The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amna Nafeesa, 2024-03-14 15:43:24

TUGASAN 2 BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN 2 BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Keywords: Menna

MORFOLOGI TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK BMMB3203 AMNA NAFEESA BINTI AHMAD SHUKRI


ISI KANDUNGAN 1.Pengenalan Pembentukan perkataan baharu 2. Bunyi asli bahasa Melayu Bunyi bahasa pinjaman Imbuhan bahasa asing 3. Isu kesalahan kata dari sudut morfologi Media cetak Media elektronik Dialek Pencampuran kod Bahasa Melayu baku Kata pinjaman asing 4. Rumusan 5. Rujukan


1. PENGENALAN Secara umumnya, morfologi merupakan satu bidang linguistik iaitu ilmu bahasa yang mengkaji penggolongan kata, struktur kata dan bentuk kata. Penggolongan kata merupakan proses membahagikan perkataan mengikut keserupaan bentuk dan fungsi dengan jenis yang lain dalam golongan yang sama manakala struktur kata pula menjadi susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang bagi tulisan untuk membentuk unit bahasa yang bermakna. Seterusnya, bentuk kata ditakrifkan sebagai rupa bagi unit tatabahasa yang berbentuk tunggal atau telah menjalani proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Oleh itu, tugasan ini memfokuskan tentang pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dan isu-isu kesalahan kata dari sudut morfologi menggunakan bahan daripada media cetak atau media elektronik.


2. PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BUNYI ASLI BAHASA MELAYU BUNYI BAHASA PINJAMAN IMBUHAN BAHASA ASING


Terdapat 24 bunyi asli bahasa Melayu iaitu 18 konsonan dan 6 vokal BUNYI ASLI BAHASA MELAYU KONSONAN VOKAL


Bunyi bahasa pinjaman menerima 9 konsonan pinjaman BUNYI BAHASA PINJAMAN Wujud akibat pertembungan dengan bahasa-bahasa lain dalam arus pemodenan. Diserap secara sepenuhnya dan diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Diserap daripada bunyi bahasa Arab dan Inggeris


Menerima imbuhan daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab-Parsi dan bahasa Yunani-Latin-Inggeris IMBUHAN BAHASA ASING maharaja tatabahasa prasejarah swadaya tunakarya ekabahasa dwifungsi tribulan pancaindera hartawan seniman olahragawati IMBUHAN DARIPADA BAHASA SANSKRIT


biadab duniawi alamiah ustazah mukminin mukminat probarat antisosial poliklinik autograf subbidang suprasistem naturalisme saintifik revolusi praktikal ekonomis IMBUHAN DARIPADA BAHASA ARAB-PARSI IMBUHAN DARIPADA BAHASA ARAB-PARSI


3. ISU KESALAHAN DARI SUDUT MORFOLOGI Kesalahan dari sudut morfologi merupakan aspek kesalahan yang sering dilakukan oleh masyarakat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan kebanyakannya dari sudut imbuhan, penggandaan, pemajmukan dan sebagainya. Jadi, terdapat dua perkara yang perlu diambil kira aspek tatabahasanya iaitu media cetak dan media elektronik. Hal ini kerana, media merupakan kaedah asas dalam komunikasi massa yang menyumbang kepada penyebaran mesej kepada masyarakat seluruh dunia.


MEDIA ELEKTRONIK Alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan dan terbitan objek fizikal. Unsur utama : Tulisan (teks), gambar visual, atau keduaduanya. Contoh : Surat khabar, majalah, buku, komik dan lain-lain. MEDIA CETAK MEDIA ELEKTRONIK Merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik untuk dicapai oleh pengguna. Contoh : Radio, televisyen, permainan video, komputer, telefon dan lain-lain.


