SENARAI TUGAS KAKITANGAN BIL TUGAS 1. PENGETUA 2. PENYELIA PERKASA 3. PEGAWAI AKAUN 4. SETIAUSAHA KERJA 5. WARDEN ASRAMA 6. TUKANG MASAK 7. PEKERJA AM (TUKANG KEBUN) 8. PEKERJA AM (TUKANG SAPU) 9. PENGAWAL KESELAMATAN
1. PENGETUA 1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Jawatankuasa Asrama Darul Falah dalam melaksanakan apa juga tugas dan arahan yang diputuskan oleh pihak pengurusan Darul Falah. 2. Berperanan sebagai pentadbir, pengurus dan pemimpin yang bertanggungjawab secara keseluruhan berkaitan pengurusan, pentadbiran asrama, penghuni, program dan aktiviti di asrama, kebersihan, keceriaan ,keselamatan dan semua yang berkaitan di asrama Darul Falah. 3. Memastikan semua kakitangan asrama melaksanakan tugas yang diamanahkan mengikut bidang tugas masing-masing. 4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh jawatankuasa Asrama Darul Falah dari semasa ke semasa.
2. PENYELIA PERKASA 1. Bertanggungjawab kepada Yang Dipertua PERKASA dan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Bertanggungjawab dan menyelia semua kenderaan dapat digunakan dengan selamat. 3. Memastikan setiap kenderaan diselenggara mengikut tempoh dan jarak perjalanan yang disyorkan. 4. Bertanggungjawab mengurusakan rekod penggunaan kenderaan, cukai jalan dan insurans setiap kenderaan masih sah dan sentiasa diperbaharui. 5. Bertanggungjawab menguruskan aset-aset dan projek-projek PERKASA. 6. Bertanggungjawab menyelia semua ladang PERKASA bagi memastikan syarat-syarat pajakan sentiasa dipatuhi. 7. Membantu pengurusan asrama ketika diperlukan. 8. Menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain yang diarahkan oleh pentadbir PERKASA dari semasa ke semasa.
3. PEGAWAI AKAUN 1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan menjalankan apa jua tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Menguruskan segala urusan kewangan PERKASA dan Darul Falah dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. 3. Menyedia dan mengurus dan mengemaskini segala dokumen & rekod kewangan. 4. Menyediakan laporan kewangan bagi setiap bulan atau bila-bila masa yang diperlukan oleh pihak pengurusan. 5. Bertanggungjawab bagi memastikan semua perkara berkaitan dengan kewangan diuruskan dengan baik,teratur dan selamat. 6. Bertanggungjawab untuk membuat punggutan tabung derma Asrama Darul Falah bersama dengan pembantu-pembantu yang ditetapkan. 7. Menguruskan Sewaan Dewan PERKASA 8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
4. SETIAUSAHA KERJA 1. Bertanggungjawab kepada Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat, Semua Ahli Jawatankuasa dan pengetua dalam menjalankan apa jua tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Mengurus,mengemaskini dan mengawal sistem fail, rekod-rekod stok & aset dokumen lain-lain berkaitana. 3. Mengemaskini maklumat keahlian PERKASA dan Informasi PERKASA/Darul Falah dalam laman sosial. 4. Menyediakan surat rasmi,menyediakan laporan-laporan dan borang-borang serta dokumen-dokumen berkaitan. 5. Merekod semua surat dan lain-lain dokumen yang diterima dan dimasukkan dalam fail berkenaan serta diedar kepada pengetua dan staf untuk tindakan. 6. Menyediakan laporan-laporan dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk mesyuarat PERKASA dan Asrama Darul Falah. 7. Bertindak sebagai urusetia dan pencatat minit untuk mesyuarat PERKASA dan Asrama Darul Falah. 8. Membantu membuat pungutan tabung derma Asrama Darul Falah Bersama dengan lain-lain kakitangan yang ditetapkan. 9. Melaksanakan tugas lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
5. WARDEN ASRAMA 1. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam melaksanakan apa jua tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat sepanjang masa ( 24 jam ). 3. Bertanggungjawab mengurus semua aktiviti penghuni, disiplin, kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik-bilik penghuni. 4. Berperanan sebagai pegawai perhubungan/penjaga kepada penghuni bagi pihak Asrama Darul Falah dalam berurusan dengan pihak-pihak luar seperti sekolah dan keluarga penghuni. 5. Memastikan semua penghuni cukup dan bersedia setiap masa (15 minit) sebelum sesuatu program dilaksanakan. 6. Membantu melatih dan membimbing penghuni dalam bidang pendidikan, kerohanian terutama sebagai Imam dan Bilal di surau serta menguruskan aktiviti keagamaan di surau. 7. Bertanggungjawab menghantar dan mengambil penghuni di sekolah dan lain-lain destinasi yang diperlukan. 8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan Asrama Darul Falah dari semasa ke semasa.
