082-539 202
Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
ppks/icats @ppks_official www.ppks.edu.my
Talent Development, Our Commitment
BUKU PANDUAN
PELAJAR
CATATAN
Third Publication, 2021
Second Publication, 2019
First Publication, 2018
Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian penerbitan ini
dihasilkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan, atau dihantar, ke mana sahaja
bentuk atau dengan cara apa pun, elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau sebaliknya, tanpa kebenaran terlebih dahulu dari
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Sarawak Skills.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Sarawak Skills Development Centre
Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi,
93350, Tabuan Jaya,
Kuching, Sarawak.
Dicetak oleh
PPKS Production Sdn Bhd
Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi,
93350, Tabuan Jaya,
Kuching, Sarawak.
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
Pengenalan 1
Sarawak Skills 1
Ikrar Pelajar 1
Lagu PPKS: Kecemerlangan Menuju Kejayaan 2
BAHAGIAN I: KAEDAH-KAEDAH AM PELAJAR 3
(A) Peranan Am Pelajar 3
(B) Polisi Bayaran Balik Yuran 3
(C) Kod Etika Pembelajaran 3
1. Pengenalan 5
2. Sesi Pembelajaran
3. Peperiksaan 6
4. Latihan Industri
(D) Kod Etika Berpakaian 7
1. Imej Berpakaian
2. Ke Arah Membentuk Generasi Korporat 7
3. Kad Pelajar
(E) Kod Etika Kepimpinan
1. Mengenali Pengurusan Institusi
2. Mematuhi Prosedur Dan Protokol
3. Kepimpinan Melalui Tauladan
4. Bersikap Terbuka
5. Pendengar Yang Baik
6. Personaliti Yang Baik Dan Mesra
7. Bersikap Tegas
8. Kerjasama Dengan Pihak Institusi
(F) Kod Etika Keselamatan
1. Keselamatan Dan Kesihatan Individu
2. Keluar Bandar Berkumpulan
3. Berhati-hati Terhadap Orang Yang Tidak Dikenali
4. Kerosakan Peralatan Elektrik
5. Waspada Kepada Pelawat Yang Mencurigakan
(G) Kod Etika Sosial
1. Masyarakat Sekeliling
2. Hormati Ibubapa
3. Patuhi Peraturan
4. Hormat-Menghormati Dan Memberi Salam
5. Komunikasi
6. Kelakuan
7. Menghadiri Majlis Atau Jemputan
8. Kemudahan
9. Kepekaan
10. Pelawat Atau Tetamu
i
BAHAGIAN II: PERATURAN DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR (2018 PINDAAN 2021) 9
(A) Definisi 9
(B) Peraturan Disiplin dan Tatatertib Pelajar 11
1. Peraturan Am Institusi 11
(a) Peraturan Am Pelajar 12
(b) Bersetuju Mematuhi Peraturan Dan Menandatangani Borang Perjanjian 12
12
Serta Pemeriksaan Perubatan 12
(c) Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) 15
2. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 15
3. Kawasan Larangan Merokok 16
4. Kebersihan Dan Keindahan Institusi 16
5. Peraturan Asrama 17
6. Peraturan Bengkel/Bilik Kuliah/Bilik Sumber 17
7. Peraturan Bilik Riadah/Bilik Ibadah/Bilik Serbaguna 18
8. Peraturan Dewan Makan Dan Kafeteria 19
9. Peraturan Lalulintas Dalam Kawasan Kampus 19
10. Rawatan Perubatan 19
11. Sahsiah Rupa Diri 19
12. Lain-Lain Peraturan 19
(C) Kesalahan Disiplin dan Tatatertib Pelajar 19
1. Ajaran Sesat 20
2. Memiliki Atau Menyimpan Bahan Lucah 20
3. Bahan Yang Mengkhayalkan 20
4. Bergaduh/Mengugut/Menghasut/Memfitnah/Mengancam/Demonstrasi 20
5. Berjudi 20
6. Bersubahat 20
7. Gangguan Seksual 21
8. Kes Mahkamah 21
9. Khalwat 21
10. Memalsukan Dokumen/Menipu/Meniru 21
11. Membuli/Mendera/Ragging 21
12. Memiliki Senjata 21
13. Mencuri 22
14. Merokok/Vaping
15. Minuman Keras/Arak/Alkohol
16. Penyalahgunaan Dadah
17. Vandalisme/Merosakkan Harta Benda Institusi
18. Lain-lain Kesalahan
ii
BAHAGIAN III: TINDAKAN DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR (2006 PINDAAN 2018) 23
(A) Tatacara Tindakan Disiplin dan Tatatertib Pelajar 23
(B) Hukuman dan Kompaun 24
(C) Rayuan Pelajar 24
(D) Penamatan Pengajian/Latihan 25
(E) Lain-lain Tindakan 25
iii
Buku Panduan Pelajar HEP
BUKU PANDUAN PELAJAR
Pengenalan
Buku Panduan Pelajar ini adalah rujukan kepada para pelajar Sarawak Skills (PPKS) dan Institusi kumpulan
Sarawak Skills berkenaan dengan kaedah-kaedah am sebagai seorang pelajar sepanjang pengajian, peraturan
disiplin dan tatertib pelajar yang perlu dipatuhi, dan tindakan disiplin dan tatatertib pelajar yang boleh
diambil oleh pihak berkuasa Institusi melalui Lembaga Disiplin Pelajar (LDP). Segala panduan dan peraturan
termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa serta apa-apa kaedah atau
peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh Institusi atau mana-mana pihak berkuasa
dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar Sarawak Skills dan Institusi kumpulan Sarawak
Skills sepanjang tempoh pengajian.
Sarawak Skills (PPKS)
Sarawak Skills (PPKS) telah ditubuhkan pada bulan Jun 1994 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan
matlamat untuk melahirkan tenaga pekerja yang terlatih, berkemahiran dan berketerampilan dengan
menganjurkan program-program amali dan berlandaskan kemahiran serta berketrampilan teknikal dalam
semua bidang profesional.
Bagi memastikan keberkesanan peranannya, suatu bentuk kerjasama pintar telah diwujudkan dengan
institusi-institusi pendidikan tinggi yang sedia ada didalam dan luar negara. Disamping itu juga, Sarawak
Skills dan Institusi kumpulan Sarawak Skills juga menjalankan kursus-kursus dan program untuk
meningkatkan taraf kemahiran dan keterampilan kakitangan sektor swasta terutama bidang industri bagi
meningkatkan produktiviti mereka.
Melalui program tersebut, Sarawak Skills dipercayai berfungsi secara lebih berkesan serta mengekalkan
imejnya sebagai sebuah Institusi pembangunan kemahiran yang terunggul dalam pembangunan sumber
manusia di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya.
Sarawak Skills akan diterajui oleh sektor industri dengan dibantu oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri memperuntukkan pembangunan infrastruktur dan kos operasi tahunan sementara Kerajaan
Pusat memperuntukkan belanjawan tahunan alat-alat Latihan. Pihak swasta pula memainkan peranan yang
penting bagi menentukan halatuju Institusi ini dan mewakili industri dalam Majlis Pengurusan Institusi ini.
Ikrar Pelajar
Bahawasanya saya,
Sebagai pelajar Sarawak Skills,
Dan cawagan-cawangan yang bernaung dibawahnya,
dengan kerelaan berikrar:
Menggunakan peluang dengan sepenuhnya untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran,
Mematuhi undang-undang dan segala peraturan Institusi dengan sepenuhnya,
Menjaga dan memelihara nama baik Institusi,
Menghormati kakitangan, pengajar dan sesama siswa-siswi,
Serta memelihara harta benda Institusi sebaik-baiknya,
Menghormati tatasusila berdasarkan agama, dan bersopan santun dari segi kelakuan, pakaian serta rupa diri.
1
Buku Panduan Pelajar HEP
Lagu PPKS:
Kecemerlangan Menuju Kejayaan
(Penggubah Lagu/Lirik: Albar Abdul Rahman)
Kolej ku indah lagi berseri
Tempat berhimpun anak negeri
Putera puteri hidup sejati murni
Ilmu dicari kekal dihati
Berbilang kaum kami satukan
Demi menuju ke arah wawasan
Bekerjasama tetap dipupukkan
Agar tercapai cita dan harapan
PPKS maju
Kami laungkan
Kata semangat putra dan putri
Bersama menuju ke arah kejayaan
Itulah ikrar dan janji kami
Menyumbang bakti dan kecekapan
Untuk kemajuan di masa hadapan
Bersama kita tingkat kemahiran
Kecemerlangan menuju kejayaan
PPKS maju semangat wawasan.
2
Buku Panduan Pelajar HEP
BAHAGIAN I:
KAEDAH-KAEDAH AM PELAJAR
(A) Peranan Am Pelajar
i. Pelajar baharu wajib menghadiri Program Minggu Suai Kenal Pelajar yang dikendalikan oleh
Institusi ini.
ii. Pelajar harus memahami dan mematuhi sepenuhnya kaedah-kaedah dan peraturan serta tatatertib
pelajar yang terdapat dalam buku panduan ini.
iii. Pelajar harus menghormati dan patuh kepada arahan mana-mana pegawai Institusi ini yang
berlandaskan kepada peraturan Institusi.
iv. Pelajar harus menghormati semua pelajar lain tidak kira apa bangsa, budaya, agama dan cara hidup
mereka.
v. Pelajar harus memaklumkan kepada mana-mana pegawai Institusi ini untuk sebarang pertanyaan
atau masalah yang dihadapi.
vi. Pelajar harus menjaga perlakuan dan harta benda masing-masing untuk mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini.
vii. Pelajar harus sentiasa menjaga harta benda Institusi dan menggunakannya dengan baik.
viii. Pelajar harus menggunakan sepenuhnya peluang-peluang yang ada untuk menimba ilmu.
ix. Pelajar harus mengurus masa dengan sebaiknya untuk memanfaatkan pembelajaran akademik dan
latihan.
x. Pelajar harus menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan akademik dan latihan yang
disediakan.
xi. Pelajar digalakkan menyertai aktiviti dan ko-kurikulum yang dikendalikan oleh Institusi ini untuk
meningkatkan keupayaan dan keperibadian diri.
