MPU 21032-PEBGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
DISEMBER 2020
NAMA PENSYARAH : EN.TOHIR BIN BAHADOR
MENERANGKAN SISTEM, TAHAP PERKEMBANGAN,KESEPADUAN
SOSIAL DAN KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA.
AHLI KUMPULAN No Pendaftaran
Bil Nama 18DPM20F2023
18DPM20F2007
1. PHAREENJA A/P LAT 18DPM20F2011
2. SASIKALA A/P MADHAVEN 18DPM20F2005
3. NUR FATIN AYUNI BINTI RUSDI
4. TISHANTHINIE A/P VASUDEVAN
ISI KANDUNGAN
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA :
0.1 Pengenalan
0.2 Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan
0.3 Kesepaduan :
0.3.1 Nasional
0.3.2 Sosial
0.4 Proses penyatupaduan yang diusahakan :
0.4.1 Etnik
0.4.2 Alat Penyatupaduan
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA :
0.1 Pengenalan
0.2 Sejarah di alam melayu
0.3 Peradaban beridentitikan malaysia
0.4 Zaman-Zaman sejarah
0.5 Konsep-konsep negara dan bangsa
0.6 Bangsa di Malaysia
0.7 Peradaban globalisasi
PERLEMBAGAAN SABAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA
DAN PERADABAN DI MALAYSIA
0.1 Sejarah,definisi dan konsep perlembagaan
0.2 Perlembagaan sebagai tiang seri dan tapak integrasi
0.3 Konsep,keperluan dan penghayatan tapak integrasi
0.4 Platform integrasi
0.5 Cabaran dan tafsiran semasa terhadap perlembagaan persekutuan
0.6 Kesimpulan
0.7 Rujukan
PENGENALAN
Secara umumnya,setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban
yang berbeza dan ia dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan
masing-masing.Namun kesemuanya perlu hidup dalam sesebuah masyarakat
Malaysia,berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan.
Dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional terdapat tiga lapisan
perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan,kesepaduan dan
penyatupaduan. Perpaduan merupakan suatu bentuk kesatuan yang
mempunyai matlamat akhir yang diidamkan dalam sesebuah negara yang
berbilang etnik.Kesepaduan ialah keadaan yang bersepadu dan menjadi
kesatuan yang utuh.Malahan penyatupaduan pula ialah proses
menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada semua lapisan masyarakat.
Malaysia merupakan sesebuah
negara yang merdeka melalui proses
tersebut dari kesatuan ke
perpaduan.Usaha membina kesatuan
sentiasa berterusan melalui usaha
menwujudkan tapak integrasi iaitu satu
ruang dan titik pertemuan antara
kelompok strategik di Malaysia
( etnik,agama ,politik,NGO,masyarakat sivil dan lain-lain ).Namun usaha ini
pernah mencapai kegagalan apabila pada 13 Mei 1969,kesatuan yang dibina
pecah berderai akibat rusuhan kaum yang berlaku pada tahun tersebut.Pada
tahun 2018,Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) diasaskan pertama kali dalam
sejarah Malaysia sebagai satu usaha membina dan memantapkan kesepaduan
di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.
DETIK PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN
Detik perpaduan dan detik perbezaan adalah saat yang berlaku dalam
kehidupan seharian.
Situasi yang mengambarkan perpaduan detik-detik ketika:
Detik Perpaduan:Bola Sepak
Semasa perlawanan bola sepak
dilangsungkan mereka menyokong
pasukan masing-masing tanpa mengira
kaum ataupun berlainan bangsa atau
tidak.Budaya ini haruslah diterapkan dalam
setiap generasi rakyat Malaysia.
Detik Perpaduan:Perkahwinan ‘STREET WEDDING’
Apabila kita menghadiri majlis
perkahwinan saudara-mara di taman
perumahan selain diadakan di
dewan-dewan besar.Ia akan
menimbulkan suasana yang sesak
dan kawasan meletak kenderaan
adalah sangat terhad.
