TOKOH
PEMIMPIN
JOHOR
DATO’ SERI KHALED NORDIN
Maklumat Peserta
● NAMA : ● NAMA SEKOLAH :
MUHAMMAD ILHAM SMK SERI LALANG
HAKIM BIN MOHD
● ALAMAT SEKOLAH :
QHORIZAM
JALAN AYER HITAM,
● KELAS : 86000, KLUANG JOHOR
5 KAA
● E-MEL :
m-7543541@moe-
dl.edu.my
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN 1
BIODATA TOKOH 2
PENDIDIKAN TOKOH 3
KERJAYA TOKOH 4-5
SUMBANGAN TOKOH 6-8
NILAI KEPIMPINAN 9
10
(i) 11
PENUTUP
SUMBER RUJUKAN
PENDAHULUAN
Assalamualaikum wbt,
Bagi memenuhi keperluan Program Pembangunan Pemimpin Muda Johor, saya
selaku wakil pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang telah ditugas
kan untuk mencipta Buku Skrap Digital mengenai Tokoh Pemimpin Johor. Tajuk
atau pemimpin yang telah saya pilih ialah “ Mohamed Khaled Nordin “
selaku bekas Menteri Besar Johor.
Secara amnya, penghasilan buku ini telah memberi banyak pengetahuan baru kep
ada saya mengenai tampuk pemerintahan di Johor. Selaku rakyat setia dan taat
kepada pemerintahan Johor, saya amat bangga
dan tertarik kepada pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan Johor lebih-
lebih lagi pada era pemerintahan Mohamed Khaled Nordin. Selain itu, saya yakin
dan percaya penghasilan buku skrap ini juga akan mendatangkan impak yang
positif kepada pembaca kerana input yang diberikan sangat padat.
Saya berharap semua perkongsian saya mengenai tokoh yang telah dipilih dapat
meningkatkan semangat patriotisme di dalam diri rakyat Johor dan menjadi salah
satu punca untuk menambahkan sifat menghargai pengorbanan yan telah dilakukan
oleh pemimpin kepada rakyatnya.
BIODATA TOKOH
Nama yang diberi ialah Mohamed Khaled bin Nordin. Belia telah dilahirka pada
30 November 1958. Beliau dilahirkan di Muar, Johor. Merupakan anak kepada
pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri. Beliau telah dijodohkan
dengan Datin Seri Rosni Omar pada tahun 1986 dan dikurniakan seorang caha
ya mata yang bernama Akmal Saufi bin Mohamed Khaled. Dato’ Khaled juga
mempunyai hobi yang agak menarik iaitu membaca dan meminati sukan
renang. Beliau sekarang merupakan Pengerusi Boustead Holdings Berhad Dan
merupakan Naib Presiden bagi UMNO.
PENDIDIKAN TOKOH
Beliau telah mendapat pendidikan awal Sekolah Rendah Ledang, Muar. Kemudian
meneruskan pengajian menengah di High School Muar dan English College di Johor
Bharu. Beliau seterusnya meyambung pengajian di peringkat universiti iaitu di Universiti
Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang.
KERJAYA TOKOH
Pada tahun 1982, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai
undang-undang di Petronas. Belia bekerja disitu dari tahun 1982 hingga 1983.
Setelah itu dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah
Persekutuan ( 1983-1986)
Menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat
(1986-1987).
Beliau mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi
ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru dan dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut..
Naib Presiden UMNO ini juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian
Pasir Gudang.
Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru
(1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor
Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua
Penerangan UMNO Negeri (1998).
Dari aktif berpolitik, beliau juga mengutamakan aktiviti kemasyarakatan dan
pernah dilantik Presiden Belia Negeri Johor, Presiden Persatuan Ragbi Johor
juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor
serta Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.
Pada Pilihan Raya Umum ke 14, beliau tewas di kerusi Parlimen Pasir
Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.
Beliau tewas kepada calon gabungan pembangkang PKR, Hassan Karim
dengan majoriti 24,726 undi di Parlimen Pasir Gudang.
Sementara itu di kerusi DUN Permas, Mohamed Khaled tewas dengan majoriti
8,746 undi.
Beliau memperoleh 20,047 undi manakala calon PKR, Datuk Che Zakaria
Mohd. Salleh (28,793), calon Pas, Ab. Aziz Abdullah (4,181 undi) dan calon
Bebas, Rohani Yaacob (113 undi).
SUMBANGAN TOKOH
● Ekonomi :
Pertama, perkembangan ekonomi yang meningkat setiap tahun semenjak
menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 2013. Ketika itu, nilai
KDNK negeri Johor adalah sebanyak RM 87.9 billion dan meningkat
kepada RM 104.48 billion pada tahun 2016. Purata peningkatan KDNK
sepanjang tempoh ini adalah 5.9% dan nilai ini lebih besar daripada
purata peningkatan KDNK Negara Malaysia iaitu sebanyak 5.1% dalam
tempoh yang sama.
Kedua, beliau menjadikan Johor destinasi pelaburan terbesar dalam sektor
pembuatan. Nilai terkumpul dari tahun 2013 hingga 2017 adalah sebanyak
RM 114.9 billion dalam sektor ini. Jumlah pelaburan terbesar pernah
dicatatkan pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM 31.3 billion. Kesan ini
memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Johor terutamanya dalam
peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.
