PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM
SEMESTER 1
946/1
PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2
1.1.3 1.1.4 Faktor
Peranan pengeluaran
perniagaan
1.1.2 1.1.5 Proses
Perniagaan perniagaan
dan untung
1.1.1 1.1 1.1.6
Perniagaan PENGENALAN Cabaran
dan bukan Perniagaan
perniagaan KEPADA
PERNIAGAAN
1.1 PENGENALAN KEPADA
PERNIAGAAN
1.1.4 FAKTOR PENGELUARAN
1.1.5 PROSES PERNIAGAAN
1.1.6 CABARAN PERNIAGAAN
1.1.4 FAKTOR PENGELUARAN
OBJEK TIF • Menjelaskan
PEMBELAJARAN faktor
pengeluaran
meliputi bahan
mentah, modal,
modal insan,
teknologi dan
keusahawanan
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
1) Tanah (bahan mentah).
- merupakan sumber alam semulajadi yang boleh digunakan untuk pengeluaran barangan
dan perkhidmatan.
-meliputi sumber hutan seperti kayu balak, sumber pertanian, sumber perusahaan,
sumber galian dan sumber lautan.
-tanah diperlukan untuk mendapatkan bahan mentah untuk melaksanakan aktiviti
pengeluaran.
-bertindak sebagai input produktif dalam proses pengeluaran.
-membantu secara langsung dalam menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
2) Modal Insan.
-semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada
barangan dan perkhidmatan.
-ini termasuk semua pekerja dalam sesebuah organisasi drp pengurusan atasan hingga ke
pekerja bawahan.
-buruh boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu buruh mahir, buruh separuh mahir dan
buruh tidak mahir.
-setiap pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pengurusan merupakan
aspek penting bagi tenaga buruh dalam organisasi.
3) Modal.
-modal ialah sejumlah wang dan peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang
digunakan untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
-modal kewangan boleh diperoleh daripada simpanan pemilik dan pinjaman.
-modal boleh digunakan untuk membeli atau membiayai aset perniagaan seperti wang tunai,
penghutang, bangunan dan kenderaan.
-bekalan wang tunai mencukupi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan dengan
berkesan.
4) Keusahawanan.
-Keusahawanan ialah himpunan kemahiran dan keupayaan
menghadapi risiko serta kreativiti yang perlu digabungkan dengan
dengan faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menjalankan
aktiviti pengeluaran.
-Keusahawanan ialah pemangkin yang dibekalkan oleh usahawan
yang sanggup mengambil risiko dalam mengusahakan sessuatu
perniagaan dgn matlamat mendapatkan keuntungan.
-Usahawan perlu berusaha mencari idea baru, kreatif, inovatif dan
berani mengambil risiko.
5) Teknologi.
-Teknologi merupakan satu kaedah menjalankan aktiviti perniagaan
mengikut perkembangan semasa persekitaran perniagaan.
-Penggunaan kaedah pengeluaran terkini dalam proses pengeluaran
berupaya untuk meningkatkan daya saing perniagaan dalam pasaran.
-Kaedah penyelidikan dan pembangunan membolehkan perniagaan
memperoleh penemuan baru dari segi kaedah menjalankan perniagaan.
-Teknologi membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran dengan
menggunakan teknologi moden.
-Mengurangkan penggunaan tenaga buruh seterusnya mengurangkan kos
buruh.
-Meningkatkan kualiti hasil keluaran melalui penyelidikan dan
pembangunan.
Soalan Ulangan Penggal 1 STPM 2014.
1.b) Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pembuatan perabot.
[6]
Contoh jawapan;
1.1.5 PROSES PERNIAGAAN
•Menjelaskan
langkah-langkah
yang terlibat dalam
proses perniagaan
OBJEKTIF iaitu input, proses
PEMBELAJARAN tambah nilai,
output, pemasaran
dan untung/rugi
PROSES PERNIAGAAN
mtr-aPenrmossafoekrssmipmaesurinmbiakegaramnauknelaiuadnlaatuhrinpagakadtniav.itini tpaumt hbianhggnailami yeannjagddi iojaultapnuktaynandgalbaemrtpurjuoasens
1) Input.
-input merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk
menghasilkan keluaran atau perkhidmatan.
- terdiri daripada tanah, buruh, modal, keusahawanan dan teknologi
-contohnya input yang digunakan untuk menghasilkan perabot ialah kayu getah
dan tenaga kerja mahir, separa mahir dan tidak mahir.
