The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8681083, 2021-08-23 16:26:29

Kerja Kursus RBT T3

tingkatan 3

NAMA PRODUK: TECHNO BIN

KERJA KURSUS
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TINGKATAN 3 (2021)

SMK TINGGI KLUANG
IFFAH AMIRAH BT AINOL HUDA

TINGKATAN 3 DLP
CIKGU BADARIAH BT ISMAIL

PENGHARGAAN
Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 3, Puan Badariah Binti Ismail atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya
menyiapkan produk Techno Bin ini. Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu bapa saya
iaitu Encik Ainol Huda Bin Abd Manap dan Puan Aniza Binti Md Noor atas dorongan dan
sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini. Tidak lupa kepada sahabat
saya, iaitu Muhammad Izz Hazriq Bin Yusdi serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan produk ini.

ABSTRAK
Produk Techno Bin ini dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna ketika
membuang sampah tanpa perlu memegang penutup tong sampah, membaca aras sampah di
dalam Techno Bin dan memberi peringatan kepada pengguna dalam bentuk bunyi atau 'alarm'
apabila sampah mencapai tahap maksimum. Pengguna tong sampah sedia ada didapati
menghadapi kesukaran kerana perlu membuka penutup tong sampah walaupun kedua-dua
belah tangan penuh memegang plastik-plastik sampah. Selain itu, pengguna juga sering
terlupa untuk membuang sampah kerana tidak tahu akan tong sampah yang sudah penuh.
Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk elektrik, reka bentuk
elektronik dan reka bentuk mekanikal telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan
reka bentuk Techno Bin. Reka bentuk ini membolehkan produk membuka penutup Techno
Bin secara automatik, membaca aras sampah dan memberi peringatan dalam bentuk bunyi
yang dihasilkan oleh pembaz. Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan
produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan
membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilan. Produk juga
mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini.
Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi
memperbaiki kelemahan dan memantapkan kualiti produk Techno Bin yang akan dihasilkan
pada masa hadapan.

1

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN 1
ABSTRAK 1
1.0 PENGENALAN 2
3
1.1 Kajian keperluan pelanggan 4
1.2 Penyelesaian masalah inventif 5
1.3 Borang projek brief 6-7
1.4 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual
2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI 8
2.1 Teknologi yang dipilih 8
2.2 Tujuan penggunaan teknologi 8
2.3 Fungsi teknologi 9
2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi
3.0 PERANCANGAN KONSEP 10
3.1 Pemilihan konsep reka bentuk 11-12
3.2 Lakaran perkembangan idea bagi produk
4.0 LAKARAN AKHIR 13
4.1 Lakaran bermaklumat 14
4.2 Lakaran ceraian 15
4.3 Analisis lakaran dari aspek elemen reka bentuk 15
4.4 Analisis lakaran dari aspek prinsip reka bentuk 16
17-18
5.0 JADUAL KERJA 19
6.0 PENGURUSAN KEWANGAN 20
7.0 PENGHASILAN PRODUK 20
8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN 21
22
8.1 Pengujian
8.2 Analisis keputusan pengujian 23
8.3 Penilaian 24
8.4 Analisis keputusan penilaian 25
8.5 Menilai kesesuaian produk 26
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 26
10.0 PENUTUP 27-30
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Tong sampah merupakan tempat untuk kita membuang sisa-sisa makanan. Oleh itu, tong
sampah seringkali mengeluarkan bau yang busuk dan tidak disenangi orang. Terdapat
banyak kuman dan bakteria pada penutup tong sampah yang selalu kita gunakan.
Berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan yang diedarkan, pengguna tidak suka
memegang penutup tong sampah. Hal ini disebabkan bau busuk yang membuatkan
pengguna tidak suka mendekati tong sampah.
Melalui kaedah penyelesaian masalah inventif, masalah untuk memegang penutup tong
sampah telah dikenal pasti. Techno Bin merupakan produk inovasi yang mampu mengatasi
masalah yang dihadapi pengguna ketika membuang sampah. Techno Bin ini amat mudah
digunakan dan dapat mempercepat urusan harian setiap pengguna.

