1.2 PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
1.2.1 PERSEKITARAN UMUM
PUAN ROHAYU ABD RAZAK
SMK JENGKA 2
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
PERSEKITARAN UMUM
PERSEKITARAN TUGAS
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menjelaskan jenis-jenis
persekitaran perniagaan yang
merangkumi persekitaran
umum dan tugas [pihak
berkepentingan dan pemilik
taruh] serta hubung kait antara
kedua-duanya.
-Persekitaran umum perniagaan merupakan satu set elemen yang
mampu mempengaruhi sistem perniagaan walaupun elemen-elemen
ini bukan di bawah kawalan perniagaan.
-Persekitaran perniagaan merujuk kepada keadaan sekeliling di mana
sesebuah perniagaan berfungsi dan merangkumi faktor-faktor atau
pihak-pihak yang mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan
secara langsung(persekitaran tugas) atau tidak langsung
(persekitaran umum).
-Persekitaran tugas merangkumi pihak-pihak yang terlibat atau mempunyai
pengaruh langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.Faktor ini boleh
dikawal oleh perniagaan.
-Pihak-pihak yang terdapat dalam persekitaran ini juga dikenali sebagai pihak
berkepentingan dalam perniagaan.
1.2.1 PERSEKITARAN UMUM
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menjelaskan faktor
persekitaran umum yang
merangkumi ekonomi,
persaingan dan jaringan,
sosiobudaya, politik dan
perundangan, teknologi,
prasarana dan antarabangsa
PERSEKITARAN UMUM
1. Persekitaran Ekonomi
2. Persekitaran Politik dan Perundangan
3. Persekitaran Sosial Budaya
4. Persekitaran Persaingan dan Jaringan
5. Persekitaran Teknologi
6. Persekitaran Prasarana
7. Persekitaran Antarabangsa
Persekitaran
yang umum
sangat luas
Prestasi Mempunyai
perniagaan hubungan tidak
secara tidak langsung dengan
langsung
perniagaan
Definisi
PERSEKITARAN
UMUM
ekonomi
Persaingan PERSEKITARAN sosiobudaya
dan jaringan UMUM
teknologi
Politik dan Prasarana
perundangan (infrastruktur)
PERSEKITARAN EKONOMI
Merujuk kepada situasi ekonomi di dalam dan di luar negeri .
Keadaan ekonomi yang melambung atau meleset akan memberi kesan kepada perniagaan .
Sistem ekonomi diamalkan:
Sistem Ekonomi Kapitalis,Sistem Ekonomi Sosialis,Sistem Ekonomi Campuran dan Sistem
Ekonomi Islam .
• Kebebasan pemilikan harta dan hak ke atas keuntungan .
• Keadaan ekonomi Malaysia yang baik akan meningkatkan pendapatan penduduk .
• Sistem ekonomi Malaysia yang menggalakkan kewujudan industri baharu .
-Bank Pusat sesebuah negara bertanggungjawab
menentukan penawaran wang yang boleh
mempengaruhi perkembangan perniagaan.
-Keadaan ekonomi yang berkembang akan
meningkatkan aktiviti perniagaan yang seterusnya
meningkatkan peluang pekerjaan. Ini akan
meningkatkan pendapatan (kuasa beli) pelanggan
yang akan meningkatkan pembelian barangan
PERSAINGAN DAN JARINGAN
Persaingan-ancaman yang diberikan oleh perniagaan
yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti .
Bentuk persaingan yang wujud dalam persiangan
perniagaan :
• Persaingan pasaran
• Persaingan harga
• Persaingan antarabangsa
Persaingan pasaran seperti persaingan
sempurna,monopoli,monopolistik dan oligopoli
Jaringan perniagaan-merujuk kepada pakatan
strategik yang di bentuk oleh perniagaan dengam
pembekal,pengilang atau pengedar .
Faedah yang terdapat dalam jaringan perniagaan:
• Dapat mengintai peluang-peluang perniagaan
baharu.
• Membina kredibiliti dan reputasi perniagaan
• Mendapat sokongan
kewangan,maklumat,idea perniagaan,peluang
pasaran,sumber pengetahuan dan kemahiran
dari rakan-rakan niaga .
-Jaringan perniagaan merujuk kepada hubungan perjanjian yang
dibuat secara formal atau pakatan strategik antara perniagaan
dengan pihak lain. Hubungan atau jaringan akan dibentuk antara
perniagaan dengan pihak pembekal, pengilang atau pengedar.
