The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHAYU ABD RAZAK, 2021-08-19 11:33:04

PENGENALAN KPD PERNIAGAAN 1.1.1-1.1.3

PENGENALAN KPD PERNIAGAAN 1.1.1-1.1.3

Keywords: PENGENALAN

PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM

SEMESTER 1
946/1

 PUAN ROHAYU ABD RAZAK
 SMK JENGKA 2

BAB 1 : PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

1.2
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN

1.1 1.3 ENTITI DAN
PENGENALAN AKTIVITI

KEPADA PERNIAGAAN
PERNIAGAAN

BAB 1
PERNIAGAAN DAN
PERSEKITARANNYA

1.1.3 1.1.4 Faktor
Peranan pengeluaran
perniagaan
1.1.5 Proses
1.1.2 perniagaan
Perniagaan
dan untung

1.1.1 1.1 1.1.6
Perniagaan PENGENALAN Cabaran
dan bukan Perniagaan
perniagaan KEPADA
PERNIAGAAN

1.1 PENGENALAN KEPADA
PERNIAGAAN

1.1.1 PERNIAGAAN DAN BUKAN
PERNIAGAAN

1.1.2 PERNIAGAAN DAN UNTUNG
1.1.3 PERANAN PERNIAGAAN

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

-Perniagaan merupakan pendapatan kepada individu dan
pendapatan kepada negara.

-Mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan akan
mengharapkan keuntungan sebagai pulangan kepada usaha
mereka.

-Bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum, beberapa
perkara perlu diambil kira seperti persaingan, pengguna, politik
dan sebagainya.

-Ahli perniagaan mestilah bijak meramalkan dan mengambil
kesempatan daripada perubahan persekitaran perniagaan.

-keuntungan perniagaan menyumbang kepada pendapatan
negara

Definisi Perniagaan

-Perniagaan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti

urus niaga jual beli barangan atau

perkhidmatan kepada pelanggan bagi

memenuhi keperluan dan kehendak mereka

dengan tujuan untuk mendapatkan

keuntungan yang maksimum.

4 KONSEP ASAS PERNIAGAAN

i) Barangan dan perkhidmatan.

-barangan ialah produk fizikal seperti roti, kereta,
televisyen dan sebagainya yang dikeluarkan sama
ada untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk
tujuan pengeluaran dan jualan semula.

-perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang
mendatangkan faedah kepada pelanggan atau
pengguna dan lain-lain perniagaan.
Syarikat pengangkutan, insurans, agen pelancongan
dan salon kecantikan ialah contoh-contoh
perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.

ii) Pertukaran nilai.

-pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti
urusniaga di mana pembeli memberikan sesuatu
yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan
kepada produk yang didapatinya, sama ada
dalam bentuk wang, barangan atau
perkhidmatan.

iii) Keuntungan Perniagaan.

-Keuntungan ialah matlamat utama sesebuah
perniagaan.

-keuntungan diperolehi setelah semua kos
pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos lain
ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah
jualan.

UNTUNG = JUMLAH JUALAN –JUMLAH KOS (kos
pengeluaran,kos operasi,cukai dan lain-lain kos)

-keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan
juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang
mampu bersaing di pasaran.

iv) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna.

-keperluan merujuk kepada sesuatu yang perlu dipenuhi oleh
manusia untuk terus hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
keselamatan dan kesihatan.

-Kehendak ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk tujuan
keselesaan dalam kehidupan seperti melancong dan jam tangan
Rolex.

-Peniaga perlu menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai jenis
barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang
berbagai-bagai supaya manusia dapat membuat pilihan untuk
memaksimumkan kepuasan.

-Peniaga perlu memastikan pengedaran dan penghantaran
barangan sampai kepada pengguna dengan harga yang
berpatutan dan kuantiti yang diperlukan pada masa yang tepat.

-untuk memastikan urus niaga berlaku dan keuntungan diperoleh,
syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan
yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Contoh soalan:

a) Nyatakan empat konsep asas perniagaan (STPM 2005).

i) Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
ii) Barangan dan perkhidmatan.
iii) Pertukaran nilai (barang dan wang / aktiviti

jual beli).
iv) Keuntungan perniagaan.