(B) Polisi Bayaran Balik Yuran
Polisi bayaran yuran adalah tertakluk kepada pindaan semasa Institusi dan perlu dirujuk kepada
pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara tersebut seperti berikut:
i. Yuran Pendaftaran tidak akan dibayar balik setelah seseorang itu mendaftar diri sebagai pelajar
Institusi ini;
ii. Yuran Asrama tidak akan dibayar balik setelah pelajar mendaftar diri dan tinggal di asrama;
iii. Yuran Pengajian tidak akan dibayar balik sekiranya tuntutan dibuat lebih dari 30 hari bekerja dari
tarikh pendaftaran diri sebagai pelajar.
(C) Kod Etika Pembelajaran
1. Pengenalan
a.Pendaftaran pelajar
Pelajar perlu mendaftarkan diri pada setiap tahap atau semester dan mendapat status aktif
sebagai pelajar.
b. Keperluan program dan kursus
Pelajar harus benar-benar faham akan program atau kursus yang diambil untuk memastikan
supaya ianya tidak menjejaskan proses pembelajaran diri pelajar.
c. Membiasakan diri dengan pihak Institusi
Pelajar harus kenal dan ambil tahu akan pihak pengurusan dan pentadbiran Institusi ini selain
daripada tenaga pengajar untuk memudahkan pelajar berurusan dengan pihak Institusi.
2. Sesi pembelajaran
a.Kehadiran
3
Buku Panduan Pelajar HEP
Sebagai pelajar yang telah berdaftar, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan
pelajar hadir dan mengikuti semua sesi pembelajaran yang telah ditetapkan.
b. Masa
Pelajar hendaklah menepati dan menguruskan masa dengan baik.
c. Sahsiah rupa diri dan persediaan
Pelajar hendaklah sentiasa kemas dan bersih serta membuat persediaan yang cukup sebelum
menghadiri sesi pembelajaran.
d. Tugasan
Segala kerja atau tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar hendaklah disiapkan pada masa
yang diberikan dan komitmen pelajar akan dinilai berdasarkan kepada mutu hasil kerja pelajar.
e.Hormati pengajar
Pelajar harus menghormati para pengajar kerana mereka adalah sumber maklumat pembelajaran
kepada pelajar dan boleh merujuk kepada mereka untuk sebarang masalah atau makluman lanjut.
f. Belajar berkumpulan
Pelajar amat digalakkan belajar secara berkumpulan untuk kebaikkan bersama dan libatkan diri
anda secara aktif dalam pembelajaran.
g.Menghormati masa pembelajaran
Menimba ilmu adalah sesuatu yang murni dan harus diberi penghormatan yang setimpal. Segala
aktiviti yang tidak produktif haruslah dihindari.
3. Peperiksaan
a.Maklumat peperiksaan
Pelajar hendaklah sentiasa peka berkenaan dengan maklumat peperiksaan. Tarikh, masa dan
tempat akan dipamerkan pada papan kenyataan. Kecuaian pelajar akibat tidak peka akan
maklumat peperiksaan bukan alasan pelajar tidak hadir sesi peperiksaan.
b. Persedian fizikal dan mental
Pelajar perlu mengamalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik bila menduduki peperiksaan
sama ada secara fizikal ataupun mental.
c. Persediaan lojistik
Persediaan yang cukup dan alat-alat yang perlu hendaklah diadakan sebelum sesi pembelajaran.
Jangan tunggu saat-saat akhir.
d. Pengangkutan
Sekiranya pelajar menggunakan kenderaan sendiri, pastikan kereta/motosikal didaftarkan ke
bahagian keselamatan dan hendaklah sentiasa berkeadaan baik. Apa jua kerosakan akan memberi
tekanan emosi serta menimbulkan kelewatan.
e.Mematuhi prosedur peperiksaan
Semua prosedur hendaklah diikuti sepenuhnya untuk mengelak sebarang bentuk masalah.
f. Mematuhi arahan semasa peperiksaan
Pelajar harus diingatkan semasa peperiksaan sedang dijalankan, jangan buat perkara yang
mencurigakan pengajar yang boleh mengganggu perjalanan peperiksaan. Masa yang diberi adalah
singkat dan hendaklah digunakan sebaik mungkin.
4
Buku Panduan Pelajar HEP
4. Latihan Industri
a. Keperluan latihan
Kursus peringkat diploma sama ada diploma kemahiran atau diploma dikehendaki menjalani
latihan industri sekurang-kurangnya 3 bulan atau mengikut keperluan kursus.
b. Tempoh latihan
Pelajar mesti menamatkan latihan tersebut pada masa yang ditetapkan. Pelajar juga
dinasihatkan mengambil peluang tersebut sepenuhnya untuk menimba pengalaman di tempat
itu.
c. Etika latihan industri
Pelajar dikehendaki memahami sepenuhnya etika latihan industri semasa mengikutinya dengan
tabah agar mendapat faedah sepenuhnya. Hak kerahsiaan organisasi adalah amat penting untuk
diperhatikan.
d. Hubungan sesama rakan sekerja
Hubungan yang baik semasa latihan industri hendaklah dijaga supaya kerja akan menjadi lebih
mudah dikemudian hari kelak.
e. Imej yang positif
Pelajar hendaklah sentiasa mempamerkan sikap positif ditempat kerja dan harus diingatkan
pelajar adalah mewakili Institusi.
f. Sikap waspada
Pelajar hendaklah menghindarkan diri dari sebarang atau perilaku yang mendatangkan
kesukaran terhadap diri pelajar. Menandatangani sebarang perjanjian atau memberi dokumen
asal tanpa hati-hati akan menyusahkan pelajar dikemudian hari kelak.
(D) Kod Etika Berpakaian
1. Imej berpakaian
Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sopan sepanjang tempoh pengajian dan semasa berurusan
dengan pihak Institusi ini. Imej yang kemas dan sopan mencerminkan keperibadian diri yang baik
terhadap masyarakat dan persekitaran sekeliling.
Gambarajah D (a) i: Imej berpakaian untuk pelajar lelaki
5
Buku Panduan Pelajar HEP
Gambarajah D (a) ii: Imej berpakaian untuk pelajar perempuan
2. Ke arah membentuk generasi korporat
Semua pelajar digalakan mempamerkan etika korporat yang mementingkan pengurusan masa dan
rupa diri yang kemas dan berketerampilan. Disamping memiliki keputusan akademik yang
cemerlang, kemas dan ciri-ciri yang positif, ianya merupakan aset yang penting dan berguna kepada
industri.
3. Kad Pelajar
Semua pelajar diwajibkan mempamer/memakai kad pelajar mereka semasa berada di dalam kampus
untuk berurusan dengan pihak Institusi atau industri.
(E) Kod Etika Kepimpinan
1. Mengenali pengurusan Institusi
Pihak pengurusan adalah mereka yang telah di amanahkan untuk memimpin dan mentadbir
Institusi. Pelajar hendaklah mengenali mereka dan bekerjasama dengan mereka serta merelisasikan
visi dan misi Institusi.
2. Mematuhi prosedur dan protokol
Apa pun tindakan pelajar hendaklah mengikut prosedur. Oleh itu, pelajar adalah dinasihati
mematuhi protokol untuk mengambarkan sikap positif diri pelajar.
3. Kepimpinan melalui tauladan
Sebagai seorang pemimpin, pelajar hendaklah menunjuk dan mempamerkan tauladan yang baik dan
positif sama ada dalam hal peribadi ataupun kecemerlangan akademik sebagai contoh kepada
pelajar lain.
4. Bersikap terbuka
Sebagai seorang pemimpin sudah tentu berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Bertindaklah
secara rasional dan tenang sekiranya berdepan dengan perkara-perkara negatif.
5. Pendengar yang baik
Seorang pemimpin hendaklah seorang pendengar yang baik agar komunikasi lebih berkesan dan
betul. Ini membantu menyelesaikan banyak masalah dan akan menjadi lebih efektif apabila kita
menjadi seorang pendengar yang baik.
6
Buku Panduan Pelajar HEP
6. Personaliti yang baik dan mesra
Seorang pemimpin hendaklah mempunyai personaliti yang baik dan mesra agar yang dipimpin
merasa selesa. Ini juga akan memudahkan tugas kita memimpin mereka.
7. Bersikap tegas
Seorang pemimpin perlu bersikap tegas dan berpegang pada prinsip supaya tidak mudah
dieksploitasi oleh mana-mana orang.
8. Kerjasama dengan pihak Institusi
Seorang pemimpin pelajar hendaklah bekerjasama dengan pihak institusi bagi membantu
melancarkan operasi pengurusan pelajar.
(F) Kod Etika Keselamatan
1. Keselamatan dan kesihatan individu
Keselamatan dan kesihatan pelajar amat penting untuk memastikan kesejahteraan pelajar di
Institusi ini. Oleh itu, semua pelajar perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri masing-
masing dan memaklumkan kepada pihak institusi sebarang bentuk keadaan yang boleh mengancam
keselamatan atau kesihatan diri pelajar.
2. Keluar bandar berkumpulan
Semua pelajar terutamanya pelajar perempuan dinasihatkan agar keluar secara berkumpulan bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
3. Berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali
Semua pelajar diingatkan agar berhati-hati ketika bertemu atau bercakap dengan orang yang tidak
dikenali. Sekiranya diminta membawa barangan daripada orang yang tidak dikenali, ambil perhatian
dan periksa barang tersebut terlebih dahulu sebelum membawanya kerana dikhuatiri barangan
tersebut adalah barangan terlarang seperti dadah dan sebagainya.
4. Kerosakan peralatan elektrik
Pelajar hendaklah peka kepada penggunaan elektrik. Pastikan peralatan elektrik yang digunakan
mempunyai kelulusan daripada SIRIM. Sebarang kerosakkan punca elektrik hendaklah dimaklumkan
dengan segera kepada pihak Institusi yang berkenaan.
5. Waspada dengan pelawat yang mencurigakan
Dengan bertambahnya bilangan pelajar di institusi ini, pelajar hendaklah senantiasa peka dan
prihatin dengan pelawat-pelawat ke intitusi ini. Berkemungkinan mereka mempunyai niat jahat atau
sebagainya. Oleh itu, maklumkan pegawai keselamatan dengan segera sekiranya terdapat orang
yang mencurigakan.
