The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ggwp58616, 2022-06-12 23:07:18

KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

MPU23042

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
TERHADAP PEMBANGUNAN SOSIAL

NAMA AHLI NO MATRIK
GALDINIUS ISAAC 20DKM21F1017
LIONEL LEO 20DKM21F1106
SHEROCHELLY 20DKM21F1053
JOANIS 20DKM21F1092

CONTENTS OF THIS TEMPLATE

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
✓ PENGHARGAAN 4
✓ OBJEKTIF 5
✓ PENGENALAN 7
✓ FAKTOR 12
✓ KESAN 16
✓ CARA MENGATASI 17
✓ CONTOH 22
✓ KESIMPULAN 24
✓ AKTIVITI PENGUKUHAN/SOALAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana
di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan E-Folio
ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Ninie Amira selaku Pensyarah MPU23042 Nilai
Masyarakat Malaysia di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang
diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan E- Folio ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang sangat setia
dengan kerja kerja yang diberi dan banyak membantu serta sudi berkongsi idea
baharu. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Akhir kata, ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang diberi amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan mereka semua tugasan in mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

OBJEKTIF

✓ Untuk mengetahui pentingnya teknologi
pada masa kini

✓ Supaya dapat menggunakan teknologi
makluamat secara beretika dalam
kehidupan seharian

✓ Dapat menzahirkan perasaan dalam
menggunakan teknologi

PENGENALAN

Lima puluh tahun dahulu, penggunaan komputer adalah terhad. Ini adalah kerana saiz komputer adalah
besar dan berat, pengendalian yang sukar dan kos pengujian yang tinggi. Tetapi apabila mikrokomputer
wujud, segala-galanya bertukar dan hampir semua orang menggunakan komputer termasuklah jurutera,
guru, saintis, kerani, pelajar, surirumah dan lain-lain mengikut bidang-bidang.
Namun apa yang ingin ditekankan di sini bukanlah sekadar komputer tetapi teknologi maklumat.
Teknologi maklumat yang tercipta mempunyai tujuan dan sebab tertentu yang mana antara sebab
terciptanya teknologi maklumat adalah untuk memberikan bantuan kepada manusia untuk
menyelesaikan masalah, untuk mencetuskan kreativiti, dan menjadikan manusia lebih berkesan atau
efektif dalam melakukan sesuatu kerja.
Jadi maksudnya di sini, tujuan teknologi maklumat ini diwujudkan adalah untuk memudahkan kerja
seharian manusia, kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dengan adanya teknologi maklumat ini.
Tugas yang mungkin hanya boleh disiapkan dalam masa seminggu dengan tenaga kerja manusia
mungkin menjadi satu hari sahaja dengan adanya bantuan teknologi maklumat. Teknologi maklumat
sangat banyak digunakan pada masa kini terutamanya dalam bidang media massa, penggangkutan,
pejabat, sektor kewangan, pertanian, pendidikan, rumah, kesihatan, perkilangan, perkhidmatan,
perniagaan makanan, tenaga, dan sukan.

Terdapat pelbagai manfaat yang manusia perolehi daripada teknologi maklumat, antaranya adalah
segala kerja akan menjadi lebih pantas. Sudah menjadi resamnya komputer boleh melakukan kerja
dalam sekelip mata dan lebih cepat berbanding manusia. Selain itu, kerja juga akan menjadi
konsisten kerana komputer mampu melaksanakan tugas berulang-ulang kali tanpa letih. Ketepatan
juga merupakan satu kredit kepada teknologi maklumat. Hal ini disebabkan komputer yang berupaya
mengesan perbezaan yang amat kecil dan kurang melakukan kesilapan. Namun, kemudahan
teknologi maklumat yang tersedia ini telah menyebabkan ramai pengguna menyalahgunakannya
untuk kepentingan diri sendiri. Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan melalui talian
diwujudkan seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai
pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah
membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa
banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari maklumat, mendapat maklumat, pendidikan,
berinteraksi dan menwujudkan budaya celik computer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan
teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan
melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari sudut
pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan
penyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan
dalam kalangan belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi
kepada masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah
teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara kita?

FAKTOR

✓ KURANG PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN IBU BAPA

1. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah diri, dan memberi pendidikan
kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa juga
bertanggungjawab memastikan asas-asas nilai
murni dalan kalangan anak-anak. Didapati bahawa
ibu bapa sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai
masa bersama anak- anak di rumah. Hal ini
menyebabkan anak-anak berasa bosan dan
terpinggir semasa berada di rumah. Mereka akan
lebih suka untuk bersama dengan rakan-rakan
mereka pada masa lapang. Mereka mudah untuk
melakukan perkara negatif kerana kurangnya
pengawasan dari ibu bapa.

FAKTOR

✓ KURANG NYA DIDIKAN AGAMA DAN MORAL

2.Kebanyakan remaja yang
terlibat tidak mempunyai didikan
agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut
pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan
mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak
sembahyang dan mengingkari perintah agama yang
lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa
remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan
semata-mata.

