The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku cerita ini mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Sang Tupai dan Sang Nuri.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazifaaina31, 2022-05-09 06:55:26

Sang Tupai dan Sang Nuri

Buku cerita ini mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Sang Tupai dan Sang Nuri.

Sang Tupai
dan

Sang Nuri

Di dalam hutan yang hijau dan damai itu, tinggalnya seekor tupai di pohon kayu
besar dan rendang. Sang tupai sudah lama mendiami pokok tersebut dan sangat
selesa berada di situ. Pokok itu juga terdapat daun- daun yang melindungi
dirinya daripada terkena panahan matahari pada waktu siang. Setiap hari tupai
akan mengemas dan membersihkan tempat tinggalnya itu.

1

2

Selang daripada pohon tupai tersebut, tinggal pula Sang Nuri. Disebabkan tempat
tinggal mereka berdekatan, kian hari hubungan mereka semakin akrab dan
menjadi sahabat baik. Walaupun makanan kegemaran mereka tidak sama, ia tidak
menghalang mereka untuk menjadi sahabat baik. Tupai amat menyayangi Nuri.
Begitu juga dengan Nuri. Apabila mempunyai masalah, mereka sentiasa membantu
antara satu sama lain.

3

4

Pada suatu hari, tupai mendapat perkhabaran bahawa sahabat jauhnya telah jatuh

sakit. Setelah mendengar berita tersebut, Tupai pergi ke sarang Nuri untuk

memberitahu bahawa dia membuat keputusan untuk menziarahi sahabat jauhnya

itu.

“Di manakah sahabat kau itu tinggal?” tanya Nuri ingin tahu.

“Sahabatku itu tinggal di hutan seberang sungai sana.” kata Sang Tupai.

“Oh, berapa lama kau akan pergi?” tanya Nuri.

Lalu Sang Tupai menjawab “Aku tidak pasti, mungkin apabila aku melihatnya

semakin sembuh, aku akan kembali ke sini. Lagipun sudah berbulan aku tidak

menjenguknya. Kasihan dia.” 5

6

“Oh, apa kau mahu aku teman kau ke sana?” ujar Nuri kerisauan.
“Tidak mengapa, kau jangan risau! Aku boleh pergi bersendirian. Tetapi bolehkah
aku meminta pertolonganmu? kata Tupai.

“Apa dia Sang Tupai?”
“Selama aku tiada, boleh kau tengok- tengokkan sarangku?" tanya Tupai.
Pantas Nuri menjawab soalan Tupai, “Boleh, jangan kau risau. Semoga kau sampai
dengan selamat ya dan sampaikan salamku pada sahabat jauhmu itu nanti.”
Tupai mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Nuri. Tidak lama
kemudian, Tupai pun beredar meninggalkan Nuri.

7

8

Hari semakin hari selepas ketiadaan Tupai, rindu Nuri pada sahabat baiknya makin
terasa. “Apakah yang sedang Tupai lakukan, adakah dia sudah melupakanku,’’ bisik
hati kecilnya. Nuri memandang sarang Tupai dari pohonnya yang tidak jauh dari situ,
namun kelibat Tupai tidak kelihatan.

Nuri turut pergi ke sarang Tupai untuk membersihkan tempat tinggalnya.

9

10

Namun, setelah berbulan- bulan merasakan kesepian, Nuri berasa penat dan
berputus asa untuk menunggu sahabat baiknya itu. Dia berfikir bahawa Tupai tidak
mahu lagi kembali di sini dan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dari
sudut hati, dia berasa amat sedih dan kecewa memikirkan hal itu. Nuri juga tidak lagi
membersihkan sarang Tupai seperti hari yang lalu.

11

12

Pada suatu hari, sedang Nuri keluar mencari makanan, terdapat cahaya di atas tanah
membuatkannya berhenti untuk melihat dengan lebih dekat. Setelah melihat dari
dekat, Nuri berasa sangat teruja.

“Wah, tidak sangka aku menjumpai cincin emas di tengah hutan ini!” jerit Nuri.
“Sepanjang aku keluar dengan Tupai, tidak pernah aku bernasib baik sebegini.”
katanya lagi dengan nada riak seolah- olah Tupai membawa nasib malang."
Setelah kejadian tersebut, Nuri bersikap angkuh dengan penghuni hutan yang
lain. Dia merasakan bahawa dia adalah mahkluk yang paling bertuah. Nuri juga
sentiasa memakai cincin yang telah dijadikan sebagai rantai di lehernya.

13

14

Keesokan harinya, Nuri memutuskan untuk berehat di sarangnya sahaja. Dia berasa
malas untuk kemana-mana. Sedang Nuri berehat, dia terdengar perbualan Sang
Kancil dan Sang Gajah di bawah pohonnya itu.

