3.0 PEMASARAN
PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2
BAB 3 PEMASARAN 3.1 3.2 GELAGAT
PENDEKATAN PENGGUNA
3.5 CAMPURAN PEMASARAN
PEMASARAN
3.4 3.3 PENYELIDIKAN
SEGMENTASI PEMASARAN
3.1 PENDEKATAN PEMASARAN
3.1.1 ORIENTASI
PENGURUSAN PEMASARAN
3.1.3 PENDEKATAN 3.1.2 PROSES
STRATEGIK PEMASARAN
3.1.1 ORIENTASI PENGURUSAN PEMASARAN
OBJEKTIF PENGAJARAN
1. Mentakrifkan pemasaran dan menjelaskan
kepentingannya.
2. Menjelaskan pendekatan pemasaran
termasuklah pengeluaran, produk, penjualan,
pemasaran dan pemasaran kemasyarakatan
PEMASARAN
1.Sebarang aktiviti perniagaan yang dijalankan untuk
melicinkan proses pertukaran barang dan perkhidmatan
di samping memenuhi kepuasan pelanggan dan objektif
pemasaran organisasi.
2. Satu aktiviti pengagihan barang dan perkhidmatan
daripada pengeluar kepada pengguna pada
masa,tempat dan harga yang sesuai melalui saluran
pengedaran yang sesuai.
Kepentingan Pemasaran.
i) Kegiatan pemasaran yang berkesan dapat mencipta
permintaan bagi sesuatu produk.
ii) Aktiviti pemasaran yang berjaya mampu membantu
perniagaan meningkatkan keuntungan .
iii) Pemasaran mempercepatkan proses pertukaran antara
penjual dengan pembeli.
iv) Pemasaran dapat mewujudkan nilai sesuatu produk yang
dihasilkan.
v) Pemasaran dapat meluaskan pasaran dengan meningkatkan syer
pasaran dan membangunkan pasaran sehingga ke peringkat
antarabangsa,
vi) Pemasaran menyediakan produk dan meningkatkan taraf hidup
konsumer yang lebih baik melalui pelbagai pilihan produk yang
dihasilkan.
Pendekatan Pengeluaran.
Dalam pendekatan pengeluaran, syarikat memberikan keutamaan
kepada pengeluaran produk secara besar-besaran bagi menikmati
faedah ekonomi bidangan
Pengeluar berusaha untuk mencapai kecekapan dalam pengeluaran bagi
mengurangkan kos pengeluaran dan pengagihan produk lebih efisyen.
Matlamat pemasar adalah untuk mengeluarkan barangan yang sangat
diperlukan oleh pengguna terutamanya barangan keperluan harian
disebabkan permintaannya yang tinggi dalam pasaran.
Mengandaikan pengguna akan membeli apa sahaja produk yang
ditawarkan di pasaran.
2. Pendekatan pemasaran penjualan
Mengandaikan pengguna membeli sesuatu produk disebabkan
oleh usaha promosi yang aktif melalui kaedah,Teknik dan
pendekatan yang sesuai dalam memasarkan produk
Pengguna perlu diyakinkan dan dipujuk sebelum membuat
keputusan pembelian.
3. Pendekatan pemasaran produk.
Pendekatan ini mengandaikan bahawa pengguna akan membeli sesuatu
produk atau servis sekiranya produk tersebut berkualiti, mempunyai
pelbagai ciri, berprestasi tinggi, dan mempunyai ciri-ciri inovatif.
Aspek yang ditekankan ialah pembangunan produk secara berterusan
dengan melakukan inovasi ke atas produk.
Contohnya, komputer yang berubah dari bentuk desktop kepada bentuk
netbook dan kini dalam bentuk tablet hasil daripada usaha inovasi dan
memahami kehendak pelanggan.
4. Pendekatan pemasaran
Menekankan kepada usaha memenuhi kehendak ,kepuasan dan
kepentingan pelanggan.
