SJKT LADANG SHANGAI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN KERTAS CADANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS 2.0) SESI 2024/2025 ANJURAN: UNIT KURIKULUM DISEDIAKAN OLEH: GLORIA NAVAMALAR.M PENYELARAS TAHUN 1
KERTAS CADANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 SESI 2024/2025 GURU BESAR SJKT LADANG SHANGAI SEREMBAN TAJUK : PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS 2.0) 2.0 PENGENALAN Program Transisi Tahun Satu (PTTS 2.0) merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terdadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama. Kerangka konsep PTTS 2.0 adalah seperti berikut :
3.0 OBJEKTIF 3.1 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun 1. 3.2 Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka dalam pembelajaran seterusnya. 3.3 Memberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3.4 Membina hubungan antara murid, rakan sebaya dan guru. 3.5 Membantu murid mengurus diri sendiri. 3.6 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Murid Tahun 1 4.2 Guru Tahun 1 4.3 Pihak Sekolah 4.4 Ibu bapa 4.5 PIBG 5.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh 11 Mac 2024 – 5 April 2024 Tempoh 4 minggu Fasa Penyesuaian 11 Mac 2024 – 22 Mac 2024 Fasa Kesediaan 25 Mac 2024 – 5 April 2024 Masa 7.40 pagi – 12.40 tengah hari (Isnin - Khamis) 7.40 pagi – 12.10 tengah hari (Jumaat)
6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM Program Transisi Tahun Satu 2.0 mengandungi 2 fasa iaitu: 6.1 Fasa Penyesuaian i. Dilaksanakan selama dua minggu mengikut peruntukan sehari yang ditetapkan. ii. Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran perbualan awal dan rehat. iii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid (Lampiran 1). Pengisian Peruntukan Waktu Rutin Kelas 30 minit Perbualan Awal 30 minit Aktiviti Fizikal 30 minit Aktiviti Suai Kenal 120 minit Aktiviti Pembelajaran 60 minit Rehat 30 minit Jadual 1: Aktiviti Harian Fasa Penyesuaian 6.2 Fasa Kesediaan i. Dilaksanakan selama dua (2) minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. ii. Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item Senarai Semak Kesediaan Murid. iii. Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid. iv. Merujuk tema seperti dalam Kit ProgramTransisi Tahun Satu (PTTS 2.0), pemilihan tema adalah mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid. Aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru
Tema Subtema Diri Saya • Badan Saya • Keluarga Saya • Cita-cita Saya Dunia di Sekeliling Saya • Cuaca • Warna dan bentuk • Flora dan Fauna Hidup Bersama • Perayaan • Kemudahan Awam • Pekerjaan Kesihatan • Makanan • Katakan ‘Tidak’ • Kita Jaga Kita Sukan dan Permainan • Permainan Tradisional • Permainan Papan • Tokoh Sukan Jadual 2: Contoh Tema 6.3 Jadual Program Transisi Tahun Satu 2.0 selama 4 minggu adalah seperti di dalam Lampiran 2. 7.0 JAWATANKUASA KERJA 7.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : En.Gunasekaran (Guru Besar) Pengerusi : Datin S.Arthizetchumy (GK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Pn.B.Sumaly (GK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 : Pn.M.Shuba (GK Kokurikulum) Penyelaras : Pn. M.Gloria (Guru Kelas Tahun 1)
