MPU21032 – PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: MAKANAN TRADISIONAL
INDIA
PENSYARAH:
TUAN ABDUL RAHMAN
GROUP MEMBER:
TAY HER WEI (14DAT22F1048)
BAIRAVEE KUMAR (14DAT22F1015)
KASHMIRA RAVICHANDARAN
(14DAT22F1037)
ABIRAMI A/P BALACHANDRAN
(14DAT22F1056)
MAKANAN TRADISIONAL INDIA
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah
sebati dengan jiwa dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan
kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun ia
memiliki keenakan yang tersendiri.
Daun kari, minyak sapi, serbuk kari, pelbagai rempah, herba serta
sayuran antara bahan yang sering digunakan dalam masakan India
terutama bagi pengamal vegetarian. Kepercayaan agama serta
budaya India telah memberi pengaruh dalam sesuatu masakan.
Bagi kaum India yang berada di Malaysia, ada juga yang sudah
melupakan hidangan asli mereka. Biarpun anak muda semakin
melupakannya, namun bagi mengekalkan tradisi, makanan
tradisional harus dipertahankan.
Pelbagai makanan serta minuman kaum India yang begitu enak dan
unik boleh anda nikmati tanpa perlu terbang jauh hingga ke benua
India.
BANANA LEAF
Salah satunya termasuklah “banana leaf” yang dikenali sebagai daun
pisang. Daun pisang ialah kaedah tradisional yang menyajikan
hidangan nasi dalam masakan India Selatan. Disebabkan oleh
penghijrahan orang India Selatan, nasi daun pisang juga boleh
didapati di kawasan yang mempunyai diaspora etnik India Selatan
yang ketara seperti Malaysia dan Singapura.
Dalam hidangan daun pisang, nasi putih atau nasi goreng di restoran
asli India Selatan dihidangkan di atas daun pisang dengan pelbagai
jenis sayur-sayuran, jeruk, appalam dan perasa serantau lain
(biasanya masam, masin atau pedas). Daun pisang bertindak sebagai
pinggan pakai buang dan daun pisang tidak dimakan. Pemilihan daun
pisang dalam menghidangkan makanan adalah disebabkan oleh saiz
daun yang luas serta kewujudan tumbuhan itu di India Selatan.
Biasanya, hanya kuah vegetarian seperti “sambar” akan dihidangkan
dengan nasi kerana untuk menjadikannya sebagai hidangan
vegetarian tradisional. Namun, kadangkala telur rebus, daging kari
atau goreng atau makanan laut juga dihidangkan berserta dengan
nasi . Secara tradisinya, terdapat dua hidangan nasi iaitu yang
dihidangkan dengan kuah, ulam dan bahan perasa manakala yang
seterusnya , hanya nasi dengan dadih sebagai pencuci mulut.
Hidangan daun pisang biasanya dimakan dengan tangan. Secara
tradisinya, hanya tangan kanan digunakan, dan hanya hujung jari
yang harus menyentuh makanan. Mana-mana bahagian jari di luar
buku jari pertama atau tapak tangan tidak boleh menyentuh
makanan. Selain itu, terdapat juga adab makan daun pisang yang
menetapkan bahawa, selepas makan, tetamu mesti sentiasa melipat
daun pisang ke dalam sebagai tanda terima kasih kepada tuan
rumah, walaupun tuan rumah adalah pemilik kedai makan. Amalan
ini selalunya dipraktikkan secara turun temurun sebagai tanda
penghargaan .Walau bagaimanapun, apabila hidangan dihidangkan
pada upacara pengebumian, daunnya dilipat ke luar sebagai tanda
takziah kepada keluarga si mati. Disebabkan ini, melipat daun ke luar
dianggap tidak sopan dalam sebarang keadaan lain. Maka, dikatakan
bahawa makanan tradisional daun pisang ini mempunyai unsur
tradisi yang tersendiri yang mampu membawa pelbagai manfaat
terhadap perpaduan di negara kita.
