LEBIH BAIK CEGAH
Kami dengan rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru serta ibubapa kami yang telah memberi tunjuk ajar dalam menjayakan projek "Murid Ceria, Guru Bahagia, dan Sekolah Bitara“ ini. Bimbingan, sokongan teknikal dan dedikasi yang diberikan oleh guruguru kami menjadi pendorong bagi kami menjayakan projek ini dengan jayanya. Sumbangan dan usaha semua telah mencerahkan perjalanan projek kami yang bertema "Murid Ceria, Guru Bahagia, dan Sekolah Bitara". Terima kasih, semua.
• Nama: Sreeraam A/L Ramesh • No. MyKid : 121007-08-0025 • Nama: Jayamathi A/P Sathiabalan • No. MyKid : 120925-08-1284
Dalam era yang semakin kompleks ini, pendidikan bukanlah sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk individu yang berkualiti dan bertanggungjawab. Oleh itu, adalah penting untuk menusukkan elemen pencegahan dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, serta penyakit HIV/AIDS di kalangan pelajar. Dalam buku skrap ini, kita akan melihat betapa pentingnya peranan murid, guru, dan sekolah untuk mencapai cita-cita yang lebih baik.
Guru haruslah memberikan pengetahuan tentang pencegahan dadah kepada muridmurid. Bimbingan efektif guru akan membantu murid hidup sihat dan bebas daripada penyalahgunaan bahan-bahan bahaya ini. Guru juga hendaklah sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada diri seseorang murid. LEBIH BAIK CEGAH !!!
Sebagai pemimpin masa depan, murid-murid perlulah mempunyai kesedaran mengenai bahayanya dadah serta kesannya terhadap kesihatan diri mereka. Murid perlu dididik bahawa penggunaaan dadah, alkohol, rokok, vape dan inhalan akan menghalang prestasi pencapaian mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Murid-murid juga haruslah mengisi masa lapang mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan.
Program-program kesedaran mengenai bahayanya dadah hendaklah diberi kepada murid-murid, para guru serta semua ibu bapa. Bahan bacaan mengenai ancaman dadah juga perlu diedarkan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat. Selain itu, sekolah juga harus mewujudkan persekitaran positif supaya murid dapat memilih gaya hidup sihat untuk masa depan yang cerah. Ini dapat melahirkan masyarakat yang bebas daripada belenggu dadah. SEKOLAH LEBIH BAIK CEGAH
Usaha pencegahan dadah adalah tanggungjawab bersama murid, guru, warga sekolah dan masyarakat. Dengan memberikan pendidikan yang menyeluruh tentang betapa bahayanya dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, dan HIV/AIDS, kita dapat mewujudkan generasi yang sihat, ceria, dan berjaya. Kita semua perlu berganding bahu membanteras dadah yang merupakan musuh negara dan bangsa. Marilah bersatu menjayakan slogan, ‘Murid Ceria, Guru Bahagia Dan Sekolah Bitara’.