PERANCANGAN PENGELUARAN
2.2.1 REKA BENTUK PENGELUARAN
2.2.2 JENIS-JENIS PENGELUARAN
2.2.3 SUSUN ATUR JENIS PENGELUARAN
2.2.4 LOKASI KILANG
PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2
2.2.1 REKA BENTUK PENGELUARAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Menjelaskan reka bentuk
pengeluaran merangkumi
simplification,
standardization dan
modular
1) Reka Bentuk Pengeluaran.
-Reka bentuk pengeluaran berkaitan dengan bagaimana
produk dihasilkan yang memerlukan pengetahuan,
kemahiran, dan sumber yang mungkin berada di luar
keupayaan organisasi.
i) Simplikasi – menekankan usaha
pengurangan bilangan bahagian,
pemasangan, atau pilihan dalam
suatu produk demi dapat
memudahkan dan mempercepatkan
pemasangan dan penghasilan
produk.
ii) Standardisasi – membolehkan
penggunaan bahagian pemasangan
sedia ada, standard atau boleh
ditukar ganti dalam kalangan produk
dengan tujuan untuk mengurangkan
tahap inventori, kos dan masa latihan,
memudahkan prosedur pembelian,
pengendalian bahan dan pemeriksaan
kualiti output, meningkatkan volum
pengeluaran dan pembelian serta
memudahkan proses pengeluaran.
iii) Reka bentuk modular – melibatkan
gabungan komponen atau modul
standard dalam pelbagai cara untuk
menghasilkan beberapa produk yang
unik. Bahagian produk atau komponen
yang dibina dalam bentuk modul boleh
diganti atau ditukar ganti dengan
mudah agar dapat meningkatkan
keluwesan dalam pengeluaran dan
pemasaran serta keupayaan memenuhi
kehendak pelanggan.
2.2.2 JENIS-JENIS PENGELUARAN
OBJEKTIF Menjelaskan jenis
pengeluaran
mengikut
tempahan, secara
massa dan secara
berkelompok
1. Pengeluaran mengikut tempahan.
-produk dihasilkan atas permintaan pelanggan.
-jenis produknya unik kerana spesifikasi permintaan
pelanggan adalah berbeza mengikut tempahan khas.
-kemahiran pekerja yang tinggi diperlukan.
-Contoh: proses membina bangunan, pakaian, kapal.
2. Pengeluaran secara massa.
-pengeluaran secara berterusan kerana aktiviti
pengeluaran berjalan selama 24 jam.
-aktiviti pengeluaran berjalan secara automatik
kerana melibatkan penggunaan jentera yang dikawal
oleh sistem komputer.
-Contoh: barangan keperluan harian seperti telur
ayam, gula, minyak masak.
3. Pengeluaran secara berkelompok.
-penghasilan beberapa jenis barang yang
mempunyai fungsi yang sama.
-lazimnya, dalam jenis pengeluaran ini,
penghasilan satu kelompok barang akan diikuti
penghasilan satu kelompok barang yang lain.
-Contoh: pemasangan komponen barangan
elektronik, pencetakan buku, kedai roti atau kek.
2.2.3 SUSUN ATUR PROSES PENGELUARAN
OBJEKTIF Menjelaskan objektif susun
dan jenis-jenis susun atur
secara tetap, proses,
produk dan selular
SUSUN ATUR PROSES PENGELUARAN
Penyusunan yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan terhadap
mesin, jentera, stesen kerja dan tempat penyimpanan serta
kedudukan tempat dan lorong dalam sesebuah lokasi pengeluaran.
Tujuan susun atur kemudahan adalah untuk meningkatkan mutu reka
bentuk produk, kapasiti proses dan kualiti kerja.
Faktor yang perlu diambil kira semasa merancang susun atur
kilang adalah seperti berikut:
• Keluasan dan kapasiti ruang yang akan diadakan
• Saiz dan bentuk peralatan pengendalian yang akan digunakan
• Keadaan persekitaran kilang termasuk perletakan kemudahan sedia ada
• Kos untuk menggerakkan dan memindahkan setiap produk yang dihasilkan
dalam kawasan kilang
• Corak pengeluaran yang telah dirancang
Objektif susun atur proses pengeluaran
melibatkan penyusunan beberapa aspek
penting bagi memastikan operasi pengeluaran
berjalan seperti yang telah dirancang iaitu;
• Meminimumkan kos pengendalian
• Menggunakan ruang kilang yang sedia ada
• Memastikan penggunaan buruh selaras dengan
pengendalian susun atur kilang
• Menggelakkan reka bentuk susun atur kilang yang sempit
dan sesak
• Memudahkan interaksi dan komunikasi
• Memudahkan pergerakan
• Memudahkan aktiviti promosi
• Mengurangkan masa pembuatan & kitaran pembuatan
Jenis susun atur
• i) Susun atur tetap
• Digunakan utk menyusun atur barang yang
mudah rosak, mudah pecah, pukal @
terlalu berat untuk dialihkan
• Produk akan disusun di sesuatu tempat
yang telah ditetapkan kehadiran pekerja,
bahan mentah, mesin, jentera &
subkontraktor di lokasi pengeluarn produk.