1.1.1 PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

1. Mentakrifkan 2. Membandingkan
maksud perniagaan organisasi yang bermotifkan
untung [perniagaan] dengan

organisasi yang tidak
bermotifkan untung

Objektif
pembelajaran

Perniagaan Bukan
perniagaan
Oraganisasi yang
menjalankan aktiviti Organisasi yang
menyediakan barang & menjalankan aktiviti
perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan & yang bertujuan
kehendak pelanggan menjaga kepentingan
ahli atau masyarakat
dengan matlamat yang tidak bermatlamat
mencapai keuntungan .
keuntungan.

PERBEZAAN ANTARA ORGANISASI PERNIAGAAN
DENGAN ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN

A. ORGANISASI PERNIAGAAN.
1. Organisasi perniagaan menjalankan aktiviti

pengeluaran dan penjualan barangan dan
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan dengan tujuan
memaksimumkan keuntungan.
2. Organisasi perniagaan boleh dikategorikan
kepada:

i) Syarikat pengeluar barangan seperti Syarikat
Proton, Nestle dan Samsung.
ii) Syarikat yang menyediakan perkhidmatan
seperti MAS, Hotel Hilton, Maxis dan salon
kecantikan.

Semua organisasi perniagaan sama ada kecil atau besar yang mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan melakukan fungsi dan aktiviti yang sama iaitu:

i) Mencipta barangan dan perkhidmatan.
ii) Memasarkan barangan dan perkhidmatan kepada konsumer.
iii) Mengambil dan melatih pekerja.
iv) Mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan.
v) Memproses maklumat untuk mengetahui trend semasa dalam pasaran.

B. Organisasi Bukan Perniagaan.

Organisasi bukan perniagaan atau bukan keuntungan ialah organisasi yang menjalankan aktiviti-
aktiviti bagi memenuhi keperluan dan menjaga kepentingan awam tanpa matlamat keuntungan.

Antara objektif organisasi bukan perniagaan ialah;

i) Meningkatkan penglibatan ahli dalam kegiatan-kegiatan berilmu seperti anjuran ceramah di
masjid-masjid.

ii) Mengrekrut ahli-ahli ke dalam kelab / persatuan seperti Kelab Alumni dan Persatuan Pandu
Puteri.

iii) Mengubah sikap negatif kepada sikap positif sesetengah golongan seperti yang dilakukan
oleh pertubuhan-pertubuhan seperti PEMADAM, Greenpeace dan FOMCA.

Hospital, Muzium, Zoo, Universiti Awam, sekolah, parti politik, badan bukan kerajaan seperti
FOMCA dan pusat-pusat rekreasi adalah contoh organisasi bukan perniagaan.

Organisasi bukan perniagaan menjual idea dan perkhidmatan mereka untuk menarik minat orang
awam untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah kepada mereka.

Perbezaan antara perniagaan dengan bukan perniagaan.

Dimensi Perniagaan Bukan Perniagaan

1. Matlamat -memaksimumkan keuntungan -menjaga kebajikan ahli yang
sebagai pulangan kepada pemilik menganggotai organisasi
2. Aktiviti perniagaan
-aktiviti utama bergantung kepada tujuan
-menjalankan proses penghasilan utama penubuhan organisasi.
barang dan perkhidmatan

3. Pengurusan -kumpulan yang membuat pelaburan -diuruskan oleh satu pasukan pengurusan
besar mempunyai kuasa untuk yang dipilih melalui sistem demokrasi.
menguruskan organisasi.

4. Sumber kewangan -diperoleh daripada pelaburan -diperoleh daripada kutipan kewangan
luar pemilik perniagaan, pinjaman yuran keahlian, derma luar dan tajaan
kewangan daripada pihak pembiaya daripada pihak lain.
dan keuntungan perniagaan

5. Perundangan -dikawal oleh akta yang berkaitan -dikawal oleh Akta Pertubuhan 1966.
dengan perniagaan seperti Akta
Syarikat 1965 dan Akta Perniagaan
1956.

Soalan stpm penggal 1 2014, 1a.

a) Terangkan perbezaan antara
organisasi perniagaan dengan
organisasi bukan perniagaan. [6]

Contoh jawapan:

Selain daripada objektif keuntungan, semua perniagaan mempunyai beberapa objektif lain seperti:

a) Kemandirian (survival) / Penakatan.

-objektif untuk terus kekal beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus
hidup, objektif-objektif lain boleh dicapai.

b) Pertumbuhan (growth).