AJK : Guru Bimbingan & Kaunseling Semua guru mata pelajaran Tahun 1 7.2 Jawatankuasa Pelaksana 8.0 PELAN TINDAKAN BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN 1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Program Transisi Februari 2024 Pentadbir & Penyelaras PTTS 2. Menyediakan Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 28 Februari 2024 – 1 Mac 2024 Penyelaras PTTS 3. Proses Penyediaan Fizikal Kelas Tahun 1 6 Mac 2024 Guru Kelas Tahun 1 & KBK 4. Mesyuarat Program Transisi Tahun 1 7 Mac 2024 Semua Guru 5. Penyediaan Jadual Program Transisi Tahun 1 7 Mac – 10 Mac 2024 Penyelaras PTTS 6. Pendaftaran Tahun 1 Taklimat Tahun 1 8 Mac 2024 Guru Kelas Tahun 1 7. Program Transisi Tahun 1 11 Mac 2024 – 5 April 2024 Semua Guru Mata Pelajaran Tahun 1 8. Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 & Penyerahan Buku Teks 5 April 2024 Semua Guru 9. Laporan Program Transisi Tahun 1 5 April 2024 Penyelaras PTTS
9.0 ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu) Tiada 10.0 PENUTUP Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan. Disediakan oleh : Disahkan oleh : …………………………. ………………………………… (PN.GLORIA NAVAMALAR.M)
SKB.TR.700-2/1/3(01) KERTAS CADANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS 2.0) KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Cadangan Program Transisi Tahun Satu (PTTS 2.0) atau Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Transisi Tahun Satu (PTTS 2.0) Ulasan: .............................................................................................................. .............................................................................................................. .............................................................................................................. ….............................................. (EN.P.GUNASEKARAN) Guru Besar SJKT LADANG SHANGAI SEREMBAN
Lampiran 1 SJKT LADANG SHANGAI SEREMBAN SENARAI SEMAK KESEDIAAN MURID PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 NAMA MURID : __________________________________________ Tandakan (✔) jika murid menguasai. A - PENYESUAIAN DIRI i. Dapat menunjukkan minat datang ke sekolah ii. Dapat mengurus diri sendiri iii. Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah iv. Dapat mematuhi peraturan kelas v. Dapat berinteraksi dengan guru vi. Dapat berinteraksi dengan rakan vii. Dapat melaksanakan tugasan secara berdikari viii. Dapat menjaga kebersihan diri B - SIKAP DALAM PEMBELAJARAN i. Dapat menunjukkan minat dalam pembelajaran ii. Dapat menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan
iii. Dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. iv. Dapat memberi perhatian yang baik C - PERKEMBANGAN KOGNITIF i. Dapat memegang pensel dengan cara yang betul ii. Dapat mengenal dan menyebut huruf iii. Dapat menulis huruf iv. Dapat membaca perkataan v. Dapat membaca frasa vi. Dapat membaca ayat mudah vii. Dapat mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 20 viii. Dapat menulis nombor ix. Dapat memadankan angka dengan nama nombor x. Dapat menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 18 xi. Dapat mengecam, membeza dan mengelas seperti warna, bentuk dan objek
Lampiran 2 JADUAL PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 FASA PENYESUAIAN MINGGU PERTAMA (11 MAC – 15 MAC 2024) 11 MAC 2024 (ISNIN) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Perhimpunan Pagi Nyanyian lagu “Negaraku”, lagu “Negeri Perak” dan lagu sekolah. Bacaan doa Ikrar murid dan ikrar Rukun Negara Ucapan guru bertugas Ucapan Guru Besar • Agihan tanda nama murid • Murid bergerak ke kelas Tahun 1 Guru Kelas Semua Guru 8.15-8.45 pagi Perbualan Awal • Ucapan selamat • Mengambil kedatangan • Membersihkan kelas • Guru memperkenalkan diri • Murid memperkenalkan diri • Guru menanyakan perasaan hari pertama masuk ke sekolah. • Murid menyanyi dan membuat gerakan mengikut lagu “Kalau Rasa Gembira”. • Aktiviti “Jom Baca”. Guru MP Aktiviti Suai Kenal Mengenali (kantin)