2

1.1 KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN

BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN
Bahagian A: Maklumat Pelanggan
Nama: Aniza Binti Md Noor

Jantina: Perempuan Umur: 39 tahun
No. telefon: 019-7812344 Email: [email protected]
Pekerjaan: Penolong Akauntan Pendapatan: RM 5000.00
Alamat: No.17, Jalan 14/3, Taman Sri
Berkeluarga: YA / TIDAK
Kluang, 86000 Kluang, Johor Tanggungan: 5

Tempat beli-belah: Kluang Mall Kekerapan membeli-belah (sebulan):

Jumlah perbelanjaan bulanan: < RM100 RM300 - RM499
(tandakan ) RM100 - RM299 > RM500

Bahagian B: Latar Belakang Produk yang Digunakan Sekarang

Nama produk yang digunakan Tong sampah

Ciri produk yang digunakan Badan tong sampah dengan penutup

Mengapakah produk digunakan? Untuk membuang sampah

Kebaikan produk sedia ada Boleh menakung sampah yang banyak

Kelemahan produk sedia ada 1.Susah untuk membuka penutup jika tangan
sudah penuh.

2.Tiada peringatan jika tong sampah penuh.

Bahagian C: Penambahbaikan

Apakah penambahbaikan yang perlu 1.Penutup boleh dibuka secara automatik.
ada pada produk yang akan dihasilkan? 2.Mempunyai pembaca paras sampah.
3.Pembaz sebagai peringatan untuk

mengosongkan tong sampah.

Bahagian D: Lain-lain (Isikan sebagai maklumat tambahan pelanggan)

Tong sampah perlulah mempunyai Mahukan tong sampah yang boleh
reka bentuk yang ringkas. diletakkan di kawasan terbuka tanpa
mengeluarkan bau busuk dan kelihatan
bersih sentiasa.

3

1.2 PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF

Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi
pelanggan apabila menggunakan tong sampah.

Motor servo kotor

dibuka ditutup membaca aras Sisa dapur

memegang memegang memegang memegang memegang mengesan & makanan berbunyi

Lantai Roda Tapak Basdamanptaohng Penutup uPlternadseorniiak Tangan memegang mbaecmaaamnpeabmraacpaaarn Skrin Pembaz
memegang LED

membaca aras Bahan-bahan
kotor

kotor

Berdasarkan model berfungsi, didapati masalah berpunca daripada penutup tong sampah
produk sedia ada yang tidak boleh dibuka secara automatik. Analisis berantai punca-kesan
telah dijalankan untuk mengenal pasti punca dan masalah.

4

1.3 BORANG PROJEK BRIEF

Tajuk: Techno Bin

Kriteria pertimbangan utama Catatan

Fungsi 1.Tempat membuang sampah.
1. Apakah kegunaan produk ini? 2.Digunakan di pejabat dan di dalam

2. Di manakah produk ini digunakan? rumah.

Persembahan 1.Dipersembahkan dalam pelbagai

1. Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan? warna.

Tujuan pasaran 1.Digunakan oleh isi rumah dan
1. Siapakah yang akan menggunakannya? pekerja pejabat.
2. Siapakah pesaing yang wujud?
3. Pelanggan bagaimanakah yang akan 2.Terdapat pesaing tetapi reka
bentuknya kurang menarik.
menggunakan produk ini?
3.Boleh digunakan oleh pelanggan
yang mementingkan kegunaan
teknologi ketika menjaga kebersihan.

Kuantiti 1.Jumlah yang diperlukan ialah
1. Berapakah jumlah yang diperlukan? 100 unit.