FAKTOR

✓ KECANGGIHAN TEKNOLOGI
3. Kecanggihan teknologi telah memberi perubahan
yang lebih baik dalam kehidupan. Kecanggihan
teknologi merupakan salah satu faktor penyalahgunaan
ICT di kalangan pelajar. Golongan belia lebih gemar
menghabiskan masa mereka dengan melayari laman
sosial seperti, twitter, facebook dan bermain games
online. Mereka lebih suka berinteraksi dengan media
berbanding bergaul dengan keluarga. Hal ini
menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin
renggang

FAKTOR

✓ PENGETAHUAN/RASA INGIN ATAU MENCUBA SESUATU YANG BAHARU

4. Seseorang yang berpengalaman dalam penggunaan
ICT dan internet. Pengalaman memberi peluang
kepada individu untuk melakukan sesuatu yang
diperlukan dengan mudah dan cepat. Selain itu,
individu juga mempunyai perasaan ingin mencuba
sesuatu yang baru. Perasaan ingin mencuba sesutau
yang baru menyebabkan mereka terjebak dalam
penggunaan ict kerana mereka tidak mematuhi etika
penggunaan ict dengan cara yang betul

FAKTOR

✓ PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI OLEH PARA BELIA

5. Golongan remaja tidak memanfaatkan internet untuk
mengumpul maklumat terkini dan penting. Sebaliknya,
kebanyakan mereka gemar berkomunikasi melalui
laman borak atau lebih dikenali sebagai chit-chatting
dengan pengguna-pengguna internet dari seluruh dunia
dengan menggunakan “Bahasa Ganjil”. Fenomena ini
bertambah serius apabila golongan tersebut gemar
berkomunikasi dengan cara menaip Bahasa Inggeris
atau bahasa lain yang tidak tulen. Sebagai contoh,
“Don’t know” ditaip sebagai “donno”

KESAN KESAN NEGATIF

1. Berlaku jenayah siber

Berlaku jenayah siber
ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam
berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi
maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang
berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah
seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi
palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah
siber ini adakalanya mampu menggodam sistem
pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang
boleh mendedahkan sesebuah negara kepada
ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian
juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli
atau penjual.

KESAN KESAN NEGATIF

2. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara

penggunaan internet juga berupaya untur
menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara
Kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak halamar
web yang sengaja menyebarkan pelbagal fitnah dan
gosip serta propaganda negatif untuk memastikan
rakvat di negara in menerima maklumat vang salan
lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang
ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang
kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah
internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada
masyarakat. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan vang menggugat
keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga
menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa
hadapan.

KESAN KESAN NEGATIF

3. Penyebaran maklumat palsu, berita palsu atau kandungan yang tidak sesuai

Menjejaskan Ketenteraman Awam.
Hal ini demikian kerana penyebaran berita dan maklumat palsu berkaitan dengan situasi
ketidaktentuan politik negara seperti pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang baru
disebabkan peletakan jawatan Perdana Menteri yang ke-7 telah memberi kejutan kepada
rakyat Malaysia pada masa kini. Media sosial memainkan peranan dalam penyebaran
maklumat yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Berita palsu perkara ini telah
menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara dan menimbulkan pelbagai
isu negatif dan sensitif sehingga terjadinya perpaduan negara terjejas. Oleh itu, sebagai rakyat
yang beretika, kita tidak patut mempercayai berita palsu dan menjadi batu api sebaliknya
haruslah menunggu berita yang telah sah diumumkan.

KESAN KESAN NEGATIF

4.PEMBAZIRAN MASA

Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan
pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai
pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti
Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu
kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut.
Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa
diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

CARA MENGATASI

✓ Memberi ajaran moral atau ajaran agama kepada anak-
anak.

✓ Mengehadkan laman web yang boleh dilayari oleh anak-
anak yang bawah umur

✓ Mengadakan ceramah motivasi yang berkaitan dengan
penyalahgunaan internet

✓ Bijak menguruskan masa melayari internet
✓ Berupaya menjaga kemuliaan diri

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

KESIMPULAN

Pembangunan teknologi maklumat semakin ke hadapan pelbagai ciri inovasi dan
teknologi yang dimajukan oleh syarikat terkemuka dalam bidang teknologi.
Aplikasi seperti sistem pakar, teknologi robot dan robatik, pembangunan komuniti
siber, pembelajaran elektronik, penciptaan chip (ditanam dalam tubuh badan
manusia), biometrik, dan sebagainya merupakan cabaran-cabaran baru kepada
tamadun manusia. Justeru itu, masyarakat dunia tidak dapat mengelak arus
inovasi dan perkembangan terbaru ini. Malahan, masyarakat dunia harus
mempersiapkan diri bagi menghadapi pelbagai isuteknologi maklumat yang bakal
timbul.Oleh yang demikian, kemajuan dalam inovasi pengkomputeran
menjadikan sistem maklumat sebagai salah satu keperluan asas manusia tanpa
disedari Misalnya, rata-rata masyarakat hari ini memiliki telefon pintar yang
menawarkan pelbagai komunikasi seperti e-mail, sistem pesanan suara, sistem
pesanan ringkas, 3G dan sebagainya. Untuk itu, arus inovasi teknologi maklumat
semakin mendekati sosiobudaya masyarakat.

RUJUKAN

ABDUL MANAF BOHARI,JULIANA AIDA ABU BAKAR, ZAKIRAH
OTHMAN (2006)TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(pendekatan pengurusan teknologi)-Prentice Hall Pearson Malaysia
Sdn.Bhd,SELANGOR

https://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p240.pdf

https://core.ac.uk/download/11785893.pdf
https://bravogroup214.blogspot.com/2012/10/penggunaan-teknologi-
dalam-kalangan.html

Ahmad Jelani Shaari(2011) Pengajaran dan Pembelajaran dengan
Teknologi Komputer (UUM Press),KEDAH,Universiti Utara Malaysia

AKTIVITI PENGUKUHAN

https://quizizz.com/admin/quiz/62a1c16ae3c42b001dbb
b127


Click to View FlipBook Version