(G) Kod Etika Sosial
1. Masyarakat sekeliling
Kita hidup bermasyarakat dan sudah berinteraksi dengan mereka. Kita tidak boleh menyisihkan diri
dari rakan dan masyarakat. Kita hendaklah menghormati anutan dan kepercayaan jiran dan orang
sekeliling kita. Oleh itu, pelajar digalakkan menceburkan diri dalam semua aktiviti samada anjuran
Sarawak Skills ataupun masyarakat di luar kampus.
2. Hormati Ibubapa
Tanpa ibubapa siapalah kita. Fahami dan hargailah jasa bakti mereka. Pengorbanan mereka tidak
ternilai. Oleh itu, maklumkan mereka tentang perkembangan diri pelajar semasa di Institusi ini dari
semasa ke semasa supaya mereka merasa tenang dan yakin.
7
Buku Panduan Pelajar HEP
3. Patuhi peraturan
Adalah mustahak bagi pelajar memahami dan mematuhi segala peraturan dan undang – undang
yang telah ditetapkan oleh Institusi ini yang bertujuan untuk menjamin kesejahteraan para pelajar.
4. Hormat-menghormati dan memberi salam
Pelajar harus mengamalkan sifat hormat-menghormati dan memberi salam supaya dapat
mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera di dalam kampus.
5. Komunikasi
Pelajar hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan sopan dan beradap. Ia melambangkan sikap dan
tingkah laku sebenar kita.
6. Kelakuan
Pelajar hendaklah menghindarkan diri dari kelakuan yang buruk dan negatif semasa berada di
Institusi ini seperti mengejek atau memperlekehkan rakan-rakan dan sebagainya. Tabiat yang buruk
akan menjejaskan imej pelajar dan Institusi ini.
7. Menghadiri majlis atau jemputan
Semasa menghadiri apa-apa majlis sama ada anjuran Institusi ataupun mana-mana pihak lain,
pelajar hendaklah berkelakuan baik dan tidak menganggu perjalanan majlis dengan berkelakuan
tidak senonoh atau bising. Pelajar perlu datang tepat pada waktu yang ditetapkan.
8. Kemudahan
Apabila mengunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Institusi ini, pelajar hendaklah
memastikan ianya digunakan dengan betul dan cermat.
9. Kepekaan
Pelajar hendaklah peka dengan orang dan persekitaran sekeliling dan bertindak sewajarnya terhadap
sebarang bentuk kecemasan.
10. Pelawat atau tetamu
Pelajar harus menghormati setiap pelawat atau tetamu kepada Institusi ini. Jika perlu, layani dan
bantulah setakat yang termampu oleh kita.
8
Buku Panduan Pelajar HEP
BAHAGIAN II:
PERATURAN DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR
(PINDAAN 2022)
(A) Definisi
Peraturan ini dinamakan ‘Peraturan Disiplin dan Tatatertib Pelajar’ yang digunapakai di Sarawak Skills
Development Centre (PPKS) dan semua cawangannya.
Dalam Peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:
“Sarawak Skills (PPKS)” bagi maksud Peraturan ini adalah di bawah Sarawak Skills Development Centre
(PPKS) yang beralamat di Jalan Canna off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93350 Kuching, Sarawak.
“Institusi” ertinya sesuatu Institusi pendidikan dan latihan di bawah Sarawak Skills, yang memberi pelajaran,
pengajaran dan latihan kepada seseorang atau sekumpulan orang.
“Pihak Berkuasa Institusi” ertinya sekumpulan orang yang diberi kuasa oleh Sarawak Skills dan Pengarah
Eksekutif untuk mentadbir dan mengurus Institusi ini.
“Pengarah Eksekutif” ertinya ketua kepada pegawai dan kakitangan di Institusi ini.
“Timbalan Pengarah Eksekutif” ertinya timbalan ketua kepada pegawai dan kakitangan di Institusi ini.
“Pensyarah/Pengajar” ertinya semua kakitangan yang mengendalikan akademik dan latihan di Institusi ini.
“Pegawai” ertinya seseorang yang menyandang sesuatu jawatan dalam Institusi atau yang bertugas di
Institusi.
“Kakitangan” termasuklah mana-mana pekerja Institusi ini.
“Kawasan Institusi”ertinya semua kawasan yang meliputi segala bangunan atau premis atau lain-lain struktur
di atasnya yang dipunyai atau di bawah kawalan pentadbiran pihak berkuasa Institusi.
“Pelajar” ertinya orang mendaftar dan berdaftar yang menerima pelajaran, pengajaran dan latihan di
Institusi ini.
“Asrama” ertinya apa-apa bangunan kediaman atau kemudahan tempat tinggal yang disediakan dan
dibawah kawalan pentadbiran pihak berkuasa Institusi untuk kediaman pelajar.
“Warden” ertinya pegawai dilantik yang mempunyai tanggungjawab menjaga sebuah asrama dan
termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihaknya atau
membantunya.
“Lembaga Disiplin Pelajar” ertinya jawatankuasa yang dilantik oleh Pengarah Eksekutif bagi menjalankan
peraturan ini.
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” ertinya kumpulan pelajar yang dilantik bagi mewakili semua pelajar-
pelajar di Institusi berkenaan.
“Perbicaraan Tatatertib” ertinya perbicaraan tatatertib dibawah peraturan ini.
“Kesalahan berat” ertinya semua kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman disingkirkan dari
Institusi berkenaan.
9
Buku Panduan Pelajar HEP
“Dadah” ertinya apa-apa jenis dadah atau benda yang dinyatakan dalam ordinan Dadah Berbahaya, 1952.
“Judi” ertinya bermain sesuatu permainan nasib atau permainan kepandaian, atau permainan nasib campur
kepandaian, untuk mendapatkan wang atau sesuatu yanb boleh dinilaikan dengan wang dan termasuk
peraturan atau apa-apa loteri.
“Arak” ertinya apa-apa jenis minuman yang mempunyai kekuatan alkohol atau minuman yang memabukkan.
“Kesalahan Tatatertib” ertinya suatu kesalahan pelanggaran peraturan atau mana-mana peraturan atau
pekeliling yang melibatkan tindakan tatatertib oleh jawatankuasa disiplin dibawah Peraturan ini.
“Tindakan Tatatertib” ertinya suatu tindakan hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang melakukan
kesalahan Tatatertib atau Kesalahan Berat dengan piawaian atau jadual denda dan kompaun atau mana-
mana hukuman di bawah Peraturan ini.
“Exco” ertinya singkatan nama bagi Executive Committee yang merupakan ahli jawatankuasa bagi
pertubuhan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang berfungsi mengikut Biro masing-masing yang telah
ditetapkan.
“Biro” ertinya unit atau jabatan yang terdapat dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang
mempunyai fungsi masing-masing seperti yang ditetapkan oleh pihak Institusi.
10
Buku Panduan Pelajar HEP
(B) Peraturan Disiplin dan Tatatertib Pelajar
1. Peraturan Am Institusi
(a) Peraturan am pelajar
i. Peraturan ini dinamakan Peraturan Disiplin dan Tatatertib Pelajar dan digunakan sebagai
garis panduan dan wajib dipatuhi oleh semua pelajar tanpa pengecualian.
ii. Tujuan peraturan ini digubal adalah untuk mengawal kelancaran serta keberkesanan
pembelajaran dan memupuk sikap tanggungjawab di kalangan pelajar.
(b) Bersetuju mematuhi peraturan dan menandatangani borang perjanjian serta pemeriksaan
perubatan
i. Setiap pelajar yang bersetuju mengikuti pengajian di Institusi ini adalah wajib mematuhi dan
akur kepada setiap peraturan yang terkandung di dalam dokumen ini dan juga mana-mana
peraturan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai Sarawak Skills atau pihak yang
berwajib yang ada kaitan dengan atau hubungan institusi. Setiap pelajar adalah diwajibkan
untuk melengkapkan dan menandatangani borang perjanjian pelajar.
(c) Lembaga Disiplin Pelajar (LDP)
i. Lembaga Disiplin Pelajar ditubuhkan bagi memantau pengurusan disiplin para pelajar
menerusi penguatkuasaan Buku Panduan Pelajar ini. Pengarah Eksekutif dan Timbalan
Pengarah Eksekutif adalah Penasihat bagi LDP ini dan perlu melantik Pengarah Kampus
sebagai Pengerusi LDP yang akan memantau operasi LDP yang merangkumi tiga (3)
jawatankuasa iaitu:-
Jawatankuasa Disiplin Pelajar (JDP) – yang merancang dan menetapkan garis panduan
disiplin dan tatatertib pelajar, sebarang bentuk peraturan dan polisi Institusi.
Jawatankuasa ini juga berperanan untuk membicarakan atau menimbangkan cadangan
penyingkiran pelajar berdasarkan laporan kes kesalahan berat pelajar terbabit.
Jawatankuasa Tindakan Tatatertib Pelajar (JTTP) – yang melaksanakan tindakan disiplin
dan tatatertib pelajar yang telah diluluskan oleh JDP. Jawatankuasa ini hanya menangani
kes disiplin dan tatatertib yang bukan kes berat sahaja. Setiap kes berat yang dilaporkan
hendaklah dirujuk kepada JDP untuk tindakan atau perbicaraan lanjut berkenaan kes
tersebut.
Jawatankuasa Rayuan Pelajar (JRP) – yang menimbang semula sebarang bentuk rayuan
oleh pelajar yang telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan berat yang dilakukan dan
sebarang bentuk keputusan sama ada rayuan pelajar tersebut diterima atau ditolak adalah
tertakluk kepada keputusan muktamad oleh JDP.
ii. JDP dipengerusikan oleh Pengarah Kampus, dan dianggotai oleh Pegawai HEP, Ketua
Akademik dan Kemahiran, dan Kaunselor yang dilantik oleh Penasihat LDP.
iii. JTTP dipengerusikan oleh Pegawai HEP dan dianggotai oleh para pengajar dan warden
asrama pelajar yang dilantik oleh Pengerusi JDP.
iv. JRP dipengerusikan oleh Kaunselor dan dianggotai oleh Pegawai HEP dan Ketua Akademik
dan Latihan yang dilantik oleh Pengerusi JDP.
v. Pengawal Keselamatan dan lain-lain pegawai Institusi yang diberi kuasa oleh Pengarah
Eksekutif boleh menguatkuasakan disiplin dan tatatertib seperti yang termaktub dalam Buku
Panduan Pelajar ini.
