PENAUNG YBhg. Dato’ Ir. Rajendran a/l P. Anthony PENASIHAT YBrs. Sr. Cheong Chee Hong KETUA PENGARANG Encik Muhammad Muashraf Bin Mohamed PENGARANG Encik Nordin Bin Mat Jaafar SUB-PENGARANG Encik Nordin Bin Mat Jaafar PENERBIT Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang FOTOGRAFI Encik Roslan Bin Ahmad Encik Mohd Shamil Bin Ghazali Encik Saifuldin Bin Mokhtar PEREKA GRAFIK Encik Mohd Shamil Bin Ghazali Encik Nordin Bin Mat Jaafar HAKCIPTA TERPELIHARA Sidang Redaksi BULETIN BANDARAYA BIL 2/2022 Mengalu-alukan sumbangan tulisan dan maklumbalas. Sila kemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang Tingkat 17, KOMTAR, Jalan Penang 10675 Pulau Pinang TEL : 04-259 2020 FAX : 04-262 6260 HOTLINE : 04-2637637 ADUAN WHATSAPP : 016-2004082 www.mbpp.gov.my SIDANG REDAKSI BULETIN BANDARAYA
KANDUNGAN 4 LAWATAN PASAR AWAM BATU LANCHANG (FASA PERALIHAN ENDEMIK) 5 OPERASI PENCEGAHAN DENGGI MBPP 6 SESI VIVA GRPB CHAMPION AWARD 2021 MBPP 7 MESYUARAT WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 8 KARNIVAL SANTAI RAKYAT KHAIRA UMMAH DAERAH TIMUR LAUT 2022 9 MAJLIS PELANCARAN BUKU "PAWSIBLE" 10 MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KELAB REKREASI MBPP 11 DATUK BANDAR MEMANTAU SUASANA MALAM BANDARAYA 12 LAWATAN PASUKAN BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI (BPO) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 13 MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG DAN KERAJAAN PULAU PINANG 14 MAJLIS PERASMIAN DAN PEMBUKAAN TEMBOK PADANG KOTA LAMA, ESPLANADE (TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO GEORGE TOWN, PULAU PINANG) 15 MAJLIS PECAH TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK GURNEY WHARF 16 KAYUHAN "BIKE ON FRIDAY" KE-333 SEMPENA "WORLD BICYCLE DAY" 17 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA 18 MBPP LANCAR INISIATIF HIJAU STESEN PENGECASAN E-MOTOSIKAL PERCUMA 19 MBPP PERTINGKAT SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI MELALUI PEMASANGAN PANEL SOLAR 20 TAHNIAH KEPADA PEMENANG HADIAH SEMPENA "WORLD BICYCLE DAY 2022 CHALLENGE" 21 MALA WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 22 MBPP PRIHATIN MENYALURKAN BANTUAN BEKALAN AIR BERSIH KEPADA WARGA PULAU PINANG 23 SKUAD KHAS MBPP HADIR BERBAKTI MISI BANTUAN PASCA BANJIR BALING, KEDAH 24 LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (FIRE DRILL) MBPP 25 DATUK BANDAR TINJAU PEMBINAAN LALUAN BASIKAL 26 TAMAN MINI LED MENYINARI KOMPLEKS SRI SELERA @ ASTAKA PASAR AWAM BAYAN BARU BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 3
1 April 2022 YB Ong Ah Teong, ADUN Batu Lanchang bersama-sama YBrs. Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini telah mengadakan lawatan ke Pasar Awam Batu Lanchang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau suasana aktiviti perniagaan di pasar petang tersebut setelah negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula hari ini. Para peniaga dan pengunjung pasar dan tempat-tempat awam adalah dinasihatkan supaya meneruskan amalan terbaik setiap masa dalam menguruskan penjagaan diri bagi mengekang penularan covid-19. LAWATAN PASAR AWAM BATU LANCHANG (FASA PERALIHAN KE ENDEMIK) 4 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
OPERASI KAWALAN PENCEGAHAN DENGGI MBPP BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 5 1 April 2022 Majlis Bandaraya Pulau Pinang melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran (Unit Vektor) telah mengadakan operasi kawalan pencegahan denggi melalui kaedah semburan kabus (thermal) dan mesin ULV (Ultra Low Volume) pada 31 Mac 2022 di Perkampungan KW Aquatic, Jalan Boundary dan kawasan sekitarnya. Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua warga agar sentiasa melindungi diri anda dan keluarga anda melalui kaedah pencegahan. Sentiasa memeriksa kawasan rumah anda dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
