The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGELUARAN : KAWALAN INVENTORI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHAYU ABD RAZAK, 2021-10-05 11:55:11

KAWALAN INVENTORI

PENGELUARAN : KAWALAN INVENTORI

Keywords: KAWALAN INVENTORI

KAWALAN INVENTORI

2.4.1 JENIS-JENIS INVENTORI
2.4.2 ALAT/KAEDAH KAWALAN INVENTORI

PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2

2.4 - KAWALAN INVENTORI

 DEFINISI

 -Kawalan inventori ialah suatu kaedah
pengurusan inventori bagi memastikan semua
inventori atau stok sentiasa mencukupi
supaya dapat digunakan dengan baik bagi
memenuhi permintaan pasaran.

Kepentingan Kawalan Kualiti

Memastikan inventori sentiasa berada pada tahap optimum
Memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan
Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan
Mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori
Meminimumkan kos pemegangan inventori
Menstabilkan harga produk di pasaran

2.4.1 JENIS INVENTORI.

1. Bahan mentah – sumber semulajadi atau input yang digunakan dalam proses
penghasilan produk.
Contoh:padi,kapas,kayu balak dll
2.Kerja dalam proses (barang separuh siap) – produk yang masih dalam proses
pengeluaran tetapi telah mengalami perubahan input.
Contoh: kain,tepung,gula dll
3.Produk siap – produk yang dihasilkan setelah proses pengeluaran selesai dan
tidak perlu diproses lagi. Produk ini boleh terus digunakan oleh pengguna .
Contoh : kereta, biskut, tayar dll

2.4.2 ALAT/KAEDAH KAWALAN INVENTORI

OBJEKTIF 1. Mengenal Mengaplikasikan Menghuraikan
PENGAJARAN pasti alat-alat kaedah kuantiti konsep/ kaedah

kawalan pesanan tepat pada
inventori. ekonomi [EOQ] masa [JIT]

dan titik
pesanan semula

[ROP]

KAEDAH TITIK KAEDAH KUANTITI
PESANAN SEMULA PESANAN EKONOMI
(ROP) (EOQ)

KAEDAH KAWALAN INVENTORI

KAEDAH TEPAT
PADA MASA
( JIT )

1. KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMI

Pendekatan untuk
menentukan kuantiti pesanan
optimum dan terbaik yang
menjimatkan kos pemegangan
dan pemesanan dalam
sesebuah perniagaan.

1.KOS PEMBELIAN

Kos pembelian merangkumi
harga pembelian yang
ditawarkan oleh pembekal,
kos pemeriksaan dan kos
penghantaran.

2. KOS PESANAN
Kos yang berkaitan dengan jumlah
pesanan yang dibuat oleh perniagaan
dalam sesuatu tempoh tertentu.
Antaranya kos menyediakan kertas
kerja,kos panggilan susulan,
pemeriksaan pesanan dll

3. KOS PENYIMPANAN @ KOS PEGANGAN

Kos pegangan ialah kos yang wujud kerana menyimpan barangan dlm bentuk
stok.
Terdiri daripada;
1. Kos penyimpanan
- Melibatkan lokasi yang digunakan untuk menyimpan barang seperti membina

Gudang,sewa Gudang,kos penyelenggaraan ,kos insurans dan cukai.
2. Kos penyelenggaraan
-kos merangkumi kos elektrik,air,pembersihan,keselamatan dan pembaikan.
3. Kos pekerja
-merangkumi kos upah,kos peralatan pengendalian bahan.
4. Kos insurans
-kos yang berfungsi jaminan ganti rugi apabila berlaku
malapetaka,kemalalangan dan sebagainya semasa bahan berada dalam Gudang
simpanan.

4.KOS KEHABISAN STOK

Kos yang merangkumi kos pesanan sampai
lewat,kos kebajikan dll
-kekurangan stok dalam pasaran dan permintaan
yang meningkat boleh menyebabkan reputasi
perniagaan terjejas.
-keadaan ini akan menyebabkan kehabisan stok
dan pelanggan akan beralih arah.

KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMI

Andaian-andaian dalam EOQ;
(i)kadar permintaan sudah diketahui dan konsisten.
(ii)hanya 2 kos terlibat iaitu kos pegangan (sewa
ruang,insurans,kos pengurusan dll) dan kos pesanan(kos
pengangkutan,pemprosesan,perkeranian dll)
(iii)masa menunggu diketahui dengan pasti(jarak masa antara
tarikh pesanan dan penerimaan pesanan adalah malar)
(iv)kekurangan tidak dibenarkan berlaku.
(v)diskaun harga tidak ditawarkan.
(vi)semua tempahan diterima pada masa ditentukan.

Formula untuk menetapkan EOQ

√EOQ = 2DS D = Jumlah permintaan tahunan
h S = kos pesanan inventori
h = kos pegangan inventori/unit/tahun
Kos tahunan ( rm) Kos inventori
tahunan

Kos pegangan

Kos pesanan

EOQ

Contoh kiraan:

Syarikat Dollah merupakan pembekal beras
wangi bagi zon Malaysia Utara ingin
menentukan kuantiti pesanan ekonominya bagi
item beras wangi Gred A. Diberi bahawa
permintaan tahunan yang diramal ialah 10 000
kg dan belian setiap kg ialah RM50. Akauntan
telah menganggarkan bahawa setiap kos
pesanan item tersebut ialah RM45 dan kos
penyimpanan termasuk insurans, cukai dan lain-
lain ialah 30% setahun daripada harga
sekilogram item tersebut.

Jawapan.

Kuantiti Pesanan Ekonomi(EOQ)=

EOQ = 2DS D (permintaan tahunan) = 10 000 kg
h
S (Kos pesanan) = RM45

h (Kos pegangan) = 30%XRM 50

= 2 X 10 000 X 45
30% X 50

= 244.9kg @ 245kg.
Maka, jika Syarikat Dollah memesan 245kg setiap kali

memesan, ia dapat meminimumkan kos inventori.

2.KAEDAH TITIK PESANAN SEMULA (ROP)

Suatu kaedah menetapkan satu tahap kuantiti pada kadar
minimum yang memerlukan pihak pengurusan memesan
semula inventori supaya bekalan inventori berada pada
tahap yang mencukupi dan mengurangkan kos inventori
ROP = PERMINTAAN HARIAN (D) X LEAD TIME(L)
L=DALAM HARI

Contoh;
Syarikat Ahmad mempunyai stok kerepek sebanyak 8000
bungkus setahun. Syarikat ini beroperasi selama 200 hari
setahun. Secara purata,penghantaran pesanan mengambil
masa 3 hari bekerja.Hitungkan titik pesanan semula syarikat
tersebut.
Jawapan:

PERMINTAAN HARIAN(D)=8000 BUNGKUS/200 HARI
= 40 BUNGKUS SEHARI

LEAD TIME(L)=3 HARI
ROP = D X L

= 40 BUNGKUS X 3 HARI
= 120 BUNGKUS
APABILA STOK MENCAPAI 120 BUNGKUS, PESANAN BAHARU
PERLU DIBUAT,PESANAN AKAN SAMPAI DALAM MASA 3 HARI,
APABILA STOK MAKIN HABIS.

3. SISTEM TEPAT PADA WAKTU(JIT)

Dikenali sebagai inventori sifar. Sistem ini
berkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada
pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori
seberapa minimum.
Kos simpanan inventori diminimumkan denagn hanya
memesan inventori yang diperlukan sahaja.

Sistem di mana item-item inventori tiba apabila ia
diperlukan dalam proses pengeluaran tanpa perlu
disimpan dalam gudang.

Ciri penting JIT

 Pengamalan sistem tarik terhadap aliran bahan-bahan.
 Penghantaran tepat masa.
 Pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten.
 Penekanan kepada saiz lot inventori yang sekecil mungkin.
 Masa penyediaan yang pendek.
 Beban stesen kerja yang seragam.
 Komponen dan kaedah kerja yang sama.
 Hubungan rapat dengan pembekal dan boleh dipercayai.
 Keanjalan tenaga kerja.
 Susun atur proses pengeluaran mengikut produk.
 Penyenggaraan mesin menekankan pencegahan.

Kebaikan Analisis Just In Time.
a) Menjimatkan ruang penyimpanan kerana inventori

diminimumkan.
b) Mengelakkan pembaziran akibat kerosakan

inventori.
c) Menjimatkan masa dan kekerapan penyediaan

inventori.
d) Menambahbaikan sistem proses pengeluaran

secara berterusan melalui penjagaan mesin
secara baik, keanjalan tenaga kerja dan lain-lain.
e) Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal
melalui penyelarasan pengeluaran dan
penghantaran pembekalan yang tepat oleh
pembekal.