• Cth: pembinaan jambatan, empangan,
terowong dan kapal terbang.
ii) Susun atur proses
• Dikenali sebagai susun atur fungsian atau jobshop.
• Melibatkan pengumpulan segala peralatan yang
mempunyai fungsi yang serupa dalam jabatan
tertentu.
• Contohnya peralatan mengecat diletakkan di
jabatan mengecat, peralatan bengkel diletakkan
di bengkel.
• Ianya melibatkan kos yang amat rendah kerana
peralatan dan mesin boleh dikongsi bersama.
• Cth; Pejabat pos, kedai runcit, pasar mini, sekolah.
iii) Susun atur produk
• Dikenali sebagai lini pemasangan @ pengeluaran.
• Melibatkan 1 barisan mesin mengikut urutan proses
pengeluaran bagi memastikan operasi
pengeluaran berjalan dengan lancar & sistematik.
• Satu jenis mesin atau jentera akan digunakan
secara khusus untuk mengeluarkan sesuatu produk
dalam kilang.
• Contoh: pengeluaran sarung tangan getah, produk
makanan dan minuman, pemasangan kenderaan.
iv) Susun atur selular
-Susun atur yang mengumpulkan mesin atau elemen kerja
yang berbeza ke dalam pusat-pusat kerja atau sel-sel
kerja yang kecil untuk menghasilkan suatu famili bahagian
dengan ciri-ciri reka bentuk atau keperluan pemprosesan
yang serupa.
-Sel-sel kerja berfungsi seperti himpunan susun atur produk
dalam suatu susun atur proses yang lebih besar.
-Dengan kata lain susun atur selular menggabungkan
kelebihan keluwesan bagi susun atur proses dengan
kecekapan pengeluaran bagi susun atur produk dalam
suatu sistem proses pengeluaran.
-Keperluan asas bagi bahagian produk untuk
dibuat dalam sel-sel
i) Permintaan ke atas bahagian produk
seharusnya cukup tinggi dan stabil untuk
membolehkan penghasilan bahagian produk
secara berkala dalam saiz kelompok yang
sederhana.
ii) bahagian produk seharusnya dapat
dikumpulkan kedalam famili atau kumpulan
bahagian dengan ciri-ciri reka bentuk atau
pembuatan yang serupa.
-Susun atur selular menggunakan konsep teknologi berkumpulan
(group technology), iaitu suatu sistem pengekodan komponen atau
bahagian produk untuk menetapkan jenis dan setting parameter
pemprosesan yang diperlukan bagi memudahkan pengumpulan
komponen atau bahagian produk dengan ciri-ciri yang serupa ke
dalam famili bahagian.
-Mesin yang berbeza kemudiannya dikumpulkan ke dalam sel kerja
untuk menghasilkan suatu famili bahagian produk untuk
meminimumkan masa dan kekerapan penyediaan., pengendalian
bahan dan aktiviti penyaluran, serta memudahkan perancangan dan
kawalan pengeluaran.
-Contoh penggunaan susun atur selular: pembuatan kerusi, enjin diesel
dan cip komputer; pemasangan pemancar modular, serta bilik
bedah dan klinik pergigian.
2.2.4 LOKASI KILANG
OBJEKTIF Menjelaskan objektif
pemilihan lokasi kilang
dan faktor-faktor yang
mempengaruhi
pemilihan lokasi
Lokasi kilang
Objektif
Pihak pengurusan akan memilih lokasi yang bersesuaian dengan jenis
kemudahan yang terdapat di lokasi tersebut
Bertujuan untuk memilih lokasi yang dapat mengembangkan operasi
pengeluaran produk
Beberapa opsyen yang boleh digunakan dalam memilih lokasi kilang adalah
seperti berikut:
1. Melebarkan lokasi kilang dengan kemudahan yang sedia ada.
2. Mengadakan kemudahan yang tidak terdapat di lokasi baru dengan
mengekalkan lokasi baru dengan kemudahan sedia ada.
3. Berpindah kepada lokasi baru.
KILANG
Faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan lokasi kilang.
1. Tenaga buruh Bilangan, kos, kemahiran dan etika kerja buruh perlu dipertimbangkan. Contoh: kos
2. Pasaran buruh yang tinggi di Malaysia telah memaksa pemindahan lokasi kilang SEAGATE ke
Negara China yang lebih rendah kos buruhnya.
