The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctnursarah1218, 2021-10-12 09:50:18

Local Dessert (SPT 2043) e-book

Local Dessert (SPT 2043) e-book

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT

Nor Jamilah Binti
Mohamed
Siti Nursarah Binti
Shahzali

APAKAH ITU LOCAL DESSERT?

Local Dessert atau dalam Bahasa Malaysia
adalah Pencuci Mulut Tempatan. Dihasilkan
oleh masyarakat tempatan di Asia, terutamanya
di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum
dan adat resam. Pencuci mulut merupakan
sajian terakhir yang dihidangkan dan
mempunyai pelbagai bentuk, warna dan rasa.
Di dalam buku resepi ini mengandungi
pelbagai resepi pencuci mulut daripada kaum
Melayu, Nyonya dan India.



KUIH KETAYAP

Kuih gulung atau dikenali sebagai
kuih ketayap merupakan sejenis

kuih tradisi yang popular di
Malaysia, malah juga di Indonesia,
Brunei, Singapura dan Sri Lanka.

Sesuai dimakan pada waktu
sarapan dan juga pada waktu

minum petang.

Resepi Kuih Ketayap:

• Resepi Kulit Ketayap:
- Tepung gandum (250 gram)
- Santan kotak (200 gram)
- Air pandan (400 gram)
- Telur (1 biji)
- Garam (1/2 tsp)

• Resepi Inti Ketayap:

- Kelapa parut (1 kilogram)
- Air gula melaka (200 gram)
- Gula pasir (200 gram)
- Tepung gandum dan tepung jagung (1 tsp)

Langkah-langkah membuat • Cara membuat kulit ketayap
ketayap:
1) Masukkan santan ke dalam mangkuk yang berisi air pandan
• Cara membuat inti ketayap dan gaulkan sehingga sebati menggunakan wire whisk.

1) Sediakan kelapa parut di dalam periuk untuk 2) Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tersebut.
dimasak. 3) Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama garam

2) Letakkan air gula melaka yang telah dicairkan dan gaulkan sehingga adunan menjadi sebati.
ke dalam kelapa parut berserta gula pasir ke 4) Peram dan biarkan dahulu bancuhan tersebut.
dalam periuk. 5) Setelah dibiar peram, panaskan kuali leper (griskan sedikit

3) Masak dan kacaukan sehingga pekat dan minyak jika kuali itu mudah melekat)
sebati, kemudian tambahkan tepung gandum 6) Tuang bancuhan menggunakan ½ cup dan ratakan dengan
dan tepung jagung.
memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat
4) Kacaukan sehingga sebati. Biarkan sejuk bentuk bulat.
7) Biarkan di masak sehingga berwarna kekuningan di sekeliling
dan boleh digerakkan semasa mengangkat kuali. Gunakan
spatula sekiranya sudak masak.
8) Seterusnya, masukkan inti kelapa yang telah disejukkan ke
dalam kulit ketayap.
9) Gulungkan sedikit untuk menutup inti, kemudian lipatkan
kedua-dua bahagian tepi dan gulung semula sehingga habis.
10) Ulang langkah tersebut sehingga habis kesemuanya.

APAM SERI AYU

Asal-usul Apam Seri Ayu adalah dari Indonesia.
Kuih ini menjadi popular di Malaysia dan sudah

menjadi kuih tradisi di negara kita juga.

Sesuai dimakan pada waktu sarapan dan juga
pada waktu minum petang. Lebih seronok
dimakan untuk berbuka puasa pada bulan
Ramadan.

