The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORHAYTI ZAKARIA TUGASAN 2 BMMB 1104 PENGHASILAN PRODUK (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-03-26 11:00:56

Tugasan 1 NORHAYTI ZAKARIA (Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu)

NORHAYTI ZAKARIA TUGASAN 2 BMMB 1104 PENGHASILAN PRODUK (2)

AKAL BUDI DALAM Hai sekalian kita yang kurang
SYAIR nafsumu itu lawan berperang

jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang
" Syair Dagang "

Dalam aspek akal budi,Hamzah Fansuri menciptakan syair sebagai tujuan untuk sentiasa berfikir demi
membetulkan iman kita.Pada rangkap pertama syair ini penyair menyeru kepada semua dan beliau

mengetahui kita sebagai hamba Allah SWT sentiasa tidak sempurna dan serba kekurangan.Nafsu adalah
musuh utama umah Islam kerana ia akan merosakkan akidah umah Islam,mana kita harus bijak

melawannya,jadi eloklah kita jangan sesekali terlibat dengan anasir jahat itu misalnya terikut-ikut akan
rakan sebaya ataupun perkembangan semasa yang tidak menyihatkan minda.

AKAL BUDI DALAM Pada rangkap keempat,penyair menyeru sekali lagi kepada pembaca yang serba
SYAIR kekurangan ini untuk bangun melawan nafsu diri yang durjana dan seringkali

menjatuhkan diri.Sifat tamak juga haruslah dijauhkan dari diri kerana sifat-sifat

" Syair Dagang " inilah yang akan membawa kita ke lembah kemungkaran yang bakal menrugikan
diri kita sendiri.Pada rangkap kelima pula,penyair menyatakan pedagang yang

berdagang di seluruh negeri di dunia ini hendaklah pandai membawa diri ke negeri
orang supaya diri mereka selamat daripada sebarang musibah yang tidak baik.

Pada rangkap kedua penyair meminta kita mendalami diri sendiri dengan sebaik-baiknya kita berdaganglah
jangan kita membuang masa dengan menggangur.Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila kita bekerja
kita mesti akan mendapat upah dan dengan gaji yang kita dapat itu kita dapat memeuhi keperluan dan
kehendak kita.Pada rangkap ketiga pula menerangkan bahawa terdapat segelintir manusia atau individu
yang menggap pekerjaan berdagang itu hina serta jijik.Tetapi kita patut mengetahui yang dalam dunia ini
orang akan menganggap kita yang pedagang ini tidak ada keaslian diri yakni semangat yang tinggi untuk
bekerja pekerjaan lain yang lebih dipandang tinggi oleh masyarakat.

AKAL BUDI DALAM SELOKA



" SELOKA PAK KADUK "

AKAL BUDI DALAM Aduhai malang Pak Kaduk
SELOKA Ayamnya menang kampung tergadai

"SELOKA PAK KADUK " Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang

Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

AKAL BUDI DALAM SELOKA
"SELOKA PAK KADUK "




Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini menceritakan nasib malang seseorang yang wajar
dijadikan pengajaran oleh semua individu atas sikap dirinya sendiri. Persoalan nasib malang dalam kehidupan Contoh :
Aduhai malang Pak Kaduk. Seterusnya kerana sikap pak kaduk yang gemar bersabung ayam, Pak Kaduk bernasib malang
apabila ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana ditipu. Malang juga nasibnya apabila dia kebuluran apabila
pulang ke rumah kerana nasinya telah dibuang.

Sikap seperti Pak Kaduk tidak wajar kita ikuti kerana sifatnya yang bodoh menyebabkan nasibnya bertambah malang
apabila dia mengalami kesusahan untuk mengayuh perahu. Sewaktu menaiki sampan ke hulu sungai, dia terpaksa
menongkah air yang surut. Dek kerana dia tidak memiliki kepakaran dalam melihat cuaca, ini menyebabkan dia terpaksa
menongkah airyang pasang ketika mahu ke hilir sungai . Pak Kaduk juga bernasib buruk lagi sekali kerana sewaktu
belayar, angin tidak bertiup langsung tetapi apabila tiba di pangkalan, barulah terdapat angin bertiup. Hai kasihan sungguh
dengan nasibnya . Pengarang menyindir di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita wajar mempunyai ilmu yang cukup agar
tidak mengahadapi masalah dan hari yangburuk seprti nasib Pak Kaduk. Seterusnya, malang menimpa lagi pada Pak Kaduk
apabila rumahnya runtuh lalu terpaksa menumpang di rumah orang. Dalam hal ini kita dapati bahawa tidak sewjarnya
mendekati dan mendampingi amalan perjudian. Sebagai contohnya , dek kerana ayamnya menang kampungnya tergadai.

AKAL BUDI DALAM SELOKA
"SELOKA PAK KADUK "

Pengarang telah menitipkan pengajaran supaya kita bertindak secara bijaksana supaya tidak menyusahkan diri sendiri atau
menyesal kemudian. Buktinya dalam seloka tersebut pak kaduk telah melakukan hal yang merugikan dirinya sendiri iaitu ," Ada
nasi dicurahkan " dan dek kerana itu Pak Kaduk telah pulang dalam kedaaan yang kebuluran seperti dalam frasanya, "Awak
pulang kebuluran", Kita haruslah reda dengan ketentuan takdir. Sebagai Contoh : Semasa belayar kematian angin namun
setibanya di destinasi angin mula bertiup dengan kencang. Selain daripada itu, nasib malang juga perlu dihadapi oleh pak kaduk
apabila sesuatu tidak terjangka berlaku dalam pelayarannya. Oleh hal yang demikian, Kita haruslah bijak merancang dengan baik
dan teratur sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Buktinya dalam seloka itu ilah hilir menongkah pasang yang membawa
makna Pak Kaduk perlu menggunakan sepenuh tenaganya untuk meredah sungai.

Pak kaduk telah bersikap negatif dengan mencederakan lalu tergamak Pak Kaduk membunuh isterinya sendiri. Perkara ini
sewajarnya tidak terjadi kerana Seorang suami hendaklah menyayangi isterinya. Perkara yang menambahkan nasib malangnya
adalah apabila dia melawan hukum agama dengan melanggar sesuatu yang dilarang agamanya yang menyebabkan terjadi
sesuatu perkara buruk pada dirinya. Dalam hal ini , telah ditunjukkan keburukan amalan berjudi dalam kalangan masyarakat
dahulu. Contohnya apabila Ayam menang kampung tergadai. Pak kaduk juga gemar bersikap seperti manusia yang bertindak
secara melulu Perkara ini yang menjadikan dirinya kerugian yang teramat besar dan dilandai kebodohannya sendiri selamanya /
Contohnya Ada nasi dicurahkan/Ada isteri dibunuh.

RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan kritikan .
Penerbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Mohd Faizal Musa. (2019). Bijak budaya Melayu . Kementerian Pendidikan Singapura.
Rahimah A. Hamid & A. S. Hardy Shafii. (2017). Akal budi Melayu dalam bahasa dan

sastera moden . Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Haji Salleh. (2020). Akal budi adikarya Sulalat al-Salatin . Universiti Sains

Malaysia.
Zulkifli Salleh. (2019). Budaya, kepelbagaian dan sengketa . Dewan Bahasa dan

Pustaka.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version