The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctnursarah1218, 2021-06-10 02:23:55

RESEPI LOCAL DESSERT Siti Nursarahspt2a

RESEPI LOCAL DESSERT Siti Nursarahspt2a

NOR JAMILAH BINTI MOHAMED

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT

Siti Nursarah Binti Shahzali
BO5SPT20FOO6

SENARAI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Senarai Kandungan 1
2. Apakah Itu Local Dessert? 2
3. Resepi Local Dessert (Malay) 3
4-5
- Ketayap 6-7
- Apam Puteri Ayu 8
- Kuih Keria 9
- Pengat Jagung 10
- Pengat Pisang 11
- Pengat Labu 12-13
- Talam Seri Muka 14-15
- Talam Suji Mocha 16
4. Resepi Local Dessert (Nyanya) 17
- Kuih Onde-onde 18-19
- Kuih Bom 20-21
- Tang Yuan 22-23
- Kuih Angkoo 24
5. Resepi Local Dessert (Indian) 25-26
- Kesari 27-28
- Boodi Laddu 29
- Kheer 31
6. Rujukan 33
7. Penghargaan

1

APAKAH ITU LOCAL DESSERT?

Local Dessert atau dalam Bahasa Malaysia adalah
Pencuci Mulut Tempatan. Dihasilkan oleh
masyarakat tempatan di Asia, terutamanya di
Malysia yang mempunyai pelbagai kaum dan adat
resam. Pencuci mulut merupakan sajian terakhir
yang dihidangkan dan mempunyai pelbagai
bentuk, warna dan rasa. Di dalam buku resepi ini
mengandungi pelbagai resepi pencuci mulut
daripada kaum Melayu, Nyonya dan India.

2

LOCAL DESSERT
MALAY

• Makanan atau kuih-muih yang dihasilkan oleh
masyarakat Melayu.

• Kaedah yang digunakan adalah menggoreng,
merebus, menggoreng-tohor dan mengukus

3

1. KUIH KETAYAP

Resepi Kulit Ketayap:
- Tepung gandum (250 gram)
- Santan kotak (200 gram)
- Air pandan (400 gram)
- Telur (1 biji)
- Garam (1/2 tsp)

Resepi Inti Ketayap:

- Kelapa parut (1 kilogram)
- Air gula melaka (200 gram)
- Gula pasir (200 gram)
- Tepung gandum dan tepung jagung (1 tsp)

Cara membuat inti ketayap

1) Sediakan kelapa parut di dalam periuk untuk dimasak.
2) Letakkan air gula melaka yang telah dicairkan ke dalam kelapa parut

berserta gula pasir ke dalam periuk.
3) Masak dan kacaukan sehingga pekat dan sebati, kemudian

tambahkan tepung gandum dan tepung jagung.
4) Kacaukan sehingga sebati. Biarkan sejuk

Cara membuat kulit ketayap

1) Masukkan santan ke dalam mangkuk yang berisi air pandan dan
gaulkan sehingga sebati menggunakan wire whisk.

2) Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tersebut.
3) Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama garam dan

gaulkan sehingga adunan menjadi sebati.
4) Peram dan biarkan dahulu bancuhan tersebut.
5) Setelah dibiar peram, panaskan kuali leper (griskan sedikit minyak

jika kuali itu mudah melekat)
6) Tuang bancuhan menggunakan ½ cup dan ratakan dengan

memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk
bulat.
7) Biarkan di masak sehingga berwarna kekuningan di sekeliling dan
boleh digerakkan semasa mengangkat kuali. Gunakan spatula
sekiranya sudak masak.

4

8) Seterusnya, masukkan inti kelapa yang telah disejukkan ke dalam
kulit ketayap.

9) Gulungkan sedikit untuk menutup inti, kemudian lipatkan kedua-dua
bahagian tepi dan gulung semula sehingga habis.

