BAB 1 : KEUSAHAWANAN MEMULAKAN DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN ROHAYU ABD RAZAK SMK JENGKA 2
KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN. • MEMULAKAN SENDIRI : Usahawan memulakan perniagaan baharu bermula dari awal lagi. Idea-idea untuk memulakan perniagaan baharu: • 1)Pasaran baharu-menyediakan produk dan perkhidmatan yang tiada dalam pasran tetapi telah wujud di pasaran lain • 2)Teknologi baharu-melibatkan proses baharu yang teknikal iaitu memperkenalkan konsep e-dagang yang mana pesanan boleh dilakukan melalui internet. • 3)Faedah baharu- menggantikan cara lama dengan kaedah yang lebih baik atau produk yang ditambah nilai.
ALASAN KEBEBASAN KEMUDAHAN FIZIKAL IMEJ PERNIAGAAN LOKASI PERNIGAAN GALAKAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN MEMBINA CARA ATAU KAEDAH PENGURUSAN SENDIRI
LANGKAH YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI. • Menyediakan satu rancangan perniagaan bertulis yang lengkap yang memperincikan tujuan sesuatu usahawan usaha teroka perniagaan. • Berunding dengan pakar runding seperti akauntan atau mendapat khidmat nasihat peguam ahli bank dan sebagainya.Mereka boleh meberi nasihat atau tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara memulakan perniagaan serta kaedah pengurusan perniagaan. • Menentukan bentuk perniagaan seperti pemilikan tunggal,perkongsian atau syarikat. Usahawan perlu menilai kebaikan dan keburukan setiap entiti perniagaan. • Menentukan jenis sumber kewangan yang terbaik. Antara sumber kewangan adalah simpanan peribadi,pinjaman daripada bank perdagangan,agensi kerajaan dan sebagainya. • Memilih lokasi perniagaan.Pemilihan lokasi yang strategik akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. • Tenaga kerja. Seseorang usahawan perlu menentukan jenis pekerja,bilangan pekerja dan kemahiran yang perlu ada pada pekerja.
KELEMAHAN DAN KEBAIKAN KEBAIKAN KEBURUKAN 1)Kebebasan membuat keputusan sendiri dari segi menentukan jenis produk,pentadbiran,lokasi dan tenaga kerja tanpa campur tangan orang lain. 1)Tiada rekod lama dari segi jumlah perbelanjaan,jualan atau keuntungan yang dapat dijadikan panduan. 2)Bebas memilih kemudahan fizikal yang diperlukan. 2)Tiada pelanggan sedia ada,perlu mencari pelanggan baru. 3)Pilihan lokasi yang strategik boleh mendatangkan keuntungan. 3)Usaha memakan masa yang panjang untuk berkembang,stabil dan dikenali umum. 4)Usahawan dapat melakukan inovasi dan memperkenalkan produk sendiri. 4)Sukar untuk menembusi pasaran kerana persaingan yang sengit terhadap produk. 5)Berpeluang untuk membangunkan imej perniagaan sendiri. 5)Menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman atau kemudahan pembiayaan kerana perniagaan kecil dan sumber kewangan terhad.
MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN SEDIA ADA. -Bermaksud membeli perniagaan orang lain,penganti atau mewarisi perniagaan keluarga yang telah sedia wujud dengan mengambil alih pengurusannya atau menjadi rakan kongsi perniagaan. FAKTOR: 1. Persaingan: tahap persaingan perlu dikaji dan diamati sebelum membeli sesebuah perniagaan. Lokasi perniagaan yang dibeli dengan lokasi yang dimiliki persaing perlu dipertimbangkan. 2. Keadaan pasaran: keadaan pasaran semasa perlu melalui proses bancian,kajian,pemerhatian dan soal selidik terutama keatas perniagaan persaing serta memastikan potensi perniagaan untuk terus berkembang atau sebaliknya. 3. Pembangunan masyarakat pada masa hadapan: memberi kesan secara tidak langsung kepada sesebuah perniagaan. Pembangunan keadaan setempat secara positif seperti pembinaan taman perumahan, kawasan perindustrian akan memberi kesan positif. 