dibenarkan untuk kes- kes kecemasan seperti menziarah jenazah keluarga
terdekat dan menghadiri mesyuarat/ kursus atau sepertinya.
10.3 Kebenaran keluar hanya oleh Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran.
10.4 Rekodkan dalam buku yang disediakan.
10.5 TIDAK BOLEH KELUAR SESUKA HATI WALAUPUN HANYA SEKETIKA untuk apa- apa urusan sekalipun
TANPA KEBENARAN.
PERATURAN 11. GURU GANTI/RELIEF
11.1 Tanggungjawab bersama dan terimalah dengan RELA HATI dan penuhi dengan penuh rasa setia kawan.
11.2 WAJIB MASUK KELAS dan adakan aktivti bukan sekadar kawal sahaja.
11.3 Guru relief boleh menggunakan modul relief yang disediakan.
11.4 Catat dalam buku rekod mengajar dan buku kawalan kelas.
33
PERATURAN 12. WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD)
12.1 Bukan ‘free’ mutlak.
12.2 Gunakan untuk membuat perancangan, menyemak kerja pelajar, sediakan BBM, buat rujukan di PSS,
menulis persediaan mengajar.
12.3 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat tentang masalah pelajar, PdP, peningkatan akademik
atau aktiviti panitia, unir uniform, kelab dan persatuan.
12.4 MAKAN sekadar menghilangkan lapar dan tidak memudaratkan kesihatan.
12.5 Jangan membudayakan ‘Budaya Kedai Kopi’ kerana guru berada pada masa instruksional.
PERATURAN 13.MENGHADIRI MESYUARAT/ SEMINAR/ BENGKEL
13.1 Wajib HADIR sama ada untuk sendiri atau mewakili Pengetua.
13.2 Tumpukan sepenuh perhatian untuk tujuan laporan kepada Pengetua/ Ketua Bidang.
13.3 Sediakan minit CURAI dan serahkan kepada Pengurus Kualiti PK10.
13.4 Adakan ‘in-house training’ kepada guru- guru yang lain mengikut keperluan.
13.5 Bawa bersama dokumen seperti fail pengurusan & perancangan, pekeliling semasa menghadirinya.
13.6 Bagi guru yang menghadiri bengkel @ seminar jemputan daripada sekolah luar, perlu mendapatkan
persetujuan & keizinan daripada tuan pengetua.
13.7 Jika timbul masalah berbincang dengan Pengetua.
PERATURAN 14.TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN DALAMAN/PT3/SPM/STPM
14.1 Diwajibkan untuk semua guru mengikut giliran yang ditetapkan kecuali pengetua.
14.2 Tidak bolah ditolak kecuali sarat mengandung, sakit yang serius atau berkursus.
14.3 Jika dilantik, tidak bolah bercuti.
14.4 Laksanakan pengawasan sepenuhnya, dilarang melakukan aktiviti lain seperti memeriksa kertas jawapan
pelajar, membaca akhbar atau berbual dengan rakan sejawat dan menggunakan telefon bimbit.
PERATURAN 15.SURAT/ PEKELILING / BORANG UNTUK TINDAKAN
15.1 Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan.
15.2 Berbincang dengan pegawai lebih atas dari segi tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat lengkap.
15.3 Semua borang dan surat perlu ditaip, sebelum dihantar beserta dengan surat iringan mengikut format yang
betul dan tepat.
15.4 Tindakan perlu selesai empat hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima peringatan daripada pihak
berkenaan.
15.5 Penerima surat seperti yang diminitkan wajib mengambil tindakan atau menghadiri mesyuarat/bengkel/kursus
yang diarahkan. Jika penama surat tidak dapat hadir atas sebab rasmi/kecemasan, sila bawa surat berjumpa
Pengetua untuk “endorse” surat tersebut atas nama pengganti yang sesuai.
PERATURAN 16. PENGESAHAN DALAM JAWATAN /KEMASUKAN KE JAWATAN BERPENCEN
16.1 Setiap guru bertanggung jawab atas urusan kenaikan pangkat masing-masing. Guru perlu
peka dengan tarikh-tarikh kenaikan pangkat dan meminta bantuan PT sekolah untuk urusan
kenaikan pangkat selepas semua maklumat diperoleh daripada jabatan atau sekolah lama guru.
16.2 Boleh pilih PENCEN atau KWSP.
16.3 Pengesahan boleh dicadangkan selepas lulus kursus induksi dalam tempoh 1-3 tahun.
34
16.4 Ingatkan pihak pentadbiran sekolah/ semak rekod supaya tidak tercicir.
16.5 Menandatangani borang pengesahan jawatan perlu dibuat di hadapan Pengetua.
16.6 PT sekolah hanya bertanggung jawab menyediakan surat dan menghantar borang permohonan
kenaikan pangkat tetapi tidak bertanggung jawab untuk mengutip maklumat dari sekolah asal guru.