8.45-9.45 pagi • Tatacara ke kantin Murid beratur. Murid bergerak ke kantin. Murid diperkenalkan dengan pekerja-pekerja kantin. Murid diajar cara pembelian makanan. Murid diajar adab makan dan adab semasa di kantin. Murid diajar mengenai peraturan kantin antaranya : 1. Beratur semasa mengambil atau membeli makanan. 2. Jujur semasa pembelian. 3. Makan dan minum tanpa tumpah. 4. Tidak bercakap dan bergelak tawa semasa makan. 5. Tidak membazir makanan. 6. Meletakkan pinggan dan cawan ke dalam bekas yang disediakan. 7. Membersihkan meja makan selepas menggunakannya. 8. Membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah. 9. Lembaran Kerja tentang penggunaan Kantin Guru MP 9.15-9.45 pagi Rehat • Murid mengenal pasti laluan tempat cuci tangan • Murid dibimbing adab makan Membaca doa sebelum dan selepas makan Guru MP 10.05-11.05 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu ”Chicken Dance” • Murid menyanyi sambil buat gerakan • Permainan ”Siapa Kena Dia Jadi” dalam kumpulan kecil. Guru MP
11.05-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal • Sesi perkenalan antara murid-murid dengan barisan pentadbir serta semua guru. • Lawatan ke pejabat dan bilik guru Murid mengenal guru-guru dan mengenal pasti kedudukan meja guru di pejabat dan bilik guru. Guru MP 11.35-12.55 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Perkembangan Kognitif • Pergerakan motor kasar di udara • Melukis di udara garisan lurus, lingkar, menegak, beralun, melintang, zig zag. • Murid diberikan lembaran kerja ikan dan murid perlu melukis sama ada garisan lurus, lingkar, menegak, beralun, melintang, zig zag pada badan ikan. (memegang pensel dengan cara yang betul). • Melukis atas tepung Guru MP 12.55-1.05 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
12 MAC 2024 (SELASA) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas Guru MP 8.15-8.45 pagi Perbualan Awal • Guru meminta beberapa orang murid berdiri dan bercerita mengenai dirinya. Nama Warna kegemaran Negeri dan tarikh kelahiran Makanan/Minuman kegemaran Rancangan televisyen kegemaran • Aktiviti “Jom Baca”. Guru MP 8.45-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Tatacara ke tandas Adab meminta izin ke tandas Peraturan menggunakan tandas Adab masuk dan keluar dari tandas Sesi lawatan ke kedai buku dan tandas Lembaran kerja (penggunaan tandas) Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin. Guru Bertugas 10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “Anggota badan”. • Murid menyanyi sambil buat gerakan lagu. Guru MP
• Murid beriadah di dalam kelas. 10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal • Permainan ”Kapal Terbang Saya”. Setiap murid diberikan sehelai kertas dan diminta menulis nama di dalamnya. Murid diajar menghasilkan origami kapal terbang menggunakan kertas tersebut. Murid meluncurkan kapal terbang ke udara. Murid lain mengutip kapal terbang tersebut dan membukanya. Murid diminta untuk mencari rakan berdasarkan nama yang tertera pada kapal terbang tersebut. Guru MP 11.35-12.55 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Literasi • Murid diberikan modelling clay. • Guru membentuk huruf dan murid menyebut huruf tersebut. • Murid digalakkan membentuk huruf sendiri dan meminta rakan di sebelah menyebutnya. (dapat mengenal dan menyebut huruf) • Murid diberikan lembaran menyurih huruf. Guru MP 12.55-1.05 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
