MOTTO ASRAMA SKTS MURID CEMERLANG ASRAMA GEMILANG VISI ASRAMA SKTS MENUJU KE ARAH MENINGKATKAN PENGURUSAN, KECEMERLANGAN PRESTASI PENDIDIKAN DI BIDANG KOKURIKULUM, PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH PENGHUNI ASRAMA
MISI ASRAMA SKTS 1) MELAKSANAKAN PENGURUSAN ASRAMA YANG CEKAP DAN BERKESAN. 2) MEMASTIKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM YANG CEMERLANG 3) MELAHIRKAN WARGA ASRAMA YANG BERDISIPLIN TINGGI, BERAKHLAK MULIA DAN BERKETERAMPILAN 4) MENGUKUHKAN PEMUAFAKATAN IBUBAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT.
PIAGAM PELANGGAN ASRAMA SKTS Kami Tenaga Pentadbir dan Pengurus Asrama Sekolah ini berikrar melaksanakan perkara-perkara di bawah untuk meningkatkan mutu pendidikan pelajar melalui : 1) Menjaga dan mendidik pelajar seperti anak sendiri 2) Memfokuskan seluruh aspek pengurusan asrama ke arah kecemerlangan pendidikan dan keunggulan penghuni asrama 3) Melaksanakan amalan keadilan dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang keluarga 4) Menggalakkan budaya musyawarah antara pihak asrama dan ibu bapa dalam hal pendidikan 5) Mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan sebarang masalah pelajar
CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN ASRAMA SK TUMUNDA SALIMANDUT KOTA MARUDU TAHUN 2023 / 2024 GURU BESAR EN. AMIRUDDIN ABDULLAH PENOLONG KANAN PENTABDIRAN PN. SITI YUSMINAH SRI BINTI YUNUS PENOLONG KANAN HEM PN. KATIRIN TULAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM EN. HIEW YUN LOI @ ROLAND UNIT KEAGAMAAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA SK TUMUNDA SALIMANDUT KOTA MARUDU PENGERUSI EN AMIRUDDIN ABDULLAH GURU BESAR NAIB PENGERUSI 1 PN SITI YUSMINAH SRI BINTI YUNUS PENOLONG KANAN PENTABDIRAN NAIB PENGERUSI 2 EN. HIEW YUN LOI @ ROLAND PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TIMBALAN PENGERUSI PN KATIRIN TULAS PENOLONG KANAN HEM SETIAUSAHA PN NUR AFIFAH BINTI BENSUI PENYELIA ASRAMA AHLI JAWATANKUASA WARDEN UNIT ASRAMA UNIT DISIPLIN UNIT KAUNSELING UNIT AGAMA PERKHIDMATAN KESELAMATAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK PN. JUITA MARAS PN. MOLEY BINTI MASADOR EN. ABDUL LATIF ABDUL FATTAH PN. SANIMAH OHSOU (PPMA) PN. MOLEY BINTI MASADOR (PPMA) PN. NUR AFIFAH BENSUI (PA) PN. YANIDAH MAJANUN PN. JAMINAH KOTUNG
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA A. TANGGUNGJAWAB GURU BESAR Guru Besar perlu melaksanakan / menyediakan perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran asrama iaitu :- 1 Dasar ➢ Visi dan Misi ➢ Falsafah dan Matlamat ➢ Peraturan Asrama ➢ Pengambilan dan Pemilihan Murid Asrama 2 Pengurusan dan Pentadbiran Asrama ➢ Penasihat semua jawatankuasa di asrama. ➢ Menyediakan Struktur Organisasi Pengurusan Asrama. ➢ Mengagihkan tugas kakitangan asrama. ➢ Menguruskan pelantikan warden. ➢ Menyediakan dan mengawalselia Pejabat Pentadbiran Asrama dan Rumah Warden. ➢ Mengurus, memantau dan menguatkuasa Kontrak Bekalan Makanan Bermasak / Mentah, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Perkhidmatan Pembersihan kawasan. ➢ Mengurus pembangunan dan penyelenggaraan fizikal bangunan, peralatan dan kemudahan asrama. ➢ Memaklumkan dan menghantar semua laporan yang berkaitan dengan kes-kes keracunan makanan, dendaan dan kes-kes yang melanggar perjanjian kontrak penswastaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. 