17 MEI 2022 Sebanyak 20 kumpulan dari jabatanjabatan dalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang mempertaruhkan kebijaksanaan dan idea inovasi berlandaskan GRPB dalam Sesi Viva GRPB Champion Award 2021. Sesi pembentangan yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari ini 17 Mei 2022 dan 18 Mei 2022. Seramai 5 orang juri professional akan menilai mutu Laporan Akhir Projek dan Viva kumpulan-kumpulan yang bertanding yang membawa markah sehingga 80 peratus. Penilaian akan dibuat berdasarkan 4 kriteria iaitu 1) Keberkesanan GPRB - Bentuk Projek, Program atau Aktiviti 2) Analisis Data Pecahan Jantina (Sex Disaggregated Data) atau SDD 3) Kemapanan (Sustainability) dan Daya Maju 4) Kreativiti dan Inovasi SESI VIVA GRPB CHAMPION AWARD 2021 MBPP Pembentangan akhir yang akan dinilai oleh Juri Profesional dan Juri Awam yang membawa markah sebanyak 20 peratus akan berlangsung pada 27 Mei 2022 bertempat di Auditorium A, KOMTAR. Sebanyak 5 kumpulan akan dipilih sebagai "TOP 5" dan juara di tempat pertama akan menerima plak pemenang dan wang tunai sebanyak RM8,000.00 serta piala pusingan. 6 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
Pihak Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) amat berbesar hati untuk berjumpa dengan Puan Azleen binti Jaludin, Pengarah Wilayah Utara Lembaga Lebuhraya Malaysia, Encik Lyndon Alfred Felix, Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Bhd, Mej (B) Ir. Gnanasekaran Mariasoosay, Pengurus Besar West Coast Expressway Sdn Bhd pada 13 Mei 2022. YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, selaku presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkepentingan tersebut berkenaan dengan program kayuhan MALA-WCE Ride 2022 yang bakal dianjurkan pada 19 Jun 2022. Turut hadir Encik Hisham bin Ibrahim, Penolong Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Manjung. Program kayuhan ini yang akan melibatkan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan West Coast Expressway (WCE) Sdn Bhd. PERBINCANGAN BERSAMA AGENSIAGENSI BERKEPENTINGAN BERKENAAN DENGAN PROGRAM KAYUHAN WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 2022 (WCE RIDE 2022) WEST COAST EXPRESSWAY RIDE 2022 (WCE RIDE 2022)) BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 7
28 MEI 2022 YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Santai Rakyat Khairat Ummah Daerah Timur Laut 2022 hari ini bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Program anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang ini membawa warga bandaraya untuk mengikuti program istimewa yang telah disusunatur sepanjang hari ini. Para pengunjung telah dipertontonkan aksi-aksi hebat dari pasukan IPD Timur Laut Polis DiRaja Malaysia melalui persembahan T-Baton manakala Angkatan Tentera Malaysia melalui persembahan Tempur Tanpa Senjata. YAB Ketua Menteri bersama dif-dif kehornat dibawa melawat ke kaunter (booth) dari pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kaunter-kaunter (booth) ini dibuka untuk membolehkan warga bandaraya mendapatkan maklumat-maklumat terkini secara bersemuka. Turut mengambil bahagian pengusaha "foodtruck" yang menyajikan makanan dan minuman yang lazat. Turut hadir menyerikan majlis pada pagi ini adalah YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Dato' Seri Utama Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, YBrs. Ir Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Puan Nurshamsinaz Binti Samsuddin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Timur Laut, Yang BerhormatYang Berhormat, barisan Ahli Majlis-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan dif-dif kehormat. KARNIVAL SANTAI RAKYAT KHAIRA UMMAH DAERAH TIMUR LAUT 2022 8 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
MAJLIS PELANCARAN BUKU "PAWSIBLE" MAJLIS PELANCARAN BUKU "PAWSIBLE" DI PLAZA GURNEY 16 MEI 2022 Hari ini bertempat di Plaza Gurney telah berlangsung dengan gilang-gemilang Majlis Pelancaran buku "PAWSIBLE" hasil Cik Connie Tan Hooi Peng, Ahli Majlis MBPP selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Anjing Liar dan Terbiar MBPP. Antara tetamu kehormat yang hadir memberi sokongan kepada majlis pada pagi ini adalah YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Dato' Seri Utama Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBrs. Ir Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis-Ahli Majlis MBPP dan dif-dif kehormat. Selain daripada ruang pameran mengenai buku dan informasi mengenai haiwan peliharaan dan tayangan video pendek "Sayangi haiwan Anda", Jabatan Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga turut membuka kaunter (booth) Permohonan Lesen Anjing dan Kempen Kesedaran Haiwan Dan Pelesenan Anjing. MAJLIS PELANCARAN BUKU "PAWSIBLE" BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 9
