The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYATA PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN NEGERI MELAKA 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszitaderus, 2022-05-28 22:03:56

PENYATA PERTUBUHAN PERKEMPULAN PEREMPUANNEGERI MELAKA 2022

PENYATA PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN NEGERI MELAKA 2022

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)
NEGERI MELAKA

Mesyuarat Agung
Kali ke 60

PERASMIAN OLEH :
YBHG CHE PUAN SRI KELANA D’RAJA
DATIN (DR) HJH NIK AZIZAH NIK YAHAYA
TIMBALAN YANG DIPERTUA
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)
MALAYSIA

Tetamu Kehormat:
YABhg Toh Puan Datuk Wira
(Dr) Hajjah Asmah binti Ab Rahman
Pengerusi
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)
Negeri Melaka

HOTEL LA CRISTA, MELAKA

I

Tajuk mukasurat

1- Sekapur Sirih 3
2- Carta Organisasi 5
3- Memori 2021/2022 8 - 17
4- Surat Jemputan 19 - 21
5- Minit Mesyuarat 2021 23 - 35
6- Penyata Tahunan 2021 37 - 38
7- Penyata Kewangan 2021 40 - 45
8- Laporan Daerah 47 - 97
9- Lagu Rasmi PPP 98

Sekapur Sirih

YABHG. TOH PUAN DATUK WIRA (DR)
HJH. ASMAH BINTI AB RAHMAN

DCSM, BKT, BKC

Pengerusi
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Negeri Melaka
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PPP (WI) Negeri Melaka kali ke 60 pada hari ini, 28
hb Mei, 2022, Sabtu secara bersemuka.

Tahniah dan Syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa PPP (WI) Negeri Melaka
yang telah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan mesyuarat Agung kali
ini yang diadakan di Hotel La Crista, setelah tahun 2021, ia dijalankan secara dalam
talian.

Kepada semua Pengerusi dan ahli-ahli di cawangan PPP (WI) Negeri Melaka,
terima kasih yang tidak terhingga kerana berjaya menjalankan mesyuarat agung di
cawangan-cawangan, peringkat daerah dan akhirnya Mesyuarat Agung peringkat
Negeri Melaka.

Alhamdulillah, wabak Covid 19 semakin berkurangan dan banyak kelonggaran pada
SOP telah dilaksanakan, namun saya berharap, kita perlu juga berwaspada supaya
wabak ini tidak meningkat semula.

Para Perwakilan dan pemerhati yang saya kasihi, tahun ini adalah tahun pemilihan,
adalah menjadi tanggungjawab kepada para perwakilan untuk memilih ahli
jawatankuasa yang baharu yang dapat meneruskan perjuangan dan
kesinambungan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka supaya
terus maju dan dapat membantu wanita-wanita di luar sana.

Bagi mesyuarat kali ini, pertandingan yang sentiasa diadakan tidak dapat
dilaksanakan, memandangkan pertandingan lepas masih lagi belum
selesai di peringkat kebangsaan akibat wabak Covid 19. Inshaa Allah,
pertandingan akan diadakan semula setelah keputusan pertandingan lepas
diketahui.

Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih atas
kerjasama semua ahli yang meluangkan masa
menghadirkan diri bagi menjayakan mesyuarat ini.

Terima kasih.

Selamat Bermesyuarat

CARTA ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)

NEGERI MELAKA
SESI 2020 -2022

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)
NEGERI MELAKA

AHLI JAWATANKUASA SESI 2020 / 2022

PENGERUSI
YABHG. TOH PUAN DATUK WIRA
(DR) HJH. ASMAH BINTI AB RAHMAN

DCSM, BKT, BKC

NAIB PENGERUSI 1
YBHG. PUAN SRI DATIN WIRA

HJH. HALIJAH BINTI AJI
BCM, BKT

NAIB PENGERUSI 2
YBHG. DATIN HJH. HASIAH BT HJ HARON

BCM, BKT, PJK

SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI
PN. HJH. ZAINON BT MOHD ALI PN. HJH. KHASIAH BT OTHMAN

BCM, BKT, PJK BKT, PJK

PENOLONG SETISAUSAHA
HJH. NAZLI BT ABAS BKT

HANG TUAH JAYA MASJID TANAH MELAKA TENGAH JASIN JASIN PANTAI ALOR GAJAH

PENGERUSI PENGERUSI PENGERUSI PENGERUSI PENGERUSI PENGERUSI
YB. DATUK HJH. KALSOM YBHG. DATIN HJH. JULIANA YBHG. DATIN HJH. HASIAH PN. HJH. AZIZAH BT PN. ROSZITA BT DERUS BCM, PN. HASLINA BT MD YUSOF
BT NOORDIN DPSM, BCM, PJK, JP MAMAT BCM, BKT, PJK, PBB
BT MOHD HASSAN BKT BT HJ HARON BCM, BKT, PJK BKT PJK

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
PN. HJH. SALASIAH BINTI YBHG. DATIN HJH. KAMISAH PN. HJH. HAPIPAH BT PN. ZAITON BINTI KHALID PN. NORIAH BT ABAS BKT, PJK PN. HJH ROGAYAH BT
MAHAT BCM, PPN, PBM
AB GHAFOR PJK BT HJ. MD. YUSOF PJK HASSAN PPN, BKT, PJK

BKC, BKT, PJK, PBB

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
PN HJH ROHAYA BINTI AB PN. SITI ZAHARAH BINTI PN. HJH. PATMAH BINTI CIK JAHARAH SADUN PJK PN. PN. NOOR SOFFRILAH PN. SUZANA BT HJ LUDIN
DATUK HJ. TAMBYCHIK PJK
KADIR BKT MD SALLEH BT MD YUSOFF BKT, PJK