-wang diperlukan untuk membiayai aktiviti perniagaan dan membeli peralatan.
-seorang pengusaha pula perlu memiliki ciri-ciri keusahawanan seperti kreatif,
inovatif dan berani mengambil risiko jika ingin berjaya dalam perniagaannya.
2) Proses tambah nilai (transformasi).
- proses menukarkan input kepada output dengan menggunakan faktor
pengeluaran.
-ia melibatkan perubahan dari segi bentuk, rupa, warna, rasa dan saiz
kepada satu bentuk produk lain yang dikenali sebagai output.
-transformasi juga merupakan aktiviti tambah nilai dalam proses
pengeluaran.
-aktiviti tambah nilai menyebabkan nilai input meningkat.
-contohnya proses penghasilan meja dari kayu balak yang telah diproses
menjadi papan lapis.
3. Output.
-Output merupakan produk akhir atau separa siap yang
dihasilkan daripada proses pengeluaran atau penyediaan
perkhidmatan.
-cth: penghasilan meja diperbuat daripada papan lapis yang siap
diproses.
.
4. Pemasaran.
-pengagihan produk siap atau separa siap kepada pengguna
sasaran.
- Pemasaran melibatkan produk,promosi,peletakan harga dan
pengedaran produk.
- Contoh kedai perabot telah menawarkan harga promosi sempena
bulan merdeka kepada pelanggan yang membelinya pada bulan
Ogos.
5. Untung atau rugi.
-Untung ialah lebihan hasil setelah ditolak kos, manakala rugi pula
ialah apabila kos melebihi hasil.
- contohnya, kedai perabot mendapat untung apabila membuat
promosi besar-besaran. Keuntungan itu digunakan untuk
menambahkan stok perabot terbaru ke dalam kedainya.
1.1.6 CABARAN PERNIAGAAN
OBJEKTIF •Menerangkan
PEMBELAJARAN perkembangan
perniagaan masa kini
dan cabaran-
cabarannya termasuk
perubahan faktor
persekitaran
Cabaran Perniagaan Kini dan Aktiviti Perniagaan Masa Depan.
1. Sumber makin berkurangan
-Apabila sumber yang diperolehi dari alam semulajadi semakin berkurangan,
perniagaan perlu mencipta kaedah baharu untuk menghasilkan barangan dan
perkhidmatan yang menggunakan sumber tenaga yang sedikit.
-Sumber seperti bahan mentah(minyak mentah, gas, bijih besi, arang batu) yang
semakin berkurangan memerlukan organisasi mencari alternatif bagi
menggantikannya.
-Kecekapan dan keberkesanan semasa proses pengeluaran perlulah
dipertingkatkan untuk menggelakkan sebarang pembaziran sumber.
-Inovasi dilakukan untuk mempelbagaikan fungsi sesuatu produk dan
mengurangkan penggunaan sumber.
2. Perniagaan Antarabangsa
-Perniagaan antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana skop
pasaran yang luas.
-Penceburan perniagaan domestik dalam pasaran antarabangsa telah
mewujudkan beberapa syarikat gergasi yang berjaya menubuhkan
cawangan mereka di serata dunia.
-Peningkatan kualiti keluaran membolehkan sesebuah negara
melibatkan diri dalam kegiatan eksport dan import.
-Peniaga tempatan perlu bersaing dan bijak menyesuaikan diri dengan
trend pasaran global melalui perkongsian bijak secara usaha sama
atau melalui pakatan strategik.
3. Cabaran teknologi.
-Kebanyakan industri berada dalam pertengahan revolusi teknologi.
Penggunaan robot dan teknologi laser amat diperlukan dalam aktiviti
perniagaan.
-Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan banyak teknik dan
kaedah pengeluaran baru dicipta.
-Pengurus dalam sesebuah organisasi perniagaan perlu bertindak
balas terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran dengan cepat
dalam usaha mengekalkan kebersaingannya dalam pasaran.
-Peniaga tempatan perlu bersedia untuk membuat pelaburan besar
untuk memperolehi teknologi tersebut.
4. Tanggungjawab sosial.
-Organisasi perniagaan perlu menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pihak yang tertentu sama
ada pekerja atau masyarakat.