Stail / Gaya 1.Reka bentuk produk saya
1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini? menggunakan asas bentuk
2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat geometri, bersaiz sederhana, ringan
dan mudah dialihkan.
perhatian di pasaran?
2.Ya, kerana reka bentuk produk ini
sangat menarik dan amat berguna
untuk kegunaan harian.

Kualiti 1.Produk ini menggunakan bahan-
1. Bagaimanakah kualiti pembuatannnya? bahan yang berkualiti dan tahan
2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang lama.

permintaan yang istimewa? 2. Ya.
1.Kos jualan seunit produk ialah
Anggaran kos seunit
1. Berapakah kos untuk menghasilkan seunit produk? RM163.44

Jangka masa 1.Pelanggan bercadang agar projek
1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan? ini disiapkan dalam tempoh 72 jam
waktu bekerja.

5

1.4 APLIKASI PROJEK BRIEF DALAM BENTUK JADUAL

Tajuk: Techno Bin

A Tajuk projek 1.Perkakasan rumah.
1. Apakah jenis produk atau perkhidmatan? 2.Bagi memudahkan pengguna ketika

2. Apakah kegunaan produk ini? membuang sampah.
3. Di manakah produk ini akan digunakan? 3.Di mana-mana kawasan di dalam

rumah.

B Gambaran keseluruhan projek 1.Isi rumah dan pekerja pejabat.

1. Siapakah yang akan menggunakannya? 2.Untuk mengesan aras sampah di dalam

2. Apakah tujuan produk ini dihasilkan? Techno Bin dan mengelakkan

3. Adakah produk ini diperlukan oleh persentuhan ketika membuang sampah.

pelanggan? 3. Ya, produk ini diperlukan oleh

4. Bagaimanakah produk ini digunakan atau pelanggan.
4. Produk ini diletakkan di mana-mana
dipersembahkan? kawasan yang sesuai.

C Reka bentuk produk 1.Elemen: garisan,rupa,bentuk,warna
1. Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang Prinsip: keseimbangan,kesatuan dan
kepelbagaian
akan digunakan? 2.Bentuk mengikut fungsi
2. Apakah konsep reka bentuk yang ingin 3.Inovasi daripada produk sedia ada

diterapkan?
3. Adakah produk ini inovasi daripada produk

sedia ada atau produk yang baharu

dibangunkan?

D Perancangan dalam pengurusan projek 1.Pembahagian kumpulan kerja, jadual
1. Pembahagian kumpulan kerja kerja dan kos pengeluaran dinyatakan
dalam kertas kerja.
2. Jadual kerja
3. Kos pengeluaran 2.Kuantiti penghasilan ialah 100 unit
4. Kuantiti penghasilan bagi fasa pertama. Fasa seterusnya
bergantung kepada permintaan
pelanggan.

E Analisis kajian reka bentuk produk dan 1.Jadual perbandingan:
pasaran
1. Membuat perbandingan dari segi fungsi, Penutup perlu dibuka
sendiri
persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, kualiti, Susah untuk
mengetahui jika
anggaran kos seunit dan jangka masa. sampah sudah penuh
2. Adakah produk ini akan mendapat permintaan atau tidak.
Pengguna boleh
di pasaran? terlupa untuk
membuang sampah.

6

Penutup boleh dibuka
secara automatik.
Ada paparan bacaan
paras sampah pada
skrin LCD.
Pembaz berbunyi
apabila sampah sudah
penuh.

F Lakaran idea 2. Sudah pasti kerana produk
1. Bagaimanakah rupa bentuk dalam bentuk 2D mempunyai rekaan yang berinovasi
dan 3D? dan sesuai dengan fungsinya.

G Penghasilan mock-up atau model Lakaran dipersembahkan dalam bentuk
1. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk lakaran piktorial yang memaparkan
menghasilkan mock-up atau model. bentuk 3D dan isometrik. Lukisan
unjuran ortografik memaparkan produk
dalam bentuk 2D pada tiga sudut
pandangan.