10) Ulang langkah tersebut sehingga habis kesemuanya.
Peralatan yang digunakan:

- Kuali leper
- Wire whisk/pemukul untuk menggaulkan bahan
- Mangkuk untuk meletakkan bahan-bahan
- Cup/cawan penyukat
- Sudu untuk meletakkan inti di dalam kulit ketayap
- Sudu penyukat
- Penimbang

5

2. Apam Puteri Ayu

Resepi Apam Puteri Ayu:
- Tepung naik sendiri (230 gram)
- Telur (5 biji)
- Santan kotak (20 gram)
- Gula kastor (230 gram)
- Pandan emulco dan air pandan (1/2 tsp)
- Ovallate (2 tsp)

Atas Apam Puteri Ayu:

- Kelapa parut
- Garam (1 tsp)
- Tepung gandum sedikit

Cara membuat

1) Sediakan mangkuk pengadun, masukkan telur ke dalam
mangkuk.

2) Seterusnya masukkan santan berserta padan emulco yang
dicampurkan dengan air pandan.

3) Masukkan gula kastor bersama tepung naik sendiri yang telah
diayak.

4) Akhir sekali masukkan ovellate dan boleh adun bahan tersebut ke
mesin pengadun ataupun dipanggil mixer. Adun sehingga sebati.

5) Kemudian masukkan garam berserta tepung gandum sedikit ke
dalam kelapa parut. Selepas itu, kukuskan selama 10 minit.
(Pastikan tidak hangit)

6) Jika kelapa parut sudah siap, masukkan kelapa parut tadi ke
dalam acuan apam puteri ayu dan tekankan sedikit.

7) Kemudian, masukkan adunan ke dalam acuan yang telah
diletakkan kelapa parut menggunakan scoop aiskrim atau sudu.

8) Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis.
9) Letakkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.

(Pastikan angkat penutup pengukus sekiranya terdapat banyak
wap air dan lapkannya)

6

Peralatan yang digunakan:
- Acuan Apam Puteri Ayu sangat penting untuk membentukkan
adunan
- Mesin pengadun kek untuk mengadun bahan
- Skoop aiskrim untuk mengaut adunan ke dalam acuan / boleh
menggunakan sudu
- Pengukus untuk mengukus kelapa parut dan adunan yang
sudah siap diisi dalam acuan
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Spatula
- Sudu penyukat
- Penimbang

7

3. Kuih Keria

Resepi kuih Keria:
- Keledek putih (2 kilogram)
- Tepung gandum (200 gram)
- Shortening (20 gram)
- Gula kastor (200 gram)
- Air (100 gram)

Cara membuat

1) Pertama, potong keledek menjadi dadu dan
panaskan air terlebih dahulu di dalam periuk
sehingga menggelegak.

2) Selesai potong keledek, masukkan keledek ke dalam air yang
menggelegak dan biarkan ia rebus sehingga lembut.

3) Setelah keledek berasa lembut, angkat keledek sahaja tanpa air.
Kemudian lenyekkan keledek tadi sehingga lumat.

4) Seterusnya masukkan shortening bersama dengan tepung gandum
ke dalam keledek yang telah dilumat.

5) Gaul menggunakan tangan sehingga semua sebati.
6) Kemudian, ambil sedikit adunan tersebut dan betukkan menjadi

seperti donut kecil. Ulang sehingga adunan habis.
7) Panaskan minyak di dalam kuali. Jika sudah panas, masukkan

adunan keria tadi satu persatu ke dalam kuali. Goreng dan gaulkan
supaya tidak hangit.
8) Angkat sekiranya keria yang digoreng sudah menjadi warna
keemasan.
9) Angkat dan boleh dihidangkan.

Peralatan yang digunakan:

- Kuali untuk menggoreng
- Pisau untuk memotong keledek
- Periuk untuk merebus keledek
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Dulang untuk meletakkan adunan atau keria yang sudah siap

digoreng
- Penimbang

8

4.PENGAT JAGUNG

Resepi Pengat Jagung:
- Santak kotak (2 kotak besar untuk buat

banyak)
- 4 tbsp gula melaka (hancur dipotong)
- Jagung (6 tongkol)
- Gula kastor (6 tbsp)
- Garam (1 tsp)
- Sagu (500 gram)

Cara membuat

1) Potong bahagian sekeliling isi jagung dan
buang bahagian batang.

2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga
menggelegak, rebus sagu ke dalam air yang menggelegak sehingga
menjadi kembang dan berwarna putih.

