PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM (PERKASA) TERENGGANU
ASRAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL FALAH
KG.PADANG PAK SU MAN, BUKIT PAYONG,
21400, MARANG, TERENGGANU
SENARAI TUGAS KAKITANGAN
(Kemas kini 2022)
1 | SENARAI TUGAS
BIL JAWATAN MUKA SURAT
1 Pengetua 3-5
2 Penyelia PERKASA 5
3 Penyelia Asrama 5-6
4 Pegawai Akaun 6-7
5 Setiausaha Kerja 7-8
6 Warden 8-10
7 Tukang Masak
8 Pekerja Am (Tukang Kebun) 10-11
9 Pekerja Am (Tukang Sapu) 11-12
10 Guru Agama 12-13
11 Pengawal Keselamatan
12 Pemandu 14
15-16
16-17
2 | SENARAI TUGAS
1. PENGETUA
1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Jawatankuasa Asrama Darul Falah
dalam melaksanakan apa juga tugas dan arahan yang diputuskan melalui
pihak pengurusan Darul Falah.
2. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat sepanjang masa
(24 jam).
3. Bertanggungjawab memastikan tahap pentadbiran dan pengurusan
Asrama Darul Falah sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur.
4. Bertanggungjawab secara keseluruhan berkaitan dengan
kebersihan,keceriaan dan keselamatan Asrama Darul Falah.
5. Bertanggungjawab bagi memberi pendidikan dan penjagaan yang sebaik
mungkin bagi memastikan penghuni mempunyai nilai akhlak dan peribadi
yang mulia, berdisiplin dan pencapaian dalam akademik yang cemerlang.
6. Menyelia tugas semua kakitangan asrama bagi memastikan semua
kakitangan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin serta mencapai
tahap sasaran dan matlamat seperti yang telah ditetapkan disamping
berpandukan pada jadual bertugas dan arahan yang telah diberikan.
7. Bertanggungjawab di atas apa jua berkaitan dengan urusan pembelian,
perolehan dan pelupusan barangan dan peralatan untuk kegunaan asrama
dan para penghuni termasuk bahan makanan, serta mengemaskini semua
rekod pembelian dan pelupusan.
8. Bertanggungjawab sepenuhnya mendaftar semua aset Asrama Darul Falah
termasuk eset alih,tak alih dan inventori.
9. Bertanggungjawab bagi mengurus dan mengatur penggunaan kemudahan
dan peralatan yang ada di Asrama Darul Falah seperti
kenderaan,bangunan asrama,dewan makan,surau dan lain-lain yang
merupakan aset Asrama Darul Falah.
10. Bertanggungjawab menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan
tahunan,mengurus seperti pendapatan daripada sumbangan derma dan
lain-lain pendapatan,perbelanjaan untuk gaji,elaun,perbelanjaan penghuni
dan lain-lain berkaitan pembangunan dan pentadbiran Asrama Darul Falah.
3 | SENARAI TUGAS
11. Menyelia dan memastikan makanan yang disediakan di dewan makan
dalam keadaan baik,bersih dan mengikut menu.
12. Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila menerima laporan kerosakan
asrama daripada Timbalan pengetua atau kakitangan asrama.
13. Menyelia dan memastikan semua peralatan Asrama Darul Falah sentiasa
berkeadaan baik dan selamat.
14. Menyelia bagi memastikan kesihatan penghuni Asrama Darul Falah
sentiasa baik dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat kes-
kes bahaya.
15. Mengemaskini dan merekodkan maklumat asas/peribadi semua penghuni
Asrama Darul Falah.
16. Menyelia kemudahan di bilik sakit penghuni Asrama Darul Falah.
17. Bertanggungjawab bersama tentang keselamatan Asrama Darul Falah dan
mengambil tindakan segera dan sewajarnya jika ada kes-kes kecemasan
dan mengancam keselamatan.
18. Merancang dan melaksanakan program,aktiviti dan mengadakan kelas-
kelas fardhu ain,kelas quran,kelas komputer,aktiviti
kokurikulum,sukan,riadah dan lain-lain.
19. Menyelia bagi memastikan semua aktiviti penghuni Asrama Darul Falah
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengurusan.
20. Sentiada berada bersama penghuni dari 6.30 am hingga 7.30 am pada hari-
hari persekolahan bagi memastikan penghuni Asrama Darul Falah ke
sekolah mengikut jadual.
21. Sentiasa ada bersama penghuni Asrama Darul Falah semasa jadual
mengulangkaji jam 9.00 pm hingga 10.30 pm bagi memastikan semua
penghuni mengikuti jadual ulangkaji.
22. Sentiasa ada bersama penghuni Asrama Darul Falah semasa program
kuliah maghrib diadakan di surau Asrama Darul Falah untuk memastikan
penghuni mengikuti kuliah yang diadakan.
23. Menyelia dan mengatur jadual/aktiviti khas penghuni Asrama Darul Falah
dihari cuti seperti gotong royong dan hadir bersama untuk menjayakan
program yang diatur.
24. Membuat kutipan pungutan tabung derma Asrama Darul Falah.
4 | SENARAI TUGAS
25. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Jawatankuasa Asrama Darul Falah dari
semasa ke semasa.
2. PENYELIA PERKASA
1. Bertanggungjawab kepada Yang Dipertua PERKASA dan melaksanakan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Membantu pengetua Asrama Darul Falah untuk memastikan tahap
pentadbiran dan pengurusan asrama sentiasa berada dalam keadaan baik
dan teratur.
3. Bertanggungjawab dan menyelia semua kenderaan dapat digunakan
dengan selamat.
4. Memastikan setiap kenderaan diselenggara mengikut tempoh dan jarak
perjalanan yang disyorkan.
5. Memastikan cukai jalan dan insurans setiap kenderaan masih sah dan
sentiasa diperbaharui.
6. Bertanggungjawab kepada bangunan PERKASA yang disewa dan
diselenggara jika ada sebarang kerosakan.
7. Bertanggungjawab kepada pengerusi PERKASA untuk menyelia semua
ladang PERKASA bagi memastikan syarat-syarat pajakan sentiasa
dipatuhi.
8. Menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain yang diarahkan oleh pentadbir
PERKASA dari semasa ke semasa.
3. PENYELIA ASRAMA
1. Bertanggungjawab kepada pengetua Asrama Darul Falah dan bertindak
menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua.
2. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat sepanjang masa (24
jam).
3. Membantu pengetua untuk memastikan tahap pentadbiran dan pengurusan
Asrama Darul Falah sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur.
4. Bersama-sama pengetua bertanggungjawab secara keseluruhan berkaitan
dengan kebersihan,keceriaan dan keselamatan Asrama Darul Falah.
5 | SENARAI TUGAS
5. Membantu menyelia tugas kakitangan Asrama Darul Falah bagi
memastikan semua kakitangan menjalankan tugas dengan sempurna dan
memuaskan.
6. Membantu mengatur,menyelia dan memantau tugasan warden bagi
memastikan semua asrama,dewan makan,surau dan lain-lain sentiasa
dalam keadaan bersih,ceria dan selamat bagi kegunaan penghuni,pelawat
dan pihak pengurusan.
7. Melaporkan segala kerosakan kemudahan,peralatan Asrama Darul Falah
kepada pengetua.
8. Membantu menyelia bagi memastikan semua peralatan Asrama Darul
Falah sentiasa berkeadaan baik dan selamat.
9. Membantu meyelia bagi memastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan
melaporkan kepada pengetua jika terdapat kes-kes yang bahaya.
10. Melaporkan segera kepada pengetua dan mengambil tindakan yang
sewajarnya jika berlaku kes-kes kecemaan dan mengancam keselamatan.
11. Mengemaskini dan merekodkan penghuni-penghuni yang sakit.
12. Membantu dan menyelia kemudahan di bilik sakit penghuni.
13. Bertanggungjawab bersama tentang keselamatan Asrama Darul Falah.
14. Membantu menyelia bagi memastikan semua aktiviti penghuni Asrama
Darul Falah dilaksanakan mengikut jadual.
15. Membantu,menyelia,mengatur jadual/aktiviti khas penghuni asrama dihari
cuti seperti gotong royong dan hadir bersama untuk menjayakan program
yang diatur.
16. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh jawatankuasa Asrama Darul Falah dari
semasa ke semasa.
4. PEGAWAI AKAUN
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan menjalankan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Bertugas selama 6 hari seminggu/48 jam seminggu dengan tempoh waktu
bertugas 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
3. Membantu kerja-kerja Bendahari Kehormat berkaitan dengan hal ehwal
kewangan.
6 | SENARAI TUGAS
4. Membantu mengemaskini dan mengawal sistem kewangan dengan
menggunakan pelbagai rekod yang ada dalam sistem komputer.
5. Membantu dan merekod mengenai semua kemasukan dan pengeluaran
wang.
6. Membantu menerima semua bayaran dan sumbangan derma wang tunai
seterusnya mengeluarkan resit rasmi atas setiap penerimaan wang.
7. Bertanggungjawab menulis dan mengeluarkan sijil penghargaan kepada
penderma.
8. Membantu menyediakan baucer untuk semua urusan pembayaran.
9. Membantu menyedia,mengurus dan mengemaskini buku tunai,lejer dan
lain-lain dokumen berkaitan dengan hal ehwal kewangan.
10. Bersama-sama bertanggungjawab bagi memastikan semua wang tunai
disimpan ditempat yang dijamin keselamatannya.
11. Bersama-sama bertanggungjawab atas urusan kemasukan wang di bank
dan memastikan keselamatannya.
12. Membantu menyediakan laporan kewangan bagi setiap bulan atau bila-bila
masa yang diperlukan oleh pihak pengurusan.
13. Bersama-sama bertanggungjawab bagi memastikan semua perkara
berkaitan dengan kewangan diuruskan dengan baik,teratur dan selamat.
14. Bertanggungjawb untuk membuat punggutan tabung derma Asrama Darul
Falah Bersama dengan pembantu-pembantu yang ditetapkan.
15. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
5. SETIAUSAHA KERJA
1. Bertanggungjawab kepada setiausaha kehormat dan pengetua dalam
menjalankan apa jua tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam menjalankan apa jua tugas
dan tanggungjawab yang ditetapkan.
3. Bertugas selama 6 hari seminggu /48 jam seminggu dalam tempoh waktu
bertugas 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu hingga Khamis).
4. Mengurus,mengemaskini dan mengawal sistem fail,rekod-rekod stok dan
lain-lain dokumen dan maklumat.
7 | SENARAI TUGAS
5. Menaip semua surat rasmi,menyediakan laporan-laporan dan borang-
borang serta dokumen-dokumen berkaitan.
6. Menyimpan semua bil-bil/invois barangan yang dipesan di dalam fail
tertentu.
7. Merekod semua surat-surat dan lain-lain dokumen yang diterima dan
dimasukkan dalam fail berkenaan serta diedar kepada pengetua untuk
tindakan.
8. Mengurus semua penghantaran surat-surat rasmi , lain-lain dokumen dan
barangan berkaitan.
9. Membantu dalam mengurus dan mengatur program dan aktiviti atau majlis
yang diadakan di Asrama Darul Falah.
10. Menyediakan laporan-laporan dan maklumat-maklumat yang diperlukan
untuk mesyuarat PERKASA dan Asrama Darul Falah.
11. Bertindak sebagai urusetia dan pencatat minit untuk mesyuarat PERKASA
dan Asrama Darul Falah.
12. Bertindak sebagai pemandu kenderan membawa pihak pentadbir untuk
urusan rasmi pejabat.
13. Membantu membuat pungutan tabung derma Asrama Darul Falah
bersama dengan lain-lain kakitangan yang ditetapkan.
14. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
6. WARDEN ASRAMA
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam melaksanakan apa jua tugas
dan tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat sepanjang masa
(24 jam).
3. Mengurus kemasukan penghuni baru ke Asrama Darul Falah.
4. Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-
penghuni asrama mematuhinya.
5. Bertanggungjawab keatas disiplin/peraturan Asrama Darul Falah dan
menentukan bahawa para penghuni mematuhi peraturan.
6. Bertanggungjawab ke atas kelakuan/tingkah laku penghuni asrama dam
memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
8 | SENARAI TUGAS
7. Mengawasi dan memantau supaya semua penghuni sentiasa berada
dalam keadaan kesihatan yang baik,selesa ,ceria dan selamat sepanjang
masa.
8. Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung
minggu,masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke bandar atau
balik ke rumah dengan mencatatkan ke dalam buku keluar masuk yang
disediakan.
9. Mengawasi dan memantau bilik-bilik asrama,dewan makan ,surau dan
lain-lain supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih,ceria serta
selamat sepanjang masa.
10. Melantik AJK asrama yang meliputi disiplin, kebersihan, keselamatan,
riadah, kebajikan dan agama.
11. Memastikan AJK yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan
berkesan.
12. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan
makanan di asrama seperti menu makanan,pengelolaan kebersihan
dewan makan,kebersihan pekerja dewan makan,mutu dan sukatan menu.
13. Bertanggungjawab melaporkan segala kerosakan peralatan asrama
kepada pengetua/penyelia.
14. Bertanggungjawab mengawasi kemajuan pelajaran para penghuni asrama
seperti memeriksa kad kemajuan,kelas tambahan,kelas
persediaan,memberi nasihat serta teguran untuk memperbaiki pencapaian
akademik penghuni asrama.
15. Sentiasa ada bersama penghuni sepanjang tempoh bertugas (on duty).
16. Mengawasi dan memantau program dan aktiviti serta kelas-kelas yang
diadakan diasrama seperti kelas tuisyen,kelas fardu ain,kelas
komputer,kelas quran,aktiviti kokurikulum,sukan riadah dan lain-lain untuk
memastikan semua penghuni mengikuti jadual yang diatur.
17. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika
terdapat penghuni yang sakit.
18. Bertanggungjawab menghubungi dan memaklumkan kepada ibu bapa
/penjaga mengenai masalah kesihatan para penghuni contohnya
Penghuni asrama dimasukkan ke hospital.
19. Berperanan sebagai pegawai perhubungan/penjaga kepada penghuni
bagi pihak Asrama Darul Falah dalam berurusan dengan pihak-pihak luar
seperti sekolah dan keluarga penghuni.
9 | SENARAI TUGAS
20. Bagi warden yang mempunyai lesen memandu hendaklah
bertanggungjawab menghantar dan mengambil penghuni di sekolah dan
lain-lain destinasi yang diperlukan.
21. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pengurusan Asrama Darul Falah dari
semasa ke semasa.
7. TUKANG MASAK
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Bertugas mengikut jadual yang diatur.
3. Memastikan makan/minum penghuni diuruskan dengan sebaik mungkin.
4. Memastikan makan/minum yang disediakan mengikut jadual dan masa
yang ditetapkan.
5. Memastikan makan/minum yang dihidangkan adalah berkualiti dan
mengikut menu yang ditetapkan serta bersih dan selamat dimakan.
6. Memastikan bahan mentah yang digunakan adalah dalam keadaan
baik,bersih dan selamat untuk di masak.
7. Memastikan Kawasan sekitar tempat memasak,tempat hidangan,tempat
makan serta peralatan memasak sentiasa bersih dan teratur.
8. Sentiasa menjaga kebersihan diri termasuk pakaian,tudung kepala,apron
dan lain-lain yang bersesuaian.
9. Memastikan bahan mentah yang belum digunakan disimpan di tempat yang
sesuai dan sentiasa berada dalam keadaan baik.Bahan yang telah rosak
dan luput tarikh hendaklah diasingkan dan dimaklum kepada pengetua
untuk pelupusan.
10. Makanan yang telah siap dimasak hendaklah disimpan ditempat yang
sesuai dibahagi dan dihidangkan makanan tersebut kepada penghuni
didalam tray masing-masing.
11. Sentiasa peka dan teliti dengan makanan yang didermakan oleh orang
ramai terutama dari segi kualiti dan tempoh penggunaanya bagi mengelak
berlakunya keracunan makanan.
12. Memastikan semua peralatan memasak mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan serta disimpan kemas ditempat
yang sesuai dan selamat selepas digunakan.
10 | SENARAI TUGAS
13. Sisa makan dan lain-lain bahan yang perlu dibuang hendaklah dimasukkan
ke dalam bag plastik dan dimasukkan ke dalam tong sampah tertutup untuk
dibuang.
14. Sebelum meninggalkan tugas pada hari berkenaan,pastikan kawasan
dapur berada dalam keadaan kemas dan bersih.Pastikan suis bekalan letrik
peralatan yang tidak perlu ditutup.Semua pintu,tingkap,grill hendaklah
dikunci.
15. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
8. PEKERJA AM (TUKANG KEBUN)
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Bertugas selama 6 hari seminggu/48 jam seminggu dengan tempoh waktu
bertugas 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu hingga Khamis).
3. Bertanggungjawab sepenuhnya bagi menjaga kawasan Asrama Darul
Falah supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria.
4. Memotong rumput dan membersihkan rumput-rumput yang dipotong sama
ada dipadang,ditepi pagar,diluar pagar dalam parit/longkang dan kawasan
sekitarnya.
5. Membersih bahagian longkang sekeliling asrama,dewan makan,surau dan
longkang tepi pagar asrama.
6. Membersih setiap kawasan jalan dan parit yang ada dalam kawasan
asrama dan di luar pagar asrama.
7. Menanam,membaja,menyiram serta menyelenggara pokok-pokok,bunga -
bungaan,kebun sayur dan tanaman yang ada di dalam kawasan asrama
sentiasa bersih,indah dan ceria.
8. Mengumpul dan membuang segala sampah sarap ditempat yang
dikhaskan.
9. Memastikan stok peralatan tukang kebun sentiasa lengkap dan cukup
sepertimana yang sepatutnya.
10. Menjaga dan mengawasi peralatan yang digunakan seperti mesen rumput
dan lain-lain peralatan tukang kebun supaya berada dalam keadaan baik
dan disimpan dengan baik dan selamat digunakan.
11. Mengamalkan penjimatan dalam penggunaan minyak dan sebagainya.
11 | SENARAI TUGAS
12. Membantu pihak asrama dengan membaiki sebarang kerosakan kecil di
asrama termasuk kerja-kerja pembaikian paip air,menukar kunci,kerosakan
pintu ,menukar lampu dan lain-lain.
13. Mengemas alat-alat perabot asrama yang tidak digunakan di tempat-tempat
yang dikhaskan.
14. Memastikan tidak ada alat-alat kegunaan Asrama Darul Falah terbiar di
merata-rata tempat.
15. Mengambl tindakan membersihkan segala apa jua perkara yang tidak
sedap mata memandang.
16. Mengemas dan menyusun serta mengatur meja dan kerusi dan lain-lain di
dewan makan atau lain-lain bilik dan tempat bila diperlukan khasnya apabila
ada majlis rasmi didaakan di Asrama Darul Falah.
17. Membantu pihak asrama dengan memberikan khidmat kepada penghuni
lelaki dan perempuan apabila berlaku kecemasan terutama berkaitan
dengan serangan penyakit dan lain-lain kemalangan.
18. Memberi khidmat sokongan dan pertolongan yang sepenuhnya kepada
Asrama Darul Falah dalam mengendalikan apa-apa jua program dan aktiviti
semasa dan diluar waktu bertugas.
19. Memandu kenderaan Asrama Darul Falah bila-bila masa yang diperlukan.
20. Hendaklah melaporkan kepada pengetua/pengurusan jika tempat
pembuangan sampah penuh atau menghubungi Majlis
Perbandaran/Daerah yang berhampiran (MDM).
21. Melaksanakan lan-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
9. PEKERJA AM (TUKANG SAPU)
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Bertugas selam 6 hari seminggu /48 jam seminggu dengan tempoh waktu
bertugas 8.00 pagi hngga 5.00 petang (Sabtu hingga Khamis ).
3. Bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebersihan kawasan Asrama
Darul Falah supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria.
4. Membersih semua bilik termasuk bilik pejabat, bilik pengetua, bilik
mesyuarat, bilik perpustakaan , stor dan lain-lain termasuk kawasan
asrama, dewan makan, surau , tandas dan lain-lain tempat yang difikirkan
sesuai.
12 | SENARAI TUGAS
5. Mengambil tindakan membersihkan segala apa jua perkara yang tidak
sedap mata memandang.
6. Memastikan tidak ada alat-alat kegunaan Asrama Darul Falah terbiar
dimerata-rata tempat dan hendaklah disimpan di stor peralatan yang telah
disediakan.
7. Mencuci persekitaran kawasan makan/minum yang telah digunakan oleh
penghuni termasuk sinki,lantai,meja dan sebagainya.
8. Membersih kawasan dalaman surau seperti kebersihan tempat
sembahyang,sejadah,karpet,penyusunan rak al-quran,buku-buku dan lain-
lain serta memastikan semua paip air,suis kipas dan lampu ditutup.
9. Membersih dinding,cermin,tingkap dan sawang-sawang di dewan
makan,surau,bilik-bilik seperti pejabat,bilik mesyuarat perpustakaan dan
lain-lain bangunan.
