Smart e-Book
KERTAS 1 SPM
2004 – 2019
Tingkatan 5
Latih tubi pantas
Soalan sebenar SPM
Disertakan sekali soalan dan jawapan
Modul Bacalah Sayang
Bab 1 Isi Kandungan 3
Bab 2 19
Bab 3 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 35
Bab 4 Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua 48
Bab 5 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa 60
Bab 6 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia 70
Bab 7 Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka 82
Bab 8 Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia 94
Bab 9 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia 107
Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SPM 2015
22 Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun
1914.
Apakah keistimewaan wilayah tersebut ?
A Politik stabil
B Pentadbiran mantap
C Banyak bahan mentah
D Mata wang sistematik
SPM 2012
23 Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19 ?
A Bahan mentah banyak
B Tenaga mahir ramai
C Tanah subur
D Pasaran luas
SPM 2007
Tokoh A : Hasil keluaran kilang kita semakin meningkat.
Tokoh B : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya dalam negara.
Tokoh C : Apakah tindakan kita, tuan ?
20 Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17
Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A ?
A Mencari pasaran
B Mencipta kapal wap
C Mendirikan lebih banyak kilang
D Mengadakan hubungan diplomatik
SPM 2018
23 Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke-17, telah membantu kuasa-kuasa Barat
menjalankan kegiatan imperialisme di Asia Tenggara.
Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme ?
A Menjimatkan kos
B Mempercepat arahan
C Mempermudah kegiatan perisikan
D Membolehkan penyebaran propaganda
SPMU 2018
21 Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19.
Pembukaan Terusan Suez
Penggunaan telegraf
Penggunaan kapal wap
Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara ?
A Perkembangan pengangkutan laut
B Peningkatan taraf hidup penduduk
C Perluasan imperialisme Barat
D Pertambahan imigran Eropah
SPM 2005
Slogan Kuasa
Beban Orang Putih British
Perancis
X
21 Rajah di atas adalah slogan penjajah Barat Timur.
X ialah
A Asia untuk orang Asia
B Asia tanggungjawab Barat
C Tugas menyebarkan tamadun
D Agama tanggungjawab bersama
SPM 2004
22
Beban orang putih
Tugas mentamadunkan manusia
Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di atas ?
A Melaksanakan dasar imperialisme
B Mengatasi masalah kepadatan penduduk
C Memajukan ekonomi penduduk tempatan
D Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat
SPMU 2014
24 Imperialis Barat telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara.
Apakah perubahan yang diperkenalkan melalui sistem tersebut ?
A Penekanan konsep persamaan taraf
B Peluasan peluang pendidikan
C Pembesar mengetuai jabatan
D Penubuhan kerajaan pusat
SPM 2013
21 Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia
Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut ?
A Pengekalan pemerintahan beraja
B Pelantikan pembesar daerah
C Pengenalan sistem ufti
D Pentadbiran melalui biro
SPM 2004
23 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat di Asia Tenggara ?
I Kedudukan pemimpin setempat dikekalkan
II Gabenor Jeneral berkuasa memungut cukai
III Jabatan kerajaan diketuai oleh pegawai Barat
IV Undang-undang Barat digunakan secara meluas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2016
21 Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.
Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah ?
A Syarat kerakyatan ketat
B Harga komoditi rendah
C Imigran bertambah
D Cukai tinggi
SPM 2014
22 Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.
Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut ?
A Ekonomi sara diri terjejas
B Cukai yang membebankan
C Perusahaan tradisional terancam
D Perdagangan tukar barang terganggu
SPMU 2014
22 Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan jawatan Encomiendero di Filipina.
Apakah tugas jawatan tersebut ?
I Mengutip cukai
II Memelihara keamanan
III Menggubal undang-undang
IV Memajukan kegiatan pertanian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2005
Sistem Ecomienda telah diperkenalkan oleh
Sepanyol di Filipina.
22 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem di atas ?
I Mengutip cukai
II Menjaga tanaman
III Menasihati pemerintah
IV Mengkristiankan penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2018
22 Apakah kesan pengenalan undang-undang Barat semasa penjajahan British di Burma ?
A Ekonomi dikuasai oleh orang Cina
B Kuasa golongan Mandarin bertambah
C Pengaruh golongan agama merosot
D Kemerdekaan negara dipercepat
SPMU 2015
22 Apakah kesan pengenalan akta berikut terhadap Burma ?
Tahun Akta
1887 Akta Kampung Ulu Burma
1889 Akta Perkampungan Burma
A Pengaruh golongan agama meningkat
B Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C Pendapatan penduduk tempatan merosot
D Kedudukan raja semakin kukuh
SPM 2010
22 Apakah kesan akta berikut terhadap masyarakat Burma ?
Akta Kampung Ulu Burma (1887)
Akta Perkampungan Burma (1889)
A Peningkatan taraf hidup
B Penindasan golongan petani
C Pengukuhan golongan agama
D Penghapusan pentadbiran tradisional
SPM 2006
Tahun Perkara
Akta Kampung Ulu Burma
1887 Akta Perkampungan Burma
1889
23 Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma ?
A Pengaruh golongan agama meningkat
B Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C Kedudukan institusi beraja diperkukuhkan
D Pendapatan penduduk tempatan merosot
SPMU 2019
21 Gambar 2 menunjukkan pembesar Mandarin di Vietnam sebelum kedatangan Perancis.
Bagaimanakah cara perlantikan pembesar tersebut ke dalam pentadbiran.
A Warisan turun-temurun
B Melalui peperiksaan
C Diperkenan oleh raja
D Cadangan golongan agama
SPM 2015
21 Gambar 2 menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam.
Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik ?
A Keputusan pembesar tradisional
B Pemilihan oleh rakyat
C Perlantikan oleh penjajah
D Melalui sistem peperiksaan
SPM 2006
24 Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui
A Peperiksaan
B Pemilihan rakyat
C Pelantikan maharaja
D Persetujuan golongan bangsawan
SPM 2005
Terdapat persamaan pemilihan golongan Mandarin dalam birokrasi di
Vietnam dengan sistem pentadbiran Tanah Besar China.
