The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sumbangan Tokoh dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 983-16-najihah, 2021-12-30 05:29:43

Asmah Hj. Omar

Sumbangan Tokoh dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Keywords: asmah hj. omar

Usaha Tokoh dalam
Memartabatkan Bahasa Melayu:

Asmah Hj. Omar

Disediakan Oleh: Najihah Annur binti Mustaffa

Prof. Emeritus
Dato’ Dr Asmah
Haji Omar

Latar Belakang

Nama sebenar: Asmah binti Hj. Omar
➔ Tarikh lahir: 5 Mac 1940
➔ Tempat lahir: Jitra, Kedah
➔ Pendidikan (Pengajian Tinggi):

1. Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia,
Jakarta, 1961.

2. Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta,
1963.

3. Ph. D. dalam General Linguistics, University of London, 1969.
4. Doktor Persuratan (D. Litt.) Linguistik Melayu, Universiti Malaya, 1998

Lagi Mengenai Asmah Hj. Omar..

➔ Beliau pernah memegang pelbagai jenis jawatan merangkumi jawatan di
dalam hal akademik mahupun pentadbiran.
Sebagai contoh:
Penolong Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1963-1966.
Profesor Emeritus Bahasa Melayu, Universiti Malaya, Konvensyen 2000.
Penyelia Tesis Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran
Pengarah, Institut Peradaban Melayu,UPSI
Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya.

Sumbangan Asmah Hj. Omar

Beliau telah pun menghasilkan lebih daripada 60 lebih buah buku .

Pencapaian yang luar biasa ini menempatkan nama Asmah Hj. Omar sebagai pendeta bahasa
yang menjadi rujukan ahli-ahli bahasa serta golongan akademik.

Beliau menyediakan susur galur serta pemahaman tentang bahasa Melayu yang lengkap
melalui karyanya seperti Ensiklopedia Bahasa Melayu. Buku tersebut memperlihatkan
perkembangan bahasa Melayu

Asmah Haji Omar memperlihatkan keluasan dan kekayaan ilmu beliau. Walaupun bukan
ahli linguistik sejarahwi, beliau memberikan fakta yang lengkap tentang perkembangan
sejarah bahasa Melayu. Dalam pada itu beliau juga turut memberikan sumbangan besar
dalam pengajian bahasa Melayu dalam manuskrip lama atau karya agung bangsa Melayu

Selain sumbangan beliau dalam dunia akademik
dan kesarjanaan, beliau turut terlibat

menganggotai agensi dan jawatankuasa penting
yang membina bahasa Melayu sebagai bahasa

moden pada hari ini.

Pemikiran Asmah Hj. Omar

Penyelidikan beliau bukan sahaja terhad kepada bahasa Melayu di
Semenanjung Malaysia malah turut membuat banyak penyelidikan
tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Antara buku
kajiannya tentang hal ini ialah “The Iban Language of Sarawak: A
Grammatical Description”, merupakan tesis kedoktoran beliau yang

diserahkan kepada University of London pada tahun 1969 dan
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.

Contoh Karya Asmah Hj. Omar

Susur Galur Nahu Melayu Bahasa Dan
Bahasa Melayu Mutakhir Alam
Edisi Kedua
Edisi Kelima Pemikiran
Melayu

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version