4. Komitmen undang-undang: bakal pembeli hendaklah menyelidik berkaitan dengan liability atau hutang yang masih ditanggung oleh perniagaan yang bakal diambil alih seperti cukai tertunggak, sewa tertunggak dll. 5. Bangunan dan kemudahan fizikal perniagaan: keadaan dan kualiti bangunan serta kemudahan fizikal hendak dinilai dengan teliti termasuk aspek penyelenggaraan 6. Harga keluaran: harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan hendaklah dibndingkan dengan harga persaing dar semasa ke semasa 7. Harga yang boleh ditawarkan: usahawan harus memastikan kos pengambilalihan perniagaan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan memulakan pernigaan baharu sendiri
kebaikan kelemahan • Pelanggan sedia ada atau potensi pasaran sedia ada • Mewarisi maslah daripada perniagaan lalu iaitu rekod perniagaan yang buruk seperti hutang lapuk yang tinggi dan rekod penghutang tidak disimpan dengan sempurna • Hubungan luar sedia terjalin dengan pihak bank, kerajaan dan pembekal • Kemudahan fizikal seperti bangunan,perabot,peralatan,mesin yang mungkin telah rosak atau using akan meningkatkan kos perniagaan dan mengurangkan produktiviti • Mempunyai rekod perniagaan yang telah terbukti • Terpaksa menanggung beban hutang yang diwarisi daripada perniagaan lama • Lokasi telah strategic dan mantap • Lokasi mungkin tidak strategic lagi pada masa kini • Terdapat pekerja yang berpengalaman, terlatih dan mahir • Imej atau reputasi perniagaan yang diambil alih mungkin tercemar dalam kalangan pembekal,pelanggan dan pembiaya • Boleh menikmati harga pembelian yang rendah • Pekerja sedia ada mempunyai masalah disiplin atau kurang kemahiran • Mempunyai modal bentuk asset sedia ada dan kos pemasaran dapat dikurangkan • Kos pengambilan tidak berpadanan dengan keuntungan pada masa depan seperti yang dijangka ini disebabkan penilaian ke atas perniagaan tidak dibuat dengan tepat.
FRANCAIS • Merupakan suatu kontrak atau perjanjian sebuah syarikat induk(francaisor) memberi hak kepada syarikat lain atau individu (francaisi) untuk mengendalikan perniagaan memasarkan keluaran francaisor mengikut suatu kaedah tertentu selama suatu tempoh tertentu di lokasi atau kawasan yang ditetapkan • Francaisi ialah pihak yang menerima kebenaran untuk memasarkaan keluaran francaisor. Francaisor ialah syarikat induk yang memberi kepada francaisi untuk memasarkan keluarannya. • Francais melibatkan pembentukan satu perjanjian atau undang-undang yang mengikat kedua-dua francaisor atau francaisi.
Jenis-jenis francais • Francais berformat Francaisi mendapat lessen daripada francaisor untuk membuat dan memasarkan barangan. PRINSIP 5C: Keseragaman(konsistensi) • Semua francais berformat mesti mempunyai kesegaraman daripada aspek imej, tanda dagangan, logo, menu system pengerusan, pemasaran dan reka bentuk premis. • Keseragaman dibentuk dan diwujudkan adalah bertujuan untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti jenis prosuk dan perkhidmatan yang disediakan. Kebersihan ( cleanliness) • Meliputi kebersihan premis dan produk yang ditawarkan oleh perniagaan francais. • Semua francais perlu mengekalkan tahap kebersihan yang terbaik untuk memastikan imej francais tidak tercemar’
Kelebihan persaingan(competiveness). • Francais ini dapat menikmati kelebihan bersaing kerana kos pemasaran ditanggung bersama oleh semua farncaisi dan pembelian bahan mentah secara pukal membolehkan ekonomi bidangan dinikmati. Kesopanan(courtesy) • Latihan untuk melayan pelanggan dengan sopan disediakan oleh francaisor. • Keseragaman dari aspek layanan dan kesopanan akan memberikan kelebihan persaingan kepada pemilik perniagaan. Keselesaan (conveience) • Keselesaan perlu wujud dari segi reka bentuk premis yang luas dan teratur, peralatan dan kemudahan sampingan seperti ruang menunggu yang selesa.