Ini adalah detik perpaduan yang
wujud dalam kalangan rakyat
Malaysia iaitu bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana memiliki sikap
saling memahami antara satu sama lain.
Detik Perpaduan: Kesihatan
Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital di Malaysia ia merupakan sesuatu
yang menjadi tempat rujukan setiap rakyat untuk mendapatkan
rawatan.Pegawai yang bertugas sama ada doctor,jururawat dan semua
kakitangan hospital memastikan pesakit yang dating akan diberikan
rawatan.Suasana ini berlaku di semua hospital dan klinik di Malaysia .Sebagai
doctor atau jururawat ,mereka tetap akan merawat pesakit yang datang
walaupun berlainan bangsa dan agama.
Detik Perpaduan:Makanan
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis
makanan dan minuman ,antaranya
nasi lemak,roti canai,bakso dan
sebagainya.Semua jenis makanan ini
dimakan oleh setiap bangsa di
Malaysia tanpa mengira rupa dan
warna kulit.
Begitu juga dengan makanan kaum
Cina,contohnya masakan char koey
teow dinikmati oleh semua bangsa termasuk Melayu,India dan Siam.Inilah
yang perlu rakyat Malaysia berbangga kerana makanan boleh menjadi alat
perpaduan kita semua.
Detik Perbezaan
Detik Perbezaan :Sambutan Perayaan
Detik perbezaan dalam sambutan
perayaan di Malaysia jelas kelihatan
kerana sambutan perayaan selalunya
mempunyai kaitan dengan kebudayaan
dan agama pada setiap agama yang
pelbagai.Setiap orang perlu berjiwa
yang besar dan berlapang dada dalam menghadapi isu sambutan perayaan
sebagai suatu sambutan tahunan semua bangsa di Malaysia.
Detik Perbezaan :Tempat Kerja
Isu berkenaan tempat kerja yang memilih
bangsa-bangsa tertentu dan syarat
tertentu.Hal ini merupakan sesuatu yang
akan mengugat perpaduan bangs ajika tidak
ditangani dengan baik.Sebagai warganegara
isu tempat kerja perlu dilihat sebagai salah
satu peluang untuk meningkatkan
produktiviti.
TAHAP KESEPADUAN NASIONAL DAN SOSIAL
Kesepaduan Nasional
Kesepaduan nasional merupakan penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang social dan kebudayaan yang berbeza-
beza.Penyatuan ini merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.
Usaha menwujudkan kesepaduan nasional,alat utama sebagai teras
kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Dua
perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.
Kesepaduan nasional sangat penting untuk menwujudkan masyarakat
yang dinamik.Berdasarkan segi kemajmukan bangsa,akan wujud pelbagai etnik
dan budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan.Hal ini
dapat merentasi hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus.
Kesepaduan Sosial
Kesepaduan social adalah teras penting dalam menjamin semua bangsa dalam
Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni.Konsep perpaduan social
yang diasaskan oleh kerajaan adalah sebagai formula penting untuk
menguruskan masyarakat yang berbilang kaum dan agama khususnya di
Malaysia.
Terdapat beberapa dimensi yang ada dalam kesepaduan sosial :
Keupayaan-Pemencilan-Merujuk kepada kewujudan atau ketidakhadiran
nilai-nilai yang dikongsi .
Penyertaan-Ketakterlibatan-Berfokus kepada penyertaan dalam politik
dalam kalangan rakyat yang sama di tahap pusat atau local dalam kerajaan.
Pengiktirafan-Penolakan-Merujuk kepada kebimbangan akan perbezaan atau
toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat.
Kesamaan/Ketidaksamaan-Merujuk kepada persamaan dan peluang yang
sama tanpa mengira etnik,agama,budaya dan Bahasa,
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN
Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan apabila terbinanya satu model
integrasi kesepaduan nasional.Model ini menyenaraikan tiga perkara utama
iaitu asas dalam menentukan indeks perpaduan .
