The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKOP DAN PROSES PENGELUARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHAYU ABD RAZAK, 2021-09-09 04:21:13

PENGELUARAN

SKOP DAN PROSES PENGELUARAN

SKOP DAN PROSES
PENGELUARAN

2.1.1 PERANAN PENGELUARAN
2.1.2 EVOLUSI PENGELUARAN

PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2

2.1 Skop dan
proses

pengeluaran

2.5 Isu-isu 2.2
pengeluaran Perancangan
Pengeluaran
Moden

PENGELUARAN

2.4 Kawalan 2.3 Kawalan
Inventori Kualiti

Definisi dan
peranan

pengeluaran

Proses Evolusi
pengeluaran

2.1 SKOP DAN
PROSES

PENGELUARAN

Perkaitan Cabaran
dengan
jabatan lain

2.1.1 PERANAN • OBJEKTIF
PEMBELAJARAN :

• 1. Mentakrifkan
pengeluaran/opera
si [ termasuk servis]
dan peranannya

DEFINISI DAN PERANAN PENGURUSAN
PENGELUARAN

Satu fungsi perniagaan yang mengubah input kepada output
melalui aktiviti penambahan nilai.

Ia terdiri daripada perancangan, pengendalian, pengawalan
dan penyenggaraan sesuatu operasi bagi tujuan
menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Ia juga merujuk kepada operasi atau aktiviti harian sesebuah
organisasi yang melibatkan penukaran input kepada output.

Input yang terdiri daripada sumber alam, sumber manusia
dan modal akan melalui proses transformasi untuk
menghasilkan output.

KEPENTINGAN PENGURUSAN PENGELUARAN

1. Pengurusan pengeluaran merujuk kepada perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan aktiviti pengeluaran
dari aspek pengeluaran barang, pengawalan inventori dan pengawalan
kualiti.
2. Pihak pengurusan perlu memastikan setiap produk yang dihasilkan
mengikut reka bentuk dan spesifikasi yang telah ditetapkan

3. Pihak pengurusan perlu memastikan kos pengeluaran yang
ditanggung tidak membebankan perniagaan, diuruskan dengan bijak
dan dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti.
4. Perancangan pengeluaran yang selaras dengan pencapaian
matlamat organisasi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar
mengikut jadual yang telah ditetapkan

2.1. Skop dan Proses Pengeluaran.

2.1.1. Maksud pengeluaran dan peranannya.
Pengeluaran merujuk kepada penghasilan barangan melalui proses
transformasi yang menukarkan input kepada output yang lebih
bernilai.
Pengurusan pengeluaran melibatkan perancangan, penyusunan,
penstafan, pengarahan dan pengawalan segala aktiviti berkaitan
dengan penghasilan barangan dan perkhidmatan melalui satu proses
transformasi input kepada output yang lebih bernilai.

2.1.2 EVOLUSI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menjelaskan evolusi
pengeluaran bermula dengan
revolusi industri, pendekatan
saintifik, hubungan manusia,
penyelidikan operasi, kualiti,

globalisasi dan revolusi
teknologi maklumat dan

komunikasi [ICT]

2.1.2. EVOLUSI PENGURUSAN
PENGELUARAN

• Pengurusan pengeluaran berkembang dengan pesat
sejak revolusi perindustrian yang berlaku di England
sekitar 1760an sehingga 1930an, apa yang
diutamakan dalam pengurusan pengeluaran ialah
cara-cara untuk meningkatkan produktiviti organisasi.
Isu kualiti mula diberi perhatian sekitar 1935.

• Istilah pengurusan operasi juga sering digunakan
untuk menggantikan istilah pengurusan pengeluaran.
Ini kerana tumpuan proses pengeluaran telah
diperluaskan untuk merangkumi aktiviti-aktiviti
operasi bermula daripada pembelian bahan mentah
sehinggalah produk tersedia untuk dijual.