3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Masukkan isi jagung tadi kedalam periuk besar, dan diikuti dengan

masukkan santan ke dalamnya.
5) Kacau terlebih dahulu, barulah masukkan gula kastor, gula melaka

yang telah hancur dan juga garam.
6) Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang telah masak.
7) Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan sehingga ianya

menggelegak dan masak.

Peralatan yang digunakan:

- Pisau
- Sudu penyukat
- Periuk untuk merebus sagu
- Periuk untuk memasak pengat jagung
- Penapis untuk menapi sagu
- Senduk
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Penimbang

9

5. PENGAT PISANG

Resepi Pengat Pisang:
- Pisang tanduk (3 buah pisang)
- Gula melaka hancur dipotong

(100 gram)
- Gula kastor (2 senduk besar)
- Sagu (1/2 cup)
- Santan kotak (1 kotak)
- Garam (1 tsp)
- Daun pandan (2 ikat)

Cara membuat

1) Potong pisang kecil dan secara menyerong dan rendamkan di dalam
bekas berisi air.

2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak,
rebus sagu ke dalam air yang menggelegak sehingga menjadi
kembang dan berwarna putih.

3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Masukkan pisang yang telah dipotong tadi kedalam periuk besar, dan

diikuti dengan masukkan santan ke dalamnya.
5) Kemudian masukkan gula kastor, gula melaka yang telah hancur dan

juga garam.
6) Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang telah masak.
7) Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan sehingga ianya

menggelegak dan masak.

Peralatan yang digunakan:

- Pisau
- Cup/cawan penyukat
- Sudu penyukat
- Periuk untuk merebus sagu
- Periuk untuk memasak pengat pisang
- Penapis untuk menapi sagu
- Senduk
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Penimbang

10

6. PENGAT LABU

Resepi Pengat Labu:
- Labu (1/2 biji)
- Santan ( 1 mangkuk besar)
- Sagu (1/2 cup)
- Gula melaka (1/3 tbsp)
- Gula pasir (2 sudu besar)
- Garam (1 tsp)

Cara membuat

1) Potong labu menjadi dadu dan
letakkan kedalam periuk yang berisi air (pastikan air sama tinggi
dengan paras labu yang telah dipotong)

2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak,
rebus sagu ke dalam air yang menggelegak sehingga menjadi
kembang dan berwarna putih.

3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Kemudian masukkan santan ke dalam periuk yang berisi labu dan

air.
5) Kemudian masukkan gula kastor, gula melaka yang telah hancur

dan juga garam.
6) Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang telah masak.
7) Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan sehingga ianya

menggelegak dan masak. (Pastikan labu menjadi lembut)

Peralatan yang digunakan:

- Pisau untuk memotong labu
- Sudu penyukat
- Periuk untuk merebus sagu
- Periuk untuk memasak pengat labu
- Penapis untuk menapi sagu
- Senduk
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Penimbang

11

7. TALAM SRI MUKA

Resepi Talam Sri Muka:
- Beras pulut (600 gram) {Rendamkan

semalaman}
- Santan (500 gram)
- Garam (1/2 tsp)
- Telur (200 gram)
- Tepung gandum (20 gram)
- Tepung jagung (20 gram)
- Pandan emulco (1 sudu kecil)
- Perwarna makanan hijau (tuang sedikit

sahaja)
- Gula pasir

Cara membuat

1) Sapukan minyak jagung pada bekas talam dan letakkan plastik agar
senang untuk diangkat.

2) Masukkan beras pulut (buang air) yang sudah direndam semalaman
ke dalam bekas acuan. (Isi separuh acuan bekas sahaja)

3) Tekankan sedikit supaya beras pulut yang diisi tadi sama rata.
4) Dalam mangkuk yang lain, isikan santan dan tambahkan garam.

Kacaukan bagi sebati.
5) Kemudian tuangkan ke dalam acuan bekas yang berisi beras pulut.