-Pihak kerajaan perlu membentuk undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal pencemaran alam
yang disebabkan oleh aktiviti perniagaan demi meningkatkan kebajikan rakyat.
-Antara tanggungjawab sosial perniagaan;
i) Melindungi persekitaran seperti kawalan pencemaran, penjimatan tenaga dan penghapusan
amalan-amalan diskriminasi.
ii) berkhidmat kepada masyarakat melalui sumbangan derma kepada badan-badan kebajikan.
iii) Membekalkan tenaga-tenaga pakar dalam pelajaran dan latihan.
iv) Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya.
v) menyediakan prasarana awam seperti taman rekreasi dan pusat sukan.
5. Kepekaan terhadap isu alam sekitar.
-Peniaga perlu memastikan proses perniagaan yang dijalankan tidak
memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar.
-Peniaga perlu mematuhi dan menghormati segala undang-undang
dan peraturan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974.
-Peniaga juga perlu memastikan mereka menguruskan pembuangan
sisa-sisa mengikut prosedur yang tidak menjejaskan kualiti alam.
-Peniaga juga perlu mewujudkan kaedah memproses barangan yang
lebih efisien seperti mengurangkan penggunaan tenaga dan
penggunaan bahan-bahan pembuangan.
6. Perubahan demografi penduduk.
-Peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan sebagai sumber
tenaga buruh yang penting telah meningkatkan taraf ekonomi
keluarga yang lebih baik.
-Hal ini bermakna isi-isi rumah mempunyai kuasa beli yang lebih
tinggi untuk berbelanja.
-Oleh itu, peniaga harus berusaha untuk mencipta pelbagai jenis
produk keperluan isi rumah bagi memenuhi keperluan dan
kehendak mereka seperti makanan, telefon, pakaian dan kereta.
7. Globalisasi.
-Perniagaan dunia tanpa sempadan yang sedang berlaku kini menjadi cabaran
perniagaan pada masa hadapan.
-Persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan persembahan barangan sentiasa
berlaku.
-Setiap organisasi perniagaan akan berusaha untuk menandingi pesaing mereka
dan menjadi pemimpin pasaran.
-Perpindahan pekerja dari satu negara ke negara yang lain menyebabkan organisasi
perlu peka dengan adat, budaya dan sensitiviti mereka.
-Peniaga tempatan perlu bersaing dan bijak menyesuaikan diri dengan trend
pasaran global melalui perkongsian bijak secara usaha sama atau melalui pakatan
strategik.
Contoh soalan stpm 2009, 1a.
1.a) Nyatakan empat isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para
pengurus pada masa hadapan. [2]
Empat isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa
hadapan;
i) Globalisasi / Dunia tanpa sempadan.
-persaingan sengit(kualiti harga, penyampaian), mobiliti buruh/modal,
celaru budaya.
ii) Peningkatan kemajuan teknologi.
-perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu
kemahiran teknologi, perlu modal tinggi.
iii) Peningkatan tanggungjawab sosial.
-batasan aktiviti komersial, desakan/tekanan pihak NGO, kerajaan,
pihak berkepentingan, buruh kanak-kanak, perihatin terhadap OKU.
iv) Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam).
-pematuhan syariah.
v) Kewujudan blok-blok perdagangan.
-ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan.
vi) Sumber semakin berkurangan.
-batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,
meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan
sumber semulajadi)
vii) Perubahan struktur demografi.
-kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran, memerlukan
kemudahan/ suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa;
hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah “matang”.
Empat isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa
hadapan: (99’)
i) Perkembangan teknologi yang pesat.
ii) Kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab sosial.
iii) Sumber bahan mentah yang semakin berkurangan.
iv) Isu globalisasi.
SOALAN 1 :
(a) Ulaskan empat konsep asas perniagaan. [6]
(b) Nyatakan empat kepentingan masyarakat kepada perniagaan [4]
(c) Buruh mempunyai ciri-ciri yang unik berbanding dengan faktor-faktor pengeluaran
yang lain. Jelaskan. [4]
(d) Hubungkan perkaitan perkaitan perniagaan dan keuntungan. [4]
(e) Dengan bantuan rajah yang sesuai jelaskan proses perniagaan bagi membuat roti. [6]
(f) Ramalkan kemungkinan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh sesebuah [6]
perniagaan.
Your best quote that reflects your
approach… “It’s one small step for
man, one giant leap for mankind.”
- NEIL ARMSTRONG