Resepi Kuih Apam Puteri Ayu:

• Resepi Apam Puteri Ayu:
- Tepung naik sendiri (230 gram)
- Telur (5 biji)
- Santan kotak (20 gram)
- Gula kastor (230 gram)
- Pandan emulco dan air pandan (1/2 tsp)
- Ovallate (2 tsp)

• Atas Apam Puteri Ayu:

- Kelapa parut
- Garam (1 tsp)
- Tepung gandum sedikit

Langkah-langkah membuat Apam Seri Ayu:

• Cara membuat Apam Seri Ayu:

1) Sediakan mangkuk pengadun, masukkan telur ke dalam mangkuk.
2) Seterusnya masukkan santan berserta padan emulco yang dicampurkan dengan air

pandan.
3) Masukkan gula kastor bersama tepung naik sendiri yang telah diayak.
4) Akhir sekali masukkan ovellate dan boleh adun bahan tersebut ke mesin pengadun ataupun

dipanggil mixer. Adun sehingga sebati.
5) Kemudian masukkan garam berserta tepung gandum sedikit ke dalam kelapa parut. Selepas

itu, kukuskan selama 10 minit. (Pastikan tidak hangit)
6) Jika kelapa parut sudah siap, masukkan kelapa parut tadi ke dalam acuan apam puteri ayu

dan tekankan sedikit.
7) Kemudian, masukkan adunan ke dalam acuan yang telah diletakkan kelapa parut

menggunakan scoop aiskrim atau sudu.
8) Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis.
9) Letakkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit. (Pastikan angkat penutup

pengukus sekiranya terdapat banyak wap air dan lapkannya)

KUIH KERIA

Asal-usul kuih Keria berasal dari Malaysia. Nama
selain bagi kuih ini adalah kuih gelang atau kuih

cincin.

Sesuai dimakan pada waktu sarapan dan juga pada
waktu minum petang.

Resepi Kuih Keria:

• Resepi kuih Keria:
- Keledek putih (2 kilogram)
- Tepung gandum (200 gram)
- Shortening (20 gram)
- Gula kastor (200 gram)
- Air (100 gram)

Langkah-langkah membuat Keria:

• Cara membuat Keria:

1) Pertama, potong keledek menjadi dadu dan panaskan air terlebih dahulu di dalam periuk sehingga
menggelegak.

2) Selesai potong keledek, masukkan keledek ke dalam air yang menggelegak dan biarkan ia rebus sehingga
lembut.

3) Setelah keledek berasa lembut, angkat keledek sahaja tanpa air. Kemudian lenyekkan keledek tadi sehingga
lumat.

4) Seterusnya masukkan shortening bersama dengan tepung gandum ke dalam keledek yang telah dilumat.
5) Gaul menggunakan tangan sehingga semua sebati.
6) Kemudian, ambil sedikit adunan tersebut dan betukkan menjadi seperti donut kecil. Ulang sehingga adunan

habis.
7) Panaskan minyak di dalam kuali. Jika sudah panas, masukkan adunan keria tadi satu persatu ke dalam kuali.

Goreng dan gaulkan supaya tidak hangit.
8) Angkat sekiranya keria yang digoreng sudah menjadi warna keemasan.
9) Angkat dan boleh dihidangkan.

PENGAT

Pengat merupakan makanan tradisional negara Pengat sesuai dimakan pada bila-bila waktu
Malaysia dah menjadi hidangan yang popular sahaja.
di sekitar masyarakat, terutamanya di Pantai

Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Jenis Pengat:
➢ Pengat Pisang
➢ Pengat Jagung
➢ Pengat Labu

Resepi Pengat Pisang:

• Resepi Pengat Pisang: • Cara membuat Pengat Pisang:
- Pisang tanduk (3 buah pisang)
- Gula melaka hancur dipotong 1) Potong bahagian sekeliling isi jagung dan buang bahagian
batang.
(100 gram)
- Gula kastor (200 gram) 2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga
- Sagu (1/2 cup) menggelegak, rebus sagu ke dalam air yang menggelegak
- Santan kotak (1 liter) sehingga menjadi kembang dan berwarna putih.
- Garam (1 tsp)
- Daun pandan (2 ikat) 3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Masukkan isi jagung tadi kedalam periuk besar, dan diikuti

dengan masukkan santan ke dalamnya.
5) Kacau terlebih dahulu, barulah masukkan gula kastor, gula

melaka yang telah hancur dan juga garam.
6) Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang telah

masak.
7) Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan sehingga

ianya menggelegak dan masak.