11
Buku Panduan Pelajar HEP
2. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
(a) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman
pada pelajar menjadi pemimpin pada masa depan, selain membantu pihak pengurusan Institusi
menangani masalah disiplin pelajar.
(b) JPP juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah-masalah mereka
kepada pihak pengurusan Institusi.
(c) JPP dianggotai oleh calon-calon yang berjaya dalam pemilihan JPP menerusi prosedur pemilihan
yang telah ditetapkan oleh pihak Institusi. Calon-calon yang berjaya ini akan mengisi
jawatankuasa yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan
barisan Exco Biro iaitu Biro Akademik dan Latihan, Biro Sosial dan Kebajikan, Biro Sukan dan
Rekreasi, dan Biro Kebudayaan dan Kesenian.
(d) Penasihat JPP adalah pegawai yang dilantik oleh Pengarah Institusi untuk membimbing dan
memantau aktiviti-aktiviti JPP. Segala perancangan dan cadangan aktiviti JPP adalah tertakluk
kepada kelulusan pihak pengurusan Institusi. Pemilihan JPP perlu dijalankan setiap tahun
mengikut keperluan dan pembangunan pelajar.
3. Kawasan larangan merokok
(a) Keseluruhan kawasan Institusi telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok mengikut
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Oleh itu jika pelajar didapati memiliki,
menyimpan, membawa, atau menghisap rokok atau seumpamanya di dalam kawasan Institusi
adalah ditafsirkan melakukan kesalahan tatatertib.
4. Kebersihan dan keindahan Institusi
(a) Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan Institusi.
(b) Segala kemudahan yang disediakan oleh institusi hendaklah digunakan dengan penuh
tanggungjawab, cermat, selamat, tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan
bahan-bahan yang digunakan.
(c) Pelajar hendaklah menjaga dan memelihara kebersihan semua kemudahan yang terdapat di
Institusi ini agar kepentingan pelajar lain juga terpelihara.
(d) Pelajar bertanggungjawab untuk memastikan semua suis lampu/kipas/alat pendingin
hawa/komputer/mesin dimatikan sebelum meninggalkan kelas/bengkel/makmal/dewan kuliah.
(e) Pelajar akan didapati dengan sengaja mengotorkan kawasan Institusi atau membuat sesuatu
yang boleh ditafsir menjejaskan kebersihan dan atau keindahan Institusi adalah melakukan
kesalahan tatatertib.
5. Peraturan Asrama
(i) Pelajar adalah diwajibkan menjaga kebersihan asrama, bilik dan persekitarannya supaya setiasa
berada dalam keadaan bersih, selesa dan teratur.
(ii) Setiap bilik mesti mempunyai jadual bertugas membersihkan bilik dan asrama.
(iii) Pelajar akan dijadualkan bertugas mengikut giliran bagi membersihkan bilik asrama dan ia
mestilah dipatuhi.
(iv) Pelajar dilarang bertukar tempat atau bilik yang telah ditetapkan tanpa kebenaran warden atau
pegawai bertanggungjawab terlebih dahulu.
12
Buku Panduan Pelajar HEP
(v) Tempat tidur mestilah sentiasa bersih dan kemas. Cadar dan sarung bantal hendaklah mengikut
warna yang telah ditetapkan oleh Institusi. Dilarang meletakkan tilam atau bantal di atas lantai
atau melipat tilam di atas katil.
(vi) Kasut-kasut hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai.
(vii) Pakaian yang tidak dipakai hendaklah disidai di tempat sidaian yang telah disediakan dan ditegah
menyangkut pakaian di dinding, katil atau membuat sidaian dalam bilik asrama.
(viii) Pelajar mestilah bertanggungjawab menjaga almari dan kunci masing-masing. Almari hendaklah
dikunci sepanjang masa.
(ix) Pelajar-pelajar dilarang memaku, melekat, melukis, atau menconteng dinding, katil, almari,
bantal, tilam dan lain-lain kemudahan yang disediakan.
(x) Pelajar akan dipertanggungjawabkan atas segala kerosakan kemudahan dan peralatan asrama
serta peralatan kecemasan.
(xi) Pelajar dilarang memasang atau membaiki lampu dan kipas, membuat sambungan elektrik bagi
radio dan televisyen atau mengubahsuai pendawaian elektrik di bilik asrama.
(xii) Pelajar dilarang membawa makanan dan minuman tidak halal ke bilik asrama.
(xiii) Pelajar dilarang merendam pakaian dan kasut di dalam bilik atau di dalam sinki air/tandas.
(xiv) Pelajar dibenarkan berjumpa keluarga, tetamu atau kawan di tempat yang telah ditentukan
sahaja bukan didalam bilik KECUALI penghantaran barang atau keperluan pelajar.
(xv) Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada di asrama pelajar perempuan dan sebaliknya pada bila-bila
masa serta dilarang sama sekali berada dalam keadaan berdua-duaan di tempat yang
mencurigakan.
(xvi) Pelajar harian tidak dibenarkan sama sekali masuk ke mana-mana bilik asrama atau meletakkan
kenderaan di kawasan asrama.
(xvii) Semua lampu di asrama hendaklah dipadamkan tepat pada jam 11.00 malam. Pelajar yang ingin
belajar lebih dari masa boleh menggunakan bilik yang telah dikhaskan sehingga jam 12.00
malam sahaja dengan kebenaran warden.
(xviii) Penggunaan lilin di dalam bilik asrama adalah dilarang sama sekali.
(xix) Pelajar terakhir yang meninggalkan bilik asrama atau mana-mana bilik fasiliti hendaklah
mematikan semua suis.
(xx) Pelajar yang keluar dari kawasan Institusi selepas waktu latihan atau hari cuti, hendaklah
menulis nama, masa dan tempat tuju dalam Buku Daftar Pengawal/Buku Daftar Keluar Masuk
Pelajar. Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kawasan institusi sebelum jam 7.00 malam
pada hari pembelajaran dan sebelum 10.00 malam pada hari cuti; dan tertakluk kepada pindaan
pihak berkuasa Institusi.
(xxi) Bagi pelajar yang mempunyai urusan mustahak di luar dalam hari pembelajaran, mereka perlu
mendapatkan kebenaran bertulis dari Warden dan kembali sebelum jam 10.00 malam.
13
Buku Panduan Pelajar HEP
(xxii) Pelajar dilarang membawa perkakas elektrik seperti cerek elektrik, dapur gas, dapur elektrik dan
seterika termasuk peralatan elektrik tanpa pelekat keluaran asrama/Intitusi ke dalam bilik
kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa Institusi.
(xxiii) Perkakas tanpa pelekat termasuk perkakas/barang yang tidak dibenarkan dibawa ke asrama
akan dirampas sekiranya pemeriksaan dibuat. Denda akan dikenakan sekiranya pelajar ingin
menuntut balik perkakas/barang tersebut.
(xxiv) Pelajar ditegah melakukan perkara-perkara yang boleh menganggu ketenteraman penghuni
asrama lain ataupun tempat awam seperti menjerit, membakar mercun dan sebagainya.
(xxv) Sekiranya berlaku kecemasan, kemalangan atau kematian dan lain-lain perkara yang dianggap
serius hendaklah segera dilaporkan kepada warden atau pihak berkuasa Institusi.
(xxvi) Pelajar beragama Islam diwajibkan solat berjemaah di surau pada waktu solat fardhu. Semua
pelajar diwajibkan hadir ke ceramah umum anjuran Institusi.
(xxvii) Pelajar dilarang membawa keluar atau mengubahsuai susun atur semua inventori di dalam bilik
asrama.
(xxviii) Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan daripada kelas atau bengkel (hak
Institusi) ke dalam bilik asrama kecuali dengan kebenaran pengajar berkenaan.
(xxix) Pelajar dilarang menggunakan bilik asrama sebagai premis perniagaan.
(xxx) Pelajar dilarang membawa barang atau bahan yang didapati boleh membahayakan kepada diri
dan pelajar lain termasuk barang atau bahan untuk melakukan kegiatan haram.
(xxxi) Pelajar di nasihatkan supaya tidak menyimpan wang berlebihan atau memakai barang-barang
berharga di dalam asrama. Pihak berkuasa Institusi tidak akan bertanggungjawab di atas
kehilangan harta benda persendirian yang disebabkan oleh kecuaian. Sebelum meninggalkan
asrama semasa cuti semester, semua pelajar dikehendaki memulangkan semua peralatan
asrama seperti kunci almari, bantal, tilam dan lain-lain peralatan Institusi selewat-lewatnya satu
(1) hari selepas tamat hari terakhir latihan. Asrama hendaklah ditinggalkan dalam keadaan
bersih, baik dan sempurna.
(xxxii) Semua pelajar diminta untuk mengosongkan asrama pada tiap-tiap hujung tahun/penghujung
semester.
Bagi pelajar yang akan meneruskan kursus dan didapati balik awal dari hari yang ditetapkan,
tidak akan diberikan kemudahan asrama pada semester berikutnya.
Pelajar dilarang menceroboh kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh Institusi pada bila-
bila masa.
(xxxiii) Pelajar dilarang memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang peliharaan di dalam bilik,
kawasan asrama atau kampus.
(xxxiv) Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan asrama atau kampus hendaklah
dilaporkan kepada warden.
(xxxv) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar asrama untuk mematuhi peraturan dan pekeliling
asrama atau kaedah-kaedah yang telah disediakan.
14
Buku Panduan Pelajar HEP
(xxxvi) Warden asrama, Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh
membuat pemeriksaan mengejut (spot check/roll call) yang dibuat dari semasa ke semasa untuk
mempastikan peraturan ini dipatuhi.
6. Peraturan Bengkel/Bilik Kuliah/Bilik Sumber
(a) Pelajar mestilah memakai pakaian seragam rasmi dengan kemas atau memakai pakaian yang
bersesuaian seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Institusi semasa menghadiri kuliah
ataupun latihan amali di bengkel. Pakaian keselamatan hendaklah dipakai semasa latihan di
bengkel.
(b) Pakaian rasmi pelajar ialah adalah tertakluk kepada pekeliling dan peraturan yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa Institusi. Rujuk Lampiran Kod Etika Pakaian Pelajar.
(c) Setiap peraturan keselamatan akan dipamerkan di papan kenyataan dan di tempat-tempat yang
bersesuaian. Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan perkara-perkara
yang tidak diingini berlaku.