23 Merujuk pernyataan di atas, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan
A Pungutan suara rakyat
B Pencapaian dalam peperiksaan
C Pelantikan oleh Gabenor Jeneral
D Pencalonan oleh pembesar tempatan
SPMU 2015
22 Rajah 3 menunjukkan wilayah yang disatukan oleh Perancis dalam Persekutuan Indochina
(Union Indochinoise).
Vietnam
Union Indochinoise
Kemboja Laos
Apakah tujuan Perancis menyatukan wilayah tersebut ?
A Mempertahankan sistem monarki
B Memperkukuhkan penguasaan politik
C Memantapkan pentadbiran tradisional
D Meningkatkan taraf penduduk peribumi
SPM 2018
25 Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang diwujudkan oleh British di Tanah Melayu.
Residen
Penasihat British
Mengapakah British mewujudkan jawatan tersebut ?
A Melatih peribumi dalam pentadbiran
B Memperbaik taraf hidup penduduk
C Mengekalkan kedaulatan negeri
D Menguasai sumber ekonomi
SPM 2013
22 British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20.
Residen
Penasihat British
Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut ?
A Menjaga kepentingan penduduk tempatan
B Menasihati sultan dalam pentadbiran
C Memperkukuh pentadbiran tradisional
D Melatih pembesar tempatan mentadbir
SPM 2014
21 British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan ?
A Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
B Pengaruh golongan agama merosot
C Pemimpin kehilangan kuasa
D Tanah peribumi dirampas
SPM 2012
21 British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan ?
A Tanah peribumi dirampas
B Pemimpin kehilangan kuasa
C Pengaruh golongan agama merosot
D Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
SPMU 2017
21 Jadual 2 berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.
Pemerintah Thailand Tindakan
Raja Mongkut Memperkenalkan sistem birokrasi
Raja Chulalongkorn Barat di Thailand
Jadual 2
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut ?
A Persaingan kuasa besar
B Pemantapan kuasa pemerintah
C Pengekalan kemerdekaan negara
D Penguasaan ekonomi oleh pembesar
SPM 2006
27 Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thailand ?
A Persaingan kuasa Barat
B Pemantapan kuasa raja
C Pengekalan kemerdekaan
D Penguasaan ekonomi oleh pembesar
SPMU 2016
21 Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya ?
A Kekuatan tentera
B Perkongsian kuasa
C Kedudukan strategik
D Pemodenan pentadbiran
SPM 2009
21 Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad
ke-19.
Tokoh Perubahan yang dibuat
Raja Mongkut Melantik 80 orang penasihat British.
Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah.
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan ?
A Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja
B Memantapkan pentadbiran kerajaan
C Memelihara kedaulatan negara
D Memenuhi tuntutan rakyat
SPM 2012
22 Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia ?
A Meningkatkan ekonomi
B Mewujudkan jurang ekonomi
C Menghapuskan cukai pertanian
D Menyediakan peluang pekerjaan
SPM 2008
22 Jadual 1 merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia
Kedua.
Novel Penulis
Noli Me Tangere Jose Rizal
Kerikil-Kerikil Tajam Chairil Anwar
Putera Gunung Tahan Pak Sako
Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut ?
A Nasib kaum wanita
B Penindasan oleh penjajah
C Peningkatan status sosial
D Tuntutan kemerdekaan
SPMU 2016
22 Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo di Filipina.
Apakah kesan pengenalan sistem tersebut ?
A Pertambahan tenaga kerja asing
B Penindasan penduduk peribumi
C Pengangguran semakin meningkat
D Pengeluaran hasil pertanian berkurangan
SPMU 2017
22 Mengapakah penduduk tempatan Filipina menentang penjajah Sepanyol walaupun menganut
kepercayaan yang sama ?
A Menjadi buruh paksa
B Dianggap kelas kedua
C Mazhab agama berbeza
D Dikerah menjadi tentera
SPMU 2017
26 Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera
sebelum Perang Dunia Kedua.
Pak Sako – Tanah Melayu
Jose Rizal – Filipina
Chairil Anwar – Indonesia
Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka ?
A Pembentukan kerajaan sendiri
B Penggunaan bahasa peribumi
C Penindasan terhadap rakyat
D Pembelaan terhadap wanita
SPM 2008
21
Noli Me Tangere
Kerikil-Kerikil Tajam
Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan di Indonesia ?
A Menghalang perkembangan sekolah agama
B Mengehadkan aktiviti budaya tempatan
C Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
D Memecahbelahkan perpaduan rakyat
SPMU 2019
23 Penjajah Belanda mengasingkan pendidikan untuk anak golongan priyayi dengan anak
golongan rakyat biasa di Indonesia.
Mengapakah penjajah Belanda bertindak demikian ?
A Memecahbelahkan penduduk pribumi
B Mengawal kurikulum sekolah agama
C Mempertahan warisan budaya
D Menambah peluang pekerjaan
SPM 2008
23 Mengapakah sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu
ditentang ?
A Menjejaskan eksport negara
B Mengundang kehadiran pekerja asing
C Mengehadkan jenis tanaman komersial
D Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan
SPM 2006
Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke-19
Bandar Anak golongan priyayi
Kampung Anak orang kebanyakan
25 Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut ?
A Mengelakkan masalah pemberian bantuan
B Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar
C Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
D Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan
SPM 2016
23 Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia
Tenggara.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
A Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
B Kemunculan ramai golongan intelek
C Kewujudan golongan bangsawan
D Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
SPM 2019
23 Akhbar berikut diterbitkan di Asia Tenggara pada abad ke-19.
Tribune Indegene
Cloche Felee
Warta Malaya
Mengapakah pihak penjajah menyekat kebebasan akhbar tersebut ?
A Membendung fahaman komunis
B Mengelakkan kebangkitan rakyat
C Mengurangkan campurtangan asing
D Melemahkan pengaruh kelas bangsawan
SPM 2015
23 Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara ?
A Perang Rusia-Jepun
B Perang Dingin di Eropah
C Perjuangan golongan Luddite
D Perjuangan Parti Komunis Malaya
SPM 2011
21 Jadual berikut berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.
Tahun Kejayaan
1895 Menewaskan China
1905 Menewaskan Rusia
Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara ?