“Eh kancil! Kau tahukah tupai akan pulang hari ini?” tanya Sang Gajah.
“Benarkah, mana kau tahu?” soal Sang Kancil.
Sang Gajah lalu menjawab “Aku mendengar khabar dari saudaraku yang tinggal
di hutan seberang sana.”
“Wah, aku tidak sabar menanti kepulangannya.”

15

Mendengar perbualan tersebut, Nuri berasa gembira namun
senyumannya hilang apabila teringat bahawa dia tidak lagi menjaga
sarang Tupai seperti yang dijanjikannya.

16

Dua jam kemudian, sarang Nuri didatangi tupai secara mengejut.
“Apa kau buat disarangku ini?’ ujar Nuri.
“Sudah lama kita tidak bertemu, mengapa kau tidak tepati janji untuk menjaga

sarangku.” kata Tupai dengan kecewa.
“Aku tidak mahu lagi berteman dengan kau, lagipun kau tidak layak menjadi

sahabatku. Semua penghuni di hutan ini juga tahu aku paling bertuah di sini.” ujar
Nuri dengan nada riak.

“Kau nampak cincin emas ini? Aku jumpanya di tengah hutan ketika keluar
bersendirian. Pernah kau jumpa harta sebegini Tupai?” senyum Nuri dengan sinis.

17

18

Tatkala melihat perbezaan sikap Nuri itu, Tupai hanya menggelengkan kepala dan
beredar dari situ. Dia tidak mahu lagi meneruskan perbualan kosong itu. Setelah
kejadian itu, kedua- duanya tidak lagi bertegur sapa. Sang tupai menjalani hidupnya
dengan meluangkan masa bersama penghuni hutan yang lain. Manakala, Nuri masih
lagi bersikap angkuh.

19

20

Pada satu hari, Nuri terbang untuk melihat keindahan hutan di sekelilingnya. Sedang
dia terbang, rantai yang dipakainya itu jatuh ke tanah.

“Oh tidak, cincin emasku! jerit Nuri.
Nuri terus ke bawah untuk mencari cincin tersebut. Hampir sejam mencari, Nuri
berasa lelah kerana belum menjumpai cincinya itu.
Tiba- tiba, tupai datang menegurnya “Nuri, apa yang kau sedang buat?”
Nuri mendiamkan diri lama kerana malu untuk memberitahu hal yang sebenar
kepada tupai.

21

22

“Hei, Nuri! Kau ada masalahkah?” tegur Tupai lagi.
“Cincin emasku jatuh semasa aku seronok makan angin di atas tadi.” kata Nuri

perlahan.
Tupai pun berkata “Marilah, aku bantu kau cari.”

Setelah menghabiskan masa dan tenaga, akhirnya tupai menjumpai cincin emas di
semak berhampiran situ.

“Nuri, mari sini! Aku sudah jumpa cincin kau!”

23

24

Nuri seakan tidak percaya. Apabila melihat Sang Tupai memegang cincin itu, dia
berasa terharu lalu mengucapkan terima kasih kerana Tupai masih ingin
membantunya setelah apa yang dilakukannya.

“Terima kasih Tupai. Aku mintak maaf kerana telah menyakitkan hati kau selama
ni. Tidak tahu bila aku akan jumpa cincin tu jika kau tiada…” ujar Nuri yang teresak
esak itu.

“Tidak mengapa, aku ikhlas. Semoga kau tidak mengulangi kesilapan sama lagi”
pesan Tupai lalu memeluk sahabat yang dirinduinya itu.

25

26

Sejak peristiwa itu, Tupai dan Nuri menjadi sahabat baik kembali. Penghuni di hutan
lain juga gembira kerana Nuri tidak lagi bersifat angkuh malah sentiasa membantu
rakan yang lain.

PENGAJARAN:
Janganlah bersikap sombong dengan apa yang kita miliki kerana apabila susah

pasti kita memerlukan pertolongan orang lain.

27

28

Tupai yang Baik Hati

Tupai dan Nuri tinggal di hutan yang sama.
Mereka berkawan baik dan saling membantu
antara satu sama lain. Pada suatu hari, Tupai
terpaksa meninggalkan Nuri kerana ingin
menziarahinya sahabat jauhnya. Namun,
selepas ketiadaan Tupai, sikap Nuri berubah
apabila menjumpai sesuatu di tengah hutan.
Tiba- tiba, Tupai kembali dan berlaku
pertengkaran di sarangnya. Setelah kejadian
itu, mereka tidak lagi bertegur sapa. Adakah
Tupai dan Nuri akan berbaik kembali?


Click to View FlipBook Version