PERATURAN 17. MENGWUJUDKAN BUDAYA SIHAT SMK BANDAR T6
17.1 Sentiasa mengutamakan kepentingan sekolah lebih daripada kepentingan peribadi.
17.2 Sentiasa mengamalkan kemesraan dan keseronokan bekerja.
17.3 Sentiasa mementingkan pelanggan dan masa.
17.4 Sentiasa mengamalkan nilai- nilai murni.
17.5 Sentiasa perihatin terhadap kebersihan sekitar dan keceriaan sekolah.
17.6 Sentiasa mengamalkan budaya ilmu.
17.7 Sentiasa bermuafakat dan bekerja secara sepasukan.
17.8 Sentiasa bekerja dan melaksanakan idea- idea baru dan sedia berubah untuk kebaikan.
17.9 Sentiasa mengutamakan kesihatan diri dan pelajar. Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan
Sekolah.
PERATURAN 18. PAKAIAN
18.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat . Semua jenis jeans
dan jubah tidak dibenarkan.
18.2 Pakaian dan seluar yang ketat dan menampakkan bentuk badan, baju tanpa lengan, skirt, pakaian nipis
serta mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
18.3 Guru lelaki dikehendaki memiliki potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
18.4 Semua guru dikehendaki memakai kasut / sepatu (bukan sandal) supaya lebih kemas dan rasmi.
18.5 Semua guru perempuan dikehendaki memakai kurung Johor atau baju korporat setiap hari Ahad . Hari Isnin
hingga Khamis dikehendaki memakai baju kurung Johor.
18.6 Guru lelaki dikehendaki memakai baju korporat pada hari Ahad dan Baju Melayu yang lengkap pada hari
Khamis. Hari Isnin hingga Rabu memakai baju rasmi pakaian bekerja.
18.7 Guru yang mengajar pendidikan jasmani .Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai
pakaian yang sesuai. Guru perempuan :Seluar sukan, baju T-Shirt, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
Guru lelaki : Seluar sukan / seluar panjang yang sesuai. Kemeja sukan baju T-Shirt atau
jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
18.8 Pada hari Rabu semua guru digalakkan memakai baju Unit Beruniform.
PERATURAN 19. TANDA NAMA
19.1 Semua guru dan staf sokongan wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi
di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.
PERATURAN 20. PEJABAT GURU
20.1 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut dianggap “non-
teaching period” dan bukannya “free period”. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara- perkara
berkaitan dengan PDPC , PLC atau yang berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
20.2 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di pejabat guru.
35
20.3 Bayaran semasa penghantaran (COD) makanan daripada pihak luar tidak dibenarkan.
20.4 Guru yang berada di pejabat guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang
sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.
20.5 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.
20.6 Kebersihan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru termasuk
keselamatan harta benda yang terdapat dalam pejabat guru.
20.7 Sesiapa yang terakhir meninggalkan pejabat guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond,
dipadamkan dan semua pintu dikunci.
PERATURAN 21. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
21.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa kepengetahuan pihak sekolah.
21.2 Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan - peraturan mengenai penggunaan bilik - bilik khas
seperti Bilik Makmal Sains, Bengkel KH, Bilik Akses, Bilik Matematik, PSS, Bilik Pemulihan, Makmal
Komputer, Surau, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik - Bilik Khas yang lain.
21.3 Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, ini adalah termasuk kunci - kunci yang dipenduakan oleh
guru – guru Jika guru - guru hendak menyimpan kunci pendua untuk bilik - bilik tertentu, kebenaran
bertulis dari Pengetua hendaklah diperolehi. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik
berkenaan. Pada waktu cuti sekolah, semua kunci hendaklah diserahkan ke pejabat . Guru-guru tidak
dibenarkan menyimpan kunci bilik-bilik khas semasa cuti persekolahan.
PERATURAN 22. PERHIMPUNAN RASMI DAN PROGRAM BUDAYA AL-QURAN
22.1 Perhimpunan rasmi murid-murid dan guru-guru diadakan pada setiap hari Ahad. Semua guru
dikehendaki hadir dan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan murid-murid. Guru bertugas mingguan boleh
berada di kiri kanan murid di tapak perhimpunan. Tidak dibenarkan guru berada di lain-lain tempat
seperti kantin atau bilik guru.
22.2 Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini dengan bantuan
murid. Aturcara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling
Iktisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.11/24 bertarikh 14.7.84.
22.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah seperti Mesyuarat Guru,
Mesyuarat PIBG,Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Sekolah dan lain-lain.
22.4 Penyampaian maklumat mengikut keadaan norma baharu disampaikan oleh guru kelas sama ada
secara lisan di dalam kelas ataupun melalui media sosial.
PERATURAN 23. PELAWAT
23.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru - guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual - penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua.
23.2 Ibu bapa / penjaga murid perlu bertemu dan mendapat kebenaran Pengetua sebelum berurusan dengan
guru atau anak mereka.
23.3 Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik guru atau kelas untuk berurusan dengan guru atau murid.
Semua urusan perbincangan dengan murid atau guru hendaklah dilakukan di pejabat atau bilik
Pengetua / Penolong Kanan.