Perniagaan perlu peka dengan perubahan citarasa pelanggan dan
merancang strategi campuran pemasaran yang sesuai iaitu
produk,harga,promosi dan pengedaran (4P)
5. Pendekatan pemasaran kemasyarakatan
Pemasar perlu menekankan soal kebajikan pelanggan dan masyarakat
selain daripada untung pemasar.
Pemasar sentiasa cuba mengimbangi antara kehendak dalam jangka masa
pendek (untung maksimum) dan kebajikan dalam jangka masa Panjang.
-Contoh; Perniagaan makanan segera seperti Pizza Hut dan Mc Donald yang
telah menggunakan jenis pembungkusan yang dibuat daripada bahan yang
boleh dikitar semula bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
3.1.2 PROSES PEMASARAN
OBJEKTIF PENGAJARAN
Menjelaskan proses pemasaran
merangkumi menilai peluang-
peluang pemasaran, memilih
sasaran pasaran, membina
campuran pemasaran dan
mengurus usaha pemasaran
PROSES PEMASARAN
1.MENILAI PELUANG-PELUANG
PEMASARAN
2.MEMILIH SASARAN PASARAN
3.MEMBINA CAMPURAN
PEMASARAN
4.MENGURUS USAHA PEMASARAN
1. MENILAI PELUANG-PELUANG PEMASARAN
Membuat kajian pasaran , ramalan permintaan dan
mengenalpasti potensi pasaran secara menyeluruh
Perlu mengambil kira faktor persekitaran pemasaran
2.MEMILIH SASARAN PASARAN
Memfokus kepada usaha memilih segmen pasaran,
penyasaran pasaran dan peletakan pasaran
Peringkat ini amat penting dalam menentukan sejauh mana
proses pemasaran yang dijalankan dapat membantu
organisasi mencapai keseluruhan objektif strategik
3. MEMBINA CAMPURAN PEMASARAN
Membentuk campuran pemasaran yang sesuai melalui produk,
promosi, harga dan pengedaran bagi segmen yang dipilih
4P
4. MENGURUS USAHA PEMASARAN
Menjaga hubungan dengan pelanggan dan
melaksanakan aktiviti pemasaran seperti
menganalisis , merancang , melaksanakan
dan mengawal proses pemasaran
Contoh soalan stpm 2008, 1f.
1. f) Nyatakan dua langkah dalam proses pemasaran. [2]
Contoh jawapan:
Dua langkah dalam proses pemasaran ialah:
i) Menganalisis peluang pemasaran /
perniagaan.
ii) Memilih sasaran pasaran.
iii) Membentuk campuran pemasaran.
iv) Menjalankan usaha pemasaran.
3.1.3 PENDEKATAN STRATEGIK
OBJEKTIF PENGAJARAN
Membincangkan pendekatan strategi pemasaran meliputi
1. Analisis portfolio perniagaan [MATRIKS BCG]
2.Analisis kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang [SWOT]
3.Menentukan strategi dan objektif pemasaran[ penembusan pasaran, pembangunan
pasaran, pembangunan produk dan pempelbagaian]
4. Menentukan sasaran pasaran dan campuran pemasaran dan pelaksanaan serta
penilaiannya
PROSES PENDEKATAN STRATEGIK
1. Mengenal pasti misi organisasi.
2. Menentukan matlamat organisasi.
3. Mereka bentuk portfolio perniagaan.
4. Membentuk strategi pemasaran dan
strategi fungsi lain.
A. Analisis Portfolio Perniagaan (Matriks BCG)
Analisis portfolio perniagaan (Matriks BCG) ialah suatu kaedah
pemetaan perniagaan berdasarkan kadar pertumbuhan
industri dan syer pasaran syarikat.
Kumpulan Perunding Boston telah menghasilkan satu matriks,
iaitu matriks BCG yang dapat membezakan antara prestasi
perniagaan dari segi penembusan dan potensi pasaran.
Matriks ini digunakan untuk menganalisis jenis-jenis
perniagaan supaya tindakan atau perubahan dapat dilakukan.