-Tujuan jaringan dibuat adalah untuk proses pengeluaran barangan
dan strategi pemasaran yang bersesuaian.
-Melalui jaringan kegiatan pemasaran yang luas dalam dan luar
negara akan meningkatkan daya saing firma perniagaan berbanding
dengan pesaing lain dalam industri.
Soalan STPM Penggal 1 2013, 1a.
a) Bezakan empat jenis pasaran dari aspek kebolehan kemasukan pesaing ke
dalam pasaran. [4]
i) Pasaran bebas.
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap perniagaan bebas memiliki harta.
Setiap perniagaan menjalankan urusniaga dengan motif untuk mengaut
keuntungan maksimum. Selain itu, tiada campurtangan daripada pihak kerajaan dan
sebarang masalah asas ekonomi diselesaikan melalui interaksi permintaan dan
penawaran dalam pasaran bebas. Setiap firma juga bebas bersaing antara satu
sama lain.
ii) Komunis.
Dalam sistem ekonomi komunis, semua harta dan sumber dimiliki secara kolektif.
Semua faktor pengeluaran dalam merupakan hak milik kerajaan. Selain itu,
perancangan ekonomi dilakukan secara berpusat. Oleh itu, firma perniagaan dalam
pasaran ini tidak menjadikan faktor keuntungan sebagai matlamat utama.
Sebaliknya, setiap firma mengamalkan konsep kebajikan bersama semasa
menjalankan urusniaganya.
iii) Sosialis.
Negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis menjalankan
perancangan ekonomi berpusat yang longgar. Kerajaan hanya memiliki
dan mengendalikan industri-industri utama serta menetapkan
matlamat penggunaan sumber-sumber sedia ada.
iv) Ekonomi Campuran.
Negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran turut
mendukung amalan pasaran bebas. Namun, pihak kerajaan masih
berperanan menjalankan perancangan ekonomi berpusat, midsalnya
pengenalan Dasar Ekonomi baru (DEB) di Malaysia. Selain itu, pihak
kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam
aktiviti-aktiviti perniagaan yang penting. Penglibatan sektor swasta
adalah penting untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah
organisasi perniagaan.
Contoh soalan stpm 2006, 1a.
1.a) Jelaskan maksud jaringan perniagaan. [2]
Jaringan perniagaan adalah merujuk kepada pakatan
strategik atau hubungan perjanjian formal yang dibentuk
oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang atau
pengedar untuk menghasilkan produk atau
memasarkannya di pasaran.
PERSEKITARAN
SOSIOBUDAYA
•Merujuk kepada kepercayaan •Perniagaan yang dijalankan
agama ,adat resam ,budaya dan haruslah dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat dan
cita rasa penduduk sesebuah memenuhi keperluan pengguna .
negara
SOSIOBUDAYA
•Perniaga juga harus peka •Budaya masyarakat yang
dengan adat resam dan budaya canggih juga dapat
yang terdapat dinegera ini agar
menggalakkan penerokaan
tidak melampaui batas yang terhadap teknologi yang semakin
telah ditetapkan. maju dalam urusan perniagaan.
PENGARUH SOSIOBUDAYA TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF NEGATIF
• Mempunyai pengaruh perniagan • Kegagalan memahami sesuatu
sosiobudaya akan menjadi liability
• Memahami sesuatu sosiobudaya sesebuah perniagaan.
menjadi aset terpenting dalam
mengembangkan syer pasaran • Hal ini boleh menyebabkan
perniagaan. pengeluaran produk yang tidak sesuai
atau bertentangan dengan nilai
• Dapat memberi tanggapan positif dan sosiobudaya pengguna .
berpotens menjadi pelanggan yang
setia. • Perkara ini memberi tanggapan yang
negatif kepada pelanggan .
Contoh soalan stpm 2007, 1a.
1.a) Nyatakan kepentingan persaingan dan sosiobudaya kepada
organisasi perniagaan. [2]
Kepentingan persaingan:
i) Menggalakkan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan.
ii) Meningkatkan kualiti.
iii) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
iv) Mengurangkan kos.
Kepentingan sosiobudaya.
i) Demografi/populasi menentukan permintaan.
ii) Kepercayaan/agama/adat/nilai mempengaruhi produk perkhidmatan
yang ditawarkan agar tidak menyinggung pengguna.
iii) Perubahan gaya hidup boleh menggalakkan penawaran produk baru.
iv) Citarasa pengguna mempengaruhi produk yang ditawarkan.
PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA
-Sosiobudaya merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adat
resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara.
-Aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan harus dapat
memenuhi keperluan pengguna dan meningkatkan taraf hidup
masyarakat setempat.
Selain menawarkan barang atau perkhidmatan berkualiti pada harga
yang berpatutan, perniagaan juga harus peka terhadap adat resam
dan budaya masyarakat setempat agar segala tindakan mereka tidak
melampaui batasan yang ditetapkan.
-Budaya masyarakat – celik komputer menggalakkan penerokaan
terhadap teknologi maklumat.
-taraf pendidikan masyarakat yang berpengetahuan.
-sikap, minat kesedaran tentang kepentingan komputer.
-komposisi penduduk: usia – tua atau muda.
-dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
POLITIK DAN PERUNDANGAN
• POLITIK • PERUNDANGAN
• Merujuk keadaan sesebuah Negara yang • Merujuk peraturan yang telah ditetapkan
dipengaruhi fahaman parti politik yang oleh pihak berkuasa terhadap
memerintah. perniagaan.
• Sistem politik yang wujud adalah seperti sistem • Adalah untuk melindungi pihak seperti
demokrasi,komunis dan laissez-faire. pekerja,pengguna,alam sekitar dan
pengeluar.
• Persekitaran politik merujuk keadaan
politik yang dapat mempengaruhi • Pengurus perniagaan perlu sentiasa
sesebuah perniagaan. peka dan mematuhi undang undang
sesebuah negara.
PENGARUH POLITIK DAN PERUNDANGAN TERHADAP
PERNIAGAAN
POLITIK
POSITIF NEGATIF
• Kestabilan politik menjamin • Ketidakstabilan politik dapat
kelancaran aktiviti perniagaan. membawa kesan yang buruk
seperti pergaduhaan dan huru
• Pertumbuhan aktiviti hara kepada sesebuah
perniagaan boleh mewujudkan perniagaan.
kestabilan ekonomi.
PERUNDANGAN
POSITIF NEGATIF
• Menjadi rujukan dalam menjalankan • Sistem perundangan akan mengehadkan
perniagaan terutama bagi perniagaan keluaran perniagaan dari aspek kuantiti
yang melibatkan aktiviti import dan dan jenis produk.
eksport.
• Sebagai contoh ,terdapat negara yang
• Perniagaan yang mengikut perundangan meletakkan kuota kemasukan barang ke
secara sah akan terus maju dan diyakini dalam negara yang menjejaskan peluang
oleh pelanggan . untuk memksimumkan keuntugan.
Politik dan Perundangan.
-Kestabilan politik dalam sesebuah negara dapat menjamin aktiviti
perniagaan dalam negara tersebut berjalan dengan lancar.
Pertumbuhan aktiviti perniagaan boleh mewujudkan kestabilan
ekonomi.
-Ketidakstabilan politik seperti keadaan huru-hara, perang saudara
dan pemberontakan dalam negara boleh membawa kesan buruk
kepada sesebuah perniagaan.
-Tujuan perundangan dilaksanakan adalah untuk melindungi pelbagai
pihak seperti pekerja, pengguna, alam sekitar dan pengeluar.
-Undang-undang yang ketat-memberi perlindungan hak cipta.
-Penguatkuasaan peraturan – mengawal industri
-Galakan kerajaan spt. prosedur percukaian –memudahkan
perniagaan seperti rebat cukai, status MSC dan lain-lain.
Contoh soalan stpm 2006, 3b.
3.b) Huraikan bagaimana faktor yang berikut dapat menggalakkan
industri pelancongan di negara kita.
i) Sosiobudaya.
ii) Ekonomi.
iii) Kerajaan.
iv) Fizikal/prasarana [10]
Contoh jawapan;
b) Faktor menggalakkan perkembangan industri pelancongan negara;
i) Sosiobudaya.
-Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat.
-Budaya unik (kepelbagaian agama, adar resam, perayaan, makanan, pakaian dsb)
untuk tontonan pelancong, contoh “Truly Asia”.
-Rakyat mudah mesra dan beradab – pelancong dihormati dan rasa diraikan.
-Gabungan gaya hidup moden dan nilai tradisional.
ii) Ekonomi.
-Keadaan persekitaran ekonomi, kuasa beli, harga barangan.
-Barang murah dan pelbagai – syurga membeli belah, zon bebas cukai,
karnival membeli belah.
-Kadar pertukaran matawang menarik.