AHLI JAWATANKUASA
PN HJH. ASMAH BINTI

ISMAIL PJK

AHLI JAWATANKUASA
PN. HJH. RAHIMAH BINTI

AHMAD BKT, PBM

m/s 5

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) NEGERI MELAKA

TAHUN 2020-2022

PENAUNG
TUAN YANG TERUTAMA TUN SERI SETIA (DR.) HJ. MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM

SMN, SPSM, DUNM, PSM, SUMW, DUPN, SPDK, DGSM,

PENASIHAT
YAB. DATUK SERI UTAMA (DR.) HJ. SULAIMAN BIN MD. ALI DUNM, DMSM, KMN, PPN

PENGERUSI
YABHG. TOH PUAN DATUK WIRA (DR.) HJH. ASMAH BINTI ABD RAHMAN DCSM, BKT, BKC

NAIB PENGERUSI I
YBHG. PN. SRI DATIN WIRA HJH. HALIJAH BINTI AJI BCM, BKT

NAIB PENGERUSI II
YBHG. DATIN HJH. HASIAH HJ. BINTI HARON BCM, BKT, PJK

SETIAUSAHA KEHORMAT
PN. HJH. ZAINON BINTI MOHD ALI BCM, BKT, PJK

PENOLONG SETIAUSAHA
HJH. NAZLI BINTI ABBAS BKT

BENDAHARI
PN. HJH. KHASIAH BINTI OTHMAN BKT, PJK

AHLI JAWATANKUASA
YB. DATUK HJH. KALSOM BTE NORDIN DPSM, BCM, PJK, JP

YBHG. DATIN HJH. JULIANA MOHD HASSAN BKT
PN. HJH. AZIZAH HJ. MAMAT BCM, BKT, PJK, PBB
PN. ROSZITA DERUS BCM, BKT
PN. HASLINA BTE MD. YUSOF PJK

YBHG. DATIN HJH. KAMISAH HJ. MD. YUSOF BKC, BKT, PJK, PBB
PN. HJH. HAPIPAH HJ. MAHAT BCM, PPN, PBM

PN. HJH. PATMAH DATUK HJ. TAMBY CHIK PJK
PN. HJH. ASMAH ISMAIL PJK

PN. HJH. RAHIMAH HJ. AHMAD BKT, PBM
PN. ZAITON BTE KHALID PJK
CIK JAHARAH SADUN BKT, PJK

PN. SITI ZAHARAH BT. MD. SALLEH
PN. NORIAH ABAS BKT, PJK

PN. HJH. SALASIAH BT. AB. GHAFOR PJK
PN. HJH. ROHAYA BT. KADIR BKT

PN. HJH. ROGAYAH BTE HASSAN PPN, BKT, PJK
PN. SUZANA BTE HJ. LUDIN

PN. NOOR SOFFRILAH BTE MD. YUSOFF BKT, PJK

m/s 6

MEMORI 2021 / 2022

MESYUARAT AGUNG KELI KE 59
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) NEGERI MELAKA

PADA 30 JULAI 2021 SECARA DALAM TALIAN

m/s 8

MESYUARAT AGUNG KELI KE 59
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) NEGERI MELAKA

PADA 30 JULAI 2021 SECARA DALAM TALIAN

m/s 9

PERTANDINGAN WARISAN BUDAYA TRADISIONAL
BERBALAS PANTUN BAGI TAHUN 2021 SECARA DALAM TALIAN

PADA 22 SEPTEMBER – 6 NOVEMBER 2021

m/s 10

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN
WARISAN BUDAYA TRADISIONAL BERBALAS PANTUN BAGI TAHUN 2021

DI HOTEL AMES PADA 28 NOVEMBER, 2021

m/s 11

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI LUBUK CINA PADA 28
DISEMBER, 2021

m/s 12

SUMBANGAN MANGSA BANJIR KEPADA WI DAERAH DI NEGERI MELAKA
PADA 21 JANUARI 2022 DI GALERI ALI RUSTAM, BUKIT KATIL

m/s 13

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI SEKITAR WI DAERAH-DAERAH
DI NEGERI MELAKA

m/s 14

SEMINAR WANITA ANGGUN SIHAT BERGAYA ANJURAN PPP (WI) NEGERI
MELAKA DI SWISS GARDEN, MELAKA PADA 29 JANUARI 2022

m/s 15

MAJLIS IFTAR BERSAMA YABHG TYT DAN TOH PUAN DATUK WIRA (DR)
HAJJAH ASMAH BINTI AB RAHMAN DI ISTANA MELAKA
PADA 26 APRIL 2022

m/s 16

CORAT CORET

m/s 17

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT
&

AGENDA MESYUARAT

m/s 19

MESYUARAT AGUNG KALI KE-60
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)

NEGERI MELAKA

ATURCARA MAJLIS

2.00 Petang - Pendaftaran Kehadiran Perwakilan & Pemerhati

2.30 Petang - Ketibaan Para Jemputan

2.45 Petang - Ketibaan YABhg. Toh Puan Datuk Wira
(Dr.) Hjh. Asmah Bt. Ab Rahman,
Pengerusi
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Negeri Melaka

3.00 Petang - Ketibaan Tetamu Kehormat

- Ketibaan YBhg. Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin
(Dr.) Hjh. Nik Azizah Binti Nik Yahaya
Timbalan Yg. Dipertua
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Malaysia

3.15 Petang - Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis

- Bacaan Doa

- Nyanyian Lagu - Negaraku
- Melaka Maju Jaya
- Lagu Rasmi PPP

- Ucapan Alu-Aluan
YBhg. Puan Sri Datin Wira Hjh Halijah Binti Aji
Naib Pengerusi I,
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Negeri Melaka

- Ucapan Perasmian YBhg. Che Puan Sri Kelana D’Raja
Datin (Dr.) Hjh. Nik Azizah Binti Nik Yahaya
Timbalan Yg. Dipertua
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Malaysia

- Penyampaian Cenderahati

- Penyampaian Lencana Ahli Seumur Hidup

- Penyampaian Sumbangan Kepada Daerah-Daerah

- Mesyuarat Agung Dimulakan

- Jamuan Ringan / Bersurai

m/s 20

MESYUARAT AGUNG KALI KE-60
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)

NEGERI MELAKA

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Naib Pengerusi I PPP (WI) Negeri Melaka,
YBhg. Puan Sri Datin Wira Hjh Halijah Bte Hj. Aji