13 MAC 2024 (RABU) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas Guru MP 8.15-9.15 pagi Perbualan Awal • Guru meminta setiap murid menceritakan mengenai keluarga masing-masing. Nama semua ahli keluarga Bilangan ahli keluarga Umur setiap ahli keluarga Pekerjaan ibu dan bapa Lokasi tempat tinggal Panggilan murid di rumah • Aktiviti “Jom Baca”. ( Buku Cerita) Guru MP 9.15-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Lawatan ke Dewan Besar Murid beratur di luar kelas. Murid dibawa ke dewan. Murid mengenal pasti tempat mengambil tempat untuk murid lelaki dan perempuan. Murid memahami peraturan tatatertib menggunakan dewan besar. Murid diajar mengenai adab-adab ketika berada di dalam dewan semasa sembayang Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin. Guru Bertugas 10.05-10.35 Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “Lompat Si Katak Guru MP
pagi Lompat”. • Murid menyanyi sambil buat gerakan lagu. • Permainan “Tiru Gaya Saya”. 10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal • Kita Serupa Murid berdiri di tempat masing-masing. Guru memberi arahan, “Siapa yang pernah ke zoo, bergerak ke meja belakang”. Minta semua murid menceritakan pengalaman mereka melawat zoo. (Ulang aktiviti dengan pertanyaan berbeza seperti, -“Siapa yang membela kucing di rumah sila berdiri”. Minta murid bercerita mengenai kucing masing-masing. -“Siapa yang pernah ke pantai, sila angkat tangan”. Minta murid bercerita mengenai keindahan pantai dan apa yang mereka nikmati semasa berada di sana. Guru MP 11.35-12.35 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Literasi Awal • Nyanyian lagu huruf. • Doh huruf • Murid membuat doh. • Murid membentuk doh menjadi huruf/perkataan. Guru MP 12.35 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
14 MAC 2024 (KHAMIS) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas Guru MP 8.15-8.45 pagi Perbualan Awal • Murid menyanyikan lagu ‘minni minni poonai’ • https://www.youtube.com/watch?v=i9dxHHf-4lo • Guru menceritakan tentang haiwan kesukaan dan pelbagai spesis haiwan yang ada. • Aktiviti “Jom Baca” ( Buku Cerita) Guru MP 8.45-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Permainan Teka Nama Haiwan Seorang murid dipilih ke hadapan. Guru akan membisikkan nama haiwan yang perlu digayakan. Murid perlu menggayakan haiwan tersebut tanpa menyebut nama haiwan tersebut. Murid yang lain akan cuba meneka sehingga betul Lembaran kerja (mewarnakan haiwan peliharan) Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin. Guru Bertugas
10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “The Wheels On The Bus” https://youtu.be/e_04ZrNroTo Guru MP • Murid menyanyikan sambil membuat gerakan • Murid beriadah di dalam kelas • Permainan ‘Tiru Gaya Saya’ https://youtu.be/62LINrI_fmQ 10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal • Lawatan ke Perpustakaan Sekolah Murid beratur di luar kelas Murid dibawa ke Perpustakaan Sekolah Murid berkenalan dengan GPM Murid mendengar taklimat ringkas mengenai peraturan pusat sumber Murid diterangkan cara untuk meminjam dan memulangkan buku di kaunter sirkulasi Jom baca di Perpustakaan. Guru MP 11.35-12.35 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Literasi Awal • Label Peralatan Kelas Murid berbincang peralatan dalam kelas yang hendak dilabelkan. Murid menghasilkan label peralatan dan melekatkan pada peralatan tersebut. Beberapa murid dipilih untuk menyebut perkataan yang dilabel di hadapan kelas. - Penyapu / Bakul sampah / Rak buku Guru MP
12.35 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang dan meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap dan beratur ucap selamat kepada guru Guru MP 15 MAC 2024 (JUMAAT) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas • Masuk ke dewan ( Kelas Moral) Guru MP 8.15-9.15 pagi Perbualan Awal • Guru menceritakan tentang warna • Guru melekatkan kad warna • Murid menulis nama warna yang dilekatkan. • Aktiviti ‘Jom Mewarna’ Guru MP 9.15-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Murid diberikan lirik lagu “Negaraku, lagu “Negeri Sembilan” dan lagu sekolah. • Murid diajar menyanyikan lagu “Negaraku, lagu “Negeri Sembilan” dan lagu sekolah. Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin Guru Bertugas
