MMAAGGAAZZIINNEE Exploring the WAU of MALAYSIA PERMAINAN TRADISIONAL Permainan Tradisional adalah terdiri daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa yang menjadi amalan oleh generasi terdahulu. Permainan yang dimainkan adalah permainan di halaman rumah seperti Ting-Ting atau di dalam rumah seperti Congkak serta di kawasan terbuka seperti gelanggang, padang, sungai dan pantai dengan permainan seperti Wau, Gasing, Tiang Licin, Perahu Jong dan sebagainya. NOVEMBER 2023
1. LAI WEI XIAN 297954 2. NG KOK LUN 297818 MUHAMMAD HAKIMI BIN ZAIDI 297853 3. ALYA NASUHA BINTI ELIAS 297885 4. NURHANISA BINTI MOHD FAUZI 297894 5. 6. FARAH NAJWA BINTI AMNAN 297914 7. MUHAMMAD AIMAN HAFIZ BIN AMRAN 297943 8. NG ZHAO HUI 297950 9. GOH YONG KHANG 298007 10. NUR NADHIRA BINTI AZMAN 298027 KUMPULAN DUA SETENGAH
1 ISI KANDUNGAN Apa itu WAU ? Teknik Penghasilan Langkah-langkah Menggalakkan Perbualan Bersama Pak Non Kesimpulan Pengenalan terhadap permainan tradisional - WAU Cara-cara membuat wau Langkah-langkah menggalakkan permainan tradisional Temu bual bersama Master WAU di MALAYSIA 2 3 10 13 17
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai. 2 APA ITU WAU?
3 TEKNIK PENGHASILAN WAU
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI Encik Samat atau Pak Non sering menggunakan dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora dengan penghasilan ukiran motif bunga sebanyak 5 lapis berbanding dengan pencipta wau yang lain yang menggunakan 3 lapis ukiran sahaja. Walau bagaimanapun, penghasilan wau tersebut adalah mengikut citarasa dan permintaan pelanggan. Sekiranya pelanggan yang menempah dengan ukiran bunga penuh, Pak Non akan menggunakan teknik 5 lapis bagi menghasilkan wau tersebut. 4 Pak Non sentiasa memastikan bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan wau daripada sumber yang berkualiti. Buluh yang dipilih adalah dari jenis pokok buluh yang berbatang tua supaya senang apabila dilentur. Setelah dipotong, buluh yang disisih akan dijemur sehingga kering dan diraut mengikut saiz wau yang akan dibuat. Peralatan seperti pisau, benang dan kertas jagung digunakan bagi membina struktur wau sebelum menambah kertas ukiran sebagai tambahan kepada reka corak sesuatu wau tersebut. Menurut Pak Non, modal bagi menghasilkan sebuah wau hanyalah kurang daripada RM 10. Akan tetapi wau yang siap dijual dengan harga lebih kurang RM 200. Menurut Pak Non juga, wau seperti wau bulan mengambil masa dalam satu bulan untuk disiapkan.
MOTIF REKA CORAK WAU Motif tumbuh-tumbuhan ialah sesuatu daripada unsur yang memberi sifat tersendiri dalam seni rupa yang menjadi reka corak utama pada hiasan wau. Semua jenis wau menggunakan motif tumbuhtumbuhan untuk dijadikan reka corak hiasan. Keseimbangan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah wau. Oleh itu, reka coraknya juga perlu mengimbangi pada wau tersebut. Dalam sebuah struktur wau, sayap merupakan bahagian terbesar pada wau yang menyerupai bentuk daun serta dipercayai menjadi asas wau. Konsep ini juga sama dengan Wau Helang yang mempunyai bahagian sayap, ekor dan tanduk (kepala). Motif yang digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat dan sulur kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini diangggap bentuk yang indah dan bersesuaian dijadikan motif reka corak hiasan pada sesebuah wau. Menurut Pak Non, Pak Non kebiasaannya menggunakan reka corak seperti pokok kacang dan kangkung untuk diukirkan pada wau. Menurut Pak Non juga masa yang diambil oleh Pak Non untuk belajar melukis corak pada wau ini adalah selama 2 atau 3 bulan. 5 Penambahan dalam reka corak wau yang dibuat adalah mengikut teknik 3 lapis dan 5 lapis yang akan dilaksanakan sebagaimana tempahan yang diterima. Setiap tempahan yang diterima akan dibuat secara teliti dan cermat agar pelanggan yang menerima wau yang telah siap dengan perasaan yang puas hati dan gembira.
