3.4 SEGMENTASI PASARAN
3.4 SEGMENTASI
OBJEKTIF PENGAJARAN
3.4.1 SEGMENTASI PASARAN
1. Membincangkan asas-asas segmentasi pasaran
merangkumi geografi, demografi, psikolografi dan
gelagat pengguna/ manfaat produk
2. Menjelaskan strategi menyasarkan pasaran
SEGMENTASI PASARAN
Proses membahagikan pasaran yang besar
kepada beberapa pasaran kecil berasaskan
keperluan, ciri /gelagat yang sama.
Memudahkan pemasar membentuk strategi
pemasaran yang sesuai dengan ciri
pengguna setiap segmen yang dipilih.
1 . GEOGRAFI
• Membahagikan pasaran mengikut lokasi seperti Bandar , luar Bandar ,
daerah , negeri , daerah .
• Kawasan lokasi berbeza .
• Contohnya : siaran radio THR Gegar hanya dipancarkan di negeri – negeri
pantai timur semenanjung Malaysia .
2 . DEMOGRAFI
• Membahagikan pasaran kepada segmen kecil seperti umur , jantina ,
pendapatan , bangsa , latar belakang pendidikan , taraf perkahwinan dan
agama .
• Keperluan dan kehendak mengikut jantina adalah berbeza dan mudah diukur .
• Contohnya : produk pencerah , pelembut kulit lebih mendapat permintaan dari
golongan wanita berbanding lelaki
3 . PSIKOGRAFI
• Membahagikan pasaran mengikut personaliti , gaya hidup , citarasa dan
kelas sosial pengguna .
• Corak perbelanjaan menggambarkan personaliti dan gaya hidup seseorang .
• Contohnya : penggunaan kereta mewah seperti , Audi BMW , Ferrari
Mercedes Benz menggambarkan imej gaya hidup mewah individu .
4 . GELAGAT PENGGUNA
• Membahagikan pasaran kepada beberapa kumpulan berdasarkan
tindak balas mereka terhadap penggunaan sesuatu produk
seperti kekerapan penggunaan , kuantiti produk dibeli ,
pembelian semula
• pemetakan mengikut manfaat produk memberi penekanan
kepada faedah yang akan diperolehi apabila menggunakan
sesuatu produk .
• Contohya : ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk
Contoh soalan stpm 2011. 1g.
g) Nyatakan empat asas pemetakan pasaran barangan pengguna. [2]
Contoh jawapan:
Empat asas pemetakan pasaran barangan pengguna ialah:
i) Pemetakan berdasarkan geografi.
ii) Pemetakan berdasarkan demografi.
iii) Pemetakan berdasarkan psikografi.
iv) Pemetakan berdasarkan gelagat.
v) Pemetakan berdasarkan faedah.
3.4.2 SASARAN PASARAN
Proses menilai daya tarikan sesuatu
kumpulan pengguna disasarkan dan memilih
satu atau lebih segmen untuk dimasuki.
PEMASARAN STRATEGI
TIDAK PEMASARAN
DIBEZAKAN DIBEZAKAN
STRATEGI
PENYASARAN
PASARAN
STRATEGI STRATEGI
PEMASARAN PEMASARAN
TERTUMPU MIKRO
1.PEMASARAN TIDAK DIBEZAKAN 2. STRATEGI PEMASARAN DIBEZAKAN
Menyasarkan beberapa segmen pasaran,
Strategi pemasaran yang tidak mengambilkira seterusnya membentuk strategi pemasaran
perbezaan dalam pasaran . yang berbeza bagi setiap segmen.
Menyasar kepada keseluruhan pasaran dengan Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk
satu produk . setiap strategi yang dilaksanakan.
Dikenali sebagai pemasaran massa . Ia Contohnya: Strategi pemasaran kereta
memerlukan romosi & pengagihan yang meluas Proton seperti Savvy, Iriz untuk golongan
serta pengeluaran produk besar-besaran . berpendapatan rendah sederhana, Exora
Produk yang ditawarkan kepada semua segmen untuk golongan berkeluarga besar, Perdana
dengan menggunakan campuran pemasaran untuk golongan berpendapatan tinggi .
yang sama dengan tiada penyasaran dilakukan .
Contohnya: Jualan air mineral Spritzer .
3. STRATEGI PEMASARAN TERTUMPU 4. STRATEGI PEMASARAN MIKRO
Menyasarkan pada segmen tertentu Merupakan amalan pemasaran yang
dengan kaedah campuran pemasaran dan menyesuaikan produk dengan citarasa
reka bentuk produk khusus untuk segmen pengguna mengikut kawasan.
tersebut. Pemasaran tempatan: menyesuaikan
Menumpukan aktiviti pemasaran dan kaedah pemasaran mengikut keperluan
persaingan kepada (niche) yang berkaitan dan citarasa individu.
dengan produknya sahaja. Pemasaran individu: menyesuaikam
Contohnya: Kereta mewah BMW/Ferrari kaedah pemasaran mengikut keperluan
disasarkan kepada golongan dan citarasa individu.
berpendapatan tinggi. Contohnya: Tukang emas- pemasaran
individu , Pembukaan kedai baharu-
pemasaran tempatan.
