Jelajah INOVASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN NNUURRAALLIIAAFFAATTIINNIIBBIINNTTIIMMOOHHDDSSHHAAHH E- HANDBOOK
ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 8 Nama Produk Inovasi Maklumat Inovator Ringkasan Eksekutif Projek Pengenalan Projek Rasional Projek Strategi Penyelesaian Manual Penggunaan Inovasi Peluasan dan Komersial Rumusan
Jelajah ‘Jo-Bil’ NAMA PRODUK INOVASI DIGITAL Idea bagi menghasilkan nama produk inovasi ini tercetus daripada sebuah pasar raya dalam cerita kartun kanak-kanak iaitu Pasar Raya Jojo. Daripada idea yang tercetus itu, maka lahirlah idea untuk menghasilkan sebuah gamifikasi tentang penjodoh bilangan yang berkaitan dengan pasar raya. Jadi, ‘Jelajah Jo-Bil’ merujuk kepada penjelahan di dalam Pasar Raya Jojo dan singkatan daripada perkataan penjodoh bilangan.
Hai, Saya Alia Saya merupakan pelajar pengkhususan bahasa Melayu tahun akhir di IPGKIK. Maklumat Inovator 26 /04 /2001 Umur, 22th Berat: 41 kg Tinggi: 158 cm [email protected] 018-2444388 Nur Alia Fatini binti Mohd Shah Pt4s1-10 2020172340041
RANCANGAN EKSEKUTIF PROJEK Pengajaran tatabahasa merupakan salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Namun, masalah yang timbul ialah apabila pengajaran tatabahasa dianggap membosankan dan tidak penting oleh sesetengah murid. Justeru, penghasilan projek inovasi digital ‘Jelajah Jo-Bil’ ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan minat murid terhadap pengajaran tatabahasa dengan cara menambahbaik proses pengajaran menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan melalui kaedah bermain sambil belajar. Projek inovasi digital ini berfokus kepada tajuk penjodoh bilangan yang merupakan salah satu masalah tatabahasa yang dihadapi oleh murid dari segi penggunaannya dalam ayat dan semasa menulis karangan. Penggunaan perkataan Jo-Bil merupakan singkatan daripada perkataan ‘penjodoh’ dan ‘bilangan’. Inovasi digital ‘Jelajah Jo-Bil’ ini dibangunkan menggunakan aplikasi Google Slide. Pembangunan inovasi ini tidak mengeluarkan sebarang kos dan hanya memerlukan idea dan kreativiti untuk menghasilkannya. Inovasi ini boleh diakses secara percuma oleh golongan pendidik untuk digunakan semasa proses PdP dan juga oleh murid-murid semasa di rumah dengan bantuan ibu bapa. Inovasi ini sangat fleksibel iaitu kandungannya boleh diubahsuai berdasarkan tajuk-tajuk yang sesuai dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu. Produk inovasi digital ini dihasilkan khas untuk muridmurid tahap 1 khususnya yang lemah dalam aspek tatabahasa. Inovasi ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam menggunakan penjodoh bilangan dengan betul di samping meningkatkan perbendaharaan kata mereka melalui penjelajahan yang dijalankan secara maya. Inovasi Jelajah ‘Jo-Bil’ ini juga turut menyelitkan elemen merentas kurikulum iaitu elemen kira-kira dalam subjek matematik. Penghasilan produk inovasi ini telah dihasilkan dengan merujuk kepada model pembelajaran trialogikal untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
PPEENNGGEENNAALLAANN PPRROOJJEEKK Mengenepikan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat. Menggunakan penjodoh bilangan yang salah dalam penulisan karangan. Projek inovasi Jelajah ‘Jo-Bil’ merupakan satu aplikasi gamifikasi yang dihasilkan menggunakan aplikasi Google Slide untuk menerapkan kaedah bermain sambil belajar dalam pengajaran tatabahasa. Penggunaan inovasi Jelajah ‘Jo-Bil’ ini dihadkan kepada 10 hingga 15 orang pemain dalam satu masa. Inovasi ini dihasilkan untuk menyelesaikan masalah murid berkaitan penggunaan penjodoh bilangan yang betul dalam ayat di samping meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid. Antara masalah murid dalam penggunaan penjodoh bilangan ialah: Inovasi digital yang dihasilkan ini memerlukan murid untuk bermain secara dalam kumpulan. Penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan ini telah berupaya meningkatkan kerjasama dan komunikasi murid dengan rakan-rakan mereka. Secara dalam kumpulan murid diminta memilih barang yang betul dan memasukkannya ke dalam troli mengikut senarai yang ditetapkan bagi setiap kumpulan. Inovasi ini turut dihasilkan untuk menarik minat dan meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran aspek tatabahasa agar mereka mampu mencapai objektif yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Elemen keseronokan yang diterapkan dalam penghasilan produk inovasi ini juga adalah bersesuaian dengan sasaran produk ini iaitu murid tahap 1 sekolah rendah.