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KELAB REKREASI MBPP 26 MEI 2022 YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Kelab Rekreasi MBPP. Bangunan 3 tingkat ini terletak di Jalan Perak bersebelahan Medan Selera Padang Brown telah siap sepenuhnya pada tahun ini. YBhg. Datuk Bandar melalui ucapan beliau berharap agar bangunan ini akan menjadi tempat persinggahan kepada semua warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkumpul selepas waktu pejabat untuk sesi percambahan fikiran berkongsi idea-idea baru. YBhg. Datuk Bandar juga menekankan kepada aspek penjagaan kesihatan melalui bersenam dan bersukan bagi membina kekuatan rohani dan jasmani warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua warga Pulau Pinang. Bangunan Kelab Rekreasi MBPP ini dilengkapi dengan dewan serbaguna, gelanggang tenis, sepak takraw, futsal, pingpong dan dart akan dapat memberi manfaat kepada semua warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang menggilap potensi dan kemahiran dalam pelbagai bidang sukan. Turut hadir bersama menyerikan majlis pada majlis ini adalah YBrs. Ir Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang, barisan Ahli Majlis-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang. 10 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
DATUK BANDAR MEMANTAU SUASANA MALAM BANDARAYA 8 Mei 2022 YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah turun padang malam semalam (7 Mei 2022) bersama-sama Unit Rondaan Berbasikal (URB) MBPP dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan rondaan di sekitar bandaraya terutamanya di kawasan "hotspot" pelancongan yang dibanjiri pengunjung tempatan mahupun luar negeri. Dilaporkan sebanyak 2.85 juta kenderaan telah memasuki Pulau Pinang (bahagian Pulau) sejak 29 April 2022 sehingga 5 Mei 2022. Sejumlah besar tindakan tegas penguatkuasaan telah dikenakan terhadap para pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab dan menjadi punca halangan dan kesesakan lalulintas. Justeru itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua pemilik kenderaan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak bersikap mementingkan diri terutamanya pada musim perayaan dan cuti umum demi keselesaan bersama. YBhg. Datuk Bandar dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut menyampaikan nasihat dan teguran kepada orang awam agar tidak menyewa dan menggunakan e-skuter di atas jalan raya berdasarkan faktor keselamatan diri dan membahayakan orang lain. DATUK BANDAR MEMANTAU SUASANA MALAM BANDARAYA BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 11
LAWATAN PASUKAN BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI (BPO) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 25 Mei 2022 Majlis Bandaraya Pulau Pinang merakamkan setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kaaih serta mengalu-alukan kunjungan Delegasi Pasukan Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Encik Azizul Bin Alias Timbalan Pengarah Bahagian ke Pulau Pinang pada hari ini. Pada sebelah pagi, satu mesyuarat khas telah diadakan di Bilik Perdana yang dipengerusikan oleh YBhg. Encik Ahmad Rizal Bin Mohd Hanapiah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang serta YBrs. Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Pertemuan ini membincangkan dan memperhalusi keperluan permohonan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperkasakan mutu perkhidmatan melalui penambahan tenaga kerja yang berprestasi tinggi. YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang berbesar hati dan telah meluangkan masa menemui para delegasi tersebut pada sebelah petang di pejabat cawangan di Taman Bandaraya Pulau Pinang. Turut hadir memberi sokongan kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada hari ini adalah Puan Nur Aishah Binti Md Norodin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan; Puan Mas Ayu Siti Asmah Hani Binti Zainul Abidin, Ketua Penolong Pengarah bersama pasukan Bahagjan Pengurusan Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 12 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG DAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 20 MEI 2022 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Binti Mohd Nor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2022 kelmarin 19 Mei 2022 bertempat di SPICE Convention Centre. YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBrs. Ir Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan barisan Ahli MajlisAhli Majlis mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut hadir menyerikan Majlis Sambutan Aidilfitri ini. Selain dari persembahan nyanyian oleh barisan artis-artis terkenal, tarian tradisional Melayu, Cina dan India turut dipertontonkan. Pelbagai hidangan dan juadah istimewa disediakan dan diserikan dengan kehadiran para tetamu-tetamu kehormat dan para jemputan dari pelbagai agensi serta berbilang kaum mengeratkan lagi hubungan yang muhibbah. Majlis yang disambut dengan penuh kesyukuran dan meriah ini dilengkapkan dengan upacara pemberian duit raya kepada insan-insan istimewa anak-anak yatim dari Rumah Inapan Kasih yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Pulau Pinang dan diringi oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 13
13 MEI 2022 YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Pembukaan Tembok Padang Kota Lama Esplanade (Tapak Warisan Dunia UNESCO) George Town, Pulau Pinang. Projek membaikpulih Tembok Padang Kota Lama yang berjarak sejauh 450 meter menelan perbelanjaan sebanyak RM12.9 juta dan memenuhi nilai-nilai warisan sejajar dalam usaha mengekalkan status Bandar Warisan Dunia UNESCO. Tembok Padang Kota Lama yang berwajah baru selain bertujuan sebagai penahan ombak secara teknikal, ia juga menjanjikan suasana yang sangat menarik dan bakal menjadi tarikan terkini destinasi pelancongan di Pulau Pinang. Majlis Bandaraya Pulau Pinang amat komited dalam memberikan prasarana dan kemudahan beriadah yang terbaik kepada semua warga Pulau Pinang dan para pelancong. Justeru itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua orang awam agar turut sama mengekalkan kebersihan dan keindahan dan menjaga harta benda awam. MAJLIS PERASMIAN DAN PEMBUKAAN TEMBOK PADANG KOTA LAMA, ESPLANADE (TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO GEORGE TOWN, PULAU PINANG) Turut hadir bersama menyerikan majlis pada pagi ini adalah YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBrs. Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang, barisan-barisan Ahli Majlis MBPP, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan serta dif-dif kehormat. 14 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
14 MEI 2022 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang hari ini dengan penuh kesyukuran menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bagi Pembangunan Projek Gurney Wharf bertempat Gurney Drive, Bandaraya George Town. Pembangunan Gurney Wharf bakal menjadi tarikan terbaru dalam peta destinasi pelancongan negeri Pulau Pinang dijadualkan akan siap pada tahun 2025 terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 yang mana kerja-kerja fizikal akan dilaksanakan serentak. Fasa 1 meliputi kemudahan-kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, "skatepark", tandas awam, laluan pejalan kaki serta taman rekreasi. Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini adalah YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, YB. Dato' Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBrs. Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBrs. Tuan Hj. Baderul Amin bin Abdul Hamid, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Seberang Perai, barisan-barisan Ahli Majlis MBPP, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan serta dif-dif kehormat. MAJLIS PECAH TANAH BAGI PEMBANGUNAN PROJEK GURNEY WHARF BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 15