23.4 Keadaan norma baharu pelawat perlu mengikut ketetapan seperti kebiasaan memasuki sesebuah
permis, seperti memakai topeng muka dan mengimbas suhu.
36
PERATURAN 24. PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
24.1 Pencapaian Objektif - Semua guru di sekolah negeri Johor mendapat latihan TUJUH ( 7 ) hari dalam
satu tahun di peringkat sekolah ATAU pembacaan 7 buku ilmiah.
24.2 Mengarahkan PK/Penyelaras LDP mengedar Borang Kompetensi Matriks kepada guru untuk mengenal
pasti keperluan latihan.
24.3 Mengambil tindakan, membuat analisis dan rumusan serta bentangkan semasa mesyuarat pengurusan.
24.4 Mengkaji keperluan bidang latihan berdasarkan Analisis Keperluan Latihan (PK10/2).
24.5 Menyerahkan cadangan perancangan latihan kepada Pengetua untuk kelulusan.
24.6 Menyediakan Jadual Perancangan Latihan (PK10/4) selepas kelulusan Pengetua.
24.7 Memberi cadangan kepada PKP untuk menguruskan kursus/latihan yang telah diluluskan.
24.8 Menyediakan senarai calon dan menghantar senarai tersebut kepada penganjur latihan.
24.9 Memaklumkan kepada calon untuk menghadiri latihan.
24.10 Sekiranya latihan dianjurkan oleh agensi luar, guru hendaklah menyediakan minit curai dan diserahkan
Pengetua / PKP selepas latihan.
24.11 Mengumpulkan salinan sijil atau maklumat kehadiran untuk kemas kini rekod.
24.12 Mengedar borang penilaian kursus kepada peserta pada hari terakhir kursus untuk menilai
keberkesanan pelaksanaan perkembangan staf.
24.13 Merekod kehadiran kursus dalam ESPLG.
24.14 Mengisi Borang Pelaporan setelah tamat berkursus.
24.15 Mengedarkan borang keberkesanan program selepas 1 bulan kursus kepada guru untuk melaksana
penilaian kendiri.
24.16 Mengumpul borang keberkesanan program dan menilai kompetensi guru selepas 1 bulan kursus.
24.17 Jawatankuasa Perkembangan Staf menguruskan pelaksanaan latihan secara pembacaan buku.
24.18 Guru membaca dan melengkapkan borang sinopsis jika jumlah hari LDP tidak mencukupi 7 hari.
PERATURAN 25. KEMALANGAN DAN KEUZURAN
25.1 Murid-murid yang didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru bertugas pada minggu itu
hendaklah segera menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dan menghubungi ambulan jika
perlu. Guru tidak perlu menghantar murid ke hospital sendiri.
25.2 Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihubungi ibu bapa/penjaganya sebelum pihak ambulan
membawanya ke hospital. Semua urusan hendaklah direkod dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
25.3 Murid tidak dibenarkan pulang ke rumah jika ibu bapa/penjaga tiada di rumah. Hanya ibu bapa/penjaga
sahaja dibenarkan membawa pulang anak murid dan mesti direkodkan dalam buku di pejabat.
25.4 Murid yang bergejala covid-19 perlu dimasukkan ke bilik isolasi sebelum di bawa pulang/ hospital
dengan diiringi guru yang berpakaian lengkap (PPE).
25.5 Guru kelas sepatutnya tahu sebab-sebab muridnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama 3 hari
berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah dilaporkan kepada Pengetua. Satu surat peringatan
'Tidak Hadir' akan dikirimkan kepada ibu bapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.
PERATURAN 26. MENGUTIP WANG PEMBELIAN BUKU
26.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-murid tanpa arahan atau kebenaran bertulis dari pengetua.
26.2 Murid-murid tidak boleh diarah atau dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja, buku
bacaan tambahan dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran Pengetua.
26.3 Pemilihan buku kerja/latihan tambahan perlu melalui mesyuarat panitia/ jawatan kuasa pemilihan buku
kerja/latihan tambahan.
26.4 Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Bendahari
Koperasi atau Bendahari PIBG .
26.5 Bendahari Koperasi dan Bendahari PIBG mesti memasukkan wang pungutan ke bank pada hari
penerimaan wang daripada guru/ murid.
37
PERATURAN 27. PERATURAN PEJABAT
27.1 Guru - guru adalah ditegah mengambil fail-fail, atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa izin Pengetua.
Walau-bagaimanapun surat penting untuk tindakan guru berkenaan boleh difotostat dengan syarat
terlebih dahulu memberitahu ketua kerani sekolah dan direkodkan ke dalam "Buku". Tindakan yang
perlu mestilah dijalankan dengan kemas dan memuaskan mengikut tarikh yang dikehendaki selesai.
27.2 Guru - guru adalah dilarang :
27.2.1.Membaca surat - surat yang berada di atas meja Pengetua, Penolong Kanan
atau Kerani.