MATRIKS PERTUMBUHAN PASARAN
tinggi Keluaran bintang Keluaran tanda tanya
(star) (question mark)
Rendah Keluaran lembu Keluaran anjing (dog)
kontan (cash cow)
Tinggi Rendah
a) Keluaran bintang (star).
-keluaran yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi
dan syer pasaran yang relatif tinggi.
-memerlukan pelaburan yang sangat banyak dibuat untuk
membiayai pertumbuhan pesat keluaran ini.
-pertumbuhan keluaran ini akan menjadi semakin perlahan dan
seterusnya menjadi keluaran lembu kontan.
b) Keluaran lembu kontan
-Keluaran ini mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang rendah
tetapi syer pasaran yang relatif tinggi.
-Kategori portfolio ini lebih stabil dan dapat menjana tunai yang
banyak untuk organisasi.
-Keluaran ini hanya melibatkan pelaburan yang sedikit dalam usaha
mengekalkan kedudukannya dalam pasaran.
-Perolehan tunai yang banyak membolehkan organisasi menceburi
portfolio perniagaan yang lain.
c) Keluaran tanda tanya (question mark).
-Keluaran ini mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi
tetapi syer pasaran yang relatif rendah.
-Keluaran ini memerlukan pelaburan yang banyak dibuat bagi
mengekalkan kedudukannya dalam pasaran walaupun potensi
keluaran ini masih belum diketahui sepenuhnya.
-Pelaksanaan strategik yang dilakukan terhadap portfolio ini akan
mengubah keluaran ini menjadi keluaran bintang.
-Pelaburan yang banyak masih diperlukan untuk mengekalkan
kedudukannya dalam pasaran dan meningkatkan perolehannya.
d) Keluaran anjing
-Keluaran ini lemah berbanding keluaran pesaing serta mempunyai
kadar pertumbuhan pasaran dan syer pasaran yang relatif rendah.
-Tunai yang diperoleh lazimnya akan dilaburkan dalam keluaran
lembu kontan, keluaran tanda tanya atau keluaran bintang.
-Keluaran ini hanya akan mendatangkan kerugian atau keuntungan
minimum.
-Keluaran ini mempunyai potensi yang amat rendah.
Keluaran Bintang Keluaran Lembu Keluaran Tanda Keluaran Anjing
Kontan Tanya
Kadar pertumbuhan Kadar pertumbuhan
dan syer pasaran Kadar pertumbuhan Kadar pertumbuhan dan syer pasaran
relatif tinggi rendah dan syer tinggi dan syer relatif rendah
pasaran relatif tinggi pasaran relatif rendah
Mempunyai potensi Kedudukan stabil dan Potensi keluaran Keluaran
berkembang berjaya dalam belum diketahui diberhentikan atau
pasaran
diubahsuai
Memerlukan banyak Memerlukan sedikit Memerlukan banyak Pelaburan dalam
pelaburan pelaburan untuk pelaburan dan jangka penyelidikan dan
mempertahankan masa yang panjang
Untung tinggi syer pasaran pembangunan
Campuran diadakan untuk
Aliran tunai yang pemasaran meningkatkan kualiti
banyak boleh dipergiatkan supaya dan rekabentuk atau
keluaran ini menjadi mencari pasaran baru
digunakan untuk keluaran bintang
membiayai keluaran Pulangan modal atau
lain dalam fortfolio rugi
Contoh soalan Ulangan Penggal 1 STPM 2014.
1.f) Lakarkan matriks portfolio perniagaan seperti yang
diketengahkan oleh Boston Consulting Group (BCG). [6]
Contoh jawapan:
B. Analisis Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang
(Strengths, Weaknesses, Threats and Opportunities –
SWOT)
-Dalam mencari kelebihan untuk bersaing, banyak peniaga
menggunakan pendekatan SWOT untuk mengukur kekuatan dan
kelemahan (persekitaran dalaman) dan dipadankan dengan
peluang dan ancaman (persekitaran luaran).