● Taraf hidup :
Beliau menyediakan program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada rakyat
Johor. Johor antara salah satu negeri yang menerima pelaburan dalam sektor hartanah
terutama di kawasan Iskandar Puteri. Kebanyakan harga rumah di kawasan tersebut
bersifat ‘mampu tengok’. Justeru, Dato’ Khaled menyediakan pakej RMMJ kepada
rakyat Johor. Sebanyak 100,000 buah unit rumah disasarkan telah siap dibina pada
tahun 2023 dan 16,010 buah rumah telah pun siap dibina. Baki sebanyak 83,990
buah unit rumah akan disiapkan menjelang tahun 2023. RMMJ menawarkan 3 pakej
rumah yang berharga dari RM 42,000 hingga RM 150,000.
● Pembangunan Bumiputera :
Beliau telah berjaya meningkatkan tanah rizab Melayu sehingga 30% daripada
keluasan negeri Johor. Pada tahun 2012, jumlah kawasan tanah rizab Melayu di
Johor adalah sebanyak 294,000 hektar atau 16% daripada keluar negeri tersebut. Pada
tahun 2017, keluasan tanah rizab Melayu telah ditingkat sebanyak 555,918 hektar
atau 30% daripada kawasan negeri tersebut.
● Kebajikan rakyat :
Seramai 300 golongan kurang berkemampuan di Parlimen Pasir Gudang,
dekat sini menerima sumbangan Ramadan dan bantuan Aidilfitri anjuran
Yayasan Pasir Gudang, di sini hari ini. Majlis di Dewan Serbaguna Taman
Nusa Damai di sini, disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.
Dalam ucapannya, Mohamed Khaled, berkata Yayasan Pasir Gudang
memperuntukkan kira-kira RM 100,000 bagi program berkenaan,
membabitkan 244 penerima bantuan dalam kalangan masyarakat Melayu,
Cina (23), India (22), manakala Sabah dan Sarawak (11). Katanya, bantuan
disampaikan merangkumi wang tunai RM100 dan barangan keperluan asas
bernilai RM100, membabitkan golongan penduduk di 11 zon dalam kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) , di sini. Mohamed
Khaled berkata, kerajaan negeri turut menggalakkan sektor swasta
menjalinkan kerjasama bersama pihak yayasan yang diwujudkan di setiap
PBT di Johor bagi meneruskan pelbagai program kepada masyarakat.
NILAI KEPIMPINAN
● Seorang yang cekal, tabah dan berprinsip.
Hal ini disebabkan, untuk menjadi ahli politik yang relevan dalam tempoh masa
yang panjang, seorang individu itu perlulah mempunyai pendirian dan hala tuju
yang jelas agar tidak terjerumus dalam taktik kotor permainan politik.
● Seorang yang merendah diri.
Hal ini kerana, beliau selalu membantu masyarakat dan rakyat yang berada di
sekelilingnya. Perbuatan ini menyebabkan dia dipandang tinggi dek kerana
sifatnya yang pemurah dan baik hati.
● Seorang yang konsisten dalam pekerjaan
Beliau sangat mementingkan konsep pekerjaan yang teratur supaya kerja yang
dilakukan dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai matlamat.
KESIMPULAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah berjaya menyiapkan
Buku Skrap Digital ini dalam masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Secara
kesuluruhannya, pelbagai pengetahuan telah saya perolehi sepanjang tempoh saya
menghasilkan buku ini. Saya juga dapat menerapkan beberapa nilai yang baik dalam
diri saya apabila selesai membuat buku ini.
Nilai kepimpinan yang saya sertakan di dalam buku ini amat penting untuk
diterapkan dalam kehidupan generasi akan datang. Jika nilai ini dapat diterapkan, kita
akan dapat melahirkan modal insan cemerlang dalam kalangan rakyat di negeri Johor.
Terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang penghasilan buku
skrap seperti kesukaran mencari bahan tetapi masalah itu dapat diatasi dengan baik
melalui bantuan guru dan orang sekeliling.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang
sudi membantu saya dalam menghasilkan buku skrap untuk pertandingan SLB ini.
Saya mengharapkan bahwa hasil karya akan memberi manfaat kepada semua yang
membaca.
SUMBER RUJUKAN
● Rujukan Internet :
https://pru.sinarharian.com.my/calon/1231/mohamed-khaled-nordin
https://mytwocents.asia/4-sumbangan-kerajaan-negeri-johor-sebelum-ini/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Khaled_Nordin
● Akhbar :
Wartawan BH “Mohamed Khaled Nordin dilantik Pengerusi Boustead” dlm. Berita
Harian, 30 April 2020.
S. Anand Kumar. “300 penduduk Pasir Gudang terima sumbangan” dlm. Berita Harian
Online, 11 Jun 2016.
● Buku / Bahan Bacaan
Roosfa Hashim, 2015. Perjalanan Politik Khaled Nordin : Sebuah Biografi. Kuala
Lumpur : University of Malaya Press.
LAMPIRAN
Sekian Terima
Kasih