Resepi Pengat Jagung: • Cara membuat Pengat Jagung:

• Resepi Pengat Jagung: 1) Potong bahagian sekeliling isi jagung dan buang
- Santak kotak (2 kotak besar untuk buat banyak) bahagian batang.
- 4 tbsp gula melaka (hancur dipotong)
- Jagung (6 tongkol) 2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga
- Gula kastor (6 tbsp) menggelegak, rebus sagu ke dalam air yang
- Garam (1 tsp) menggelegak sehingga menjadi kembang dan
- Sagu (500 gram) berwarna putih.

3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang
air)

4) Masukkan isi jagung tadi kedalam periuk besar,
dan diikuti dengan masukkan santan ke dalamnya.

5) Kacau terlebih dahulu, barulah masukkan gula
kastor, gula melaka yang telah hancur dan juga
garam.

6) Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang
telah masak.

7) Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan
sehingga ianya menggelegak dan masak.

Resepi Pengat Labu:

• Cara membuat Pengat Labu:

• Resepi Pengat Labu: 1) Potong labu menjadi dadu dan letakkan kedalam periuk
- Labu (1/2 biji) yang berisi air (pastikan air sama tinggi dengan paras labu
- Santan ( 1 mangkuk besar) yang telah dipotong)
- Sagu (1/2 cup)
- Gula melaka (1/3 tbsp) 2) Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga
- Gula pasir (2 sudu besar) menggelegak, rebus sagu ke dalam air yang menggelegak
- Garam (1 tsp) sehingga menjadi kembang dan berwarna putih.

3) Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut (buang air)
4) Kemudian masukkan santan ke dalam periuk yang berisi

labu dan air.
5) Kemudian masukkan gula kastor, gula melaka yang telah

hancur dan juga garam.
6) Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang telah

masak.
7) Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan sehingga

ianya menggelegak dan masak. (Pastikan labu menjadi
lembut)

KUIH TALAM

Kuih Talam diciptakan oleh orang Melayu dan Sesuai dimakan pada waktu sarapan dan juga
juga Banjar. Kuih Talam boleh didapati di pada waktu minum petang.
negara Indonesia (Kalimantan Selatan),
Malaysia dan Singapura.

Jenis kuih Talam:
➢ Talam Seri Muka
➢ Talam Suji Mocha

Resepi Talam Seri Muka:

• Resepi Talam Sri Muka:
- Beras pulut (600 gram) {Rendamkan

semalaman}
- Santan (500 gram)
- Garam (1/2 tsp)
- Telur (200 gram)
- Tepung gandum (20 gram)
- Tepung jagung (20 gram)
- Pandan emulco (1 sudu kecil)
- Perwarna makanan hijau (tuang sedikit sahaja)
- Gula pasir

Langkah-langkah membuat Talam Seri Muka:

• Cara membuat Talam Seri Muka:

1) Sapukan minyak jagung pada bekas talam dan letakkan plastik agar senang untuk diangkat.
2) Masukkan beras pulut (buang air) yang sudah direndam semalaman ke dalam bekas acuan. (Isi separuh acuan

bekas sahaja)
3) Tekankan sedikit supaya beras pulut yang diisi tadi sama rata.
4) Dalam mangkuk yang lain, isikan santan dan tambahkan garam. Kacaukan bagi sebati.
5) Kemudian tuangkan ke dalam acuan bekas yang berisi beras pulut. (Tuang sehingga paras beras pulut sahaja dan

pastikan semua tempat mengena)
6) Bekas acuan yang digunakan pastikan tidak terlalu besar supaya semasa kukus, wap air boleh naik ke atas.
7) Kukuskan pulut selama 30 minit sehingga masak.
8) Setelah pulut siap dikukus, letakkan tepung gandum di atas.(Berfungsi untuk melekatkan adunan pandan dan

pulut)
9) Tekan pulut menggunakan plastik supaya adunan tidak jatuh kebawah semasa melatakkannya.
10) Ratakan tepung tadi menggunakan berus.

