The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
1. Nurul Sharizah binti Rahmat (33DFO20F2008)
2. Noor Amirah binti Abdul Shukor (33DFO20F2016)
3. Nurnabiha Najwa binti Mohd Rosli (33DFO20F2010)
4. Nurmiza Firzanah binti Ahmad Aminnudin (33DFO20F2014)
5. Nurul Athirah binti Mohd Zahrin (33DFO20F2015)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsharizah3, 2021-12-04 14:16:57

Pemakanan Halal dan Haram di dalam Islam : Suatu Kajian Tentang Kesannya Terhadap Kesihatan

MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
1. Nurul Sharizah binti Rahmat (33DFO20F2008)
2. Noor Amirah binti Abdul Shukor (33DFO20F2016)
3. Nurnabiha Najwa binti Mohd Rosli (33DFO20F2010)
4. Nurmiza Firzanah binti Ahmad Aminnudin (33DFO20F2014)
5. Nurul Athirah binti Mohd Zahrin (33DFO20F2015)

TUN SYED NASIR SYED ISMAIL

MPU 23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

SESI 1 2021/2022

TAJUK PEMAKANAN HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM:
SUATU KAJIAN TENTANG KESANNYA TERHADAP
KESIHATAN

NAMA & NO NURUL SHARIZAH BINTI RAHMAT (33DFO20F2008)

MATRIKS

NOOR AMIRAH BINTI ABDUL SHUKOR (33DFO20F2016)

NURNABIHA NAJWA BINTI MOHD ROSLI (33DFO20F2010)

NURMIZA FIRZANAH BINTI AHMAD AMINUDDIN
(33DFO20F2014)

NURUL ATHIRAH BINTI MOHD ZAHRIN (33DFO20F2015)

-DFO2A-

PENSYARAH PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

KANDUNGAN

1 OBJEKTIF

2 PENDAHULUAN

3 DEFINISI MAKANAN HALAL DAN HARAM

4 MAKANAN HALAL

5 SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN

6 PRINSIP MAKANAN HALAL

7 MAKANAN HARAM

8 KEPENTINGAN MAKANAN HALAL

9 KESAN MAKANAN HALAL DAN MAKANAN HARAM
TERHADAPKESIHATAN TUBUH MANUSIA

10 HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI’I

11 AYAT AL-QURAN BERKAITAN TENTANG MAKANAN HALAL DALAM
ISLAM

12 AYAT AL-QURAN BERKAITAN TENTANG MAKANAN HARAM DALAM
ISLAM

13 KESIMPULAN

14 REFERENS

OBJEKTIF

- Untuk mentakrifkan definisi makanan halal dan haram.
- Untuk mengenalpasti ciri-ciri makanan yang halal dan haram dalam Islam.
- Untuk melampirkan hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan tentang halal dan

haram sesuatu makanan dalam Islam.

PENDAHULUAN

Dalam membicarakan tentang makanan, Islam sangatlah menitikberatkan isu-isu yang
berkaitan dengan halal dan haram. Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mengecam sikap
orang-orang Yahudi, Nasrani dan Musyrik yang telah menentukan kriteria halal dan haram
terhadap makanan berdasarkan hawa nafsu semata-mata. Sebaliknya Allah SWT sentiasa
menyarankan manusia agar mengambil makanan yang halal lagi baik dan melarang mengikut
jejak langkah syaitan dalam menetapkan kehalalan sesuatu makanan. Allah SWT dengan
sifatNya al-Rahman tidak membiarkan hambaNya berada di dalam kegelapan dalam
menghadapi isu yang berkaitan dengan halal dan haram. Kesemuanya telah dijelaskan oleh
Allah SWT secara terperinci melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Terdapat banyak ayat al-Quran dan al-Sunnah yang membicarakan tentang makanan
seperti peraturan atau adab-adab makan dan minum, tujuan makan dan minum termasuk
tayyib dan zat-zat makanan, makanan baik dan berkhasiat, ciri-ciri atau konsep makanan
halal dan haram, hubungan makanan dan kesihatan, menghindarkan diri dari mengambil
makanan yang memudaratkan diri dan memakan benda-benda yang diharamkan kerana
darurat. Islam telah menetapkan hak-hak dan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh
penganutNya. Seterusnya baginda turut menekankan bahawa keseimbangan dalam
mengambil makanan itu adalah penting untuk kesihatan jasmani dan rohani. Untuk mencapai
matlamat yang disarankan, baginda telah memberikan panduan dalam mengambil makanan
dan minuman iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga
untuk pernafasan.

Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali samada dari segi
warna, bentuk, bau dan rasa. Dalam bahasa Arab, makanan adalah at’imah iaitu kata jamak
kepada ta’am yang bermaksud segala apa yang dimakan untuk mendapatkan kekuatan badan.
Perkataan ta’m pula bermaksud merasai sesuatu samada manis, pahit, masam, masin dan
sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makanan adalah bermaksud apa sahaja
yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan lain-lain.

DEFINISI MAKANAN HALAL DAN HARAM

DEFINISI MAKANAN HALAL

Makanan halal adalah makanan yang dibolehkan oleh agama dari segi hukumnya. Makanan
yang halal hakikatnya adalah makanan yang didapati dan di olah dengan cara yang benar
menurut agama. Adapun makanan yang baik dapat dipertimbangkan dengan akal dan
ukurannya untuk kesihatan. Ertinya makanan yang baik adalah yang berguna dan tidak
membahayakan bagi tubuh manusia dilihat dari sudut kesihatan. Maka, makanan yang baik
lebih bersifat kondisional, tergantung situasi dan kondisi manusia yang bersangkutan.

Terdapat beberapa garis panduan untuk menentukan definisi makanan halal adalah seperti
berikut:

a) Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda dari
binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak
disembelih mengikut hukum syarak.

b) Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut
hukum syarak.

c) Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak
bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau
berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan a, b, dan
c atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

DEFINISI MAKANAN HARAM

Kata makanan sendiri berasal dari kata makan yang artinya aktiviti memasukkan
sesuatu ke dalam tubuh yang bertujuan untuk menghilangkan rasa lapar. Makanan adalah
suatu benda atau hal yang dimakan oleh manusia kemudian dicerna dan diserap dalam tubuh
untuk menghasilkan tenaga dan mendukung segala aktiviti. Adapun kata haram berasal dari
kata dalam bahasa Arab yang artinya sesuatu yang dilarang. Maka dapat disimpulkan bahawa
makanan haram adalah makanan atau suatu benda yang haram diambil oleh manusia terutama
umat islam dan apabila tetap mengambilnya maka ia berdosa.

Haram artinya dilarang, jadi makanan yang haram adalah makanan yang dilarang oleh syarak
untuk dimakan. Setiap makanan yang dilarang oleh syarak pasti ada bahayanya dan
meninggalkan yang dilarang syarak pasti ada faedahnya dan mendapat pahala.

MAKANAN HALAL
CIRI-CIRI MAKANAN HALAL
1. Tiada dalil yang mengharamkanya
2. Bersih dan tidak memudaratkan
3. Binatang halal (diternak) dan disembelih
4. Tumbuh - tumbuhan yang tidak beracun

KEBAIKAN MAKANAN HALAL
Kebaikan makan makanan yang sihat dapat menyihatkan tubuh badan kita. Selain itu

makanan yang sihat jugak dapat mencergaskan minda kita. Antara makanan yang sihat
ialah gandum, sayur sayuran, kekacang, ubi kentang, tomato dan lobak merah. Dalam Islam
pun mengatakan makan makanan yang baik datangnya dari sumber yang halal.

Sebagaimana kita ketahui, umat Islam bukan saja perlu mencari rezeki daripada sumber dan
pekerjaan yang dibenarkan dalam Islam, malah kita perlu tahu setiap makanan serta minuman
yang diambil itu tidak jatuh di dalam hukum haram.

Ini kerana Allah SWT menghalalkan sesuatu kerana ia baik untuk manusia dan sebaliknya
diharamkan sesuatu kerana ia memudaratkan manusia.

