Resepi Tradisi Keluarga Saya
Nama: Jessica Anthony
Kelas: 3 Inquirer
Guru Pembimbing: Puan Sa’adiah binti
Bohari
Sekolah: SMK Pantai IBWS
Kandungan Muka surat
Biodata
Isi kandungan
Hinava
Bosou
Tuhau
Sup manuk lihing
pinasakan
Sumber rujukan
Hinava
Bahan-bahan: 2 ½ kati isi ikan tenggiri yang telah dibuang tulang-tulangnya.
1 ½ cawan Jus limau nipis
4 – 5 camca Besar biji bambangan yang telah diparut dan
dikeringkan
2 inci Peria yang telah dihiris halus (dicuci dengan garam sekali)
4 – 5 Ulas Cili merah dihiris halus
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1.Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk dan gaul dengan rata.
2.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.
3.Hidangkan.
Bosou Bahan-bahan: 1 ekor ikan sungai
Rebung muda – di potong
Tuhau – di potong
Halia – di potong
Lada putih
Sedikit pangi
Nasi
Sedikit Garam
Balang
Cara menyediakan:
1.Ikan sungai yang masih mentah di potong sederhana, lebih baik buang tulang dahulu.
2.Ikan yang telah di buang tulangnya di masukkan ke dalam balang dan di campurkan dengan rebung
muda, halia, nasi, tuhau dan lada putih. Kemudian, gaul sehingga sebati.
3.Penggunaan bahan adalah bergantung kepada kehendak masing-masing seperti halia, tuhau, nasi dan
rebung muda.
4.Masukkan sedikit garam dan panji. Kemudian gaul sehingga sebati. Selepas itu, tutup balang tersebut.
5.Simpan selama 2 minggu.
6.Hidangkan.
Tuhau
Bahan-bahan: *mengikut kehendak sendiri*
Cili padi
Cuka makan
Batang kantan
Bawang putih
Cara menyediakan:
1.Potong batang kantan secara cincang.
2.Kisar cili padi dan campurkan beberapa ketul bawang putih.
3.Campurkan cuka dengan hasil kisaran tadi di dalam botol dan tambahkan batang kantan yang sudah
dipotong.
4.Siap untuk dihidangkan.
Sup Manuk Lihing
Bahan-bahan: 1 ekor ayam kampung
Lihing(sejenis minuman keras dalam kalangan kaum kadazandusun)
Hirisan halia
Cara menyediakan:
1.Rebus ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing, hirisan halia, garam dan serbuk perasa.
2.Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam lembut sebelum dihidangkan.
3.Sedia untuk dihidang.
Pinasakan
Bahan-bahan: Ikan kembung atau sardine yang sudah dibersih
Daun pisang
4 helai daun kunyit
2 biji manga buah bambangan, dicincang
1 sudu besar minyak masak
3 lengkuas halia, cincang
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 biji cili kering, dihiris kecil
50 g asam jawa, buang biji
100 ml air
3 keping asam keping
Cara menyediakan:
1.Isi perut ikan harus dibuang dan perlu dibersihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia panas. Kemudian tumis bawang putih,
halia, serbuk kunyit dan cili kering sehingga naik bau.
3.Susun sekeping daun pisang bersama daun kunyit dan buah bambangan di dalam periuk. Selepas itu,
letakkan ikan dan bahan-bahan yang telah dimasak tadi di atas daun.
4.Tutup periuk dan biarkan ia masak dengan api kecil selama 25 minit.
5.Makanan siap untuk dihidang.
http://akuman999.blogspot.com/2017/09/resepi-pinasakan-sabah.html
http://akuman999.blogspot.com/2017/09/sup-manuk-lihing.html
http://creminmuka.blogspot.com/2015/06/resepi-sambal-tuhau-jeruk.html
http://bosousada.blogspot.com/2018/04/cara-membuat-bosou.html
http://resepimomogunrungus.blogspot.com/2009/02/hinava-ikan-tenggiri.html
Sekian Terima Kasih