Jumlah pengguna, jarak lokasi perniagaan dari pasaran dan kuasa beli pengguna perlu
dipertimbangkan. Contoh: Mid Valley yang ditempatkan di kawasan Petaling Jaya yang
mempunyai penduduk yang padat bagi menjamin jualan dan keuntungan.
3. Pengangkutan Lokasi kilang perlu berdekatan dengan mana-mana jenis pengangkutan jalan raya,
keretapi, jalan air, jalan udara atau saluran paip. Faktor ini perlu dipertimbangkan
4. Kemudahan kerana ia dapat menjimatkan kos pengangkutan.
infrastruktur
Lokasi kilang seharusnya berada di tempat yang dilengkapi dengan kemudahan seperti
5. Bahan mentah air, elektrik, gas dan lain-lain. Faktor ini perlu dipertimbangkan kera ia dapat
menjimatkan kos penyediaan kemudahan.
Lokasi kilang mesti berdekatan dengan pembekal. Faktor ini dapat memastikan proses
pengeluaran berjalan dengan lancar tanpa masalah kekurangan bekalan.
6. Faktor Faktor ini melibatkan iklim, cuaca, kos tanah dan lain-lain. Contoh: kawasan
topografi penanaman teh sesuai dilokasikan di Cameron Highlands yang cuacanya sederhana
sejuk.
Contoh soalan:
Huraikan tiga jenis susun atur kilang dengan memberikan
satu contoh bagi setiap jenis. [15] – stpm 2007, 2b.
i) Susun atur tetap.
-Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input pengeluaran
seperti bahan mentah/tenaga kerja/ mesin/peralatan di bawa ke lokasi
tersebut.
-Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut
siap.
-Susun atur seperti ini lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai
ciri-ciri berikut: produk yang berat, besar, mudah pecah, digunakan di
lokasi berkenaan.
-Contoh; Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan,
empangan, kapal terbang.
ii) Susun atur proses.
-Penyusunan semua input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja,
bahan mentah dan peralatan, disusun mengikut fungsi kerja.
-Penghasilan produk tidak seragam / berbeza mengikut kuantiti
keluaran.
-Pengeluaran dalam kuantiti yang kecil.
-Pelanggan yang berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang
diingini.
-Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja yang
berbeza (perkongsian sumber).
-Contoh; Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, bengkel
perkayuan, kek tempahan, perkhidmatan hospital.
iii) Susun atur produk.
-Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin,
bahan mentah dan peralatan, disusun khusus mengikut
urutan penghasilan sesuatu produk.
-Penghasilan produk yang seragam.
-Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak(pengeluaran
massa).
-Lini / barisan pemasangan.
-Contoh; pengeluaran-pengeluaran automobil, kasut,
komputer, barangan elektrik, pemprosesan makanan atau
pakaian.
Contoh soalan stpm 2006, 1g.
1. g) Namakan tiga jenis susun atur kilang dan berikan satu
contoh keluaran yang sesuai bagi setiap jenis susun atur. [3]
Contoh jawapan:
Tiga jenis susun atur kilang ialah;
i) Susun atur tetap – Cth: pembinaan jambatan,
pembinaan empangan.
ii) Susun atur produk – Cth: pengeluaran kereta,
pembuatan pakaian.
iii) Susun atur proses – Cth: bengkel membaiki kereta.
Stpm 2000,7d.
7. d) Huraikan lima faktor yang menentukan lokasi kilang. [10]
Contoh jawapan:
Lima faktor yang menentukan lokasi sesebuah kilang:
i) Tenaga buruh.
-Buruh merupakan faktor pengeluaran yang penting bagi sesebuah kilang untuk
menghasilkan keluaran.
-Kawasan yang mempunyai tenaga buruh yang ramai dan murah sesuai untuk
mendirikan kilang.
-Bilangan buruh yang ramai menyumbangkan tenaga yang cukup kepada kilang
untuk menghasilkan keluaran.
-Oleh sebab kadar upah merupakan komponen utama dalam kos pengeluaran,
maka kadar upah buruh yang rendah membolehkan kilang meminimumkan kos.
-Kawasan yang mempunyai buruh yang berkemahiran juga menggalakkan
pembinaan kilang di lokasi tersebut.
ii) Pengangkutan.
-Pengangkutan penting untuk sesebuah kilang untuk
mengangkut bahan mentah yang dibeli daripada pembekal.
-Barang yang dihasilkan oleh kilang juga perlu dipasarkan
kepada pengguna yang berada di kawasan yang berlainan.
-Oleh itu satu lokasi yang sesuai untuk mendirikan kilang ialah
kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan yang
sempurna seperti jalanraya, jalan kereta api dan pelabuhan.