Contoh soalan STPM 2012 Penggal 1 – 1d.
d) Nyatakan empat objektif kaedah inventori tepat pada masa (JIT). [4]
Contoh jawapan;
Objektif sistem inventori sifar;

i) Mengurangkan kos simpanan /pegangan /inventori.
ii) Mengelakkan pembaziran inventori/ bagi barang separuh siap/ barang siap/

bahan mentah.
iii) Mengurangkan masa pengurusan inventori dan kekerapan penyediaan

inventori (set-up).
iv) Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori.
v) Memastikan sistem pengeluaran tidak tergendala atau berjalan lancar

melalui penambahbaikan berterusan dalam pengeluaran.
vi) Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal.

CONTOH SOALAN PENGIRAAN DAN JAWAPAN

1. Syarikat Darwina membeli 12 100 bungkusan
rempah ratus pada setiap tahun. Syarikat
membayar kos pesanan sebanyak RM24 setiap
kali pesanan dibuat dan kos memegang setiap
bungkusan sebagai inventori ialah RM12 pada
setiap tahun.
i) Berapakah kuantiti pesanan ekonomi untuk
bungkusan rempah ratus tersebut?
ii) Berapa kalikah pesanan akan dibuat pada
setiap tahun.

Jawapan.

i)Kuantiti Pesanan Ekonomi(EOQ)=

EOQ = 2DS D (permintaan tahunan) = 12100 bungkus
h
S (Kos pesanan) = RM24

h (Kos pegangan) = RM12

= 2 X 12100X 24
12

= 220 bungkus
ii)Berapa kali pesanan setahun
12100 /220 = 55 pesanan setahun

2. Syarikat Hawa membeli 5000 bungkusan pakaian
pada setiap tahun dengan nilai belian sebanyak
RM15 bagi setiap bungkus. Syarikat perlu
membayar kos pesanan sebanyak RM12 setiap
kali pesanan di buat. Kos menyimpan setiap
bungkusan pakaian dianggarkan sebanyak 20%
setahun daripada harga setiap bungkus.
i) Berapakah kuantiti pesanan ekonomi untuk
bungkusan pakaian tersebut?
ii) Berapa kalikah pesanan akan dibuat dalam
setahun?

a)Kuantiti Pesanan Ekonomi(EOQ)=

EOQ = 2DS D (permintaan tahunan) = 5000 bungkus
h
S (Kos pesanan) = RM12

h (Kos pegangan) = 20%X15

= 2 X 5000 X 12
20% X 15

= 200 bungkus pakaian
b)Bilangan pesanan setahun
5000/200 =25 pesanan setahun.

3.Contoh Soalan Peperiksaan stpm 2007, Soalan 6.

6. a) Syarikat Tekstil Tunas Sendirian Berhad memerlukan 200 gulung kain
ela pada setiap minggu. Syarikat itu beroperasi 5 hari seminggu dan 52
minggu setahun. Kos memesan kain ela ialah RM45.00 bagi setiap
pesanan dan kos pegangan ialah RM10.00 bagi setiap gulung. Syarikat
memesan sebanyak 400 gulung kain ela bagi setiap pesanan.

i) Hitung jumlah kos tahunan, iaitu kos pesanan dan kos pegangan yang
perlu dibayar oleh syarikat itu.

ii) Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomi(EOQ) bagi syarikat itu.
iii) Hitung jumlah kos tahunan yang perlu dibayar jika EOQ dipesan. [9]

b) Nyatakan empat andaian yang diambil kira dalam model EOQ. [4]

c) Selain kaedah EOQ, jelaskan dua kaedah lain yang boleh digunakan [12]
untuk mengurus inventori.

a. i) Formula mengira kos tahunan.