1. MEDIA CETAK RAJAH 1 RAJAH 2


1. MEDIA CETAK Berdasarkan rajah 1, terdapat pencampuran kod atau dikenali sebagai bahasa rojak pada keratan akhbar tersebut. ‘Online’ merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud dalam bahasa Melayu ialah ‘atas talian’. Jadi, tajuk yang sepatutnya diletakkan pada surat khabar tersebut ialah ‘Bayar Atas Talian Berkesan’. Seterusnya, berdasarkan rajah 2, kata majmuk hak milik tidak boleh ditulis secara rapat. Jadi, baner tersebut perlu disemak ejaan semula supaya tidak berlaku kesalahan ejaan dari segi hukum tatabahasa dan sebagainya.


2. MEDIA ELEKTRONIK


2. MEDIA ELEKTRONIK Gambar tangkap layar tersebut menunjukkan satu sebaran iklan baju raya. Di dalam iklan ini, terdapat banyak isu bahasa yang boleh dirungkaikan. Antaranya ialah pencampuran kod iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dicampuradukkan seperti ayat ‘Takde ke baju kurung afforable range below RM100’. Selain itu, banyak juga perkataan singkatan yang digunakan seperti ‘utk’ iaitu untuk, ‘dgn’ iaitu dengan, dan ‘yg’ iaitu yang. Pada masa kini, masyarakat beranggapan bahawa dengan adanya pencampuran kod ini adalah satu tren masa kini. Jadi perkara ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia dan amatlah membimbangkan dalam perkembangan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.


HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN Pada masa kini, kecenderungan rakyat Malaysia dalam menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian telah mendorong kepada kemerosotan perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa Melayu dicalarkan dengan pengaruh isu dialek, percampuran kod, bahasa Melayu baku dan kata pinjaman asing.


DIALEK Dialek dikenali sebagai loghat dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara dialekdialek yang selalu didengari adalah dialek Kedah, Kelantan, Terengganu dan banyak lagi.


DIALEK Dialek yang ditunjukkan pada rajah tersebut ialah dialek Kedah atau dialek utara. Antara perkataan dialek yang terdapat ialah ‘gak’ , ‘oqang’ , ‘mai’ , ’hat’ , ‘soqa’ , dan ‘gi’. Pengaruh dialek merupakan suatu yang tidak baik disisi masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, tidak semua orang faham dialek yang digunakan. Jadi, sesuatu komunikasi tidak akan berjalan dengan baik dan sempurna kerana apa yang hendak disampaikan itu, tidak difahami oleh pendengar.


PENCAMPURAN KOD Dikenali sebagai bahasa rojak dan berlaku apabila seseorang mmencampuradukkan bahasa atau dialek.


PENCAMPURAN KOD Berdasarkan tangkap layar tersebut, terdapat beberapa pencampuran kod yang telah dikenalpasti. Contohnya seperti ayat ‘sebab first day kelmarin’ , sepatutnya ayat yang digunakan ialah ‘sebab hari pertama semalam’ , ‘So tak meriah lagi’ ayat yang sepatutnya digunakan ‘jadi tak meriah lagi’ , dan ‘maybe’ ialah mungkin. Pencampuran kod ini bukanlah satu kesalahan, tetapi lebih elok untuk kita menggunakan satu bahasa sahaja ketika bertutur. Sama ada menggunakan bahasa Melayu ataupun Inggeris.


BAHASA MELAYU BAKU Bahasa Melayu baku adalah sistem sebutan standard bahasa Melayu.


BAHASA MELAYU BAKU Isu yang didapati ialah penyingkatan perkataan. Antaranya ialah : Aq = Aku x = tak sbb = sebab dh = dah lps = lepas apa2 = apa-apa ja = sahaja


KATA PINJAMAN ASING Rajah tangkap layar di atas menunjukkan terdapat dua perkataan pinjaman bahasa Inggeris tetapi pengejaannya salah. agent = agen syampoo = syampu


4. RUMUSAN Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu. Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.


5. RUJUKAN Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah. PTS Publications. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nik Safiah Karim. (2015). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version