RASIONAL PROJEK OBJEKTIF ISU / PERMASALAHAN Antara isu utama yang dapat dikenal pasti ialah isu murid kurang pengetahuan dalam menggunakan penjodoh bilangan. Majoriti murid tahap 1 masih tidak mengenali penjodoh bilangan dan penggunaannnya di dalam ayat. Penguasaan murid yang lemah terhadap penggunaan penjodoh bilangan akan menyukarkan mereka untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Terdapat 3 objektif yang ditetapkan dalam menghasilkan projek inovasi ‘Jelajah ‘Jo-Bil iaitu: Murid dapat, 1) Mengenal penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu. 2) Memberikan penjodoh bilangan yang betul bagi menerangkan kata nama . 3) Menggunakan penjodoh bilangan dengan betul dan tepat dalam ayat.
STRATEGI PENYELESAIAN MODEL TRIALOGIKAL 2 Skop / Had / Batasan 3 Draf dan semakan berulang 4 Uji kaji dan membuat refleksi 5 Pemurnian dan spesifikasi 6 Guna semula 1 Tujuan sebenar dan keperluan Membantu murid mengenal dan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul di samping meningkatkan perbendaharaan kata murid. Kebolehan murid menggunakan penjodoh bilangan dengan betul akan membantu murid untuk membina ayat dengan betul dan gramatis. Untuk murid yang kurang pengetahuan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Dibataskan kepada murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3. Memilih aplikasi (Google Slides). Kemudiaan memilih templat yang sesuai dengan tema permainan yang ingin dibina. Menghasilkan lakaran permainan. Setelah itu, bina permainan yang telah dirangka. Masukkan animasi, audio dan hyperlink. Uji rintis dijalankan kepada rakan guru pelatih bertujuan untuk memastikan kualiti inovasi yang dihasilkan adalah baik. Refleksi dijalankan untuk mengenal pasti dan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan hasil ciptaan. Memurnikan elemen-elemen yang terdapat dalam produk yang dihasilkan iaitu cara pelaksanaan, isi kandungan, pemilihan animasi dan kejelasan audio. Bahan inovasi yang telah ditambah baik digunakan semula dan direkodkan untuk kegunaan individu lain. Bahan inovasi boleh disebarkan dan digunapakai oleh guru-guru lain dalam PdPc.
IDEA PROJEK Idea diperoleh daripada sebuah video tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara interaktif di dalam sebuah pasar raya secara maya. PERKONGSIAN OLEH GURU JUARA DIGITAL Idea juga diperoleh daripada video inovasi digital yang bertajuk e - Pebi yang bermaksud elektronik penjodoh bilangan. Idea tersebut diubahsuai daripada video pengajaran kepada sebuah aplikasi gamifikasi E-PEBI (YOUTUBE) BELI-BELAH PASAR RAYA (YOUTUBE) Idea diperoleh daripada perkongsian oleh Cikgu Ainul yang merupakan Guru Juara Digital Peringkat Kebangsaan 2022 yang menerangkan tentang penghasilan gamifikasi menggunakan Google Slide.
