The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARHAH AMIRAH BINTI ABDUL MALEK IPG-Pelajar, 2023-07-01 10:45:19

Rekod kolaboratif PBS

Rekod kolaboratif PBS

LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 11.30 pagi Tajuk / Perkara : Intervensi di sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah pandangan guru tentang murid-murid ? Pihak pentadbir mendapati bahawa murid-murid sudah terbiasa dengan suasana di rumah selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP). Perkara ini menyebabkan murid kurang motivasi untuk datang ke sekolah. Hal ini juga menyebabkan tingkat kehadiran mereka berada di paras yang kurang memuaskan. 2. Bagaimanakah pandangan ibu bapa terhadap intervensi yang sekolah cuba lakukan untuk atasi masalah kehadiran? Pada mulanya, ibu bapa menganggap hiasan kelas merupakan suatu pembaziran kerana setiap tahun kedudukan kelas pasti akan bertukar mengikut darjah. 1. Pihak pentadbir dan guru-guru harus melaksanakan perbincangan secara bersama untuk mencari alternatif yang sesuai bagi mengatasi masalah kehadiran dengan mengubah persekitaran sekolah menjadi lebih mesra. Perkara ini mampu menimbulkan keselesaan kepada murid dan guru sekali gus meningkatkan motivasi mereka untuk hadir ke sekolah. 2. Pihak pentadbir perlu cuba menetapkan bahawa setiap kelas akan dikekalkan tanpa berlakunya sebarang perpindahan. Perkara ini dapat meyakinkan ibu bapa untuk membantu sekolah menceriakan suasana di sekolah. Tandatangan : Nama : Jawatan :


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 Jun 2023 Masa : 9.30 pagi Tajuk / Perkara : Pusat Sumber di sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah murid suka pergi ke perpustakaan? Murid di sekolah kurang berminat untuk membaca di Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah kerana PSS terletak di tingkat 4. Hal ini menjadi antara punca utama yang menyukarkan pergerakan murid untuk ke PSS. 2. Apakah punca-punca lain yang menyebabkan murid tidak berminat untuk ke PSS? Guru mendapati bahawa murid tidak tertarik dengan buku-buku sedia ada yang berada di pusat sumber. Perkara ini menyebabkan guru memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. 1. Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) harus menaik tarak infrastruktur perpustakaan dengan menghiasi bilik PSS. 2. Guru juga perlu menyediakan bukubuku yang lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak yang mampu memberikan mereka rasa seronok sekali gus memperoleh tauladan daripada buku yang dibaca. Tandatangan : Nama : Jawatan :


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 11.00 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan keselamatan di sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sudah berapa lamakah puan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini? Saya sudah berkhidmat di sekolah ini selama 20 tahun. 2. Apakah tugas-tugas yang perlu puan lakukan? Pengawal keselamatan bertugas memastikan rekod kehadiran guru diisi setiap pagi kerana Guru Besar akan membuat pengesahan tepat pukul 7.30 pagi. Selain itu, pengawal juga perlu membuat giliran meronda kawasan sekolah untuk memastikan keselamatan murid, guru dan kawasan sekolah. 3. Adakah masalah yang berlaku semasa puan memantau pergerakan murid datang dan pulang ke sekolah? Ya, pada waktu pagi akan berlaku kesesakan di pagar belakang sekolah dan terdapat juga murid yang berselisih pendapat semasa menunggu ibu bapa pada waktu balik. 1. Pengawal keselataman boleh meletakkan kon di pagar belakang sekolah supaya ibu bapa dapat menghantar murid secara sistematik. 2. Pengawal keselamatan juga harus memantau pergrakan murid balik secara lebih terperinci agar isu perselisihan atau perkara lain dapat dibendung dalam kalangan murid. Tandatangan : Nama : Jawatan :


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2023 Masa : 10.00 pagi Tajuk / Perkara : Murid yang datang ke Pusat Sumber Sekolah (PSS). Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah sebarang perubahan yang berlaku di PSS? Ya, begitu banyak perubahan yang berlaku. Kini, PSS telah pun dilengkapi dengan televisyen, komputer riba dan rekaan dalaman juga berubah menjadi lebih menarik. 2. Kenapa ramai murid datang ke PSS? Perkara ini berlaku sejak wajah PSS berubah dengan kepelbagaain kemudahan seperti buku-buku keluaran baru yang lebih menarik dan suasana PSS yang lebih ceria seperti berada di rumah. 3. Adakah sebarang masalah berlaku sepanjang anda bertugas sebagai pengawas PSS? Ya, sejak PSS berubah wajah, lebih ramai murid yang datang ke pusat sumber tanpa had. Hal ini menyebabkan berlakunya kesesakan semasa peminjaman buku dan menyukarkan pengawas mengawal mereka. 1. Guru perlu memastikan pengawas PSS bertugas dengan lebih tegas untuk mengawal murid yang berada di PSS. 2. Guru Pusat Sumber juga harus menyediakan jadual penggiliran murid mengikut tahun untuk memasuki PSS sesuai dengan kapasiti yang dihadkan sekali gus memberi kelesaan kepada murid lain semasa ingin membaca. Tandatangan : Nama : Jawatan :


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 Jun 2023 Masa : 7.45 pagi Tajuk / Perkara : Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah ibu bapa memberikan kerjasama yang baik bersama pihak sekolah dalam pengurusan sekolah? Ya, sudah semestinya. Kita dapat lihat sejak PKP, pasti ada ibu bapa yang turut serta menyambut kedatangan murid pada waktu pagi bersama guru bertugas. Perkara ini sudah menjadi budaya dalam kalangan ibu bapa sehingga kini. 2. Apakah keinginan puan sebagai wakil ibu bapa terhadap anakanak puan di sekolah? Sudah semestinya saya mahukan anak-anak kami mendapat pendidikan dalam suasana yang selesa dan seronok. 3. Adakah hubungan ibu bapa dan guru terjalin erat sejak dahulu lagi? Ya, para guru sentiasa cuba memastikan bahawa suara para ibu bapa didengari dan sentiasa beramah mesra apabila bertemu. 1. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk lebih mendalami pengurusan di sekolah. Perkara ini dapat membantu ibu bapa mengetahui perkembangan sebenar anak-anak mereka. Tandatangan : Nama : Jawatan :


Click to View FlipBook Version