3.4.3 - Peletakan Pasaran
-Persepsi pengguna terhadap sesuatu produk
berbanding dengan produk pesaing.
-Peletakan pasaran merujuk kepada proses membentuk
segmen yang berasingan bagi sesuatu produk dan
membentuk campuran pemasaran yang teliti.
-Peletakan pasaran mengandaikan bahawa pengguna
membandingkan produk berdasarkan ciri-ciri utama
produk sebuah syarikat dengan produk pesaing.
Kepentingan peletakan pasaran
i) mendefinisikan produk kepada
pengguna.
ii) Membantu pengguna mengingati
produk.
iii) Menyampaikan ciri-ciri produk yang
relevan kepada pengguna.
Proses peletakan pasaran.
a) Menentukan pasaran sasaran.
-pemasar perlu mengetahui pasaran sasaran yang ingin
ditembusi oleh syarikat perniagaan serta memahami strategi
syarikat pesaing yang cuba menyaingi pasaran sasaran yang
sama.
-contoh; pengeluar kereta Rolls-Royce ingin menembusi
pasaran di Malaysia kerana berpendapat ia mampu menarik
golongan kaya membelinya.
b) Menyesuaikan produk dengan pasaran.
-pengguna mempunyai citarasa yang berbeza
maka pengeluar perlu mengeluarkan produk
yang memenuhi kehendak pelanggan.
-contoh syarikat pengeluar kereta,pembeli
boleh membuat pilihan cat warna luaran.
c) Mengkomunikasikan ciri-ciri produk.
-memperkenalkan produk yang ditawarkan
kepada pasaran sasaran dan menyampaikan
mesej berkaitan ciri dan kelebihan produk
melalui saluran campuran promosi yang sesuai.
Strategi Peletakan Pasaran.
a) Atribut produk.
-peletakan produk berdasarkan ciri-ciri produk.
-Contohnya syampu Sunsilk yang diperkaya dengan Aqua lysine
Complex dan melembutkan dan menyuburkan rambut lurus.
b) Manfaat yang didapati daripada produk.
-produk diletakkan berdasarkan manfaat atau faedah yang dicari
oleh pengguna.
-contoh, penggunaan monitor LCD, kita dapat melihat imej yang
lebih jelas ketika menggunakan komputer.
c) Kekerapan penggunaan.
-peletakan produk yang dikaitkan dengan kekerapan penggunaan.
-contoh pembersih muka akan membersihkan wajah.
d) Pengguna.
-peletakan berdasarkan siapa yang akan menggunakannya.
-Contohnya, Mc Donalds membentuk menu dan restorannya
untuk pelanggan yang ingin akan suasana makan yang selesa
dan servis yang cepat.
e) Klasifikasi produk.
-peletakan mengikut kelas produk adalah untuk
menyamakan produk tersebut dengan produk kelas lain.
-contohnya KTM cuba menyediakan servis di dalam gerabak
seperti yang terdapat di dalam kapal terbang.
PERBEZAAN ANTARA SEGMENTASI PASARAN, PENYASARAN PASARAN DAN
PELETAKAN PASARAN.
Perkara Segmentasi Pasaran Penyasaran Pasaran Peletakan Pasaran
Skop Satu proses membahagikan Proses menilai daya Proses menempatkan
pasaran yang besar kepada tarikan suatu kumpulan produk dalam pasaran. Ia
pasaran-pasaran kecil pengguna yang berkait dengan imej positif
berdasarkan keperluan dan disasarkan dan memilih dan ciri-ciri tersendiri
ciri pengguna yang sama. segmen pasaran untuk membezakan dengan
dimasuki. produk pesaing.
Tahap Tahap pertama; Tahap kedua; Tahap ketiga;
pelaksanaan .mengenal pasti asas untuk -memilih segmen -membentuk strategi
pemetakan pasaran. pasaran. peletakan untuk segmen
-membentuk profil segmen. -membentuk strategi sasaran yang dipilih.
penyasaran. -membentuk campuran
Penetapan -Geografi pemasaran bagi segmen
strategi -Demografi -pemasaran tidak pasaran yang dipilih.
-Psikografi terbeza. -atribut produk.
-Gelagat dan faedah produk -pemasaran tertumpu. -manfaat yang didapati
-pemasaran terbeza. dari produk.
-pemasaran mikro. -kekerapan penggunaan.
-pengguna.
-klasifikasi produk.