The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Cerita Kanak-kanak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Manisah Mawardah Mansur, 2023-11-19 05:45:12

Bengkel Ayah

Buku Cerita Kanak-kanak.

Bengkel Ayah Ditulis oleh Manisah Mansur


Watak Ali Kiko


ada suatu petang yang cerah, Ali berlari keriangan bermain bersama Kiko, kucing kesayangannya di halaman rumah. Mereka bermain sehingga keduaduanya lelah kepenatan lalu terduduk di pangkin halaman rumahnya. Ibu Ali, Mak Bedah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya dan hanya memerhatikan dari jauh. Tiba-tiba kedengaran suara ibunya memanggil mereka masuk, “Ali ooo Ali, mari masuk rumah. Dah nak senja ni. Bawak Kiko masuk sekali” . Kedengaran dari jauh Ali menyahut panggilan ibunya, “Baik mak, Ali masuk ni” .


Sebelum masuk ke rumah, Ali sempat melirik bengkel kepunyaan ayahnya di belakang belakang rumah. Bengkel tersebut merupakan kawasan yang dilarang oleh Mak Bedah setelah kehilangan misteri ayahnya setahun lalu. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak apabila keinginannya itu dilarang keras oleh ibunya. “Esok aku akan tahu juga apa yang dirahsiakan sangat dalam bengkel ayah” , detik hatinya.


Keesokan harinya, Ali mula merancang di kepala untuk ke bengkel di belakang rumahnya. Ali jalan terjengket-jengket dari balik dinding ke dinding yang lain bersama kucing kesayangannya sambil matanya melilau memerhati kalau-kalau ada kelibat emaknya. Setelah pasti emaknya tiada, Ali terus berjalan laju ke arah belakang rumahnya, “Jom Kiko, lari..!” .


Sesampainya Ali di pintu masuk bengkel tersebut, Ali terus membuka selak kunci dan membukanya perlahan-lahan suapaya tiada bunyi yang timbul. Ali masuk dan menutup pintu itu semula lalu membuka suis lampu di tepi pintu. Dahinya berkerut. Di dalam bengkel itu hanya ada kereta Proton Saga merah model lama yang penuh dengan habuk tebal. Ali kehairanan. Dia tidak pernah nampak kereta itu seumur hidupnya. “Haihh ada kereta je? Ingatkan ada apa sampai tak bagi masuk” , keluh Ali.


Ali mengelingi kereta tersebut sambil mengomel sendiri. Dia cuba membuka pintu kereta tersebut tapi ia berkunci. Matanya melilau ke dinding bengkel dan terjumpa tempat letak kunci. Ali menyelongkar bekas kunci tersebut dan mengambil keluar sebatang kunci yang dia rasa merupakan kunci kereta. “Klik!” , kedengaran bunyi kunci kereta tersebut terbuka. Ali menjengah ke dalam kereta. Seperti keadaan luar, keadaan dalam kereta tersebut juga berhabuk teruk. Ali menepuk-nepuk tempat duduk pemandu sebelum duduk.


Ali menekan semua butang yang ada secara rawak. Tibatiba, semua komponen dalam kereta itu menyala dan mengeluarkan bunyi menderum. Ali terkejut, lalu dia melompat keluar. Namun, sekali lagi dia terkejut kerana dia tidak lagi berada dalam bengkel tetapi di sebuah perkampungan yang tidak diketahui.


“Ya Allah aku di mana ni? Macam mana aku boleh tiba-tiba di sini?” , Ali panik dan memeluk Kiko erat. Ali cuba bertenang dan mencari-cari sebarang papan tanda yang boleh dibaca. Kemudian Ali teringat yang bapanya sudah hilang setahun lalu dan maknya pula melarang dia ke bengkel ayahnya.


“Mungkin kereta ini yang disorokkan. Entah-entah ayah ada di sini” , getus hatinya. Jantungnya berdegup laju tanda cemas. Ali perlahan-lahan keluar dari kereta. Kunci kereta diseluk ke dalam poket.


Ali berjalan tanpa arah tuju selama 15 minit sehinggalah dia sampai di sebatang anak sungai. Di situ dia berhenti seketika sambil bersandar di sebatang pokok. Tanpa Ali sedari, ada sepasang mata yang memerhati dia si sebalik semak-samun.