2.0 Melantik Pengerusi Sementara

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 59

4.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Tahunan 2021

5.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir
Pada 31 Disember 2021

6.0 Membubarkan Jawatankuasa Sesi 2020-2022

7.0 Perlantikan Jawatankuasa Sessi 2022-2024

 Penaung
 Penasihat
 Pengerusi
 Naib Pengerusi 1
 Naib Pengerusi 2
 Setiausaha Kehormat
 Penolong Setiausaha
 Bendahari
 Ahli Jawatankuasa

 Daerah Melaka Tengah
 Daerah Jasin
 Daerah Jasin Pantai
 Daerah Alor Gajah
 Daerah Masjid Tanah
 Daerah Hang Tuah Jaya
 2 Orang Pemeriksa Kira-Kira

8.0 Membincangkan Usul Bertulis (Jika Ada)

9.0 Ucapan Penangguhan

10.0 Penutup

m/s 21

MINIT MESYUARAT 2021

MESYUARAT AGUNG KALI KE-59
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI)

NEGERI MELAKA
SECARA DALAM TALIAN

TARIKH : 30 Julai 2021 (Jumaat)
MASA : 3.00 Petang
TEMPAT : Kediaman masing-masing

DIRASMIKAN OLEH : YBhg Datuk Yusof Bin Hj Jantan
KEHADIRAN : 89 Pengurus Besar
Yayasan Melaka

Ahli Jawatankuasa PPP Negeri Melaka – 24

Perwakilan & Pemerhati PPP Daerah2 – 60

Tetamu Jemputan –5

Tetamu Jemputan :

1. YBhg Datuk Yusof Bin Hj Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka.
2. YBhg Cik Puan Sri Kelana diRaja, Datin Hjh Nik Azizah Binti Nik Yahaya,

Timbalan Yang Di Pertua, PPP (WI) Malaysia dan Pengerusi PPP (WI)
Negeri Kelantan.
3. YBhg Datin Nik Ariza Binti Dato Hj Ariffin, Bendahari Kehormat PPP (WI)
Malaysia.
4. Yang Berusaha Pn Sharifah Intan Binti Abd. Hamid, Setiausaha Agung
Kehormat PPP (WI) Malaysia.
5. YBhg Dato Hjh Melati Binti Ali, Pengerusi PPP (WI) Daerah Pekan, Pahang
dan AJK PPP (WI) Negeri Pahang

A. MAJLIS PERASMIAN

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS - Pn. Roszita Binti Derus

1.1 Mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, Perwakilan dan Pemerhati
dari PPP (WI) Daerah Alor Gajah, Daerah Melaka Tengah, Daerah Jasin,
Masjid Tanah, Jasin Pantai dan Hang Tuah Jaya ke Mesyuarat Agung
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka Ke-59 yang
diadakan atas talian Google-meet.

1.2 Mengucapkan penghargaan kepada YBhg Datuk Yusof Bin Hj Jantan,
Pengurus Besar, Yayasan Melaka kerana sudi hadir untuk merasmikan
Majlis Mesyuarat Agung Ke-59 PPP (WI) Negeri Melaka.

m/s 23

2.0 DOA – dipimpin oleh YBhg Ustaz Aminurashid Bin Hj Sallehudin, Imam
Qariah, Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka

3.0 PENYAMPAIAN LAGU-LAGU
• Negaraku
• Melaka Maju Jaya
• Pertubuhan Perkumpulan Perempuan

4.0 UCAPAN TIMBALAN YANG DI PERTUA, PERTUBUHAN
PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) MALAYSIA

• YBhg Cik Puan Sri Kelana diRaja, Datin Hjh Nik Azizah Binti Nik Yahya

4.1 Mengalu-alukan kehadiran Tetamu-tetamu kehormat, AJK PPP Negeri
Melaka, Para Perwakilan serta Pemerhati. Syukur dapat berkumpul dalam
alam maya.

4.2 Ahli-ahli PPP (WI) Negeri Melaka harus bersyukur mendapat seorang
pemimpin seperti YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah sebagai
Pengerusi Negeri yang bekerja keras demi menaikkan nama PPP (WI)
Negeri Melaka dalam keadaan pandemik yang melanda Negara kini.

4.3 YBhg Datin memaklumkan hal keadaan di peringkat Kebangsaan terkini.
Aktiviti-aktiviti tidak dapat dijalankan kerana pengubah-suaian bangunan
yang masih belum selesai. Apabila semuanya telah selesai dan Covid19
dapat dikawal, aktiviti-aktiviti akan dijalankan semula.

4.4 YBhg Datin juga mengucapkan terima kasih kepada YBhg Datuk Yusof
Bin Hj Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka kerana sudi merasmikan
Mesyuarat Agung PPP (WI) Negeri Melaka Kali Ke-59.

4.5 Akhir kata, YBhg Datin mengucapkan tahniah kepada YABhg Toh Puan
Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah binti Abd Rahman, Pengerusi PPP (WI)
Negeri Melaka, Pengerusi2 serta AJK PPP (WI) Negeri Melaka kerana
berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahun 2021 secara alam maya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada PPP (WI) Negeri Melaka yang
pertama mengadakan Mesyuarat Agung dalam talian. Semoga menjadi
contoh bagi PPP (WI) negeri-negeri lain

m/s 24

5.0 UCAPAN PENGERUSI, PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN
(WI) NEGERI MELAKA

• YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh. Asmah bte Ab. Rahman

5.1 Mengalu-alukan kehadiran Tetamu-tetamu Jemputan dari Ibu Pejabat
PPP (WI) Malaysia, Perasmi YABhg Datuk Yusof Bin Hj Jantan, Pengurus
Besar Yayasan Melaka, Pengerusi2 Daerah dan Kawasan, AJK PPP (WI)
Negeri Melaka, Pengerusi2 Cawangan serta para Perwakilan dan
Pemerhati dari seluruh Negeri Melaka.