27.2.2.Mengambil / membaca "Buku Diari Sekolah " melainkan dengan izin Pengetua
atau Penolongnya.
27.2.3.Mengambil / menulis buku - buku stok kecuali guru berkenaan yang
dipertanggungjawabkan.
27.2.4.Berbual - bual atau membuat kerja di pejabat untuk membuat sesuatu urusan
tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan.
27.2.5.Mengarahkan kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa
kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan.
27.2.6.Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi.
27.3 Mencatatkan/ rekodkan penggunaan telefon pejabat pada buku penggunaan telefon.
27.4 Urusan fotostat / riso hendaklah dihantar kepada PO 3 hari sebelum tarikh diperlukan dengan tanda
tangan kebenaran Penolong Kanan.
27.5 Soalan peperiksaan atau ujian perlu dihantar untuk riso/fotostat seminggu awal daripada tarikh
diperlukan selepas disemak oleh Ketua Panitia/GKMP dan tanda tangan kebenaran cetak oleh PKP.
27.6 Guru-guru tidak dibenarkan mengendalikan sendiri mesin Photostat atau riso di pejabat.
PERATURAN 28. PBPPP
28.1 Semua guru mesti menetapkan KPI (Key Performance Indicators)/ Petunjuk Prestasi Utama dalam
bidang keberhasilan unit kurikulum,kokurikulum dan sahsiah berdasarkan pencapaian tahun sebelum
sebagai TOV.
28.2 KPI yang ditetapkan mestilah munasabah dan dipersetujui secara Bersama oleh PYD dan PP1.
28.3 PYD wajib bertemu dan berbincang dengan PP1 dan PP2 dalam menentukan skor prestasi PYD.
28.4 PYD perlu membawa eviden/ bahan bukti bagi mendapatkan skor tertinggi ataupun bersedia ditemubual
/ disoal sebelum skor ditetapkan selain kaedah pemerhatian oleh PP1 dan PP2.
28.5 Jika PYD tidak bertemu dan berbincang dengan PP masing-masing dalam tempoh waktu yang
ditetapkan, PYD dianggap bersetuju dengan skor prestasi yang dinilai oleh PP1 dan PP2.
28.6 PYD wajib menyerahkan borang keberhasilan 2 kali setahun kepada PP1.
28.7 PYD wajib mendapat sesalinan borang skor prestasi daripada PP1 dan PP2 dan menandatangani rekod
penerimaan borang tersebut.
28.8 PYD sedar dan maklum bahawa penilaian skor tidak digambarkan melalui angka semasa penilaian
dibuat. Markah prestasi hanya akan diketahui oleh PYD melalui laporan prestasi di HRMIS. Justeru itu,
PYD, PP1 dan PP2 tidak mengetahui peratus sebenar markah prestasi mereka sehingga laporan
dikeluarkan di HRMIS masing-masing.
PERATURAN 29.SKPMG2
29.1 Pasukan Pelaksana Sekolah dilantik dan diberikan surat lantikan.
29.2 Setiap pegawai pelaksana bertanggungjawab menyediakan eviden yang diperlukan untuk mencapai
skor 4 bagi setiap TUMS unit/bahagian masing-masing.
29.3 Pengisian skor dilakukan 3 kali setahun.
29.4 Pegawai pelaksana perlu mengisi skor kendiri masing-masing dan menandatangani borang penetapan
skor sebelum menghantarnya kepada setiausaha SKPMg2
38
PERATURAN
KURIKULUM
SMK BANDAR T6
39
PERATURAN 1: PENGURUSAN PANITIA (PK01)
1.1 Pencapaian Objektif - Pengurusan panitia diurus dengan terancang dan berkesan supaya Gred Purata Mata
Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan awam / peperiksaan pertengahan
tahun / peperiksaan akhir tahun meningkat sekurang-kurangnya 0.01 atau mencapai Gred Purata Sekolah
(GPS)minimum seperti berikut:-
1.1 Peperiksaan SPM : 4.25
1.2 AJK Kurikulum dan Ketua Panitia bagi semua mata pelajaran diberi surat lantikan.
1.3 Mesyuarat JK Kurikulum dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
1.4 Mesyuarat Jawatankuasa panitia mata pelajaran dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
1.5 DSKP terkini wajib ada bagi setiap tingkatan.
1.6 Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan dan kemas kini setiap tahun bagi setiap tingkatan.
1.7 Anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan kewangan bagi pembelian bahan bantu mengajar
dan program / aktiviti panitia disediakan dan sesalinan pada Pengurus PK11.1
1.8 Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran dilaksanakan.
1.9 Aktiviti/program yang diputuskan di dalam mesyuarat dilaksanakan dan laporan pelaksanaan program
disediakan.
1.10 Menerima, menyemak perolehan, merekod dalam buku stok atau inventori dengan kemaskini dari semasa ke
semasa.
1.11 Memastikan kategori dan Kandungan fail panitia berdasarkan SPI Bil 4/89 dipatuhi.
1.12 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru - guru bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.
