The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan dan Doa untuk pelajar cemerlang dalam akademik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD ZAMRI A.RASHID, 2023-12-19 23:22:04

Amalan Pelajar Muslim Cemerlang

Amalan dan Doa untuk pelajar cemerlang dalam akademik.

1 AMALAN PELAJAR MUSLIM CEMERLANG (Rahsia Berjaya Dunia & Akhirat) Oleh : MOHD ZAMRI BIN A.RASHID


2 (Rahsia berjaya Dunia & Akhirat) Oleh : MOHD ZAMRI BIN A.RASHID Cetakan Pertama Julai 2021 Penyusun : Mohd Amierul Khusyairi Bin Mohd Zamri Nor Amira Izzati Bt. Mohd Zamri Jenis Huruf : Arial Unicode MS Font : 12 AMALAN PELAJAR MUSLIM CEMERLANG


3 AMALAN PELAJAR MUSLIM CEMERLANG CETAKAN PERTAMA JULAI 2021 @Hak cipta terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel ini, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Dicetak oleh : PERUSAHAAN TUKANG BUKU KM (002705648-A) NO.8,JALAN PUTERI 2A/6, BANDAR BARU BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR. 03-89289899 [email protected]


4 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT PRAKATA 5 BAB 1 : PENGURUSAN DIRI 7 BAB 2 : TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN 10 BAB 3 : TIP PELAJAR CEMERLANG 14 BAB 4 : KELEBIHAN ZIKIR, ISTIGHFAR ,SELAWAT, SOLAT SUNAT DAN TILAWAH AL-QURAN 16 BAB 5 : AMALAN PEMAKANAN SUNNAH 28 BAB 6: AMALAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN 34 RUMUSAN 39 BIODATA PENULIS 40 RUJUKAN 41 LAMPIRAN 43


5 PRAKATA Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia Allah, dapat akhirnya saya menyiapkan buku kecil ini untuk manfaat para pelajar keseluruhannya. Buku ini penting dalam merealisasikan hasrat dan matlamat pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang sama ada di dunia dan akhirat. Amalan seseorang pelajar pada setiap hari akan menjadi cerminan kepada masa hadapannya. Pengurusan diri serta amalan harian adalah satu aspek penting kerana amalan diri yang bersistematik akan menghasilkan insan yang cemerlang dalam hidupnya. Semua amalan ini menuntut pengorbanan yang besar oleh pelajar demi mencapai hasrat menjadi pelajar cemerlang. Akhir kata, semoga buku kecil ini memberi manfaat yang berguna kepada para pelajar dalam mengejar cita-cita dalam hidup. Semoga kita semua mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah Taala sepanjang masa. Salam tulus ikhlas; Mohd Zamri A.Rashid Julai 2021 SMK.Methodist,Sg.Siput(U), Perak


6


7 BAB 1 PENGURUSAN DIRI Pengurusan diri merujuk kepada kaedah, kemahiran dan strategi yang membolehkan seseorang individu itu melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu membawa mereka kearah mencapai objektif yang dirancang atau ditetapkan secara efektif. Pencapaian objektif ini termasuklah membuat penetapan matlamat, membuat perancangan, membuat penjadualan, pengurusan masa dan penilaian kendiri. Dalam hal pengurusan diri untuk pelajar, perkara-perkara yang dititikberatkan ialah pengurusan diri dari aspek amalan pemakanan dan amalan penampilan diri serta pengurusan persekitaran tempat tinggal. Seterusnya pengurusan diri untuk pelajar juga meliputi kemampuan pelajar untuk mengurus stress. Pengurusan stress ini pula boleh membantu pelajar untuk mencapai matlamat mereka dengan lebih berkesan. Stress ialah tindak balas badan kepada perubahan yang berlaku yang memerlukan seseorang itu membuat penyesuaian atau tindak balas fizikal, mental atau emosi. Stress boleh datang dalam pelbagai keadaan atau pemikiran yang membuat seseorang berasa kecewa, marah atau cemas.


8 Antara penyebab stress ialah dimarahi ibu bapa, tiada wang, dirotan guru, bertengkar dengan kawan, gagal dalam ujian, perasaan rendah diri, tidak memahami pelajaran dan tidak dihargai. Merawat stress berdasarkan perspektif agama Islam ialah selalu muhasabah diri dengan menganggap musibah dan dugaan itu adalah ujian daripada Allah Taala, sentiasa solat dan berzikir, membaca Al-Qurán dan melazimi berdoa kepada Allah Taala. (Panel penulis SBP & UPSI, 2014). Selain itu, pengurusan masa juga merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan diri pelajar yang turut menjurus pelajar ke arah mencapai objektif yang dirancang dan ditetapkan. Pengurusan dan pembahagian masa juga hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar, ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat dan munasabah serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri daripada meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi seorang pelajar. Pengurusan masa yang betul membolehkan kita mencapai kejayaan dalam masa yang kita tetapkan. Hanya orang yang pandai menguruskan masa sahaja akan mencapai kejayaan dalam masa yang singkat.(Hushim Salleh , 2013) Firman Allah Taala yang bermaksud “ Demi masa, sesungguhnya semua manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada kesabaran” (Al-Asr :1-3)