3 Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan ➢ Menentukan keperluan peruntukan asrama dan Anggaran Belanja Mengurus mencukupi. ➢ Memastikan kewangan asrama diurus mengikut kehendak Pekeliling Kewangan. ➢ Mengawalselia semua pungutan yuran asrama. ➢ Mengurus pembayaran tuntutan bekalan makanan bermasak / mentah kepada pembekal setiapdua minggu sekali. ➢ Memastikan semua jenis pembayaran dijelaskan oleh kontraktor atau pihak lain (seperti pihak yang menyewa bangunan asrama)kepada asrama supaya tidak berlaku Akaun Belum Terima (ABT). ➢ Memastikan pihak kontraktor telah menjelaskan semua tanggungan yang berkaitan dengan asrama seperti bil air, bil elektrik, kerosakan peralatan dan premis sebaik sahaja kontrak tamat. 4 Pengurusan Murid Asrama 1 Akademik ➢ Memastikan Jadual Harian Murid Asrama dirancang dan disediakan secara sistematik. ➢ Memastikan jadual Kelas Persediaan (Prep) dipatuhi sepanjang masa. ➢ Melantik warden yang bertanggungjawab menyelia perjalanan jadual ’prep’setiap hari. ➢ Menyedia tempat ’prep’ yang selesa. ➢ Merancang dan melaksanakan kelas tambahan. ➢ Menyediakan perpustakaan, buku rujukan, komputer serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. ➢ Merangka, merancang, melaksana, memantau dan menilai program peningkatan dan kecemerlangan akademik menerusi perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang.
2 Disiplin ➢ Memastikan peraturan asrama dipatuhi oleh murid dan waris serta dikuatkuasakan pelaksanaannya. ➢ Menyediakan sistem pemantauan displin yang sesuai dan mampu menangani permasalahan murid asrama. 3 Kokurikulum Dan Sukan ➢ Memastikan semua murid asrama mengambil bahagian dalam semua aktiviti kokurikilum dan sukan di asrama. ➢ Menyediakan kemudahan, tempat dan perlatan yang mencukupi. ➢ Menyediakan jurulatih dan pembimbing. ➢ Mengadakan pertandingan antara ’dormitori’ dan asrama. ➢ Mengadakan lawatan sambil belajar / integrasi / program pertukaran murid. ➢ Memastikan murid asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar. 4 Pembangunan Sahsiah ➢ Mengadakan kursus-kursus motivasi, kepimpinan dan ketahanan diri. ➢ Mengadakan kelas Fardhu Ain. ➢ Menganjurkan majlis-majlis sempena hari kebesaran Islam. ➢ Mengadakan program penghayatan sempena hari kemerdekaan / kebesaran negara. 5 Kebajikan ➢ Mempastikan kebajikan murid asrama dititikberatkan seperti penyediaan tempat tinggal yang kondusif. ➢ Memastikan murid asrama yang sakit diberikan rawatan yang sewajarnya. ➢ Memastikan tempat tinggal warden dalam keadaan yang selamat dan selesa. ➢ Mewujudkan Tabung Kebajikan Murid Asrama (mesti mendapat kelulusan Jabatan PelajaranNegeri). ➢ Menubuhkan Majlis Perwakilan Ibubapa yang terdiri daripada ibubapa / waris murid. 6 Surat Pekeliling Ikhtisas ➢ Memahami dan melaksanakan Surat Pekeliling Ikhtisas dan arahan berkaitan dengan asrama. B. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ➢ Melaksanakan program peningkatan akademik murid asrama. ➢ Pengurusan kewangan asrama. ➢ Pengururusan kakitangan asrama. ➢ Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar. ➢ Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. C. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ➢ Memastikan semua murid asrama melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan diasrama. ➢ Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi. ➢ Memastikan murid asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah,Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar. ➢ Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar
D. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ➢ Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama. ➢ Membantu urusan pelantikan warden asrama. ➢ Melaksanakan program-program bagi peningkatan prestasi akademik murid asrama. ➢ Membantu dan memantau kewangan asrama. ➢ Menyelaraskan semua pungutan wang seperti pungutan yuran asrama, Buku Tunai, Buku Resitdan Buku Stok. ➢ Membantu mengurus kakitangan asrama. ➢ Memastikan pengurusan kesihatan murid asrama dijaga. ➢ Menyemak data Sistem Maklumat Asrama. ➢ Menyelia tugas warden, penyelia asrama dan pembantu pengurusan murid. ➢ Memastikan penyeliaan makanan dipantau mengikut jadual/menu yang ditetapkan. ➢ Memastikan premis asrama dijaga dengan bersih dan selamat. ➢ Membantu dalam pengurusan sebut harga/ tender makanan asrama sekolah. ➢ Memastikan kemudahan rekreasi mencukupi di samping menggalakkan penyertaan muridasrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum. ➢ Menjadi Pengerusi Lembaga Pengawas Asrama. ➢ Bertanggungjawab atas keselamatan murid, bangunan dan alatan asrama supaya sentiasadalam keadaan baik. ➢ Menyelia supaya penggunaan air dan elektrik tidak berlaku pembaziran. ➢ Menyelaras penyediaan Laporan Harian Asrama dan Laporan Bulanan Asrama. ➢ Melaporkan segera sebarang kes kecemasan yang berlaku di asrama kepadaGuru Besar. ➢ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. E. TUGAS WARDEN ➢ Menguatkuasakan / mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan. ➢ Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas Laporan Harian Pengawas dan Ketua Domitori. ➢ Menyediakan laporan harian untuk tindakan Guru Besar / Penolong Kanan HEM. ➢ Menyelia / memantau dan merekodkan aktiviti-aktiviti harian; contohnya: - Kelas Persediaan (Prep) - Waktu Solat - Waktu Makan - Kelas Fardhu Ain / Kelas Agama - Aktiviti Gotong-Royong - Pertandingan Antara Dormitori - Majlis Makan Beradab - Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum ➢ Memantau pengawas bertugas menjalankan ’roll-call’. ➢ Mengadakan pemeriksaan dan ’roll-call’. ➢ Menguruskan kebenaran keluar / masuk murid asrama. ➢ Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-ketua Dormitori.
➢ Mengadakan pemeriksaan dan membuat Laporan Harian Dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan. ➢ Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan denganya. ➢ Memantau dan memeriksa Laporan Prestasi Akademik serta mengambil tindakan susulan yang sesuai. ➢ Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama: - Minit Mesyuarat terdahulu - Laporan Bulanan Asrama - Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya. ➢ Mesyuarat / perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulansekali. ➢ Membantu mengurus kemasukan murid asrama ; - Penyediaan borang / dokumen - Taklimat Kemasukan - Sesi suai kenal murid baru ➢ Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama. ➢ Mengumpul data / maklumat murid untuk : - Menganalisa prestasi akademik / peperiksaan - Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri. ➢ Menganjurkan aktiviti / kursus / seminar / bengkel. ➢ Mengadakan perjumpaan dengan waris. ➢ Mengadakan latihan kecemasan. ➢ Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan. ➢ Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan : - Makanan - Keselesaan di asrama - Kesihatan - Keselamatan - Biasiswa ➢ Membantu Penyelia Asrama dalam urusan : - Pungutan yuran asrama - Perkhidmatan pembersihan kawasan - Kawalan keselamatan - Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama. ➢ Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan HEM. F. TUGAS PENYELIA ASRAMA 1 Pentadbiran ➢ Menyelia kakitangan asrama, perkhidmatan keselamatan dan pembersihan. ➢ Mengurus inventori asrama. ➢ Mengurus semua stor asrama. ➢ Menyediakan rekod-rekod murid yang tinggal di asrama. ➢ Menyediakan Jadual Tugas Harian / Bulanan bagi kakitangan asrama. ➢ Mengurus Pejabat Asrama dan memastikan perkara-perkara berikut teratur dan kemas. - Sistem Fail - Data-data - Peralatan dan perabotserta susun aturnya - Buku Stok / Inventori peralatan, perkakas, perabot dan lain-lain - Pekeliling-pekeliling yang berkaitan asrama - Buku Laporan Prestasi Kontraktor
➢ Memastikan hapuskira peralatan dan perabot asrama / dewan makan diuruskan. ➢ Bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan kepada Guru Besar dan mengambil tindakansusulan setelah mendapat kebenaran. ➢ Mengumpul maklumat dari pihak yang berkaitan, menyediakan dan menghantar data kepada pihakpihak yang memerlukan. ➢ Membantu menjayakan sebarang aktiviti asrama. ➢ Menghadiri mesyuarat, taklimat serta kursus yang berkaitan. ➢ Mengurus hal-hal yang berkaitan penggunaan asrama oleh pihak luar. ➢ Membantu tugas-tugas warden ketika ketiadaannya di asrama. ➢ Bertanggungjawab melengkap dan mengemaskini data SMA. ➢ Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan HEM. 2 Kewangan ➢ Mengurus permohonan pembelian barang dan peralatan asrama untuk kegunaan asrama. ➢ Menyediakan anggaran peruntukan tahunan asrama. ➢ Mengurus pembayaran bil-bil asrama. ➢ Mengurus Buku Tunai Asrama. ➢ Menutup akaun asrama setiap hujung bulan. ➢ Membuat penyata audit setiap hujung tahun. ➢ Menuntut Geran Perkapita (PCG) asrama dan pelarasan jika ada. ➢ Membuat kutipan yuran asrama. ➢ Membantu memohon kelulusan menggunakan Wang Lebihan Makanan Asrama ke Jabatan PelajaranNegeri / Kementerian Pelajaran Malaysia. 3 Kontrak Penswastaan 1 Bekalan Makanan Bermasak ➢ Mengawal kebersihan makanan dan minuman serta pekerja dewan makan mengikut garis panduan kesihatan. ➢ Mengemukakan Laporan Bulanan Makanan ke Jabatan Pelajaran Negeri. ➢ Mengemukakan laporan makanan tahunan ke Kementerian Pelajaran Malaysia. ➢ Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan bekalan makanan : - Mengisi Borang Pesanan (Jadual 8) - Menerima dan memeriksa bahan mentah - Mendapatkan pengesahan atau persetujuan Guru Besar jika berlaku pertukaran bahan /menu. - Memantau proses penyediaan makanan. - Mengurus Buku Laporan Harian bekalan bemasak. - Memastikan kontraktor mematuhi perjanjian kontrak dari aspek bahan mentah, menu, spesifikasi dan masa yang ditetapkan. ➢ Memastikan premis, perabot dan peralatan selamat digunakan. ➢ Memastikan kontraktor mematuhi peraturan / garis panduan berkaitan pekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. ➢ Memastikan penerimaan bahan mentah mencukupi dan berkualiti. ➢ Membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan tender bekalanmakanan asrama. 2 Kawalan Keselamatan ➢ Mempastikan Pengawal Keselamatan menjalankan tugasseperti dalam perjanjian kontrak. ➢ Menyediakan jadual bertugas Pengawal Keselamatan. ➢ Menyedia dan menghantar laporan harian / bulanan kepada Pihak Pengurusan Sekolah. 3 Pembersihan Kawasan
➢ Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan seperti dalam perjanjian kontrak. ➢ Menghantar laporan bulanan kepada Pihak Sekolah dan kontraktor. 4 Kebajikan ➢ Penyeliaan kesihatan murid berkaitan : - Pengurusan Bilik Sakit - Pengurusan Pergerakan murid asrama ke klinik / hospital. - Memberi bantuan mula kepada murid asrama. - Menyediakan dan mengemaskini Rekod Kesihatan Murid Asrama. 5 Fizikal ➢ Menjaga kebersihan kawasan asrama termasuk bangunan-bangunan. ➢ Melaporkan kerosakan harta benda kerajaan. ➢ Menjaga semua alatan dan kemudahan di asrama. ➢ Menjalankan pemeriksaan setiap pagi untuk menentukan kebersihan dormitori, tandas, bilik air, bilik-bilikkhas, surau, dewan makan dan persekitaran asrama dalam keadaan bersih, teratur dan diurus rapi. ➢ Menghantar Laporan Bulanan Pembersihan Kawasan Asrama. 6 Keselamatan ➢ Memastikan semua peralatan keselamatan di asrama berfungsi dengan baik. ➢ Memastikan keselamatan persekitaran asrama. ➢ Memastikan semua kerosakan di asrama diselenggara dengan segera. ➢ Memastikan semua pendawaian dan peralatan elektrik mematuhi piawaian keselamatan untuk digunakan. G. TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID ASRAMA ➢ Bertanggungjawab dalam pembentukan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek muridasrama. ➢ Menjaga hal ehwal murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan di asrama. ➢ Membimbing / melatih / murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri / alam sekitar. ➢ Melayan keperluan murid yang sakit atau bermasalah emosi. ➢ Mengawasi keselamatan murid. ➢ Menjadi pengantara dengan ibu bapa dan penjaga murid. ➢ Menghadiri dan mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat pengurusan asrama. ➢ Membantu pelaksanaan Program Orientasi murid baru. ➢ Bertanggungjawa melaporkan kepada Pihak Pentadbir dan Pengurusan Asrama sebarang perkara yangtidak teratur, tidak mencukupi dan tidak sesuai di asrama. ➢ Menyemak dan memastikan keperluan diri murid terurus. ➢ Menyediakan laporan / rekod kesihatan murid asrama. ➢ Membantu pelaksanaan aktiviti murid asrama. ➢ Memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan mengikut jadual : - Aktiviti Umum – membantu melaksana dan memastikan murid mengambil bahagian secaraaktif dalam aktiviti seperti berikut ; ▪ Perhimpunan Umum ▪ Gotong-royong ▪ Aktiviti sukan dan rekreasi ▪ Kelas Fardhu ain ▪ Pemeriksaan mengejut / ”Roll-call” ▪ Sambutan Hari Kebesaran
▪ Latihan Kecemasan ▪ Lawatan Sambil Belajar - Aktiviti Harian – Melaksana serta memastikan aktiviti harian dipatuhi oleh semua murid. ➢ Melatih, mendidik dan memastikan murid ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan. - Hadir ke sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan rasmi bermula: ▪ Hari Persekolahan Harian ▪ Kelas Bimbingan ▪ Persekolahan Gantian ▪ Aktiviti Sukan dan Permaianan / Kokurikulum ▪ Majlis dan Upacara sekolah - Membawa bahan dan peralatan yang selengkapnya ke sekolah. - Memaklumkan kepada guru kelas / pihak pentadbiran jika murid tidak dapat hadir ke sekolahatas sebab-sebab kesihatan. ➢ Kelas Persediaan - Membimbing dan membantu murid belajar selepas waktu persekolahan. - Memastikan murid mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum masuk ke kelas persediaan. - Membimbing dan memastikan murid asrama hadir ke kelas persediaan pada waktu yang ditetapkan. - Membaca buku dan membuat kerja rumah. - Mematuhi disiplin belajar ketika berada di dalam kelas. - Mengemas bahan dan peralatan yang digunakan sebelum meninggalkan bilik kelas persediaan. ➢ Waktu Solat - Membimbing dan menentukan murid Islam : ▪ Bersuci dan bersembahyang lima waktu ▪ Menguruskan kelas Al-Quran ▪ Membersihkan diri murid sebelum solat dan belajar Al-Quran. ▪ Memakaikan pakaian yang sesuai, lengkap dan bersih. ▪ Memastikan murid ke surau untuk bersembahyang berjemaah sebelum azan. ▪ Memastikan murid hadir ke kelas Al-Quran selewat-lewatnya 5 minit sebelum kelas bermula. ▪ Membimbing murid mengambil wudhuk sebelum solat / kelas Al-Quran. ▪ Memastikan murid tidak melakukan perkara yang dilarang ketika berada di surau / kelasAlQuran. ▪ Sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan surau. ❖ Bagi murid bukan Islam, masa ini dipenuhi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan kerohanian mengikut kesesuaian amalan dan kepercayaan agama mereka. ➢ Waktu Makan Melayan, membimbing dan memastikan penghuni asrama mengamalkan cara-cara dan adab sopan ketika makan. - Membasuh tangan dengan menggunakan sabun sebelum makan. - Beratur ketika mengambil makanan. - Mengambil makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran. - Duduk dengan tenang dan sopan. - Membaca doa sebelum makan. - Tidak berbual secara keterlaluan dan bermain ketika makan.
- Membaca doa selepas makan. - Meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan selepas makan. - Membersih tangan selepas makan. - Keluar dari Dewan Makan dengan teratur. ➢ Waktu Masuk Dan Bangun Tidur - Melatih murid tidur pada masa yang ditetapkan. - Melatih dan memastikan murid supaya membuang air dan membersih diri sebelum masuktidur. - Melatih murid supaya mengamalkan adab tidur. - Memastikan lampi dormitori dipadamkan semasa waktu tidur. - Memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur setiap masa. ➢ Pemeriksaan Kesihatan - Melatih murid menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan di asrama. - Menjaga kebersihan dormitori, tandas, persekitaran dan bilik-bilik khas. - Mempastikan tidak ada sampah di persekitaran asrama. - Bersama bertanggungjawab memelihara kesegaran tumbuhan. - Sentiasa menggunakan kasut / selipar ketika berjalan. ➢ Pengurusan Diri - Membimbing murid asrama sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan diri. - Membimbing murid asrama menyesuaikan diri dengan rakana-rakan dalam pergaulan. - Membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas danteratur. - Membantu dan membimbing murid asrama mengurus pakaian seperti membersih dan mengemas pakaian pada setiap hari. - Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik seperti ; ▪ Memakai pakaian dengan kemas dan teratur. ▪ Menggunakan krim rambut dan minyikat dengan rapi. ▪ Memakai bedak yang dibenarkan. ▪ Membasuh, menjemur, mengangkat, menggosok dan menyimpan pakaian dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. ➢ Riadah - Membimbing penghuni asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan dan waktu kegiatan riadah. - Hadir ke padang dan bilik kegiatan pada waktu yang ditetapkan. - Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. - Bermain di kawasan padang atau ruang-ruang yang dibenarkan. - Memastikan prosedur dipatuhi sewaktu riadah. - Membimbing murid mengamalkan serta menghayatai semangat kesukanan sepanjang aktivitiriada dilaksanakan. ➢ Pengurusan Disiplin Membimbing dan mengasuh murid asrama supaya sentiasa berakhlak, berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan : - Dalam pergaulan seharian - Ketika makan - Semasa menyertai kegiatan sukan dan rekreasi - Ketika belajar - Solat
➢ Kebersihan - Membimbing, melatih, mengawasi dan memastikan penghuni asrama menjaga kebersihandan keceriaan asrama. - Dormitiri - Persekitaran - Dewan Makan - Bilik mandi dan tandas - Bilik mencuci pakaian - Kelas Persediaan - Bilik rawatan dan rehat - Bilik-bilik khas ➢ Kebajikan dan Keselamatan - Membantu dan melayan keperluan penghuni asrama yang sakit atau menghadapi masalahemosi. - Menghubungi ibu bapa dan penjaga. - Menyediakan rawatan awal. - Pengurusan mendapatkan rawatan di Klinik dan hospital - Mengiringi murid balik ke rumah ibu bapa atau penjaga - Mengatur pertemuan murid asrama dengan Guru Kaunseling - Melayan keperluan murid yang sakit menghadapi masalah emosi. - Mengawasi murid asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan. - Memupuk nila-nilai kasih sayang dan sosial di kalangan murid asrama. - Memastikan dan mendidik murid asrama mengamal cara pemakanan yang baik. ➢ Pengantara dengan ibu bapa atau penjaga - Menjadi pengantara kepada murid yang sakit atau pun menghadapi masalah disiplin, kesihatan, gangguan emosi dan keperluan lain. - Menghubungi ibu bapa / penjaga bagi murid asrama yang bermasalah. - Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ibu bapa / penjaga. - Memaklumkan masalah kepada ibu bapa / penjaga murid asrama. - Menjalankan tugas dan amanah yang diarahkan oleh Pihak Pengurusan Asrama. - H. TUGAS PELAYAN ASRAMA / TUKANG MASAK ➢ Waktu bertugas ialah 8 jam. ➢ Jadual waktu bertugas mengikut budi bicara Guru Besar. ➢ Setiapkali bertugas, dapur hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. ➢ Menerima bahan-bahan makanan darinPenyelia Asrama / Warden yang bertugas. ➢ Menyedia dan membersihkan bahan-bahan yang hendak dimasak ➢ Bahan-bahan yang telahdimasak hendaklahdipastikan rasanya mencukupi. ➢ Bertanggungjawab yang bahan-bahan itu tidak hangus atau mentah. ➢ Bahan-bahan yang telahdimasak hendaklahdisaji di meja mengikut masa yang ditetapkan. ➢ Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan sebelum balik ke rumah. ➢ Tempat-tempat meletakkan makanan yang dikhaskan mesti dibersihkan tiap-tiap hari. ➢ Alat-alat yang rosakboleh diminta ganti dengan menunjukkan alat yang lama. Jika hilang, mestilah menggantinya sendiri. ➢ Semasa penghuni-penghuni makan, pelayan asrama perlu menunggu dan melayan mereka. ➢ Membuat sebarang kerja yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa. ➢ Tidak dibenarkan membawa keluar / membawa balik sebarang bahan makanan dan minuman.