-objektif untuk memajukan syarikat. Peningkatan syer saham pasaran, produktiviti dan pembangunan
individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting. Pembukaan beberapa cawangan Tesco dan
Giant di seluruh Malaysia adalah contoh pencapaian objektif melalui pertumbuhan.

c) Tanggungjawab sosial.

-komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan / kebajikan awam di
samping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. Cth; mengawal pencemaran
dengan menggunakan pembungkusan yang boleh dikitar semula.

1.1.2 PERNIAGAAN DAN UNTUNG

Objektif Menjelaskan
pembelajaran kepentingan
keuntungan kepada

sesebuah
perniagaan.

Perkaitan Antara Perniagaan Dan Untung

-untung merujuk kepada pulangan yang diterima daripada
aktiviti perniagaan.

-untung diperolehi apabila jumlah hasil perniagaan
melebihi jumlah kos perniagaan dan perbelanjaan lain.

UNTUNG = JUMLAH HASIL – JUMLAH KOS DAN
PERBELANJAAN.

-sumber utama pendapatan adalah daripada jualan
produk / perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat.
Sumber pendapatan lain syarikat termasuk faedah yang
diperoleh atas deposit dalam bank atau dividen
daripada pelaburan syarikat dalam saham syarikat lain.

Contoh soalan stpm 2010, 1a.

1.a) Jelaskan maksud untung. [3]

Contoh jawapan:

-Maksud untung ialah, baki pendapatan setelah

ditolak dengan semua perbelanjaan seperti kos

pengeluaran, kos pemasaran.

-Hasil yang diperolehi melebihi kos.

-Untung ialah jumlah hasil ditolak jumlah
kos/belanja.

Contoh Jumlah hasil RM20 000 sebulan.

tolak Belanja RM18 000 sebulan

Untung RM 2 000 sebulan.

Kepentingan untung kepada perniagaan. Stpm 2006, 3c[5]

1) Sumber utama pembesaran perniagaan.

-semakin banyak untung diperoleh, semakin banyak modal dapat dikumpul.
-modal tersebut dapat digunakan untuk tujuan pelaburan dan pembukaan cawangan
perniagaan.
2) Sebagai satu dorongan kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan.
-untung merupakan ganjaran kepada usahawan atas usaha dan kesanggupannya memikul risiko
perniagaan.
-untung akan mendorongnya untuk terus berusaha demi mencapai matlamat perniagaan.

3) Meningkatkan imej/kecemerlangan perniagaan.

-semakin banyak untung diperoleh, semakin baik reputasi sesebuah perniagaan.

-reputasi yang baik menyakinkan pembekal dan bank untuk memberi kemudahan pinjaman.

4) Meningkatkan motivasi pekerja.

-untung yang banyak menunjukkan perniagaan berpotensi untuk berkembang.
-selain itu, pemberian bonus, pekerja akan lebih bersemangat tinggi untuk menyumbang kepada
organisasi.

5) Memantau prestasi perniagaan – matlamat dan halatuju.
-dengan itu, kelebihan daya saingan perniagaan akan wujud untuk bersaing dengan perniagaan lain.

6) Meningkatkan penggunaan teknologi.

-untung membolehkan perniagaan berkemampuan untuk menggunakan teknologi yang lebih moden dalam proses
perniagaan.

7)Perbandingan antara untung sebenar dengan untung dijangka akan dilakukan.

-sekiranya untung sebenar mengatasiuntung dijangka, bermakna perniagaan telah menunjukkan prestasi yang baik .

8) Membentuk strategi perniagaan yang berkesan.
-keuntungan perniagaan boleh digunakan untuk merancang strategi perniagaan yang lebih berkesan bagi
mengatasi strategi perniagaan pesaing dalam pasaran.
9) Mengekalkan kedudukan perniagaan.

-sumber modal yang berterusan membolehkan perniagaan terus kekal dalam pasaran, terutama apabila perniagaan
memerlukan pembiayaan tambahan untuk menampung kos dan perbelanjaan perniagaan yang semakin
meningkat.

10) Keyakinan / dorongan kepada pelabur.

Contoh soalan stpm 2011, 3b.

3.b) Jelaskan empat kepentingan keuntungan perniagaan
kepada setiap yang berikut:

i) pemilik sesuatu perniagaan.

ii) masyarakat.

iii) negara. [13]

Contoh jawapan.

3.b) Empat kepentingan keuntungan perniagaan kepada
setiap yang berikut:

i) Pemilik sesebuah perniagaan.