5.2 Rasa bersyukur PPP (WI) Negeri Melaka dapat mengadakan Mesyuarat
Agung Kali Ke-59 pada hari Jumaat yang barakah ini melalui dalam talian.
Kesan dari pandemik covid 19 ini membuatkan ahli-ahli WI Negeri Melaka
lebih matang dan maju ke hadapan dengan menggunakan aplikasi
Mesyuarat dalam talian.

5.3 Pantun daripada YABhg Toh Puan Pengerusi : “Berangan di bawa ke
negeri Jawa, Belayar perahu tidak berpaku. Jangan sampai hidup
kecewa, Jadikan iktibar apa yang berlaku.”

5.4 Merakamkan penghargaan kepada YBhg Datuk Yusof Bin Hj Jantan, yang
sudi merasmikan Mesyuarat Agung pada petang ini. Kehadiran YBhg
Datuk memberi semangat kepada PPP (WI) Negeri Melaka untuk terus
maju dan jaya. Memaklumkan bahawa PPP (WI) Daerahdaerah telah
berjaya pada tahun ini menjemput Ahli Parlimen, wakil rakyat dan CEO
untuk menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Agung di tempat masing-
masing. Memperkenalkan kepada Majlis bahawa YBhg Datuk Yusof
pernah memegang jawatan Datuk Bandar MBMB yang kedua.

5.5 Merakamkan terima kasih kepada Pengerusi-pengerusi Daerah yang
telah menjalankan tanggung-jawab mereka untuk mengadakan Mesyuarat
Agung di peringkat Daerah. Sekiranya Daerah-daerah tidak dapat
menjalankan Mesyuarat Agung mengikut ketetapan yang telah diberi,
nescaya Mesyuarat Agung pada hari ini tidak dapat diadakan. Juga tidak
lupa ucapan terima kasih kepada Pengerusi-pengerusi Cawangan yang
telah menjalankan Mesyuarat Agung masing-masing.

5.6 Memaklumkan kepada YBhg Datuk Yusof, bilangan ahli PPP (WI) Negeri
Melaka melebihi 2500 orang dari 52 buah cawangan seluruh Negeri
Melaka. Jumlah Ahli Seumur Hidup seramai 524 orang yang membayar
yuran RM100.00 sekali sahaja. Selebihnya Ahli Biasa membayar RM5.00
sahaja setahun. Semua cawangan telah menjalankan aktiviti-aktiviti
sesuai dengan keadaan pandemik Covid19. YABhg Toh Puan Pengerusi
mempelawa isteri YBhg Datuk untuk menjadi Ahli Seumur Hidup di PPP
(WI) Cawangan Bukit Katil bagi mengeratkan silaturrahim dengan
masyarakat setempat.

m/s 25

5.7 Mengucapkan terima kasih kepada Pn Roszita Binti Derus, Penyelaras,
yang menguruskan Mesyuarat Agung ini secara dalam talian Google-
meet. YABhg Toh Puan Pengerusi memberi pandangan kepada PPP (WI)
Negeri-negeri lain supaya mengikuti contoh Negeri Melaka sebagai
pencetus idea untuk mengadakan Mesyuarat Agung melalui dalam talian
dan meneruskan aktiviti-aktiviti walaupun dalam pandemik Covid 19. Ahli-
ahli PPP (WI) dapat ilmu baru, boleh berinteraksi antara satu sama lain,
walaupun berada di rumah masing-masing. Beliau rasa bangga dan
gembira Ahli-ahli PPP (WI) Cawangan, Daerah dan Negeri yang pada
mulanya ada masalah gunakan Google-meet, tapi akhirnya berjaya dan
hebat menggunakan teknologi terkini.

5.8 YABhg Toh Puan Pengerusi mengakhiri ucapan dengan mengucapkan
terima kasih kepada Ahli Jawatakuasa PPP Negeri Melaka yang terlibat
dalam persiapan Mesyuarat Agung ini melalui Google-meet. Beliau juga
mendoakan keselamatan kepada sahabat-sahabat dan 4 ahli-ahli
keluarga yang terkena Covid 19, diberi segera penawar dan kesembuhan.
Semoga berlapang dada dalam menghadapi ujian Allah ini.

6.0 UCAPAN PERASMIAN

• YBhg Datuk Yusof Bin Hj Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka

6.1 Pantun nukilan YBhg Datuk : “Kapal dagang dari Sebatu Sarat muatan
dengan tebu. Kepada ahli2 WI Melaka bersatu, Di alam maya kita
bertemu.”

6.2 Merakamkan terima kasih kepada YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh
Asmah Binti Abdul Rahman kerana sudi menjemput beliau untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PPP (WI) Kali Ke-59. Ini merupakan
penghormatan yang tinggi pada beliau untuk merasmikan Mesyuarat
Agung ini.

6.3 YBhg Datuk berpendapat PPP (WI) Negeri Melaka ini sangat aktif dan
mengucapkan tahniah kerana dapat bertemu dengan ahli-ahli Pertubuhan
ini melalui alam maya. Ini adalah satu pencapaian yang amat tinggi. Kita
berhadapan dengan pandemik Covid19 dimana ketua keluarga
berhadapan cabaran besar. Dengan adanya Pertubuhan ini menjada mata
dan telinga membantu mereka yang memerlukan bantuan akibat dari
kesan Covid19. Beliau rasa bangga atas keaktifan ahli-ahli mengadakan
berbagai aktiviti.

6.4 Bagi membantu aktiviti PPP (WI) Negeri Melaka,YBhg Datuk bersetuju
memberi sumbangan sebanyak RM3,000.00. Ditambah dengan
sumbangan RM2,000.00 dari Yayasan Bukit Katil. Pihak Pertubuhan
diminta menulis surat kepada Pengerusi Yayasan Bukit Katil. Kesemua
jumlah sumbangan adalah sebanyak RM5,000.00.

m/s 26

6.5 Akhir kata YBhg Datuk berharap Mesyuarat Agung ini dapat berjalan
dengan baiknya. Mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada YABhg
Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah kerana menjemput beliau
merasmikan Mesyuarat Agung PPP (WI) Kali Ke-59.