6. TUKANG MASAK 1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Memastikan penyediaan makan minum diuruskan dengan baik mengikut jadual, menu yang disediakan, bersih dan permakanan yang berkualiti. 3. Memastikan bahan mentah yang digunakan adalah dalam keadaan baik, selamat dan persekitaran yang bersih. 4. Memastikan bahan mentah yang diterima berkeadaan baik, berkualiti, selamat dan cukup. 5. Sentiasa berpakaian yang lengkap dan sesuai pada setiap masa ketika berada di lokasi bertugas. 6. Memastikan keselamatan tempat memasak dan dewan makan setiap masa. 7. Merekodkan stok peralatan dan stok makanan & bahan-bahan di dapur pada setiap masa. 8. Melaksanakan tugas lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
7. PEKERJA AM ( TUKANG KEBUN ) 1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Bertanggungjawab sepenuhnya bagi menjaga kawasan Asrama Darul Falah supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan ceria. 3. Menanam, membaja, menyiram serta menyelenggara pokok-pokok, bunga -bungaan,kebun sayur dan tanaman yang ada di dalam kawasan asrama sentiasa bersih,indah dan ceria. 4. Menjaga, membersih dan menceriakan kolam hiasan. 5. Menjaga, mengawasi peralatan dan merekod stok peralatan pekerja setiap masa. 6. Membantu pihak asrama dengan membaiki sebarang kerosakan kecil di asrama termasuk kerja-kerja pembaikian paip air,menukar kunci,kerosakan pintu ,menukar lampu dan lain-lain. 7. Menguruskan segala kelengkapan di Dewan PERKASA dan lainlain bagi menjayakan majlis-majlis yang diadakan di Kompleks Asrama Darul Falah. 8. Membantu pihak asrama dengan memberikan khidmat kepada penghuni lelaki dan perempuan apabila berlaku kecemasan terutama berkaitan dengan serangan penyakit dan lain-lain kemalangan. 9. Memberi khidmat sokongan dan pertolongan yang sepenuhnya kepada Asrama Darul Falah dalam mengendalikan apa-apa jua program dan aktiviti semasa dan di luar waktu bertugas. 10. Memandu kenderaan Asrama Darul Falah pada bila-bila masa yang diperlukan. 11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
8. PEKERJA AM ( TUKANG SAPU ) 1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang ditetapkan. 2. Bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebersihan kawasan Asrama Darul Falah dan semua dewan/bilik berkaitan,tandas dan lain-lain supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. 3. Menjaga, mengawasi peralatan dan merekod stok peralatan pekerja setiap masa. 4. Menguruskan segala kelengkapan di Dewan PERKASA dan lainlain bagi menjayakan majlis-majlis yang diadakan di Kompleks Asrama Darul Falah. 5. Membantu pihak asrama dengan memberikan khidmat kepada penghuni perempuan apabila berlaku kecemasan terutama berkaitan dengan serangan penyakit dan lain-lain kemalangan. 6. Memberi khidmat sokongan dan pertolongan yang sepenuhnya kepada Asrama Darul Falah dalam mengendalikan apa-apa jua program dan aktiviti semasa dan di luar waktu bertugas. 7. Membantu memungut tabung derma Asrama Darul Falah Bersama dengan kakitangan yang lain mengikut jadual yang ditetapkan. 8. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
9. PENGAWAL KESELAMATAN 1. Memastikan keselamatan kompleks Asrama Darul Falah selamat sepanjang masa. 2. Memastikan setiap pelawat yang masuk perlu dicatat butir -butir kenderaan yang perlu dalam buku pelawat yang disediakan. 3. Memastikan semua penghuni mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah ditetapkan. 4. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang telah ditetapkan sahaja atau setelah mendapat kebenaran dari YDP/SU/pengetua pada waktu diluar waktu lawatan. 5. Mencatatkan laporan bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat rondaan bagi memastikan kawasan asrama selamat. Buku laporan hendaklah dihantar kepada Pengetua & Pengurusan untuk semakan pada setiap akhir bulan. 6. Segera menghubungi pengetua jika terdapat pelawat yang mencurigakan atau menghubungi polis jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam keselamatan. 7. Waktu bertugas yang ditetapkan 3 shif iaitu :- i. 8.30 pagi hingga 4.30 petang ii. 4.30 petang hingga 12.30 pagi iii. 12.30 pagii hingga 8.30 pagi 8. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki memakai pakaian seragam yang kemas dan lengkap berkasut seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama. 9. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki segera menghubungi polis atau bomba jika berlaku kes-kes jenayah kebakaran atau keskes lain yang serius.
10. Pengawal keselamatan yang bertugas sebelah malam hendaklah memastikan semua pejabat berkunci terutama pada waktu malam. 11. Tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan asrama.