• Francais pengilangan produk Francaisi mendapat lessen daripada francaisor untuk mengilagkan barangan mengikut formula, resepi atau reka bentuk yang telah ditetapkan. Francaisi kemudian memasarkan barangan tersebut menggunakan system pemasaran yang disediakan oleh francaisor. • Francais lessen bertanda dagang atau francais jenama Francaisi diberi lessen menjual barangan francaisor dan diberi ganjaran dalam bentuk komisen. Tahap penglibatan francaisor dalam perniagaan francais adalah rendah, iaitu sekadar memastikan audit pulangan atas jualan dilakukan secara betul dan munasabah. • Francais pengedaran Francaisi diwajibkan memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan. Francaisi diberi monopoli memasarkan keluaran di dalam kawasan geografi tertentu. • Francais penganjur Francaisi bertindak sebagai ejen promosi barangan francaisor. Barangan dibeli daripada francaisor manakala kepakaran pengerusan,penyediaan modal dan bahan mentah yang diperlukan oleh francaisi akan dibekalkan oleh francaisor.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN FRANCAIS o KEBAIKAN FRANCAIS KEPADA FRANCAISI sistem francais berisiko rendah kerana kebanyakan produk yang tersenarai dalam francais telah lama bertapak dan dikenali ramai. kaedah pengerusan yang telah terbukti berkesan dan Berjaya Berpeluang memasarkan produk atau perkhidmatan yang sudah lama terkenal dengan imej dan jenamanya yang telah mantap. o KEBAIKAN FRANCAIS KEPADA FRANCAISOR. Francaisor dapat mengembangkan lagi francaisnya dan sekaligus meluaskan pasarannya berikutan penambahan bilangan usahawan yang menceburi francais. Francaisor dapat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi daripada yuran yang diterima daripada perniagaan francais dan pembayaran royalti. Francaisor tidak perlu mengeluarkan modal sendiri kerana ini akan diusahakan oleh francaisi sendiri. o KELEMAHAN FRANCAISI Francaisi mempunyai kuasa kawalan yang terhad kepada perniagaan yang dijalankannya. Francaisi masih tertakluk kepada peraturan dan kaedah pengoperasian yang ditetapkan oleh francaisor. Francaisi tidak boleh menyumbang sebarang idea kerana perlu mematuhi segala syarat perjanjian.
PAKATAN STRATEGIK • Merupakan kerjasama antara dua atau lebih syarikat untuk mempelajari dan mendapatkan teknologi,produk,kemahiran,kepakaran dan pengetahuan antara satu sama lain bertujuan untuk mengembangankan syarikat secara cepat dan cekap di samping mendapat keuntungan. • Membolehkan seseorang usahawan mendapatkan kelebihan kompetitif menerusi akses kepada sumber-sumber rakan pakatan termasuklah pasaran,teknologi,modal dan manusia. SEBAB-SEBAB DIBENTUK. • Menyebarkan risiko kerugian • Mengurangkan persaingan • Berkongsi kemahiran • Mencapai tahap ekonomi bidangan. • Mencapai pasaran baharu
Bentuk-Bentuk Pakatan Strategik • Pelesenan Persetujuan sesebuah syarikat pemegang lessen memberi hak tertentu (seperti hak untuk menggunakan tanda dagang atau cap dagang,proses pengilangan,paten,rahsia perniagaaan) kepada sesebuah syarikat penerima lessen di Negara lain untuk menghasilkan produk dan/ atau menjual produk syarikat pemegang lessen di pasaran Negara syarikat penerima lessen tersebut. • Kontrak pengeluaran Sesebuah syarikat pengeluar (pembuat kontrak) membuat perjanjian dengan sebuah syarikat pengeluar (penerima kontrak) di Negara lain untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan jenama, cap dagang dan cara-cara pengeluaran syarikat pemberi kontrak tersebut. • Usaha sama Usaha sama domestik merupakan dua atau lebih syarikat membentuk satu perkongsian atau gabungan yang bertujuan mendapatkan keupayaan pengeluaran dan kepakaran baharu bagi mengeksport produk atau perkhidmatan mereka ke pasaran global.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PAKATAN STRATEGIK. KEBAIKAN KELEMAHAN 1)Peluang untuk mencapai kejayaan adalah tinggi melalui penggabungan pengalaman,maklumat perniagaan ,teknologi,dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap syarikat perniagaan yang bergabung 1)Perniagaan tidak mempunyai jangka hayat yang berkekalan. Operasi syarikat pakatan berdasarkan tempoh yang dipersetujui sama ada melalui perjanjian tempoh masa atau tamat operasi perniagaan. 2)Risiko kerugian adalah rendah kerana setiap pihak akan menanggung kerugian bersama berdasarkan nisbah yang dipersetujui. 2)Wujudnya ketidakselarasan pengurusan. Setiap syarikat yang bergabung mempunyai falsafah pengurusan masing-masing . 3) Memperoleh modal pelaburan yang besar. Setiap pelaburan dilakukan melalui sumbangan modal daripada beberapa buah syarikat perniagaan. 3)Kesukaran mendapat kesepakatan di dalam kaedah pembahagian keuntungan. Setiap pihak akan mempertahankan kadar keuntungan berdasarkan kepada pendapat masing-masing.