Menggunakan kadbod, kertas A4, glu
PVA, gam UHU, gunting, pisau, engsel,
cat akrilik, cat 'Gesso' dan lain-lain lagi.

7

2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI

2.1 Teknologi yang dipilih

Saya telah memilih gabungan reka bentuk mekanikal, reka bentuk elektronik dan reka
bentuk elektrik untuk digabungkan dalam penghasilan produk Techno Bin.

2.2 Tujuan penggunaan teknologi

Reka bentuk mekanikal dan reka bentuk elektronik telah dipilih kerana dapat mengatasi
kelemahan yang terdapat pada tong sampah sedia ada di pasaran. Reka bentuk Techno
Bin yang dihasilkan akan lebih dinamik, canggih, berkualiti, selamat digunakan, mesra
pengguna dan mesra alam.

2.3 Fungsi teknologi

Reka bentuk elektronik:

1. Motor servo berfungsi menggerakkan sesuatu bahagian mengikut sudut yang

ditetapkan.

2. Penderia ultrasonik berfungsi mengetahui aras atau kapasiti sampah di

dalam Techno Bin.
3. Skrin LCD berfungsi memapar bacaan kapasiti sampah di dalam Techno Bin.
4. Pembaz berbunyi apabila sampah sudah mencapai tahap maksima.
5. Arduino UNO berfungsi mencipta sesuatu program yang digunakan untuk

6. mengendalikan komponen eletronik.
7. Jumper wire digunakan untuk menyambung komponen-komponen elektronik.
Bateri 9V digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik ke semua komponen elektronik.

8

2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi

Aplikasi teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan

Reka bentuk Engsel Membolehkan penutup Diperbuat daripada kertas
mekanikal
dibuka dan ditutup dengan dan kadbod.

mudah.

Reka bentuk Motor servo Penutup dapat dibuka dan Hanya boleh menggunakan
elektronik ditutup secara automatik. jenis gear plastik sahaja.
Penderia
ultrasonik Memberi isyarat kepada Penutup boleh terbuka
motor servo jika mengesan walaupun pengguna
sebarang pergerakan yang bukannya mahu
berhampiran dengannya. membuang sampah.

Skrin LCD Memapar bacaan kapasiti -
Pembaz sampah dalam peratus.

Mengeluarkan bunyi yang Tiada cara lain untuk
kuat dan berterusan jika memberhentikan bunyi
Techno Bin sudah penuh tersebut selagi sampah
sehingga sampah semua belum selesai dikeluarkan.
sampah dikeluarkan.

Reka bentuk elektrik Bateri 9V Memberi tenaga elektrik Tidak boleh dicas semula
arus terus (AT) kepada dan perlu ditukar selepas
papan mikropengawal. beberapa bulan
penggunaan.

9

3.0 PERANCANGAN KONSEP
3.1 Pemilihan konsep reka bentuk
Saya telah memilih konsep bentuk mengikut fungsi kerana reka bentuk Techno Bin
memenuhi fungsi sepenuhnya. Contohnya, Techno Bin mempunyai ruang yang banyak
untuk menakung sampah.
Elemen reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah garisan, rupa, bentuk dan warna,
ruang.
Prinsip reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah keseimbangan, kesatuan dan
kepelbagaian.

10

3.2 Lakaran perkembangan idea
11

12

4.0 LAKARAN AKHIR
4.1 Lakaran bermaklumat

13

4.2 Lakaran ceraian
14

4.3 Analisis lakaran produk dari aspek elemen reka bentuk

Elemen Ada Tiada Ulasan
1 Garisan
Garisan digabungkan untuk menghasilkan rupa dan bentuk
2 Ruang
3 Rupa reka bentuk produk.

4 Bentuk Ruang terdapat antara penutup dan tapak Techno Bin.
5 Tekstur
6 Saiz Bentuk segi empat tepat digunakan untuk menghasilkan
rupa bagi reka bentuk produk.