Evolusi Pengurusan Pengeluaran

Tahun Sumbangan dan Cetusan idea Pengasas

1776 Pembahagian buruh Adam Smith
1790 Bahagian yang boleh disilihgantiikan Eli Whitney
1911 Prinsip pengurusan saintifik Frederick W. Taylor

1911 Kajian Gerakan Frank dan Lilian Gilbreth
1912 Carta penjadualan aktiviti Henry L. Gantt
1913 Lini pemasangan bergerak Henry Ford
1915 Model matematik untuk tujuan pengurusan inventori F. W. Hariss

1930 Kajian Hawthorne Elton Mayo
1935
Prosedur statistik untuk tujuan pensampelan dan H.F. Dodge, H.G. Roming dan W.
1940 pengawalan kualiti Shewhart

Aplikasi penyelidikan operasi semasa peperangan Kumpulan Penyelidikan Operasi

1947 Pengaturcaraan Linear George B. Dantzig
1950-1960 Perkembangan meluas alat-alat penyelidikan operasi
Amerika Syarikat dan Eropah
1970 Penekanan terhadap strategi perkilangan Barat
1980-1990 Penekanan terhadap kualiti, fleksibiliti dan persaingan
mengikut masa W. Skinner

Pekilang jepun dan Amerika
Society of Quality Control

1. PRAKLASIKAL

Robert Charles Henry R.
Owen Towne
Babbage

Menyatakan perlunya Bapa pengiraan moden. Menekankan
hal-ehwal pekerja Mengutarakan idea kepentingan kemahiran

dititikberatkan seperti tentang pngkhususan pengurusan untuk
aspek kesihatan, kerja. mengendalikan

pendidikan, suasana Menyarankan sesebuah perniagaan.
kerja yang lebih baik perkongsian keuntungan Menyatakan pengurusan

& sebagainya. misalnya pemberian sebagai satu sains.
bonus untuk sumbangan

idea pekerja yang
bernas.

2. Pendekatan klasikal

Ia menekankan pencarian kaedah untuk
menguruskan kerja dan organisasi dengan
cekap.
1.Pengurusan saintifik

2. Organisasi klasik.

1. Teori Pengurusan Saintifik(1880-1930)

1)Frederick Winston Taylor(1856-1917)
• mmMeeennmiinnpggekkrkaaettkknaaannlkparnokdeuceekmktiavppiatati:n prpienksieprja assaesteruusnntuyka

i) Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas.
ii) Memilih dan melatih pekerja yang sesuai.
iii) Kerjasama pekerja dan pengurus.
iv) Pembahagian tugas yang adil antara pekerja dan

pengurus.

• Ppspsksaeeeeeettmprnkuicmeacaaacdrkypjaraaiaainbapla.nbeprtaakiepnhnSeregaelrkukjgwmaeei.alrarajdjkaahiribandyahbaaysanniabyagrbaaranpbagyronoailmdekmyhueaeknnnmytggidaviekaniltupapgitkaetstrekalkduranalineakddkteahaailrbkaunseairprysliknaaakaytndaunagna-,,

EMPAT PRINSIP ASAS TAYLOR
Bil Prinsip Asas Contoh

1. Kajian saintifik diadakan untuk •Aktiviti dalam menjahit pakaian:
setiap tugas dan kaedah yang :melukis paten-kaedah(paten siap)
terbaik dikenalpasti untuk :mengunting-gunting
melaksanakan tugas. :menjahit-mesin jahit
:membungkus

2. Pemilihan pekerja yang sesuai •Pekerja yang mahir dan
dengan berhati-hati serta berkebolehan dilatih untuk
memberikan latihan untuk menggunakan kaedah diatas.
meningkatkan kemahiran dengan
menggunakan kaedah saintifik.

