The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shuyee1997, 2019-03-26 19:23:43

DEFINISI kump (3) - Copy - Copy - Copy

DEFINISI kump (3) - Copy - Copy - Copy

1.0 PENGENALAN

Istilah sintaksis adalah berasal daripada bahasa Yunani iaitu sun dan tattein yang
bererti “dengan” dan” menempatkan bersama-sama”. Oleh yang demikian, secara estimologi
merujuk kepada secara bersama-sama, menempatkan, kelompok atauberkumpulan sesuatu
kata atau ayat itu. Kemudian, ia menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax
dalam bahasa Inggeris. ( Ahmad Khair Mohd Nor, 2003 : 2 )

NA Alizuddin (2015) dalam Nik Safiah Karim et. Al menyatakan bahawa sintaksis
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.
Penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membina ayat. Analisis transformasi
generatif dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang sebelum ini tidak
terjawab oleh aliran struktural. Bidang sintaksis mengkaji pembinaan ayat dari segi bentuk
ayat, struktur ayat dan juga binaan ayat.

Selain itu, N. Nortamizi dalam Analisis Jurnal Sistaksis ada menyatakan bahawa ayat
merupakan unit pengucapan paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun hanya dengan
beberapa perkataan. Mengikut hierarki tatabahasa, sintaksis yang terdiri daripada frasa,
klausa dan ayat adalah satu peringkat lebih tinggi berbanding morfologi yang terdiri daripada
morfem dan kata. Dalam sintaksis dua perkara yang paling utama iaitu subjek dan predikat.
Dua perkara ini boleh digabungkan menjadi ayat yang lengkap melalui pembentukan frasa.

2.0 DEFINISI

Seterusnya, menurut Tatabahasa Dewan ( 2013) frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
Pembentukan frasa yang yang digunakan ialah frasa nama + frasa nama (FN + FN), frasa
nama + frasa kerja (FN + FK), frasa nama + frasa adjektif (FN+ FA) dan frasa nama + frasa
sendi nama (FN + FS).

Nabillah BolHassan dan Che Ibrahim Salleh dalam Arbak Othman (2014)
menyatakan bahawa frasa terdiri daripada kata nama, kata ganti nama, atau perkataan lain
golongan nama yang menjadi ‘inti’, manakala perkataan atau perkataan lain di sampingnya
bertugas sebagai keterangan.

Manakala Nik Safiah Karim et. Al dalam Arbak Othman (2014) menyatakan bahawa
frasa nama sebagai binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Selain itu, frasa nama juga bermaksud binaan dari sudut nahu boleh terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai
satu konstituen dalam binaan ayat. (Tatabahasa Dewan, 2013)

3.0 FORMULA

(Pn) + KN + (Pn)

Berdasarkan rajah, kesemua unsur di atas merupakan elemen bagi frasa nama. Di
mana penerang merupakan unsur yang digunakan untuk menerangkan makna dalam inti
manakala inti atau kata nama merupakan makna yang diberikan tumpuan dan mewakili
seluruh frasa dari segi makna. Penerang boleh terdiri daripada penjodoh bilang, objek, kata
bilangan, gelaran, kata nama (kata nama), dan penerang

Bagi membina suatu frasa yang lengkap, formula yang ditunjukkan di atas merupakan
formula yang boleh digunakan untuk membina frasa nama. Berdasarkan formula berikut, kata
nama memerlukan penerang sama ada penerang hadapan ataupun penerang belakang untuk
membina frasa. Kata nama merupakan inti bagi frasa terbabit.

4.0 CONTOH

Perdana Menteri berkata, pasukan petugas khas untuk mengkaji keseluruhan dasar
pendidikan kebangsaan, dari prasekolah hingga pendidikan tinggi dan penemuan mereka
dijangka siap pada bulan depan.
Sumber : http://m.utusan.com.my/pendidikan/marilah-jadikan-sekolah-kebangsaan-hebat-

semula-dr-mahathir-1.864869

Berdasarkan petikan di atas, binaan frasa pasukan petugas khas dan penemuan
mereka ini merupakan binaan daripada formula FN (I+ Pn).

Pada peringkat antarabangsa, kualiti minyak ini ditentukan badan akreditasi antarabangsa
International Olive Oil Council (IOOC), berpangkalan di Sepanyol.

Sumber : https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/03/541587/manfaat-luar-biasa-
minyak-zaitun

Berdasarkan petikan di atas, binaan frasa kualiti minyak merupakan binaan daripada
formula FN (Pn + I).

Lokasi ini sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil mandi-manda kerana
kebanyakan kolam tadahan air terjunnya tidak dalam, hanya separas pinggang.

Sumber : https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2019/02/534664/sejukkan-
badan-di-lata-iskandar

Berdasarkan petikan di atas, binaan frasa anak kecil merupakan binaan daripada
formula FN (I+ Pn).

Kebanyakan filem Blaxploitation dihasilkan (sekitar 1970-1975) di luar arus perdana
dengan bajet rendah, dengan sasaran khalayak kulit hitam bandaran.

Sumber : http://m.utusan.com.my/hiburan/era-perubahan-sinema-kulit-hitam-1.862790

Berdasarkan petikan di atas, binaan frasa kulit hitam merupakan binaan daripada
formula FN (I+ Pn).

5.0 JENIS FRASA NAMA
5.1 FRASA NAMA KHAS

Frasa Nama Khas
Hidup

(Khas untuk
manusia)

Frasa Nama Khas

(Merujuk kepada
sesuatu yang khusus)

Frasa Nama Khas B
Tak Hidup T

(benda-benda B
khusus tidak B
bernyawa)
N
P

T
M

I
P
S
G

Manusia Contoh :
Datin Roshidah
(Khusus bagi seseorang) Puan Khairiah

Bukan manusia Nama malaikat : Israfel,
Jibrail
(Merujuk kepada Nama Haiwan : Si
makhluk bukan Tompok, Pak Belang
manusia) Nama Tumbuhan : Hevea
Brasilia (pokok getah)
Benda : Proton, Apple,
Toshiba

Bangsa : Melayu, India, Cina,
Bidayuh

Negeri/Negara : Perlis,
Pahang, Selangor

Tempat : Kampung Lintang,
Masjid Mursyiddin

Institusi : Universiti
Pendidikan Sultan Idris,
Sekolah Kebangsaan
Ganggam.

5.1.1 Aktiviti (Frasa Nama Khas)

Arahan

Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenal pasti frasa nama khas
yang terdapat dalam filem animasi pendek.
https://www.youtube.com/watch?v=cAFiqL16JuM

5.1.2 Latihan (Frasa Nama Khas)

Isi tempat kosong dengan perkataan paling sesuai.

1. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________.

A. Mejar Arman C. Hakim Saljit

B. Peguam Hari D. Inspektor Bala

2. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran _______.

A. Bapa keamanan C. Bapa kemerdekaan

B. Bapa pemodenan D. Bapa pembangunan

3. Khazanah purba negara telah banyak tersimpan di _______.

A. Masjid Negara C. Zoo Negara

B. Taman Negara D. Mezium Negara

4. _______ merupakan seorang pahlawan Melayu yang tersohor pada zaman dahulu.

A. Tok Dalang C. Tok Selampit

B. Hang Li Po D. Hang Tuah

5. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ______ untuk membeli belah.

A. Pasar Raya TESCO C. Stesen KLIA

B. Hotel Perdana D. Bangunan Petronas



5.2 FRASA NAMA AM Frasa Nama Am Manus
Hidup (Meru
Frasa Nama Am manus
Bersifat umum (Merujuk kepada
sesuatu yang Bukan
bernyawa termasuk (Benda
manusia, haiwan dan bukan
tumbuh-tumbuhan)

Frasa Nama Am Tak Institusi
Hidup
(Meruju
(Merujuk kepada semua kepada
nama kecuali nama institusi
manusia, binatang, dan perbada
tumbuh-tumbuhan sama v organisa
ada konkrit ataupun pertubu
abstrak)
Bukan
Institus
v
(Benda
institusi
bersifat
konkrit)

sia Contoh : adik,
v guru, pekerja, ketua
ujuk kepada
sia)

n manusia Contoh : kucing,
a hidup jenis ulat, syaitan
manusia) v

i Berbilang Contoh
v satu peringatan,
uk (Boleh dihitung, dan
disertai frasa bilangan setiap persoalan
i,
anan,
asi,
uhan)

si Abstrak Tak Berbilang Contoh
v (Tidak boleh dibilang) v
bukan
i dan Konkrit demokrasi, iklim,
t v roh
)

5.2.1 Aktiviti (Frasa Nama Am)

Arahan

Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenalpasti frasa nama am
dalam lirik lagu.

https://www.youtube.com/watch?v=cAFiqL16JuM

5.2.2 Latihan (Frasa Nama Am)
Isi tempat kosong dengan perkataan paling sesuai.

1. _______ yang terletak di hujung kampung mengekuarkan hasil yang lumayan.

A. Kebun C. Pokok

B. Buah D. Tumbuhan

2. Mak Munah mengikat _______ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.

A. Tajak C. Gunting

B. Parang D. Pisau

3. ________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama
lima tahun.

A. Orang C. Pasukan

B. Atlet D. Pemain

4. Para pelajar sedang sibuk menghias _______ sekolah kerana majlis anugerah
kecemerlangan akan diadakan lusa.

A. Dewan C. Taman

B. Kantin D. Kedai

5. _______ itu diminati kerana kelunakkan suaranya apabila beliau mendendangkan lagu.

A. Penari C. Penyair

B. Penyajak D. Penyanyi



5.3 FRASA GANTI NAMA Umum (ini, itu

Tunjuk Tempat
(Menunjukka
(menunjukkan situ, sana, sin
sesuatu perkara,
benda, atau Hal
tempat) (Menunjukkan
begini begitu
Frasa Ganti Nama Diri
Tanya
(Frasa yang menjadi (menggantikan (Merujuk kepa
pengganti bagi sesuatu benda, benda dalam b
sesuatu frasa nama) perkara, atau siapa, apa, ma
manusia)
Orang
Tak Tentu (Merujuk kepad
(Menunjukkan orang pertama,
sesuatu atau
seseorang secara Terbit daripada
tidak tentu) frasa ganti diri
tanya yang diul

u) Contoh
Kucing itu, Tempat ini
an tempat)
ni Contoh
Dia duduk disitu, Kami mahu kesana

n hal atau perkara) Contoh
Pendapat saya begini

ada binatang atau Contoh
bentuk tanya) Siapakah dia?
Apakah yang berlaku?
ana

da orang tertentu iaitu Pertama
kedua dan ketiga) Kedua

Ketiga

a siapa-siapa, mana- mana-mana keputusan,
mana siapa-siapa sahaja

lang

5.3.1 Aktiviti (Frasa Ganti Nama)

Arahan
Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenalpasti frasa ganti nama
dalam puisi.
https://www.youtube.com/watch?v=ilYvzHRHRww

4.3.2 Latihan (Frasa Ganti Nama)

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ______ suruh.

A. Kita C. Awak

B. Mereka D. Kami

2. “_______ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke
arah Ali.

A. Saya C. Kami

B. Dia D. Mereka

3. _______ kamu akan bertolak ke London ?