(Tuang sehingga paras beras pulut sahaja dan pastikan semua
tempat mengena)
6) Bekas acuan yang digunakan pastikan tidak terlalu besar supaya
semasa kukus, wap air boleh naik ke atas.
7) Kukuskan pulut selama 30 minit sehingga masak.
8) Setelah pulut siap dikukus, letakkan tepung gandum di
atas.(Berfungsi untuk melekatkan adunan pandan dan pulut)
9) Tekan pulut menggunakan plastik supaya adunan tidak jatuh
kebawah semasa melatakkannya.
10) Ratakan tepung tadi menggunakan berus.
11) Sediakan satu lagi mangkuk berisi santan, dan tambahkan pandan
emulco berserta perwarna makanan hijau. Kacaukan biar sebati.
12) Kacau telur menggunakan whisk atau pemukul dan masukkan gula
pasir. Kacau bagi sebati.

12

13) Kemudian masukkan santan yang dicampurkan perwarna tadi sedikit
ke dalam tepung jagung dan gandum, kacaukan bagi sebati dan
tuang ke dalam telur tadi.

14) Santan selebihnya, tuang bersama ke dalam adunan tadi dan
kacaukannya.

15) Masukkan ½ tsp garam dan kacau sebati.
16) Kemudian tapis adunan, letak di dalam periuk dan masak di atas api

yang kecil. Kacau adunan sehingga menjadi pekat.
17) Sudah selesai masak adunan, tapis adunan sekali lagi dalam bekas

yang berisi pulut yang sudah dimasak.
18) Kukus semula talam itu sehingga masak.
Peralatan yang digunakan:
- Bekas acuan untuk kuih talam
- Plastik putih diletak untuk mudah diangkat nanti
- Penimbang
- Sudu penyukat
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Berus untuk menyapu minyak jagung dan tepung
- Pengukukus untuk mengukus kuih talam
- Pemukul/wire whisk

13

8. TALAM SUJI MOCHA

Resepi Talam Suji Mocha:
Bahan untuk bahagian bawah
- Gula pasir (1 cup)
- Santan kotak (6 cup)
- Tepung suji (2 cup)
- Tepung gandum (3 tbsp)
- Pewarna kuning telur (1 sudu kecil)

Bahan untuk bahagian atas

- Santan kotak (3 cup)
- Telur (3 biji)
- Gula pasir (1/2 cup)
- Tepung gandum (4 sudu besar)
- Mocha Paste (1 sudu besar)

Cara membuat

1) Sediakan periuk dahulu, kemudian dalam mangkuk tepung suji,
campurkan dengan tepung gandum bersama.

2) Seterusnya masukkan tepung tadi ke dalam periuk dan masukkan
juga santan dan tinggalkan sedikit. Kacau perlahan-lahan dan
pastikan tidak berketul-ketul.

3) Letakkan pewarna kuning telur ke dalam adunan tadi sedikit demi
sedikit sehingga nampak warna adunan menjadi kuning.

4) Letak dan tapis adunan ke dalam santan yang selebihnya sebentar
tadi. Kacaukan bagi sebati.

5) Tuang semula ke dalam periuk untuk dimasak. Masak di atas api
yang perlahan sehingga adunan menjadi pekat.

6) Sapukan minyak jagung pada bekas talam dan letakkan plastik agar
senang untuk diangkat.

7) Tuang adunan yang disiap masak ke dalam bekas talam dan ratakan
adunan tersebut. Biarkan ia sejuk.

8) Untuk adunan bahagian atas, kacaukan telur dan masukkan ke dalam
santan serta kacaukannya.

9) Kemudian masukkan gula serta tepung gandum dan kacau sehingga
sebati dan tidak berketul.

10) Tambahkan mocha paste dan kacaukan.

14

11) Tapis adunan tersebut dalam periuk dan buka api perlahan.
Masakkan adunan sehingga menjadi pekat.

12) Selepas itu tuang adunan ke dalam talam yang sudah berisi bahagian
bawah tadi.

13) Kukus semula talam tersebut selama 15 minit.
Peralatan yang digunakan:

- Bekas acuan untuk kuih talam
- Plastik putih diletak untuk mudah diangkat nanti
- Periuk untuk memasak bahan
- Senduk
- Penimbang
- Sudu penyukat
- Cawan penyukat
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Berus untuk menyapu minyak jagung dan tepung
- Pengukukus untuk mengukus kuih talam

15

LOCAL DESSERT
NYONYA

• Makanan atau kuih-muih yang dihasilkan oleh
masyarakat atau kaum Baba dan Nyonya.

• Kaedah yang digunakan adalah menggoreng,
merebus, dan mengukus.

