SEJARAH
KEMERDEKAAN
MALAYSIA
Pengenalan
Dahulu negaraku pernah dijajah oleh kuasa Belanda, Inggeris dan
Jepun.Sepanjang penjajahan tersebut, ekonomi negara diragut dengan
rakusnya sehingga rakyat menderita.
Pejuang-pejuang kebangsaan seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan
lain-lain lagi telah memainkan peranan penting dalam memerdekakan
tanah Melayu daripada penjajahan British.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada British. Antaranya ialah rombongan Parti Perikatan yang terdiri
daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak dan T.H Tan ke London.
Malangnya, tuntutan kemerdekaan telah ditolak oleh British.
Alangkah bertuahnya kita apabila kebijaksaan Tunku Abdul Rahman untuk
memujuk British memberi kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil. Pada
2 Julai 1957, di atas kapal Alert di Woodlands, tuntutan kemerdekaan ke
atas Tanah Melayu telah dipersetujui oleh British.
Dan pada detik 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan
kemerdekaan sambil disambut oleh rakyat di Stadium Merdeka.
Kegembiraan ini disambut dengan tangisan dan rasa bersyukur rakyat
untuk merdeka.
Sejak pada itu, kerajaan yang ditubuhkan oleh Parti Perikatan yang
dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah merencanakan pelbagai agenda
untuk menerajui negara dengan lebih baik lagi daripada British.
Pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan seperti bekalan air, elektrik,
pengangkutan dan sebagainya untuk rakyat.Rakyat kini perlu berterima
kasih kepada kerajaan sekarang kerana melaksanakan pelbagai agenda
untuk pembangunan ekonomi rakyat.
KANDUNGAN
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya
Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk
Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, penduduk Tanah
Melayu mula mendapat pendidikan di Timur Tengah
atau daripada pendidikan tempatan.Era penjajahan
Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula
memperjuangkan semangat nasionalisme.
Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar,
majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan
ideologi masing-masing.
Ada dalam kalangan mereka telah membentuk
persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bermatlamat
mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu
pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari
1942 menandakan bermulanya satu lagi era
penjajahan di Tanah Melayu.
Bagaimanapun, Jepun yang menduduki
Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah
kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas
Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang
kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu.
PKM telah melancarkan serangan menguasai
Tanah Melayu dengan pembunuhan tiga orang
pengurus ladang getah Eropah di Sungai Siput,
Perak.
Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward
Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh
Tanah Melayu.
(Menuju kemerdekaan)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
menaikkan semangat perjuangan penduduk
Tanah Melayu ketika itu apabila beliau membentuk
Parti Perikatan pada 1952 sekali gus membuka
mata British untuk membenarkan penduduk
Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan tiga kaum utama iaitu Melayu,
Cina dan India telah menampakkan hasil
apabila Perjanjian London ditandatangani
pada 8 Februari 1956. Ia memberi petanda
bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka
Sekembalinya Tunku Abdul Rahman dari
London, beliau telah mengisytiharkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
di Padang Bandar Hilir, Melaka,
pada 20 Februari 1956.
(|•Stadium Merdeka•|)
Stadium Merdeka merupakan stadium sukan
di Kuala Lumpur, Malaysia yang digunakan bagi
kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka
memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan
10,000 tempat duduk.
Kerja-kerja pembinaannya diselenggara oleh
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan
Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul
Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia
ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium
Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan
dan kelengkapan sukan yang setanding dengan
stadium-stadium antarabangsa di negara-negara
lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk.
.Stadium merdeka.
Kerja-kerja pembinaannya diselenggara oleh
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mulai bulan
Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Tunku Abdul
Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia
ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium
Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan
dan kelengkapan sukan yang setanding
dengan stadium-stadium antarabangsa di
negara-negara lain ketika itu dan mempunyai
tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000
darinya terletak di bawah bumbung ketika
dibuka. Kini stadium ini mampu menampung
sehingga 45,000 orang penonton.
la mempunyai 14 buah "terowong" yang
merupakan pintu keluar-masuk stadium.
Kawasan tempat duduk yang berbumbung itu
adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki
panjang ke hadapan dan tinggi 40 kaki dari bawah.
Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga
dibina untuk kegunaan upacara-upacara
yang diadakan di waktu malam.
Pembinaan stadium ini adalah merupakan
satu kemajuan ke arah perkembangan dalam
kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.