(d) Peralatan keselamatan (alat pemadam api, pili bomba dan lain-lain) hendaklah digunakan hanya
pada masa kecemasan di Institusi.
(e) Jika berlaku kecemasan, pelajar hendaklah mengambil tindakan awal seperti membunyikan siren
dan melaporkan kepada pihak berkuasa Institusi.
(f) Semua peralatan dan mesin akan dijadualkan penyelenggaraannya supaya sentiasa berada
dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Pelajar dikehendki bekerjasama menjaga
keselamatan mesin dan peralatan latihan.
(g) Pelajar adalah dilarang menggunakan alat latihan tanpa arahan dan bimbingan pengajar. Alat-
alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan disimpan/dipulangkan semula ke tempat
asal sebelum meninggalkan bengkel.
(h) Pendawaian dan alat-alat elektrik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat
digunakan. Bagi alat-alat atau mesin yang tidak boleh atau merbahaya digunakan, notis amaran
perlu dilekatkan dan bekalan elektrik perlu diputuskan. Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada
pihak berkuasa Institusi.
(i) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mematuhi peraturan bengkel dan makmal Institusi
termasuk makluman daripada pegawai yang bertanggungjawab atau
pengajar/pensyarah/pembantu makmal.
(j) Pelajar yang melakukan sesuatu yang didapati melanggar peraturan keselamatan dan atau boleh
menjejaskan peralatan dan kelengkapan dengan sengaja atau tidak, boleh ditafsir melakukan
Kesalahan Tatatertib.
7. Peraturan Bilik Riadah/Bilik Ibadah/Bilik Serbaguna
(a) Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Bilik Riadah, Bilik Ibadah dan Bilik Serbaguna.
Segala kelengkapan di bilik ini hendaklah dijaga dengan kemas, bersih dan sempurna.
(b) Penggunaan bilik-bilik ini hanya dibenarkan sehingga jam 10.30 malam sahaja melainkan telah
mendapat kebenaran secara bertulis dari pihak pengurusan asrama pelajar dan pastikan tidak
menganggu ketenteraman penghuni lain di asrama.
(c) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar asrama untuk mematuhi peraturan dan pekeliling
asrama atau kaedah-kaedah yang telah disahkan dari semasa ke semasa untuk bilik berkenaan.
15
Buku Panduan Pelajar HEP
8. Peraturan Dewan Makan dan Kafeteria
(a) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Makan dan Kafeteria dengan berpakaian kotor,
berseluar pendek dan bersinglet. Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan bersopan.
(b) Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan dan Kafeteria. Sisa makanan
hendaklah dibuang ditempat di tempat yang disediakan dan peralatan makan dibersihkan dan
disusun di tempat yang dikhaskan.
(c) Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan Dewan Makan dan Kafeteria.
(d) Makanan hanya dibekalkan pada waktu yang ditetapkan sahaja. Pelajar hendaklah mengikut
jadual makan yang ditetapkan oleh warden atau Pihak Berkuasa Institusi. Waktu makan dan
menu makan sentiasa di pamerkan di Dewan Makan dan Kafeteria.
(e) Pelajar dikehendaki beratur semasa mengambil makanan dan makan dengan tertib dan beradab
serta tidak bising semasa di Dewan Makan dan Kafeteria.
(f) Pelajar dilarang masuk ke stor barang-barang atau perkakas dan kawasan dapur Dewan Makan
dan Kafeteria pada bila-bila masa.
9. Peraturan Lalulintas dalam kawasan Kampus
(a) Pelajar yang menggunakan kenderaan hendaklah mendaftar kenderaan dengan pihak Institusi
yang berkenaan. Kegagalan mendaftar kenderaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM50.00
sehari.
(b) Kenderaan hendaklah dipandu tidak melebihi had laju (30 km/j) yang ditetapkan di dalam
kawasan Institusi.
(c) Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk Institusi mestilah
mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh Institusi.
(d) Semua kenderaan hendaklah diletakkan di parking yang dikhaskan dan disusun dengan teratur.
Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka ditempat yang dikhaskan untuk Pegawai
dan kakitangan Institusi.
(e) Pihak berkuasa Institusi tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan yang rosak atau hilang di
dalam kawasan Institusi.
(f) Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor perlu mematuhi peraturan-peraturan:
i. Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
ii. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau
diubahsuai.
iii. Bertimbangrasa terhadap penjalan kaki.
iv. Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalanraya seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
(g) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar Institusi ini untuk mematuhi peraturan ini dan mana-
mana pekeliling yang dikeluarkan berkaitan dengan Peraturan Lalulintas dalam kawasan
Kampus.
(h) Pelajar yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai kesalahan
tatatertib. Sekiranya melibatkan atau mengakibatkan kemalangan atas kesalahan atau kecuaian
pelajar sama ada sengaja atau tidak, maka pelajar boleh dikenakan tindakan sebagai kesalahan
berat.
16
Buku Panduan Pelajar HEP
10. Rawatan Perubatan
(a) Pelajar yang memerlukan rawatan hendaklah memberitahu pensyarah/pengajar/pegawai atau
kakitangan yang terdekat/warden untuk tindakan selanjutnya.
(b) Pelajar akan dihantar mengikut kekosongan kenderaan dan mengikut keseriusan penyakit
pelajar.
(c) Pelajar yang mempunyai penyakit berlarutan atau dalam sesi rawatan perubatan oleh mana-
mana pusat kesihatan hendaklah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab seperti
pensyarah/pengajar/warden untuk tindakan lanjut.
(d) Sekiranya pelajar cuti sakit, salinan surat cuti sakit hendaklah diberikan kepada Pengajar
Bertugas untuk kelas yang tidak dihadiri oleh pelajar berkenaan untuk dicatatkan dalam buku
kehadiran pelajar sebaik sahaja pelajar kembali belajar.
(e) Pelajar yang menginap di asrama yang memerlukan rawatan kecemasan atau sakit selepas
waktu pejabat atau pada cuti am hendaklah memaklumkan warden.
(f) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memaklumkan berkenaan penyakit atau rawatan
yang diambil oleh pelajar seperti dalam borang pendaftaran pelajar. Pelajar yang didapati tidak
mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai Kesalahan Tatatertib.
11. Sahsiah Rupa Diri
(a) Pelajar hendaklah sentiasa memakai pakain yang sesuai dan sopan.
(b) Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang kurang sopan dan tidak bersesuaian seperti
koyak, bertopi, ketat, nipis, menyerlahkan bentuk badan dan sebagainya dalam kawasan
Institusi.
(c) Pelajar yang ingkar tidak akan dibenarkan menghadiri kuliah/bengkel selagi tidak memakai
pakaian yang sesuai.
(d) Semua pelajar lelaki dan perempuan adalah dilarang memakai barang kemas seperti yang
ditetapkan.
(e) Potongan rambut pelajar lelaki hendaklah mengikut garis panduan seperti berikut:
i. Di bahagian belakang - tidak melebihi atau melepasi paras kolar baju.
ii. Di bahagian sisi kiri dan kanan - tidak menutup paras cuping telinga sebelah atas.
iii. Di bahagian depan - tidak menutup paras kening.
iv. Di bahagian atas/tengah - tidak melebihi 3 inci panjang.
v. Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan
kemas.
(f) Pelajar tidak boleh dengan sengaja atau tidak menukar atau mewarna seluruh atau mana-mana
bahagian rambut.
(g) Bagi pelajar perempuan Muslim hendaklah sentiasa menutup aurat sementara bagi pelajar
perempuan bukan Islam, rambut hendaklah diikat kemas terutamanya ketika menjalani latihan
amali.
(h) Pelajar adalah diwajibkan untuk memakai Kad Pelajar sepanjang masa ketika berada dalam
kawasan Institusi dan dikecualikan pemakaiannya di dalam blok asrama dan tempat-tempat
yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Institusi.
17
Buku Panduan Pelajar HEP
(i) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar Institusi ini untuk menjaga kebersihan dan penampilan
diri yang menggambarkan ciri-ciri seorang pelajar. Pelajar yang didapati tidak mematuhi
peraturan sahsiah diri ini boleh dikenakan tindakan sebagai Kesalahan Tatatertib.
12. Lain-lain Peraturan
(a) Pihak berkuasa Institusi berhak meminda, mengubahsuai atau menambah mana-mana perkara
dalam peraturan ini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada
pelajar-pelajar.
(b) Sebarang tindakan pindaan ke atas mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan akan diedar
kemudiannya sebagai pekeliling untuk makluman semua dan satu salinan akan dipamerkan di
papan kenyataan.
(c) Semua pegawai di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia dan Kerajaan tidak boleh
disabitkan dan dikenakan apa-apa tindakan atau tuntutan melalui apa jua bentuk prosedur
berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar.
(d) Pihak berkuasa Institusi mempunyai kuasa muktamad untuk mentafsir segala peraturan yang
terdapat di dalam risalah ini.
18
Buku Panduan Pelajar HEP
(C) Kesalahan Disiplin dan Tatatertib Pelajar
1. Ajaran Sesat
Menyebar, mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan dengan akidah islam, perundangan Negara
dan sebagainya adalah ditafsirkan sebagai Kesalahan Tatatertib.
2. Memiliki Atau Menyimpan Bahan Lucah
(a) Memiliki, menyimpan, menjual, mengedar, menonton, mempamer, membaca sebarang bahan
majalah, pita video, gambar atau tulisan lucah di dalam kawasan Institusi termasuk asrama
adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan Tatatertib.
(b) Perbuatan seperti beraksi, mendorong, merayu, membisik, mengeluarkan kata-kata atau cerita-
cerita atau isyarat lucah adalah juga ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan berat.
(c) Segala etika yang tidak bermoral yang berkaitan dengan gangguan seksual dan atau mana-mana
perkara yang tertakluk dalam kod gangguan seksual dikalangan pelajar atau penglibatan
kakitangan Institusi, setelah terbukti bersalah dalam siasatan adalah tafsirkan telah melakukan
satu kesalahan berat.
3. Bahan Yang Mengkhayalkan
Kesalahan mengambil atau menggunakan apa sahaja bahan yang mengkhayalkan seperti menghidu
gam, meminum air yang memabukkan dan seumpamanya adalah ditafsirkan telah melakukan
Kesalahan berat.