11) Sediakan satu lagi mangkuk berisi santan, dan tambahkan pandan emulco berserta perwarna makanan hijau.
Kacaukan biar sebati.

12) Kacau telur menggunakan whisk atau pemukul dan masukkan gula pasir. Kacau bagi sebati.
13) Kemudian masukkan santan yang dicampurkan perwarna tadi sedikit ke dalam tepung jagung dan gandum,

kacaukan bagi sebati dan tuang ke dalam telur tadi.
14) Santan selebihnya, tuang bersama ke dalam adunan tadi dan kacaukannya.
15) Masukkan ½ tsp garam dan kacau sebati.
16) Kemudian tapis adunan, letak di dalam periuk dan masak di atas api yang kecil. Kacau adunan sehingga

menjadi pekat.
17) Sudah selesai masak adunan, tapis adunan sekali lagi dalam bekas yang berisi pulut yang sudah dimasak.
18) Kukus semula talam itu sehingga masak.

Resepi Talam Suji Mocha:

Resepi Talam Suji Mocha:
• Bahan untuk bahagian bawah
- Gula pasir (1 cup)
- Santan kotak (6 cup)
- Tepung suji (2 cup)
- Tepung gandum (3 tbsp)
- Pewarna kuning telur (1 sudu kecil)

• Bahan untuk bahagian atas

- Santan kotak (3 cup)
- Telur (3 biji)
- Gula pasir (1/2 cup)
- Tepung gandum (4 sudu besar)
- Mocha Paste (1 sudu besar)

Langkah-langkah membuat Talam Suji Mocha:

• Cara membuat Talam Suji Mocha:

1) Sediakan periuk dahulu, kemudian dalam mangkuk tepung suji, campurkan dengan tepung gandum bersama.
2) Seterusnya masukkan tepung tadi ke dalam periuk dan masukkan juga santan dan tinggalkan sedikit. Kacau

perlahan-lahan dan pastikan tidak berketul-ketul.
3) Letakkan pewarna kuning telur ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga nampak warna adunan

menjadi kuning.
4) Letak dan tapis adunan ke dalam santan yang selebihnya sebentar tadi. Kacaukan bagi sebati.
5) Tuang semula ke dalam periuk untuk dimasak. Masak di atas api yang perlahan sehingga adunan menjadi

pekat.
6) Sapukan minyak jagung pada bekas talam dan letakkan plastik agar senang untuk diangkat.
7) Tuang adunan yang disiap masak ke dalam bekas talam dan ratakan adunan tersebut. Biarkan ia sejuk.

8) Untuk adunan bahagian atas, kacaukan telur dan masukkan ke dalam santan serta kacaukannya.

9) Kemudian masukkan gula serta tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
10) Tambahkan mocha paste dan kacaukan.
11) Tapis adunan tersebut dalam periuk dan buka api perlahan. Masakkan adunan sehingga menjadi

pekat.
12) Selepas itu tuang adunan ke dalam talam yang sudah berisi bahagian bawah tadi.
13) Kukus semula talam tersebut selama 15 minit.



KUIH ONDE-ONDE

Kuih Onde-onde atau juga dikenali sebagai buah
melaka atau klepon. Kuih ini diramalkan berasal

dari Malaysia atau di Indonesia.

Sesuai dimakan pada waktu petang dan juga
biasanya akan dihidangkan sebagai hidangan

pejabat contohnya ketika mesyuarat.

Resepi Kuih Onde-onde:

Cara membuat Onde-onde:

• Resepi Onde-onde: 1) Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk yang besar disertai dengan
tepung gandum yang telah diayak. Gaulkan sedikit supaya bercampur.
- Tepung pulut (1 kilogram)
- Tepung gandum (1/2 cup) 2) Masukkan air pandan sedikit demi sedikit, kemudian ulikan sehingga menjadi
- Air Pandan (1 kilogram) doh.
- Gula melaka yang telah
3) Sediakan tray atau dulang dan taburkan tepung di atasnya supaya doh tadi
dipotong kecil tidak akan melekat.
- Kelapa parut
4) Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan satu kepingan kecil gula melaka
yang telah dipotong ke dalamnnya.