10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “Indahnya Pelangi” https://youtu.be/5OptCoq-jWQ • Murid menyanyi sambil buat gerakan lagu. • Murid beriadah di dalam kelas • Permainan “Simon Says” https://youtu.be/aYXfUGz5-kg Guru MP 10.35-11.35 pagi Aktiviti Pembelajaran Literasi Awal • Murid diberikan kad huruf besar dan huruf kecil. • Murid diajar mengenal huruf besar dan kecil. • Aktiviti Telur Pecah Aktiviti dilaksanakan secara individu. Murid memadankan huruf besar dan huruf kecil. Guru MP 11.35-12.05 tengah hari Aktiviti Suai Kenal • Lawatan ke stor sukan Murid beratur di luar kelas Murid dibawa ke stor sukan Murid mengenal alatan permainan Murid diberi penerangan mengenai peraturan di stor sukan Guru MP
12.05 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
FASA PENYESUAIAN MINGGU KEDUA (18 MAC – 22 MAC 2024) 18 MAC 2024 (ISNIN) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Perhimpunan Pagi Nyanyian lagu “Negaraku”, lagu “Negeri Sembilan” dan lagu sekolah. Bacaan doa Ikrar murid dan ikrar Rukun Negara Ucapan guru bertugas • Murid bergerak ke kelas Tahun 1. Guru MP 8.15-8.45 pagi Perbualan Awal • Guru menceritakan tentang “Rumah Saya”. Sebut jenis rumah Warna rumah Apa yang ada di dalam rumah? Di manakah murid tinggal? • Aktiviti “Jom Baca”. ( Buku Cerita ) Guru MP 8.45-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Permainan Dragon Ball Murid diminta memberikan bola kepada kawan di sebelah sehinggalah lagu terhenti. Apabila lagu terhenti, murid perlu menjawab soalan. Contoh Soalan: - Apakah cita-cita kamu? Guru MP
- Apakah hobi kamu? - Di manakah kawan kamu tinggal? - Siapakah nama guru kelas kamu? 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin Guru Bertugas 10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “ A Ram Sam Sam”. • Murid menyanyikan lagu tersebut sambil membuat gerakan. • Murid beriadah dalam kelas. Guru MP 10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke semua kelas (prasekolah, Tahun 1-6) • Berbincang keadaan fizikal kelas • Mengenali guru kelas setiap kelas • Menggambarkan “Kelas Idamanku • Lembaran Kerja ‘Kelas Saya’ Guru MP 11.05-12.55 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Sains • Lukisan robot • Murid diberikan lembaran mengandungi bentuk • Murid perlu melukis robot menggunakan bentuk yang diberi. • Murid mewarnakan bentuk mengikut warna yang dinyatakan. (Mengecam,membeza dan mengelas warna dan bentuk) • Lembaran bayang-bayang Murid mengelas objek mengikut bayang – bayang. (Mengecam, membeza dan mengelas objek) Guru MP
• Mereka bentuk menggunakkan pelbagai benda dengan menggunakkan ‘blocks’ 12.55-1.05 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
19 MAC 2024 (SELASA) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas Guru MP 8.15-8.45 pagi Perbualan Awal • Murid diminta untuk bercerita mengenai kartun kegemaran masing-masing. • Jigsaw Puzzle Murid bermain dalam kumpulan. Murid menyusun jigsaw puzzle sehingga tamat. Murid perlu nyatakan kartun apa yang mereka nampak setelah menyelesaikan jigsaw puzzle. • Aktiviti “Jom Baca” Guru MP 8.45-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal Mari Menyusun • Murid secara bergilir-gilir menyusun rakan mengikut turutan ketinggian. • Aktiviti boleh diubah suai seperti menyusun kasut (kecil-besar), menyusun pensel warna (panjang-pendek) dan menyusun beg sekolah (besar-kecil ) Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin Guru Bertugas