10. Memastikan semua stok peralatan tukang sapu ianya sentiasa cukup
sepertimana sepatutnya serta menyimpan semua peralatan selepas diguna
di tempat yang selamat untuk mengelakkan ianya rosak /hilang.
11. Mengamalkan penjimatan dalam penggunaan bahan-bahan pencuci dan
sebagainya.
12. Memastikan segala alat perabot Asrama Darul Falah disusun dengan
kemas
13. Mengemas dan menyusun serta mengatur meja dan kerusi dan lain-lain di
dewan makan atau lain-lain bilik dan tempat bila diperlukan khasnya apabila
ada majlis rasmi diadakan di Asrama Darul Falah.
14. Membantu pihak Asrama Darul Falah dengan memberikan khidmat kepada
penghuni lelaki dan perempuan apabila berlaku kecemasan terutama
berkaitan dengan serangan penyakit dan lain-lain kemalangan.
15. Memberi khidmat sokongan dan pertolongan yang sepenuhnya kepada
Asrama Darul Falah dalam mengendalikan apa-apa jua program dan aktiviti
semasa dan diluar waktu bertugas.
16. Membantu memungut tabung derma Asrama Darul Falah Bersama dengan
kakitangan yang lain mengikut jadual yang ditetapkan.
17. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
13 | SENARAI TUGAS
10. GURU AGAMA
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam menjalankan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Bertugas selama 6 hari seminggu /48 jam seminggu dengan tempoh waktu
bertugas serta menjadi iman 5 waktu kepada penghuni ( Sabtu hingga
Khamis).
3. Bertanggungjawab mengajar penghuni hal-hal keagamaan.
4. Mengadakan kelas quran setiap kali selepas solat ( zohor,asar dan isyak).
5. Bertindak sebagai guru kuliyah fardu ain selepas solat maghrib.
6. Bertanggungjawab memastiakan penghuni hadir 5 waktu solat dan kelas
quran dengan bantuan warden.
7. Merekod kedatangan penghuni mengaji quran dalam komputer sebelum
dibuat salinan untuk diserahkan kepada pengetua sebagai rujukan.
8. Membuat analisis tahap prestasi penghuni mengaji quran setiap bulan.
9. Mengatur program keagamaan seperti tahlil,solat hajat,solat qiamulai, solat
jenazah dan lain-lain sesuai.
10. Mengatur program atau majlis seperti maulidur rasul dan lain-lain majlis
keagamaan.
11. Merancang program keagamaan luar kawasan asrama.
12. Menentukan penghuni mematuhi peraturan pemakaian yang sesuai
semasa solat.
13. Menentukan semua suis-suis lampu/kipas surau dan pili air tandas ditutup
selepas digunakan.
14. Menentukan kebersihan surau/tandas surau berada dalam keadaan bersih
terutama susunan al-quran , sejadah dan yang berkaitan.
15. Sebarang kerosakan yang berlaku perlu dimaklumkan kepada Pengetua
untuk tindakan selanjutnya.
16. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
14 | SENARAI TUGAS
11. PENGAWAL KESELAMATAN
TATACARA AM PENGAWAL KESELAMATAN
1. Memastikan setiap pelawat yang masuk perlu dicatat butir -butir kenderaan
yang perlu dalam buku pelawat yang disediakan.
2. Memastikan semua penghuni mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah
ditetapkan.
3. Memastikan penghuni telah mendapat kebenaran dari pihak pengurusan
asrama (warden bertugas) untuk keluar atau pulang ke rumah.
4. Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran memasuki
kawasan asrama.
5. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang telah ditetapkan
sahaja atau setelah mendapat kebenaran dari YDP/SU/pengetua pada
waktu diluar waktu lawatan.
6. Segera menghubungi pengetua/penyelia jika terdapat pelawat yang
mencurigakan atau menghubungi polis jika berlaku sesuatu yang boleh
mengancam keselamatan.
TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Waktu bertugas yang ditetapkan 3 shif iaitu :-
BIL SHIF MULA TAMAT
1 8.30 pagi 4.30 petang
2 4.30 petang 12.30 tengah malam
3 12.30 tengah malam
8.30 pagi
3. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki hadir 10 minit lebih awal
sebelum memulakan tugas.
4. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki memakai pakaian seragam
yang kemas dan lengkap berkasut seperti yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan asrama.
5. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki membuat rondaan di semua
blok bangunan termasuk rumah kakitangan.