5) Tutup dan bulatkan doh tersebut menjadi bulat. Buat sehingga doh habis.
6) Ambil kelapa parut dan kukuskan sekalam 10 minit. Pastikan tidak hangus.
7) Sudah selesai dengan doh, sediakan kuali yang diisi dengan air dan

panaskan air tersebut sehingga menggelegak.
8) Jika sudah menggelegak, masukkan bebola tepung tersebut sebanyak mana

mengikut kesesuaian kuali yang digunakan.
9) Angkat bebola tepung apabila ianya sudah timbul ke permukaan air.
10) Kemudian ambil kelapa parut yang sudah dikukus dan golekkan bebola

tepung pada kelapa parut.

KUIH BOM

Bebola Bijan, kuih Bom atau Jian Dui (Bahasa
Cina) ialah sejenis kuih yang popular di Malaysia
dan Indonesia. Kuih ini dapat ditemukan di pasar

tradisional dan khususnya popular di daerah
pekan Cina.

Sesuai dimakan pada waktu sarapan dan juga
pada waktu minum petang.

Resepi Kuih Bom:

• Resepi Kuih Bom:

- Tepung pulut (1 cup)
- Tepung gandum (1/2 cup)
- Garam (1 tsp)
- Bijan
- Air

• Inti Kuih Bom:

- Kelapa parut (1 kilogram)
- Air gula melaka (200 gram)
- Gula pasir (200 gram)
- Tepung gandum dan tepung jagung (1 tsp)

• Cara membuat inti kuih Bom: • Cara membuat luar kuih Bom

1) Sediakan kelapa parut di dalam periuk untuk 1) Ayak dahulu tepung gandum dan tepung pulut. (Boleh
dimasak. gabtikan tepung pulut dengan keledek jika mahu)

2) Letakkan air gula melaka yang telah dicairkan 2) Satukan kedua tepung ke dalam mangkuk.
ke dalam kelapa parut berserta gula pasir ke 3) Seterusnya, tambahkan garam dan gaulkan bagi
dalam periuk.
sebati.
3) Masak dan kacaukan sehingga pekat dan 4) Tuang air sedikit demi sedikit dan ulikan sehingga
sebati, kemudian tambahkan tepung gandum
dan tepung jagung. menjadi doh.
5) Jika sudah selesai, ambil doh dan leperkan menjadi
4) Kacaukan sehingga sebati. Biarkan sejuk
sebesar tapak tangan dan letakkan inti kelapa yang
telah siap tadi sebanyak satu seudu besar.
6) Tutup inti dengan rapat dan kemas. Gumpalkan dan
bulatkannya sehingga menjadi bulat.
7) Kemudian golekkan di atas bekas berisi bijan.
Gumpalkan lagi suapaya bijan melekat padanya.
8) Panaskan minyak di dalam kuali, dan bersedia untuk
menggoreng.
9) Goreng sehingga kuih tersbut menjadi keperangan.

TANG YUAN

Tang Yuan atau lebih dikenali sebagai onde adalah
makanan tradisional Cina yang diperbuat daripada

tepung beras.

Sesuai dimakan pada pada perayaan tradisional Cina
seperti Festival Donghzi dan Festival Lentera. Selain
itu, hari bulan purnama pertama di Tahun Baru Imlek
juga merupakan hari tradisional bagi keluarga untuk

menikmati Tang Yuan

Resepi Tang Yuan:

• Resepi Tang Yuan:
- Air (1 liter)
- Gula pasir (1/2 cup)
- Daun pandan (2 helai)

• Resepi isi Tang Yuan:
- Gula kastor (1 tbsp)
- Tepung pulut (2 cup)
- Air (200 gram)
- Pewarna (Merah, hijau)

Langkah-langkah membuat Tang Yuan:

• Cara membuat kuah Tang • Cara membuat Isi Tang Yuan:
Yuan:
1) Masukkan gula ke dalam tepung pulut. Campurkan kedua bahan
1) Masukkan air ke dalam periuk. tersebut.