4. Bergaduh / Mengugut / Menghasut / Memfitnah / Mengancam / Demonstrasi
(a) Bergaduh, memukul, bertumbuk dalam kawasan Institusi atau asrama, diantara pelajar dengan
pelajar atau diantara pelajar dengan kakitangan Institusi atau orang luar, yang mengakibatkan
sebarang kecederaan ataupun tidak, adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat
dan jenayah yang serius.
(b) Perbuatan mengugut atau mengancam, menghasut atau berdemonstrasi bagi maksud
mendatangkan rasa takut kepada orang lain melalui apa jua cara adalah ditafsirkan telah
melakukan satu Kesalahan berat.
(c) Menulis atau melaporkan perkara-perkara negative kepada media cetak dan elektronik tentang
Jabatan/Institusi atau pegawainya/kakitangannya adalah ditafsirkan sebagai satu ancaman dan
akan disabitkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
(d) Pelajar yang didapati mempunyai hubungan atau menjadi ahli kumpulan haram adalah juga
telah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
(e) Pelajar yang didapati menyertai perhimpunan haram adalah juga ditafsirkan telah melakukan
satu Kesalahan berat.
5. Berjudi
(a) Berjudi dan bertaruh dalam apa jua bentuk sekalipun adalah dilarang keras di dalam kawasan
Institusi termasuk asrama. Perbuatan ini adalah ditafsirkan telah melakukan Kesalahan berat.
(b) Pelajar yang membekal, memiliki, menyimpan apa-apa juga jenis perjudian atau
dipertanggungjawabkan menganjurkan sebarang jenis permainan perjudian adalah ditakrifkan
telah melakukan satu Kesalahan berat.
19
Buku Panduan Pelajar HEP
6. Bersubahat
Perbuatan untuk merancang, melindungi, menolong, bekerjasama, memberi peluang dan enggan
memberi kesaksian ke atas kesalahan yang dilakukan adalah ditafsirkan telah melakukan satu
Kesalahan Tatatertib.
7. Gangguan Seksual
Gangguan seksual didefinisikan sebagai kelakuan yang bersifat seksual yang tidak diundang, tidak
disenangi mahupun dikehendaki. Kelakuan tersebut akan menyebabkan seseorang merasa jijik,
terhina atau terancam. Gangguan seksual dikategorikan dalam lima bentuk seperti berikut:
(a) Lisan- kata-kata dan jenaka yang berunsur lucah atau menjijikkan, komen, sindiran dan
perbualan yang berunsur seksual.
(b) Bukan lisan/gerakan anggota badan - pandangan yang menghairahkan menjilat bibir dengan cara
provokatif, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang menandakan aktiviti seksual.
(c) Visual - menunjukkan bahan-bahan lucah, gambar yang menjijikkan, lakaran atau tulisan
berunsur seksual dan mendedahkan bahagian seks.
(d) Fizikal - kelakuan yang tidak senonoh seperti menyentuh, menepuk, mencubit, meraba,
memeluk, mencium dan serangan seksual.
8. Kes Mahkamah
Pelajar yang terlibat dengan apa jua kes kesalahan yang melibatkan makhamah adalah ditafsirkan
telah melakukan satu Kesalahan Tatatertib yang boleh membawa kepada hukuman gantung
pengajian sehingga proses siasatan atau perbicaraan dalam makhamah telah selesai. Pihak berkuasa
Institusi boleh membicarakan kes pelajar tersebut dan keputusannya adalah merujuk kepada
keputusan perbicaraan makhamah.
9. Khalwat
(a) Pelajar yang terlibat, dikenalpasti atau ditangkap atas kes khalwat ataua berdua-duaan di
tempat yang mencurigakan yang dilakukan sama ada di dalam atau di luar kawasan Institusi
adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
(b) Pelajar yang didapati mengandung atau bersalin akibat perbuatan khalwat atau bernikah atau
berkahwin tanpa memberi maklum kepada pihak berkuasa Institusi adalah ditafsirkan telah
melakukan Kesalahan berat.
10. Memalsukan Dokumen/Menipu/Meniru
(a) Pelajar-pelajar yang didapati memalsu atau meminda bagi maksud menipu, apa-apa juga
dokumen dan surat-surat rasmi atau mengemukakan dokumen palsu atau memberikan
maklumat palsu bagi tujuan menipu atau memalsu tandatangan pegawai-pegawai yang diberi
kuasa atau meminda cuti sakit adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan Tatatertib.
(b) Pelajar-pelajar yang telah dikenakan hukuman singkir dari asrama tetapi masih lagi
menggunakan kemudahan asrama adalah ditafsirkan menipu dan telah melakukan satu
Kesalahan berat.
(c) Pelajar-pelajar yang didapati menipu dokumen atau meniru di dalam peperiksaan ditafsirkan
telah melakukan satu kesalahan berat.
11. Membuli/Mendera/Ragging
Perbuatan ‘ragging’ atau mendera atau membuli atau apa-apa kelakuan yang boleh dianggap oleh
pihak berkuasa Institusi sebagai deraan kepada atau dikalangan pelajar adalah ditafsirkan telah
melakukan Kesalahan berat.
20
Buku Panduan Pelajar HEP
12. Memiliki Senjata
Memiliki, menyimpan, membawa, mengguna atau mempamer apa jua jenis bentuk senjata yang
boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain di dalam kawasan Institusi termasuk asrama
dalam apa jua keadaan adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat dan jenayah yang
serius.
13. Mencuri
Perbuatan mencuri atau terlibat dengan kegiatan mencuri atau memiliki alatan dengan niat untuk
mencuri harta benda institusi atau perseorangan atau memiliki, menyimpan, menyembunyikan
harta curian di dalam/luar kawasan Institusi termasuk asrama adalah ditafsirkan telah melakukan
satu Kesalahan berat dan jenayah yang serius.
14. Merokok/Vapping
(a) Memiliki, menyimpan, membawa atau menghisap rokok atau seumpamanya di dalam kawasan
Institusi dan asrama adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan Tatatertib.
(b) Memiliki, menyimpan atau membawa peralatan untuk membuat, menghisap rokok atau
seumpamaannya di dalam kawasan Institusi dan asrama adalah ditafsirkan telah melakukan
satu Kesalahan Tatatertib.
(c) Menggunakan, memiliki, menyimpan atau membawa peralatan atau bahan yang disama
tafsirkan oleh Institusi sebagai rokok termasuk rokok elektronik adalah ditafsirkan telah
melakukan satu Kesalahan Tatatertib.
15. Minuman Keras/Arak/Alkohol
(a) Memiliki, menyimpan, menjual, mengedar, membawa atau meminum minuman keras di dalam
kawasan Institusi adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
(b) Membawa pengaruh atau kesan akibat meminum minuman keras seperti muntah, mulut
berbau, bergaduh atau apa-apa kesan yang negatif ke dalam kawasan Institusi adalah
ditafsirkan telah melakukan Kesalahan Tatatertib.
16. Penyalahgunaan Dadah
(a) Memiliki, menyimpan, mengedar, membekal, membawa, menjual atau menyalahgunakan apa
juga jenis dadah yang diharamkan dengan apa juga cara sekalipun dalam kawasan Institusi
termasuk asrama, adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
(b) Memiliki sebarang peralatan dalam apa juga bentuk dan rupa sekalipun, yang mungkin
digunakan untuk mengambil, menghisap, menyuntik dan sebagainya yang melibatkan
penyalahgunaan apa juga jenis dadah dengan apa juga cara sekalipun, di dalam kawasan
Institusi termasuk asrama, adalah ditafsirkan sebagai telah melakukan satu Kesalahan berat
dan jenayah yang serius.
(c) Sesiapa yang didapati sengaja bersama atau berhampiran dengan orang atau sekumpulan
orang yang menyalahgunakan najis dadah semasa tangkapan dibuat, adalah di anggap sebagai
bersubahat dan boleh disabitkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
(d) Sesiapa yang telah dikesan melalui ujian rasmi oleh pihak berkuasa yang tertentu dan didapati
telah menyalahgunakan adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
17. Vandalisme/Merosakkan Harta Benda Institusi
(a) Semua perbuatan merosakkan harta Institusi termasuk kemudahan asrama, peralatan bengkel
dan sebagainya ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan berat.
21
Buku Panduan Pelajar HEP
(b) Perbuatan menceroboh bangunan Institusi adalah ditafsirkan telah melakukan satu Kesalahan
berat.
18. Lain-lain Kesalahan
(a) Semua perkara yang dilarang atau ditegah di dalam Peraturan ini adalah ditafsirkan sebagai
kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(b) Semua perkara yang diwajibkan di dalam peraturan ini, sekiranya diingkari atau diabaikan
adalah ditafsirkan sebagai kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
(c) Pelajar yang telah mendapat melebihi tiga (3) kali amaran atau mendapat tiga (3) kali hukuman
tatatertib dalam JTTP ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan tatatertib.
(d) Kuasa untuk menamatkan latihan/pengajian pelajar adalah terletak kepada keputusan JDP dan
pengesahan Pengarah Eksekutif di Institusi.
22
Buku Panduan Pelajar HEP
BAHAGIAN III:
TINDAKAN DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR
(2006 PINDAAN 2018)
(A) Tatacara Tindakan Disiplin dan Tatatertib Pelajar
1. Apabila sesorang pelajar telah dilaporkan melakukan kesalahan disiplin atau tatatertib,
Jawatankuasa Tindakan Disiplin dan Tatatertib Pelajar (JTTP) hendaklah secara bertulis
meminta pelajar berkenaan hadir perbicaraan pada sesuatu tarikh dan masa sebagaimana
yang ditentukan oleh JTTP.
2. Jika pelajar itu tidak hadir, maka hukuman akan dijatuhkan oleh JTTP melalui Jawatankuasa
Disiplin Pelajar (JDP) kepada pelajar itu dan hukuman akan berkuatkuasa tujuh (7) hari selepas
tarikh surat hukuman dikeluarkan. Dalam tempoh tersebut, pelajar berhak mengemukakan
permohonan perbicaraan semula kesnya kepada JTTP.
3. Dalam perbicaraan disiplin dan tatatertib pelajar, JTTP akan menjelaskan kepada pelajar itu
fakta-fakta pertuduhan mengenai kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh
pelajar itu dan memintanya membuat pengakuan atau penafian di atas pertuduhan itu.