3 JUN 2022 Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini telah menganjurkan program kayuhan santai "Bike On Friday" edisi ke-333 sempena sambutan "World Bicycle Day" 2022 yang diraikan di seluruh dunia. Sebanyak 3 buah lokasi telah dipilih untuk "flag-off" permulaan iaitu Persiaran Queensbay, Persiaran Karpal Singh serta Tanjung Tokong dan kayuhan ini tamat di Dewan Bandaraya MBPP Jalan padang Kota Lama. YBhg. Datuk Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang menzahirkan perasaan syukur kerana cuaca yang sangat baik pada pagi ini juga menyokong acara ini. Acara riadah basikal merupakan agenda hijau yang sentiasa diberikan perhatian penting oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam mewujudkan "Bandar Rendah Karbon". Kemudahan-kemudahan infrastruktur laluan basikal di beberapa kawasan sedang giat dalam pembinaan. YBhg. Datuk Bandar juga berharap agar warga Pulau Pinang akan memanfaatkan laluan basikal ini sebagai laluan alternatif untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain kerana selain ia merupakan aktiviti sihat dan membantu kepada pengurangan karbon. Kepada warga Pulau Pinang khususnya, jangan lepaskan peluang menyertai Cabaran World Bicycle Day Challenge dengan merakamkan dan muat naik gambar atau video menarik berdurasi 15 hingga 20 saat ke laman media sosial anda dengan tanda pagar #Cyclingpenang dan #MBPP_worldbicylceday. Cabaran istimewa ini telah bermula pada 3 Jun 2022 dan tamat sebelum jam 10:00 malam pada 5 Jun 2022 untuk melayakkan anda menyertai World Bicycle Day 2022 Challenge. Sebanyak dua unit basikal ‘Mountain Bike’ dan tiga unit ‘Foldie Bike’ serta 25 hadiah misteri bakal dimenangi. Para pemenang akan diumumkan menerusi laman rasmi Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang. 16 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
7 JUN 2022 Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang komited menggalas tanggungjawab serta amanah dalam memantau dan mengawal keselamatan orang awam di seluruh Pulau terutamanya pada "peak season" seperti cuti perayaan dan cuti persekolahan. Justeru itu, YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP pada hari ini amat berbesar hati dapat meluangkan masa mengadakan lawatan ke Balai Polis Batu Feringghi bagi memastikan kerjasama antara MBPP dan PDRM dapat diperkasakan terutamanya dalam menangani isu-isu yang dihadapi di kawasan pelancongan seperti Batu Ferringhi. YBhg. Dato‘ Yew juga berkesempatan melawat ke Pusat Kawalan Litar Tertutup (CCTV) Balai Polis Batu Ferringhi yang dipautkan serentak dengan Intelligent Operations Centre (IOC) MBPP yang berpusat di KOMTAR dan juga di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang. MBPP akan terus memperkasakan lagi hubungan dua hala dan kerjasama dengan pihak PDRM melalui kaedah penggunaan teknologi pintar (Smart Technology) terkini seperti pemantauan melalui CCTV dalam memastikan keselamatan orang awam berada di tahap terbaik. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 17
7 JUN 2022 Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini telah mengorak langkah setapak ke hadapan merealisasikan inisiatif hijau yang menyokong ke arah mencapai bandaraya rendah karbon dengan penyediaan stesen pengecasan e-motosikal secara percuma untuk kegunaan orang awam (motosikal berkuasa elektrik sahaja). Sebagai permulaan, sebanyak tiga (3) buah stesen pengecasan telah siap dibina iaitu di Astaka Persiaran Gurney, Kompleks Makanan Medan Renong (Padang Kota Lama) dan Astaka Batu Lanchang. Manakala enam (6) buah lagi iaitu di Kompleks 1st Avenue, Kompleks MBPP Lebuh Pantai, Kompleks Desiran Tanjung (Tanjong Tokong), Kompleks Sri Selera Bayan Baru, Kompleks Bukit Jambul dan Kompleks Makanan Bukit Gedung bakal disiapkan. Setiap lokasi mempunyai dua (2) lot parkir motosikal awam yang dikhaskan untuk tujuan