10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “Senam Pagi” oleh Didi & Friends. https://rb.gy/1my4v9 • Murid menyanyi sambil membuat gerakan. • Murid beriadah di dalam kelas. Guru MP 10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke bilik sains • Murid beratur di luar kelas. • Murid dibawa ke bilik sains. • Murid diterangkan mengenai peraturan bilik sains. • Lembaran Kerja ‘ Science Room Rules’ Guru MP 11.35-12.55 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Mengenal Nombor • Murid menyanyikan lagu ‘Bilang Jariku’ https://youtu.be/gZfR5q82BkA • Murid menyebut nombor 1 hingga 20 mengikut urutan yang betul. • Murid mengecam nombor secara rawak. • Murid memadankan angka dengan nombor di papan tulis • Murid menyambung titik mengikut urutan nombor yang betul pada lembaran. • Menulis nombor dalam Bahasa Inggeris Guru MP 12.55-1.05 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang dan kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
20 MAC 2024 (RABU) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas Guru MP 8.15-8.45 pagi Perbualan Awal • Murid diperdengarkan lagu sekolah. • Murid menyanyikan lagu sekolah. • Aktiviti “Jom Baca”. Guru MP 8.45-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Murid menyanyikan lagu sayang ibu bapa https://youtu.be/onLZHDXvvtA • Murid bercerita tentang keluarga masingmasing. • Murid diminta menyatakan bagaimana cara membalas jasa ibu bapa. • Lembaran Kerja ‘Family Tree’ Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin Guru MP 10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Senaman ringan. • Permainan “Datuk Harimau” Guru MP
10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke bilik sains • Murid beratur di luar kelas • Murid dibawa ke bilik sains • Murid diberi penerangan mengenai peraturan bilik sains • Murid mengenal alatan tertentu di bilik sains • Lembaran Kerja ‘ introduction to science apparatus’ Guru MP 11.35-12.35 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Numerasi Awal Hitung jumlah • Guru membawa murid ke persekitaran sekolah. • Murid diminta untuk membuat eksplorasi: 1. Kira kereta berwarna putih. 2. Berapa buah motosikal diparkir di bawah pokok? 3. Berapa orang jaga sekolah? 4. Berapa batang tiang di hadapan kelas? 5. Lembaran Kerja ‘ hitung’ ( menggunakan gambar) Guru MP 12.35 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
21 MAC 2024 (KHAMIS) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.15 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas Guru MP 8.15-9.15 pagi Perbualan Awal • Murid menyanyikan lagu “Bunga Matahari” dari Cerita Upin Ipin atau lagu tamil/English • Guru menceritakan tentang bunga yang ada. • Guru meminta murid menyebutkan namanama bunga yang mereka tahu. • Aktiviti “Jom Baca”. Guru MP 9.15-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Keceriaan Kelas • Penerangan cara-cara menjaga kebersihan kelas. • Penerangan tentang jadual tugasan kelas. • Tunjuk cara membersihkan papan putih, penggunaan penyapu dan pengaut sampah. Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin Guru Bertugas 10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu, “Head, Shoulders, Knees and Toes”. Guru MP • Murid menyanyi sambil buat gerakan lagu. • Murid beriadah di dalam kelas
10.35-11.35 pagi Aktiviti Suai Kenal • Murid diperdengarkan dengan lafaz Rukun Negara. • Murid menyatakan 5 Rukun Negara • Murid diminta menyatakan maksud yang diketahui tentang rukun negara • Murid menyurih huruf dalam rukun negara Guru MP 11.35-12.35 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Literasi • Murid dilatih menyebut bunyi vokal. • Murid menyatakan objek atau benda yang bermula dengan vokal. • Murid menyanyikan lagu vokal. https://youtu.be/ETgCjMV1ND4 • Murid mewarnakan huruf vokal dalam gambar. Guru MP 12.35 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