2) Seterusnya, masukkan gula berserta 2) Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit, gaul dan uli
daun pandan yang dipotong dua. sehingga menjadi doh.

3) Buka api kecil, dan masakkan 3) Sediakan mangkuk untuk bahagikan kepada tiga bahagian warna
sehingga gula hancur. iaitu, warna merah, hijau dan putih.

4) Tutup api dan biarkan sementara. 4) Letak pewarna pada doh yang telah dibahagikan sebentar tadi. Uli
sehingga warna menjadi sebati dengan doh.

5) Selesainya, ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi bulat yang
kecil. Buat sehingga ke semua doh habis untuk tiga warna itu.

6) Sudah selesai dengan doh, sediakan kuali yang diisi dengan air dan
panaskan air tersebut sehingga menggelegak.

7) Letakkan bebola tepung tadi ke dalam kuali. Biar ianya masak dan
angkat sekiranya bebola tersebut sudah naik ke permukaan air.

8) Letakkan terus bebola tepung itu ke dalam air gula yang sudah di
masak awal tadi.

9) Tang Yuan sudah siap untuk dihidangkan.

KUIH ANGKOO

Asal-usul Kuih Kura-kura Merah atau dipanggil Angkoo
adalah berasal dari China. Kuih ini terdapat di beberapa

kawasan China dan juga Asia Tenggara.

Kuih Angkoo disediakan untuk majlis-majlis yang
penting secara budaya bagi orang Cina seperti bulan
pertama bayi yang baru lahir atau ulang tahun orang
tua. Seperti di negara Malaysia dan Singapura, makanan
ini adalah merupakan makanan ringan yang sangat

digemari.

Resepi Kuih Angkoo:

• Resepi Kuih Angkoo:
- Keledek (200 gram)
- Tepung pulut (300 gram)
- Tepung ubi kayu (1/2 tbsp)
- Gula kastor (1/2 tbsp)
- Minyak masak (2 tbsp)
- Air (160 gram)
- Inti kacang merah

Langkah-langkah membuat Angkoo:

• Cara membuat Kuih Angkoo:

1) Pertama, potong keledek menjadi dadu dan panaskan air terlebih dahulu di dalam periuk sehingga
menggelegak.

2) Selesai potong keledek, masukkan keledek ke dalam air yang menggelegak dan biarkan ia rebus
sehingga lembut.

3) Setelah keledek berasa lembut, angkat keledek sahaja tanpa air. Kemudian lenyekkan keledek tadi
sehingga lumat.

4) Campurkan kedua-dua tepung dan masukkan keledek yang telah dilenyek ke dalam tepung. Gaul
sehingga menjadi sebati.

5) Kemudian, ambil inti kacang merah dan bulatkan menjadi bulat sedehana besar.
6) Seterusnya masukkan minyak ke dalam tepung yang telah dicampurkan dengan keledek tadi.
7) Masukkan pula air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.

8) Tambahkan sedikit pewarna merah pada doh dan sebatikannya.
9) Sediakan kulit daun pisang dan potong mengikut besar acuan akuih angkoo. (Biarkan besar lebih sedikit)
10) Ambil segenggam besar doh dan leperkan. Kemudian masukkan inti kacang merah yang telah dibulat

tadi dan tutup serta bulatkannya.
11) Sapukan minyak jagung pada acuan terlebih dahulu.
12) Letakkan doh ke dalam acuan dan tekankan mengikut bentuk acuan tersebut.
13) Keluarkan doh pada acuan dan letakkan atas kulit pisang yang telah dipotong tadi.
14) Kemudian kukuskan selama lebih kurang 30 minit sehingga masak.