1.13 Semua panitia wajib mempunyai dan mematuhi ketetapan / dasar panitia yang merangkumi bentuk / format
RPT, RPH, Pembinaan item, Pentaksiran Bilik Darjah dan aspek-aspek lain yang berkaitan pengurusan
mata pelajaran berdasarkan kandungan SKPMg2 (Aspek 3.1.2.1 – 3.1.2.4) dan kandungan SPSK negeri
Johor.
PERATURAN 2 : JADUAL WAKTU (PK02)
2.1 Pencapaian Objektif - Jadual waktu disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum sesi persekolahan
bermula.
2.2 Mengenal pasti mata pelajaran , bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen serta mematuhi peruntukan
masa untuk setiap mata pelajaran.
2.3 Menetapkan guru mata pelajaran bagi setiap panitia berdasarkan keperluan.
2.4 Senarai agihan jumlah minit guru mengajar ada.
2.5 Pengetua menyemak dan mengesahkan Jadual Waktu Peribadi dan Kelas.
2.6 Mengedarkan Jadual Waktu Peribadi dan Kelas kepada semua guru dengan rekod penerimaan.
2.7 Mengenal pasti guru yang tidak hadir setiap hari untuk tujuan gantian dan MMI.
2.8 Menentukan dan menyediakan Jadual Guru Ganti.
2.9 Slip Guru Ganti diedarkan dan ditandatangani oleh guru.
2.10 Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah dirancang/ditulis
dalam Buku Persediaan Mengajar.
2.11 Guru tidak dibenarkan mengajar selepas masa yang dihadkan. Pertukaran kelas/guru hendaklah dijalankan
serta merta.
2.12 Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu dengan
tujuan membantu P&P. Pegawai-pegawai yang datang melawat/ Penolong Kanan/ Ketua Panitia dan
Pengetua boleh membuat penyeliaan.
40
2.13 Guru-guru adalah dilarang:
2.13.1.Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Pengetua.
2.13.2.Berbual-bual dengan guru lain sewaktu P&P
2.13.3.Duduk semasa P&P sedang berjalan.
2.13.4.Memeriksa buku rampaian atau kertas ujian tanpa mempedulikan murid-murid TETAPI
memeriksa kerja murid dari seorang keseorang dalam kumpulan kecil adalah dibenarkan.
2.13.5.Membuat persediaan mengajar atau alatan semasa P&P.
2.13.6.Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan pelajaran
itu tidak penting atau guru itu tidak berminat.
2.14 Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai kasut getah dan memakai pakaian sukan
iaitu seluar sukan dan baju T-Shirt.
2.15 Jangan membiarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru bersama. Adalah
dilarang sama sekali guru memberi arahan atau sekadar memerhati sahaja dari jauh. Risiko yang dihadapi
amat tinggi jika dalam keadaan begini murid mendapat kemalangan atau kecederaan.
2.16 Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan di dalam dewan (jika
ada)atau di mana-mana tempat yang sesuai sama ada di dalam atau di luar bangunan.
2.17 Guru mata pelajaran/ Guru Ganti bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keselamatan murid sepanjang
waktu pdp bersama kelas berkenaan.
PERATURAN 3:PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PK03)
3.1 Pencapaian Objektif - Proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dirancang, dilaksanakan 100%
berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan.
3.2 Memastikan Rekod Pembelajaran dan Pengajaran ( e-RPH ) dihantar mengandungi :
3.2.1 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
3.2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan.
3.2.3 Jadual Waktu Peribadi dan Jadual Waktu Kelas bagi Guru Kelas.
3.2.4 Takwim Penggal Persekolahan.
3.2.5 Senarai Nama Murid.
3.2.6 ‘Headcount’.
3.3 Objektif PdP sekurang-kurangnya mengandungi :
3.3.1 Tajuk.
3.3.2 Objektif / Hasil Pembelajaran.
3.3.3 Aktiviti.
3.3.4 Nilai / BBM
3.3.5 PBS/Pentaksiran Bilik Darjah
3.3.5 Refleksi / Impak.
3.4 Rekod Persediaan Mengajar
3.4.1 Semua guru mestilah menyediakan Fail Persediaan Mengajar dengan sempurna dan penuhkan
semua kehendak di dalamnya dan hantar kepada Pengetua pada Khamis minggu kedua
persekolahan.
3.4.2 Rekod Persediaan Mengajar ini hendaklah disediakan dan dihantar sebelum pdp bermula secara
online. Membuat persediaan dalam bilik darjah adalah ditegah.
3.4.3 Rancangan Pelajaran Harian ( e-RPH ) akan disemak dan diperiksa pada hari Khamis atau pada
hari akhir minggu berkenaan.
3.4.4 Butir-butir dalamnya hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa kemaskini.
3.4.5 Buku ini adalah dokumen penting sebagaimana kehendak Undang-undang Sekolah (Kursus
Pendidikan) 1956.
3.4.6 Guru ICT akan memuatkan RPM semua guru dalam CD dan menyerahkan pada Pengetua pada
akhir tahun untuk disimpan.