6.6 Dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim, YBhg Datuk Yusof Bin Hj
Jantan, Pengurus Besar Yayasan Melaka, merasmikan Mesyuarat Agung
Kali Ke-59 PPP (WI) Negeri Melaka.

B. MESYUARAT AGUNG KALI KE-59 DIMULAKAN

1.0 UCAPAN PENGERUSI PPP (WI) NEGERI MELAKA – Tiada

2.0 MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA

YBhg Puan Sri Datin Wira Hjh Halijah Binti Aji mencadangkan YABhg Toh

Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah Binti Abd Rahman sebagai Pengerusi

Sementara.
Disokong oleh : Pn. Hjh Salasiah binti Abd Ghafor – PPP (WI) Hang Tuah

Jaya

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE-58 SERTA PENYATA TAHUNAN 2020

Pn. Hjh Zainon binti Mohd Ali, Setiausaha Kehormat PPP (WI) Negeri

Melaka, membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-58 seperti dari

muka surat 33 - 45,

serta Penyata Tahunan 2020 seperti dari muka surat 47 - 48 dalam Buku

Laporan.
Cadangan untuk diterima – Pn Wan Faudzillah Bte Wan Abdullah – PPP

Daerah Melaka Tengah
Disokong oleh : Pn. Hjh Banon Bte Mat Lazim – PPP Hang Tuah Jaya

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN
2020

Pn. Hjh Khasiah binti Othman, Bendahari Kehormat PPP (WI) Negeri
Melaka, membentangkan perkara-perkara berikut :

• Penyata Akaun Kewangan 1 dari 1.1.2020 hingga 31.12.2020 – muka

surat 50 - 52
• Penyata Akaun Kewangan 2 dari 1.1.2020 hingga 31.12.2020 – muka 53
• Asset Semasa muka surat 54

Penyata Akaun Kewangan 1 : Pendapatan - RM82,676.49
Perbelanjaan - RM40,541.65
Baki di Bank - RM41,838.71
Baki di tangan - RM296.13

m/s 27

Penyata Akaun Kewangan 2 :
digunakan tumpang lalu Sewa Kedai supaya Akaun ini tidak beku.

Sewa Kedai (Family Store) Januari- Disember 2020 @RM2,000.00 =
RM24,000.00 Pendapatan ini di transfer ke Akaun 1.

Asset : 1.Pelaburan di Bank Rakyat 2004 - RM72,106.61

2.Pelaburan di Bank Rakyat 2006 - RM32,996.15

3.Pelaburan di Bank Rakyat 2008 - RM15,686.33

4.Pelaburan di Bank Rakyat 2008 - RM16,105.46

5.Pelaburan di bank Rakyat 2016 - RM58,728.32

JUMLAH - RM195,622.87

6.Rumah Kedai 2 Tingkat di Taman Sutera Belia,

Mukim Batu Berendam, Melaka

Kadar Sewa @RM2,000.00 sebulan

Cadangan untuk diterima : YBhg Datin Wira Datuk Hjh Halimah Bte Baba
– PPP Hang Tuah Jaya
Disokong oleh : Pn. Hjh Shahrizal Bte Arshad – PPP Hang Tuah Jaya

5.0 MEMBINCANGKAN USUL – 2 usul akan dibawa ke Peringkat Kebangsaan
dalam Mesyuarat Pegawai-pegawai.

5.1 Buku Perlembagaan dan Peraturan PPP (WI) Malaysia. Usul ini telah
dikemukakan oleh PPP Masjid Tanah memohon Buku tersebut dibekalkan
ke semua Daerah dan Cawangan untuk menjadi panduan.

5.2 Surat pengesahan Ordinance 1958 untuk buka akaun bank. Cawangan-
cawangan menghadapi masalah membuka Akaun Bank. Setiap cawangan
dikehendaki sertakan Ordinance 1958 sebagai bukti.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pertandingan Tahun 2020 dan Yuran 2020.
Surat pekeliling dari Ibu Pejabat memaklumkan hasil pertandingan
hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat sebelum 30hb November 2021.
Tindakan : Pengerusi-pengerusi Daerah/Kawasan yang ada pemenang.
Yuran tahunan dijelaskan juga sebelum tarikh tersebut.
Tindakan: Bendahari Kehormat

6.2 Biasiswa dari PPP (WI) Malaysia. PPP (WI) Negeri Melaka antara negeri-
negeri yang menerima biasiswa sebanyak RM200.00.
Peringkat Negeri akan menambah jumlah supaya agihan dapat diberi
kepada:
PPP Hang Tuah
PPP Masjid Tanah
PPP Jasin Pantai

m/s 28

Pengerusi2 PPP (WI) berkaitan diminta menamakan pelajar yang layak
menerima biasiswa tersebut berpandukan syarat-syarat yang ditetapkan
oleh PPP (WI) Malaysia.

6.3 Anugerah Bintang daripada TYT

– Pada tahun ini calon-calon dari
PPP Hang Tuah Jaya
PPP Masjid Tanah
PPP Jasin Pantai

6.4 Pengerusi-pengerusi Daerah dan Kawasan diminta mengadakan
Mesyuarat Jawatankuasa masing-masing sebelum Mesyuarat AJK PPP
(WI) Negeri bulan Oktober.

6.5 YABhg Toh Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada YBhg
Datin Hjh Juliana Bt Mohd Hassan atas usaha mendapatkan peruntukan
dari Jabatan Pembangunan Wanita untuk menjalankan Seminar.

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 PPP DAERAH JASIN
Perwakilan dari PPP (WI) Daerah Jasin, Pn Murni Bte Yacob,
mengucapkan syukur dan tahniah dapat menjalankan Mesyuarat Agung di
alam maya. Ahli dapat ilmu menjalankan mesyuarat dalam talian.
Walaupun kalangan berusia, ahli tetap mampu mengunakan teknologi
terkini untuk berhubung. 11 cawangan dalam PPP (WI) Daerah Jasin
berganding bahu menjalankan projek-projek Peringkat Daerah. Terima
kasih kepada Pengerusi PPP (WI) Daerah Jasin, Pn. Hjh Azizah Bte
Mamat yang banyak menganjurkan aktiviti 7 melibatkan cawangan-
cawangan walapun dalam sekatan PPK Covid19. Semua ahli
bekerjasama dan bersatupadu menjalankan aktiviti.