-Motivasi – bekerja kuat.

-Kepuasan – kerja sendiri.

-Ganjaran – wang / pendapatan / kekayaan.

-Status – imej dalam masyarakat.

-Mengembangkan perniagaan – kestabilan perniagaan.

ii) Masyarakat.
-Penawaran produk berterusan – keperluan masyarakat.
-Menawarkan pekerjaan – pendapatan / meningkatkan
taraf hidup.
-Tanggungjawab sosial – hentian bas/jalan,
zakat/sumbangan.
-Peluang perniagaan sampingan – perniagaan kecil seperti
restoran.

iii) Negara.
-Pendapatan – cukai yang dibayar oleh perniagaan.
-Peningkatan ekonomi – perniagaan sokongan.
-Membantu kerajaan dalam menyediakan infrastruktur –
jalan /komunikasi.
-Perkhidmatan sokongan / pembangunan modal insan.

1.1.3 PERANAN PERNIAGAAN

• Membincangkan

peranan

perniagaan

OBJEKTIF terhadap
PEMBELAJARAN pengguna,
masyarakat,

ekonomi dan

negara

Memenuhi keperluan & Menambah pilihan barangan Membekal barangan bermutu
kehendak

PENGGUNA

Meningkatkan taraf hidup Perkhidmatan selepas
jualan

PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP PENGGUNA.

*Perniagaan menyediakan barangan dan
perkhidmatan yang baik dan berkualiti kepada
pengguna / pembeli pada harga yang mampu dibeli.

-Contohnya syarikat Perodua mengeluarkan kereta
Kancil dan menjualnya pada harga yang mampu dibeli
oleh pengguna yang berpendapatan rendah.

*Perniagaan menyediakan barangan dan perkhimatan
yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna.

-Contohnya, syarikat penerbangan Air Asia telah
mewujudkan penerbangan harga murah bagi
membolehkan rakyat Malaysia melancong di dalam
dan di luar negara.

Kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.

-keperluan bermaksud sesuatu yang diperlukan untuk terus
hidup.

cth: makanan, pakaian dan tempat tinggal.

-Kehendak bermaksud sesuatu yang diperlukan untuk
keselesaan hidup.

Cth: hiburan, kenderaan, telefon bimbit.

Kepentingan:

i. menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia.

ii. Mengagihkan / mengedarkan barang dan perkhidmatan
untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos
berpatutan, kuantiti yang dikehendaki pengguna dan
menepati masa

iii. Menyediakan barangan yang berkualiti / bernilai tinggi /
selamat digunakan dan tiada pencemaran.

Mewujudkan peluang Menjalankan
perniagaan & pelaburan tanggungjawab sosial

Menghasilkan MASYARAKAT Menjaga Alam sekitar
pelbagai produk
Meningkatkan
Mewujudkan peluang kemudahan infrastruktur
pekerjaan

PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT.

-kemjaayasyaanrasekaset bdui mahapnaerinaiabgearoapnebraesrgi. antung kepada persekitaran
-peranan perniagaan terhadap masyarakat:

a)ymaennggbhearsbilekzaan. pelbagai keluaran untuk memenuhi citarasa pengguna
-pbmeeelrbplaaalugtuiaptiaejenrsn.aisinbgaarnanagnatanradapnerpneiarkghaidamn,aptaenlaynagngganbedrakpuaaltitmi peandikamhaatriga

b) Mewujudkan peluang pekerjaan.
-perniagaan yang dijalankan memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
-ppeelnugaangngpgeukrearnjamanasyyaanrgakwaut.jud dapat mengurangkan kadar
-gaji yang diperolehi dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

c) mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan.
-kmeamsyuadraahkaant mpeenngyeadnigakkuatnanb.ahan mentah, sumber manusia dan

d) melibatkan diri dalam aktiviti sosial.
-perniagaan yang menjaga persekitaran dan melaksanakan
pemuliharaan alam dapat menjamin persekitaran yang
bersih dan sihat kepada masyarakat.
-melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat. Menghulurkan bantuan kewangan spt. Derma,
tajaan, subsidi dan biasiswa.

e) meningkatkan taraf hidup masyarakat.
-peluang pekerjaaan yang wujud membolehkan
masyarakat memperoleh pendapatan yang stabil.
-dengan adanya pendapatan, masyarakat berpeluang
menikmati keadaan hidup yang lebih selesa.

f) meningkatkan kemudahan infrastruktur.
-jalanraya, perhubungan dan sebagainya. Melalui
pembayaran cukai, kerajaan dapat menyediakan
kemudahan awam yang lebih cekap kepada masyarakat.