Antara bahan - bahan asas yang digunakan untuk penghasilan wau ialah buluh, gam, kertas lut sinar yang berwarna dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga petua dan pantang larang semasa menebang dan menyimpan buluh. Petua dan pantang larang : Rumpun buluh hendaklah di kawasan yang tinggi dan lapang. Ianya tidak boleh di dalam semak ataupun di dusun. 1. 2.Pilih buluh yang kering. Jangan menebang buluh yang memiliki pucuk muda kerana pucuk tersebut mempunyai banyak kandungan kanji dan senang di serang serangga perosak. 3. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu. 4. Keadaan cuaca yang kering dan panas terik adalah keadaan yang amat sesuai untuk menebang buluh contohnya seperti pada waktu tengahari. 5. Sekiranya ingin menebang buluh pada waktu pagi, penebang hendaklah menindih bayangnya. 6. Sebelum menebang buluh, penebang digalakkan untuk membaca doa dan selawat. 7. Adalah lebih bagus buluh yang sudah ditebang dipotong di tempat tersebut juga. 8. 6 TEKNIK PEMBUATAN WAU
10 Buluh hendaklah diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan contohya seperti ruas dan kulit. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan hendaklah benar-benar tajam untuk memastikan kerja memarut buluh dapat dijalankan dengan mudah dan untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Buluh yang terbaik digunakan untuk membuat sayap wau ialah buluh duri kerana ia tidak mudah patah dan keras. Buluh betong pula sesuai untuk dijadikan tulang belakang. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti : 1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan lembut dan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus pada bahagian hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. 3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter. 4. Bahagian pinggang dan bulatan juga memerlukan bilah-bilah buluh yang diraut. Rautan pada bahagian tersebut mestilah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk. Seterusnya semua bilah yang telah diraut tadi akan digosok dengan kertas pasir supaya ia tidak menjadi kasar. PEMBUATAN WAU 1.MERAUT BULUH Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikuti ukuran wau yang sesuai iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang dibuat untuk sayap mestilah diseimbangkan dengan menanda pada tengah-tengah kepingan buluh. Rangka bingkai wau kemudiannya akan diikat : 1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan ditanda tiga bahagian tersebut. 2. Bahagian sayap wau diikat dengan tali terlebih dahulu. 3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang. 4. Bahagian atas dan bawah ekor perlu diikat pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang pada kedua-kedua bahagian. 5. Sambungkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap. 6. Pada bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Kemudian di tengah pinggang wau, kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan dan diikat di bahagian tersebut. Saiznya ditentukan dengan mengikuti nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau. 7. Terakhir sekali ialah pembuatan kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap pada jarak dua inci dari tulang belakang. 2.MEMBUAT BINGKAI 7