16

1. Kuih Onde-onde

Resepi Onde-onde:

- Tepung pulut (1 kilogram)
- Tepung gandum (1/2 cup)
- Air Pandan (1 kilogram)
- Gula melaka yang telah dipotong kecil
- Kelapa parut

Cara membuat

1) Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk
yang besar disertai dengan tepung gandum
yang telah diayak. Gaulkan sedikit supaya bercampur.

2) Masukkan air pandan sedikit demi sedikit, kemudian ulikan sehingga
menjadi doh.

3) Sediakan tray atau dulang dan taburkan tepung di atasnya supaya
doh tadi tidak akan melekat.

4) Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan satu kepingan kecil gula
melaka yang telah dipotong ke dalamnnya.

5) Tutup dan bulatkan doh tersebut menjadi bulat. Buat sehingga doh
habis.

6) Ambil kelapa parut dan kukuskan sekalam 10 minit. Pastikan tidak
hangus.

7) Sudah selesai dengan doh, sediakan kuali yang diisi dengan air dan
panaskan air tersebut sehingga menggelegak.

8) Jika sudah menggelegak, masukkan bebola tepung tersebut
sebanyak mana mengikut kesesuaian kuali yang digunakan.

9) Angkat bebola tepung apabila ianya sudah timbul ke permukaan air.
10) Kemudian ambil kelapa parut yang sudah dikukus dan golekkan

bebola tepung pada kelapa parut.

Peralatan yang digunakan:

- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Dulang
- Pisau untuk memotong gula melaka
- Sudip berlubang (Stainless Stell Soup Colander)
- Kuali untuk merebus onde-onde

17

2. Kuih Bom

Resepi Kuih Bom:

- Tepung pulut (1 cup)
- Tepung gandum (1/2 cup)
- Garam (1 tsp)
- Bijan
- Air

Inti Kuih Bom:

- Kelapa parut (1 kilogram)
- Air gula melaka (200 gram)
- Gula pasir (200 gram)
- Tepung gandum dan tepung jagung (1 tsp)

Cara membuat inti ketayap

1) Sediakan kelapa parut di dalam periuk untuk dimasak.
2) Letakkan air gula melaka yang telah dicairkan ke dalam kelapa parut

berserta gula pasir ke dalam periuk.
3) Masak dan kacaukan sehingga pekat dan sebati, kemudian

tambahkan tepung gandum dan tepung jagung.
4) Kacaukan sehingga sebati. Biarkan sejuk

Cara membuat luar kuih bom

1) Ayak dahulu tepung gandum dan tepung pulut. (Boleh gabtikan
tepung pulut dengan keledek jika mahu)

2) Satukan kedua tepung ke dalam mangkuk.
3) Seterusnya, tambahkan garam dan gaulkan bagi sebati.
4) Tuang air sedikit demi sedikit dan ulikan sehingga menjadi doh.
5) Jika sudah selesai, ambil doh dan leperkan menjadi sebesar tapak

tangan dan letakkan inti kelapa yang telah siap tadi sebanyak satu
seudu besar.
6) Tutup inti dengan rapat dan kemas. Gumpalkan dan bulatkannya
sehingga menjadi bulat.
7) Kemudian golekkan di atas bekas berisi bijan. Gumpalkan lagi
suapaya bijan melekat padanya.
8) Panaskan minyak di dalam kuali, dan bersedia untuk menggoreng.
9) Goreng sehingga kuih tersbut menjadi keperangan.

18

Peralatan yang digunakan:
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Kuali untuk menggoreng kuih bom dan memasak inti kelapa
- Spatula besi
- Penapis
- Cawan penyukat
- Sudu penyukat
- Penimbang
- Dulang

19

3. Tang Yuan

Resepi Tang Yuan:
- Air (1 liter)
- Gula pasir (1/2 cup)
- Daun pandan (2 helai)

Cara membuat

1) Masukkan air ke dalam periuk.
2) Seterusnya, masukkan gula

berserta daun pandan yang dipotong dua.
3) Buka api kecil, dan masakkan sehingga gula hancur.
4) Tutup api dan biarkan sementara.