9 Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal tahun lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim cemerlang. Pelajar muslim perlu mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang tahun pengajiannya. Pelajar Muslim hendaklah juga pandai memilih kawan (sahabat) karib dalam kalangan kawan- kawannya. Kawan-kawan hendaklah kawan-kawan yang soleh dan mengelakkan diri dari berkawan dengan pemuda-pemuda yang jahat. Perhubungan dengan kawan-kawan hendaklah sederhana dan dapat dikawal supaya tidak mengambil (mencuri) masa mengulangkaji pelajaran yang telah dirancang. Pelajar muslim juga perlu bijak memilih bahan bacaan ringan bagi tujuan merehatkan minda. Bahan bacaan yang dipilih mestilah berfaedah dan dapat menyihatkan akal dan jiwa serta bersih daripada perkara yang mendatangkan unsur noda dan dosa. Pengurusan diri yang baik dan sempurna akan menjana ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun sahsiah. Pelajar yang terus berusaha mengurus diri dengan sebaik-baiknya akan melahirkan suasana selesa yang mendorong mereka untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. “SOAL GAGAL BUKAN SATU PENGHALANG UNTUK BERJAYA DALAM CITA-CITA”


10 BAB 2 : TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang melibatkan motif dan strategi tertentu. Menurut Dunn dan Dunn (1992) menyatakan bahawa teknik belajar yang berkesan mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang, disiplin yang tinggi dan mewujudkan sikap yang positif. Antara teknik belajar yang berkesan ialah ; 1.1 tidak mensia-siakan masa biar pun seminit. - Seorang pelajar yang cemerlang mestilah menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta atau masa sebelum menjamu hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. 1.2 membawa buku ke mana sahaja pelajar pergi - Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud pelajar mesti membaca buku tersebut tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan pelajar menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. “KECEMERLANGAN HIDUP SATU MATLAMAT”


11 1.3 membuat nota ringkas - Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah membolehkan pelajar merujuk kembali apa yang telah dibaca. Ia tidak menjamin ingatan pelajar tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. 1.4 mengikut jadual sepenuhnya - Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang pelajar hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar tanpa syarat dan jangan ikut perasaan. Biarpun pelajar tidak suka belajar pada satu-satu masa, buka sahaja buku dan mula membacanya. Jika pelajar mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, pelajar tidak akan lalai terhadap tanggungjawab belajar. Pastikan pelajar memperuntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran. 1.5 Ulang seberapa banyak yang boleh - Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan dan selagi ada masa, pelajar boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun pelajar sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak pelajar


12 membaca, semakin tinggi keyakinan diri untuk lulus dengan cemerlang. 1.6 Sentiasa bertanya kalau tidak faham. - Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab permasalahan pelajar. Biar pun pelajar sudah faham, pelajar masih boleh lagi bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan pelajar. Anggaplah guru, kakak, abang atau kawan-kawan pelajar sebagai orang yang boleh membantu dalam hal ini. 1.7 Berikan penumpuan pada mata pelajaran yang lemah. - Jika pelajar lemah dalam Bahasa Inggeris atau Matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji mata pelajaran tersebut. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang pelajar rasa perlu penumpuan lebih dengan menggunakan simbol atau lorekkan bahagian yang dianggap penting. Jangan jadikan masalah tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji. 1.8 Imbangkan masa kokurikulum dan akademik. - Jika pelajar berada dalam tahun peperiksaan, jangan terlampau menumpukan perhatian pada kokurikulum kerana ini akan menganggu diri dalam bidang akademik. Jika pelajar mahu berjaya


13 dalam akademik, pelajar perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk peperiksaan awam ialah dalam lingkungan 4 hingga 5 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, pelajar mungkin perlu berjaga malam atau bangun awal pagi. 1.9 Persiapan minda sebelum ulangkaji - Tutupkan mata untuk beberapa minit dan bayangkan hidup pelajar kelak. Apa yang pelajar hendak capai dan corak hidup yang dihajatkan. Apakah yang hendak pelajar berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih mereka mendidik hingga besar. Adakah pelajar berhajat hendak mengharumkan nama keluarga, sekolah dan masyarakat. Tatkala pelajar membaca buku, kaitkan dengan kehidupan semasa yang mana pelajar bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan, tetapi mahukan hidup yang baik dan berkualiti serta diredhai Allah Taala. 1.10 Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan - Jangan mengukur prestasi pelajar kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah semata-mata. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan pelajar pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam. Teruskan usaha dan jangan berhenti belajar untuk mencapai kejayaan hidup.