4. Sekiranya pelajar itu mengaku bersalah, JTTP akan menjelaskan fakta-fakta itu sekali lagi
kepadanya dan jika beliau mengaku kebenaran fakta-fakta itu, JTTP hendaklah mengumumkan
pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib tersebut dan membenarkan beliau membuat
rayuan untuk meringankan hukuman.
5. Jika pelajar itu tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut atau enggan membuat
pengakuan atau tidak mengaku kebenaran fakta-fakta kes itu, JTTP akan memeriksa mana-
mana saksi atau apa-apa barang bukti pertuduhan bagi menimbangkan kes berkenaan.
6. Selepas keterangan dari yang tersebut dalam Perkara 5 diterima, pelajar itu akan diminta
memberikan keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa bukti
untuk pembelaannya.
7. JTTP boleh mengarahkan supaya barang bukti yang dikemukakan kehadapannya dalam satu
perbicaraan, disimpan dalam simpanannya atau simpanan seseorang sebagaimana yang
ditentukan sementara menunggu perbicaraan tatatertib tamat.
8. Selepas mendengar keterangan saksi dan memeriksa barang bukti yang dikemukakan, JTTP
akan mengumumkan keputusannya dalam kes itu. Jika diputuskan pelajar itu bersalah, beliau
hendaklah dibenarkan membuat rayuan untuk mendapat hukuman ringan.
9. Selepas pelajar itu membuat rayuan, jika ada, untuk mendapatkan hukuman ringan JTTP
hendaklah menurut budibicaranya mengenakan hukuman disiplin dan tatatertib ke atas
pelajar itu kepada bentuk yang sewajarnya.
10. Setelah mengenakan hukuman tersebut, JTTP akan menyerahkan kepada pelajar itu dengan
serta merta suatu notis bertulis mengenai hukuman yang dijatuhkan.
11. JTTP yang mengambil tindakan disiplin dan tatatertib terhadap seseorang pelajar di bawah
Perkara 1 hingga 10 perlu merekodkan fakta kes dan tindakan disiplin dan tatatertib serta
perbicaraan pelajar terbabit.
12. Sebarang kesalahan yang disabitkan oleh JTTP yang telah bersidang dan memutuskan
hukuman terhadap psalah adalah dianggap muktamad.
23
Buku Panduan Pelajar HEP
13. Apabila seseorang pelajar itu telah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan berat, Pengarah
Eksekutif/Pengarah Kampus Institusi akan menghantar satu surat kepada pelajar itu mengenai
hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu dan salinan kepada ibubapa atau penjaga pelajar atau
mana-mana pihak yang relevan terhadap kes tersebut.
14. Dalam semua perbicaraan di bawah peraturan ini, seseorang pelajar boleh ditamatkan
latihannya kerana disabitkan dengan kesalahan berat dan telah diberi peluang yang
munasabah untuk membela diri.
15. Kuasa untuk menamatkan latihan/pengajian pelajar adalah terletak kepada Pengarah
Eksekutif.
16. Tiada seseorang pun boleh hadir dalam sesuatu perbicaraan tindakan disiplin dan tatatertib
pelajar kecuali:
(a) Ahli-ahli Lembaga Disiplin Pelajar,
(b) Pelajar yang terbabit dalam kes disiplin dan tatatertib,
(c) Saksi pelajar terbabit semasa memberi keterangan atau apabila dikehendaki oleh JTTP,
dan jika perlu,
(d) Seseorang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh JDP kerana sesuatu sebab khas.
(B) Hukuman dan Kompaun
1. Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan
mana-mana satu hukuman-hukuman yang berikut atau kombinasi hukuman itu dan/atau
kompaun sebagai pengajaran dan kesedaran bagi setiap kesalahan yang dilakukan:
(a) Amaran bertulis;
(b) Membuat kerja-kerja amal kawasan Institusi selama tempoh yang ditentukan;
(c) Membayar ganti rugi di atas kerosakan atau kehilangan harta benda awam atau Institusi
mengikut nilai harta itu;
(d) Pengantungan daripada kemudahan menginap di asrama dalam tempoh yang ditentukan;
(e) Pengantungan latihan/pengajian untuk tempoh yang ditentukan dan,
(f) Lain-lain hukuman yang difikirkan setimpal dengan kesalahan supaya menjadi peringatan
untuk lebih akur kepada setiap Buku Panduan Pelajar.
2. Segala kompaun yang dikenakan hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Kompaun yang
berdasarkan kepada Peraturan Disiplin dan Tatatertib Pelajar (Buku Panduan Pelajar).
3. Semua kesalahan yang ditakrifkan sebagai kesalahan berat di dalam Peraturan ini boleh
membawa kepada hukuman disingkirkan dari Institusi.
(C) Rayuan Pelajar
1. Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan JDP, boleh membuat rayuan secara bertulis
dengan menyatakan alasan-alasan rayuannya itu dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat
makluman hukuman dan dihantar kepada Pengarah Eksekutif Institusi.
2. Pelajar yang dijatuhi hukuman singkir dari Institusi, boleh mengemukakan rayuan secara
bertulis kepada Pengarah Eksekutif/Pengarah Kampus atau Pegawai HEP dengan menyatakan
alasan-alasan rayuannya itu dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat makluman hukuman.
3. Pihak Institusi akan meneliti rayuan pelajar dengan merujuk semula kepada segala peraturan
disiplin dan tatatertib pelajar yang termaktub dalam Buku Panduan Pelajar ini. JDP boleh
menerima atau menolak rayuan ini menerusi pengesahan oleh Pengarah Eksekutif dan segala
keputusan adalah muktamad.
24
Buku Panduan Pelajar HEP
4. Pelajar yang ditamatkan pengajian atau latihan di atas sebab gagal di dalam penilaian
akademik atau latihan, masalah kehadiran dan/atau sebab yang berkaitan dengan kelulusan
dan badan pengiktirafan hendaklah merujuk kepada pihak Akademik dan Latihan atau mana-
mana pihak berkuasa Institusi yang berkenaan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada
Pengarah Eksekutif/Pengarah Kampus melalui Sekretariat Peperiksaan dalam tempoh empat
belas (14) dari tarikh keputusan dikeluarkan.
(D) Penamatan Pengajian/Latihan
1. Pihak berkuasa Institusi boleh menamatkan latihan/pengajian seseorang pelajar dari mengikuti
latihan di Institusi ataupun Latihan Industri tertakluk kepada keadaan berikut:
(a) Didapati bersalah oleh JTTP atas kesalahan berat dan dijatuhi hukuman disingkir dari
Institusi.
(b) Pelajar yang telah mendapat melebihi tiga (3) kali amaran dalam JTTP.
(c) Atas sebab-sebab kesihatan, pelajar boleh dibenarkan menamatkan latihan dengan
sokongan Surat Perakuan Doktor Perubatan dari mana-mana Hospital Kerajaan/swasta.
(d) Pihak berkuasa Institusi boleh menamatkan latihan seseorang pelajar yang tidak
menunjukkan minat dan kemajuan dalam latihan.
(e) Pelajar yang tidak mendaftar diri untuk mengikuti kursus.
2. Pelajar peringkat sijil yang ditamatkan latihan atas kesalahan tatatertib akan lupus semua
bayaran yuran yang telah dibayar kepada Institusi. Bagi pelajar peringkat diploma yang
memohon Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran atau ditaja oleh mana-mana pihak dan
ditamatkan pengajian atau latihan atas kesalahan disiplin dan tatatertib, bayaran yuran yang
dilupuskan adalah mengikut pengiraan yang tertentu oleh pihak Kewangan Institusi.
(E) Lain-lain Tindakan
1. Pihak berkuasa Institusi berhak meminda, mengubahsuai atau menambah mana-mana perkara
dalam peraturan ini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada
pelajar-pelajar.
2. Sebarang tindakan pindaan ke atas mana-mana peraturan yang dikuatkuasakan akan diedar
kemudiannya sebagai pekeliling untuk makluman semua dan satu salinan akan dipamerkan di
papan kenyataan.
3. Semua pegawai di Institusi, tidak boleh disabitkan dan dikenakan apa-apa tindakan atau
tuntutan melalui apa jua bentuk prosedur berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar
di bawah peraturan ini oleh pelajar terlibat, ibubapa atau penjaga, waris atau penjamin-
penjaminnya.
4. Pihak Institusi harus melaksanakan tatacara disiplin dan tatatertib mengikut garis panduan
yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Pelajar ini. Sekiranya berlaku sebarang
keraguan, ianya hendaklah merujuk kepada Lembaga Disiplin Pelajar.
5. Pengarah Eksekutif boleh menurunkan kuasa dengan lantikan atau mana-mana kaedah yang
digunapakai untuk menjalankan perbicaraan atau hukuman atau apa-apa tindakan keatas
perkara yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar ini.
25
Buku Panduan Kompaun Pelajar HEP
1. SAHSIAH RUPA DIRI & PAKAIAN PELAJAR LELAKI
BIL JENIS KESALAHAN HUKUMAN / KOMPAUN
MINIMA MAKSIMA
Tidak memakai pakaian;
1 i. mengikut kod etika pemakaian Institusi.
ii. mengikut kesesuaian majlis.
iii. mengikut ketetapan Institusi.
2 Memakai pakaian yang selekeh atau koyak.
3 Memakai pakaian mempunyai tulisan, perkataan atau gambar yang
boleh menimbulkan isu sensitiviti masyarakat.
4 Tidak menggunakan kasut semasa ke kuliah atau sebarang urusan
pejabat.
Amaran / Kaunseling /
5 Mempamerkan/memiliki fesyen rambut yang melampau dan/atau RM 10 RM 50
rambut diwarnakan selain warna semulajadi.
Memakai subang/anting-anting, rantai leher, gelang tangan atau
6 kaki dan sebarang aksesori yang tidak bermanfaat.
7 Tidak menutup tatu badan yang berlebihan.
8 Memakai topi di dalam kelas, makmal, dewan peperiksaan dan
pejabat Pentadbiran.
9 Memakai seluar pendek ke kuliah atau semasa berurusan dengan
pegawai Institusi.
10 Memakai pakaian atau aksesori wanita bagi pelajar lelaki.
2. SAHSIAH RUPA DIRI & PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
BIL JENIS KESALAHAN HUKUMAN / KOMPAUN
MINIMA MAKSIMA
Tidak memakai pakaian;
1 i. mengikut kod etika pemakaian Institusi.
ii. mengikut kesesuaian majlis.
iii. mengikut ketetapan Institusi.