Resepi isi Tang Yuan:

- Gula kastor (1 tbsp)
- Tepung pulut (2 cup)
- Air (200 gram)
- Pewarna (Merah, hijau)

Cara membuat

1) Masukkan gula ke dalam tepung pulut. Campurkan kedua bahan
tersebut.

2) Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit, gaul dan uli
sehingga menjadi doh.

3) Sediakan mangkuk untuk bahagikan kepada tiga bahagian warna
iaitu, warna merah, hijau dan putih.

4) Letak pewarna pada doh yang telah dibahagikan sebentar tadi. Uli
sehingga warna menjadi sebati dengan doh.

5) Selesainya, ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi bulat yang kecil.
Buat sehingga ke semua doh habis untuk tiga warna itu.

6) Sudah selesai dengan doh, sediakan kuali yang diisi dengan air dan
panaskan air tersebut sehingga menggelegak.

7) Letakkan bebola tepung tadi ke dalam kuali. Biar ianya masak dan
angkat sekiranya bebola tersebut sudah naik ke permukaan air.

8) Letakkan terus bebola tepung itu ke dalam air gula yang sudah di
masak awal tadi.

9) Tang Yuan sudah siap untuk dihidangkan.

20

Peralatan yang digunakan:
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Cawan penyukat
- Sudu penyukat
- Penimbang
- Senduk
- Periuk untuk memasak kuah tang yuan
- Kuali untuk merebus isi tang yuan
- Sudip berlubang (Stainless Stell Soup Colander)

21

4.Kuih Angkoo

Resepi Kuih Angkoo:
- Keledek (200 gram)
- Tepung pulut (300 gram)
- Tepung ubi kayu (1/2 tbsp)
- Gula kastor (1/2 tbsp)
- Minyak masak (2 tbsp)
- Air (160 gram)
- Inti kacang merah

Cara membuat

1) Pertama, potong keledek menjadi dadu dan
panaskan air terlebih dahulu di dalam periuk sehingga menggelegak.

2) Selesai potong keledek, masukkan keledek ke dalam air yang
menggelegak dan biarkan ia rebus sehingga lembut.

3) Setelah keledek berasa lembut, angkat keledek sahaja tanpa air.
Kemudian lenyekkan keledek tadi sehingga lumat.

4) Campurkan kedua-dua tepung dan masukkan keledek yang telah
dilenyek ke dalam tepung. Gaul sehingga menjadi sebati.

5) Kemudian, ambil inti kacang merah dan bulatkan menjadi bulat
sedehana besar.

6) Seterusnya masukkan minyak ke dalam tepung yang telah
dicampurkan dengan keledek tadi.

7) Masukkan pula air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
8) Tambahkan sedikit pewarna merah pada doh dan sebatikannya.
9) Sediakan kulit daun pisang dan potong mengikut besar acuan akuih

angkoo. (Biarkan besar lebih sedikit)
10) Ambil segenggam besar doh dan leperkan. Kemudian masukkan inti

kacang merah yang telah dibulat tadi dan tutup serta bulatkannya.
11) Sapukan minyak jagung pada acuan terlebih dahulu.
12) Letakkan doh ke dalam acuan dan tekankan mengikut bentuk acuan

tersebut.
13) Keluarkan doh pada acuan dan letakkan atas kulit pisang yang telah

dipotong tadi.
14) Kemudian kukuskan selama lebih kurang 30 minit sehingga masak.

22

Peralatan yang digunakan:
- Pisau untuk memotong keledek
- Priuk untuk merebus keledek
- Penapis untuk menapis keledek
- Acuan kuih Angkoo sangat diperlukan
- Pisau atau gunting untuk memotong daun pisang
- Berus untuk menyapu minyak jagung
- Pengukus

23

LOCAL DESSERT
INDIAN

• Makanan atau kuih-muih yang dihasilkan oleh
masyarakat India.

• Kaedah yang digunakan adalah menggoreng
dan merebus.

24

1. Kesari

Resepi Kesari:
- Tepung suji/semolina (300 gram)
- Gula pasir ( 300 gram)
- Air suam (3 cup)
- Susu (3 cup)
- Ghee (2 cup)
- Kacang gajus (200 gram) > potong

dadu atau separuh
- Kacang almond (100 gram) > potong dadu atau kepingan
- Kismis (50 gram)
- Garam secukup rasa
- Pewarna (Dark orange)

Cara membuat

1) Dalam api yang kecil, sangai tepung suji atau tepung semolina perlahan
dalam 3 ke 4 minit. Apabila bau sudah naik, tambahkan secawan ghee
dan kacau bagi sebati.