14 BAB 3 : TIP PELAJAR CEMERLANG Pelajar yang cemerlang mempunyai ciri-ciri yang hebat untuk mencapai kejayaan dalam akademik. Antaranya ialah ; 3.1 Persediaan diri yang mantap. Mestilah mempunyai niat belajar yang ikhlas kerana Allah Taala kerana ikhlas merupakan penggerak utama mencapai kecemerlangan. Disamping itu, matlamat yang jelas juga perlu kepada pelajar cemerlang. Pelajar cemerlang perlu tahu sasaran / target yang ingin dicapai supaya masa, tenaga dan wang ringgit tidak disia-siakan. 3.2 Aktiviti Ibadat kepada Allah Taala tidak dilupakan dengan menunaikan Solat Wajib serta Solat Sunat seperti Solat Hajat, membaca Al-Qurán setiap hari, mulakan setiap perkara dengan Bismillah dan bacaan doa serta yakin dengan pertolongan Allah. 3.3 Persediaan Ulangkaji yang mencukupi. Jadikan Buku Teks sebagai rujukan utama serta sediakan nota ringkas kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan bermula. Pelajar juga perlu mempunyai perancangan yang teliti seperti menyediakan jadual ulangkaji yang sesuai, membuat latihan soalan dari setiap topik, perbincangan kumpulan serta membuat rujukan dengan guru. Semua ini akan menghasilkan keputusan yang baik dan cemerlang.


15 3.4 Menjaga kesihatan dengan baik melalui pemakanan yang berzat, persekitaran yang bersih dan selesa, tidur yang mencukupi, sentiasa bersikap tenang serta mempunyai rakan-rakan yang baik. 3.5 Pelajar perlu menjauhi perkara-perkara yang negatif seperti ulangkaji pada saat-saat akhir peperiksaan, memikirkan masalah luaran yang tiada kaitan dengan diri, melanggar disiplin sekolah, melihat atau memakan benda-benda yang haram serta melakukan maksiat dan dosa kepada Allah Taala. 3.6 Persediaan di dalam dewan peperiksaan juga penting bagi seorang pelajar cemerlang seperti membaca arahan dan soalan dengan teliti, mengetahui format dan bentuk soalan yang ditanya, tulisan hendaklah jelas,terang, kemas dan mudah dibaca serta menyemak masa untuk menjawab dengan baik. Brandson seorang jutawan Amerika berkata : "Jalan pintas ke arah kejayaan ialah anda mengkaji sejarah orang yang berjaya dalam bidang yang anda pilih dan mencontohi rentaknya yang telah menyebabkan kejayaannya itu.”


16 BAB 4 : KELEBIHAN ZIKIR, ISTIGHFAR, SELAWAT, SOLAT SUNAT DAN TILAWAH AL-QURAN Antara amalan yang menjadi rahsia pelajar Muslim cemerlang dalam akademik dan kerjaya ialah ; 4,1 AMALAN ZIKIR Zikir membawa maksud mengingati Allah yang merujuk kepada ibadah dalam pelbagai bentuk melibatkan perkataan, perbuatan dan niat yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Adapun ayat al-Quran berkaitan tuntuan berzikir adalah: • Firman Allah SWT: ِذ ْكًرا َكثِي ًرا َمنُوا اذْ ُكُروا ََّّللاَ ِذي َن آ َّ َها ال يُّ َ يَا أ (al-Ahzab: 41) Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.” • Firman Allah SWT: َ ِصيًل َواذْ ُكِر ا ْسم َ َوأ ْكَرةً َربِِّ َك بُ (al-Insan: 25) Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.”


17 Di sana juga terdapat banyak hadith berkaitan galakan berzikir ini seperti: • Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ِ ِت َميِّ َح ِّيِ َوال ُل ال ِذي الَ يَذْ ُكُر َربَّهُ، َمثَ َّ َوال ِذي يَذْ ُكُر َربَّهُ َّ ُل ال َمثَ Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.” [Riwayat alBukhari (6407)] • Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ْم ْرفَ ِع َها فِي َد َر َجاتِكُ َ َوأ ْم، ْز َكا َها، ِعْن َد َمِلي ِككُ َ َوأ ٌّي: ْم، قَا َل َمِّكِ ْع َماِلكُ َ ِر أ ْم بِ َخْي ِئُكُ نَبِّ ُ َال أ أ َه ِب َ ْع َطا ِء الذَّ ِ ْم ِم ْن إ َو َخْيٍر لَكُ ، ْعنَاقَ َ ْم، فَتَ ْضِربُوا أ ْوا َع ُدَّوكُ قَ ْ ْن تَل َ ْم ِم ْن أ َو َخْيٍر لَكُ َو ِر ِق، ْ َوال َرسُو َل هللاِ؟ َو يَا ِل َك َما هُ َوذَ ُوا: ْم " قَال ْعنَاقَكُ َ َويَ ْضِربُوا أ ُهْم َع َّز َو َج َّل قَا َل: ِذ ْكُر هللاِ Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaikbaik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” [Riwayat Ahmad (27102)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih] Menurut al-Imam Ibn Qayyim dalam kitab al-Wabil al-Sayyib yang menyatakan fadhilat zikir adalah ; - Mendekatkan diri kepada Allah. - Menghidupkan hati daripada lalai. - Menjadikan hati menjadi tenang.