Kuboid digunakan untuk menghasilkan reka bentuk produk.

-

-

7 Warna Warna produk ialah warna kelabu dalam dua tona yang
8 Nilai berbeza iaitu kelabu tua dan kelabu muda.

Penggunaan warna yang terang dan gelap menunjukkan
arah cahaya dan bayang-bayang.

4.4 Analisis lakaran produk dari aspek prinsip reka bentuk

Elemen Ada Tiada Ulasan

1 Keseimbangan Reka bentuk yang seimbang menunjukkan kekuatan reka

bentuk produk.

2 Penekanan -
3 Keringkasan
Bentuk kuboid yang ringkas digunakan pada reka bentuk
produk.

4 Pergerakan -
5 Pengulangan
6 Kontras -

-

7 Kepelbagaian Kepelbagaian elemen elektronik yang digunakan pada reka
8 Kesatuan bentuk produk.
Kesatuan semua elemen mengikut prinsip reka bentuk
9 Harmoni menghasilkan imej, konsep dan idea yang sempurna bagi
reka bentuk produk.

-

15

5.0 JADUAL KERJA

Aktiviti Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 Penerangan keperluan pelanggan kepada
pereka bentuk (Kajian keperluan pelanggan)

2 Perbincangan konsep bersama pelanggan
(projek brief)

3 Melakar reka bentuk produk

4 Penyediaan mock-up atau model

5 Mengukur, menanda, memotong dan
memasang produk. Kemasan.

6 Pengujian dan penilaian kefungsian

7 Kerja siap. Membuat dokumentasi dan
tuntutan bayaran

16

6.0 PENGURURSAN KEWANGAN
6.1 Konsep SMART

Tujuan projek

Nama projek Techno Bin

Tujuan Membuka penutup secara automatik dan membaca aras sampah

Bilangan 100 unit

Sasaran Pekerja pejabat, isi rumah dan pengguna yang mementingkan kebersihan

Pengagihan kewangan Kuantiti Kos seunit(RM) Jumlah (RM)
1 11.50 11.50
A) Kos bahan
1 26.50 26.50
Bahan 1 1.00 1.00
Skrin LCD (82mm x 36mm x 18mm) 1 3.00 3.00
Mikropengawal (Arduino UNO) 2 3.00 6.00
Penyambung DC Jack 9V 1 3.00 3.00
Kabel USB (24 cm) 1 5.00 5.00
Penderia ultrasonik 5 0.10 0.50
Pembaz 20 0.10 2.00
Motor servo 1 7.20 7.20
Male to male jumper wire (20 cm) Jumlah 65.70
Male to female jumper wire (20 cm)
Bateri 9V

B) Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam x bilangan hari
= 2 orang x 5 jam x RM2 x 3 hari
= RM60.00

C) Kos overhed

Perkara Kos sehari (RM) Bilangan hari Jumlah (RM)
Bil elektrik 2.00
Bil air 1.50 3 6.00

3 4.50

Jumlah 10.50

17

D) Jumlah modal = kos bahan + kos upah + kos overhed
= RM65.70+ RM60.00 + RM10.50
= RM136.20

Kos pengeluaran seunit produk = RM136.20
E) Kos jualan = kos pengeluaran seunit produk + peratus keuntungan

= RM136.20 + RM27.24 (20% keuntungan)
= RM163.44
Boleh dicapai
Keuntungan = kos jualan - kos pengeluaran seunit produk

= RM163.44 - RM136.20
= RM27.24
Realistik
Gabungan bahan mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan
produk ini mampu direalisasikan menjadi produk sebenar.
Tempoh masa
Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos
yang dianggarkan.

