The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

QR Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-8 2022_2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Judyann Lingam, 2024-03-06 22:02:30

MINIT MESYUARAT AGUNG AJK MARK KALI KE-8

QR Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-8 2022_2023

1 Tarikh: 1 MAC 2024 20 SYAABAN 1445H MINIT MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA MASJID AR-RAHIM PEKAN KENINGAU KALI KE-8 Tarikh : 6 Februari 2022 / 5 Rejab 1443H Masa : 8.00 pagi (Sabtu) Tempat : Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau, Keningau KEHADIRAN BIL. NAMA PENUH / NO. KAD PENGENALAN ALAMAT 1. JAPIRIN SANI 630301-12-5023 TAMAN MOTTOU, KENINGAU 2. MUJIZAD MAHYUDDIN 10034060 KG MASJID KENINGAU 3. KENNY EPANSANG 871204-49-6401 KG MASJID KENINGAU 4. NURHIDAYAH ANAK RADEN 950918-12-5480 KG MASJID 5. BIBILYN NARUDDIN 940508-12-6691 KG MASJID 6. DAUS KG PAMPANG KENINGAU 7. SAHMAIN HASSIM 610610-12-5299 JEMAAH MASJID AR-RAHIM 8. AFFANDY KASIMIN 831015-12-5373 KG BARIAWA KENINGAU 9. JAFAR JAM 711025-12-5303 JEMAAH MASJID AR-RAHIM 10. ISHAK TUAH 690408-12-5239 JEMAAH MASJID AR-RAHIM 11. MOHAMAD NURALIF BIN PADANI 890924-04-5143 PERUMAHAN RIZALMAN, TMN RAKYAT, JALAN BINGKOR. 12. AMBRAN AZIZ 620114-12-5539 KG BANJAR 13. SULAIMAN AKUP 510909-12-5287 TAMAN ADIKA 10 KENINGAU 14. MD ABDULLAH BIN MUSTAPA BATU 27 15. M. ZULHAFIZ B. M YUSOF 940914-12-6823 TAMAN FORTUNA 16. RAIWAN MOKSIN 630329-12-5607 PEKAN KENINGAU 17. HAIRUL AHMAD SYAM 840306-12-6055 TAMAN JUTA 18. KASMAN JAM 620603-12-5089 KG PAMPANG 19. ABDUL HADI WONG ABDULLAH 681121-12-5499 TAMAN JUTA 20. ZAKRI JAAFAR 731127-03-5091 TAMAN JUTA 21. M. ZULKIFLIE SALEH 741226-12-5585 KG LIMBAWAN 22. ALUPDIN HAMID 610126-12-5377 TAMAN ADIKA 23. LAMANNI 24. HAYADI HAYANG 810503125783 KG BINGKOR 25. ACI - 730428125715 KG BULU SILOU 26. JAAFAR HASANUDDIN - 750113-12-5751 KG MASJID 27. FATRA UMAIRA B. AYUB 020620-12-1304 KG BARU 28. HASRI DALATOI 630317-12-1304 29. ISMADI BIN BACHO 700402-12-6217 P.ULU 30. MUHD AMERUDIN ASYRAF 950822-15-5167 TAMAN ADIKA 10 31. AMBANG 790213-12-6213 KG MASJID