IDLI
Idli antara perumian yang lain adalah idly atau iddly, idlis
merupakan makanan masyarakat selatan India ketika sarapan. Ia
juga dipanggil kuih beras kukus dikalangan
orang Melayu di Malaysia. Bentuk fizikal seperti kek kecil yang tidak
tebal, ia tidak manis dan ia bukan kuih putu piring, walaupun
menggunakan beras sebagai bahan asas. Kuih ini sangat popular di
serata selatan India, termasuk Karnataka, Tamil Nadu,
Pondicherry, Kerala, dan Sri Lanka. Kuih ini juga boleh didapati di
restoran-restoran India di Malaysia dan Singapura, kerana susur
galur orang India di negara ini adalah kebanyakkan datang
dari India Selatan.
Saiz kuih ini dalam ukuran dua ke tiga inci diameter. Bahan untuk
membuat kuih ini dari bater campuran kacang dal hitam yang
ditapai dan beras, kemudian ia dikukus. Proses penapaian ini
membenarkan pemecahan kanji supaya ia boleh
dimetabolismakan oleh badan. Kuih ini dihidang bersama chutney
dan sambal sebagai bahan pencecah atau perasa.
BAHAN UNTUK MEMASAK IDLI
1 cawan beras - dicuci & direndam
1 cawan Ulundhu bulat /Dhal Putih- dicuci & direndam
1 senduk nasi
Sedikit Garam
1/2 cawan Air
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras dan dhal putih selama tujuh hingga lapan jam
2. Kemudian, basuh dan kisar semua
3. Ketika blend campurkan nasi
4. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Adunannya mesti pekat
5. Masukkan garam dan kacau sehingga sebati
6. Peram adunan ini selama 8 jam supaya adunan naik
7. Tuangkan campuran ke dalam bekas idli atau acuan kecil dan
kukus sehingga masak anggaran 15 minit
8. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari ayam atau chutney.
TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai
dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga
terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai
bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan
oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati
di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.
Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai
sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan
karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan.
Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam
atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan
kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
BAHAN UNTUK MEMASAK TOSAI
1 tin susu beras
½ tin susu kacang uluthu ( dhal putih yang digunakan untuk buat
Tosai) (beli ONLINE)
2 genggam / 2 sudu nasi sejuk
1 sudu makan garam
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan kacang uluthu. Kemudian masukkan nasi sejuk
dan rendam selama 5-6 jam.
2. Bila cukup waktu rendaman, kisar bahan-bahan tadi sedikit demi
sedikit. Pastikan kisaran tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Buat macam adunan roti jala. Tuang kisaran dalam bekas
bersesuaian.
3. Teruskan kisar bahan rendaman tadi. Bila kisaran terakhir,
masukkan garam. Kisar sekali lagi.
4. Tuang adunan dalam bekas besar yang bersesuaian kerana
adunan akan kembang. Campurkan dan sebatikan menggunakan
tangan. Pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu.
5. Tutup bekas dan biarkan bahan kisaran selama 5-6 jam sehingga
adunan jadi kembang dan masam.
6. Untuk memasaknya, ambil kuali leper dan sapukan sedikit
minyak. (empunya resipi guna minyak bijan kerana rasa lebih
sedap)
7. Tuang adunan dan ratakan. Tutup 2 minit dan Tosai sudah
masak serta boleh diangkat. Pastikan jaga api supaya Tosai tidak
hangit.
8. Angkat dan enak dinikmati bersama Chutney dan Kari Ayam.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi
kaum di negara Malaysia ini dapat membentukan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara kita.
Pertama, masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam
makanan yang terkenal yang terdiri daripada 3 bangsa terbesar di
dalam negara kita iaitu Melayu, Cina, dan India dan pelbagai kaum
etnik yang lain.
Kedua, pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan
budaya Malaysia yang unik.
Ketiga, 3 kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya
tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan
perpaduan antara satu sama lain.