Contoh Soalan stpm 2009, 1b.

1.b) Perihalkan dengan ringkas bagaimana
kenaikan gaji kakitangan awam menyumbang
kepada pendapatan negara. [3]

-Kenaikan gaji kakitangan awam telah
menyebabkan berlaku peningkatan pendapatan
kakitangan awam.

-Dengan tiada kenaikan harga barangan, telah
menyebabkan kuasa beli kakitangan awam turut
meningkat yang menyebabkan perbelanjaan
ke atas barangan dan perkhidmatan juga
meningkat.

-Kesannya, pendapatan firma perniagaan turut
meningkat dan pembayaran cukai perniagaan
secara langsung akan meningkatkan pendapatan
negara.

Contoh soalan stpm 2011, 1a.
1.a) Nyatakan dua kepentingan masyarakat kepada perniagaan. [2]

Dua kepentingan masyarakat kepada perniagaan:
i) menyediakan tenaga buruh(pekerja) /menjadi pekerja(tenaga pekerja).
ii) Membeli produk (pelanggan) / menggunakan produk.

iii) Membekalkan bahan mentah (pembekal).
iv) Menyumbangkan modal (pelabur).

Mewujudkan peluang Meningkatkan pendapatan
pekerjaan negara

EKONOMI Mewujudkan
petempatan baharu

Mewujudkan industri Menstabilkan harga Meningkatkan
sokongan produk kemudahan awam

PERNIAGAAN DAN EKONOMI.

Sumbangan perniagaan dalam pertumbuhan ekonomi.

i) Mewujudkan peluang pekerjaan.
-perniagaan yang dijalankan memerlukan tenaga pekerja yang
ramai.
-peluang pekerjaan yang wujud dapat mengurangkan kadar
pengangguran.

ii) Meningkatkan pendapatan kerajaan.
-pendapatan kerajaan dapat dipertingkatkan melalui pembayaran
cukai.
-ini membolehkan kerajaan berkemampuan melaksanakan pelbagai
projek pembangunan negara.

iii) Mengembangkan industri sampingan.
-industri huluan dapat mewujudkan banyak industri hiliran.
-Sebagai contoh: industri automobil telah mewujudkan industri besi
keluli, industri membuat tayar dan industri lain.

iv) Meningkatkan kemudahan awam.
-perniagaan membantu mewujudkan kemudahan
pengangkutan, perhubungan dan kemudahan awam yang lain.
-ini kerana cukai perniagaan yang dibayar secara tidak langsung
membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan awam untuk
kepentingan masyarakat.

v) Mewujudkan penempatan baharu.
-perniagaan mendorong kewujudan bandar-bandar baharu.
-ini kerana aktiviti perniagaan telah menarik ramai penduduk untuk
menetap di sesuatu tempat.

vi) Menawarkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan.
-melalui persaingan antara perniagaan, pelanggan dapat
menikmati pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang
berkualiti dengan harga yang berpatutan.
-kehendak dan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi.

Menyumbang NEGARA Meningkatkan
kepada pendapatan aktiviti

negara pengeluaran

Mewujudkan Meningkatkan
peluang kegiatan
pekerjaan pelaburan

Mewujudkan Menyumbang
peluang kepada

perniagaan pendapatan
negara

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA.

Penglibatan syarikat perniagaan dalam ekonomi telah membantu
meningkatkan tabung modal dan simpanan negara serta
mengurangkan kadar inflasi.

Peluang pekerjaan yang disediakan oleh peniaga dapat membantu
kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.

Dengan membuat bayaran cukai perniagaan kepada kerajaan,
lebih banyak kemudahan awam dapat disediakan oleh pihak
kerajaan kepada rakyat jelata.

Aktiviti perniagaan global yang merentasi sempadan pada masa ini
dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan antarabangsa
antara kerajaan dengan negara di seluruh dunia.

Soalan STPM penggal 1 2015.
1.a) Nyatakan tiga kebaikan perniagaan kepada masyarakat dan tiga

kebaikan perniagaan kepada negara.
[6]

Contoh jawapan:


Click to View FlipBook Version