Dengan adanya stadium ini, ia dapat memberi
kemudahan bagi kegiatan-kegiatan sukan,
kebudayaan dan perhimpunan-perhimpunan
raksaksa peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Di samping itu, perpaduan yang erat dapat
ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan
sukan dan upacara kebangsaan yang
diadakan di Stadium ini.
Stadium ini mula digunakan untuk satu
upacara yang bersejarah dalam sejarah
tanah air, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas
dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai
10,000 orang membanjiri stadium ini ketika
perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.
Tetapi pada satu ketika semasa stadium yang
diuruskan oleh Perbadanan Stadium Merdeka ini
menjadi satu tempat paling bersejarah.
Ia pernah dicadangkan untuk dirobohkan
semasa zaman Tun Dr. Mahathir. Alasannya
adalah bagi memberi peluang kepada
pembangunan kompleks pejabat dan hiburan
bernilai RM 1 bilion. Tetapi atas inisiatif beberapa
orang termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, bekas perdana menteri Malaysia
yang menghantar surat kepada Tun Dr. Mahathir
supaya stadium ini tidak dirobohkan,
Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu
sentimental dengan nilai sejarah ini.
Akhirnya pada Februari 2003, Stadium
Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan
warisan kebangsaan.
Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami
pemulihan kepada keadaan yang asal seperti
pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak
45,000 tempat duduk telah dikurangkan kepada
20,000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa
beberapa blok-blok teres atas dibina sejak
bertahun-tahun telah dirobohkan.Pekerja
memulakan kerja merombak bumbung ke
tempat duduk VI. Pengubahsuaian ini
adalah bahagian rancangan ulang tahun
Malaysia ke-50 untuk menghidupkan
semula detik-detik apabila Tunku Abdul
Rahman mengisytiharkan kemerdekaan
di sini.
( |•DATARAN MERDEKA•|)
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai
Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran
lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang
kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor).
Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan
bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja
Selangor yang terletak di penjuru padang di
mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering
bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium
Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan
yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican,
bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus
tahun dan kompleks Dayabumi moden yang
menakjubkan
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul
Samad, bendera Union Jack diturunkan dan
bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama
kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.
Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat
perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan
Malaysia setiap tahun sejak 1957.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda
yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang
mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish
yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat
beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.
Tiang bendera setinggi 95-meter, antara yang
tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan
kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di
bahagian selatan dataran.
Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada
1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan
Kriket pada petang Ahad.
Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang
dibina pada 1890 jauh berbeza dengan bangunan
seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad
yang terletak arah bersetentangan dataran.
Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah
tanah yang dibangunkan pada tahun 1995.
Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi
sebagai terowong keselamatan jika terjadi
peperangan sebagaimana di Iraq.
Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka
ditenggelami air banjir kilat yang melimpah
dari Sungai Bonus. Tahun 1971 Kuala Lumpur
turut ditenggelami banjir besar.
Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk
sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50
termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.
(TEMPAT BERSEJARAH)
•
• Istana Seri Menanti
• Kellie's Castle
• Kota A Famosa
• Kompleks Sejarah
( TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN)
• Kehadiran British ke Semenanjung
Tanah Melayu pada tahun 1786 telah
menyemarakkan lagi usaha penentangan
orang Melayu terhadap penjajah terutama
apabila British mula mencampuri urusan
pentadbiran tempatan. Penentangan
bukan sahaja berlaku di Semenanjung
Tanah Melayu malah juga di Sabah dan
Sarawak. Kebangkitan gerakan
anti-British memperlihatkan gelombang
penentangan yang dilakukan oleh tokoh
tokoh tempatan betikut :-
1. Penghulu Dol Said
2. Datuk Siamang Gagap
3. Yamtuan Tunku Antah
4. Dato Maharajalela
5. Sultan Abdullah
6. Dato Bahaman
7. Tok Gajah
8. Mat Kilau
9. Tok Janggut
10. Raja Mahadi
11. Haji Abdul Rahman Limbong
12. Tok Moris
13. Tungku Kud
14. Tungku Muhammad Saad
15. Roslie Dhoby
16. Sharif Mashor
17. Antanum
18. Pak Musa
19. Syarip Usman
20. Mat Salleh
Walaupun Penentangan mereka berakhir
dengan kegagalan namun semangat
juang mereka untuk mengembalikan
hak dan kedaulatan tanah air wajar
disanjung.
( PENUTUP )
Pada pendapat saya, tentang kemerdekaan
ini, saya berasa bersyukur kerana negara
kita telah lepas dari cengkaman penjajah
yang menjajah negara kita akan sentiasa
makmur dan aman damai sentiasa.