Wau mestilah disobek untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Warna wau juga sangat memainkan peranan yang penting supaya ianya kelihatan cantik. Jambul, belalai dan busur juga merupakan pelengkap kepada sesebuah wau. 3.MENYOBEK WAU Ukiran reka corak pada badan wau adalah antara ciri-ciri utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkahlangkahnya ialah: 1. Lipat empat kertas warna menjadi bahagian sayap dan lipat dua kertas menjadi bahagian ekor. 2. Mula melukis dari bahagian dada sehingga ke bahagian sayap dengan kosongkan satu ruang untuk bahagian tapak kijang. Untuk bahagian ekor ,corak yang perlu dilukis mestilah sama dengan corak pada bahagian sayap. 3. Corak hendaklah dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini akan menjadi corak asas bagi wau. 4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam pada belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi. 5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya. 6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja. 7. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. 8. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna. 4. MENGUKUR DAN MELUKIS CORAK 8
12 Jambul atau rambu akan dipasang dengan melilitkannya pada rangka ekor atau sayap wau. Jambul biasanya diperbuat daripada kertas 'crepe' yang dipotong menggunakan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu. 5. MEMASANG RAMBU ATAU JAMBUL Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. 6. MEMASANG BELALAI Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu 'bok', daun ibus, inas dan buluh penyepit. 1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau. 2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki. 3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur. 4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon. 7. MEMASANG BUSUR 9
LANGKAH MENGGALAKKAN 10
Langkah bagi menggalakan permainan Wau ialah dengan mempromosikan permainan Wau melalui Kempen Permainan Tradisional yang boleh dibuat menggunakan media sosial. Hal ini kerana banyak generasi muda malah kanak-kanak kini yang menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu acara. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara turut memainkan peranan yang penting dalam menganjurkan serta mempromosikan kempen ini di semua peringkat. Selain itu, dengan wujudkan promosi permainan wau ini, ia dapat juga merangsang minat remaja dan generasi muda untuk memberi perhatian terhadap permainan Wau. Di samping itu, Kempen permainan Wau juga dapat dipromosikan melalui majalah, surat khabar, television serta platform lain-lain untuk menarik perhatian pihak awam. Oleh itu, kita haruslah yakin dengan usaha mempromosikan kempen ini dapat menambah populariti permainan Wau dalam kalangan masyarakat di negara kita. MEMPROMOSIKAN PERMAINAN WAU MELALUI KEMPEN PERMAINAN TRADISIONAL MEWUJUDKAN AKTIVITI PERMAINAN WAU DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM Langkah menggalakan permainan Wau adalah dengan mewujudkan aktiviti permainan Wau dalam aktiviti Kokurikulum di peringkat sekolan dan malah di institut pengajian tinggi seperti universiti. Langkah ini sangat efektif dengan bertujuan menggalakkan masyarakat di negara kita untuk bermain permainan Wau, hal ini kerana para pelajar akan lebih berminat jika wujudnya aktiviti atau kelab untuk permainan ini. Permainan Wau kurang mendapatkan perhatian dan kurang diambil tahu kerana limitasi dan kurang pendedahan untuk bermain Wau. Dengan penubuhan kelab atau aktiviti berkaitan Wau, pelajar di semua peringkat akan mempunyai sumber untuk belajar permainan Wau. Hal ini secara tak langsung juga dapat menerapkan perasaan minat dan gemar dalam permainan tradisional ini. Oleh itu, mewujudkan permainan Wau dalam aktiviti Kokurikulum amatlah penting supaya dapat menggalakkan masyarakat serta generasi muda untuk meneruskan perasaan minat dan gemar terhadap permainan Wau. 11
13 BERSAMA PAK NON PERBUALAN
TEMUBUAL BERSAMA ADIGURU WAU DI MALAYSIA 1. Apakah makna wau bagi pakcik? Wau merupakan satu jenis permainan. Sesetengah orang mempunyai hobi bermain sepak takraw, bola sepak dan lainlain, sama juga seperti wau. Hobi pakcik dari kecil ialah bermain wau. Dahulu pakcik hanya melihat dan menolong TokWan pakcik bermain wau. Jadi dari situ, pakcik berasa seronok dan mula suka bermain wau, dan akhirnya ia menjadi hobi pakcik sehingga kini. Pada kebiasaannya, wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Tali yang digunakan ialah benang kerana zaman dahulu tidak ada lagi tali tangsi. Selain itu, buluh yang paling baik dan sesuai digunakan untuk membuat rangka wau ialah buluh duri yang dikeringkan. Manakala buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan tulang belakang wau. Kalau macam pakcik, tinggal di kawasan sawah, jadi jika ingin bermain wau, tidak boleh bermain pada bulan ini (November), sebaliknya, kena tunggu pada bulan 2 (Februari) iaitu tahun hadapan. Hal ini kerana pada bulan Februari, air disawah kering dan sangat sesuai untuk bermain wau serta untuk mengelakkan wau basah dan rosak apabila jatuh ke tanah. Wau juga boleh menghasilkan bunyi yang berbeza-beza mengikut jenis ataupun mengikut cita rasa tukang pembuat wau itu sendiri. Ketika diterbangkan ke udara, Busur wau akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan nyaring. Bunyi yang dihasilkan wau boleh didengar dari kejauhan 2-3 kilometer. Di Johor, pakcik pernah bermain wau bersama arwah sultan Johor iaitu Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Pak cik bermain wau bersamanya selama dua tahun. Hanya pakcik sahaja yang berani bermain wau bersama baginda kerana baginda terkenal dengan sikapnya yang garang dan tegas serta digeruni oleh semua orang. Hasil keberanian pakcik, pakcik diberikan beberapa pangkat oleh baginda. Bukan itu sahaja, pakcik juga pernah mencipta dan membuat wau sebesar 10 kaki untuk baginda. 14
Wau tersebut masih lagi wujud sehingga kini dan boleh dilihat di Muzium LayangLayang, Pasir Gudang, Johor. Terdapat satu peristiwa yang masih segar diingatan pakcik sehingga kini iaitu dimana pada tahun 2009, pakcik pernah dilempang oleh sultan Johor ketika bermain wau. Tetapi ia tidak mematahkan semangat pakcik untuk terus bermain wau bersama baginda kerana pakcik percaya bahawa kita semua ialah makhluk yang dicipta oleh Allah dan yang membezakan kita hanyalah pangkat sahaja, jadi tidak perlu berasa takut. 2. Berapakah jumlah modal untuk membuat wau? Modal untuk membuat wau ialah sekitar kurang dari RM 10 sahaja tetapi pakcik menjualnya sekitar harga RM 200 untuk sebiji wau (kecil). Hal ini kerana wau mengambil masa yang lama untuk disiapkan walupun modal untuk membuatnya sedikit. Jika wau kosong, cara membuatnya lebih mudah dan tidak memakan masa agak lama. Tetapi untuk menyiapkan wau bercorak ada ketikanya memakan masa lebih dua minggu. Sebagai contoh, wau bulan mengambil masa sekitar 1 bulan untuk pakcik menyiapkannya, dan menjualya dengan harga RM500 sebiji. Hal ini kerana, penambahan corak pada badan wau membuatkan tempohnya agak lama untuk disiapkan bermula daripada proses melukis, menebuk dan menampal yang penuh dengan kerumitan. 15 3. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil pakcik untuk mahir membuat corak pada wau? Untuk mahir membuat corak pada wau, pakcik mengambil masa sekitar 2 hingga 3 bulan untuk mahir melukis corak atau motif pada badan wau. “Untuk membuat corak, pakcik ambil masa dalam 2 hingga 3 bulan tapi masih tidak mahir membuatnya lagi, hanya mahir melukis corak pada badan wau sahaja,” katanya. Lukisan motif pada wau bukan hanya berdasarkan satu motif sahaja. “Untuk melukis lukisan pada wau, kita tidak pilih pokok-pokok seperti pokok jambu, pokok pinang atau pokok nangka, sebaliknya, pilih pokok yang menjalar seperti pokok kacang mahupun pokok kangkung,” katanya lagi.