KESARI

Kesari merupakan sejenis kuih tradisional
masyarakat India. Asal-usul Kesari sudah

semestinya di negara India.

Kesari merupakan hidangan manis yang
dihidangkn ketika majlis keramaian dan upacara

sembahyang bagi masyarakat India.

Resepi Kesari:

• Resepi Kesari:
- Tepung suji/semolina (300 gram)
- Gula pasir ( 300 gram)
- Air suam (3 cup)
- Susu (3 cup)
- Ghee (2 cup)
- Kacang gajus (200 gram) > potong dadu atau separuh
- Kacang almond (100 gram) > potong dadu atau kepingan
- Kismis (50 gram)
- Garam secukup rasa
- Pewarna (Dark orange)

Langkah-langkah membuat Kesari:

• Cara membuat Kesari:

1) Dalam api yang kecil, sangai tepung suji atau tepung semolina perlahan dalam 3 ke 4 minit. Apabila bau
sudah naik, tambahkan secawan ghee dan kacau bagi sebati.

2) Kacau dalam 2 ke 3 minit dan pastikan berhati-hati kerana ia mudah hangus dan terlebih masak.
3) Biarkan sementara.
4) Gunakan kuali, letakkan 2 sudu besar ghee dan gorengkan kacang dan kismis dengan buka api yang kecil.

Goreng sehingga keperangan.
5) Dalam kuali yang sama, tambahkan air suam dan biarkan ia mendidih. Kemudian tambahkan susu

sehingga mendidih.
6) Letakkan kacang dan kismis yang telah digoreng tadi ke dalam adunan dan kuali yang sama.
7) Apabila adunan mula mendidih perlahan, tambahkan gula dan garam berserta pewarna .

7) Biarkan ia mendidih sekali lagi dan kacaukannya.
8) Sebaik sahaja gelembung mula muncul, perlahan tuangkan tepung bersama ghee yang telah disangai tadi.

Berhati-hati ketika menuangkannya supaya tidak ada ketulan.
9) Kacau dengan sebaiknya. Kesari hamper untuk siap apabila cecair menguap dan menjadi kental. Teruskan

mengacaunya sehingga mengeras.
10) Tambahkan ghee semasa mengacaunya. Boleh tambahkan lagi kacang dan kismin. Tujuan tambahkan ghee

supaya boleh menghasilkan kesari yang berlemak dan manis.
11) Sediakan bekas atau dulang dan letakkan ghee padanya. Bekas atau dulang digunakan untuk menekan

kesari dan memudahkan untuk memotong kesari dalam bentuk kepingan diamond petak.
12) Letakkan kesari ke dalam bekas atau dulang. Bentukkan kesari mengikut bekas atau dulang tersebut

dengan menekannya dan menambahkan ghee suapaya terbentuk dengan baik.
13) Biarkan kesari sejuk dan selepas itu, potong dalam bentuk kepingan diamond petak dan boleh dihidangkan.

LADDU

Laddu atau Avinsh adalah gula-gula berbentuk
bola yang berasal dari Benua Kecil India. Nama itu

berasal dari kata Sanskrit Latikka.

Kesari merupakan hidangan manis yang
dihidangkn ketika festival dan ucara keagamaan

bagi masyarakat India.

Resepi Boondi Laddu:

• Resepi Laddu:
- Tepung kacang kuda (200 gram)
- Gula pasir (300 gram)
- Kacang gajus (50 gram)
- Kacang badam (50 gram)
- Kismin (50 gram)
- Garam (1/2 tsp)
- Sedikit Champor
- Sedikit Baking soda
- Bunga cengkih (dicincang)
- Air secukupnya

Langkah-langkah membuat Laddu:

• Cara membuat Laddu:

1) Masukkan garam ke dalam tepung kacang kuda, gaulkannya. Seterusnya masukkan baking soda dan air
sedikit demi sedikit menggunakan whisk. (Pastikan adunan selepas diletakkan ait tidak terlalu pekat dan
terlalu cair)

2) Sediakan periuk, masukkan gula pasir ke dalamnya dan tambahkan air secukupnya sekadar untuk
tenggelamkan gula.