Tujuan membuat analisis SWOT:
i) Mengekalkan segala faktor kekuatan yang ada.
ii) Mengenal pasti kelemahan-kelemahan perniagaan dan mengambil
tindakan untuk memperbetulkan kelemahan tersebut.
iii) Meneroka segala peluang bagi melaksanakan strategi pemasaran.
iv) Mengenal pasti segala ancaman perniagaan dan mengambil
langkah-langkah yang sesuai untuk menghadapi dan
mengurangkannya.
Membantu untuk Menghalang untuk
Pencapaian objektif Pencapaian objektif
Persekitaran Kekuatan Kelemahan
dalaman (Strengths) (Weaknesses)
Persekitaran Peluang Ancaman
luaran (Opportunities) (Threats)
Rajah Analisis SWOT
Persekitaran Membantu untuk Menghalang untuk
dalaman
Pencapaian objektif Pencapaian objektif
Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses)
.Jenama global yang terkenal. .Kebanyakan iklan adalah berfokuskan
.Menikmati ekonomi bidangan. kanak-kanak.
.Cara penyediaan makanan yang .Persaingan harga dengan pesaing
cekap dan sistematik. mengurangkan hasil perniagaan.
.Dapat menyesuaikan diri dengan .Kadar lantik henti pekerja yang tinggi.
budaya yang berbeza di negara yang
berlainan.
Persekitaran Peluang (Opportunities) Ancaman (Threats)
luaran
.Boleh menyelidik cara-cara .Isu-isu kesihatan dalam makanan
menggunakan tenaga hijau dan segera.
pembungkusan mesra alam sebagai .Perkembangan yang pesat pesaing
sebahagian daripada promosi dan utama:Burger King, Starbucks, Wendy,
memenuhi tanggungjawab sosial. Taco Bell dan KFC.
.Menggunakan khidmat SMS telefon
mudah alih untuk membuat promosi.
Contoh Rajah Analisis SWOT Kedai Makanan Segera McDonalds.
c. Strategi dan Objektif Pemasaran.
-Untuk mencapai strategi dan objektif pemasaran, syarikat perniagaan
perlu membuat analisis tentang peluang pertumbuhan produk-
produk syarikat perniagaan pada masa akan datang.
-Kaedah yang sering digunakan bagi mengenal pasti peluang-peluang
tersebut ialah Grid Pertumbuhan Pasaran Ansoff.
-Grid pertumbuhan pasaran Ansoff dibentuk berdasarkan dua faktor
utama iaitu kategori produk dan pasaran.
-Keempat-empat strategi pertumbuhan pasaran tersebut ialah:
i) Penembusan pasaran.
ii) Pembangunan pasaran.
iii) Pembangunan produk.
iv) Pempelbagaian.
Pasaran Penembusan Pembangunan
sedia ada pasaran Produk
Pasaran Pembangunan Pempelbagaian
baru Pasaran
Sedia ada Baru
Kategori produk
Grid Pertumbuhan Pasaran Ansoff
Strategi Ciri-ciri Contoh
Pertumbuhan
a) Strategi Peniaga ingin -Pengeluar telefon bimbit
penembusan. meningkatkan berjaya menarik pengguna
penggunaan produk seisi keluarga untuk memiliki
yang lebih kerap oleh satu set telefon bimbit setiap
Contoh ringkaspaenngsgturanatesgedi ipaeadrtaumbourahnagnkepraronadmuken/pawaasrakraann.
atau mencadangkan pelbagai fungsi penggunaan
kaedah penggunaan yang ditambah setiap masa
baru bagi produk sedia mengikut kehendak pengguna.
ada. -Contohnya terdapat fungsi
menghantar mesej, berbual-
bual, bermain permainan,
mengakses internet, dan
mendengar muzik.
Strategi Ciri-ciri Contoh
Pertumbuhan
b) Strategi Peniaga -Syarikat Apple Inc. yang
pembangunan memperkenalkan terkenal dengan pengeluaran
produk. kategori produk baru komputer Apple
dalam pasaran sedia memperkenalkan iPhone
Contoh ringkasaadna.strategi pertumbkuehpaadna ppernogdguunka/.pasaran.