ETNIK
Etnik merupakan sesuatu yang berkenaan bangsa manusia.
Terdapat beberapa komponen IPNas :
a) Konstruk Tahap Keetnikan:mempunyai tiga komponen iaitu keetnikan
kemodenan dan kestabilan.
b) Konstruk Batas Etnik:mempunyai empat komponen iaitu material,status
dan tindakan gentian.
c) Konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik:mempunyai 3 komponen iaitu
hubungan etnik antara individu,etnik dalam komuniti dan tahap
keaktifan penyertaan dalam institusi.
ALAT PENYATUPADUAN
Alat penyatupaduan merupakan satu formula dan usaha beterusan pada
semua lapisan masyarakat berprinsipkan tawar-menawar,perundingandan
mediasi.
Contoh proses-proses tapak integrasi melakukan tindakan :
i) Kesepaduan dari atas ke bawah
a) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang bersifat kelompok dan
strategik
b) Terus mekar & matang bermula dari orientasi sekuriti ke agen
pembangunan
ii) Bawah ke atas
a) Peranan NGO sebagai pegagih habuan pembangunan
b) NGO sebagai agen pemantauan pelaksanaan program untuk
kaum
iii) Inisiatif Akar Umbi
a) Pelaksanaan “Street Wedding” iaitu majlis perkahwinan
rakyat yang berlangsung di seluruh negara
b) Inisiatif kelompok akar ubi paling berkesan tanpa
penglibatan langsung pemerintah
Pengenalan
Peradaban majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa
peradaban besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan
sejarah di Alam Melayu. Pembinaan peradaban didahului oleh peradaban
Pribumi Alam Melayu, diikuti Peradaban Asia ( India, Cina, Timur Tengah )
dan seterusnya peradaban Barat. Peradaban ini akhirnya disambut oleh
‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan
Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa yang
didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu
perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan
beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara, Pelan
Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi
mendahului pembinaan Bangsa . Oleh itu, pembinaan bangsa menyusui
melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya.
SEJARAH DI ALAM MELAYU
Sejarah di alam melayu terbahagi kepada lima iaitu Peradaban Pribumi
Alam Melayu, Peradaban Asia ( India, Cina, Timur Tengah ) , Peradaban
Barat, Peradaban Globalisasi. Secara luaran, Alam Melayu adalah
gugusan pulau-pulau serta Semenanjung Tanah Melayu yang didiami
oleh Rumpun Bangsa Melayu semenjak zaman berzaman. Kepulauan ini
serta lautan dan selat antaranya juga dikenali sebagai Nusantara iaitu
‘Nusa-antara-lautan’.Peradaban yang tua inilah yang menjadi teras dan
tunggak kepada negara-negara moden di Alam Melayu yang ada
sekarang.
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
KONSEP NEGARA
Konsep negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami
kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep ini
adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan
politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain. Rakyat
memiliki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang
mereka juga merupakan elemen yang sangat penting bagi negara
kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara. Selain itu, rakyat
juga akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.
Manakala, elemen-elemen yang perlu untuk mempunyai sesebuah
negara ialah Wilayah, Penduduk, Kerajaan dan Kedaulatan. Sesebuah
negara juga perlu memiliki sistem politik yang ditegaskan oleh
sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan
diiktiraf oleh pihak luar.
KONSEP BANGSA
Konsep bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan. Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat
dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian
etnik, budaya, dan sejarah. Seringkali, ikatan bangsa dikaitkan dengan
hubungan darah, kekeluargaan etnik, budaya, dan wilayah. Walaupun
wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk bangsa ialah
perasaan kebersamaan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa bangsa
adalah hubungan erat yang diwujudkan melalui perasaan kekitaan
terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.