A Pengukuhan sistem pertahanan
B Peluasan semangat nasionalisme
C Kemunculan semangat nasionalisme
D Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan
SPMU 2014
21 Rajah 2 merujuk kepada perubahan corak perjuangan nasionalisme di Asia Tenggara.
Tahap 1 Tahap 2
Bercorak sederhana Bercorak radikal
Mengapakah perubahan corak perjuangan tersebut berlaku ?
A Blok kuasa dunia dibentuk
B Perjuangan awal kurang berjaya
C Kerjasama dengan negara serantau
D Sumber kewangan tidak mencukupi
SPM 2013
22 Rajah 3 menunjukkan perubahan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Tahap pertama Tahap kedua
Bercorak sederhana Bercorak radikal
Mengapakah gerakan tersebut bercorak radikal pada tahap kedua ?
A Sokongan pemerintah tempatan
B Kekurangan sumber kewangan
C Sekatan pengaruh dari luar
D Perjuangan tidak berkesan
SPM 2006
26 Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana
kepada radikal ?
A Sekatan pengaruh luar
B Perjuangan tidak berkesan
C Kekurangan sumber kewangan
D Sokongan pemerintah tempatan
SPM 2004
24 Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di
Asia Tenggara ?
I Membentuk organisasi politik
II Mengutamakan isu kebudayaan
III Golongan intelek menjadi pemimpin
IV Perjuangan secara militan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2004
25 Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua ?
I Memajukan kegiatan ekonomi
II Membebaskan diri daripada penjajah
III Menyebarkan ilmu pengetahuan
IV Menimbulkan kesedaran politik
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2019
22 Jose Rizal melaksanakan gerakan dakyah untuk memperjuang nasib rakyat tetapi gagal
mencapai matlamat.
Apakah tindakan beliau selepas menemui kegagalan tersebut ?
A Menubuhkan katipunan
B Membentuk Liga Filipina
C Melancarkan gerakan bersenjata
D Menyebarkan pemikiran melalui media cetak
SPM 2005
24 Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya ?
A Menubuhkan Kapitunan
B Membentuk Liga Filipina
C Melancarkan revolusi bersenjata
D Menyebar fahaman melalui akhbar
SPM 2007
21 Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina ?
A Hak mengundi
B Hak kebebasan bersuara
C Pengembalian kuasa raja
D Pemerintahan kerajaan sendiri
SPM 2017
21 Jadual 4 berkaitan dengan seorang tokoh nasionalis di Asia Tenggara.
Tokoh Negara Hukuman
Jose Rizal Filipina Dijatuhi hukuman bunuh oleh penjajah Sepanyol
Mengapakah tokoh nasionalis tersebut dijatuhi hukuman bunuh ?
A Bersubahat dengan Amerika Syarikat
B Dituduh menyertai gerakan pemberontakan
C Disyaki mengkhianati agama Kristian
D Membunuh pegawai tinggi kerajaan
SPM 2018
21 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme melalui karya penulisan di
Indonesia.
Tokoh Nasionalis Hasil Karya
Raden Adjeng Kartini Habis Gelap Terbitlah Terang
Penulisan Seorang Puteri Jawa
Apakah mesej yang terkandung dalam karya tersebut ?
A Ketidakadilan sistem perundangan
B Kelemahan sistem pemerintahan
C Kemelesetan ekonomi negara
D Kemunduran rakyat tempatan
SPM 2007
Tokoh Nasionalis Hasil Karya
Raden Adjeng Kartini Habis Gelap Terbitlah Terang
Penulisan Seorang Puteri Jawa
21 Karya di atas mendedahkan tentang
A kemunduran rakyat
B kemerosotan ekonomi
C ketidakadilan undang-undang
D kelemahan sistem pemerintahan
SPMU 2018
22 Muhammadiyah adalah pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di
Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan ?
A Menentang sekularisme
B Melancarkan pemberontakan
C Menuntut kebebasan bersuara
D Membentuk kerajaan campuran
SPM 2009
22 Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme
tahap pertama di Indonesia.
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut ?
A Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C Memperjuangkan kemajuan ekonomi
D Menghindari ancaman sekularisme
SPM 2019
22 Parti politik berikut ditubuhkan di Indonesia sebelum Perang Dunia Kedua.
Sarekat Islam
Parti Komunis Indonesia
Parti Nasional Indonesia
Apakah matlamat perjuangan parti tersebut ?
A Kemerdekaan tanah air
B Kebebasan dalam politik
C Kemajuan pendidikan wanita
D Kesamarataan bidang ekonomi
SPM 2011
22 X dalam rajah berikut adalah pertubuhan nasionalisme tahap awal di Burma.
X Ditubuhkan pada tahun 1906.
Menggunakan isu kasut.
Apakah X ?
A Liga Antipemisahan
B Persatuan Belia Buddha
C Liga Pembebasan Rakyat AntiFasis
D Parti Dobama Asiayone
SPMU 2015
21 Liga Antipemisahan adalah sebuah gerakan nasionalisme di Burma yang menentang
tindakan British memisahkan pentadbiran India dengan Burma pada tahun 1920an.
Mengapakah Liga Antipemisahan menentang tindakan tersebut ?
A Memperjuangkan kemerdekaan negara
B Menyekat perluasan fahaman komunis
C Melindungi kepentingan golongan petani
D Mempertahankan kedudukan golongan pelajar
SPMU 2017
21 Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut ?
A Dasar tutup pintu dikuatkan
B Pemerintahan republik dilaksanakan
C Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
D Sistem raja berkuasa mutlak tamat
SPM 2019
21 Pasangan manakah yang betul tentang perbezaan matlamat gerakan nasionalisme di Thailand
dengan matlamat gerakan nasionalisme di negara-negara lain di Asia Tenggara.
Thailand Negara-negara lain di Asia Tenggara
A Menentang raja berkuasa mutlak Mengusir penjajah dari tanah air
B Menyekat kemasukan kaum Menuntut kaum pendatang dihantar
pendatang pulang ke negara asal
C Mempertahan hak rakyat Memperjuang konsep perkongsian
tempatan dalam jawatan kerajaan kuasa
D Menuntut petempatan khas untuk Menggesa rakyat asal diberikan
rakyat tempatan petempatan sama dengan bangsa
penjajah
SPM 2016
21 Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman
penjajah asing.
Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut ?
A Bantuan golongan bangsawan
B Perpaduan penduduk peribumi
C Kerjasama dengan kuasa asing
D Kepelbagaian hasil dalam negara
BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA
PERANG DUNIA KEDUA
SPM 2004
26 Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat ?
I Menguasai daerah mereka
II Mempengaruhi masyarakat tempatan
III Menyelaraskan penggunaan mata wang
IV Memperkenalkan sistem pentadbiran baru
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2017
22 Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi
Tanah Melayu.
Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?
A Meningkatkan cukai eksport
B Menyediakan peluang pekerjaan
C Menyalurkan bantuan kewangan
D Memeterai pelbagai perjanjian
SPMU 2016
25 Jawatan berikut diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20.
Residen
Penasihat British
Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut ?
A Menguasai sumber alam
B Memajukan kemudahan asas
C Mengekalkan sistem monarki
D Mempertahan kuasa pembesar
SPMU 2019
24 Seorang penduduk pribumi Tanah Melayu pada abad ke-19 berhasrat memajukan sebidang
tanah yang belum dimiliki.
Syarat manakah yang menyukarkan hasrat tersebut ?
A Persetujuan pembesar
B Kerjasama pemodal
C Kebenaran residen
D Perkenan sultan
SPM 2018
26 Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol
Said di Naning
Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut ?
A Pembinaan balai polis
B Mencabuli perjanjian damai
C Arahan membayar ufti tahunan
D Pengenalan peraturan tanah
SPM 2016
26 Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun
1831 hingga tahun 1833.
Mengapakah beliau menentang British ?
A Pembinaan balai polis
B Pencabulan adat tradisi
C Pembayaran ufti tahunan
D Pengenalan peraturan tanah
SPM 2009
23 Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said
pada kurun ke-19.
A: Tok, British minta cukai.
B: Berapa banyak ?
A: Satu persepuluh daripada hasil kita.
B: Jangan bayar walau sedikit pun.
Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari ?
A Menduduki Naning
B Membunuh Dol Said
C Merampas hasil penduduk
D Memulau wilayah Naning
SPM 2004
27 Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831 ?
A Menggunakan askar upahan
B Mempunyai tentera yang terlatih
C Membina kubu pertahanan yang kukuh
D Mendapat sokongan pembesar tempatan
SPM 2008
24 Jadual 2 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.
Tokoh Negeri
Rentap Sarawak
Mat Salleh
Sabah
Mengapakah penentangan tersebut berlaku ?
A Pencerobohan kawasan
B Penghapusan sistem perhambaan
C Peningkatan kemasukan imigran
D Paksaan membayar ufti
SPMU 2019
25 Bagaimanakah Rentap menentang pentadbiran Brooke di Sarawak ?
A Mengutip hasil tanpa lesen
B Memohon bantuan kuasa luar
C Mengelak pembayaran cukai tanah
D Menyerang kubu pertahanan musuh
SPMU 2018
24 Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.
Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke ?
A Menyerang kubu pertahanan
B Enggan membayar cukai tanah
C Mengutip hasil hutan tanpa lesen
D Meminta bantuan tentera asing
SPM 2018
24 Apakah tindakan James Brooke di Sungai Rajang yang menyebabkan Syarif Masahor dan
Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya ?
A Merampas hak mengutip cukai
B Membawa masuk kaum imigran
C Membersihkan kawasan petempatan
D Membina pusat pentadbiran
SPM 2017
23 Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.
Syarif Masahor
Datu Patinggi Abdul Gapur
Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?
A Menyekat kedatangan imigran
B Mempertahan hak mengutip cukai
C Mengawal kegiatan mencari hasil hutan
D Mengekalkan sistem pemerintahan beraja
SPM 2008
24 Jadual 2 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.
Tokoh Negeri
Rentap Sarawak
Mat Salleh
Sabah
Mengapakah penentangan tersebut berlaku ?
A Pencerobohan kawasan
B Penghapusan sistem perhambaan
C Peningkatan kemasukan imigran
D Paksaan membayar ufti
SPM 2013
25 Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.
Mat Salleh
Dato’ Bahaman
Mengapakah perjuangan mereka gagal ?
A Senjata tidak lengkap
B Tenaga tentera kurang
C Kemudahan asas kurang
D Sokongan pembesar tidak cukup
SPM 2010
24 Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British.
Buah pala dari Makasar Jatuh
sebiji ke dalam dulang
Diberi pencen kepada pembesar
Jawatan diwarisi turut hilang
Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka ?
A Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis
B Menghapuskan sistem pemilikan hamba
C Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional
D Berjuang untuk menolak campur tangan Barat
SPM 2015
25 Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British
di Pasir Salak, Perak ?
A Larangan mengutip hasil hutan
B Menghalang kemasukan imigran
C Campur tangan dalam pentadbiran
D Mengambil alih aktiviti perlombongan
SPMU 2015
24 Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.
Pembesar Y : Saya mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh.
Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju dengan cadangan ini.
Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh ?
A Kedaulatan negeri terancam
B Jawatan Residen dimansuhkan
C Pelaksanaan pendidikan sekular
D Kos sara hidup rakyat meningkat
SPM 2005
24 Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British
memperkenalkan pentadbiran Barat.
Mengapakah anda menentang British ?
I Hilang kawasan pegangan
II Peraturan membuka tanah baru
III Larangan memungut hasil hutan
IV Campur tangan dalam adat resam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2007
Tarikh Peristiwa
21 Julai 1875 Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan
pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang.
23 Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak.
Apakah kesan peristiwa tersebut ?
A Pengurangan kuasa sultan
B Pemecatan Sultan Ismail
C Pembunuhan J.W.W. Birch
D Pemansuhan jawatan Residen
SPMU 2019
26 Rajah 1 menunjukkan perbalahan antara dua orang pembesar di Sungai Ujong.
Dato’ Merebut kawasan sempadan Dato’
Syahbandar kutipan cukai di Sungai Ujong. Kelana
Apakah kesan perbalahan tersebut ?
A Kekurangan pelabur luar
B Perluasan pengaruh asing
C Perubahan sempadan negeri
D Kemerosotan hasil tempatan
SPM 2014
24 Rajah 3 berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British.
Pembesar Pahang
Dato’ Bahaman Tok Gajah Imam Rasul
Mengapakah mereka menentang British ?
