PANDUAN PEMBEKAL (UNIT PEROLEHAN DAN UNIT JURNAL PERPUSTAKAAN DR ABDUL LATIFF)
1. PENGENALAN
1.1 Unit Perolehan dan Unit Jurnal Perpustakaan Dr Abdul Latiff merupakan unit di bawah
Program Pembangunan Sumber, Perpustakaan UKM yang bertanggungjawab dalam proses
perolehan bahan perpustakaan.
1.2 Unit Perolehan memperolehi bahan bercetak (buku, ensiklopedia, kamus, atlas, manual,
kertas seminar/persidangan, tesis), bahan elektronik (e‐book) dan bahan pandang dengar
(VCD, DVD, CD‐ROM, Blu Ray, Filem).
1.3 Unit Jurnal PDAL memperolehi dan melanggan bahan terbitan bersiri bercetak (majalah,
jurnal) dan sumber maklumat eletronik (jurnal elektronik, pangkalan data, video dalam
talian).
2. MATLAMAT
Membangun, mendokumentasi dan menyelenggara bahan pengajaran dan penyelidikan dalam
semua bidang dan bentuk, sama ada bercetak, multimedia dan elektronik.
3. PIAGAM PELANGGAN
Menyedia dan menguruskan sumber maklumat yang berkualiti dan terkini dalam pelbagai
bidang pengajian.
4. OBJEKTIF KUALITI
a) Memastikan setiap bahan yang diterima siap diproses dalam masa yang ditetapkan.
b) Membina koleksi Perpustakaan UKM dalam pelbagai bidang dengan kadar penambahan
yang ditentukan.
5. SKOP
Perolehan meliputi bidang pengajian bagi pelajar dan kakitangan akademik untuk 3 fakulti iaitu
Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi serta buku umum.
6. PEMBEKAL
6.1 SYARAT MENJADI PEMBEKAL
a) Bertaraf bumiputera – berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
b) Berdaftar dengan Jabatan Bendahari UKM Kampus KL.
c) Membuat permohonan dengan perpustakaan.
d) Menyerahkan Profil Syarikat Terkini.
e) Menyerahkan salinan Sijil Taraf Bumiputera.
6.2 MAKLUMAT PEMBEKAL
a) Perlantikan pembekal secara bersurat.
b) Pembekal yang telah mendaftar perlu memperbaharui permohonan
pembekalan bahan setiap tahun.
c) Pembekal yang baru perlu mendaftar dan pihak perpustakaan perlu membuat
lawatan ke premis.
d) Penilaian prestasi akan dilakukan pada setiap akhir tahun. Prestasi dinilai
berdasarkan kriteria :
i. Kelicinan / kecekapan memenuhi pesanan.
ii. Kelicinan urusan invois.
iii. Penetapan harga yang betul.
iv. Laporan dan maklumbalas status pesanan terkini.
v. Mematuhi peraturan Perpustakaan UKM.
vi. Mematuhi Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan.
7. KATEGORI PESANAN
7.1 PESANAN PENENTUAN
a) Pembekalan bahan secara nota serahan amat digalakkan dan boleh dibuat
dengan syarat mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Pustakawan.
Bahan yang dibekalkan terdiri daripada penerbitan semasa dalam bidang‐bidang
yang telah ditentukan.
b) Penghantaran bahan pesanan penentuan, nota serahan dan invois serta kutipan
kembali nota serahan ditetapkan pada hari (Selasa, Rabu, Khamis) pada jam
(10.00 pagi hingga 3.30 petang)
c) Bahan pesanan penentuan yang TIDAK dipilih perlu diambil kembali dalam
tempoh masa 7 hari bekerja dari tarikh yang dimaklumkan.
d) Semua proses penghantaran perlu mendapat persetujuan pihak perpustakaan
terlebih dahulu sebelum penghantaran dilakukan.
e) Pembekal perlu membuat temujanji untuk berjumpa atau berbincang dengan
Pustakawan.
7.2 PESANAN BIASA
a) Pemilihan boleh dilakukan melalui kaedah:
I. Pemilihan dari Katalog Penerbit.
II. Pemilihan melalui Pesta Buku.
III. Pemilihan di bilik pameran (showroom) penerbit.
IV. Pemilihan di Kedai Buku / Gudang Penerbit.
b) Semua pesanan mesti dibekalkan dalam masa 3 bulan (bagi bahan dalam negara
luar negara)
c) Bahan yang TIDAK dibekalkan selepas 1 bulan perlu disusuli dengan laporan
status pesanan. Ia akan terbatal dengan sendirinya selepas 3 bulan tidak
dibekalkan.
d) Persetujuan perpustakaan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum
membekalkan pesanan “outdated” (selepas 6 bulan)
e) Semua pemilihan semasa pesta buku perlu mendapat pengesahan daripada
Pustakawan/Ahli Akademik terlebih dahulu sebelum pembekal boleh membuat
pesanan dengan penerbit. Pihak perpustakaan tidak akan menerima sebarang
penghantaran tanpa pengesahan ini.
7.3 URUSAN PEROLEHAN BAHAN
Alamat :
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300, Kuala Lumpur
Tel : 03‐92897475 Faks : 03‐26920603
Kakitangan Unit Perolehan :
Puan Rosnah binti Yusof (Ketua Perpustakaan)
Tel : 03‐92895449 Emel : [email protected]
Puan Norafida binti Nordin
Tel : 03‐92897322 Emel : [email protected]
Puan Nurfashihah Yahya
Tel : 03‐92897322 Emel : [email protected]
Kakitangan Unit Jurnal :
Encik Azhari bin Sahamir (Pustakawan)
Tel : 03‐92897494 Emel : [email protected]
Encik Mohd‐Al Hapiz bin Ab Halim
Tel : 03‐92897322 Emel : [email protected]