18

7.0 PENGHASILAN PRODUK
A Mengukur, menanda dan memotong bahan
1.Ukur dan tandakan ukuran pada kadbod.
2.Memotong kadbod.
3.Sediakan kertas dan ukur kertas kepada beberapa jalur menggunakan pembaris.
4.Potong kertas mengikut ukuran yang dibuat.
B Membina dan mencantum bahagian produk
1.Cantum potongan kadbod dengan gam UHU untuk membentuk badan dan penutup
Techno Bin.
2.Sapu glu PVA pada helaian kertas yang telah dipotong dan tampal pada sisi kadbod
yang telah dicantumkan tadi untuk menutup sisi kadbod yang tidak kemas.
3.Lekatkan engsel pada penutup menggunakan pita pelekat.
4.Cantumkan komponen-komponen elektronik dan masukkan ke dalam kotak kadbod
yang dipotong mengikut saiz Mikropengawal Arduino.
5.Lekatkannya di dalam badan Techno Bin.
6.Pasang kedua-dua penderia ultrasonik, LCD dan pembaz pada ruang-ruang yang telah
dihasilkan.
C Membuat kemasan
1.Cat kadbod dengan tiga lapisan cat 'Gesso'.
2.Biarkan kering.
3.Cat kadbod dengan cat akrilik dengan warna yang dipilih sebanyak dua lapisan.
4.Tampal 'duct tape' pada wayar-wayar pada dinding Techno Bin supaya lebih selamat
dan kemas.
5.Sambungkan bateri 9V pada wayar penyambung untuk hidupkan Techno Bin.

19

8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Saya telah memilih kaedah ujian parameter untuk menguji kefungsian dan
kesesuaian produk Techno Bin. Aspek ujian yang dijalankan adalah seperti di dalam
jadual perbandingan.

8.1 Pengujian

Tong sampah di pasaran Techno Bin

Ketika Perlu mebuka penutup tong Penderia ultrasonik akan mengesan
membuang sampah dengan tangan pergerakan tangan dan membuka
sampah penutup secara automatik
Hanya dapat diketahui apabila Skrin LCD akan memapar bacaan
Paras membuka penutup tong sampah paras sampah di dalamnya
sampah
Pengguna mungkin terlupa untuk Pembaz akan berbunyi selagi
Situasi membuang sampah kerana tiada Techno Bin di dalamnya tidak
apabila peringatan dikosongkan
sudah penuh
dengan
sampah

Berdasarkan ujian parameter, dapat dirumuskan bahawa Techno Bin dapat memudahkan
pengguna ketika membuang sampah, membaca paras sampah dan memberi peringatan
apabila sudah penuh dengan sampah berbanding tong sampah konvensional.

20

8.2 Analisis keputusan pengujian

Aspek produk Kekuatan Kelemahan
A Kefungsian Penutup akan terbuka secara
Dapat membuka penutup secara tiba-tiba walaupun tangan tidak
B Ergonomik automatik dengan menghulurkan dihulurkan berdekatan penderia
C Reka Bentuk tangan berdekatan penderia ultrasonik(1).
ultrasonik(1). Ada kalanya bacaan paras
dan Nilai Penderia ultrasonik(2) dapat sampah tidak begitu tepat.
Estetika mengesan paras sampah yang ada Pembaz mengambil masa yang
di dalam Techno Bin dengan baik. lama untuk berbunyi walaupun
D Keselamatan LCD memaparkan bacaan paras sampah sudah penuh.
dalam peratus(%) dengan jelas.
Pembaz dapat mengeluarkan bunyi Plastik sampah sukar untuk
apabila mendapat isyarat daripada dimasukkan.
mikropengawal melalui penderia Penutup tidak boleh diangkat
ultrasonik(2) apabila sampah sepenuhnya.
sudah penuh. Tidak boleh terkena air kerana
litar akan rosak.
Produk ringan untuk Penutup bergegar apabila
dipindahkan ke tempat lain. dibuka.
Produk sesuai digunakan oleh Jika pengguna tiada di rumah,
semua peringkat umur. pembaz akan terus berbunyi
apabila sudah penuh sehingga
Reka bentuk produk ringkas dan Techno Bin dikosongkan. Tiada
menarik. had masa yang ditetapkan bagi
Warna yang terang menyerlahkan durasi pembaz berbunyi.
reka bentuk produk.
Penggunaan kadbod yang tebal
meningkatkan ketahanan produk.
Perkataan yang dipapar pada Skrin
LCD jelas dan boleh dibaca dengan
mudah.
Mempunyai ruang yang banyak
untuk membuang sampah.
Penutup dibuka pada sudut yang
luas dan melebihi 90° menjadikan
pengguna lebih mudah ketika
membuang sampah.