A Pembinaan balai polis
B Pencabulan perjanjian
C Pengenalan perdagangan bebas
D Pelaksanaan pendidikan sekular
SPM 2013
24 Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.
Mat Salleh
Dato’ Bahaman
Mengapakah perjuangan mereka gagal ?
A Senjata tidak lengkap
B Tenaga tentera kurang
C Kemudahan asas kurang
D Sokongan pembesar tidak cukup
SPM 2017
24 Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan ?
A Menyerang Pasir Puteh
B Meminta bantuan Siam
C Menyekat bekalan makanan
D Menghalang laluan kapal dagang
SPM 2011
23 Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.
1910 1915
Pemimpin tempatan Perdana Menteri
Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut ?
A Pembunuhan penasihat British
B Peluasan kuasa British
C Penawanan Pasir Puteh
D Pengunduran tentera Siam
SPM 2014
23 Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan
penduduk tempatan pada tahun 1915 ?
A Menghormati sultan
B Mengekalkan kuasa sultan
C Kesetiaan rakyat kepada sultan
D Kuasa mutlak berada di tangan sultan
SPM 2019
23 Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu.
Mengapakah beliau melakukan penentangan tersebut ?
A Pencerobohan kawasan petempatan
B Pengharaman sistem perhambaaan
C Pengenalan peraturan baharu
D Perubahan sempadan negeri
SPMU 2014
26 Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong,
Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan tersebut dilakukan ?
A Pengenalan pendidikan sekular
B Pengenalan peraturan tanah
C Perlucutan jawatan pembesar
D Pembunuhan penduduk tempatan
SPM 2007
24 Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong,
Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan itu dilakukan ?
A Pengenalan pendidikan sekular
B Pengenalan peraturan tanah
C Perlucutan jawatan pembesar
D Pembunuhan penduduk tempatan
SPMU 2016
25 Jawatan berikut diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20.
Residen
Penasihat British
Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut ?
A Menguasai sumber alam
B Memajukan kemudahan asas
C Mengekalkan sistem monarki
D Mempertahan kuasa pembesar
SPM 2006
28 Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?
I Pembukaan bandar baru
II Pertambahan buruh asing
III Pengenalan pendidikan tinggi
IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2010
23 Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu ?
Kesengsaraan Hidup Kekurangan makanan
Semasa Pendudukan Kekurangan ubat-ubatan
Jepun
Kekejaman pentadbiran
A Mendapatkan bantuan luar
B Menolak penguasaan kuasa asing
C Menyerah nasib kepada penjajah
D Membentuk sistem politik sendiri
SPMU 2017
25 Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme
di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
I Pengaruh komunis
II Bantuan ketenteraan
III Pengaruh hasil karya
IV Kedudukan geografi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2019
25 Peta 1 menunjukkan gerakan yang berlaku di Timur Tengah pada awal abad ke-20.
Apakah kesan gerakan tersebut terhadap Tanah Melayu ?
A Pemulihan kuasa raja-raja
B Kedatangan imigran bertambah
C Kesedaran kebangsaan meningkat
D D Penubuhan parti berasaskan kaum
SPM 2012
25 Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.
Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu ?
A Mengutamakan pemimpin
B Memelihara warisan tradisi
C Berani mengkritik penjajah
D Bekerjasama dengan kaum imigran
SPM 2009
24 Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20 ?
A Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan
B Pembentukan negara yang merdeka
C Penubuhan syarikat kerjasama
D Pemeliharaan tradisi bangsa
SPM 2015
24 Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah
Melayu pada awal abad ke-20.
Syeikh Muhammad Abduh
Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh ?
A Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum
B Kemunculan semangat kebangsaan
C Peluasan penggunaan tulisan jawi
D Perkembangan kegiatan kesenian
SPM 2010
24 Akhbar berikut digunakan oleh kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah
Melayu pada tahun 1930-an.
Al-Imam
Neracha
Saudara
Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut ?
A Peranan golongan pembesar
B Mengkritik kelemahan raja
C Penghapusan amalan perhambaan
D Menggalakkan pendidikan Inggeris
SPM 2006
29 Mengapakah Gerakan Islah boleh berkembang di Negeri-Negeri Selat ?
A Tiada tentangan agama
B Banyak sumber kewangan
C Ramai pemimpin berkaliber
D Tiada sekatan undang-undang
SPMU 2016
23 Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri-Negeri Melayu berbanding Negeri-
Negeri Selat.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
A Bilangan ahli sedikit
B Sumber kewangan kurang
C Penyebaran risalah disekat
D Kemudahan perhubungan terhad
SPMU 2014
25 Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding
dengan Negeri-Negeri Selat ?
A Kekurangan sumber modal
B Penolakan ideologi Kaum Muda
C Penguatkuasaan undang-undang
D Ketiadaan pemimpin berkebolehan
SPM 2013
24 Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad
ke-20 ?
I Mengugut pemimpin
II Menyekat kegiatan dakwah
III Menghalang kemasukan risalah
IV Menyekat peluang belajar ke luar negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2017
24 Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad
ke-20 di Tanah Melayu.
Warta Malaya
Warta Negara
Majlis
Apakah saranan tersebut ?
I Menjalankan aktiviti perniagaan
II Menubuhkan syarikat kerjasama
III Mengasaskan institusi kewangan
IV Melaksanakan penyatuan tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2019
24 Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad
ke-20 di Tanah Melayu.
Warta Negara
Majlis
Apakah saranan tersebut ?
I Menjalankan aktiviti perniagaan
II Menubuhkan syarikat kerjasama
III Mengasaskan institusi kewangan
IV Melaksanakan penyatuan tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2016
24 Tokoh berikut adalah pengarang Majalah Guru pada tahun 1920an.
Muhammad Dato’ Muda Linggi
Yusuf Ahmad
Mohd Sidin Rashid
Apakah isu yang dibangkitkan kepada orang Melayu oleh pengarang tersebut ?
I Kemunculan golongan radikal
II Pendidikan anak-anak
III Kemunduran ekonomi
IV Pengurangan kuasa pembesar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2009
25 Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal
abad ke-20 di Tanah Melayu.
Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut ?
A Menghargai warisan bangsa
B Memperjuangkan hak wanita
C Memajukan bidang kesusasteraan
D Mengekalkan nilai murni masyarakat
SPM 2006
Pengasuh, 1918
Majalah Guru,1924
Bulan Melayu, 1930
30 Mengapakah majalah di atas penting ketika itu ?
A Menghayati ajaran agama
B Menghargai warisan bangsa
C Meningkatkan kemajuan bangsa
D Menggalakkan budaya membaca
SPM 2012
24 Jadual 7 menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
Tajuk Novel Melor Kuala Lumpur
Pengarang Harun Aminurrashid
Tahun Terbitan 1930-an
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut ?
A Mencintai tanah air
B Menghargai warisan bangsa
C Kebebasan kaum wanita
D Perpaduan antara kaum
SPM 2005
Guru : Tema novel Melor Kuala Lumpur yang dihasilkan pada tahun
Murid : 1930-an berbeza dengan novel-novel sezamannya.
Bolehkah cikgu terangkan perbezaannya ?
26 Dialog di atas mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah.
Apakah perbezaan tema novel tersebut ?
A Perpaduan guru
B Kebebasan wanita
C Penentangan penjajahan
D Semangat perjuangan pemuda
SPM 2011
24 Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).
Anak Mat Lela Gila
Putera Gunung Tahan
Apakah persamaan tema dalam novel tersebut ?
A Menghargai warisan bangsa
B Menghargai sumbangan tokoh
C Kepentingan pendidikan moden
D Cinta akan tanah air
SPMU 2018
23 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an.
Pertubuhan Strategi Perjuangan
Kesatuan Melayu Muda Bekerjasama dengan Jepun.
(KMM)
Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut ?
A Menghalau penjajah asing
B Menyekat pengaruh komunis
C Mendapatkan petempatan khas
D Menghalang kemasukan imigran
SPM 2016
24 Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940an.
Pertubuhan Matlamat Perjuangan
Kesatuan Melayu Menghalau penjajah British dari
Muda Tanah Melayu.
Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?
A Membantu perjuangan golongan kiri
B Bergabung dengan kuasa Barat lain
C Mendapatkan sokongan pembesar
D Bekerjasama dengan pihak Jepun
SPM 2017
25 Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20.
Gambar 1: Mohamad Eunos Abdullah
Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?
A Membina pusat pendidikan
B Membuka kawasan pertanian
C Menubuhkan pusat kebudayaan
D Memperoleh petempatan khas
SPM 2005
27 Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah
A Mewartakan tanah pertanian
B Memberi peluang pendidikan
C Mendapatkan petempatan khas
D Menyediakan tapak perniagaan
SPMU 2015
25 Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura.
Kesatuan Melayu Singapura 1926
Mohammad Eunos Abdullah
Tengku Kadir Ali
Embok Suloh
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut ?
I Mendapat pendidikan Inggeris
II Menentang pentadbiran Inggeris
III Memperjuangkan kepentingan politik
IV Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2010
28 Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
A Halangan daripada pemerintah
B Kelemahan sistem perhubungan
C Menghadapi masalah kewangan
D Perbezaan taraf hidup antara etnik
SPM 2010
23 Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu ?
Kekurangan makanan.
Kesengsaraan Hidup Kekurangan ubat-ubatan.
Semasa Pendudukan Kekejaman pentadbiran.
Jepun.
A Mendapatkan bantuan luar
B Menolak penguasaan kuasa asing
C Menyerah nasib kepada penjajah
D Membentuk sistem politik sendiri
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
SPM 2005
28 Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan ?
A Kesetiaan rakyat
B Kegiatan ekonomi
C Konsep ketuhanan
D Kekayaan hasil bumi
SPMU 2019
28 Konsep negara moden di Eropah tercetus pada abad ke-18 dan abad ke-19 ekoran tercetusnya
Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
Apakah asas konsep negara Eropah pada ketika itu ?
A Pengekalan sistem fuedal
B Persamaan rumpun bangsa
C Pembentukan empayar
D Pemulihan agama
SPM 2017
26 Jadual 5 berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18.
Tahun Revolusi
1688 Revolusi Inggeris
1789 Revolusi Perancis
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah ?
A Sistem sosialis tamat
B Ideologi komunis meluas
C Kuasa rakyat bawahan terjejas
D Negara berasaskan bangsa dibentuk
SPMU 2018
25 Persidangan Damai Paris menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah kesan deklarasi tersebut terhadap Eropah ?
A Sistem beraja dipulihkan
B Kuasa gereja diperkukuh
C Negara bangsa baharu muncul
D Pakatan tentera serantau dibentuk
SPM 2016
30 Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama.
Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut ?
A Pemulihan sistem monarki
B Pengharaman amalan realpolitik
C Penyatuan rakyat melalui agama
D Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
SPM 2015
28 Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow
Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?
A Sistem monarki dipulihkan
B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
SPMU 2016
26 Negara berikut muncul di Eropah pada awal abad ke-20.
Poland
Yogoslavia
Czechoslovakia
Kemunculan negara-negara tersebut adalah berdasarkan
A lokasi strategik
B kumpulan etnik
C sistem perundangan
D kekayaan hasil bumi
SPM 2012
26 Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal abad ke-20.
Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut ?
Czechoslovakia
Yugoslavia Negara bangsa baru Finland
Poland
A Kumpulan etnik
B Sistem demokrasi
C Kedudukan geografi
D Kekayaan hasil bumi
SPM 2019
26 Negara berikut muncul selepas keruntuhan empayar Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah
akibat Perang Dunia Pertama.
Czechoslovakia
Lithuania
Finland
Apakah yang berkaitan dengan negara tersebut ?
A Menyokong ideologi komunis
B Mengasaskan fahaman fasis
C Dikuasai golongan monarki
D Dibina berasaskan etnik
SPMU 2019
27 Count Camillo Benso di Cavour (Itali) dan Otto Eduard von Bismarck (Jerman) menggunakan
pendekatan realpolitik untuk membina negara bangsa masing-masing pada abad ke-19.
Bagaimanakah mereka menggunakan pendekatan realpolitik ?