BANGSA DI MALAYSIA
Bangsa merujuk kepada identiti budaya dan etnik.Sesebuah masyarakat
yang mempunyai ciri-ciri fizikal di mana semuanya berpegangkan
kepada satu amalan serta kepercayaan. Contoh bangsa yang terdapat
di negara Malaysia ialah Melayu, Cina, India. Terdapat juga Bumiputera
yang berada di Sabah dan Sarawak mempunyai pecahan kaum yang
amat besar bilangannya membuatkan ramai negara lain kagum dengan
kejayaan Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum
tanpa ada berlaku perselisihan fahaman antara satu lain.
6.1 SEJARAH,DEFINISI DAN KONSEP
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Perseketuan merupakan satu set undang-undang
tertinggi bagi Negara Malaysia.Ia telah mula diguna pakai sejak dari
Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekan pada 1957.Perlembangaan
Malaysia mengandungi 183 perkara dan mempunyai undang – undang
negeri yang bercanggahan dengan Perlembangaan Persekutuan yang
secara automatiknya akan terbatal.Perlembangaan digubal oleh Parlimen
dengan tiga kali pendengaran (perdebatan).Sesuatu perlembangaan atau
akta akan dikira kukuh apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan
rakyat.
6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
DAN TAPAK INTEGRASI
FASAL 12
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
Perlembagaan Malaysia 1963 dinyatakan sebagai Bahasa
kebangsaan.Bahasa Melayu akan kekal seperti yang
diperuntuk oleh Parlimen.
PERKARA 3
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama
Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian Persekutuan.
PERKARA 11
Kebebasan Ugama menyatakan “Tiap-tiap orang adalah
berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan
tertakluk kepada Fasal 4,mengembangkan ugamanya “
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
MKN dikenalkan sebagai Penguatkuasaan
Akta Majlis Keselamtan Negara pada 2016.
Membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan
Kawasan keselamatan,menjelaskan kuasa-
kuasa khas pasukan keselamatan di Kawasan
keselamatan dan perkaitan dengannya.
Akt aini berkesan ketika pengurusan kes
penularan Covid-19 di Malaysia sekarang.
Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat
digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta
Hasutan dan beberapa akta lain.Ini membenarkan rakyat
untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing.
PERKARA 149
Perundangan menentang perbuatan
subverif,Tindakan yang boleh memudaratkan
kententeraman awam.
Perkara ini disebut bahawa mana-mana
perbuatan atau perkataan yang dilontarkan dan
boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan
musuh antara kaum yang berlainan atau golongan
penduduk yang beralainan mungkin
menyebabkan keganasan maka undang-undang
perlu diperuntukkan bagi menghentikan atau
mencegah tindakan yang sah walaupun
peruntukan tidak selaras dengan peruntukan
Perkara 5 (Kebebasan Diri),Perkara 9 (Larangan
Buang Negeri dan Kebebasan bergerak),Perkara
10 (Kebebasan Percakap,Berhimpun dan
Berpesatuan ) atau Perkara 13 (Hak Terhadap
Harta)
6.3 KONSEP,KEPERLUAN DAN
PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI
Tapak integrasi ialah merupakan ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai
pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik,agama,parti politik,badan
bukan kerajaan dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan
berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa sebarang tindakan
keganasan.Manakala ada yang wujud di peringkat makro,pertengahan dan mikro.
Hampir semua masyrakat dunia menjadikan Perlembagaan,sama ada Perlembagaan
bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan menghayati kemajmukan
etika dan peradaban.
Bagi Malaysia,Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi
panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.Sifat
Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya adalah sebagai ‘kontrak sosial’
kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan
semua pihak dalam masyarakat Malaysia.Walaupun begitu,Perlembagaan sering
ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing -masing
sehingga mendatangkan cabaran,bahkan juga perbezaan dan percanggahan.Namun
begitu,walaupun sentiasa “bertikam lidah”,masyarakat Malaysia dan setelah lebih 60
tahun Perlembagaan itu wujud,masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur.