18 - Membuka pintu rezeki. - Memudahkan perkara yang rumit. - Menyebabkan Allah dan para Malaikat mendoakan baginya. - Merupakan tanda bersyukur kepada Allah. - Mengelakkan lidah daripada mengatakan perkara sia-sia dan dosa. - Majlis zikir adalah taman syurga. - Majlis zikir dihadiri oleh para Malaikat. 4.2 AMALAN ISTIGHFAR Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.” Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa. Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu. Ibnu Qayyim juga mengisahkan; “Aku sering menyaksikan guruku, Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) ketika menghadapi masalah-masalah berat, beliau segera bertaubat kepada Allah, memperbanyakkan istighfar, bersandar kepada-Nya dan mengharap turunnya kebenaran dari-Nya.


19 Biasanya tidak lama selepas itu, bantuan daripada Allah pun turun mencurah-curah sehingga beliau boleh memilih mana-mana sahaja jalan penyelesaian yang beliau mahu. Disamping itu, Ibnu Taimiyah sendiri berkata, “Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah masalah untukku.” Beristighfarlah kerana Allah akan memberikan banyak kebaikan di dalamnya. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangkasangka.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i). Bacalah ia dengan hati dan merasai sehingga ke dalam jiwa kita. Pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita. Antara fadhilat Istighfar yang dinyatakan oleh Dr.Yusof al-Qardhawi dalam bukunya al-Taubat ilallah ialah ; - Orang yang beristighfar akan disayangi Allah. - Orang yang beristighfar dimurahkan rezeki oleh Allah. - Orang yang beristighfar akan didoakan oleh para Malaikat. - Orang yang beristighfar akan diampunkan dosa oleh Allah.


20 - Orang yang beristighfar diberi pelepasan daripada segala masalah oleh Allah. - Beristighfar merupakan ciri orang yang beriman kepada Allah. 4.3 AMALAN SELAWAT Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan dengan begitu jelas berkaitan tuntutan untuk kita sentiasa berselawat. Antaranya: • Firman Allah SWT: َها يُّ َ ۚ يَا أ ُّو َن َعلَى النَّبِ ِّيِ َصل َو َمَلئِ َكتَهُ يُ ـهَ َّ َّن الل ِ إ ُموا تَ ْسِلي ًما ِّ ْي ِه َو َسِل ُّوا َعلَ َصل َمنُوا ِذي َن آ َّ ال (al-Ahzab: 56) Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511)] Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.


21 Di samping itu, di dalam hadith juga ada dinyatakan kelebihan atau tuntutan untuk kita sentiasa berselawat dan berzikir, antaranya: Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani). • Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ٍة َّي ِم َن ال َّصَلةِ فِي ُك ِّلِ يَ ْوِم ُج ُمعَ ْكثِ ُروا َعلَ َ أ Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” [Riwayat al-Baihaqi (5995)][Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan] • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ْي ِه بِ َها َع ْش ًرا َّى هللا َعلَ َصل َّي َصَلةً َّى َعلَ َم ْن َصل ِنَّهُ فَإ Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)] Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat. 4.4 AMALAN SOLAT SUNAT Solat sunat atau ‘nawafil’ adalah solat-solat selain daripada yang telah difardhukan. Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung (melengkapi)


22 sebarang kekurangan dalam amalan fardhu. Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan Keredhaan-Nya. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?” Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.) . Kelebihan Dan Fadilat Solat Sunat Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, setengah-setengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya. • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.


23 • Begitu juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya. • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. • Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri. . Hikmah Solat Sunat • Mendekatkan diri kepada Allah. • Dapat membentuk peribadi yang mulia. • Dapat membentuk akhlak diri yang terpuji. • Menampung kekurangan dalam solat fardu. • Memperolehi ketenangan diri dan perasaan. • Menjadikan diri sebagai mukmin yang sejati. • Menghindarkan diri daripada segala larangan Allah. • Menjadikan mukmin sentiasa mengingati Allah SWT. • Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah. • Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah. • Mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. • Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat. Antara contoh solat-solat sunat yang boleh dilakukan oleh pelajar ialah : i). Sunat Dhuha: Waktu sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga sebelum gelincirnya matahari. Banyaknya sekurang kurangnya 2 rakaat. Boleh juga


24 dilakukan 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam. ii). Sunat Tahajjud: Sunat Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari tidur di tengah malam. Adapun bangun pada waktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama. Adakalanya Baginda bangun separuh malam, adakalanya sepertiga malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan kepada ayat al-Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan-Mu mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan solat) kurang dari dua pertiga malam, ada pula separuh dan sepertiganya. iii). Sunat Taubat: Dilakukan jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah, yakni membuat dosa maka mereka menyesal akan perbuatan yang dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi, lantas mahu meminta ampun daripada Allah swt. Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt, dan ucapkanlah berulang kali, "Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya, dan aku bertaubat kepadaNya).