A Melancarkan peperangan
B Mengemaskini undang-undang
C Mengawal institusi agama
D Menggubal perlembagaan negara
SPMU 2017
28 Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke-19.
Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut ?
A Realpolitik
B Perjanjian
C Perundingan damai
D Kuat kuasa undang-undang
SPM 2015
27 Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.
Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?
A Mengekalkan sistem monarki
B Menggunakan kaedah realpolitik
C Mengamalkan prinsip demokrasi
D Menguatkuasakan falsafah legalisme
SPM 2014
25 Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad
ke-19.
Count Camillo Benso di Cavour
Otto Eduard von Bismarck
Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut ?
A Mengenepikan perbezaan warna kulit
B Menyatukan masyarakat majmuk
C Menggunakan kaedah realpolitik
D Membina empayar yang luas
SPM 2011
26 Tokoh berikut telah berjaya menyatukan negara masing-masing pada abad ke-19.
Count Camillo Bensor di Cavour - Itali
Otto Eduard Von Bismarck - Jerman
Bagaimanakah mereka berjaya melakukan penyatuan tersebut ?
A Mewujudkan pakatan strategik
B Menyekat pengaruh agama
C Mengamalkan realpolitik
D Melaksanakan sistem perundingan
SPM 2019
27 Pasangan yang manakah menunjukkan perbezaan cara pembinaan negara Islam Madinah
dengan negara bangsa Jerman ?
Negara Islam Madinah Negara Bangsa Jerman
I Dimulakan dengan penggubalan Mengutamakan persamaan
perlembagaan rumpun bangsa
Menggunakan pelbagai taktik
II Mengamalkan prinsip termasuk penipuan
permuafakatan Memaksa negeri-negeri kecil
bergabung
III Menyerang wilayah yang enggan Mengutamakan penduduk
bersatu daripada pelbagai etnik
IV Mengutamakan penduduk asal
wilayah terlibat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2009
27 Tokoh berikut mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah
Jerman pada abad ke-19.
Otto Eduard von Bismarck
Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut ?
A Menyatukan negara
B Melicinkan pentadbiran
C Menghapuskan sistem beraja
D Menggubal perlembagaan moden
SPM 2008
25 Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik ?
A Kestabilan politik terjamin
B Kejayaan menyatukan Itali
C Kerjasama dengan negara lain
D Kemakmuran ekonomi negara
SPM 2014
25 Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866 ?
A Pertukaran wilayah
B Arahan Liga Bangsa
C Kekalahan dalam peperangan
D Kerjasama menewaskan Austria
SPM 2017
28 Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.
Peperangan dengan Denmark - 1864
Peperangan dengan Austria - 1864
Peperangan dengan Perancis - 1870
Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?
A Serangan balas
B Penyatuan negara
C Penguasaan ekonomi
D Kediktatoran pemerintah
SPM 2016
27 Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara berikut pada abad ke-19 ?
Denmark
Austria
Perancis
A Menyekat kuasa asing
B Menyatukan negara bangsa
C Menentang fahaman sosialis
D Memulihkan sistem monarki
SPM 2007
Peperangan dengan Denmark – 1864
Peperangan dengan Austria – 1866
Peperangan dengan Perancis – 1870
25 Senarai di atas menunjukkan peperangan yang melibatkan negara Jerman.
Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?
A Serangan balas
B Penyatuan negara
C Penguasaan ekonomi
D Kediktatoran pemerintah
SPMU 2014
28 Senarai berikut adalah peperangan yang melibatkan Jerman pada abad ke-19.
1864 – Perang dengan Denmark
1866 – Perang dengan Austria
1870 – Perang dengan Perancis
Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Jerman ?
A Kehilangan wilayah
B Keselamatan terjamin
C Penamatan sistem monarki
D Pembentukan negara bangsa
SPM 2010
26 Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.
Otto Eduard von Bismarck
Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut ?
A Membebaskan golongan hamba
B Menyingkirkan golongan kapitalis
C Menyemai sikap antikuasa asing
D Menghapuskan pemerintahan diktator
SPM 2015
26 Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun
1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?
I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2016
28 Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa.
Persamaan adat resam
Persamaan bidang kesenian
X
Apakah X ?
A Persamaan pandangan dunia
B Persamaan bahasa pertuturan
C Persamaan sistem kepercayaan
D Persamaan dasar pemerintahan
SPMU 2015
27 Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai
persamaan dari segi
I agama
II bahasa
III adat resam
IV kegiatan ekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2012
26 Rajah 1 berkaitan dengan ciri sesuatu bangsa.
Persamaan bidang kesenian
Ciri Bangsa Persamaan bahasa
X
Apakah X ?
A Persamaan falsafah hidup
B Persamaan warna kulit
C Persamaan adat resam
D Persamaan kepercayaan
SPM 2007
26 Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka ?
I Rakyat
II Harta
III Pembesar
IV Kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2016
27 Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka ?
A Memastikan adat istiadat dipatuhi
B Memastikan sistem warisan terpelihara
C Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja
D Mempertahan sistem perundangan tempatan
SPM 2006
31 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri
asas bagi pembinaan negara dan bangsa.
Apakah buktinya ?
A Pemerintahan raja berkuasa mutlak
B Perlembagaan bertulis yang lengkap
C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
D Persamaan dengan hukum Kanun Melaka
SPM 2018
28 Badan berikut ditubuhkan di negeri Johor pada abad ke-19.
Majlis Negeri
Berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895, apakah syarat untuk menjadi ahli
badan tersebut ?
I Kerabat raja yang memerintah
II Keturunan bangsawan
III Beragama Islam
IV Bangsa Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPMU 2018
27 Gambar 3 adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan British.
Bagaimanakah baginda bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor ?
A Menyatupadukan pelbagai kaum
B Menggubal perlembagaan bertulis
C Menyekat kemasukan buruh asing
D Mendapatkan bantuan kerajaan berjiran
SPMU 2018
26 Rajah 2 berkaitan dengan fasal yang terkandung dalam perlembagaan atau Undang-undang
Tubuh Kerajaan Terengganu.
Undang-undang Ketaatan kepada pemerintah
Tubuh Kerajaan Hubungan kerajaan dengan kerajaan lain
Terengganu
Kesalahan kepada negeri lain
Mengapakah perlembagaan atau undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan ?