A. Bilakah C. Berapakah

B. Siapakah D. Di manakah

4. Peristiwa _______ masih segar dalam ingatan Pak Abu.

A. ini C. itu

B. sini D. situ

5. Kami akan tiba _______ masa sahaja.

A. bila-bila C. mana-mana

B. siapa-siapa D. apa-apa

6.0 AKTIVITI TAMBAHAN
https://www.classtools.net/random-name-picker/50_FZFmTS

7.0 LATIHAN PENGUKUHAN
Arahan
Guru akan meminta pelajar melengkapkan latihan.

Bahagian A

Bulatkan frasa nama dan kenalpasti jenis frasa nama tersebut.

No. Ayat Jenis Frasa Nama

1. Kereta Lexus sangat mahal. Frasa Nama Am/Frasa Nama Khas

2. Pelajar melawat negeri Pulau Pinang Frasa Nama Khas/Frasa Nama Am
dengan bas.

3. Cikgu Ahmad menjadi guru cemerlang. Frasa Nama Am/Frasa Ganti Nama

4. Kucing itu kepunyaan saya. Frasa Ganti Nama/Frasa Nama Am

5. Kawasan kilang itu sangat besar. Frasa Nama Am/Frasa Ganti Nama

6. Mangsa banjir itu memerlukan bantuan Frasa Nama Khas/Frasa Nama Am
makanan.

7. Pendatang asing itu rakyat Vietnam. Frasa Nama Am/Frasa Nama Khas

8. Pemilik kedai itu menerima anugerah Frasa Ganti Nama/Frasa Nama Am
kebersihan.

9. Taman Negara terletak di negeri Pahang. Frasa Ganti Nama/Frasa Nama Khas

10. Siapakah gadis manis itu? Frasa Ganti Nama /Frasa Nama Khas

Bahagian B
Bulatkan frasa nama yang betul.

Frasa Nama Am

pekerja syarikat kereta ini Perdana Menteri Malaysia

kasut kulit tuan hamba negara kita

Frasa Nama Khas
hutan rimba Sang Kancil urat saraf

Cikgu Fatin suami isteri Encik Rain

kucing ini Frasa Ganti Nama tuan hamba
Perdana Menteri

sebiji epal ibu pejabat apa-apa jenama

LAMPIRAN
(Skema Jawapan)

4.1.2 Latihan (Frasa Nama Khas)

1. D

2. C

3. D

4. D

5. A

4.2.1 Aktiviti (Frasa Nama Am)

Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya

Janganlah dipetik sayang
Nantikan merana

Bunga berkembang di dalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari

Kasih dan sayang telah bersemi
Diriku seakan bermimpi
Sengaja aku nyanyikan
Lagu yang syahdu
Selalu aku kenangkan
Wajahmu yang syahdu

Bunga berkembang di dalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari

Kasih dan sayang telah bersemi
Diriku seakan bermimpi
Sengaja aku nyanyikan
Lagu yang syahdu
Selalu aku kenangkan
Wajahmu yang ayu

4.2.2 Latihan (Frasa Nama Am)

1. A

2. A

3. B

4. A

5. D

4.3.1 Aktiviti (Frasa Ganti Nama)

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

4.3.2 Latihan (Frasa Ganti Nama)
1. B
2. B
3. A
4. C
5. A

7.0 Latihan Pengukuhan
Bahagian A
1. Frasa Nama Khas
2. Frasa Nama Khas
3. Frasa Nama Am
4. Frasa Ganti Nama
5. Frasa Ganti Nama
6. Frasa Nama Am
7. Frasa Nama Khas
8. Frasa Ganti Nama
9. Frasa Nama Khas
10. Frasa Ganti Nama

Bahagian B
Frasa Nama Am:
pekerja syarikat
kasut kulit
negara kita

Frasa Nama Khas:
Sang Kancil
Cikgu Fatin
Encik Rain

Frasa Ganti Nama:
kucing ini
tuan hamba
apa-apa jenama

Gambar 1: Artikel Sejukkan Badan di Lata Iskandar
Gambar 2: Artikel Era Perubahan Sinema Kulit Hitam
Gambar 3: Artikel Marilah Jadikan Sekolah Kebangsaan Hebat Semula


Click to View FlipBook Version