25 iv). Sunat Istikharah: Dilakukan jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi sukar untuk memilih yang terbaik.. Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah dibaca surah al-Kafiruun dan pada rakaat kedua selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas. v). Sunat Hajat: Jika seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan dalam sesuatu hal dan ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan pada waktu malam selepas tersedar dari tidur dan selepas mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua rakaat dan boleh juga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu salam). vi). Sunat Rawatib: Sebelum dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula solat yang disunatkan mengamalkannya. Sunat ini dinamakan sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: 1) Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk diamalkan. a) 2 rakaat sebelum Subuh b) 2 rakaat sebelum fardhu Zohor dan dua rakaat sesudahnya c) 2 rakaat sesudah Maghrib d) 2 rakaat sesudah Isya


26 2) Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari: a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Zohor dan dua rakaat sesudahnya menjadikannya 4 rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah dengan 2 salam yakni 2 yang Muakkad dan ditambah lagi dua, Ghair Muakkad) b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2 salam dan tiada selepasnya c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat selepasnya selain Muakkad (seperti Zohor) 4.5 AMALAN TILAWAH AL-QURAN Menurut Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya ‘Tip-tip Cemerlang daripada Quran’ menyatakan bahawa sumber ilmu terpenting bagi umat islam adalah Al-Quran. Kecemerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Al- Quran kerana Al-Quran adalah petunjuk Allah Taala. Tanpa petunjuk Allah Taala, manusia akan sesat dan terbabas. Allah Taala menjelaskan dalam Surah Al-Israk ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus(aqwam)”. Jesteru, mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan, ketenangan dan kecemerlangan akan menaungi mereka. Amalan membaca Al-Quran mempunyai banyak fadhilatnya, antaranya ialah ; • Mendapat ganjaran pahala membaca walaupun satu huruf.


27 -Ibnu Mas’ud telah berkata : Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Barang siapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahawa ‘alif,lam mim’ itu satu huruf,tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘lam’ satu huruf, dan ‘mim’ juga satu huruf”.(Riwayat al-Tarmizi). * Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca Al-Quran. -Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “Wahai manusia, telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu(jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Yunus:57) • Membersihkan hati yang keras dan ingatan yang tumpul. • Menyebabkan persekitaran rumah, asrama, kelas dan sekolah sentiasa dalam rahmat Allah SWT. (Panel Penulis SBP & UPSI, 2015) “Membaca setiap hari minimum satu muka surat , membaca makna ayat dan menghafaz surah Lazim. Solat hajat setiap malam tiga bulan sebelum peperiksaan”- Nik Nur Madihah –SPM 20A Tahun 2008


28 BAB 5 : AMALAN PEMAKANAN SUNNAH Amalan pemakanan Sunnah ialah mengamalkan tabiat makan yang sihat, berkhasiat, halal dan berkualiti untuk menguatkan badan dan akal agar dapat menunaikan tugas sebagai hamba Allah SWT.(Panel Penulis SBP & UPSI,2015) Rasulullah hanya makan/minum makanan/minuman yang halal mengikut syariat dan berkhasiat. Beberapa jenis makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah : 1. Air Zamzam - Kajian saintifik menunjukkan bahawa air zamzam mempunyai struktur molekul air yang unik dan bersifat beralkali. Ciri ini dapat mengimbangi keasidan di dalam badan. - Di samping itu, ia mengandungi banyak mineral seperti fluorida, kalsium, klorida, sulfat, bikarbonat, kalium dan natrium. - Imam At-Tirmizi menerangkan bahawa air zamzam yang diminum akan memberi manfaat kepada seseorang mengikut hajat baik orang tersebut. 2. Daging kambing bahagian lengan Bahagian ini : - Mengandungi kurang lemak. - Paling lembut.


29 - Mudah dihancurkan / dihadamkan. - Mengandungi banyak zat besi. - Memberi tenaga untuk kekuatan otot dan membangkitkan semangat. 3. Roti yang diperbuat daripada tepung barli yang tidak diproses - Mengekalkan serat dan khasiat vitamin kerana lapisan bran dikekalkan. 4. Susu - Susu yang mengandungi khasiat yang lengkap terdiri daripada protein, lemak dan mineral yang dapat membantu pembentukan tulang serta mencegah penyakit anemia. - Kajian mendapati bahawa susu kambing dapat memberikan lebih khasiat kepada badan berbanding susu lembu. 5. Keju - Rasulullah SAW menyukai keju yang diperbuat daripada susu lembu dan kambing. Keju rendah lemak mempunyai lebih manfaat sama seperti susu rendah lemak. 6. Kurma - Menurut kajian yang dilakukan oleh al-Shahib, W and Marshall, RJ bertajuk (The Fruit Of The Date Palm : Its Possible Use As The Best Food For The Future dan International Journal of Food and Science Nutrition, 2003), buah kurma boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan kerana ia mengandungi :