2) Kacau dalam 2 ke 3 minit dan pastikan berhati-hati kerana ia mudah
hangus dan terlebih masak.

3) Biarkan sementara.
4) Gunakan kuali, letakkan 2 sudu besar ghee dan gorengkan kacang dan

kismis dengan buka api yang kecil. Goreng sehingga keperangan.
5) Dalam kuali yang sama, tambahkan air suam dan biarkan ia mendidih.

Kemudian tambahkan susu sehingga mendidih.
6) Letakkan kacang dan kismis yang telah digoreng tadi ke dalam adunan

dan kuali yang sama.
7) Apabila adunan mula mendidih perlahan, tambahkan gula dan garam

berserta pewarna .
8) Biarkan ia mendidih sekali lagi dan kacaukannya.
9) Sebaik sahaja gelembung mula muncul, perlahan tuangkan tepung

bersama ghee yang telah disangai tadi. Berhati-hati ketika
menuangkannya supaya tidak ada ketulan.
10) Kacau dengan sebaiknya. Kesari hamper untuk siap apabila cecair
menguap dan menjadi kental. Teruskan mengacaunya sehingga
mengeras.

25

11) Tambahkan ghee semasa mengacaunya. Boleh tambahkan lagi kacang
dan kismin. Tujuan tambahkan ghee supaya boleh ,enghasilkan kesari
yang berlemak dan manis.

12) Sediakan bekas atau dulang dan letakkan ghee padanya. Bekas atau
dulang digunakan untuk menekan kesari dan memudahkan untuk
memotong kesari dalam bentuk kepingan diamond petak.

13) Letakkan kesari ke dalam bekas atau dulang. Bentukkan kesari
mengikut bekas atau dulang tersebut dengan menekannya dan
menambahkan ghee suapaya terbentuk dengan baik.

14) Biarkan kesari sejuk dan selepas itu, potong dalam bentuk kepingan
diamond petak dan boleh dihidangkan.

Peralatan yang digunakan:
- Mangkuk untuk meletakkan bahan
- Penimbang
- Cawan penyukat
- Sudu penyukat
- Pisau untuk memotong kismis dan kacang
- Sudu
- Kuali leper untuk sangai tepung
- Kuali untuk menggoreng kesari
- Bekas atau dulang untuk meletakkan kesari yang siap digoreng
- Spatula besi
- Pisau untuk memotong kesari

26

2. Boondi Laddu

Resepi Boodi Laddu:
- Tepung kacang kuda (200 gram)
- Gula pasir (300 gram)
- Kacang gajus (50 gram)
- Kacang badam (50 gram)
- Kismin (50 gram)
- Garam (1/2 tsp)
- Sedikit Champor
- Sedikit Baking soda
- Bunga cengkih (dicincang)
- Air secukupnya

Cara membuat:

1) Masukkan garam ke dalam tepung kacang kuda, gaulkannya.
Seterusnya masukkan baking soda dan air sedikit demi sedikit
menggunakan whisk. (Pastikan adunan selepas diletakkan ait tidak
terlalu pekat dan terlalu cair)

2) Sediakan periuk, masukkan gula pasir ke dalamnya dan tambahkan air
secukupnya sekadar untuk tenggelamkan gula.

3) Masak di atas api yang perlahan sehingga apabila dirasa menggunakan
jari, ia melekit dan boleh ditarik biarkan dalam keadaan api dinuka
perlahan.

4) Untuk adunan tepung tadi, asingkan kepada tiga warna iaitu merah,
hijau dan oren. Adunan untuk warna merah dah hijau gunakan sedikit
sahaja manakala untuk adunan oren perlulah banyak. Tambahkan
pewarna pada adunan yang telah diasingkan tadi dan gaul bagi sebati.

5) Panaskan minyak di dalam kuali besar dan periksa air gula tadi. Jika
sudah boleh ditarik menggunakan jari bermakna ia sudah boleh
digunakan. Maka, tambahkan bunga cengkih dan sedikit sahaja
Champor ke dalam air gula. Kacau sebati.