7.2 PPP DAERAH MELAKA TENGAH
Pn Wan Faudzillah Bte Wan Abdullah mengucapkan syabas dan tahniah
kepada PPP (WI) Negeri Melaka yang telah dapat mengadakan
Mesyuarat Agung dengan baiknya. Beliau memberitahu pada mulanya
rasa gementar untuk mengadakan mesyuarat alam maya ini. Beliau
mewakili PPP Daerah Melaka Tengah mengucapkan tahniah kepada Pn
Roszita Bte Derus yang telah menghasilkan Buku Laporan pdf yang
cantik dan teratur. Wanita PPP serba boleh walaupun dalam apa
keadaan. Juga mengucapkan tahniah kepada PPP (WI) Negeri Melaka
kerana berjaya mengadakan beberapa aktiviti dimana PPP Daerah
Melaka Tengah turut serta. Beliau mengakhiri ucapan dengan berpesan
supaya jaga kesihatan dan teruskan perjuangan. Berdoa semoga Covid19
dapat berakhir dengan baik, ahli-ahli elakkan dari gangguan emosi,
depresi dan stress.

m/s 29

7.3 PPP MASJID TANAH
Pn. Hjh Aminah Bte Baba rasa bersyukur dapat hadir Mesyuarat Agung
PPP (WI) Negeri Melaka pada petang ini melalui alam maya. Di dalam
keadaan negara tidak menentu, PPP berjaya mengadakan Mesyuarat
Agungnya, satu norma baru bagi semua. Beliau berdoa agar PPP (WI)
Negeri Melaka terus maju dan jaya di bawah kepimpinan YABhg Toh Puan
Pengerusi. Beliau juga berdoa agar Covid19 ini dapat ditangani, semoga
semua aktiviti Cawangan dan Daerah dapat disambung kembali.

7.4 PPP JASIN PANTAI
Jasin Pantai diwakili oleh Pn. Noraila Bte Boyak untuk menyampaikan
Ucapan Penangguhan. Mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih
kepada YABhg Toh Puan Pengerusi dan AJK PPP (WI) Negeri Melaka
kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung petang ini walaupun berada
di alam maya. Beliau sertakan 2 rangkap pantun sebagai penutup:

Masak kambing gulai beriyani,
Harum bau buah quini.
Wanita 3P sungguh berani,
Mesyuarat Agung Negeri petang ini.

Toh Puan Datuk Wira orangnya jelita,
Suka makan ulam mangga.
Malam raya pasang pelita,
3P Melaka amat berbangga.

7.5 PPP HANG TUAH JAYA
YBhg Datin Nurizah Bte Baharam mengucapkan tahniah kepada
Pengerusi dan AJK PPP (WI) Negeri Melaka dapat mengadakan
Mesyuarat Agung secara alam maya. Walaupun terbatas pergerakan
disebabkan PKP, namun YABhg Toh Puan berjaya mengadakan beberapa
aktiviti seperti ziarah kasih bekas AJK yang sakit, melawat keluarga
mangsa kebakaran di Bacang. Tahniah kerana sikap prihatin YABhg Toh
Puan, PPP di pandang tinggi. Tahniah juga Melaka negeri pertama
adakan Mesyuarat Agung dalam talian. YBhg Datin Nurizah juga ucap
penghargaan kepada Pengerusi PPP (WI) Hang Tuah Jaya, YBhg Datuk
Kalsom Bte Nordin atas kepimpinannya. Walaupun baru ditubuhkan, PPP
Hang Tuah Jaya berjaya merangkul beberapa hadiah dalam pertandingan
yang dianjurkan tahun lalu serta 8 menjadi Johan Pertandingan Boling
PPP (WI) Negeri Melaka. Akhir kata beliau berdoa agar pandemik
Covid19 ini berakhir segera supaya ahli-ahli dapat bersemuka dan tidak
seperti dalam alam maya ini.

7.6 PPP DAERAH ALOR GAJAH
Pn. Rapeah Bte Hassan mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang
untuk memberi ucapan penangguhan. Walaupun alam maya, majlis tidak
kurang meriahnya, dapat melhat wajah rakan-rakan di alam maya.

m/s 30

Mendoakan semoga semua ahli sentiasa dalam keselamatan agar dapat
menjalankan aktiviti seperti biasa. Mengakhiri ucapan beliau dengan
ucapan tahniah kepada PPP (WI) Negeri Melaka atas kejayaan
mengadakan Mesyuarat Agung petang ini secara dalam talian

7.7 WAKIL AJK NEGERI MELAKA
Pn. Hjh Hapipah Bte Mahat dijemput untuk memberi Ucapan
Penangguhan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YABhg Toh
Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah binti Abd Rahman kerana memimpin
ahli-ahli PPP (WI) Negeri Melaka selama ini sehingga maju jaya.
Kepimpinan YABhg Toh Puan amat dihargai dan disenangi, mempunyai
sikap yang mesra dan kasih sayang. Beliau rasa sedih dengan
perjumpaan alam maya ini kerana tidak boleh bersalaman dan
berpelukan. Akhir kata Pn. Hjh Hapipah mendoakan semoga YABhg Toh
Puan dan keluarga dianugerahkan kesihatan dan kebahagiaan sepanjang
masa.