30 - 15 jenis garam dan mineral, - Kaya dengan vitamin, - Kadar karbohidrat yang tinggi (44-88%), - Serat (6.4-11.5%), - Protein (2.3-5.6%), - Lemak (0.2-0.5%) dan - Minyak (0.2-0.5%). - Mengandungi 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yang popular seperti oren, epal dan pisang. - Kurma juga mengandungi : Fluorin yang membantu meningkatkan kesihatan gigi, dan Selenium yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan bagi mencegah kanser. 7. Anggur - Kandungan vitamin C dan B6 cukup tinggi serta mineral kalium yang berfaedah untuk saluran pencernaan dan saluran kencing kerana bersifat diuretik. - Biji anggur mengandungi antioksidan pycnogenolyang berfungsi sebagai : Penguat kolagen, Meningkatkan fungsi pembuluh darah, dan Anti-penuaan.


31 - Kulit anggur kaya dengan flavanoid yang dapat mencegah risiko strok dan darah tinggi. - Anggur juga mengandungi Tannin yang mampu mencegah kerosakan gigi. 8. Cuka kurma Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa cuka kurma dapat : - Mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser) - Menyucikan darah - Membaiki masalah pencernaan di perut - Masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan - Menjaga kulit daripada kepanasan matahari - Mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol) - Menstabilkan asid dan garam di badan - Membuang keracunan badan (toksik) - Masalah Rahim - Menguatkan gigi, mata dan telinga. 9. Madu Hasil kajian Universiti Zagreb di Croatia dan penemuan yang dimuatkan dalam Journal of the Science of Food and Agriculture menunjukkan madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser. Menurut dapatan kajian di Universiti Memphis di Tennessee, madu lebah sesuai untuk ahli-ahli sukan kerana mengawal kadar hormon kortisol di tahap rendah untuk meningkatkan lagi daya kekuatan otot. Madu juga merupakan sumber tenaga asli yang baik untuk semua orang termasuk ahli-


32 ahli sukan seperti yang dilaporkan dalam artikel Honey For The Fast Track oleh British Honey Importers and Packers Association (BHIPA) Online di honeyassociation.com. Profesor Madya Peter Charles Molan dari Universiti Waikato, New Zealand mengkaji dan mendapati madu lebah mampu membunuh pelbagai jenis kuman sama ada daripada jenis bakteria, fungus atau protozoa. Hasil kajian University of Wales Institute Cardiff (UWIC), madu lebah berfungsi sebagai antibiotik di mana ia mampu menembusi sistem pertahanan kuman sekaligus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman. 10. Barli Kajian berkaitan barli menunjukkan bahawa ia berkhasiat untuk mereka yang mengalami demam kerana ia lembut serta mudah dihadam. Di samping itu, ia dapat menurunkan kolesterol serta dapat melindungi usus daripada penyakit kanser. 11. Jintan Hitam (Habbatussauda’) Pelbagai penyelidikan terhadap jintan hitam menemukan kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan antiradang dan antitumor serta meningkatkan sistem imunisasi badan. 12. Minyak Zaitun Minyak ini mempunyai lemak mono tak tepu yang mempunyai kelebihan seperti dapat melindungi diri daripada penyakit koronari jantung, menurunkan paras kolesterol darah, mengawal tekanan darah serta


33 melindungi diri daripada kanser.( http://www.myhealth.gov.my/makanansunnah/) Di dalam buku ‘Rasulullah is My Doctor’ karangan Jerry D.Gray menyatakan bahawa antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan ialah ; • Buah Kurma • Buah Tin • Buah Kismis • Madu • Susu Segar • Kekacang • Habbatus Sauda’ • Buah Delima • Buah Tembikai • Halia • Lemon • Minyak Zaitun Kesimpulannya, amalan pemakanan Sunnah ini telah terbukti dapat mempengaruhi perkembangan otak dan minda para pelajar seterusnya memberi kesan kepada kecemerlangan diri pelajar. Ya Allah,aku ingin berjaya bukanlah kerana aku ingin takbur kepada-Mu tetapi aku ingin membuktikan kebesaran-Mu bahawa Kau selalu bersama orang yang berusaha,bersabar dan bertawakkal. Ya Allah, jika bukan Kau yang memberikan keluargaku ketabahan selama ini, kami akan jauh dari-Mu.Dalam Kemiskinan duniawi,Kau telah menghidupkan keluarga kami dengan kasih sayang,ketenangan dan keharmonian.Tamaknya aku Ya Allah,kerana terus bermohon pada-Mu supaya Kau kekal memberikan kami nikmat. Aku ingin membahagiakan ibubapa,guru-guru,teman-teman dan umat Islam atas kejayaanku. Ya Allah Ya Tuhanku,perkenankanlah hajatku..(Nik Nur Madihah)