-Peletakan kilang di lokasi yang mempunyai jaringan
pengangkutan yang lengkap juga menjimatkan kos
pengangkutan kerana ketersampaian di kawasan tersebut
adalah tinggi.
iii) Insentif pelaburan.
-Sesetengah kawasan disediakan oleh kerajaan khas
untuk mengembangkan sektor perindustrian.
-Sesebuah kilang yang didirikan di kawasan tersebut
boleh menikmati pelbagai insentif seperti taraf
perintis, elaun cukai pelaburan, kemudahan kredit dan
sebagainya.
-Oleh itu, lokasi sedemikian sesuai digunakan untuk
mendirikan kilang kerana insentif yang diberikan itu
dapat mengurangkan kos operasi kilang.
iv) Ketersediaan bahan mentah.
-Kawasan yang kaya dengan bahan mentah sesuai untuk mendirikan
kilang.
-Ini kerana pengilang boleh mendapatkan bahan mentah dengan
kos pengangkutan yang rendah kerana terletak berhampiran
dengan pusat pengumpulan bahan mentah.
-Di samping itu bahan mentah yang diperlukan dalam proses
pengeluaran juga dapat dibekalkan dengan cepat.
-Keadaan ini menjimatkan masa dan kos pengeluaran kilang.
v) Pelbagai kemudahan.
-Kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik dan air,
institusi kewangan, dan pergudangan menjadi elemen yang perlu
ada di sesuatu kawasan untuk mendirikan kilang.
-Bekalan elektrik dan air merupakan elemen yang penting dalam
proses pengeluaran.
-Institusi kewangan menyediakan pelbagai kemudahan kewangan
bagi pengilang.
-Pengilang juga memerlukan perkhidmatan pergudangan untuk
menyimpan bahan mentah yang dibekalkan oleh pembekal dan
barang yang dihasilkan dari kilang.
-Di samping itu, lokasi untuk mendirikan kilang juga harus
berdekatan dengan taman perumahan dan pusat perdagangan.
vi) Jarak lokasi kilang dengan pasaran sasaran.
-Lokasi kilang yang dipilih seharusnya berhampiran dengan
kebanyakan pelanggan utama.
-hal ini dapat memastikan produk yang dihasilkan dapat
disalurkan kepada pengguna dengan cepat untuk memenuhi
keperluan dan kehendak mereka.
vii) Kos utiliti.
-Kos utiliti seperti air, elektrik, gas dan telefon haruslah
berpatutan.
-Peniaga juga perlu mempertimbangkan beberapa jenis kos
yang lain seperti kos pembinaan kemudahan fizikal, pelbagai
jenis cukai yang perlu dibayar (cukai tanah, cukai kepala, cukai
pintu dan cukai pendapatan).
-Kos utiliti yang mudah dapat mengurangkan kos pengeluaran
dan meningkatkan keuntungan.
Contoh soalan stpm Penggal 1 2013.
1. e) Jelaskan bagaimana ciri sosial,
jarak lokasi pasaran sasaran, dan
kemudahan pengangkutan boleh
mempengaruhi pemilihan lokasi
restoran makanan segera. [6]
Contoh jawapan:
1.e) i)Ciri sosial ialah seperti demografi dan psikografi.
-demografi termasuk jnatina, umur, taraf
perkahwinan, pekerjaan dan pendapatan penduduk
sekitar lokasi cadangan.
-psikografi termasuk citarasa, minat, kelas sosial dan
gaya hidup penduduk sekitar lokasi cadangan.
-Contohnya – lokasi yang mempunyai ramai pendudk
yang berpendapatan sederhana ke atas atau ramai
pelajar-pelajar remaja adalah sesuai untuk restoran ini
kerana selain menjadi pelanggan, mereka merupakan
sumber tenaga pekerja restoran.
ii) Jarak lokasi kepada sasaran pasaran.
-jarak lokasi restoran perlu berhampiran dengan pasaran
sasaran bagi memudahkan kunjungan pengguna dan
meningkatkan volum julaan restoran.
-Contoh: lokasi restoran berhampiran dengan kawasan
kediaman.
iii) Kemudahan pengangkutan.
-kemudahan pengangkutan yang pelbagai dan cekap
perlu bagi memudahkan operasi perniagaan atau
kunjungan pelanggan.
-Contoh: memudahkan pekerja restoran sampai ke tempat
kerja, penghantaran bekalan bahan mentah restoran,
memudahkan aktiviti perbankan restoran dll.
Soalan Penggal 1 STPM 2015.
1.c) Huraikan tiga sebab kilang pemprosesan kelapa sawit tidak
sesuai dibina di kawasan perumahan.
[6]
Contoh jawapan;