Produk selamat digunakan
kerana tiada bahagian yang
tajam.
Litar terlindung dan ditutup
dengan kemas.

21

8.3 Penilaian

NAMA:___A_n_iz_a__B_in_t_i_M__d__N_o_o_r_________ PEKERJAAN:___P_e_n_o_lo_n_g_A__ka_u_n_t_a_n___________
BORANG SOAL SELIDIK BAGI:________T_e_ch_n_o__B_i_n____________

Arahan: Tandakan ' ' untuk menyatakan pendapat anda terhadap aspek produk yang dinilai.

Aspek produk Ya Tidak

A Kefungsian

1 Produk boleh membuka penutup secara automatik dengan lancar.

2 Produk dapat mengesan paras sampah dengan baik.

3 Produk memaparkan bacaan paras LCD dengan jelas.
4 Pembaz berbunyi apabila sampah sudah penuh.

B Ergonomik
5 Produk ringan untuk dipindahkan ke tempat lain.
6 Produk boleh dikendalikan oleh semua peringkat umur.
C Reka Bentuk dan Nilai Estetika
7 Reka bentuk produk ringkas dan menarik.
8 Mempunyai warna yang terang dan menyerlahkan reka bentuk produk.
9 Produk dihasilkan daripada kadbod yang tebal dan tahan lasak.
10 Paparan bacaan paras sampah pada skrin LCD boleh dibaca dengan jelas.
11 Produk menyediakan ruang yang banyak untuk membuang sampah.
12 Penutup dibuka dengan luas menjadikannya mudah untuk membuang sampah.
D Keselamatan
13 Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam.

14 Litar dalam produk terlindung dan ditutup dengan kemas.

Tuliskan cadangan anda untuk menambahbaik produk ini.

_H_a_s_i_lk_a_n__p_r_od_u_k__y_a_n_g__m_e_m_p_u_n_y_a_i__ka_p_a_s_i_ti_l_e_b_ih__b_e_sa_r_._L__et_a_k_k_a_n__s_u_is__'O_N_/_O__F_F_'_d_it_e_m__p_a_t_y_a_n_g_
_l_eb_i_h_s_e_n_a_n_g__d_ic_a_p_a_i._U__b_a_h_r_e_k_a__b_e_n_tu_k__p_e_n_u_t_u_p_s_u_p_a_y_a__p_la_s_t_ik__s_a_m_p_a_h__b_o_le_h__di_m_a_s_u_k_k_a_n_____
_d_e_n_g_a_n__m_u_d_a_h_.__________________________________________________________________

~ TERIMA KASIH ~

22

8.4 Analisis keputusan penilaian % % Kesimpulan
Ya Tidak
Aspek produk
100 Techno Bin berfungsi
A Kefungsian 100 sepenuhnya untuk
100 memudahkan pengguna
1 Produk boleh membuka penutup secara 100 ketika membuang sampah,
automatik dengan lancar. membaca paras sampah dan
100 memberi peringatan apabila
2 Produk dapat mengesan paras sampah 100 sudah penuh dengan sampah
dengan baik. berbanding tong sampah
90 konvensional.
3 Produk memaparkan bacaan paras LCD 100
dengan jelas. 80 Techno Bin ringan, mudah
100 untuk dipindahkan ke tempat
4 Pembaz berbunyi apabila sampah sudah 70 lain dan boleh dikendalikan
penuh. 80 oleh semua peringkat umur.