6. Pengawal keselamatan dikehendaki segera melapor kepada pihak
pengurusan Asrama Darul Falah mengenai apa jua kes yang berlaku yang
melibatkan aspek keselamatan penghuni.
15 | SENARAI TUGAS
7. Pengawal keselamatan dikehendaki merujuk kepada pihak pengurusan
asrama mengenai perkara-perkara yang menimbulkan keraguan dan
ketidakpastian mengenai apa jua yang berlaku atau tindakan yang perlu
diambil.
8. Pengawal keselamatan yang bertugas perlu membuat rondaan di sekeliling
pagar keselamatan asrama untuk memastikan keadaan pagar sentiasa
dalam keadaan baik dan melaporkan apa jua kerosakan atau terdapat
tanda-tanda berlaku pencerobohan dipagar berkenaan kepada pihak
pengurusan asrama.
9. Pengawal keselamatan bertugas hendaklah menghalang orang
perseorangan atau kumpulan yang mencurigakan dari masuk ke kawasan
asrama.
10. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki segera menghubungi polis
atau bomba jika berlaku kes-kes jenayah kebakaran atau kes-kes lain yang
serius.
11. Pengawal keselamatan yang bertugas sebelah malam hendaklah
memastikan hanya blokāblok tertentu sahaja lampu dinyalakan dan
menutup lampu dan kipas yang tidak diperlukan serta pastikan pejabat dan
bilik yang ditentukan berkunci dan jika berlaku keadaan yang meragukan
hendaklah segera menghubungi pihak pengurusan asrama.
12. Pengawal keselamatan yang bertugas sebelah malam hendaklah
memastikan semua lampu ditutup sebelum tamat waktu bertugas.
13. Pengawal keselamatan yang bertugas dikehendaki menyediakan laporan
bertulis harian untuk semakan pihak pengurusan asrama.
14. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak
pengurusan asrama.
12. PEMANDU
(KAKITANGAN YANG DIBAYAR ELAUN MEMANDU)
1. Bertanggungjawab kepada pengetua dan melaksanakan apa jua tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan.
2. Menghantar dan mengambil penghuni di sekolah dan lain-lain destinasi
yang berkaitan.
3. Memandu kenderaan Asrama Darul Falah bagi setiap urusan rasmi yang
melibatkan jawatankuasa pengurusan,kakitangan dan semua orang yang
ada hubungan dengan program dan aktiviti yang ditentukan.
16 | SENARAI TUGAS
4. Memastikan kenderaan dan peralatan di bawah jagaan berada dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
5. Memastikan semua kenderaan dalam keadaan bersih dalaman dan luaran
dan selesa untuk digunakan.
6. Memastikan cukai jalan dan insurans perlindungan kenderaan masih sah
dan sentiasa diperbaharui.
7. Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan.
8. Bertanggungjawab mengemaskini buku log kenderaan dan memasukkan
kenderaan ke bengkel untuk tujuan pemeriksaan dan selenggara.
9. Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalanraya dan mematuhi
pengendalian borang laporan kemalangan.
10. Memberi khidmat sokongan dan pertolongan yang sepenuhnya kepada
Asrama Darul Falah dalam mengendalikan apa-apa jua program dan aktiviti
semasa dan diluar waktu bertugas.
11. Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh pentadbiran
Asrama Darul falah dari semasa ke semasa.
BAGI MEMASTIKAN KENDERAAN DAPAT DIGUNAKAN DENGAN SELAMAT
1. Kenderaan hendaklah diservis mengikut tempoh dan jarak yang disyorkan
oleh pembuat kenderaan.
2. Melaporkan segera kepada pegawai kenderaan jika berlaku apa-apa
kerosakan.
3. Sebelum enjin dihidupkan paras minyak selinder enjin,minyak
brek,cluth,air radiator,air bateri,angin tayar semuanya mencukupi,tali
kipas,semua cermin dan lampu dibersihkan.
4. Selepas enjin dihidupkan pastikan brake,lampu brek, lampu isyarat,
lampu meter, changing, wiper, lampu kenderaan, meter minyak, hand
brake, hon dan meter suhu berfungsi dengan baik.
5. Memastikan minyak bahan api sentiasa mencukupi bagi kegunaan rasmi.
17 | SENARAI TUGAS
TAMAT
Selamat Membaca
18 | SENARAI TUGAS