3. Kerjasama pekerja untuk •Pekerja mahu dan bersedia
menggunakan kaedah yang menggunakan kaedah yang
ditetapkan. ditetapkan.
•Pengurus merancang siapa yang
4. Pembahagian kerja dan akan melukis paten, menggunting,
tanggungjawab diadakan, menjahit, membungkus dan
misalnya pihak pengurusan sebagainya.
bertanggungjawab untuk •Pekerja melaksanakn tugas
merancang dan pekerja

2) Henry L. Gantt (1861 – 1991)

Menyarankan penggunaan Carta Gantt, iaitu
satu alat bantuan grafik yang boleh
digunakan oleh pengurus untuk merancang,
menjadual dan mengawal perjalanan tugas
dan kos.

Beliau juga telah menyarankan skim insensif
kewangan bagi pekerja dan penyelia yang
bersungguh-sungguh untuk mencapai
standard output yang telah ditetapkan.

3) Frank dan Lilian Gilbreth
(1868-1924)

Mereka menyarankan penggunaan kaedah
saintifik untuk menghapuskan pergerakan
tugas pekerja yang tidak perlu untuk
meningkatkan kecekapan pekerja.

Mereka juga menyarankan pengurus harus
memberi perhatian kepada pekerja dan
memahami keperibadian dan keperluan
mereka.

2) Teori Organisasi Klasik

Ia lebih menekankan kepada penetapan garis
panduan dan kaedah untuk menguruskan
sesebuah organisasi yang kompleks seperti
sebuah kilang pengeluaran.
Antara pendokong teori ini termasuklah
Henry Fayol, Max Waber dan Chester
Barnard.

1) Max Weber

Telah memperkenalkan teori birokrasi.

Beliau percaya bahawa struktur birokrasi merupakan struktur
yang paling cekap

Hal ini kerana semua aktiviti dan matlamat organisasi yang
ditetapkan telah difikirkan secara teliti dan rasional. Prinsip-
prinsip pengurusan birokrasinya ialah:

• Pembahagian buruh- pengkhususan mengikut kemahiran.
• Peraturan dan prosedur kerja formaliti- peraturan polisi, bertulis.
• Tidak bersifat peribadi- tidak pilih kasih atau kroni.
• Hieraki dan autoriti – mengikut carta organisasi.
• Pemilihan formal- sistematik berdasarkan kelulusan, pengalaman serta

ada prosedur pemilihan.
• Kemajuan kerjaya berasaskan kepada merit/kestabilan perkhidmatan

pekerja- penilaian prestasi.

2) Henry Fayol- (1841-1925)

• Beliau pecaya bahawa amalan pengurusan terdiri daripada corak-corak
tertentu yang boleh dikenalpasti dan diselidik.

• Selepas itu, beliau telah mengasaskan 14 prinsip asas pengurusan
yang boleh digunakan untuk menguruskan organisasi dengan
berkesan iaitu:

1) Pengkhususan- pekerja melakukan tugas yang khusus
masing-masing untuk meningkatkan kecekapan.

2) Autoriti- Hak memberi arahan, membuat keputusan dan
mengambil tindakan disebabkan kedudukannya dalam organisasi.

3) Disiplin – Organisasi dan pekerja mematuhi peraturan dan
perjanjian yang telah dibuat.

4) Panduan perintah – Setiap pekerja dibawah kawalan
seorang ketua untuk mengelakkan kekeliruan.

5) Panduan arahan- Matlamat mesti ditentukan untuk setiap
aktiviti yang hendak dilaksanakan.

6) Mengutamakan kepentingan organisasi – Segala
keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan
umum dan bukannya kepentingan peribadi.

7) Pembayaran upah- Upah dibayar secara adil
kepada pekerja dan pengurus.

8) Pemusatan – Pembuatan keputusan terletak pada
pengurusan atasan.

9) Rantaian pemerintahan – Menggalakkan
komunikasi menegak dari atas ke bawah.