B Ergonomik 100 10 Techno Bin mempunyai reka
5 Produk ringan untuk dipindahkan ke 100 bentuk yang memuaskan hati
pengguna tetapi susunan litar
tempat lain. di dalam Techno Bin perlu
6 Produk boleh dikendalikan oleh semua
20 ditambah baik mengikut
peringkat umur. kesesuaian fungsi produk
dan kapasiti perlu dibesarkan
C Reka Bentuk dan Nilai Estetika lagi supaya mudah untuk
memasukkan plastik
7 Reka bentuk produk ringkas dan menarik.
30 sampah.
8 Mempunyai warna yang terang dan
menyerlahkan reka bentuk produk. 20

9 Produk dihasilkan daripada kadbod yang Techno Bin sangat selamat
tebal dan tahan lasak. digunakan.

10 Paparan bacaan paras sampah pada skrin
LCD boleh dibaca dengan jelas.

11 Produk menyediakan ruang yang banyak
untuk membuang sampah.

12 Penutup dibuka dengan luas
menjadikannya mudah untuk membuang
sampah.

D Keselamatan

13 Produk tidak mempunyai bahagian yang
tajam.

14 Litar dalam produk terlindung dan ditutup
dengan kemas.

23

8.5 Menilai kesesuaian produk
Hasil penilaian terhadap keputusan pengujian, produk Techno Bin didapati sesuai digunakan
kerana memiliki ciri-ciri berikut:
1. Produk dapat berfungsi sepenuhnya seperti yang dirancang.
2.Produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ketika membuang sampah,
membaca paras sampah dan memberi peringatan apabila sudah penuh dengan sampah
berbanding tong sampah konvensional.

24

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, produk Techno Bin didapati mampu berfungsi
seperti yang dirancang dan selamat digunakan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, beberapa
penambahbaikan perlu dilakukan pada produk.

Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan
Kapasiti Techno Bin agak kecil
Menambah kapasiti Techno Bin menjadi
Suis 'ON/OFF' agak sukar hendak dicapai lebih besar dan muat untuk membuang
sampah yang banyak.

Menyusun semula litar, termasuklah
kedudukannya di dalam Techno Bin dan
memanjangkan wayar (Male to male
jumper wire & Male to female jumper
wire).

Penutup tidak boleh dicabut sepenuhnya Mengubah reka bentuk produk menjadi
untuk memasukkan plastik sampah lebih ergonomik untuk pengguna,
terutamanya di bahagian penutup.

25

10.0 PENUTUP
Techno Bin merupakan reka bentuk produk yang dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan
pengguna ketika mengendalikan sampah. Harapan saya, produk ini dapat membantu pengguna
menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar dengan cara yang mudah, efisien serta selaras
dengan teknologi kini. Techno Bin ini telah dihasilkan dengan reka bentuk yang menarik.
Produk yang ringan ini memudahkan lagi pengguna untuk diangkat dan dipindahkan ke tempat
yang lain. Harga produk yang berpatutan menjadikan produk mampu dimiliki.
Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pihak yang telah
memberi sokongan dan bantuan kepada saya sehingga produk Techno Bin ini berjaya
dihasilkan.

BIBLIOGRAFI
Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim, Mohd Ridzuan bin Padzil, Nathan a/l Balakhrisnan dan
Norliza binti Muda. (2018) Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3. Johor Bahru: Penerbit
Bestari Sdn. Bhd.
https://doku.pub/documents/nathan-contoh-laporan-projek-rbt-tingkatan-3-complete-1-
7l51pzd1dk0k#
https://youtu.be/XYu-cOKX6qs

26

LAMPIRAN
27

28

29

30

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version