Sumbangan Tokoh dalam
Memartabatkan Bahasa Melayu:
MUNSYI ABDULLAH
Disediakan Oleh: Najihah Annur binti Mustaffa
Munsyi Abdullah
(Abdullah Abdul
Kadir)
Latar Belakang
Nama sebenar: Abdullah Abdul Kadir ( Abdullah Abdul Kadir Munshi)
● Dilahirkan pada tahun 1796 Masihi di Kampung Masjid Melaka.
● Meninggal dunia pada 1854 Masihi di Jeddah..
● Zaman beliau merupakan zaman di mana permulaan bagi perkembangan bahasa
Melayu moden.
● Beliau turut dikenali sebagai ‘Bapa Sastera Melayu Moden’.
● Beliau mendapat gelaran ‘Munsyi’ pada ketika usianya 11 tahun apabila beliau
berkebolehan untuk mengajar pendidikan agama Islam kepada askar-askar
Melayu di Melaka.
Maklumat
Tambahan
Gelaran ‘Munsyi’ merupakan pangkat atau gelaran
yang diberikan kepada golongan berkebolehan
tinggi dalam hal-hal kesusasteraan. Gelaran ini
menurut Kamus Bahasa Melayu, turut bersinonim
dengan ahli bahasa.
Beliau turut pernah Beliau pernah
berkhidmat sebagai guru mengajarkan bahasa
bahasa, jurubahasa, editor, ibunda kepada para
dan pengkritik sosial. tentera India dan British
Selain itu,
Antara karya biografinya Beliau mula bekerja dengan Beliau turut bekerja
yang terkenal ialah Hikayat bapanya dengan membantu sebagai seorang pentafsir
Abdullah dan Kisah bapanya menyalin
Pelayaran Abdullah. dokumen-dokumen penting dan jurutulis bagi Sir
Stamford Raffles
❖ Hasil Karya Kesusasteraan Abdullah
Munsyi …
Biografi : Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah
Koleksi Syair: Syair Singapura Terbakar dan Syair Kampung Gelam Terbakar.
Lain-lain Karya: Dewa al- Kulub dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri
Jeddah (tidak tamat).
Karya yang pernah diterjemahkan: Hikayat Panca Tanderan (tulisan Hindi)
yang diubah judulnya kepada Hikayat Kalilah dan Daminah. Beliau turut
memperbaiki Sejarah Melayu dan Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu dalam
Segala Negeri.
Contoh Muka Depan Karya Munsyi
Abdullah
Kisah Hikayat Kisah
Pelayaran Abdullah Pelayaran
Abdullah ke Abdullah ke
Kelantan
Mekah
Pemikiran Munsyi Abdullah
terhadap bahasa Melayu
Munsyi Abdullah turut sedar akan kepentingan diwujudkan buku
mengenai nahu (cabang ilmu linguistik) bahasa Melayu. Menurut
beliau, nahu sesuatu bahasa belum tentu dapat menyelesaikan
masalah sesuatu bahasa tersebut. Hal ini diperkukuhkan lagi
apabila nahu sesuatu bahasa dikaji dan diteliti oleh orang asing
di mana bahasa ibunda mereka bukanlah bahasa Melayu. Kajian
yang dihasilkan mengenai bahasa Melayu juga bukanlah
berdasarkan kajian ilmiah, namun hanya sekadar untuk
kepuasan kepentingan tertentu.
Penulisan Munsyi Abdullah
Telah timbul isu yang mengatakan bahawa Munsyi Abdullah sepertinya bersikap
berat sebelah dengan memandang rendah terhadap masyarakat Melayu pada
ketika tersebut seperti yang disebut dia dalam karyanya Hikayat Abdullah. Perkara
ini dibangkitkan pengarang prolifik, Zainal Rashid Ahmad dalam sesi soal jawab
bersama Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh pada Forum
Bicara Tawarikh Talk: Munshi Abdullah Like atau Unfollow? Menurut Zainal Rashid,
kritikan Munshi Abdullah terhadap masyarakat Melayu perlu dikaji daripada aspek
antropologi dan sosiologi, bukannya dengan mencari kelemahan di luar teks,
terutama hubungan rapatnya dengan kolonial.Namun, Muhammad mengingatkan
sikap Munshi Abdullah yang memandang rendah terhadap budaya dan bangsanya
berlaku disebabkan kesan pengaruh kolonial. Beliau turut mengakui Munshi
Abdullah memberi sumbangan tersendiri kepada sastera terutama aspek bahasa
dan kewartawanan melalui laporan teliti terhadap pemerhatian di sekeliling
meskipun tiada pengarang Melayu era itu yang menjadi pengikut atau
menjadikannya rujukan penting.
Sekian,
terima
kasih…