ini. YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang menekankan bahawa Majlis melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menggunapakai sebanyak 10 unit motosikal berkuasa elektrik sejak tahun 2015. YBhg. Datuk Bandar yakin dengan kepesatan perkembangan teknologi terkini akan menjadikan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik meningkat dan sekaligus memelihara alam sekitar. YB Tuan Zairil Khir Johari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan dalam sidang media pada pagi ini turut memuji dan menyampaikan ucapan tahniah kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang atas usaha "zero emission mobility" selaras dengan visi Penang2030. MBPP LANCAR INISIATIF HIJAU STESEN PENGECASAN E-MOTOSIKAL PERCUMA 18 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
13 JUN 2022 Sebagai langkah memastikan kelestarian Bandaraya menuju ke arah bandar rendah karbon, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menyiapkan pemasangan Panel Solar lengkap dengan aksesori-aksesori di bangunan-bangunan milik Majlis seperti di Bangunan Jabatan Penguatkuasaan & Pusat Kawalan CCTV, Bangunan Pusat Kawalan Vektor & Veterinar, Kompleks Sukan Bandaraya Relau, dan Kompleks & Pasar Bayan Baru. Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, pemasangan solar panel adalah merupakan antara kaedah alternatif yang terbaik bagi menjana sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui. YB Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa hari ini telah meninjau dan memeriksa pemasangan panel solar di Bangunan Jabatan Penguatkuasaan & Pusat Kawalan CCTV. Beliau melalui sidang media pada hari ini menekankan tentang keperluan usaha mengurangkan jejak karbon perlu dipertingkatkan melalui penggunaan sistem panel solar sebagai "Low Carbon Liveable and Smart City" demi kesejahteraan masa kini dan generasi akan datang. MBPP PERTINGKAT SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI MELALUI PEMASANGAN PANEL SOLAR BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 19
14 JUN 2022 YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini telah meluangkan masa menyempurnakan penyampaian hadiah basikal "mountain bike" kepada Encik Khoo, selaku salah seorang pemenang hadiah utama sempena kempen "World Bicycle Day 2022 Challenge" bertempat di Bike Corner MBPP, KOMTAR, Pulau Pinang. Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua 30 orang para pemenang hadiah utama dan hadiah khas yang telah berjaya menambat hati juri dalam pemilihan hantaran (video dan gambar) di media sosial paling kreatif. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga Pulau Pinang yang menyokong dan mengambil bahagian dalam kempen "World Bicycle Day 2022 Challenge". Majlis Bandaraya Pulau Pinang komited dalam memperkasakan usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar rendah karbon dengan menyediakan laluan basikal di seluruh Pulau Pinang sebagai kaedah pengangkutan alternatif dari satu tempat ke satu tempat lain. TAHNIAH KEPADA PEMENANG HADIAH SEMPENA "WORLD BICYCLE DAY 2022 CHALLENGE" 20 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
9 Jun 2022 Pasukan berbasikal Kelab Sukan MBPP telah berjaya menamatkan WCE MALA RIDE 2022 menerusi kayuhan sejauh 90.3 km dimulai daripada Pejabat Majlis Perbandaran Manjung ' flag off ' oleh YB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, ADUN Pangkor bersama jemputan-jemputan kehormat. Seterusnya menyelusuri Bandar Seri Manjung dan melalui Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) sehingga ke Pekan Beruas sebelum ditamatkan dengan kayuhan dari Pekan Beruas - Ayer Tawar - Sitiawan dan kembali ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada MBPP Ridersdi atas kejayaan di MALA WCE Ride @ Manjung. Kami bangga dengan anda semua! - , ' BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 21