7.8 WAKIL AHLI JAWATANKUASA KEBANGSAAN
Yang Berusaha Pn Sharifah Intan Bte Abd Hamid, Setiausaha Agung
Kehormat, PPP (WI) Malaysia dijemput memberi ucapan penangguhan.
Beliau rasa bersyukur dapat mengikuti Mesyuarat Agung peringkat PPP
(WI) Daerah sebanyak 6 kali dan berakhir hari ini dengan Mesyuarat
Agung Peringkat Negeri, semuanya melalui dalam talian. Beliau rasa
bangga kerana beliau dapati ahli-ahli PPP Negeri Melaka semuanya rajin
ibarat rumpun pokok penuh dengan bunga dan dibelai dengan mesra.
Tahniah diucapkan. Mengenai usul-usul, sudah pun diterima dan telah
buat persiapan. Ordinance 510 boleh dicetak dan disertakan dengan surat
sokongan ditanda-tangani oleh Pengerusi Kebangsaan untuk diedarkan.
Buku Perlembagaan telah siap tetapi memerlukan semak-semula dari
segi bahasa dan perkataan. Ini akan dihantar melalui e-mail. Akhir kata
beliau mengucapkan semoga PPP (WI) Negeri Melaka terus maju dan
jaya

8.0 UCAPAN PENUTUP
• YBAhg. Puan Sri Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh. Asmah bte Abd.
Rahman Pengerusi PPP (WI) Negeri Melaka

8.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada
wakil-wakil dari Ibu Pejabat PPP (WI) Malaysia.

8.2 Terima kasih khasnya kepada Pn Sharifah Intan Bte Abd Hamid,
Setiausaha Agung Kehormat, PPP (WI) Malaysia, yang tidak jemu-jemu
mengikuti dalam talian Google-meet enam Mesyuarat Agung PPP (WI)
Daerah dan Negeri hari ini. 9

m/s 31

8.3 Mohon maaf PPP (WI) Negeri tidak dapat menjalankan banyak aktiviti
tahun 2021. Ucap tahniah kepada Pengerusi-pengerusi Daerah dan
Cawangan yang telah dapat mengadakan Mesyuarat Agung masing-
masing secara dalam talian.

8.4 Akhir kata, mendoakan semoga Allah beri pertolonganNya kepada kita
semua dan mengangkat Covid19 ini dengan segera. Selamat maju jaya.

Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.50 ptg.
Minit Mesyuarat ini dicatat oleh :

Nazli Abas

(HJH NAZLI BINTI ABBAS)
Penolong Setiausaha
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka

Disemak oleh :

(HJH ZAINON BINTI MOHD ALI)
Setiausaha Kehormat
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Melaka
03/08/2021

m/s 32

SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT AGUNG KALI KE-59
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) NEGERI MELAKA

AHLI JAWATANKUASA NEGERI (24)

1. YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah bt Abd Rahman – Pengerusi

2. YBhg Puan Sri Datin Wira Hjh Halijah bt Aji - Naib Pengerusi 1

3. YBhg Datin Hjh Hasiah bt Hj Haron - Naib Pengerusi 2

4. Pn Hjh Zainon bt Mohd Ali - Setiausaha Kehormat

5. Pn Hjh Nazli bt Abbas - Penolong Setiausaha

6. Pn Hjh Khasiah bt Hj Othman - Bendahari Kehormat

PPP (WI ) Daerah Melaka Tengah
7. Pn Hjh Hapipah bt Mahat
8. Pn Hjh Patmah bt Datuk Tamby Chik
9. Pn Hjh Rahimah bt Ahmad
10. Pn Hjh Asmah bt Ismail

PPP (WI) Daerah Jasin
11. Pn Hjh Azizah bt Hj Mamat
12. Pn Zaiton bt Khalid
13. Pn Jahrah bt Saadon

PPP (WI) Daerah Alor Gajah
14. Pn Hjh Haslina bt Md Yusof
15. Pn Hjh Rogayah bt Hassan
16. Pn Suzana bt Hj Ludin

PPP (WI) Jasin Pantai
17. Pn Roszita bt Derus
18. Pn Nor Soffrilah bt Md Yusof
19. Pn Noriah bt Abas

PPP (WI) Masjid Tanah
20. YBhg Datin Hjh Juliana bt Mohd Hassan
21. YBhg Datin Hjh Kamisah bt Hj Md Yusof
22. Pn Siti Zaharah bt Md Salleh

PPP (WI) Hang Tuah Jaya
23. YBhg Datuk Hjh Kalsom bt Nordin
24. Pn Hjh Salasiah bt Ab. Ghafor

M/ S 33

KEHADIRAN DAERAH/KAWASAN (60) M/ S 34

PPP (WI) DAERAH MELAKA TENGAH
1. Pn Wan Faudzillah bt Wan Abdullah
2. YBhg Datin Hjh Rohaya bt Bachik
3. YBhg Datin Hjh Dewi Murni bt Ibrahim
4. YBhg Datin Wira Hjh Che Bah bt Maarof
5. Pn Hjh Khadijah bt Khalil
6. Pn Halimatus Sakdiah bt Bahari
7. Hjh Jamaliah bt Mohamad
8. Pn Marsiah bt Jaafar
9. Pn Hjh Noralenna bt Abbas
10. Pn Siti Rohaizan bt Hassan

PPP (WI) DAERAH JASIN
1. Pn Murni bt Yacob
2. Pn Noorizah bt Othman
3. Pn Zaliah bt Sangkit
4. Pn Hjh Jaharahbt Mohd Noh
5. Pn Hjh Zaiton bt Ismail
6. Pn Hjh Rahmah bt Md Sab
7. Pn Lehabt Ahmad
8. Pn Rosita bt Othman
9. Pn Rashidah bt Jaafar
10. Cik Mazlina bt Wahid

PPP (WI) DAERAH ALOR GAJAH
1. Pn Rafeah bt Hassan
2. Pn Hjh Nurin bt Md Dewa
3. Pn Hjh Sarinam bt Osman
4. Pn Rahimawati bt Abd Rahim
5. Pn Norliza bt Ishak
6. Pn Rosmawati bt Abd Rashid
7. Pn Hjh Saripah b Mohd Dom
8. Pn Noraziah bt Ahmad
9. Pn Hjh Ramlah bt Mohamad
10. Pn Norfahizuliana bt Mohd Masbah

PPP (WI) JASIN PANTAI
1. Pn Norailah bt Boyak
2. Pn Lun bt Abu Hasan
3. Pn Hjh Hazah bt Husin
4. Pn Hjh Faridah bt Rahim
5. Pn Hjh Halijah bt Ali
6. Pn Hazimah bt Hassan
7. Pn Rosnah bt Osman
8. Pn Hjh Rosiah bt Hj Bakar
9. Pn Rashidah bt Idrus
10. Pn Shamsiah bt Hassan