2 Memakai pakaian yang selekeh atau koyak.
3 Memakai pakaian mempunyai tulisan, perkataan atau gambar yang Amaran / Kaunseling /
boleh menimbulkan isu sensitiviti masyarakat. RM 10 RM 50
4 Memakai pakaian yang mendedahkan bahagian dada, bahu,
belakang dan menampakkan bahagian badan yang tidak sepatutnya.
5 Memakai skirt yang pendek iaitu di atas paras lutut.
6 Memakai baju yang tidak berlengan atau berlengan pendek.
7 Tidak menggunakan kasut atau sandal yang sesuai untuk ke kuliah
1
Buku Panduan Kompaun Pelajar HEP
atau sebarang urusan pejabat.
8 Mempamerkan/memiliki fesyen rambut yang melampau dan/atau
rambut diwarnakan selain warna semulajadi.
9 Tidak menutup tatu badan yang berlebihan.
10 Memakai topi di dalam kelas, makmal, dewan peperiksaan dan
pejabat Pentadbiran.
11 Memakai subang atau bertindik dengan berlebihan.
12 Memakai seluar pendek ke kuliah atau semasa berurusan dengan
pegawai Institusi.
3. KAD PELAJAR
BIL JENIS KESALAHAN HUKUMAN / KOMPAUN
MINIMA MAKSIMA
1 Tidak memakai kad pelajar semasa berada di dalam kampus/kuliah
atau semasa berurusan dengan pegawai Institusi.
Amaran /
2 Kad pelajar tidak dipakai atau dipamerkan dengan cara yang betul. RM 10 RM 50
3 Kad pelajar diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai.
4 Mengguna atau menyimpan kad pelajar lain.
4. KESALAHAN UMUM / ASRAMA
BIL JENIS KESALAHAN HUKUMAN / KOMPAUN
MINIMA MAKSIMA
Tidak menghadiri mana-mana program rasmi;
1 i. yang dianjurkan oleh pihak fakulti/Institusi. RM 50
ii. jemputan dari pihak luar melalui Institusi.
Membuat/Mengadakan perhimpunan/demonstrasi tanpa Buang Institusi
2 kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan Institusi.
Bermalam di luar kampus tetapi GAGAL untuk;
i. mendapat kebenaran warden asrama dengan mengisi borang
yang berkaitan. Amaran /
RM 10 /
3 ii. mendapat kebenaran ibu-bapa/penjaga/pasangan sah. Kaunseling RM 50/
iii. memberikan nombor telefon yang dapat dihubungi dan Buang Asrama /
disahkan sebelum pelajar menuju ke destinasi. Gantung
Pengajian /
iv. gagal melaporkan diri semasa “head count” tanpa kebenaran Buang Institusi
warden.
Membantu atau memberi tumpangan penginapan kepada pelajar
4 lain, orang luar atau penghuni dari bilik lain tanpa kebenaran
warden asrama.
2
Buku Panduan Kompaun Pelajar HEP
5 Keadaan bilik yang kotor dan tidak kemas.
Membawa, menyimpan, mengguna atau mengedar bahan/barang
terlarang yang ditetapkan dari semasa ke semasa termasuk;
i. rokok dan vape.
ii. mancis dan pemetik api.
iii. bahan lucah dan tidak senonoh. Amaran /
iv. minuman keras. RM 10 / RM 50 /
v. dadah terlarang.
vi. peralatan untuk kegiatan haram. Kaunseling
6 vii. makanan tidak halal. (*RM 10 bagi
viii. bahan yang menghayalkan. kesalahan Tatatertib;
RM50 bagi kesalahan
ix. senjata untuk mencederakan orang lain.
berat)
x. kenderaan tanpa kebenaran.
xi. barangan elektrik tanpa pelekat keluaran asrama/Institusi.
xii. bahan yang boleh mencederakan orang lain.
xiii. bahan provokasi dalam apa jua bentuk (contoh: bahan
cetakan).
xiv. bahan yang memburuk-burukan Institusi serta kakitangan
dan pelajar melalui apa-apa medium.
7 Mengalih atau mengubah suai kemudahan milik Institusi yang
terdapat di seluruh kampus.
8 Sengaja mengotorkan kawasan asrama dan kampus. Amaran / RM 50 /
9 Berkelakuan tidak senonoh dan melakukan gangguan seksual. RM 10 / Gantung
10 Menggunakan peralatan memasak di asrama tanpa kebenaran pihak Kaunseling Pengajian /
berkuasa Institusi. Buang Institusi
11 Mengganggu ketenteraman penghuni asrama dan orang awam.
12 Berada di luar asrama selepas jam 10.00 pm tanpa kebenaran pihak
berkuasa Institusi.
13 Memasuki kawasan Pentadbiran dan akademik selepas jam 7.00 pm Amaran / RM 50 /
tanpa kebenaran pihak Institusi. RM 30 Kaunseling
14 Memasuki kawasan larangan Institusi.
15 Memasuki kawasan asrama yang berlainan jantina.
16 Menghisap rokok dan “vape” di kawasan kampus/asrama. Amaran / RM 100
RM50
17 Menampal sebarang notis, iklan atau mengedarkan sebarang risalah Amaran / Kaunseling / RM
tanpa kebenaran pihak Institusi. RM 10 50
18 Bergaduh atau sengaja mencetuskan pergaduhan di dalam atau di Amaran / Buang
luar kampus. RM 50 Pengajian.
19 Meletak kenderaan di kawasan yang dilarang atau dikhaskan. Amaran / RM 10 RM 50
20 Merosakkan harta atau kemudahan kampus Institusi. Ganti rugi RM 100
berdasarkan
3
Buku Panduan Kompaun Pelajar HEP
harga atau nilai
barangan
tersebut
21 Menghalang atau mengganggu tugas pegawai atau pekerja Institusi. Amaran /
RM 30
22 Memalsukan dokumen dan maklumat yang boleh Amaran / RM 50 Gantung
mengaburi/merugikan pihak Institusi dan pelajar lain. Pengajian /
Buang Institusi
23 Tidak meletakkan kenderaan dalam posisi “reversed park” di dalam RM 10 -
kawasan Institusi.
24 Menumpang atau tinggal di asrama tanpa mendaftar. Amaran / RM 50
RM 30
25 Disabitkan dengan kes mahkamah yang dipandang serius oleh pihak Mengikut keputusan semasa pihak
Institusi. institusi
Menggangu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran RM 50
26 di dalam kelas samaada dengan lewat hadir, tidak menghantar
tugasan/latihan/kerja kursus atau tidak hadir kuiz/ujian/kelas
tambahan tanpa sebab yang munasabah.
Tidak menghadiri, mengikuti atau mengambil bahagian di dalam RM 50 /
27 apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat atau lain-lain Kaunseling
aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh pihak berkuasa Institusi.
Bersikap biadap dan angkuh terhadap pensyarah, pegawai, atau Amaran / RM10 RM 50 /
pihak lain Institusi dalam bentuk kelakuan, lisan atau bertulis. Kaunseling /
28
Gantung
Pengajian /
Buang Institusi
29 Menjalankan aktiviti di dalam kampus tanpa mendapatkan RM 50 /
kebenaran daripada pihak pengurusan Institusi. Kaunseling /
Gantung
Pengajian /
Buang Institusi
Menjalankan aktiviti di luar kampus dan menggunakan nama RM 100 /
30 Institusi tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak
- Gantung
Institusi. Pengajian /
Buang Institusi
31 Berdua-duaan/bersekedudukan/perlakuan yang mencurigakan di Amaran / RM100 / Buang
kawasan kampus. RM 50 / Asrama
Kaunseling RM 50 /
Perlakuan terhadap pelajar-pelajar lain dan pihak Institusi yang
Kaunseling /
32 boleh merugikan, menyakiti, memudaratkan dan memalukan seperti Gantung
berikut:
Pengajian /
1) Menghina/mencaci.
4
Buku Panduan Kompaun Pelajar HEP
Buang Institusi
2) Memfitnah.
3) Menipu.
4) Mencuri
5) Buli.
6) Mengugut.
7) Mempengaruhi.
8) Mengambil kesempatan.
9) Gangguan seksual.
10) Menghasut.
11) Menyebarkan maklumat tidak sahih.
12) Menggunakan media sosial dengan tidak bertanggungjawab.
13) Bersubahat.
5. PERPUSTAKAAN HUKUMAN / KOMPAUN
BIL JENIS KESALAHAN MINIMA MAKSIMA
1 Tidak memakai Kad Pelajar. RM 50
2 Membawa beg atau barang larangan ke kawasan yang tidak
dibenarkan.
3 Membuat bising atau bercakap kuat sehingga boleh menganggu RM 50 /
pengguna-pengguna lain. Dihalang
Amaran / RM10 daripada
memasuki
perpustakaan
selama 1
semester
4 Tidak meletakkan buku yang telah dibaca di atas troli yang
disediakan.
RM 50
Mengubah keadaan/kedudukan barang-barang di dalam
5 perpustakaan.
6 Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran. RM 50 /
Dihalang
7 Menconteng/merosakkan mana-mana buku, majalah, suratkhabar Amaran / Ganti daripada
dan lain-lain bahan-bahan bercetak. dengan nilai Memasuki
harga buku perpustakaan
tersebut selama 1
semester
5
Buku Panduan Kompaun Pelajar HEP
6. LALULINTAS DI DALAM KAMPUS
BIL JENIS KESALAHAN HUKUMAN / KOMPAUN
MINIMA MAKSIMA
1 Tiada pelekat kenderaan yang sah.
2 Melanggar arahan papan tanda jalan atau pendua arah lalulintas.
3 Membuat halangan lalu lintas.
4 Meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.
5 Memandu/membonceng kenderaan melebihi had laju yang Amaran / RM 10 RM 50
ditetapkan iaitu 30 km/j.
6 Memandu/membonceng kenderaan dalam keadaan bahaya.
7 Tidak memakai topi keledar/tali pinggang keledar.
8 Tiada cermin sisi di sebelah kanan motosikal.
9 Membawa penumpang lebih dari had yang dibenarkan.
10 Kenderaan mengeluarkan bunyi yang bising/kuat/diubahsuai.
6