3) Masak di atas api yang perlahan sehingga apabila dirasa menggunakan jari, ia melekit dan boleh ditarik
biarkan dalam keadaan api dibuka perlahan.

4) Untuk adunan tepung tadi, asingkan kepada tiga warna iaitu merah, hijau dan oren. Adunan untuk warna
merah dah hijau gunakan sedikit sahaja manakala untuk adunan oren perlulah banyak. Tambahkan
pewarna pada adunan yang telah diasingkan tadi dan gaul bagi sebati.

5) Panaskan minyak di dalam kuali besar dan periksa air gula tadi. Jika sudah boleh ditarik menggunakan jari
bermakna ia sudah boleh digunakan. Maka, tambahkan bunga cengkih dan sedikit sahaja Champor ke
dalam air gula. Kacau sebati.

6) Setelah minyak cukup panas, gunakan senduk laddu dan letakkan adunan di atas penapis laddu sambil
diketuk-ketuk.

7) Goreng boondi dalam beberapa saat sahaja, angkat dan lapikkanya dengan tisu. (Ulang sehingga semua
warna adunan boodi selesai digoreng)

8) 1/3 cawan boodi oren perlu dikisar supya ia mudah untuk dibentuk nanti.
9) Kemudian masukkan boondi berwarna merah dan hijau ke dalam air gula dan terus masukkan ke dalam
bekas

boondi oren. Gaul bagi sebati dan sekata.
10) Menggunakan kuali leper, masukkan 2 tbsp ghee dan gorengkan kismin, gajus dan badam yang telah

dicincang.
11) Campurkan ke semua bahan tadi ke dalam bekas boondi dan gaul sebati.
12) Ambil sedikit ghee dan ratakan pada tapak tangan. Ambil juga sedikit boondi dan bentukkan adunan menjadi

bulat.
13) Laddu siap untuk dihidang.

KHEER

Kheer atau Payesh, payasam atau Phirni (Bahasa
Urdu, Hindi dan Benggali) berasal dari Selatan
India. Juga terdapat di kawan seperti Pakistan,
Bangladesh, Sri Lanka, Bhutan dan Nepal.

Kheer juga merupakan makanan kuil Hindu,
khususnya, dan ia dijadikan sebagai Prasada
(Rahmat) iaitu makanan dan air yang ditawarkan

kepada dewa untuk pemujaan.

Resepi Kheer: • Cara membuat Kheer:
1) Sediakan periuk dan letakkan susu.
• Resepi Kheer: 2) Buka api yang perlahan, kemudian letakkan beras yang telah
- Susu cair (1 cawan)
- Beras (2 sudu) dibasuh
- Ghee/Minyak/Mentega (sedikit) 3) Pastikan beras itu masa sehingga kembang dan lembut. Pastikan
- Kismis
- Kacang badam (Potong kecil) untuk kacau menggunakan senduk (supaya tidak hangit nanti)
4) Sementara itu, sediakan kuali leper dan letakkan mentega dan buka

api perlahan.
5) Letakkan kismis dan kacang badam ke dalam kuali.
6) Gorengkan sehingga keperangan dan pastikan tidak hangit.

(Teruskan kacau nasi dan susu tadi)
7) Untuk pastikan nasi sudah lembut, angkat dan picit atau tekan

menggunakan sudu. (Jika lembut dan kembang maka ianya sudah
masak)
8) Sekiranya tidak masak dan keras lagi, tambahkan air dan teruskan
untuk kacau.
9) Bila sudah masak, letakkan gula dan kacau bagi sebati.
10) Seterusnya, masukkan kismis dan kacang badam yang telah
digoreng tadi ke dalamnya dan kacaukan.
11) Biarkan mendidih sedikit dan tutup api. Siap dan boleh dihidangkan.


Click to View FlipBook Version