34 BAB 6: AMALAN MENJELANG HARI PEPERIKSAAN Pertama : Memulakan pada setiap kali ingin membaca buku atau ulangkaji pelajaran dengan membaca : Kedua : Membaca doa sebelum membaca buku atau mengulangkaji pelajaran: Erti : Ya Allah, bukakanlah bagi kami ilmu dan berikanlah kami rahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Besar dan Mulia.Wahai Tuhanku Engkau permudahkanlah dan jangan Engkau payahkan. Wahai Tuhan Engkau sempurnakanlah dengan kebaikan. “DOA ADALAH SENJATA ORANG BERIMAN”


35 Ketiga : Membaca doa selepas setiap kali selesai membaca buku atau mengulangkaji pelajaran ; Keempat : Membaca Surah Quraisy ketika dalam perjalanan ke Dewan peperiksaan ; Kelima : Membaca doa untuk menghilangkan keresahan hati sepanjang peperiksaan ;


36 Erti : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Keenam : Membaca doa sebelum menjawab soalan pepriksaan ; Erti : Ya Allah, peliharalah apa yang telah aku pelajari dan Kembalikan (apa yang telah lupa) kepadaku apabila aku berhajat. Ketujuh : Membaca Selawat Nabi apabila terlupa ketika menjawab soalan ; Kelapan : Membaca doa setelah selesai menjawab dan semasa menyerahkan kertas jawapan ; Erti : Aku bertawakkal (berserah diri) kepada Allah.


37 Kesembilan : Membaca doa sepanjang waktu peperiksaan ; Kesepuluh : Membaca doa setiap kali selepas solat fardhu ; Erti : Wahai Tuhan yang menguasai segala kebajikan, Wahai Tuhan yang membuka dan yang mengetahui , bukakanlah oleh-Mu bagiku segala pintu ilmu-Mu dan pintu Nikmat-Mu. Kesebelas : Doa agar beroleh kefahaman dan kuat Ingatan. (Al-Anbiyak :ayat 79) Erti :” Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih Tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua iaitu Daud dan Sulaiman) Kami berikan nikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan ungags memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud, adalah Kami


38 berkuasa melakukan semuanya itu.” Kedua Belas : Doa apabila Menghadapi Tekanan dan Stress (Ali-Imran :ayat 173) Erti : “ Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)”.


39 RUMUSAN Kecemerlangan pelajar bukanlah sesuatu yang mudah dicapai dalam hidup. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih secara berterusan tanpa mengenal penat dan lelah. Sesuatu usaha yang dilakukan oleh pelajar untuk berjaya tidak akan tercapai sekiranya tidak melalui proses dan disiplin yang tinggi serta tawakkal kepada Allah Taala. Amalan-amalan seharian yang berkait dengan kerohanian dan pengantungan kepada Allah Taala amat memainkan peranan penting untuk memastikan kecemerlangan pelajar. Tiada guna cemerlang tanpa akhlak dan amal yang baik dalam hidup ibarat roh tanpa jasad. Jesteru itu, semoga buku kecil ini dapat memberi panduan kepada para pelajar Muslim untuk cemerlang mengikut acuan islam agar kecemerlangan yang ingin dicapai itu mendapat keredhaan Allah Taala. Semoga para pelajar terus memburu kecemerlangan dunia dan akhirat serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta berbakti kepada ibubapa. Jadilah insan yang memberi manfaat kepada orang lain sama ada kecil atau besar sumbangan tersebut. “MAN JADDA WA JADA”


40 BIODATA PENULIS Mohd Zamri bin A.Rashid dilahirkan pada 18hb.December 1973 di Besut, Terengganu Darul Iman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kerandang, Besut pada tahun 1980-1983 dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja pada tahun 1984-1985. Kemudian menyambung pendidikan di peringkat sekolah Menengah di Sekolah Menengah Agama Maarif, Kg.Raja, Besut bermula tahun 1986-1988 (SRP). Kemudian mendapat tawaran untuk melanjutkan pendidikan di peringkat menengah atas di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1989-1990 (SPM). Seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Gong Badak pada tahun 1991-1994 dalam bidang Bahasa Arab dengan Pendidikan. Atas dasar ingin terus menuntut ilmu,kemudian melanjutkan lagi pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada tahun 1995-1998 dalam bidang Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan). Semangat untuk belajar terus membara, seterusnya melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana (M.A) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu pada tahun 2012-2015 dalam bidang Dakwah. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di SMK. Merotai Besar, Tawau, Sabah pada tahun 1994-1995 serta di SMK. Bukit Lima, Sibu, Sarawak pada tahun 1998-2004 dan pernah dilantik sebagai Penolong Kanan ( Hal Ehwal Murid) semasa berkhidmat di sana. Bermula tahun 2005, berkhidmat di SMK.Methodist, Sungai Siput(U), Perak dan dilantik sebagai Guru Kanan Kemanusiaan pada tahun 2016. Seterusnya memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2019 hingga sekarang. Telah berumah tangga dengan pasangan, Norazhariah Bt. Mohd Noor dan dikurniakan 4 orang cahaya mata (2 putera dan 2 puteri) serta bergiat aktif dalam program-program di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Penulis boleh dihubungi melalui email ([email protected])


