The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haslinda Elias, 2020-12-02 22:09:05

NOTA TAMBAHAN PENYELENGGARAAN MESIN

NOTA TAMBAHAN PENYELENGGARAAN MESIN

MESIN JAHIT TEPI INDUSTRI PEMOTONG FABRIK

MESIN FUSING

Jenis -jenis Mesin Jahit mudah Alih (Portable)

Mesin jahit mudah alih, atau lebih dikenali sebagai “mesin jahit portable”
merupakan mesin jahit yang mampu melakukan lebih banyak corak jahitan berbanding mesin
jahit industri.
Walaupun terhad dengan masa penggunaan yang singkat, ia mampu menghasilkan pelbagai
produk jahitan

seperti lubang butang, butang, zip, jahit beg, jahit tepi ,jahit sulam dan lain-lain.

PROS :

1. lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
2. Jimat elektrik
3. lebih banyak fungsi. (lubang butang, zip, sulam, jahit tepi dll)
4. Harga lebih Murah
5. Jimat ruang
6. Kelajuan mesin perlahan (Mudah dikawal oleh beginner)

CONS :

1. had penggunaan 2~3jam
2. Motor berkuasa kecil
3. rangka plastik, mudah rosak jika jatuh
4. Kelajuan mesin agak perlahan berbanding mesin industri
Mesin jahit portable juga terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya adalah :

1. Mesin jahit lurus (basic)

Antara harga mesin jahit lurus yang popular ialah
Karysma KS565 RM490
Brother Ja1450 RM690

Juki Hzl12z RM490
Singer Start RM690
(Tertakluk kepada Diskaun semasa, WhatsApp 0123416010 utk diskaun Khas)

Jenis jahitan hasil dari Mesin jahit lurus Portable

Jahit tepi (Overcast) dari mesin jahit lurus portab

le serbagunaJahit tepi menggunakan Mesin jahit lurus serbaguna
Jahit tepi tudung (BABY SEAM) oleh mesin jahit lurus serbaguna

2. mesin jahit lurus berkomputer (lebih banyak fungsi)

Harga mesin Jahit lurus Berkomputer Adalah sekitar RM1200 hingga RM1599

Jenis jahitan hasil dari mesin jahit berkomputer

sulaman halus mesin

jahit berkomputer

3. Jenis jenis Mesin Jahit Tepi

Terdiri dari beberapa jenis corak jahit tepi,
Antara yang popular ialah Jahit tepi kasar (OVERLOCK) ,
Jahit tepi halus (NARROW HEM), Jahit tepi tudung (ROLLED HEM)
dan jahit tepi bawah T-shirt (COVERSTITCH)

mesin jahit tepi karysma KS300 overlock

Mesin jahit jenis OVERLOCK Brother 2104d

Hasil Jahitan Dari Mesin Jahit Overlock

KS330 coverstitch machine
Mesin coverstitch boleh jahit jenis jahitan bawah t shirt spt gambar
dibawah:-

Gambar jahitan COVERSTITCH

4. Mesin jahit sulam Berkomputer

mesin sulam karysma Ks-5
Mesin jahit sulam berkomputer adalah sangat canggih dan boleh menghasilkan sulaman yang
cantik
paling popular ialah jenama Brother dan Karysma kerana harganya yang sangat berpatutan
selari dengan fungsi yang dimiliki
Brother NV180 RM3200
Brother Nv800e RM7500
Brother V3se RM9000
Karysma Ks950 RM2600
Karysma es-5 RM4500

karysma ks950 embroidery machine

Jenis jenis Mesin Jahit Industri

Mesin jahit industri atau lebih dikenali sebagai Mesin Jahit high speed, adalah mesin
jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan secara pukal.
Perbezaan yang ketara berbanding mesin jahit mudah alih (portable) adalah mesin
jahit ini khusus untuk jahitan yang lurus sahaja.
PROS :
1. Jahitan yang lebih laju
2. boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
3. motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
4.Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)
CONS:
1. Harga lebih mahal berbanding portable
2. memerlukan ruang yang besar
3. Berat
4. mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja

Antara jenama mesin jahit industri yang laris di pasaran kini adalah Karysma dan Jack,
walaupun harganya agak mahal namun kualiti jahitan dan mesin tersebut tak dapat
ditandingi jenama-jenama lain.

Jenama lain seperti Gemsy, Typical, Singer, konwa, yamato dan Ah hee adalah lebih
murah tetapi kualitinya juga agak baik.

Jenis jenis Mesin jahit Industri

1. Jahit lurus
Mesin jahit lurus adalah khas untuk jahitan lurus sahaja inaitu mencantum dua lapisan
kain, anggaran harga bagi Jenama yang ada ialah seperti berikut:-
Karysma Y1 Direct Drive
RM1500
Karysma Y2 Autocut
RM1800
Karysma Y4 Autocut Auto bartacking auto foot Lift
RM2500
Karysma Y5 Anti Birdnest, Built in oil Pan, RM2800

Juki Clutch Motor RM1900 (Jenis motor size BESAR dan berdesing bunyi nya)
Juki Servo Motor RM2200 (Jenis motor yang SENYAP)
Juki Auto Thread Trimmer RM3600 (Auto Potong benang sebaik shj habis jahitan-
tak perlukan kacip)
Singer Clutch Motor RM1800
Singer Direct Drive RM2200 (Sistem Direct Drive ialah Motor berkomputer yang
boleh kawal SPEED)
Singer Auto Thread Trimmer RM3200
Jack Direct Drive Speed control RM1600
Jack Auto Thread trimmer RM2600
2. Jahit tepi kasar
Mesin Jahit tepi overlock adalah untuk kemasan tepi kain, biasanya datang dalam
bentuk 3 benang untuk selapis kain dan 4 benang untuk cantum dua lapis kain seperti
jubah, t-shirt dan lain lain

Anggaran Harga Mesin Jahit tepi
Karysma KS700 RM2200
Karysma KS F7 RM1800

Juki 4benang RM3600
Juki 3 Benang RM3500

Singer Direct Drive 3 benang dan 4 benang harga sama
RM2600

Jack Direct Drive 3benang dan 4 benang harga sama
RM2600

3. Jahit tepi halus
Harga Mesin jahit tepi halus adalah sama seperti harga Mesin jahit tepi biasa
Cuma biasanya mesin jahit tepi halus ialah mesin jahit 3 benang
Perlu nyatakan semasa membeli bahawa kamu hendak jahit tepi halus/tudung

4. Interlock
Mesin jahit interlock adalah khas untuk jahitan bawah tshirt iaitu 2 jarum atau tiga
jarum,
Jenama yang popular termasuk lah juki, karysma, Jack, dan singer

Karysma KS562D RM3600
Jack interlock 5 benang Direct Drive RM4500
Konwa Interlock 5 benang RM4500
Singer Interlock 5 benang RM4500

jenis jahitan interlock oleh mesin industri
5. Lubang butang
Kebanyakkan Mesin lubang butang Harga nya ialah RM5500- 7500
Antara jenama yang available ialah Jack, Karysma, Singer, Konwa Dan Juki

6. Butang
Anggaran Harga Mesin jahit butang ialah RM3500-5000
bergantung pada jenama
Paling murah jenama Karysma RM3500 dan Paling Mahal Jenama Juki RM5500


Click to View FlipBook Version