7 Julai 2022 Ekoran daripada insiden gangguan bekalan air di Pulau Pinang sejak kelmarin, Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini prihatin terhadap permasalahan ini dan telah mengambil inisiatif serta tanggungjawab menyalurkan bantuan bekalan air bersih kepada para penduduk yang memerlukan. Sebanyak dua (2) buah lori tangki muatan air bersih dan para petugas MBPP telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang terjejas seperti di Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong dan Teluk Kumbar. Dengan bantuan ini, adalah diharap agar ianya dapat membantu meringankan bebanan para penduduk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian sementara sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala. MBPP PRIHATIN MENYALURKAN BANTUAN BEKALAN AIR BERSIH KEPADA WARGA PULAU PINANG 22 BULETIN BANDARAYA EDISI 2TAHUN 2022
SKUAD KHAS MBPP HADIR BERBAKTI MISI BANTUAN PASCA BANJIR BALING 6 JULAI 2022 Skuad Khas MBPP memulakan Misi Bantuan Pasca Banjir Baling dengan tugas-tugas kutipan dan pembersihan peralatan/perabot rumah yang telah rosak di Kampung Iboi. Manakala anggota skuad ini juga bersama dua unit jentera "bobcat" telah digerakkan untuk membersihkan lumpur keras di sekitar kawasan perumahan yang terjejas. Skuad Khas MBPP akan meneruskan misi ini dengan kerjakerja pembersihan yang diperlukan sehingga keadaan sekitar kembali pulih seperti sediakala. BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 23
14 JULAI 2022 Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang yang telah sudi memenuhi undangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyampaikan taklimat serta berkongsi informasi melalui program Latihan Pencegahan Kebakaran dan Kecemasan. Program anjuran Unit Latihan dan Kerjaya Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah merupakan kursus "refresher" yang mensasarkan kepada seramai 50 orang pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan bertempat di Dewan Bandaraya, Padang Kota Lama hari ini. LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (FIRE DRILL) MBPP 24 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
22 JULAI 2022 YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersama YB Joseph Ng Soon Siang, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Itam dan Tuan Haji Mohamed Yusoff Bin Mohamed Noor serta Cik Tan Soo Siang, Ahli Majlis MBPP hari ini telah turun padang meninjau kemajuan pembinaan laluan basikal di kawasan Ayer Itam. Projek pembinaan ini laluan basikal baru ini yang berjarak sejauh 1.9km dijangka siap sepenuhnya pada September 2022 menjadikan jumlah keseluruhan laluan basikal yang telah dibina oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang mencapai 205km. Kawasan Ayer Itam mempunyai 16 buah sekolah dan Majlis berharap agar kemudahan infrastruktur ini berkeupayaan menjadi mod alternatif pengangkutan kepada para pelajar untuk berbasikal ke sekolah serta bagi masyarakat di kawasan sekitar untuk mengunjung ke kawasan-kawasan berdekatan disamping menjalankan aktiviti riadah berbasikal dan berjoging. Projek ini juga akan memberi impak positif terhadap kadar pengurangan karbon di bandaraya kita. DATUK BANDAR TINJAU PEMBINAAN LALUAN BASIKAL BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022 25
24 JULAI 2022 Dalam usaha menceriakan Kompleks Sri Selera @ Astaka Pasar Awam Bayan Baru, Majlis Bandaraya Pulau Pinang melalui Jabatan Landskap dan Jabatan Kejuruteraan telah menyempurnakan pemasangan Taman Mini LED hasil inisiatif Encik Hari Krishnan a/l Ramakrishnan, Ahli Majlis MBPP. YBhg. Dato' Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang menekankan bahawa usahausaha penceriaan kompleks makanan milik pentadbiran ini akan diperluaskan lagi bagi menjadikan ianya sebagai tarikan dan detik kenangan manis kepada para pengunjung bersama keluarga menikmati hidangan makan malam. Orang awam yang ingin mengunjungi Taman Mini LED yang bertempat di Astaka Pasar Awam Bayan Baru amatlah dialu-alukan. Waktu operasi Taman Mini LED adalah bermula pada jam 7.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru yang telah sudi meluangkan masa menyempurnakan majlis perasmian ini pada petang semalam (23 Julai 2022). TAMAN MINI LED MENYINARI KOMPLEKS SRI SELERA @ ASTAKA PASAR AWAM BAYAN BARU 26 BULETIN BANDARAYA EDISI 2 TAHUN 2022
POSTER KEMPEN
BACK COVER ADUAN