41 RUJUKAN Al-Quran Al Karim Abdullah Basmeih.2013. Tafsir Pimpinan Al Rahman kepada Pengertian AlQuran.Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn.Bhd. Danial Zainal Abidin.2017.Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Selangor:PTS Islamika Sdn.Bhd., Hanif Hj.Ghazali.2007.40 Amalan Penerang Hati & Penguat Ingatan. Kedah:Madrasah Zubaidiyah. Hushim Hj.Salleh.2013.10 Elemen Untuk Mencapai Kejayaan. Klang: Bukit Tinggi Business Management. Ibn Qayyim.t.t.Al-Wabil al-Sayyib. Beirut,Lebanon:Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Ismail Kamus,Dato’.1997.Doa Konsep & Amalan. Kuala Lumpur : At Tafkir Enterprise. Jerry D.Gray.pent.Amirul Awatif Ghazali.2013.Rasulullah is My Doctor. Selangor:PTS Islamika Sdn.Bhd. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal & Ummu Hani Abu Hassan.2009.Catatan Hati Nik Nur Madihah. Selangor:Hijjaz Records Publishing. Panel Penulis SBP & UPSI.2015.Terapi Jiwa Murid Muslim. Shah Alam :Cerdik Publication Sdn.Bhd. Panel Penulis SBP & UPSI.2014.Mudahnya untuk Berjaya. Shah Alam:Cerdik Publication Sdn.Bhd. Siti Nor Bahyah Mahammod,et al.2006.101 Adab dan Petua Kecemerlangan Pelajar. Kuala Lumpur:Telaga Biru Sdn.Bhd.


42 Zulkifli Mohamad al-Bakri.2013.Hebatnya Kuasa Hafazan. Selangor:PTS Islamika Sdn.Bhd, http://www.myhealth.gov.my/makanan-sunnah/ https://www.scirp.org/(S(i43dyn45teexjx455qlt3d2q))/reference/Reference sPapers.aspx?ReferenceID=1859161


43 LAMPIRAN CONTOH MATLAMAT DIRI (Model : George T.Doran ,1981) TAHUN (UMUR) WAWASAN DIRI WAWASAN KELUARGA WAWASAN UMMAH Cth : 2021 (17 thn) -Kejayaan dalam SPM (10 A) -Membahagiakan ibubapa dan adik beradik - Menjadi Bilal di Surau kampung. 2022 (18 thn) -Masuk IPTA / IPG


44 CONTOH AMALAN JADUAL BELAJAR HARI PERSEKOLAHAN ( AHAD / ISNIN HINGGA KHAMIS / JUMAAT) 4.00 - 7.00 am 7.30 - 2.00 pm 2.00 - 2.30 pm 2.30 - 4.30 pm 4.30 - 5.00 pm 5.00 - 6.30 pm 6.30 - 7.30 pm 7.30 - 9.00 pm 9.00 - 11.00 pm 11.00 - 4.00 am *Bangun tidur *Solat Sunat Taubat *Solat Sunat Tahajud *Solat Sunat Hajat *Ulangkaji Pelajaran *Solat Subuh *Bersiap ke Sekolah *Sarapan pagi *Sessi Pembelajaran di Sekolah (Fokus 100%) *Rehat (Solat sunat Dhuha) *Solat Zohor *Makan Tengahari *Rehat *Kelas Tambahan / Ulangkaji *Solat Asar *Rehat *Riadah *Aktiviti santai *Kemas diri *Makan malam *Solat Maghrib *Membaca Al Quran *Baca Yaasin / Doa AlMa’thurat *Solat Isyak *Ulangkaji * Buat Kerja sekolah (Fokus 100%) *Kemas Beg Sekolah *Berwuduk *Baca Surah AlMulk. *Berdoa *Tidur HARI CUTI HUJUNG MINGGU (JUMAAT & SABTU ATAU SABTU & AHAD) 5.30 - 7.30 am 7.30 - 1.30 pm 1.30 - 3.00 pm 3.00 - 4.30 pm 4.30 - 5.00 pm 5.00 - 6.30 pm 6.30 - 7.30 pm 7.30 - 9.00 pm 9.00 - 11.00 pm 11.00 - 5.30 am *Bangun tidur *Baca Al Quran *Solat Subuh *Siapkan diri *Sarapan pagi *Kemas Bilik *Tolong Ibubapa *Solat Sunat Dhuha. *Ulangkaji / buat kerja sekolah *Solat Zohor / Jumaat *Makan Tengahari *Rehat *Kelas Tambahan / Ulangkaji *Solat Asar *Rehat *Riadah *Aktiviti santai *Kemas diri *Makan malam *Solat Maghrib *Membaca Al Quran *Baca Yaasin / Doa AlMa’thurat. *Solat Isyak *Ulangkaji * Buat Kerja sekolah (Fokus 100%) *Berwuduk *Baca Surah AlMulk *Berdoa *Tidur


45


Click to View FlipBook Version