PPP (WI) HANG TUAH JAYA
1. YBhg Datin Wira Datuk Hjh Halimah bt Baba
2. Pn Hjh Shahrizal bt Arshad
3. YBhg Datin Hjh Nurizah bt Baharam
4. Pn Hjh Banon bt Md Lazim
5. Pn Hjh Zaiton bt Ahmad
6. Pn Hjh Rokiah bt Haron
7. Pn Noor Ashikin bt Idris
8. Pn Siti bt Othman
9. Pn Rabiah bt Leman
10. Pn Norliza bt Karim
PPP (WI) MASJID TANAH
1. Pn Hjh Nyemah bt Md Derus
2. Pn Umi Kalsom bt Umar
3. Pn Hjh Aminah bt Baba
4. Pn Hjh Ummi Kalsom
5. Pn Zailan bt Abdul Ghani
6. Pn Norehan bt Abd Wahid
7. Pn Hjh Samsiah bt Osman
8. Pn Khairiah bt Mansor
9. Pn Noraizah bt Yaacob
10. Pn Siti Maria

M/ S 35

PENYATA TAHUNAN
2021

LAPORAN AKTIVITI
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) NEGERI MELAKA

DARI BULAN JANUARI 2021 – DISEMBER 2021

BIL TARIKH AKTIVITI TEMPAT

JANUARI 2021

Ceramah agama dan penyampaian

1. 03/01/2021 sumbangan kepada anak-anak yatim serta Masjid Al-
penghargaan kepada AJK oleh Biro Agama, Azim, Melaka
PPP Hang Tuah Jaya, YABhg. Toh Puan hadir

sebagai tetamu kehormat

MAC 2021

13/03/2021 Majlis Sambutan Hari Wanita 2021 - Peringkat Hotel
Negeri Melaka. YABhg. Toh Puan Pengerusi Mudzaffar,

dan barisan AJK hadir, anjuran Pejabat Ayer Keroh,

2. Pembangunan Wanita Negeri Melaka Melaka

20/03/2021 Pertandingan bowling Piala Pusingan PPP (WI) MIBC, Ayer
Negeri Melaka (9.30 pagi – 1.30 t/hari), YABhg. Keroh, Melaka

Toh Puan hadir sebagai tetamu kehormat

JULAI 2021

Mesyuarat Agung PPP (WI) Negeri Melaka kali

3. 30/07/2021 ke 59 secara maya (2.30 petang) kehadiran Secara dalam
100 orang termasuk wakil Kebangsaan dan talian

pemerhati

SEPTEMBER 2021

11/09/2021 Pertandingan pantun secara maya Piala
- YABHG. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hjh. Asmah
Bt. Abdul Rahman, Pengerusi PPP (WI) Negeri
12/09/2021 Melaka

4. Pertandingan Pantun secara maya Secara dalam
Jasin - Melaka talian
18/09/2021

19/09/2021 Pertandingan Pantun secara maya
Hang Tuah Jaya & Melaka Tengah

m/s 37

BIL TARIKH AKTIVITI TEMPAT

NOVEMBER 2021

Pertandingan Warisan Budaya Tradisional,
Berbalas pantun 2021, Peringkat Akhir Piala
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hjh. Asmah
Abd. Rahman secara maya
10.00 pagi - Alor Gajah & Masjid Tanah
2.30 petang - Melaka Tengah & Jasin Pantai

06/11/2021 Johan - WI Jasin Pantai Secara dalam
talian
Naib Johan - WI Melaka Tengah

Ketiga - Masjid Tanah

- Masjid Tanah pemantun terbaik

dan keseluruhan kumpulan

terbaik

Keempat - WI Alor Gajah

Saguhati - WI Jasin dan Hang Tuah Jaya

5. 13/11/2021 Beberapa orang ahli PPP (WI) Negeri Melaka Hotel Seri
(8.00 Pagi - telah menghadiri program Training Of Trainers, Malaysia,

5.00 Squad WAJA Negeri Melaka, anjuran Jabatan Ayer Keroh,

Petang) Pembangunan Wanita Negeri Melaka Melaka

25/11/2021 Seramai 5 orang ahli telah menyertai Seminar La Crista
(8.30 pagi - Mengenai Keganasan Terhadap Wanita Hotel,
5.00 petang) Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka
anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Jalan Hang
Melaka Tuah, Melaka

28/11/2021 Majlis penyampaian hadiah Warisan Budaya AMES Hotel,
(2.00 Tradisional Berbalas Pantun 2021, Piala Ayer Keroh,
Pusingan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Melaka
petang) Hjh. Asmah Bt. Abd. Rahman
- Johan, PPP (WI) Jasin Pantai
- Naib Johan, PPP (WI) Melaka Tengah
- Ketiga, PPP (WI) Masjid Tanah

DISEMBER 2021

Bantuan Tabung Bencana PPP (WI) Negeri Melaka,

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hjh. Asmah Bt.

Abd. Rahman, Pengerusi PPP (WI) Negeri Melaka

6. 27/12/2021 dan beberapa AJK dan ahli telah pergi ke Lubuk Lubuk China,
(9.00 Pagi - China dan menyampaikan bantuan kepada mangsa- Melaka
1.30 T/Hari) mangsa banjir kepada lebih daripada 30 buah

rumah yang terlibat teruk dengan banjir. Bantuan

diberi dalam bentuk wang tunai, kit makanan,

peralatan memasak, telekung dan lain-lain lagi.

m/s 38

PENYATA KEWANGAN
2021

m/s 40

m/s 41

m/s 42

m/s 43

m/s 44

m/s 45

LAPORAN DAERAH / KAWASAN
2021 / 2022

MELAKA TENGAH

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) DAERAH MELAKA TENGAH
AHLI JAWATANKUASA SESI 2020 – 2022

m/s 48

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) DAERAH MELAKA TENGAH
LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2021

M/ S 49

LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2021

M/ S 50


Click to View FlipBook Version