10) Susunan/tertib – mengagihkan tugas kepada
pekerja yang sesuai dan memastikan bahan
mentah mencukupi dan senang didapati apabila
diperlukan.

11) Ekuiti/keseimbangan – Pekerja dilayan
secara adil dan saksama.

12) Kestabilan personal – Mengurangkan kadar
pusing ganti pekerja.

13) Inisiatif – Menggalakkan pekerja
menyempurnakan tugas masing-masing atas
dorongan sendiri.

14) Kekitaan/Espirit de corps – menanam
semangat kerjasama di kalangan pekerja
untuk mewujudkan perpaduan organisasi.

3) Chester Barnard

+Percaya bahawa organisasi boleh
ditadbir dengan cekap sekiranya
matlamat organisasi adalah selaras
dengan tujuan dan matlamat pekerja.
+Pada mulanya,beliau menekankan
hubungan pekerja dengan majikan
perlu berasaskan pada perasaan
hormat-menghormati.
+Pekerja akan menerima dan mematuhi
arahan daripada majikan sekiranya
wujud hubungan yang baik.

4) James D. Money.

-Organisasi tentera, agama dan
perindustrian mempunyai persamaan
yang sepunya, iaitu semua
memerlukan penyelarasan.

3. Pendekatan Gelagat

Merupakan alternatif kepada pendekatan pengurusan klasik.
Pendekatan ini lebih mengutamakan “manusia” dalam proses pengeluaran
Pendekatan ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
1)Pergerakan hubungan kemanusiaan
2)Sains gelagat

1)Pergerakan Hubungan Kemanusiaan

a) Hawthorne (Elton Mayo).
+Ini berdasarkan kajian atau penyelidikan yang dikenali

sebagai “Kajian Hawthorne”.
+Kecekapan pekerja adalah disebabkan oleh faktor sosial

dan bukannya faktor fizikal seperti cahaya penyinaran,
suhu dan lain-lain.
+Ia menekankan tentang produktiviti dapat ditingkatkan
sekiranya aspek sosial seperti cara pengurus berinteraksi,
memberi perhatian peribadi kepada pekerja dan
pengiktirafan kumpulan kerja di tempat kerja akan
meningkatkan prestasi pekerja.

b) Mary Parker Follet.

-Kecekapan pekerja dapat
dipertingkatkan melalui dorongan
kepada pekerja, kepimpinan kuasa dan
autoriti.

2)Teori Gelagat (Pergerakan Kelakuan)

+Teori ini menitikberatkan penyelidikan saintifik asas
untuk memahami gelagat manusia dalam organisasi
boleh digunakan oleh pengurus untuk mentadbir
urusan berkaitan dengan manusia

+Sumbangan teori ini penting kerana;

+-Pandangan mereka lebih kompleks tentang
manusia serta keperluan yang mereka sarankan.

+-Kaedah penyelidikan saintifik untuk mengkaji
gelagat manusia dalam organisasi digunakan

Pelopor teori ini;

1.Abraham Maslow
• kMeehneynadtaakkafnizikkeahl,eknedsaeklammaantauns,iasodsaiapla, tpdeinkgehteagrgoariaknandikrei dpaandap5enbcaahpaagiaiannhiaasitruat diri.

Hierarki Keperluan Maslow.
i) Keperluan Fisiologi.

p-akkeapieanrl,uuadnarpaadlianng laaisna-lsaiunn. tuk membiayai kehidupan manusia seperti makanan,
ii) Keperluan Keselamatan.