Kos tahunan = hQ SD Kos = Kos + Kos
----- + ----- Tahunan pegangan Pesanan

2Q

di mana; h = kos pegangan = RM10

Q = saiz lot = 400 gulung

S = kos pesanan @ gulung = RM45

D = permintaan tahunan

= 10 400 gulung (200 X 52)

maka, 10 X 400 45 X 10 400
-----------------
Kos tahunan = ------------- +
400
2

= RM2 000 + RM1 170

= RM3 170.

ii) di mana; h = kos pegangan = RM10
Q = saiz lot = 400 gulung
S = kos pesanan @ gulung = RM45
D = permintaan tahunan
= 10 400 gulung (200 X 52)

EOQ = 2 DS
----------

h

EOQ = 2 X 10400 X 45
-----------------------

10

EOQ = √ 93 600
EOQ = 305.9 gulung = 306 gulung.

iii) di mana; h = kos pegangan = RM10
Q = saiz lot = 400 gulung
S = kos pesanan @ gulung = RM45
D = permintaan tahunan
= 10 400 gulung (200 X 52)

EOQ dipesan = 305.9 gulung bersamaan dengan 306 gulung.
hQ SD

Kos inventori pada EOQ dipesan = -------- + -----------
2Q

10 X 306 45 X 10400

= -------------- + ---------------
2 306

= RM1530.00 + RM1529.41
= RM3059.41

4. Permintaan ramalan – 18 000 unit televisyen
setahun.
Kos setiap pesanan = RM112.50
Nilai belian seunit televisyen = RM2 250.00
Kos penyimpanan = 20% daripada nilai belian.
i) Hitungkan kuantiti pesanan ekonomi (EOQ) dan
jumlah kos tahunan.
ii) Katakan diskaun 4% diberi jika pesanan
minimum 540 unit televisyen. Hitungkan kos
tahunan. Pilih keputusan yang paling baik
akan
dibuat.
[12]

i) di mana; h = kos penyimpanan = 20% atas nilai belian televisyen.
Q = nilai belian = RM2250.00 seunit
S = kos setiap pesanan = RM112.50
D = ramalan permintaan tahunan = 18 000 unit

EOQ = 2 DS
----------

h

EOQ = 2 X 18000 X 112.50
-----------------------

0.2 X 2250.00

EOQ = 94.87 atau 95 unit televisyen.

i) Jumlah kos tahunan dengan menggunakan EOQ.

Jenis Kos EOQ Jumlah (RM)
i. Kos pembelian =nilai belian X D RM 40 500 000
=RM2250 X 18 000 RM 21 375
ii. Kos penyimpanan = Q/2 X h x 20%
RM 21 316
95
= X 2250 X 0.2 RM 40 542 691

2

iii. Kos pesanan D
= XS

Q
18 000
= X RM112.50

95

Jumlah kos

ii) Jumlah kos tahunan jika 4% diskaun diberi. = 96% X 2250 = RM2160

Jenis Kos Q Jumlah (RM)
i. Kos pembelian =nilai belian X D RM 38 880 000
=RM2160 X 18 000
ii. Kos penyimpanan = Q/2 X h X 20% RM 116 640

540
= X 2160 X 0.2

2

iii. Kos pesanan D RM 3 750
= XS

Q

18 000 X RM112,50
= 540

Jumlah kos RM 39 000 390

Keputusan yang paling baik ialah mengambili diskaun 4% kerana kosnya lebih
rendah, iaitu RM39 000 390 berbanding EOQ kosnya sebanyak RM40 542 691.

5. Syarikat Kosmetik Norshafawatie telah membeli barang
kosmetik selama setahun sebanyak 18 000 unit. Syarikat
tersebut telah membuat pembayaran sebanyak RM30
bagi setiap kali pesanan yang dibuat dan menanggung kos
bagi setiap unit sebagai inventori ialah RM12 pada setiap
tahun.
i) Sila dapatkan kuantiti pesanan ekonomi untuk unit
kosmetik yang dibuat oleh Syarikat Kosmetik
Norshafawatie

ii) Berdasarkan pernyataan di atas, berapa kalikah pesanan
yang dapat dibuat pada setiap tahun? [7]

i) di mana; h = kos penyimpanan = RM12.
S = kos setiap pesanan = RM30
D = ramalan permintaan tahunan = 18 000 unit

EOQ = 2 DS
----------

h

EOQ = 2 X 18000 X 30
EOQ = -----------------------

12
90 000

EOQ = 300 unit kosmetik.
ii) Bilangan kali pesanan yang dapat dibuat ialah = 18 000 ÷ 300 = 60 kali.


Click to View FlipBook Version