41
3.5 Merekod Buku Kawalan bilik darjah.
3.6 Melaksanakan PdPC seperti yang telah dirancang dalam Rekod Pembelajaran dan Pengajaran (kecuali
jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan).
3.7 Merekodkan pengambilan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk PdPC sebelum kelas bermula (jika
berkaitan).
3.8 Merekodkan kehadiran murid dan penggunaan bilik.
3.9 Merekod pemulangan peralatan yang telah digunakan selepas tamat PdPC.
3.10 Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula pada hujung
tahun atau apabila bertukar sekolah. Jika hilang hendaklah diganti.
PERATURAN 4: PENCERAPAN PdP (PK04)
4.1 Pencapaian Objektif - Guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah/Menengah Negeri Johor dicerap
minimum dua (2) kali setahun dan guru-guru mencapai sekurang-kurangnya 80% prestasi pencapaian.
4.2 Memaklumkan kepada semua guru tentang pencerapan yang akan dijalankan minimum dua kali setahun.
Perbincangan awal sebelum pencerapan perlu dilakukan.
4.3 Memaklumkan kepada pencerap tentang penggunaan Borang Pencerapan.
4.4 Menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas pencerapan di antara Guru Besar / Pengetua
dan Guru-guru Penolong Kanan.
4.5 Menjalankan proses pencerapan dan mengisi borang PK04/3 jika perlu (markah kurang 80%)
4.6 Membincangkan kekuatan dan kelemahan P dan P dengan guru yang dicerap.
4.7 Analisa instrumen pencerapan guru dibuat 2 kali setahun dan dibentangkan rumusannya untuk tindakan
susulan / penambahbaikan.
4.8 Memfailkan dokumen dan rekod pencerapan.
PERATURAN 5: PENGURUSAN PEPERIKSAAN (PK05)
5.1 Pencapaian Objektif - Penyediaan soalan dan pengurusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Percubaan
dan Peperiksaan Akhir Tahun dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan
dalam Takwim Sekolah.
5.2 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan pada awal tahun bagi merancang penilaian dan
peperiksaan.
5.3 Menyedia dan mengedarkan takwim peperiksaan (surat edaran kepada murid).
5.4 Penyerahan / penerimaan / penyemakan / pengesahan kertas soalan dilakukan di bilik operasi peperiksaan.
5.5 Mengagihkan kertas soalan mengikut bilangan murid bagi kelas berkaitan dan menyimpan di tempat selamat.
5.6 Menyediakan jadual pengawasan peperiksaan yang disahkan oleh Pengetua / GPK. Jadual pengawasan
boleh juga berdasarkan jadual waktu pdp guru dan kelas.
5.7. Pengawas peperiksaan mengambil kertas soalan dan mengedarkan kepada murid mengikut jadual
peperiksaan.
5.8. Kumpul kertas jawapan murid dan serahkan kepada SUPD / SUP.
5.9 Menyerahkan skrip jawapan murid kepada guru mata pelajaran setelah peperiksaan selesai untuk diperiksa.
5.10 Membuat analisis prestasi pencapaian murid mengikut mata pelajaran.
5.11 Merekod markah dan analisis ke dalam Buku / Kad / Slip Pelaporan Murid dan menyerahkan kepada
Pengetua / GPK untuk ditandatangani.
5.12 Menyerahkan Buku / Kad / Slip Pelaporan murid kepada ibu bapa/penjaga untuk disemak dan ditandangani
serta dikembalikan untuk disimpan.
42
5.13 Mengadakan mesyuarat post mortem peperiksaan yang telah dilaksanakan.
5.14 Merancang / melaksanakan pengayaan / pemulihan berdasarkan dapatan
5.15 Slip Laporan Kemajuan prestasi murid (Pentaksiran Sekolah, Psikometrik, PAJSK dan Pentaksiran
Pusat) hendaklah dipenuhi tiap-tiap kali ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun sebagai
ukuran penilaian yang tepat, hasil dari penilaian/peperiksaan yang diberi.
5.16 Satu salinan slip laporan hendaklah difailkan dan diserahkan kepada Pengetua untuk ditandatangani
dan disimpan di pejabat sekolah dan sesalinan lagi diserahkan kepada ibu bapa.
PERATURAN 6 :PENGURUSAN PENYEMAKAN HASIL KERJA MURID (PK06)
6.1 Pencapaian Objektif -
6.1.1 100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh
panitia masing-masing.
6.1.2 Pihak pentadbir memantau semakan hasil kerja murid minimum satu (2) kali setahun.
6.2 Memaklumkan kepada semua guru tentang semakan hasil kerja murid.
6.3 Hasil kerja murid yang betul ditanda √ dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai
menggunakan pen berdakwat merah.
6.4 Memberi ulasan yang membina terhadap hasil kerja murid.
6.5 Guru berusaha memastikan murid membuat pembetulan bagi latihan bertulis yang salah mengikut
keperluan mata pelajaran.
6.6 Menyediakan jadual pemantauan hasil kerja murid yang disahkan oleh Pengetua / GPK diedarkan
kepada semua guru.