2 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MASJID AR-RAHIM PEKAN KENINGAU SESI 2022/2023 Encik Sahmain bin Hj. Hassim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau sesi 2020/2021, memulakan ucapan alu-aluan dengan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih terutama kepada Pegawai Tadbir Agama JHEINS Keningau Tuan Afandi bin Kasimin atas kesudian untuk hadir seterusnya merasmikan mesyuarat agung kali ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Jemaah yang berkesempatan hadir bagi menyempurnakan mesyuarat agung MARK kali ke 8 dan juga pemilihan ahli jawatankuasa yang Baharu sesi 2022/2023 untuk sama-sama mentadbir urus masjid ini. Beliau mendoakan agar perjalanan mesyuarat kali ini dipermudahkan Allah S.W.T. Pengerusi menzahirkan rasa Syukur atas kebenaran untuk mengadakan mesyuarat secara bersemuka walaupun COVID-19 belum berakhir sepenuhnya. Walaupun terpaksa melalui pelbagai ujian dalam menguruskan Masjid pada fasa COVID-19, beliau melahirkan rasa Syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana segala masalah dapat diatasi dengan sebaiknya dengan adanya kerjasama yang baik antara barisan ajk dan jemmah MARK. Pengerusi mengajak semua yang hadir untuk sama-sama berdoa agar COVID-19 segera berakhir. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jemaah atas Kerjasama yang diberikan kepada jawatankuasa pentadbiran MARK dalam mematuhi SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Selain itu, Pengerusi juga merakamkan terima kasih kepada Jemaah MARK atas sokongan dan Kerjasama yang diberikan terhadap apa juga perancangan yang diatur dan semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala kepada semua Jemaah sebagai bekalan untuk bertemu Allah S.W.T di akhirat kelak. Pengerusi juga memaklumkan bahawa S.O.P melaksanakan mesyuarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan mesti tidak melebihi 2 jam, maka mesyuarat perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut. Sehubungan itu, bagi mengakhiri ucapan, beliau mendoakan semoga semua yang berkesempatan hadir diberkati dan dirahmati serta mendapat magfirah Allah S.W.T. UCAPAN PERASMIAN Ustaz Affandi bin Kasimin memulakan sesi dengan ucapan jutaan terima kasih bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah kepada AJK MARK dan semua Jemaah MARK atas kesudian menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 8. Sebagai pembuka bicara, beliau menekankan bertapa pentingnya Kerjasama yang erat antara ajk dan Jemaah bagi mempastikan segara aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya demi pembangunan masjid Ar-Rahim Keningau. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada ajk dan Jemaah sesi 2020/2021 kerana dapat mengharungi pelbagai ujian yang dihadapi ekoran penutupan masjid kerana mematuhi SOP PKP yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, walaupun terdapat Jemaah yang tidak berpuas hati atas perintah penutupan masjid tersebut. Ustaz Affandi mengajak semua yang hadir agar bersama-sama menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan dakwah bagi seluruh umat islam di daerah Keningau dan beliau percaya Pengerusi MARK telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik selama tempoh 2020/2021. Beliau berharap pemilihan ajk sesi 2022/2023 dapat berlangsung dengan tersusun dan berjalan lancar serta dipermudahkan oleh Allah. Sehubungan itu, beliau berharap agar ajk baharu kelak dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi, bukan sahaja membantu pihak JHEINS tetapi juga membantu Masyarakat islam di daerah Keningau. Akhir kalam, beliau merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih atas jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke 8 Masjid ArRahim sesi 2022/2023.


3 MESYUARAT AGUNG BIL . AGENDA 01 UCAPAN PENGERUSI Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Sahmain bin Hj. Hassim, Pengerusi Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau sesi 2020/2021. Tuan Pengerusi memanjatkan rasa kesyukuran atas ruang dan peluang untuk hidup yang diberikan oleh Allah, mudah-mudahan usia yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan amal ibadah kepada Allah serta melaksanakan kerja-kerja yang bermanfaat untuk mendapatkan ganjaran pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Jemaah yang berkelapangan untuk hadir dalam mesyuarat kali ini dan semoga kehadiran ini dianggap sebagai satu ibadah oleh Allah dan diberikan ganjaran pahala yang berganda. Sebagai mematuhi SOP mesyuarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, beliau meringkaskan ucapan dengan mengharapkan perjalanan mesyuarat kali ini dipermudahkan oleh Allah. Akhir kalam, beliau merakamkan terima kasih kepada semua Jemaah atas komitmen yang diberikan sepanjang sesi 2021/2022. Beliau mendoakan semoga apa Sahaja sumbangan yang diberikan kepada pihak Masjid Ar-Rahim dianggap sebagai amal yang diberikan pahala oleh Allah S.W.T. 02 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE-7 2.1 Pencadang: En. Hayadi Hayang 2.2 Penyokong: En. Firdaus @ Joan Joe 03 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-7 diterima sebulat suara tanpa sebarang pindaan. 04 PEMBENTANGAN LAPORAN SETIAUSAHA SESI 2022/2023 4.1 Pencadang: Cik Bibilyn bt. Nuruddin 4.2 Penyokong: En. Hayadi Hayang Mesyuarat Bil.1 04 MAC 2022 (Jumaat) 8.30 p.m. 1) Penyerahan surat perlantikan AJK Masjid Ar-Rahim Sesi 2022/2023 2) Persediaan Ramadhan: a. Sidang bersetuju memberi saguhati imam sebanyak RM50 bagi satu sesi solat sunat terawih. b. Ustaz Nuralif bin Radani akan mengetuai Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadan. c. Majlis Berbuka Perdana – dicadangkan pada 25 Ramadan bersamaan dengan 27 April 2022. d. Aktiviti mengedar Bubur Lambuk dalam bentuk tapau dicadangkan sebanyak 4 kali sepanjang bulan Ramadan. e. Sidang bersetuju masjid menyediakan kos untuk program sepanjang Bulan Ramadan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM10,000.00 hingga RM15,000.00. Manakala anggaran kos untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah RM15,000.00 3) Sidang bersetuju untuk menaiktaraf bilik mesyuarat dan bilik pejabat atau Bilik Tetamu dengan anggaran kos RM20,000.00 hingga RM25,000.00. 4) Penambahbaikan petugas masjid: a. Menaikkan elaun petugas masjid bermula Mac 2022 seperti berikut: Elaun siak RM800 dinaikkan ke RM1000.00 Elaun bilal RM400 dinaikkan ke RM600.00 Elaun imam 1 RM1300 dinaikkan ke RM1400.00 Elaun imam 2 dan imam 3 RM1000 dinaikkan ke RM1100.00 Kenaikan tahunan sebanyak RM30 setiap tahun bermula Januari 2023 bagi siak dan bilal Kenaikan tahunan sebanyak RM50 setiap tahun bermula Mac 2023 bagi imam


4 5) Penyelarasan tugas siak dan bilal. a. Tugas-tugas siak dan bilal merangkumi aspek skop tugas, disiplin, pakaian, kehadiran bertugas perlantikan dan tugas siak dan bilal akan dikaji semula. b. Tempoh percubaan selama 3 bulan dari tarikh perlantikan c. Petugas yang tidak memenuhi skop kerja akan diberi notis penamatan khidmat kerja satu bulan. d. Status vaksinasi petugas masjid akan disemak. e. Pakaian seragam imam akan diselaraskan untuk penampilan yang lebih sesuai, kemas dan bersih. f. Bilal perlu solat bersama dibelakang saf imam. 6) Sidang bersetuju dengan Cadangan untuk melaksanakan penyelenggaraan tebing masjid. 7) AJK akan menyenaraikan senarai asnaf yang layak menerima sumbangan wang Kebajikan Anak Yatim Piatu DUA kali setahun dengan mengutamakan pelajar SMK Agama Keningau. 8) Sidang memutuskan baucar bayaran kurang dari RM10,000.00 perlu ditandatanagni oleh 2 orang antara bendahari dan pengerusi atau setiausaha. Manakala baucar bayaran melebihi RM10,000.00 akan ditandatangani oleh 3 orang (bendahari, pengerusi dan setiausaha) 9) Meluluskan sumbangan untuk aktiviti memanah Al-Baghra sebanyak RM1,600.00 sahaja. 10) Sidang bersetuju penyelenggaraan pagar dengan anggaran kos RM15,000.00. Kerja penyelenggaraan dijangka selesai hujung Mac 2022. 11) Sidang bersetuju melantik Pakcik Asri membantu menjaga malam dengan elaun bermula April 2023. 12) Sumbangan RM650.00 diberi kepada kumpulam belia masjid bagi kerjakerja pengurusan jenazah. 13) Sidang sebulat suara bersetuju anggaran kos RM20,000.00 hingga RM25,000.00 diperuntukkan untuk tujuan penyelenggaraan bangunan dan penambahbaikan keceriaan masjid. Beberapa kerja telah bermula sejak Januari 2022 dan dijangka selesai hujung bulan Mac. Mesyuarat Bil.2 31 JULAI 2022 (Jumaat) 8.30 p.m. 1) Masjid Ar-Rahim menerima 18 set kain kafan sumbangan Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk sumbangan pengurusan jenazah keluarga miskin. 2) Imam Rizqan dilantik secara rasmi pada 1 Julai 2022. 3) Masjid Ar-Rahim dipilih sebagai venue Program Maal Hijrah tahun 2023/ 1445H peringkat Daerah Keningau. Tetamu khas yang dijemput, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad. 4) Sidang bersetuju Ketua Biro Kebajikan mencari pelapis untuk membantu siak wanita yang sedia ada. 5) Sidang menetapkan agar petugas masjid terutamanya siak yang mencecah umur 55 tahun perlu mengemukakan status Kesihatan diri dengan pengesahan doctor bertauliah. 6) Sidang bersetuju agar tidak membenarkan jemaah lain tidur dalam masjid kecuali jemaah yang bermusafir dan tabligh. 7) Masjid menerima sumbangan sebuah komputer Baharu untuk kegunaan urusan pentadbiran. 8) Ketua Biro Aset akan menambah peralatan khutbah seperti mikrofon dan kamera untuk kegunaan semasa steraming secara LIVE. 9) Sidang bersetuju meluluskan permohonan sumbangan 5 unit kipas Heavy Duty kepada SMK Agama Keningau. 10) Pengerusi meluluskan cadangan memberi elaun RM1000.00 setiap bulan kepada bendahari masjid Ar-Rahim bermula 1 Ogos 2022.


5 11) AJK MARK telah melantik 4 imam. Berikut adalah senarai mengikut ranking imam: a. Imam 1 = Imam Amir b. Imam 2 = Imam Alif c. Imam 3 = Imam Risqan d. Imam 4 = Imam Mujizat 12) Sidang bersetuju memberi sumbangan kepada penerima sumbangan asnaf sebanyak RM200.00 seorang. Mesyuarat Bil.3 3 FEBRUARI 2023 (Jumaat) 8.30 p.m. 1) Sidang bersetuju Encik Hafiz diberi tugasan untuk memasang Live TV dengan sedikit saguhati. 2) Persediaan menyambut Hari Raya Aidifitri 2023 a. Sidang bersetuju memberi Elaun RM50 kepada imam tarawih b. Tadarus Al-Quran akan diketuai oleh Ustaz Amir c. Program Bubur Lambuk dicadangkan 2 kali iaitu 10 Ramadan dan 24 Ramadan. d. Khatam Quran ditetapkan pada 28 Ramadan bersamaan dengan 15 April 2023 e. Ziarah Ramadan ke Hospital Daerah Keningau akan dilaksanakan pada 8 April 2023. f. Sidang bersetuju memberi RM500 kepada petugas masjid (semua imam, siak dan bilal) sebagai Bonus Raya. g. Anggaran kos bagi menampung program sepanjang Bulan Ramadan 2023 dan sambutan Hari Raya adalah RM50,000.00. 3) Cadangan ahli agar memasang banner di Billboard Advertising selepas mendapatkan quotation harga yang sebenar. 4) Bayaran pengkuliah ditetapkan RM70.00 seminggu tanpa mengira kekerapan sesi. 5) Peruntukan untuk Program Penghayatan Maal Hijrah pada 14 Februari 2023 diluluskan. 6) Gambar-gambar penyelenggaraan perlu disimpan untuk dokumentasi dan galeri masjid. 7) Sidang sebulat suara bersetuju agar kamar mandi masjid tidak dijadikan tempat mandi untuk peniaga di padang. Hanya musafir dibenarkan. 8) Notis penutupan sementara tandas dari 8.00pagi sehingga 10.30pagi untuk kerja-kerja pembersihan. 9) Anggaran kos mengecat keseluruhan bangunan masjid adalah RM50,000.00. 10) Cadangan menyediakan QR Code menggantikan tabung dipersetujui dengan kebenaran premis. 11) Kerja naiktaraf bangunan Bilik Mesyuarat dan Ruang Tetamu akan dimulakan dalam masa terdekat. Anggaran kos pengubahsuaian Bangunan Bilik Mesyuarat MARK berserta kelengkapan bilik rehat dan tandas, Bilik PA Sistem, ruang tetamu dan lain-lain keperluan akan disediakan oleh Ketua Biro Pembangunan. 12) Cadangan meneliti status tanah Sekolah agama Islam akan diteliti. Jika ia adalah milik Masjid Ar-Rahim maka AJK MARK akan bertindak mengeluarkan notis 10 tahun untuk pemilikan semula. 13) Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2022 pada bulan Oktober 2022 telah menggunakan kos sebanyak RM10,610.00. Mesyuarat Bil.4 4 JULAI 2023 (SELASA) 1) Pengerusi memaklumkan perlantikan Cikgu Abdul Gani bin Ajim sebagai Ketua Biro Publisiti dan Dokumentasi yang Baharu. 2) Mesyuarat bersetuju untuk menggantikan Siak Wanita (Puan Fatimah bt. Alon) disebabkan oleh masalah kesihatan. Sidang bersetuju penamatan


6 8.30 p.m. perkhidmatan akan bermula pada bulan September 2023 dengan pampasan 3 bulan gaji. 3) Bendahari melaporkan kutipan Solat Aidilfitri ialah RM31,041.00. Kutipan Aidiladha RM22,313.00. 4) Kos mengecat semula masjid sebanyak RM24,173.50 5) Kos membina pondok motosikal RM3,237.10 6) Kos membina Ruang Tetamu ialah RM23,446.00 7) Kos menyelenggara pendingin hawa RM6,650.00 8) Helwa telah melaksanakan program BICARA HELWA WANITA dengan kos RM1650.00. 9) Mesyuarat setuju tukar kerusi pengkuliah kepada yang lebih selesa. 10) Sidang bersetuju menjemput Ustaz Don Danial sebagai Hos program yang dianjurkan oleh MARK bertempat di Padang Bandaran Keningau. Anggaran kos RM20,000.00. 11) Anggaran kos Program Sambutan MaulidurRasul Tahun 2023 RM12,000.00. 12) Sidang juga bersetuju untuk memasang pendingin hawa di ruang luar ruang solat utama. 13) Sidang mesyuarat juga bersetuju untuk menetapkan jumlah saguhati ke atas beberapa perkara berikut: 14) Saguhati RM500.00 untuk AJK dan petugas masjid yang bersalin atau isteri bersalin. 15) Khairat kemalangan RM500.00 untuk kakitangan masjid dan Jemaah masjid MARK Sahaja. 16) Kakitangan MARK dan jemaah yang baru melangsungkan perkahwinan RM1000.00. 17) Sumbangan membiayai program-program keagamaan RM700.00. 18) Sumbangan bagi tujuan Pembangunan surau atau masjid RM2000.00. 05 PEMBENTANGAN DAN MENERIMA LAPORAN BENDAHARI SESI 2022/2023 5.1 Untuk makluman sidang mesyuarat Laporan Kewangan Masjid Ar-Rahim telah diperiksa dan diaudit oleh Audit Dalaman Masjid iaitu: a. Juru Audit 1: Encik Ishak Tuah b. Juru Audit 2: Encik Mohd. Zulhafiz bin Mohd Yusof 5.2 Pencadang: En. Jafar bin Jam 5.3 Penyokong: En. Hayadi Hayang Rujuk lampiran Laporan Bendahari sesi 2022/2023 06 USUL / CADANGAN (MESYUARAT AGUNG KALI KE-8) 6.1 Encik Jafar bin Hasanuddin a. Sediakan almari khas/ food bank untuk Masyarakat yang memerlukan. b. Sediakan baju khas khusus kepada semua AJK dengan reka bentuk dan warna yang sama. 6.2 Encik Ambran bin Aziz a. Perbanyakkan program keagamaan di masjid seperti seminar, forum dan lain-lain. b. Usahakan untuk membawa Penceramah-penceramah tersohor seperti Ustaz Wadi. 6.3 En. Muhd. Ameruddin Asyraf bin Abdul Rahman a. Menubuhkan persatuan memanah/Silat tradisional untuk belia. b. Pindah tempat wudhu ke tempat yang lebih sesuai. ( Kawasan luar berhampiran tempat letak kereta) c. Menyediakan tempat letak motosikal, agar kelihatan kemas dan tersusun. 6.4 En. Hayadi bin Hayang a. Tambah bilangan pengawal keselamatan, bertujuan untuk mengawasi keselamatan Jemaah setiap waktu solat. b. Tambah bilangan pemandu Van Jenazah.


7 6.5 En. Joan bin Joe a. Mengadakan setiap bulan moulid. b. Sediakan sepanduk untuk perarakan. c. Cat masjid dengan warna Baharu. d. Sediakan jamuan percuma setiap malam jumaat untuk menarik Jemaah ke masjid. 6.6 En. Mujizat bin Mahyuddin a. Mengadakan kursus fardhu kifayah kepada semua Jemaah. 07 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN MASJID AR-RAHIM SESI 2020-2021 DAN KEPUTUSAN PENCALONAN PENGERUSI AHLI JAWATANKUASA ARRAHIM SESI 2022/2023 7.1 Pembubaran AJK MARK Sesi 2022/2023 diumumkan oleh Encik Sahmain bin Hassim. 7.2 Jawatankuasa Pemilihan AJK MARK Sesi 2022/2023 diketuai oleh Imam Noralif bin Radani. 7.3 Borang pencalonan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa pada 18.01.2022 dan perlu dikembalikan pada 31.01.2022. 7.4 Borang yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa sebanyak 7, manakala hanya 5 dikembalikan, 1 borang ditolak kerana tidak disertakan pencadang & penyokong. 7.5 Jumlah jawatan yang dipertandigkan sebanyak 11 jawatan, hanya 4 jawatan Sahaja yang menerima pencalonan dan tidak ada pencabar. Jawatankuasa memutuskan jawatan tersebut menang tanpa bertanding. Berikut adalah jawatan yang telah dimenangi tanpa bertanding. i. Pengerusi : En. Sahmain bin Hassim ii. Timbalan Pengerusi: En. Abdul Hadi Wong iii. Ketua Biro Aset & Tugas-Tugas Khas: En. Hairul Ahmad syam iv. Ketua Biro Fardhu Kifayah: En. Sulaiman bin Akup Jawatan lain akan dilantik oleh Pengerusi baharu. 08 UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi mmemulakan ucapan dengan penuh kesyukuran kerana perjalanan mesyuarat berjalan dengan baik. Pengerusi memaklumkan hanya 4 jawatan Sahaja yang telah diisi, selebihnya akan dilantik oleh jawatankuasa yang baharu. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada Jemaah serta AJK MARK yang lama kerana memberikan komitmen yang baik sepanjang beliau memegang jawatan Pengerusi MARK. Beliau juga merakamkan takziah untuk diri sendiri kerana jawatan ini sangat berat untuk dipikul, namun dengan sokongan semua AJK & Jemaah, insya Allah semua Amanah ini akan dilaksanakan. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah S.W.T. Akhir kalam, Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Jemaah yang berkesempatan hadir serta sentiasa menyokong apa sahaja aktiviti yang dirancang oleh AJK MARK. Beliau juga mengajak agar ikatan silaturrahim antara Jemaah dengan pengurusan masjid dieratkan agar semua perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mendapat redha Allah. Mesyuarat ditangguhkan pada 11.00 pagi. Pencatat Minit; Disahkan Oleh; JAFAR BIN JAM SAHMAIN BIN HASSIM Setiausaha MARK Sesi 2022/2023 Pengerusi MARK Sesi 2022/2023 Tarikh : ……………………………….. Pencadang : ………………………………… ( ) Penyokong : …………………………………… ( )


Click to View FlipBook Version