-iPhone merupakan kategori
produk baru yang dihasilkan
oleh Apple Inc selain kategori
produk sedia ada, iaitu
komputer Apple yang
dipasarkan ke seluruh dunia.
Strategi Ciri-ciri Contoh
Pertumbuhan
c) Strategi Peniaga memasarkan -Univeler memperkenalkan
pembangunan produk sedia ada ke syampu Sunsilk ke pasaran
pasaran. pasaran baru. Amerika Syarikat setelah
sekian lama menjual produk
Contoh ringkasan strategi pertumbtuerhsaebnutpdriopdausakr/apnanseagarraan.
Asia, Eropah, dan Latin
Amerika, iaitu pembangunan
pasaran berdasarkan geografi.
Strategi Ciri-ciri Contoh
Pertumbuhan
d) Strategi Peniaga -Jika Syarikat AirAsia menjadi
pempelbagaian. memperkenalkan pemaju rumah di Pulau Bali,
Contoh ringkaskkaeantpesagtsoarrariaptnerobgdaiurpuk.ebratruu mbAruuirmhAaasihnayapakrnaognddmuibekinn/jaupnaaylasraukmerapaanhd.-a
penduduk Bali dan bukan
kepada pelanggan Air Asia (Air
Asia ialah sebuah syarikat
penerbangan dan belum lagi
mempunyai cadangan untuk
menerokai perniagaan
hartanah).
Contoh soalan stpm 2014, 2a.
2.a) Elham-Q Malaysia Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengeluar bihun Muslim
yang pertama di Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2009.
Syarikat ini mengeluarkan bihun berjenama sufi. Pada tahun 2012, Elham-Q
meraikan pengeluaran peker bihun Sufi yang ke sepuluh juta. Kejayaan ini
adalah disebabkan oleh faktor strategi pemasaran yang mantap.
Elham-Q menggunakan pendekatan pengiklanan yang cukup komprehensif
bagi melariskan penjualan bihun sufi, antaranya melalui pengiklanan produk di
media radio, televisyen serta menaja program, seperti di TV3, TV9 dan TV
AlHijrah. Pengiklanan melalui media cetak pula adalah melalui surat khabar
dan majalah. Syarikat menggunakan perkhidmatan duta sebagai jurucakap
produk ini, di samping menjalinkan hubungan mesra dengan pelanggan mlalui
facebook. Tawaran diskaun secara mingguan pada setiap hari Jumaat juga
dilaksanakan oleh syarikat.
Kini, Elham-Q telah memasuki tahun ketiga dengan pasaran yang lebih besar.
Selain meluaskan pasaran ke negara Eropah dan Timur Tengah, bihun sufi juga
disasarkan untuk dipasarkan ke seluruh negara Cina pada masa hadapan.
Sebuah kilang baharu di Nilai dijangka siap dibina dan mula beroperasi pada
tahun 2013 bagi menampung pasaran yang lebih besar.
Produk baharu juga akan ditambah dalam tempoh terdekat dengan
kolaborasi beberapa usahawan. Produk terbaru 2-mis Sufi, iaitu
perencah serba guna yang sesuai untuk pelbagai jenis hidangan telah
pun dilancarkan. Peluang kepada usahawan lain untuk bergabung di
bawah jenama produk sufi sentiasa terbuka. Satu daripada impian
pemilik Elham-Q adalah ingin mengetengahkan syarikatnya melalui
pembukaan restoran jenama Malaysia di Australia, China dan India.
Restoran tersebut menggunakan 100% produk dari Malaysia.
(Disesuaikan daripada wawancara dengan CEO Elham-Q Malaysia Sdn.
Bhd.,
Majalah Niaga Edisi 22 dan www.bihunsufi.com.my yang dicapai pada 19
Oktober 2012).
Berdasarkan kes di atas,
i. Jelaskan strategi pembangunan pasaran, pembangunan produk dan
pempelbagaian dalam strategi pemasaran yang digunakan oleh Syarikat
Elham-Q. [15]
ii. Jelaskan tiga campuran promosi yang telah digunakan bagi
memasarkan bihun Sufi. [15]