22 MAC 2024 (JUMAAT) MASA PERKARA TINDAKAN 7.45-8.45 pagi Rutin Kelas • Ucap selamat • Bacaan doa • Tertib tempat duduk • Mengambil kedatangan • Membersih dan mengemas kelas • Masuk ke Dewan Besar ( Kelas Moral ) Guru MP 8.45-9.15 pagi Perbualan Awal • Murid diperdengarkan lagu Negaraku. • Murid menyanyikan lagu Negaraku dengan tertib. • Murid mendengar penerangan guru mengenai warna bendera Malaysia. • Aktiviti “Jom Baca”. Guru MP 9.15-9.45 pagi Aktiviti Suai Kenal • Murid diberikan gambar buah. • Murid diminta menyatakan perihal buah tersebut. • Setiap murid diberikan kertas A4 dan diminta untuk melukis gambar buah kegemaran mereka serta mewarnakannya. Guru MP 9.45-10.05 pagi Rehat • Murid beratur dan bergerak ke Kantin Guru MP 10.05-10.35 pagi Aktiviti Fizikal • Murid diperdengarkan lagu “Baby Shark Dance”. https://rb.gy/2gh3hj • Murid membuat gerakan berdasarkan lagu Guru MP
tersebut. • Murid beriadah di dalam kelas. 10.35-11.05 pagi Aktiviti Suai Kenal Lawatan ke koperasi sekolah. • Murid beratur di luar kelas. • Murid dibawa ke koperasi sekolah. • Murid diajar mengenai cara-cara untuk membuat pembelian alat tulis di koperasi sekolah. Guru MP 11.05-12.05 tengah hari Aktiviti Pembelajaran Perkembangan Kognitif Numerasi Awal • Meneroka nombor 1-10. • Murid diberi lembaran kerja. • Murid menampal pelekat pada lembaran kerja mengikut nombor yang tertera. Guru MP • Contoh : 5 12.05 tengah hari Pulang • Membersihkan kelas • Menyanyi, galakkan murid datang esok • Tatacara pulang kemas barang kemas meja kerusi ditolak ke bawah meja tutup tingkap beratur ucap selamat kepada guru Guru MP
FASA KESEDIAAN MINGGU KETIGA (25 MAC – 29 MAC 2024) Guru-guru subjek akan menyediakan lembaran kerja mengikut tema, subtema dan objektif yang sesuai. TARIKH & HARI TEMA & SUBTEMA PERKARA SUBJEK 25 MAC (ISNIN) DIRI SAYA Badan Saya • • • Mengira jari (operasi tambah dan tolak). Menimbang berat badan kawan. Mengukur ketinggian kawan. BI • • • Mengenali bahagian anggota badan. Menentukan bahagian anggota badan dengan betul. Mewarnakan anggota badan. BM • Melabel bahagian anggota badan dengan betul. • • Menamakan bahagian anggota badan. Menyanyikan lagu anggota badan. BT 26 MAC (SELASA) DIRI SAYA Keluarga Saya • • Soal jawab dengan murid tentang ahli keluarga. Mewarnakan gambar beriadah dengan ahli keluarga. BI • • Mengenali setiap ahli keluarga. Melabel gambar ahli keluarga dengan perkataan yang sesuai. BT • Menyebut adab dengan keluarga. MM • Menentukan perbuatan beradab dan tidak beradab dalam keluarga. DIRI SAYA • • Soal jawab dengan murid tentang cita-cita. Menyanyikan lagu Cita-Citaku versi Upin Ipin. https://rb.gy/ihmekv BM • Menyebut dan menulis perkataan
Cita-Cita Saya • berdasarkan gambar. Membuat ayat pendek mengenai cita-cita dalam Bahasa Inggeris. BM 27 MAC (RABU) DUNIA DI SEKELILING SAYA Cuaca • • • Mengenal jenis-jenis cuaca. Menentukan gambar dengan cuaca yang betul. Memadankan cuaca dengan aktiviti yang sesuai. PJ • • Bersoal jawab dengan murid mengenai cuaca semasa. Menyanyikan lagu bertema cuaca https://rb.gy/3wbgj6 SC • • Menulis perkataan jenis-jenis cuaca di dalam tamil/Eng Menentukan gambar dengan perkataan yang sesuai. MM • Murid bercerita tentang cuaca di Malaysia. • Murid membaca perkataan mengenai jenis- • jenis cuaca di dalam Bahasa Inggeris. Murid menyalin perkataan dan mewarnakan gambar. BT • Melihat tayangan mengenai jenis-jenis cuaca • https://rb.gy/p9pk6h Melukis gambaran cuaca semasa. BT 28 MAC (KHAMIS) DUNIA DI SEKELILING SAYA Bentuk • • • Bersoal jawab dengan murid mengenai bentuk. Mengenali bentuk-bentuk yang ada di sekeliling. Menulis perkataan dengan betul. PK • Melihat tayangan mengenai bentuk asas https://rb.gy/5f2yjm BI • Menyurih bentuk-bentuk asas