Halal sesuatu makanan dan minuman atau produk itu bergantung kepada sumbernya
dan bahan mentah yang digunakan. Malah berdasarkan hukum syarak, cara memprosesnya
atau membuatnya juga hendaklah dipastikan bahawa ia dikendali dengan cara bersih, suci dan
halal. Jika tidak, makanan berkenaan yang pada mulanya bersumberkan bahan mentah yang
halal akhirnya boleh jatuh ke dalam kategori makanan yang haram.

Makanan dan minuman halal bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal atau jasmani,
sebaliknya paling penting ia dapat menjaga kesihatan rohani dan jiwa. Makanan halal akan
memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jasmani, rohani dan jiwa kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada seorang yang kusut masai, berdebu dan
sentiasa dalam musafir. Namun keadaan makanannya haram, pakaiannya haram dan
dibesarkan dengan yang haram. Lalu dia mengangkat tangannya sambil berdoa: ‘Ya Tuhanku,
ya Tuhanku’. Maka bagaimana orang yang sedemikian itu akan dapat dimakbulkan doanya.”
(Riwayat Muslim)

Jelas menerusi hadis ini, makanan yang berpunca daripada sumber haram turut memberi
kesan kepada ‘kedudukannya’ di sisi Allah SWT. Ia menjauhkan seseorang itu daripada
keredaan Allah SWT dan menjadi tanda bahawasanya dijauhkan mereka (pemakan harta
haram) daripada rahmat dan nikmat Allah SWT.

Allah SWT berfirman: “Dan siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan
(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada
mereka, iaitu para Nabi, Siddiqin dan para Syuhada serta para Solihin. Dan amat eloklah
mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat).” (Surah An-Nisaa’, 69)

Oleh itu, apa juga makanan, minuman atau produk kegunaan umat Islam hendaklah
dipastikan bukan daripada sumber haram seperti penipuan, mencuri, rasuah, bukan bahan
haram, bukan najis, racun dan sebagainya.

Firman Allah SWT: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang
halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan
itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah, 168)

Demikianlah, Islam memandu hidup manusia supaya sentiasa taat perintah Allah SWT dan
Rasul-Nya dalam mematuhi perintah terhadap soal makanan dan minuman atau apa juga
produk kegunaan umat Islam hanya yang halal.

Islam adalah agama yang sangat menjaga keselamatan, kesihatan dan kehidupan umatnya
melalui penjagaan makanan, minuman dan produk yang halal. Mudah-mudahan kita akan
menjadi umat yang terbaik, sihat jasmani dan rohani serta mendapat berkat dalam hidup.

SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN

Setelah mengenali beberapa konsep tentang makanan halal, kita perlu juga mengenali
beberapa sumber utama makanan dan minuman manusia seperti dari haiwan, tumbuh-
tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma. Sumber makanan dari jenis
haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu haiwan darat dan air.
Sumber haiwan dari darat adalah halal dimakan kecuali haiwan yang tidak disembelih
mengikut hukum syarak dan haiwan yang diharamkan dalam Islam untuk dimakan iaitu, babi,
haiwan yang mempunyai taring atau gading seperti harimau, gajah, kucing. Manakala dari
jenis burung ialah burung yang mempunyai pencakar, paruh tajam, seperti burung helang,
gagak dan lain-lain. Sumber haiwan dari air ialah yang boleh hidup secara hakiki di dalam air
sahaja, kecuali jika ianya mengandungi haiwan yang beracun, memabukkan dan boleh
membahayakan kesihatan.

Sumber dari tumbuh-tumbuhan pula ialah semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya
adalah halal dimakan kecuali jika ia akan mengandungi keracunan dan bahaya pada kesihatan
kita, seperti cendawan beracun, sayur berulat dan lain-lain lagi. Sumber bahan semula jadi
seperti air, mineral dan lain-lain adalah kecuali yang bercampur benda-benda najis dan akan
membawa keburukan pada kesihatan. Bahan tambah atau bahan pewarna (food Additivies)
seperti pewarna, penstabil dan lain-lain lagi, jika ia akan membawa kepada keburukan pada
kesihatan kita, perlulah dihindari daripada digunakan.

PRINSIP MAKANAN HALAL

Terdapat tiga prinsip makanan untuk menentukan halal atau haramnya makanan itu, ianya
berdasarkan ayat 145 surah al-An’am, ayat 157 surah al-A’raf dan ayat 4 surah al-Maidah,
antara prinsipnya itu ialah:
• Prinsip pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang
dan pada zaman Rasulullah s.a.w yang halal, seperti:

1. Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walauapa pun namanya. Hal yang demikian
kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang Arab.

2. Binatang ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab dan lain-
lain yang dianggap elok oleh orang Arab yang kemudiannya diakui halal oleh syarak.

• Prinsip kedua ialah semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk
menangkap mangsa adalah haram. Seperti babi, anjing, serigala, kucing, singa, harimau,
gajah dan jenis burung yang diharamkan makan iaitu yang mempunyai kuku yang kuat boleh
melukakan binatang lain seperti helang.

• Prinsip ketiga semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram makan, seperti ular,
kala jengking, gagak dan lain-lain lagi.

MAKANAN HARAM
Makanan haram yang disebut dalam Alquran dan hadis adalah berupakan bangkai, darah ,
babi, minuman keras dan haiwan yang di sembelih tidak sesuai dengan sayrat islam.
Bangkai

- Bangkai merupakan haiwan yang mati dengan sendiri, termasuk tidak sesuai dengan
cara dan syariat islam yakni haiwan yang tercekik ,terjatuh ,dipukul ,ditanduk, hingga
di tikam binatang buas.

- Ini kerana bangkai haiwan ini menjadi tempat pertumbuhan mikroorganisme yang
dapat membahayakan kesihatan manusia.

Darah
- Darah dalam bentuk beku yang kerap kali disebut sebagai saren, dideh, atau marus -
dalam islam darah tersebut merupakan nanjis atau hal yang diharamkan
- Analisi ilmiah menjelaskan bahawa kandungan asam urat dan zat besi dalam darah
yang tinggi dapat membahayakan tubuh. Hal ini dapat memicu berbagai penyakit
mematikan seperti hemokromatosis.

Babi
- Pengharaman babi bukanlah hanya terletak pada dagingnya saja, melainkan juga
termasuk rambut, kulit, tulang, dan seluruh anggota tubuh yang lainnya. Babi
diharamkan lantaran kandungan banyaknya cacing pita yang terdapat di dalamnya
yakni berupa taenia solium, trichinella sprialis, fasciolopsis buski, dan clonorchis
sinesis.
- Penelitian oleh Chambridge University menunjukkan, terdapat jenis cacing
Strongyloides ransomi, Ascaris suum, Macracanthorhyncus hirudinaceus dan
Globocephalus urosubulatus pada babi di Papua.

Minuman Keras
- Alkohol merupakan salah satu bahan yang terdapat di dalam minuman keras.
Meskipun dalam jumlah yang sedikit, namun alkohol dapat mempengaruhi sistem
saraf di dalam tubuh sehingga dapat menyebabkan hilangnya fungsi indra. Selain itu,
alkohol pun juga dapat memicu berbagai jenis penyakit .

Haiwan yang Disembelih Tidak Sesuai dengan Syariat Islam

- Secara ilmiah, haiwan yang tidak disembelih sesuai dengan cara yang benar akan
mudah mengalami stres. Akibatnya, terjadilah peningkatan kadar katekolamin dan
kreatinin kinase yang dapat menyebabkan penumpukan asam laktat pada daging.

KEPENTINGAN MAKANAN HALAL

Makanan merupakan keperluan asas manusia. Makanan yang terbaik untuk semua manusia adalah
makanan yang halal. Konsep pemakanan halal dalam Islam ialah halal lagi baik (halalan toyyiban)
iaitu terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan. Allah S.W.T telah
menggariskan panduan kepada manusia mengenai gaya pemakanan yang terbaik. Di dalam Surah
al-Baqarah ayat 168 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, makanlah daripada makanan yang halal lagi baik daripada
apa yang terdapat di atas bumi…”.

Dalam konteks masyarakat Islam, pengambilan makanan yang halal amat penting kerana ianya
memberi implikasi terhadap ibadah yang dilaksanakan.

1) Menyihatkan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan termasuklah dari aspek fizikal, mental dan rohani. Pemakanan yang baik
dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Ianya menjadikan seseorang itu lebih cergas, sihat dan
kehidupannya lebih terjamin.

2) Terhindar dari kemungkaran
Bagi umat Islam sendiri, konsep halalan toyyiban itu sendiri dapat menghindarkan diri dari
perbuatan dosa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, menyatakan bahawa salah
satu doa yang tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada
sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada
sumber yang haram.

3) Terhindar daripada penyakit yang merbahaya
Misalnya, Allah s.w.t telah mengharamkan daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa
terdapat cacing pita dan virus JE (Japanes Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan sukar
untuk dibunuh. Maka dari itu, mematuhi perintah Allah S.W.T dalam menjaga soal makanan dan
minuman atau apa juga produk kegunaan umat Islam hanya yang halal amat penting supaya
memberi kebaikan kepada individu itu sendiri terutama dari segi kesihatan.

KESAN MAKANAN HALAL DAN MAKANAN HARAM TERHADAP KESIHATAN
TUBUH MANUSIA

A) KESAN MAKANAN HALAL TERHADAP KESIHATAN
1. Makanan halal seperti sayur-sayuran dapat menjadikan tubuh badan kita
menjadi lebih sihat.
2. Makanan halal mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan
manusia berjalan dengan baik.
3. Makanan halal mempunyai vitamin dan zat besi yang membantu organ
dalaman dapat mengerjakan tugas masing masing dengan baik.
4. Pengamalan makanan halal dapat mengelakkan penyakit berbahaya seperti
serangan jantung dan obesiti.
5. Makanan halal dapat membantu sistem pencernaan mencerna dengan lebih
baik kerana kandungan serat yang tinggi terutama dalam sayur-sayuran dan
buah-buahan.

B) KESAN MAKANAN HARAM TERHADAP KESIHATAN
1. Makanan haram seperti bangkai boleh menyebabkan keracunan makanan.
2. Makanan seperti babi dapat memberi beberapa risiko penyakit kronik
termasuklah diabetes, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.
3. Makanan haram seperti makanan yang mengandungi alkohol atau arak
terutama dalam kalangan ibu mengandung dapat menyebabkan kecacatan
kepada janin atau kandungan.
4. Makanan haram seperti babi juga mempunyai banyak cacing dalam dagingnya
seperti cacing pita dan menyebabkan terdedah kepada risiko penyakit
trichinosis.
5. Makanan haram seperti bangkai mempunyai pelbagai bahan beracun akibat
dari kerosakan akibat daripada sel-sel yangb telah mati dan boleh menjadi
punca penyebaran virus bau seperti coronavirus atau dikenali Covid-19.

HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI’I

Beliau menyebut bahawa ayat ini diihtimal mengandungi dua makna iaitu tidak haram ke atas
seseorang kecuali apa yang telah dikecualikan, dan yang kedua ialah diihtimal dengan
dikhususkan dengan nas daripada hadis di mana terdapat beberapa hadis yang melarang
daripada memakan binatang buas yang mengkhususkan umum ayat di atas. Di dalam al
Umm, Imam Syafi‘i menyenaraikan beberapa garis panduan halal haram seperti berikut:

1- Asas halal haram bahaim, dawab dan burung ialah dua perkara iaitu sesuatu yang
haram berdasarkan kepada nas daripada hadis dan berdasarkan kepada dalil secara
jumlah daripada al Quran yang menunjukkan haram binatang yang tidak tergolong
dalam kategori tayyibat dan binatang ternak sebagaimana firman Allah yang
bermaksud: “Dihalalkan kepada kamu binatang ternak….” dan firman Allah yang
bermaksud: “Dihalalkan kepada kamu yang baik-baik…”. Orang Arab
mengharamkan sesuatu kerana ia adalah kotor (khabaith) dan menghalalkan sesuatu
yang tayyibat, maka dihalalkan kepada mereka tayyibat dan diharamkan khabaith
sebagimana firman Allah yang bermaksud: Dan diharamkan kepada mereka benda-
benda kotor. Difahami daripada kata-kata ini ialah segala binatang yang baik
termasuk dalam kategori tayyibat kecuali yang ada tegahan daripada nas atau binatang
itu boleh membawa kemudaratan. Begitu juga segala yang kotor adalah haram
walaupun tidak ada nas yang mengharamkan seperti tahi, ulat dan air kencing kerana
ia termasuk di dalam kategori khabaith.

2- Kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk dibunuh burung gagak, sejenis helang, jengking,
tikus dan anjing gila ketika ihram menunjukkan kepada haram binatang tersebut untuk
dimakan.

3- Berdasarkan kepada garis panduan 1 dan 2 di atas, beliau merumuskan bahawa apa
yang dimakan oleh orang Arab adalah halal dan apa yang mereka tidak makan adalah
haram. Ini kerana al-sunnah memperakui perbuatan mereka memakan dan tidak
memakan tersebut. Orang Arab tidak memakan anjing, serigala, singa dan harimau.
Mereka memakan dubu‘ dan ia adalah halal berdasarkan kepada hadis bahawa dubu‘
boleh diburu dan dimakan. Mereka juga makan dab, arnab, wabr dan musang. Mereka
tidak memakan tikus, jengking, ular, helang , gagak, dan lain-lain. Penulis
berpandangan bahawa rumusan inilah adalah berdasarkan kepada al istiqra’ iaitu apa

yang dimakan oleh orang Arab adalah daripada tayyibat dan apa yang mereka tidak
makan termasuk dalam khabaith.

4- Ditegah daripada memakan binatang yang Jallalah sehingga diberi makan dengan
makanan yang bersih. Beliau menyebut proses istibra’ unta berdasarkan
pendapatpendapat yang ada ketika itu ialah dengan bilangan empat puluh malam,
kambing kurang daripada itu dan ayam dalam jangka masa tujuh malam. Semuanya
itu kembali kepada perubahan daripada keadaan yang tidak disukai kepada fitrah asal
binatang tersebut.

5- Asal sesuatu yang dimiliki oleh manusia daripada makanan dan minuman terbahagi
kepada dua iaitu yang pertama ialah yang ada ruh. Terdapat yang halal dan yang
haram daripada kategori ini. Kategori yang kedua ialah yang tiada ruh. Semua
makanan daripada kategori ini adalah halal kecuali jika dicampur dengan yang haram
atau dijadikan suatu yang memabukkan dan juga yang mengandungi racun yang
membunuh. Pada pandangan beliau tiada rukhsah dalam meminum suatu yang
beracun sama ada untuk berubat atau tujuan lain sedikit ataupun banyak, dicampurkan
atau tidak dicampurkan kerana beliau khuatir ke atas orang yang meminum dan orang
yang memberi minum akan membunuh dirinya atau membunuh orang yang diberi
minum. Walaupun ada pendapat yang mengatakan tidak boleh diminum yang tidak
dicampur dan boleh diminum yang sedikit yang boleh mendatangkan manfaat, tetapi
kerana beliau telah mendengar kematian orang yang meminum kerana sedikit
walaupun ada yang tidak menyebabkan beliau lebih cenderung kepada tidak
memberikan rukhsah.

6- Dalam keadaan darurah, halal dimakan bangkai, darah mahupun daging babi. Juga
tidak mengapa sekiranya seseorang mengambil yang haram sebagai bekalan. Apabila
dijumpai yang halal, hendaklah dibuang yang haram tersebut.

AYAT AL-QURAN BERKAITAN TENTANG MAKANAN HALAL DALAM ISLAM

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkan bagi
mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagimu adalah (makanan) yang
baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu
latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan Allah
kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama
Allah (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah

sangat cepat perhitungan-Nya.” (4)
Pada hari ini dihalalkan bagimu segala yang baik-baik. Makanan (sembelihan)
Ahli Kitab itu halal bagimu, dan makananmu halal bagi mereka. Dan (dihalalkan
bagimu menikahi) perempuan-perempuan beriman yang menjaga kehormatan dan
perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari kalangan orang-orang yang

diberi kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar maskawin mereka untuk
menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan bukan pula untuk menjadikannya
perempuan piaraan. Barangsiapa kafir setelah beriman, maka sungguh sia-sialah

amal mereka, dan di akhirat kelak dia termasuk orang-orang yang merugi. (5)
– (Q.S Al-Maidah: 4-5)

Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu dan
janganlah kamu melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku

menimpamu. Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku, maka sungguh binasalah dia.
– (Q.S Thaha: 81)

Wahai manusia, makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat
di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya

syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
– (Q.S Al-Baqarah: 168)

AYAT AL-QURAN BERKAITAN TENTANG MAKANAN HARAM DALAM ISLAM

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi,
dan (haiwan) yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah, tetapi

barangsiapa terpaksa (memakannya) bukan kerana menginginkannya dan tidak
pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang.
– (Q.S An-Nahl: 115)

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan
(daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik,
yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih
untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak
panah), (kerana) itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah
putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada
mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu
untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridai Islam
sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa karena lapar, bukan karena ingin
berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

– (Q.S Al-Maidah: 3)

Katakanlah, "Tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging
hewan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi – karena semua itu
kotor – atau hewan yang disembelih bukan atas (nama) Allah. Tetapi barang siapa
terpaksa bukan karena menginginkan dan tidak melebihi (batas darurat) maka

sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang.

– (Q.S An-An’am: 145)

KESIMPULAN

Islam merupakan agama yang lengkap dan indah. Islam bukan sahaja mengajar penganutnya
untuk beribadah namun Islam turut mementingkan kesihatan dan kebaikan penganutnya.
Islam mengajarkan kita bahawa pengamalan amalan hidup yang sihat dan pemakanan
seimbang adalah sangat penting bagi semua hidupan di dunia tak kira manusia, haiwan
mahupun tumbuhan. Bagi kita yang merupakan seorang penganut agama Islam itu sendiri,
makanan yang boleh diamalkan sudah semestinya adalah yang halal dan memberi manfaat
kepada kesihatan kita. Ulama-ulama besar seperti Imam As-Syafie sendiri telah menulis dan
menerbitkan buku-buku yang mengandungi cara-cara untuk memilih dan menentukan hukum
bagi makanan yang boleh diambil. Berdasarkan kajian kami, makanan haram memberi kesan-
kesan yang amat buruk kepada kesihatan tubuh manusia. Contohnya, mengamalkan makanan
haram dapat mengganggu sistem pencernaan manusia dan merosakkan sistem tubuh badan
manusia. Perkara ini dapat dielakkan dengan mengamalkan makanan yang halal dan bersih
yang sudah semestinya memberi kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan manusia
seperti memberi kesan yang baik kepada kesihatan jantung. Sebagai kesimpulannya, kita
sebagai umat Islam hendaklah mengamalkan pemakanan halal dan sihat dan mengelakkan
diri dari sesekali mengambil makanan yang haram.

REFERENS

1. https://www.merdeka.com/trending/makanan-halal-dan-haram-dalam-agama-islam-
lengkap-dengan-dalil-dan-penjelasan-ilmiah-kln.html

2. https://www.surah.my/
3. https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-alimento
4. Kamus Dewan. 2002.
5. https://dalamislam.com/makanan-dan-minuman/makanan-haram/makanan-haram-

menurut-islam
6. https://zulhisham951022.wordpress.com/2013/07/21/kebaikan-makanan/
7. https://www.muslimfood.com.my/2019/01/23/kepentingan-halalan-toyyiban/
8. https://maintaincool.blogspot.com/2011/03/pemikiran-genjiserizawa-1-kebaikan.html
9. file:///C:/Users/user/Downloads/HALAL_HARAM_MAKANAN_MENURUT_IMA

M_SYAFI.pdf


Click to View FlipBook Version