MANUAL PENGGUNAAN INOVASI DIGITAL QR KOD MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI JELAJAH ‘JO-BIL’ KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI ‘JELAJAH ‘JO-BIL’ MANUAL PENGGUNAAN INOVASI DALAM PDPC Sebelum menggunakan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’ , guru perlu memastikan murid sudah mempelajari tajuk penjodoh bilangan terlebih dahulu. Guru hanya menjadi pemerhati sepanjang murid menggunakan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid bermain menggunakan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’ dengan berpandukan audio yang terdapat dalam permainan tersebut. Setelah berjaya menyelesaikan misi dalam permainan tersebut, murid dan guru akan bersama-sama membincangkan misi tersebut dan membuat rumusan secara keseluruhan.
PENGGUNAAN KEPADA GURUGURU SEKOLAH PENGGUNAAN KEPADA MURID PENGGUNAAN KEPADA SISWA GURU Siswa guru menggunakan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’ semasa menjalani praktikum. Guru-guru mengaplikasikan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’ semasa proses PdPc Penggunaan aplikasi Jelajah “Jo-Bil’ oleh murid tahun dua semasa di rumah dengan bantuan ibu bapa.
MAKLUM BALAS Siswa guru bersetuju bahawa penggunaan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’ dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran tatabahasa. APLIKASI WHATSAPP Ibu bapa turut memberikan respond positif terhadap perkembangan anak mereka setelah menggunakan aplikasi Jelajah ‘Jo-Bil’ ini. BORANG SOAL SELIDIK
1 2 3 4 Peluasan dan Komersial Guru-guru sekolah Menghantar pautan inovasi kepada guru pembimbing semasa praktikum fasa 1 melalui aplikasi telegram atau google drive. Guru tersebut mengaplikasikannya dalam proses pengajaran tatabahasa bahasa Melayu. Inovasi tersebut disebarkan dan diperkenalkan kepada guru-guru lain. Rakan-rakan Menyebarkan pautan kepada rakan-rakan di IPG lain melalui aplikasi telegram atau WhatsApp untuk dinilai dan mendapatkan maklum balas terhadap projek inovasi tersebut. Menghantar pautan kepada pelajar IPG yang sedang menjalani praktikum untuk diaplikasikan semasa sesi PdP. Laman sesawang Media Sosial Menggunakan media sosial seperti Facebook dan Telegram untuk mempromosikan inovasi digital melalui channel atau ruang sembang yang berkaitan dengan pendidikan. Meletakkan pautan di aplikasi Youtube bagi membolehkan pengguna mengakses pautan inovasi digital yang dihasilkan. Menyebarkan pautan menggunakan aplikasi QR kod yang diletakkan di Google Site.
Rumusan Secara rumusannya, penghasilan projek inovasi digital Jelajah ‘Jo-Bil’ banyak memberikan manfaat bukan sahaja kepada murid malah juga kepada guru yang menggunakannya. Penggunaan inovasi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjaya mengubah persepsi murid terhadap pembelajaran tatabahasa yang dianggap susah, membosankan dan tidak penting. Oleh yang demikian, penggunaan produk inovasi ini dalam PdP telah berjaya menarik minat murid untuk belajar dan menumpukan perhatian semasa di dalam kelas. Selain itu, penggunaan produk inovasi ini juga membolehkan murid lebih mengenali penjodoh bilangan dan penggunaannya dalam ayat. Jadi jelaslah bahawa penerapan kaedah belajar sambil bermain mampu menambah baik proses pengajaran tatabahasa dan menjadikan PdP tersebut lebih interaktif dan menyeronokkan. Produk inovasi ini juga dilihat dapat memberikan idea kepada guru-guru bahasa Melayu untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) menggunakan multimedia interaktif dengan lebih baik dan berkesan. Inovasi ini juga berupaya meningkatkan daya kreativiti guru-guru untuk meluaskan penggunaan produk ini di peringkat yang lebih jauh. Walau bagaimanapun, guru-guru haruslah mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan produk inovasi ini dalam proses PdP bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Justeru, diharapkapkan produk inovasi ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya guru dan murid. ditambah baik dan dikembangkan dengan meluas pada masa akan datang.
LLAAMMPPIIRRAANN Sila klik gambar di atas untuk pautan e-handbook