6.7 Mengumpul dan menyerahkan semua buku latihan murid dan melengkapkan borang untuk dipantau oleh
pentadbir mengikut jadual yang ditetapkan.
6.8 Pentadbir mengesahkan penerimaan semua buku latihan murid dan memilih sekurang-kurangnya 5 buah
buku latihan murid setiap kelas secara rawak untuk pemantauan terperinci.
6.9 Pengesahan pemantauan oleh pentadbir sekolah dan pemulangan buku latihan murid dalam tempoh
empat belas ( 14 ) hari bekerja mengikut jadual yang disediakan.
6.10 Membuat analisa dapatan semakan dan membentangkan rumusannya untuk tindakan susulan /
Penambahbaikan.
6.11 Memfailkan dokumen dan rekod semakan hasil kerja murid.
PERATURAN 7 :PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN (PK08)
7.1 Pencapaian Objektif -
a) Mengambil tindakan terhadap semua aduan kurikulum dan maklum balas pelanggan yang diterima dan
direkodkan.
b) Borang maklum balas pelanggan diedarkan kepada murid.
7.2 Menerima aduan pelanggan secara lisan dan bertulis seperti bersemuka / telefon / Borang Aduan
Pelanggan, merekod dan menyerahkan kepada Guru Penyelaras Aduan atau dimasukkan ke dalam peti
cadangan.
7.3 Pengetua / Guru Besar atau GPK Pentadbiran mengarahkan Urusetia Aduan untuk membuat siasatan (surat
arahan).
7.4 Memaklumkan kepada pelanggan / pengadu bahawa aduan telah diterima dan tindakan sedang / sudah
diambil dalam masa 1 hari bekerja ( Jika pengadu dapat dihubungi).
7.5 Urusetia Aduan membuat laporan dalam tempoh 3 hari bekerja dan menyerahkan kepada Pengetua atau
GPK Pentadbiran.
7.6 Mengambil tindakan terhadap laporan aduan dan memaklumkan kepada pihak pengadu dalam tempoh 7 hari
bekerja daripada aduan diterima (jika perlu).
7.7 Mengedarkan Instrumen Penilaian P dan P Guru kepada pelajar secara rawak (sekurang-kurangnya 10
orang murid bagi setiap guru).
43
7.8 Menerangkan dan melaksanakan proses penilaian.
7.9 Mengumpul, menganalisis data dan membentangkan dapatan di dalam mesyuarat pengurusan untuk
tindakan susulan dan penambahbaikan.
PERATURAN 8 :PENGURUSAN PUSAT SUMBER (PK09)
8.1 Pencapaian Objektif -
100% murid membuat pinjaman buku di Pusat Sumber di sekolah, minimum 10 buah buku setiap murid
dalam setahun persekolahan.
8.2 Menyediakan Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Buku di Pusat Sumber.
8.3 Menyediakan kad pinjaman / kad pintar untuk diedarkan kepada murid.
8.4 Menyemak status peminjam daripada perisian sistem automasi atau rekod pinjaman
8.5 Merekod butiran pinjaman.
8.6 Mencatat tarikh pinjaman / pemulangan buku pada slip pinjaman di buku yang dipinjam
8.7 Menghantar surat peringatan kepada peminjam yang tidak memulangkan buku seminggu selepas tarikh
yang ditetapkan atau memaparkan nama peminjam terlibat di papan kenyataan untuk, tempoh seminggu
atau pengawas PS akan mengesan peminjam di sekolah dan mereka mesti memulangkan buku pinjaman
dalam masa seminggu. Selepas tarikh tersebut surat peringatan akan dikeluarkan.
8.8 Mengambil tindakan terhadap peminjam yang melanggar peraturan peminjaman.
8.9 Membuat analisis jumlah murid yang membuat pinjaman buku di Pusat Sumber Sekolah setiap bulan dan
dibentangkan dalam mesyuarat.
8.10 Membugarkan Program NILAM sebagai langkah menggalakkan murid membaca buku.
44
PERATURAN
HEM
SMK BANDAR T6
45
PERATURAN 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua murid.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan
keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih
sayang.
1.4 Semua guru bertanggungjawab menjalankan arahan- arahan keselamatan yang bersesuaian
dan relevan dari masa ke semasa sebagai langkah menjaga keselamatan murid pada setiap
masa.
PERATURAN 2 : PENDAFTARAN MURID
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod Daftar Agung Sekolah dan
sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.3 Setiap murid akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan keperluan akademik.
2.4 Takwim pendaftaran murid.
2.4.1 Pengesahan penempatan ke Tingkatan 1 tahun berikutnya bermula
bulan Disember.
2.4.2 Penempatan murid ke Tingkatan 2 hingga 5 tahun berikutnya bermula
Februari.