DUNIA DI SEKELILING SAYA Warna • • Mengenal warna. Mewarnakan gambar mengikut bilangan yang ditentukan. PSV • PBL (Project Based Learning) Menghasilkan pelangi cantik. BM 29 MAC (JUMAAT) DUNIA DI SEKELILING SAYA Flora dan Fauna • • • Menulis nama-nama haiwan. Melengkapkan suku kata bahagian pokok. Menamakan haiwan & bahagian tubuh haiwan. PM • • • Menyebut nama-nama haiwan di dalam Bahasa Inggeris. Mengelaskan haiwan kepada haiwan jinak dan haiwan liar. Memadankan ayat mudah dengan gambar haiwan yang sesuai. MM • Menulis nama-nama haiwan dalam Bahasa Inggeris • PBL (Project Based Learning) Menghasilkan gajah MZ • PBL (Project Based Learning) Menghasilkan kolaj pokok gergasi dan melabelnya. BM
FASA KESEDIAAN MINGGU KEEMPAT (1 APRIL – 5 APRIL 2024) Guru-guru subjek akan menyediakan lembaran kerja mengikut tema, subtema dan objektif yang sesuai. TARIKH & HARI TEMA & SUBTEMA PERKARA SUBJEK 1 APRIL (ISNIN) HIDUP BERSAMA Pekerjaan Saya • • Soal jawab dengan murid mengenai pekerjaan. PBL (Project Based Learning) Menghasilkan topi kerjaya BI • • • Mengenali jenis-jenis pekerjaan. Bercerita dan berinteraksi dengan yakin. Membaca dan menyalin perkataan dengan betul. BM • Melabel pekerjaan berdasarkan gambar. • Membaca dan menyalin ayat mudah dengan betul. BT 2 APRIL (SELASA) HIDUP BERSAMA Perayaan • • Soal jawab dengan murid tentang perayaan di Malaysia. Mengenali jenis-jenis kaum di Malaysia dan perayaan mereka. BI • • • Tayangan video mengenai perayaan di Malaysia. PBL (Project Based Learning) Membuat Kad Raya Menulis ucapan di dalam kad raya BI • Menyebut adab semasa hari raya. • Mewarnakan sampul raya. MM HIDUP • Soal jawab dengan murid tentang kemudahan awam. MM
BERSAMA Kemudahan Awam • Berbincang mengenai cara dan tanggungjawab menjaga kemudahan awam. BM • Menyebut perkataan berkaitan kemudahan awam di dalam Bahasa Inggeris. • PBL (Project Based Learning) Menghasilkan kolaj bas sekolah BM 3 APRIL (RABU) KESIHATAN Makanan • • Soal jawab mengenai makanan di Malaysia dan makanan kegemaran murid. Menentukan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. PJ • • Menyanyikan lagu Ais Kacang PBL (Project Based Learning) Persembahan di hadapan kelas. SC • Menulis adab makan dan minum di dalam tamil • Menentukan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat PM KESIHATAN Katakan Tidak • • Bersoal jawab mengenai bahaya rokok. Menyatakan cara menjaga kesihatan. MM • Mewarnakan poster. BT 4 APRIL (KHAMIS) KESIHATAN Kita Jaga Kita • • Bersoal jawab tentang menjaga kebersihan diri. Menyalin perkataan bertema kesihatan. PK/PJ • • • Melihat tayangan mengenai cara-cara mencuci tangan. Simulasi mencuci tangan dengan betul. Melengkapkan peta simptom Covid-19. PS SUKAN DAN PERMAINAN Permainan • • • Guru bersoal jawab dengan murid tentang pelbagai jenis permainan tradisional. Murid mengenal pasti permainan tradisional yang disukai. Murid dibimbing untuk bermain batu BI Tradisional seremban.
• PBL (Project Based Learning) Menghasilkan layang-layang. BM 5 APRIL (JUMAAT) SUKAN DAN PERMAINAN Permainan Papan • • • Tayangan mengenai permainan congkak. Guru membimbing murid mengira menggunakan guli untuk menyelesaikan soalan tambah. Murid mengira dan menjumlahkan berdasarkan objek maujud. MM • • • Bersoal jawab mengenai permainan dam ular. Murid dibimbing untuk bermain dam ular. Murid menyebut nombor di dalam Bahasa Inggeris. MZ SUKAN DAN PERMAINAN Tokoh Sukan • • Bersoal jawab mengenai tokoh sukan yang murid kenali di Malaysia. Murid mewarna gambar dan perkataan. PM • • • Tayangan mengenai tokoh sukan. Murid membaca ayat mudah bertema. Murid menyalin ayat mudah bertema. BM