6.4 PLATFORM INTEGRASI
MAKRO
MIKRO MESO
MAKRO
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima pembinaan bangsa
Malaysia yang disetujui oleh pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara antaranya adalah:
TUNKU ABDUL RAHMAN
TUN TAN CHENG LOKE
TUN V T SAMBANTHAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembangaan Persekutuan menggariskan pasak negara:
PERANAN RAJA BERPELEMBANGAAN:
Simbol Boleh belajar
perpaduan Bahasa
n ibunda
Agama lain Perkara 153 menjamin
boleh kepentingan minoriti
RUKUN NEGARA
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 1970 susulan peristiwa 13 Mei 1969 mempunyai lima
prinsip :
6.5 CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA
TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
HAK ASASI MANUSIA
•Penggunaan UDHR sebagai bahan
rujukan dalam mentafsirkan
peruntukan Perlembagaan dan
undang-undang.
KEGIATAN SUBVERTIF
•Tafsiran yang umum berkaitan
kegiatan subvertif dalam
Perlembagaan Persekutuan
berdasarkan keperluan semasa.
KONTRAK SOSIAL
•Persetujuan tidak termaksub dalam
Pelembagaan Persekutuan yang
diterima orang Melayu dan bukan
Melayu.
ISU PENDIDIKAN
•mengekalkan keharmonian pelaksanaan
sekolah kebangsaan dan vernakular.
PERPADUAN KAUM
•Isu-isu sensitif perkauman yang ditimbulkan
oleh pelampau yang rasis.
KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI
AGAMA RASMI
•Mengekalkan keharmonian agama di
malaysia dalam rangka Islam sebagai agama
rasmi dan agama lain bebas diamalkan.
KEISTIMEWAAN
WARGANEGARA
•Isu kebebasan bergerak antara
Semanjung dan Sabah serta Sarawak.
KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
•Cabaran mendaulatkan dan
meluaskan penggunaan bahasa
melayu kepada kaum selain Melayu.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum tetapi masih boleh hidup dalam
keadaan aman dan harmoni. Sifat toleransi yang diamalkan oleh pelbagai kaum
menunjukkan mereka bersedia menerima bangsa dan budaya lain sebagai satu budaya
yang sama, iaitu budaya Malaysia. Jadi, sebagai masyarakat yang bertamadun tinggi,kita
seharusnya sedar bahawa kehidupan ini adalah berdasarkan keamanan seperti yang
disaran oleh setiap agama di dunia dan juga menghormati hak sesama manusia yang sedia
ada.Kini,sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat di dunia untuk menyuarakan
pendapat masing-masing terhadap isu-isu yang terjadi melalui perhimpunan aman dengan
tujuan suatu resolusi dapat dicapai. Kita hendaklah mencapai persefahaman, persetujuan
dan titik pertemuan ke arah perpaduan. Dalam konteks Malaysia,Rakyat harus mempunyai
sifat bersih, cekap dan amanah. Hal ini menyebabkan titik pertemuan antara kaum semakin
luas. Titik pertemuan yang menjadi nilai hidup bersama, yakni budaya masyarakat yang
menginginkan kebaikan. Jadi, titik pertemuan adalah kunci untuk mencapai matlamat
terpenting negara, iaitu penyatuan melalui keperibadian kebangsaan yang jitu.
RUJUKAN
INTERNET:
http://tasyalia21.blogspot.com/2020/10/perlembagaan-sebagai-tapak-
integrasi.html
https://anyflip.com/ftokk/gqdq/basic
BUKU:
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENULIS:
MUNIRAH MUTAFFA,MOHAMAD BAZLI MD RADZI,NAIMAH
GHAZALI,WAN MOHD TARMIZI WAN OTHMAN,MOHAMMAD FAIZAL
AHMAT,MOHAMMAD TARMIZI BALYA
TAHUN CETAKAN:JULAI 2020