The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitishahlehaham, 2022-10-20 11:10:11

e-folio sukan dan perpaduan

e-folio sakan dan perpaduan

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SUKAN DAN PERPADUAN

AHLI KUMPULAN

NAMA NO PENDAFTARAN
SITI SHAHLEHA BINTI ABDUL HAM 36DUP22F1029
NURSHALYN BINTI JINNUR 36DUP22F1023

NAMA PENSYARAH : EN. MUHAMMAD SAYUTI BIN SABDAN

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 OBJEKTIF TUGASAN 4
3 PENGENALAN 4
4 SEJARAH SUKAN 5
5 PERANAN IKON SUKAN 6-7
6 SUKAN PEMANGKIN NEGARA 8
7 KESIMPULAN 9
8 RUJUKAN 10
2

PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan bantuan dengan kumpulan kami
dalam menjalankan kerja projek ini. Khasnya kepada pensyarah kami iaitu En. Muhammad Sayuti
sabdan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang yang
terlibat menyumbang idea-idea yang bernas dalam proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,
kami berharap tugasan yang ini dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baharu dan memberikan
manfaat kepada semua orang.

3

OBJEKTIF TUGASAN
✓ Dalam konteks Malaysia, perpaduan untuk meningkatkan prestasi olahraga.
✓ Meningkatkan prestasi sukan dengan lebih berkesan dan lebih baik
✓ Menggalakkan persaingan sihat dan semangat muhibah dalam kalangan individu dalam
komuniti dan kumpulan antarabangsa melalui sukan
✓ Mewujudkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
melalui sukan.

1.0 PENGENALAN

Sukan merupakan salah satu aktiviti riadah yang terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan
untuk pelbagai tujuan pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, jika mengikuti
sesebuah aktiviti pertandingan seperti badminton dan bersaing di hadapan penonton akan dikira
sebagai sukan akan tetapi jika bermain badminton secara bersendirian dikira sebagai aktiviti
rekreasi. Pelbagai jenis sukan yang ada dan melibatkan beberapa faktor seperti masa, wang ringgit,
tenaga manusia dan peralatan yang digunakan serta penglibatan sebagai peserta ataupun sebagai
penonton. Selain itu, Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan kepada individu jika mewakili
dan memenangi pertandingan yang diikuti. Sukan terdiri daripada Sukan fizikal yang
menggunakan sifat - sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain
manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal seperti catur yang menggunakan kemahiran

4

berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walau bagaimanapun, rencana ini akan
menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan,
dan latihan. Aktiviti sukan akan dikira jika melibatkan peserta yang berkemahiran manakala
Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada aktiviti sukan dan
segala aktiviti sukan memerlukan Latihan yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan
seseorang dalam aktiviti sukan.

2.0 SEJARAH SUKAN
Sejarah sukan mungkin bermula dengan manusia sebagai makhluk yang wujud dan aktif

untuk tujuan sukan. Senaman adalah cara yang berguna bagi manusia untuk meningkatkan
kelebihan mereka terhadap alam semula jadi dan alam sekitar. Sejarah sukan boleh mengajar kita
banyak tentang perubahan sosial dan sifat sukan itu sendiri.

Pendidikan jasmani melibatkan asas kemahiran itu sendiri, selari dengan kegunaannya. Ia
juga menunjukkan bagaimana kepercayaan orang ramai telah berubah dan oleh itu peraturannya
telah berubah. Malah, apabila sejarah berlalu bukti semakin berkurangan, menjadikan teori tentang
asal usul dan tujuan stadium sukar dipegang. Kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat
dinafikan. Kewujudan sukan purba menunjukkan bahawa masyarakat terdahulu telah bersatu,
perpaduan antara mereka telah wujud sejak zaman dahulu lagi.

5

6

3.0 PERANAN IKON SUKAN
Peranan ikon sukan bukan setakat mempromosikan nama negara.Peranan ikon sukan juga

boleh dilihat dari sudut yang lain. Satu daripada perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja stadium
yang dipenuhi peminat tempatan setiap kali berlangsungnya perlawanan utama membabitkan ikon
sukan negara. Mereka terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, etnik dan agama yang
mempunyai minat yang sama. Setiap perlawanan, tanpa mengira keputusan permainan, kita dapat
melihat mereka ini bersorak dan meraikan, bukan sahaja di stadium atau kawasan padang, tetapi
juga di jalanan dengan sorakan dan perarakan, solidariti sesama mereka.

Terdapat juga orang di media sosial yang berkongsi pendapat mereka mengenai ikon sukan
negara, yang juga terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama. Bukan itu sahaja, malah ada
yang memakai baju daripada ikon negara kegemaran mereka lihatlah contoh permainan bola sepak
Harimau Malaya.

Hampir separuh daripada keseluruhan stadium dipenuhi peminat tempatan dengan pakaian
seragam Harimau Malaya. Tiada segan silu antara mereka walaupun berbilang kaum, bangsa dan
agama. Begitulah pentingnya peranan seorang ikon sukan negara. Kehadiran mereka ini secara
tidak langsung boleh memecahkan tembok dan sempadan kaum, etnik dan agama. Setiap kali
Malaysia beraksi di arena antarabangsa, rakyat Bersatu daripada semua kaum memberikan
sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di stadium atau padang sukan. Jadi sukan jelas
merupakan alat yang boleh mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini. semua
jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum.

7

GAMBAR DIATAS MENUNJUKKAN IKON SUKAN NEGARA
8

4.0 SUKAN PEMANGKIN NEGARA
Sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum.Selain itu,sukan juga dapat

menyatukan rakyat dari pelbagai negeri contohnya dari negeri Sabah ,Sarawak Johor dan lain-
lain.Sebagai contoh,seperti sukan yang telah diadakan pada tahun 2022 iaitu sukan MSSM di mana
semua negeri dapat berkumpul dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama
lain

Seterusnya,sukan dan perpaduan ini juga dapat mengharumkan nama negara di seluruh
dunia dan Malaysia akan lebih di kenali oleh negara luar.Selain itu,sukan juga boleh menyebabkan
bilangan pelancongan dalam negara kita akan semakin meningkat dan ekonomi negara akan
semakin maju kerana adanya sukan yang dapat menarik minat orang luar untuk datang ke negara
kita.

Selain daripada itu,sukan juga mempunyai kebaikan yang lain contohnya dapat
menyehatkan tubuh badan dan mengelakkan diri kita daripada terkena penyakit seperti obesiti dan
kencing manis.Oleh itu,sukan pemangkin negara ini juga mempunyai kesan yang baik untuk
negara dan kesihatan manusia.

9

10

Kesimpulannya, Sukan ini mempunyai banyak kebaikan selain dapat mengharumkan nama negara
dan dapat menyihatkan tubuh badan sukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
masyarakat.Selain itu,sukan ini juga diperlukan untuk meningkatkan prestasi olahraga supaya
sukan tidak tenggelam di telan zaman yang semakin maju dan moden ini.

11

RUJUKAN
Mohd Salleh Aman (2004) Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur

12


Click to View FlipBook Version