2.4.3 Pendaftaran ke kelas oleh ibu bapa untuk semua kelas pada
pertengahan Januari
2.4.4 Maklumat murid Tingkatan 1 di buku APDM akan dijalankan pada
minggu pertama dan kedua bulan Januari diikuti pendaftaran murid
baru lain- lain tingkatan pada minggu ketiga Januari
2.4.5 Maklumat APDM perlu dikemaskini sebelum penghujung bulan Mac.
pada bulan April, senarai murid mengikut tingkatan akan dibuat.
2.4.6 Kerja kemaskini APDM kali kedua akan dijalankan oleh guru tingkatan
Sebelum berakhir bulan September. Maklumat murid bermula 1
Oktober akan diguna pakai bagi kegunaan bantuan murid untuk tahun
berikutnya.
2.5 Pembahagian kelas dijalankan atas arahan pentadbiran.
2.5.1 Tiada dasar “Streaming “ bagi semua tingkatan.
2.5.2 Perubahan murid ke kelas yang lain dijalankan atas sebab
a) Perbezaan jumlah murid di dalam kelas.
b) Memudahkan kelompok jadual bagi kelas Pendidikan Moral.
c) Keperluan khas murid atas permohonan ibubapa yang diluluskan oleh
pengetua.
d) Perubahan pakej pembelajaran yang diluluskan oleh pentadbiran.
e) Penempatan murid tingkatan 1, 2 dan 3 dijalankan oleh penyelaras
tingkatan.
f) Penempatan atas pilihan pakej murid tingkatan 4 pada awal tahun
dijalankan oleh kaunselor.
46
2.6 Pendaftaran Murid bukan warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada arahan dari
Jabatan Pendidikan Negeri. Kebenaran untuk belajar perlu diperbaharui pada setiap tahun
dengan membayar Levi yang ditetapkan. Resit pembayaran Levi perlu dicatat ke dalam
APDM oleh guru tingkatan.
2.7 Kebiasaannya murid bukan warganegara mendaftar masuk kelas SEMINGGU LEWAT dari
pelajar warga negara DENGAN SYARAT membawa surat kelulusan dari PPD dan didaftar di
pejabat sekolah dan bukan di kaunter pendaftaran kelas pada awal tahun.
2.8 Status murid warganegara ditentukan dengan menyemak STATUS WARGANEGARA PADA
KAD PENGENALAN murid semasa hari pendaftaran.
PERATURAN 3 : PENGURUSAN KELAS
3.1 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan
(Januari).
b) Kehadiran akan diambil sewaktu perhimpunan pagi. Guru – guru tingkatan
perlu mengisi kehadiran murid dalam PEPATIH Mysekolah (APDM) sebelum
9.00 pagi.
(Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah).
c) Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah perlu
menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan
tindakan penambahbaikan.
d) Semua guru tingkatan akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam Sistem PEPATIH
Mysekolah (APDM) secara atas talian (online) sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari
persekolahan dan dipantau oleh GPK HEM.
e) E- Pelaporan APDM hendaklah ditutup tidak lewat dari 5 hari bulan tiap- tiap bulan
berikutnya.
3.2 Semua data atau surat berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.
3.3 Guru tingkatan akan mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran murid bagi makluman
kepada ibubapa sepertimana ketetapan kementerian.
3.4 Semua penyelaras tingkatan perlu memastikan setiap kelas di bawah pengawasannya telah
selesai merekod data kehadiran.
3.5 Sekiranya seseorang guru tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan perlu merekod data
kehadiran pada hari tersebut.
PERATURAN 4 : PENGURUSAN DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
4.1 Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
4.2 Dasar semua guru adalah guru disiplin bermaksud semua guru bertanggunjawab dalam
menjaga, mengawal ketenteraman dan kepatuhan kepada peraturan sekolah sama ada dalam
bentuk teguran, nasihat, amaran dan laporan.
47
4.3 Lembaga disiplin yang dibentuk perlu terdiri daripada Pengetua, Semua Penolong Kanan,
Guru Kanan Matapelajaran serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.
4.4 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Surat
amaran disiplin mengikut kategori kesalahan akan dikeluarkan oleh Unit Disiplin.
4.5 Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau
berulang melebihi 4 kali.
4.6 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin murid selaras dengan sistem SSDM versi baru.
4.7 Ibubapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau
menulis surat kepada pihak sekolah.
4.8 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng
sekolah. peraturan mengenai ketidakhadiran sekolah adalah adalah dan arahan pengeluaran
surat amaran sepertimana yang termaktub di buku kehadiran.
4.9 Sebarang tindakan sekolah ke atas murid seperti rotan, gantung atau buang adalah
sepertimana yang diperuntukan mengikut pekeliling.
4.10 Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD menerusi system e-PIDP mengikut
tatacara 1:3:7.
4.11 Tindakan secara fizikal oleh guru ke atas murid adalah dilarang dan sebarang corporal
punishment atau tindakan rotan adalah sepertimana arahan Pengetua.
PERATURAN 5 : KEBAJIKAN
5.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
5.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan yang bersesuaian kepada murid disekolah ini menerusi Permuafakatan
Ibubapa dan Komuniti (PIBK).
5.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga
maruah murid tersebut.
48