6) Setelah minyak cukup panas, gunakan senduk laddu dan letakkan
adunan di atas penapis laddu sambil diketuk-ketuk.

7) Goreng boondi dalam beberapa saat sahaja, angkat dan lapikkanya
dengan tisu. (Ulang sehingga semua warna adunan boodi selesai
digoreng)

27

8) 1/3 cawan boodi oren perlu dikisar supya ia mudah untuk dibentuk
nanti.

9) Kemudian masukkan boondi berwarna merah dan hijau ke dalam air
gula dan terus masukkan ke dalam bekas boondi oren. Gaul bagi sebati
dan sekata.

10) Menggunakan kuali leper, masukkan 2 tbsp ghee dan gorengkan kismin,
gajus dan badam yang telah dicincang.

11) Campurkan ke semua bahan tadi ke dalam bekas boondi dan gaul
sebati.

12) Ambil sedikit ghee dan ratakan pada tapak tangan. Ambil juga sedikit
boondi dan bentukkan adunan menjadi bulat.

13) Boondi laddu siap untuk dihidang.
Peralatan yang digunakan:

- Kuali untuk menggoreng boondi laddu
- Penapis laddu
- Senduk laddu
- Pemukul/wire whisk
- Periuk untuk memasak air gula
- Kuali leper untuk menggoreng kismis dan kacang
- Cawan penyukat
- Sudu penyukat
- Mangkuk untuk meletakkan bahan

28

3. Kheer

Resepi Kheer:
- Susu cair (1 cawan)
- Beras (2 sudu)
- Ghee/Minyak/Mentega (sedikit)
- Kismis
- Kacang badam (Potong kecil)

Cara membuat
1) Sediakan periuk dan letakkan susu.
2) Buka api yang perlahan, kemudian
letakkan beras yang telah dibasuh
3) Pastikan beras itu masa sehingga kembang dan lembut. Pastikan
untuk kacau menggunakan senduk (supaya tidak hangit nanti)
4) Sementara itu, sediakan kuali leper dan letakkan mentega dan buka
api perlahan.
5) Letakkan kismis dan kacang badam ke dalam kuali.
6) Gorengkan sehingga keperangan dan pastikan tidak hangit.
(Teruskan kacau nasi dan susu tadi)
7) Untuk pastikan nasi sudah lembut, angkat dan picit atau tekan
menggunakan sudu. (Jika lembut dan kembang maka ianya sudah
masak)
8) Sekiranya tidak masak dan keras lagi, tambahkan air dan teruskan
untuk kacau.
9) Bila sudah masak, letakkan gula dan kacau bagi sebati.
10) Seterusnya, masukkan kismis dan kacang badam yang telah
digoreng tadi ke dalamnya dan kacaukan.
11) Biarkan mendidih sedikit dan tutup api. Siap dan boleh dihidangkan.

Peralatan yang digunakan:

- Periuk tanah/periuk biasa untuk memasak kheer
- Kuali leper untuk menggoreng
- Senduk
- Cawan penyukat
- Sudu penyukat
- Pisau untuk memotong kacang badam
- Sudu
- Mangkuk untuk meletakkan bahan

29

30

Rujukan:
▪ Buku Rasa (100 Sajian Warisan Pelbagai Etnik)
▪ https://www.slideshare.net/milaamira/local-dessert
▪ Buku Rasa (100 Ilham Sajian Suami Isteri)
▪ http://koleksiresepionline.blogspot.com/p/buku-resepi.html?m=

31

32

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, di sini tulus dari hati ingin saya ucapkan
terima kasih banyak-banyak kepada yang menolong dalam
menyiapkan Buku Resepi Local Dessert ini. Terutama sekali, pada
Puan Jamilah yang banyak mengajar kami tentang Local Dessert
ini. Membantu dan memberi rujukan kepada kami dalam
menyiapkan buku resepi ini.
Bersyukur juga kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya,
Tuhan memberikan kesihatan yang baik untuk penulis
menyempurnakan buku resepi ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada mereka yang membantu penulis secara
langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan Buku Resepi Local
Dessert.

Sekian Terima Kasih.

33

34


Click to View FlipBook Version