A Menghalang perluasan kuasa asing
B Menyekat penghijrahan penduduk
C Melindungi hak penduduk tempatan
D Menyeragamkan sistem kutipan cukai
SPM 2013
26 Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.
Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?
A Meluaskan wilayah pengaruh
B Mengekalkan kedaulatan negeri
C Membentuk kerajaan demokrasi
D Mengukuhkan hubungan dengan Siam
SPMU 2017
26 Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu berikut ?
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
A Peranan mufti
B Pewaris sultan
C Tugas penasihat
D Keselamatan sultan
SPM 2016
25 Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah persamaan kandungan kedua-dua undang-undang tubuh tersebut ?
I Kuasa rakyat
II Pewaris takhta
III Tugas jemaah menteri
IV Pelantikan penasihat kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2013
27 Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?
I Raja dipilih melalui sistem giliran
II Cukai tanah dikuatkuasakan
III Islam sebagai agama rasmi
IV Raja mesti berbangsa Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2011
25 Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?
A Meningkatkan kecekapan pemerintah
B Membentuk pentadbiran demokratik
C Memperkukuhkan sistem pertahanan
D Mengekalkan kedaulatan negeri
SPM 2017
27 Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan
Muhammad II ( 1836-1886).
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan
Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut ?
A Menguruskan pembangunan
B Menjaga hal ehwal luar
C Mengurus kewangan
D Menjaga keamanan
SPM 2018
27 Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga Anak
buah berbuapak
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang masyarakat tersebut ?
A Mendukung prinsip raja berkuasa mutlak
B Mementingkan kecemerlangan individu
C Mengutamakan semangat bermuafakat
D Melaksanakan undang-undang yang ketat
SPMU 2014
27 Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih
di Negeri Sembilan.
Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat menjadi penghulu
Bulat penghulu mejadi raja
Mengapakah perkataan bulat dalam kata perbilangan adat di atas diulang-ulang ?
A Mempertahankan konsep raja berkuasa mutlak
B Mengekalkan khazanah budaya bangsa
C Menegakkan keadilan dalam kehidupan
D Menegaskan kepentingan permuafakatan
SPM 2009
26 Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga Anak
buah berbuapak
Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut ?
A Teokrasi
B Demokrasi
C Autokrasi
D Birokrasi
SPM 2008
26 Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri
Sembilan.
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga Anak
buah berbuapak
Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan
A Protokol istana
B Upacara perkahwinan
C Menyambut kelahiran
D Pemilihan pemimpin
SPMU 2015
26 Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi ?
I Masalah diselesaikan secara musyawarah
II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan
III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran
IV Ketua dipilih dari peringkat bawah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SPM 2014
27 Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan ?
A Memilih Undang
B Menjadi ketua agama
C Menjaga alat kebesaran
D Menggubal dasar negara
SPM 2010
27 Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di
Negeri Sembilan ?
I Menasihati undang
II Memimpin suku
III Mengetuai Perut
IV Melantik Lembaga
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SPM 2009
29 Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946 ?
A Menyekat pengaruh dan campur tangan luar
B Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
C Mengurangkan kemasukan orang dagang
D Menghapuskan negara dan bangsa Melayu
SPM 2013
28 Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union ?
A Menumpukan taat setia
B Menguatkan pasukan tentera
C Membantu dalam pentadbiran
D Membanteras ancaman komunis
SPMU 2018
28 Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu.
Prinsip kerakyatan sama rata
Pesuruhjaya negeri di setiap negeri
Majlis Raja-Raja hanya membincangkan soal
agama Islam dan adat istiadat Melayu
Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut ?
A Malayan Union
B Pentadbiran Tentera British
C Negeri-negeri Melayu Bersekutu
D Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
SPM 2008
28 Rajah 3 menunjukkan pernyataan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran
Malayan Union.
Negeri-Negeri Selat
Negeri-Negeri Melayu Malayan
Bersekutu Union 1946
Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu
Mengapakah British bertindak demikian ?
A Menjimatkan kewangan kerajaan
B Memelihara hak istimewa peribumi
C Memperkukuh pemerintahan beraja
D Melatih penduduk tempatan mentadbir
SPM 2007
Sebelum Perang Dunia Kedua Selepas Perang
Dunia Kedua
Negeri-Negeri Selat
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Malayan Union
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
28 Rajah di atas menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.
Apakah tujuan British melakukan perubahan di atas ?
A Melicinkan pentadbiran
B Memajukan penduduk tempatan
C Menghapuskan sempadan negeri
D Menghapuskan pengaruh komunis
SPMU 2016
28 Rajah 2 berkaitan dengan negeri yang diletakkan di bawah Malayan Union.
Malayan Union
Negeri-Negeri Melayu Negeri-Negeri Selat
kecuali Singapura
Mengapakah Singapura dikecualikan ?
A Sumber kewangan kerajaan terhad
B Majlis Raja-Raja membuat bantahan
C Kaum imigran melancarkan penentangan
D Bimbang taraf pelabuhan bebas akan terjejas
SPM 2012
28 Rajah 3 berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.
Asas Kerakyatan Kewarganegaraan sama rata
Malayan Union Prinsip jus soli
Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut ?
A Perkembangan ekonomi luar bandar
B Pengukuhan kuasa pembesar tempatan
C Pengurangan jumlah penduduk peribumi
D Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas
SPM 2011
28 Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.
Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut ?
A Menggugat kedudukan raja
B Memusnahkan status quo
C Pembentukan pelbagai budaya
D Penghapusan ekonomi tradisional
SPM 2019
29 Perkara berikut merupakan satu daripada ciri Malayan Union yang dilaksanakan oleh
British pada tahun 1946.
Kerakyatan jus soli.
Mengapakah orang Melayu menentang ciri tersebut ?
A Fahaman komunis mudah bertapak
B Kuasa golongan pembesar Melayu
C Taraf negeri naungan dikekalkan
D Persaingan dengan orang asing
SPMU 2015
29 Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang
hebat oleh orang Melayu.
Jus soli
Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union
kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah
Melayu dan Singapura.
Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan ?
A Kesamarataan agihan ekonomi
B Pelaksanaan perkongsian kuasa
C Mengehadkan kemasukan imigran
D Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu