KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tujuan nota ini diwujudkan agar murid-murid boleh membaca serba
sedikit info berkaitan dengan bola tampar.Di sini cikgu kongsikan
beberapa nota tentang kemahiran dalam permainan bola tampar.Di
harapkan semoga dengan adanya nota ini akan memberi lebih ilmu
kepada murid-murid.
Dengan membaca nota ini cikgu harapkan murid-murid boleh
menjawab kuiz yang telah disediakan.Baca dengan teliti.Hampir semua
jawapan bagi kuiz tersebut ada dalam nota yang cikgu beri.
Akhir sekali semoga ilmu ini dapat kamu praktikkan apabila kita
bersua dalam aktiviti ko-kurikulum kelak.Selamat membaca dan
sterusnya selamat menjawab kuiz yang disediakan.
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
Setiap pemin perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiranasas dalam
permainan bola tampar.
Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah
seperti menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.
A. Teknik menyangga (Digging)
• Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
• Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
• Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.
• Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan
untuk menerima hantaran.
B.Teknik Servis
i) Servis bawah
Langkah petama adalah posisi ketika tubuh berdiri,kemudian kaki
membentuk kuda-kuda dengan badan agak condong ke depan.
Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan
yang satu lagi digunakan untuk memukul bola dengan jari-jari tangan
dalam keadaan mengepal atau menggenggam.
Yang ketiga pila adalah bola sedikit dilambungkan,kemudian bola dipukul
di bahagian bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.
ii) Servis atas
Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri,salah satu tangan memegang
bola.
Kemudian boladilambungkan dan dipukul dengan jari-jarisecara rapat
sekuat tenaga.
Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya
membentuk atau beralun.
C. Teknik Mengumpan(setting Full)
o Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti dalam gambar.
o Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang
kuat.
o Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan pasukan dapat
membuat rejaman.
D. Teknik Merejam(Spike)
Sama ada run up atau berdiri setempat .
Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
Bengkokkan lutut dan menolak ke atasdengan tangan dihayunkan ke
belakang dan ke atas.
Menaikkan tangan kanan atau tangan kiri di atas kepala atau di belakang
bahu untuk merejam bola.
Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan ,tapak tangan,
tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
E. Teknik Mengadang (Block)
Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
Lompat dengan keduaa-dua belah kaki.
Luruskan keduaa-dua belah tangan ke atas.
Jarakkan jari-jari tangan.
Mata pandang arah pergerakan bola.
Fleksikan kedus-dus belah lutut semasa mendarat.
JENIS BOLA YANG DIGUNAKAN
GELANGGANG BOLA TAMPAR
Gelanggang bola tampardibahagikan kepada 2 bahagian menerusi satu jaring
tengah.
Ketinggian jaring dibahagikankepada 2 kategori iaitu lelaki dan wanita.
- Ketinggian jaring lelaki iaitu 2.43 meter
- Ketinggian jaringwanita adalah 2.24 meter.
Gelanggang bola tamapar mempunyai keluasan lebar 18 meter,panjang 9
meter.Keluasan petak dalam gelanggang adalah 3 meter(dari garisan
tengah),panjang 9 meter.
Sejarah Bola Tampar
Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun a985 di Gimnasium
YMCA di Holyoke,Massachhusetts ,Amerika Syarikat oleh Prof. William J.Morgan (1870 -
1942) merupakan seorang Pengarah .Pada asalnya ia adalah permainan rekreasi.
Bola tampar -Peraturan asas
1. Semasa permainan satu pihak terdiri daripada 6 orang - tidak boleh kurang.
2. Permainan dikawal oleh 2 orang referi.
3. Hanya ketua pasukan yang bermain boleh berhubung dengan referi semasa
perlawanan.
4. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain berdaftar sahaja.
5. Sepanjang permaainan berlangsung pertukaran pemain hanya dibenarkan sebanyak
6 kali petukaran sahaja.
6. Pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan sebelah tangan & juga
menanduk.
7. Pemain garisan belakang tidak dibenarkn merejam bola semasa dalam kawasan
serangan.
8. Setiap pasukan boleh meminta 2 kali time out dalam setiap set.
9. Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya memperolehi mata ke 25.Jika
skor sampai 24 sama,permainan set itu akan tamat jika satu pihak mendapat lebihan 2
mata dari lawannya.
10. atur pemain bola tampar adalahmengukit strategi berputar mengikut arah jam.