4. Akhir soalan, apakah pandangan pakcik terhadap generasi muda kini tentang permainan wau? Setakat ini, permainan wau masih lagi digemari dan rancak dimainkan terutamanya di kawasan-kawasan seperti Perlis, Johor, Kelantan dan juga Terengganu. Jika mengikut pendapat pakcik, permainan wau lebih gah dan menarik pada masa kini jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Hal ini kerana pada zaman dahulu, pertandingan wau kurang diadakan di setiap kawasan berikutan mereka hanya bermain wau sebagai hobi dan juga untuk berseronok manakala jika kita dapat lihat pada masa kini, pertandingan wau kerap diadakan terutamanya di negeri Kelantan, Johor mahupun Terengganu. Pertandingan yang diadakan sudah semestinya akan menarik minat negeri- negeri lain untuk turut serta memeriahkan lagi suasana pertadingan tersebut. Pak cik juga menyatakan bahawa, permainan wau di Malaysia tidak akan pupus ditelan zaman. “ Insya-Allah, Pak cik rasa wau tradisional ini tidak akan hilang sebab ada banyak anak murid yang mewarisinya. Ada anak dan menantu yang boleh buat, malah pak cik juga ada ramai anak murid di seluruh negara,” katanya. 16
Carly Ferris Editor-In-Chief 3 KESIMPULAN Permainan wau adalah sebuah warisan budaya Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu dan kaya dengan nilai tradisional. Wau, sebuah jenis layang-layang yang unik dalam reka bentuk dan hiasan serta telah menjadi bahagian penting dari identiti budaya Melayu. Proses penghasilan wau melibatkan penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti buluh, gam, dan kertas, serta memerlukan kecekapan tinggi dalam mengukir, melukis, dan menyusun bahagian-bahagian utama seperti sayap, rangka, ekor, dan kepala. Motif flora dan tumbuhan menjadi ciri khas yang memberi identiti tersendiri kepada setiap wau untuk menambah keunikan dan keindahan estetikanya. Selain itu, terdapat juga nilai-nilai tradisional yang dipegang dalam proses ini. Petua dan pantang larang semasa memilih dan menebang buluh menunjukkan penghargaan yang dalam terhadap alam sekitar dan juga tradisi leluhur. Melalui perbualan dengan master wau iaitu Pak Non, betapa istimewanya permainan wau ini telah ditunjukkan dengan jelas. Pak Non menceritakan bagaimana hobinya bermula dari melihat dan menolong TokWan bermain, menjelaskan teknik dan masa terbaik untuk memainkan wau, serta pengalamannya bermain dengan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail di Johor. Dia juga membagikan pandangannya tentang proses membuat wau, dari biaya produksi hingga waktu yang dibutuhkan untuk menguasai seni melukis corak. Terakhir, Pak Non berpercaya bahawa warisan budaya seperti wau tidak akan hilang dalam zaman moden kerana generasi muda akan mewarisi permainan ini. Secara keseluruhannya, wau bukan sekadar sebuah permainan tradisional, malah juga mewakili warisan budaya yang penting bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, usaha untuk memupuk minat, mempromosikan dan menyebarkan pengetahuan tentang permainan wau adalah penting. Penglibatan kementerian dan kempen promosi melalui pelbagai platform, termasuk media sosial dan aktiviti kokurikulum, adalah penting dalam memastikan kesinambungan dan kelestarian permainan wau di kalangan generasi muda supaya memelihara dan meningkat kesedaran terhadap warisan budaya yang kaya ini serta merealisasikan harapan Pak Non yang wau tidak akan pupus pada masa depan. 17
RUJUKAN 1.Pak Non (Temuduga, November 7, 2023) 2. Mohd Hafiz Abd Mutalib. (29 Jun 2022). Pak Non buat Wau hingga ke nafas terakhir. Utusan Malaysia. Akses pada 10 November, 2023 dari https://www.utusan.com.my/premium/2022/06/pak-nonbuat-wau-hingga-ke-nafas-terakhir/ 3. BERNAMA (2020, 28Januari). Pak Non perjuang seni Wau tradisional.Sinaran Harian. Akses pada 20 November 2023 dari: https://www.sinarharian.com.my/article/67681/berita/warnawarni-kehidupan/pak-non-perjuang-seni-wau-tradisional 4. En.Zaki. Staff Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis (Temuduga, November 7, 2023) 5. DIANA SURYA ABD WAHAB (30 Julai 2023). Festival LayangLayang Antarabangsa: Galak permainan wau, layang-layang kekal relevan. Utusan Malaysia. Akses pada 11 November, 2023 dari sumber https://www.utusan.com.my/berita/2023/07/festival-layanglayang-antarabangsa-galak-permainan-wau-layang-layangkekal-relevan 6. Laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Dicapai pada 5 November 2023 dari www.kraftangan.gov.my