-bebas daripada ancaman bahaya kepada tubuh badan, nyawa dan kehilangan
kerja, makana dan tempat tinggal.
iii) Keperluan Sosial.
p-eKmeibnegriniaanndainndpievnideurimuaanntukkasimh seanydaanpgastkeasnamapmerasanhuasibaa. tan dan penghargaan,
iv) Keperluan Penghargaan.
m-Keenidnagpinaatknanuknetupkuasdaihnosrempaetrit,i kduiahsaar,gsatiatudsadnandkiseaynajkuinngain doilrei.h orang lain untuk
v) Keperluan Pencapaian Hasrat Diri.
p-oKteeinnsgiinnyaandasensmeoernacnagpauinsteuskuamtue. njadi apa yang mampu bagi memaksimumkan

2.Douglas Mc Gregor

-Teori McGregor
+Mengatakan bahawa andaian seseorang

pengurus terhadap pekerjanya menentukan
bagaimana pengurus tersebut melayan
pekerjanya.
+Menyarankan bahawa pengurus akan melayan
pekerja berdasarkan sifat seseorang pekerja
tersebut.
+Sebagai contoh, pekerja yang dilihat sebagai
malas dan suka melengah-lengahkan kerja
perlu dikawal tindak-tanduk mereka.

TEORI X TEORI Y

Sifat Pekerja. Sifat Pekerja.
-tidak suka bekerja. -mempunyai minat terhadap
-tiada motivasi dan kurang kerjanya dan kerjaya.
bercita-cita. -manusia tidak perlu arahan
-mengamalkan sikap tidak dan kawalan.
mengambil tahu perihal -mampu menggunakan
organisasi dan imaginasi, kreativiti, proaktif
mementingkan dan berinisiatif.
diri sendiri. -berusaha untuk mencapai
-sentiasa mengelak daripada matlamat syarkat.
memikul tanggungjawab. -bersedia dan rela untuk
-perlu dikawal, diancam dan menerima tanggungjawab.
disuruh untuk bekerja. -keperluan pencapaian yang
tinggi.

4. Pendekatan Kuantitatif

-Ia menekankan bahawa masalah pengurusan boleh diselesaikan dengan
menggunakan model, teknik matematik dan statistik .

-Terdapat 3 teori utama :
1)Sains pengurusan – tumpuan kepada peningkatan keberkesanan
pembuatan keputusan melalui penggunaan model matematik dan kaedah
sains.
2)Pengurusan operasi – membantu pengurus menguruskan pengeluaran
dan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
organisasi melalui kaedah pengunjuran dan analisis inventori.
3)Sistem pengurusan maklumat – tumpuan kepada mereka bentuk dan
mengurus maklumat melalui komputer untuk tujuan pembuatan keputusan.

5. Pendekatan kontemperori

-ialah satu pendekatan inovatif tentang pengurusan.
2 teori dalam pendekatan ini:
1)Teori sistem
2)Teori kontingensi

1)Teori sistem

Ia berdasarkan andaian bahawa organisasi merupakan satu
sistem.
Sebagai satu sistem organisasi menerima input, kemudian
mengubahnya melalui proses transformasi untuk menghasilkan
output.
Output yang dikeluarkan oleh organisasi akan disalurkan kepada
elemen luar (spt: pembekal dan penguna) dan elemen luar ini
akan memberikan maklum balas berkenaan output tadi.

Input Proses transformasi output

2)Teori kontigensi

-Menyatakan tiada satu pendekatan yang terbaik.

-Pengurusan bergantung kepada situasi atau faktor kontigensi organisasi.
-Faktor kontigensi adalah faktor dalam dan luar organisasi seperti faktor
industri, persekitaran, teknologi dan budaya.
-Pengurusan juga perlu diubah suai mengikut perubahan faktor kontigensi
tersebut.
-Cara penyelesaian masalah berbeza mengikut situasi tertentu.

-Prinsip universal tidak sesuai digunakan dalam semua keadaan.
-Contohnya: gaya kepimpinan autokratik tidak sesuai bagi semua pekerja
dalam semua keadaan.