-Sistem kewangan dan perbankan yang efisien.
-Peniaga yang beretika.
iii) Kerajaan.
-Sistem pemerintahan (institusi, penguatkuasaan), gaya kepimpinan.
-Galakan kedatangan pelancong. Cth; program homestay, 2nd Home.
-Kemudahan perjalanan – Visa, pas lawatan, kurang birokrasi.
--Keselamatan dan keadilan sistem perundangan.
-Program pelancongan – kesihatan, pendidikan, eko-pelancongan dan
sebagainya.
iv) Fizikal/prasarana
-Merujuk kepada kemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan).
-tempat penginapan yang banyak, selesa dan selamat.
-Keindahan alam semula jadi / tempat lawatan yang menarik.
-kebersihan dan kesihatan (bebas penyakit).
-Sistem pengangkutan / perjalanan / perhubungan yang baik.
-Sistem komunikasi yang baik.
Soalan stpm penggal 1 2013, 2.b. iii.(Kajian Kes)
iii) Terangkan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi
perkembangan perniagaan restoran McDonald’s. [10]
Contoh jawapan:
Faktor persekitaran umum;
1. Persaingan.
-huraian- firma-firma lain dalam industri atau pasaran yang
sama.
-kaitan dengan kes – KFC dan Burger King menawarkan menu
yang hampir sama yang memberi saingan kepada Restoran
McDonald’s.
-permintaan produk McDonald’s boleh terjejas jika pesaing
bertindak agresif, contohnya mengeluarkan produk baharu,
melakukan promosi harga, melakukan pengiklanan menarik.
2) Sosiobudaya.
-Huraian – nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan
masyarakat.
-Kaitan dengan kes – Perubahan citarasa pengguna berlaku kerana
keperihatinan pengguna masa kini menumpu kepada amalan
pemakanan yang sihat di mana makanan segera sering dikaitkan
dengan risiko kesihatan dan obesiti.
-perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin sibuk/bergerak
pantas/ibu bekerja menyebabkan permintaan terhadap makanan
segera seperti McDonald’s meningkat.
3) Perundangan.
-Huraian – peraturan atau undang-undang yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa/kerajaan.
-kaitan dengan kes – Standard Antarabangsa Kualiti Makanan dan
Keselamatan menjadi panduan bagi tahap kualiti bahan mentah yang
digunakan dan produk yang dikeluarkan.
-mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi memastikan produknya memenuhi garis panduan
pemakanan sihat.
-McDonald’s perlu mematuhi syarat JAKIM bagi mendapatkan sijil Halal
untuk menyakinkan pelanggan.
PERSEKITARAN
TEKNOLOGI
KAEDAH BAHARU R&D
UNTUK MELAKUKAN PENINGKATAN DALAM
SESUATU KERJA PEMBANGUNAN
TEKNOLOGI
KESAN POSITIF KESAN NEGATIF
Meningkatkan daya saing dalam Kos pengeluaran meningkat
perniagaan Peningkatan daya saing yang tidak sihat
Masa yang singkat dan produk yang
berkualiti Kesukaran dalam menembusi pasaran
Peningkatan dalam penguasaan
perniagaan terhadap pasaran
Contoh soalan stpm 2009, 3a.
3.a) Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran teknologi, dan sejauh
manakah persekitaran teknologi dapat memberikan impak positif
kepada perniagaan? [10]
Contoh jawapan;
a. i) Maksud persekitaran teknologi ialah sebarang penggunaan peralatan
/ pengetahuan / kaedah yang membolehkan manusia melakukan
sesuatu atau membentuk tugas atau prosedur baharu dengan lebih
baik.
ii) Impak positif daripada persekitaran teknologi ialah;
i) Meningkatkan kecekapan pengeluaran – penggunaan komputer untuk mereka
bentuk produk seperti CAD/CAM.
ii) Mengurangkan kos pengeluaran / tenaga buruh melalui sistem kerja tersusun
yang mengurangkan masa pengeluaran / pembaziran seperti JIT / TQM.
iii) Menjimatkan masa – penggunaan perkhidmatan ATM tanpa melibatkan masa
menunggu di bank/ perkhidmatan 24 jam.
iv) Meningkatkan kualiti pengeluaran/produktiviti –kecacatan produk dapat
dikesan / dicegah melalui penggunaan kaedah SPC.
v) Meningkatkan keberkesanan komunikasi – video conferencing/ sms/ e-mel dll.
vi) Mewujudkan persekitaran dunia tanpa sempadan – e-dagang/ internet/
intranet.
vii) Meningkatkan kuantiti pengeluaran – penggunaan mesin, pengeluaran lebih
banyak dilakukan.
PRASARANA
Prasarana • Kemudahan / infrastruktur yang
tersedia bagi memudahkan perniagaan
beroperasi
Kemudahan fizikal • Sistem perhubungan
• Utiliti
• gudang
• Memudahkan urusan Negara
KEMUDAHAN PENTING UNTUK MEMASTIKAN
AIR DAN MENERUSKAN PROSES
ELETRIK OPERASINYA
PERNIAGAAN
UTILITI TIDAK
TERGENDALA
GUDANG
TEMPAT MENYIMPAN MEMUDAHKAN
BARANG SEMENTARA PENIAGA MENYIMPAN
BARANG
PENGARUH PRASARANA TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF CONTOH KEBAIKAN KEMUDAHAN
PRASARANA INFRASTRUKTUR
TUMPUAN PENIAGA SISTEM
DAN KEMUDAHAN BAGI PENGANGKUTAN
PENGGUNA
BERURUSAN DENGAN
PENIAGA
NEGATIF MENJEJASKAN OPERASI
PENIAGA
PERNIAGA MENANGGUNG
KERUGIAAN
Persekitaran Prasarana.
-Fizikal merujuk kepada kekayaan sumber semula jadi sesebuah negara terutamanya sumber bahan mentah.
-Kekayaan sumber semua jadi sesebuah negara dapat menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti perniagaan.
-Masalah semasa mengenai persekitaran fizikal ialah kekurangan bekalan bahan mentah.
-Persekitaran prasarana juga merujuk kepada kemudahan atau infrastruktur yang tersedia bagi memudahkan
perniagaan beroperasi. Kemudahan prasarana yang lengkap diperlukan bagi melicinkan perniagaan.
-Antara kemudahan prasarana yang diperlukan ialah kemudahan perhubungan, kemudahan pengangkutan, kemudahan
awam, kemudahan logistik, utiliti, zon perdagangan, pembangunan setempat dan pergudangan.
-Pengangkutan melalui air, udara dan darat diperlukan untuk memindahkan bahan mentah atau barang siap dari satu
tempat ke tempat yang lain.
-Sistem perhubungan dan komunikasi yang canggih dapat mempercepatkan urusan perniagaan.
-Utiliti merujuk kepada kemudahan air dan elektrik.
-Kawasan perdagangan yang lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur memudahkan perniagaan dijalankan.
-Pembangunan setempat yang maju akan menjadi tumpuan perniagaan.
-Pergudangan adalah tempat penyimpanan barang sementara.
SEMUA AKTIVITI KONSEP JARINGAN
PERNIAGAAN DUNIA PERNIAGAAN DI
TERDEDAH TANPA LUAR NEGARA
KEPADA DUNIA SEMPADAN
YANG LUAR WUJUD =
DAN AKTIVITI
DARI SEMPADAN GLOBALISASI PENGELUARAN
SESEBUAH
NEGARA PERSEKITARAN DAN
ANTARABANGSA PERKHIDMATAN
CABARAN CABARAN
SESEBUAH SOSIOBUDAYA
PERNIAGAAN PERUNDANGAN
PERINGKAT PERSAINGAN
ANTARABANGSA ANTARABANGSA
PENGARUH ANTARABANGSA TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF MENGEMBANGKAN
PERNIAGAAN DI PERINGKAT
DOMESTIK
MENGEMBANGKAN POTENSI
KEUNTUNGAN PADA KADAR
YANG LEBH TINGGI
NEGATIF RISIKO PENINGKATAN KOS
PENGELUARAN
TERMA PERDAGANGAN
ANTARABANGSA YANG RUMIT
-Persekitaran antarabangsa boleh mempengaruhi keputusan perniagaan
yang akan dibuat untuk jangka panjang.
-Ia merupakan satu unsur yang tidak dapat dikawal.
-Apabila sesebuah negara membuka pintunya kepada luar negara untuk
menjalankan perniagaan di negara mereka, para peniaga perlu bersedia
untuk bersaing.
-Isu global seperti halangan perdagangan dan tarif, risiko politik,
perjanjian perdagangan akan mempengaruhi aktiviti perniagaan.
-Contohnya pengeksportan barang negara yang stabil akan terjejas jika
keadaan negara yang mengimport barang tersebut mengalami masalah
politik atau sebaliknya.