Tanpa Ali sedar seekor harimau bintang sedang mendekatinya perlahanlahan yang ingin menerkamnya. “Ali? Ali!!!!” , tiba-tiba Ali terdengar suara yang amat dikenalinya. Pak Samad tiba-tiba muncul dengan sebilah parang di tangannya dan cuba melindungi Ali daripada harimau bintang tersebut. Ali yang masih terkejut dengan kehadiran bapanya itu bertambah terkejut.


Tanpa Ali sedar seekor harimau bintang sedang mendekatinya perlahanlahan yang ingin menerkamnya. “Ali? Ali!!!!” , tiba-tiba Ali terdengar suara yang amat dikenalinya. Pak Samad tiba-tiba muncul dengan sebilah parang di tangannya dan cuba melindungi Ali daripada harimau bintang tersebut. Ali yang masih terkejut dengan kehadiran bapanya itu bertambah terkejut.


Pak Samad dan harimau bintang masih bergelut sesama sendiri sehinggalah Pak Samad berjaya mencederakan kaki harimau tersebut. Mungkin terasa diancam dan ketakutan, harimau bintang tersebut melarikan diri semula ke semaksamun. “Ayah? Ayah!!” , Ali berlari sambil meraung memanggil ayahnya. “Ali, syukur kamu selamat. Nasib baik ayah cepat. ” , kata Pak Samad sambil memeluk Ali. Mereka berpelukan seketika sebelum Ali bertanya, “Ke mana ayah menghilang selama ini?” .


“Ayah terperangkap di ruang masa tempat ini Ketika ayah sedang baiki kereta itu tahun lepas. Sebenarnya kereta Saga merah di bengkel itu adalah mesin masa ciptaan atuk kamu. Ayah pun baru sahaja tahu kewujudan mesin itu selepas kematian atuk kamu. Ayah ingatkan Saga tu kereta biasa, rupa-rupanya ia hasil kajian atuk kamu semasa dia hidup. ” , balas Pak Samad. “Sebelum ini ayah pernah menggunakannya beberapa kali tetapi entah macam mana kunci kereta hilang dan Saga itu automatik balik ke masa depan ” , sambung Pak Samad. “Tapi sekarang di mana ayah?” , tanya Ali. “Sekarang kita berada di tahun 1960 dan nama tempat ini Sungai Ujong tapi sekarang namanya Seremban ” , jawab Pak Samad.


Ali hanya mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun dia tidak faham satu pun yang diterangkan oleh ayahnya. Baginya maklumat tersebut terlalu banyak untuk diproses dalam satu masa yang sama. Namun, hatinya lega apabila ada insan yang dikenalinya di tempat asing ini, lagi-lagi orang itu adalah ayahnya yang hilang setahun lalu. Ia bagaikan satu keajaiban bagi Ali. “Jadi, bagaimana kita nak balik ayah?” , tanya Ali. “Kamu ada simpan kunci kereta Saga itu? Selagi ada kunci tersebut, kita boleh balik” , jawab Pak Samad. Ali mengeluarkan kunci sebatang kunci dari poketnya lalu disuakan kepada ayahnya.


“Mari tunjukkan ayah di mana kereta. Jom balik” , Ali memimpin tangan ayahnya ke lokasi kereta Saga merah itu berada. Setelah sampai, kunci kereta terus dicucuk dan kereta terus dihidupkan. Pak Segera menekan butang berwarna kuning, kereta itu menderam dan bergerak sedikit.


Ali yang sedang menutup mata terus membuka mata dan lega apabila dia terlihat dinding bengkel. Ali dan Pak Samad terus keluar dari bengkel. Dari kejahuan terlihat Mak Bedah di beranda rumah berjalan ke hulu ke hilir tanda resah.


“Mak!!” , Ali menjerit dari jauh. “Ya Allah Ali, ke mana kamu dari pagi? Risau mak” , Mak Bedah memeluk Ali. Mak Bedah bertambah terkejut dengan kehadiran Pak Samad. Air matanya bercucuran tanda Syukur. Pak Samad menceritakan segalagalanya kepada Mak Bedah tentang apa yang terjadi. Terbenamnya matahari pada petang itu menjadi saksi pertemuan semula anakberanak tersebut.


Tamat


Diterbitkan oleh: Manisah Mawardah Binti Mansur Tel: 0106733648 Email: [email protected] Rujukan: Cerita ini diinspirasikan dari filem ‘Back To The Future’


Click to View FlipBook Version