Contoh soalan STPM 2013 Semester 1 – 1c.
c) Jelaskan sumbangan Frederick W. Taylor dalam
pengurusan pengeluaran.
[4]
Contoh jawapan:
c) Sumbangan Frederick W. Taylor dalam pengurusan
pengeluaran;

i) Memperkenalkan falsafah pengurusan saintifik.
ii) Kajian mengenai pekerjaan digunakan melalui
pemerhatian ke atas setiap kerja (time and motion study)
iii) Mengetengahkan konsep kecekapan (one best way)
dalam pengeluaran.
iv) Pekerja mesti terlatih bagi tugas yang khusus.
v) Menekankan kaitan antara output dan ganjaran (piece
rate system)
vi) Pemilihan pekerja dibuat berdasarkan kemahiran.
vii) Pengkhususan kerja bagi meningkatkan kecekapan.

Soalan stpm 2009, 4. b.
b) Jelaskan enam sumbangan Henri Fayol dalam pendekatan

pengurusan organisasi. [13]

Contoh jawapan:
b) Enam sumbangan Henry fayol:

Henry Fayol sering dilihat sebagai tokoh utama Teori Pentadbiran.
Sumbangan Fayol dalam pendekatan pengurusan organisasi boleh ditinjau
melalui 14 prinsip pengurusan yang beliau telah kenal pasti untuk
pengurusan yang efektif dalam sesebuah organisasi. Di antara enam
sumbangan Fayol dalam pendekatan pengurusan oeganisasi adalah seperti
yang berikut:
i) Autoriti.

-seorang pengurus berhak untuk memberi arahan, membuat keputusan
dan mengambil tindakan disebabkan kedudukannya dalam organisasi.

-seorang pengurus tidak harus diberi autoriti tanpa
dipertanggungjawabkan.

-seorang pengurus juga tidak harus dipertanggungjawabkan tanpa diberi
autoriti berkaitan.

-pendek kata, autoriti dan tanggungjawab perlu diberi pada masa yang
sama.

ii) Arahan uniti.
-setiap pekerja mesti menerima arahan daripada seorang superior sahaja.
-prinsip ini masih sahih walaupun ia melibatkan penjabatan struktur
matriks.
-jika seorang pekerja melaporkan kepada lebih daripada seorang superior,
ketidaktentuan dan ketegangan akan wujud.
-contohnya, superior A berkehendakkan cara X manakala superior B
berkehendakkan cara Y. Pekerja akan merasa bingung.

iii) Kepentingan bersama.
-segala keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan umum dan
bukannya kepentingan peribadi atau sesuatu kumpulan.
-fayol menyarankan supaya pekerja-pekerja di dalam organisasi berkongsi
satu set nilai yang sama.
-dengan berfokuskan set nilai ini setiap pekerja akan lebih mementingkan
matlamat organisasi.
-semangat kepentingan bersama boleh diwujudkan melalui pembentukan
visi, misi, piagam pelanggan dan janji (credo).

iv) Tersusun.
-sesebuah organisasi seharusnya membekalkan kepada pekerjanya satu tempat bekerja
yang kemas dan bersih.
-peraturan, dasar, arahan dan tindakan haruskalah konsisten dan boleh difahami.
-contohnya, tindakan yang sama dikenakan terhadap salah laku yang sama tanpa mengira
pekerja mana yang melakukannya.

v) Sama rata.
-pekerja harus dilayan secara adil dan sama rata.
-harus tidak berlaku kes pilih kasih atau tindakan yang tidak adil kerana ia akan
mengurangkan semangat bekerja pekerja yang lain.
-contohnya, pekerja lain akan rasa iri hati jika A dinaikkan pangkat walaupun prestasi
kerjanya tidak pun menonjol.

vi) Esprit de corps.
-Fayol menekankan perlunya organisasi membina dan mengekalkan harmoni dalam
kalangan pekerjanya.
-semangat kekitaan dan kerja berkumpulan perlu dipupuk dalam kalangan pekerja.
-pengurus harus membina hubungan interpersonal yang baik dengan pekerjanya.
-melalui cara ini organisasi dapat mara ke hadapan.


Click to View FlipBook Version